DIALOG RAKYAT |
- Kes mata lebam: Mat Zain dakwa Najib tahu salah laku Gani Patail
- 15 Nov permohonan Hisham batal kenyataan Anwar
- Segerakan kes saman sivil, rayu bapa Altantuya
- Peserta LMP GIATMARA dikesan bukan miskin
- Audit: CPC dikeluar tapi pembinaan belum siap
- Ku Li tak campurtangan pilih calon BN Gua Musang
- Lim dakwa difitnah portal Umno Online pula
- Pakar: Hudud tak boleh dilaksana cara kekerasan
- Rashid: Kajian penggunaan dakwat kekal 'lawak besar'
- 'Dr M punca Kabinet campur tangan dalam laporan audit'
- Mukjizat FB, kuda dan Shahrizat ...
- Tok Guru & nasi bungkus RM2.50
- Timb. Presiden PAS Bakal Dibicarakan Di Mahkamah Pada 19 - 23 Dis. 2011 Dakwaan Tohmahan Burukkan Anggota Polis dan Keluarga Semasa Peristiwa Bukit Ke
- Menteri: Selain bumbung, JKR juga diminta kaji struktur Stadium Nasional
- Laporan Audit: Anwar dakwa kelemahan pengurusan kerajaan BN aibkan Negara
- Guna stadium jika mahu juara kebebasan akademik, Hisham saran SMM
- Pertemuan menteri, MTUC kelmarin gagal elak piket nasional 3 Nov
- Suami isteri rentung, dua anak cedera parah pagi Deepavali
- Murtad: Ke mana arah sasarannya
- TLDM: Najib, Zahid perlu beri penjelasan
- Aziz Bari umpama 'guru perlembagaan'
- 9 Julai: Bukan sebab takut, kata Ibrahim Ali
- PERWAKILAN PERKASA `TERKENTUT' DAN `TERKINCIT' ?
Kes mata lebam: Mat Zain dakwa Najib tahu salah laku Gani Patail Posted: 27 Oct 2011 07:47 AM PDT Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menjadi perdana menteri pada April 2009. Datuk Mat Zain Ibrahim, yang sedang menggerakkan kempen seorang diri untuk mengalihkan peguam negara itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan dakwaan pembabitan Abdul Gani dan juga Ketua Polis Negara masa itu Tan Sri Musa Hassan. "Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya, 'memang salah untuk memalsukan keterangan. Walaupun boleh jadi tujuan Gani adalah untuk menolong IGP' (merujuk kepada bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor), membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan," kata Mat Zain dengan merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Najib pada pertemuan mereka. Rahim digantikan oleh Tan Sri Norian Mai dan kemudian oleh Musa sebagai ketua polis negara. Mat Zain seterusnya menulis, "komen terhadap Musa Hassan pula, YAB menyatakan antara lainnya, 'saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani. Saya rasa beliau (Musa) boleh melepaskan diri." Mat Zain mengatakan demikian dalam surat terbuka kepada Najib. Dalam surat terbuka itu, Mat Zain menambah, "selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara pelantikkan panel bebas dengan Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu) oleh kerana YAB mengatakan tidak tahu-menahu mengenai pelantikkan panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut . . ." Mat Zain merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyiasat Rahim berhubung kejadian mata lebam membabitkan Anwar ketika bekas timbalan perdana menteri itu ditahan pada September 1998. Rahim kemudian mengaku mencederakan Anwar, kini Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat. Mat Zain sebelum ini mendakwa Abdul Gani, yang mengetuai pendakwaan kes liwat dan rasuah ke atas Anwar sebelum ini dan Musa, telah mereka bukti dalam kes mata lebam. Dalam suratnya bertarikh 20 Oktober, Mat Zain berkata, sebagai menunaikan permintaan Najib beliau telah memberi taklimat berkaitan dakwaan pemalsuan keterangan dalam insiden mata lebam, di pejabat Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2008, lebih kurang pukul 10.30 pagi. "Saya percaya butir taklimat saya adalah tidak penting lagi. Perkara yang ingin saya ketengahkan ialah komen YAB sendiri terhadap kedua-dua Gani dan Musa dalam perkara ini," katanya. Kata Mat Zain, seterusnya Najib turut memperakukan bahawa dakwaan terhadap Abdul Gani akan dibawa berbincang dengan penasihat-penasihatnya untuk meneliti implikasi tindakan jika diambil ke atas beliau kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. Kes liwat Saiful merupakan yang kedua membabitkan Anwar dan sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "YAB sendiri secara sepintas lalu telah menyatakan keterangan dalam kes Saiful adalah 'bagus'... saya tidak sedikit pun membangkitkan kes ini semasa perbincangan. "Saya ambil komen-komen sedemikian itu sebagai bermaksud YAB mempunyai maklumat yang mustahak mengenai hubungkait Gani Patail dengan kes liwat kedua serta mengetahui keterangan-keterangan penting dalam kes tersebut," kata bekas pegawai polis kanan ini. Mat Zain juga menulis bahawa beliau sedar tidak layak untuk menegur seorang perdana menteri dalam apa hal jua pun. "Namun sebagai seorang rakyat, saya mempunyai hak untuk memberikan pendapat saya berdasarkan dari peristiwa yang saya sendiri tempuhi dan tahu serta yakin sebagai benar. "Bukan sahaja undang-undang negara mewajibkan saya untuk bercakap benar, malah ,Islam juga mewajibkan saya menjadi seorang saksi yang bercakap benar walaupun terhadap kedua ibu dan bapa saya." "Saya menyatakan bahawa YAB Datuk Seri telah bertindak secara tidak adil, kepada rakyat jelata dan kakitangan awam, dalam penguatkuasaan keadilan awam. "Walhal YAB sendiri yang telah beberapa kali berjanji kepada rakyat akan mempastikan undang-undang dilaksanakan mengikut keluhuran undang-undang," katanya lagi. Mat Zain menegaskan apabila tiba kepada giliran untuk mengambil tindakan terhadap Abdul Gani sendiri, pendirian Najib menjadi "lemah dan lesu seperti tidak bermaya." "Walhal YAB dan seluruh Kabinet sedar, beliau telah melakukan, penipuan, pemalsuan, salah guna kuasa, rasuah serta termasuk menyembunyikan keterangan untuk mengelirukan Kabinet. "Lebih menyedihkan, YAB dilihat sebagai terpaksa membiarkan sahaja dan merestui tindakan pihak tertentu, memanipulasikan fakta dan keterangan, bagi mengelirukan dan mengabui mata rakyat untuk menyelamatkan Gani daripada dikenakan hukuman undang-undang," katanya lagi. | ||
15 Nov permohonan Hisham batal kenyataan Anwar Posted: 27 Oct 2011 07:45 AM PDT MALAYSIA KINI Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 15 November untuk keputusan permohonan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membatalkan sebahagian kenyataan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah berhubung video seks memaparkan pelaku mirip ketua pembangkang itu. Hakim Datuk V T Singham menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak hari ini. Pada 26 April, Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung wawancara ketua pembangkang itu dengan wakil media pada 22 Mac di Balai Polis Dang Wangi, selepas membuat laporan menafikan yang dirinya adalah lelaki dalam video itu. Hishammuddin, 50, berkata kata-kata dalam temubual itu antara lain bermaksud yang beliau bertanggungjawab menayangkan video berkenaan kepada sekumpulan editor dan wartawan di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac. Menteri itu berkata kata-kata itu juga bermaksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan berkomplot dengan perdana menteri dan pegawai tinggi polis berhubung penayangan video itu. Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kata-kata beliau dalam wawancara itu telah diterbitkan atas kapasiti perlindungan bersyarat dan kedudukannya sebagai ketua pembangkang. Anwar turut memfailkan kenyataan balas menyatakan kata-kata Hishammuddin pada sidang media yang diadakan beliau pada 21 Mac, seolah-olah mengesahkan kenyataan oleh tiga individu yang mendedahkan video itu bahawa pelaku dalam video itu adalah dirinya (Anwar). Hishammuddin, dalam jawapannya, berkata Anwar mempunyai niat buruk semasa mengeluarkan kata-kata memfitnah itu yang kemudiannya telah dilaporkan secara meluas di media dan internet. Beliau berkata kata-kata itu bukan diterbitkan dengan niat baik dan motif utama Anwar ialah untuk mencemarkan reputasinya sebagai menteri dan ahli politik. Bernama | ||
Segerakan kes saman sivil, rayu bapa Altantuya Posted: 27 Oct 2011 07:39 AM PDT Susan Loone Setelah tergendala sekian lama, bapa kepada warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam, merayu kepada mahkamah di negara ini agar mempercepatkan perbicaraan sivil RM100 juta yang difailkannya terhadap kerajaan. "Hakikat bahawa kerajaan anda tidak mengambil sebarang langkah positif terhadap isu yang dibangkitkan oleh Mongolia mungkin (menimbulkan) kesan buruk terhadap ratusan warga Mongolia yang belajar dan tinggal di Malaysia," katanya. "Sedangkan kerajaan Mongolia telah mencadangkan isu ini dibincangkan dengan melantik dan menghantar wakilnya ke Malaysia, namun satu tahun sudah berlalu tanpa sebarang maklum balas," katanya. Shaariibuu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siapa dan bila perwakilan yang dimaksudkannya itu telah datang ke negara ini bagi membincangkan perkara ini. Adalah difahamkan bahawa surat itu, yang sesalinannya diberikan kepada Malaysiakini, pada masa ini, dalam simpanan peguam Karpal Singh (kiri), yang mewakili Shariibuu dalam kes berkenaan secara pro-bono (percuma). Awal bulan ini, Karpal melahirkan kekecewaannya, kes saman itu telah ditangguhkan kerana kedua-dua anggota polis yang didapati bersalah berhubung pembunuhan berkenaan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Karpal berkata beliau telah berulang-kali menulis mahkamah untuk memohon pengurusan kes saman itu, tetapi masih belum menerima jawapan. | ||
Peserta LMP GIATMARA dikesan bukan miskin Posted: 27 Oct 2011 07:32 AM PDT MALAYSIA KINI Lawatan Jabatan Audit Negara ke rumah peserta Program Latihan Untuk Menjana Pendapatan (LMP) yang diuruskan oleh GIATMARA, mendapati ada peserta yang dipilih, bukan daripada golongan miskin atau miskin tegar. Ia berdasarkan keadaan rumah kediaman peserta serta kemampuan peserta memiliki kenderaan, mempunyai perusahaan burung walit dan mempunyai set perabot. "Sehubungan itu, status kemiskinan peserta dan kesahihan peserta kursus ini adalah kurang tepat," demikian menurut laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010. Dalam jawapannya, GIATMARA menjelaskan bahawa semasa kelulusan kursus, senarai peserta adalah berdasarkan senarai e-kasih. Namun, katanya, semasa tarikh kursus dilaksanakan, terdapat peserta yang tidak hadir atau menarik diri atas faktor/sebab di luar kawalan GIATMARA. "Oleh kerana kelulusan peruntukan pelaksanaan kursus telah dikeluarkan dan bagi mengelak pembaziran, GIATMARA telah mengambil inisiatif mengisi kekurangan peserta dengan kerjasama pemimpin tempatan serta-merta dengan peserta di kawasan setempat," jelas GIATMARA dalam laporan tersebut. Di samping itu, katanya, semasa tempoh pelaksanaan program, GIATMARA juga diminta mengambilkira permohonan peserta yang dinamakan sendiri oleh pemimpin-pemimpin tempatan. "Faktor-faktor ini menyebabkan GIATMARA tidak dapat memenuhi keperluan menentukan status peserta dari segi tahap kemiskinan, tersenarai dalam e-kasih dan pengesahan pegawai bertanggungjawab," jelas GIATMARA. Menurut laporan itu lagi, Jabatan Audit Negara juga mendapati objektif LMP yang dilaksanakan di tempat yang dilawati, tidak dapat dicapai sepenuhnya. Katanya, seramai 61 peserta yang ditemubual, gagal menjana pendapatan hasil latihan dan kursus yang diterima. "Keadaan ini disebabkan beberapa faktor seperti kursus yang ditawarkan tidak sesuai digunakan untuk memulakan perniagaan, peserta tidak tahu memasarkan produk, kekurangan modal dan tidak mempunyai keyakinan untuk memulakan perniagaan," tambahnya. Menurut laporan itu lagi, sebelas kursus yang dilaksanakan dalam program LMP dengan perbelanjaan RM1.22 juta adalah tidak bersesuaian dengan keadaan tempat kediaman peserta kerana tiada kemudahan elektrik. "Pada pandangan Audit, GIATMARA perlu menilai sesuatu kursus dari segi kesesuaian terhadap peserta, tempat dan potensi program untuk menjana pendapatan. Dalam penjelasannya, GIATMARA berkata semasa kelulusan program, tiada sebarang penetapan unjuran pencapaian program yang ditetapkan. Namun, katanya, melalui pemantauan ke atas bekas peserta kurus yang dijalankan setakat 14 Disember 2010 mendapati seramai 4,960 bekas peserta (41.3 %) telah memulakan perniagaan dengan purata penambahan pendapatan bulanan RM500 sebulan. "GIATMARA mengambil maklum bahawa program pembasmian kemiskinan adalah program yang sukar dan GIATMARA masih meneruskan pemantauan dan kesinambungan program melalui Program Pembangunan Usahawan dan Inkubator GIATMARA," tambahnya. GIATMARA berharap melalui kaedah tersebut, dapat membantu meningkatkan kesedaran keusahawanan yang berterusan kepada bekas peserta LMP untuk membolehkan mereka keluar daripada belenggu kemiskinan. | ||
Audit: CPC dikeluar tapi pembinaan belum siap Posted: 27 Oct 2011 07:25 AM PDT MALAYSIA KINI Antaranya, menurut laporan Ketua Audit Negara, ialah kerja kemasan dalam rumah sampah dan kerja lanskap serta pembinaan longkang di bahagian belakang rumah sampah. Menurutnya lagi, CPC itu dikeluarkan untuk ILIm Besut pada 31 Disember 2009. "Bilangan sebenar kerja yang belum disiapkan/tidak disempurnakan tidak dapat dikenalpasti kerana Senarai Kecacatan tidak disediakan semasa CPC dikeluarkan," laporan audit dipetik. Bagaimanapun, institut tersebut kini telah disiapkan dan diserahkan pada 11 Februari tahun lalu. Menurut laporan itu lagi, pembinaan ILIM Besut, dan Pusat Latihan Islam (PLI) Lawas, Sarawak lewat siap dari tarikh yang ditetapkan. Kedua-duanya merupakan antara sembilan projek yang diperuntukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua, yang melibatkan jumlah semua projek sebanyak RM232.78 juta. Laporan tersebut mendapati kontraktor bagi ILIM Besut diarahkan menyiapkan pembinaan pada 14 Jun 2009. Bagaimanapun, tarikh sebenar siap pada 31 Disember 2009 - lebih enam bulan dari tarikh asal. Laporan itu mencatatkan kontraktor berkenaan telah memohon tempoh lanjutan masa untuk menyiapkan projek sebanyak dua kali antaranya disebabkan kenaikan harga bahan binaan, perubahan kerja dan membaiki kerosakan akibat ribut dan hujan lebat. Manakala bagi Pusat Latihan Islam, Lawas pula tempoh yang sepatutnya disiapkan pada 14 Oktober 2010. Bagaimanapun, berdasarkan laporan audit mendapati, setakat 24 Januari 2011 (tarikh akhir lanjutan masa) kemajuan kerja pembinaan mencecah 65 peratus - kelewatan lebih tiga bulan dari tarikh asal. "Antara sebab lanjutan masa diluluskan ialah kelewatan mendapat kelulusan Perintah Pembangunan dari Pihak Berkuasa Perancang Negeri dan kerja pembaikan cerun," laporan itu dipetik. Berdasarkan Pakej Ransangan Ekonomi Kedua, Jakim diberi peruntukan berjumlah RM10.5juta termasuk bayaran perunding untuk melaksanakan projek PLI Lawas. Sehubungan itu, laporan audit berpendapat perancangan perlu dibuat secara teratur dan pemantapan perlu dipertingkatkan bagi memastikan kerja disiapkan mengikut jadual. "Sijil Perakuan Siap Kerja tidak sepatutnya dikeluarkan oleh JKR selagi kerja belum diselesaikan sepenuhnya. "Selain itu, lanjutan masa hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan semua perubahan kerja yang terlibat hendaklah diluluskan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan," kata laporan itu lagi. | ||
Ku Li tak campurtangan pilih calon BN Gua Musang Posted: 27 Oct 2011 07:20 AM PDT MALAYSIA KINI Tengku Razaleigh Hamzah berkata pemilihan senarai calon BN untuk bertanding kerusi Parlimen dan negeri di kawasan Gua Musang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, dibuat oleh ahli jawatankuasa Umno bahagian itu tanpa campurtangan beliau. Beliau memberitahu demikian ketika berucap di majlis perjumpaan dengan ketua peti undi Paloh, di Dataran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh Satu, dekat Gua Musang hari ini. | ||
Lim dakwa difitnah portal Umno Online pula Posted: 27 Oct 2011 07:09 AM PDT Susan Loone Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas portal umno-online.com berhubung laporan berjudul "Dari Rambut Panjang ke Gejala Dadah, Guan Eng makin berputar belit". Laporan itu mendakwa Lim berputar belit bagi mengaburi mata rakyat termasuk memberikan alasan anaknya ditukarkan sekolah kerana mahu berambut panjang. Bagaimanapun, pada 19 Oktober lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina, melaporkan Lim memindahkan anaknya dari Sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St Xavier's kerana bimbang terjebak dengan gejala negatif dan sendiket dadah di kalangan pelajar sekolah itu. "Ini satu lagi fitnah. Saya tidak pernah berkata perkara seumpama itu. Ini bukan sesuata tuduhan oleh blog pro-Umno, ini media rasmi parti," katanya. Lim juga mengemukakan salinan laporan Guang Ming Daily, yang menafikan bahawa ia membuat laporan dan ulasan seperti yang didakwa oleh Umno Online. Sebelum ini, beberapa penulis blog pro-Umno, termasuk Papagomo mendakwa bahawa anak remaja Lim telah mencabul kehormatan rakan sekelasnya dan dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee. Ketua Menteri itu juga didakwa membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa gadis itu untuk menutup skandal berkenaan. Namun gadis yang dituduh itu, Anya Ann Corke, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan. Lim juga menjelaskan, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang. Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka. "Apa kata Timbalan Perdana Menteri sekarang?" soalnya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali di Time Square Pulau Pinang, semalam. Lim masih tidak berpuas hati dengan Muhyiddin yang dilaporkan berkata: "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama." | ||
Pakar: Hudud tak boleh dilaksana cara kekerasan Posted: 27 Oct 2011 07:04 AM PDT MALAYSIA KINI Menurut Abdul Aziz (kanan), yang merupakan seorang pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, kenyataan Ridhuan tidak disokong dari sudut pandangan undang-undang mahupun agama. Beliau yang digantung oleh UIA tetapi ditarik balik Isnin lalu, berkata pandangan alim ulama Islam berpendapat hukum hudud hanya boleh dilaksanakan ke atas umat Islam sahaja. Oleh itu, katanya, pandangan Ridhuan pada Selasa lalu bahawa undang-undang hudud perlu dilaksanakan secara kekerasan bagi mendidik bukan Islam dilihat kurang bersesuaian dengan kedudukan beliau sebagai seorang tokoh akademik. Walaupun Abdul Aziz mengakui Ridhuan mungkin tidak cekap dalam hujah undang-undang kerana ia bukan bidang pengkhususannya, namun, kata pakar undang-undang itu, hudud tidak boleh dibincangkan tanpa mengambil kira perlembagaan persekutuan. "Apa-apa yang kita katakan tentang hudud, kita perlu untuk berhujah atas dasar perlembagaan, bukan kerana (perlembagaan itu) adalah suci ... tetapi semata-mata kerana ia adalah undang-undang asas negara ini," katanya dalam satu kenyataan. Beliau menambah bahawa Ridhuan, yang mengajar di fakulti kenegaraan dan tamadun di Universiti Pertahanan Nasional, juga harus sedar bahawa era undang-undang yang mengenakan pada orang lebih. "(Ridhuan) mungkin memikirkan beberapa undang-undang yang menindas - sesuatu yang mahu dipaksakan ke atas rakyat tanpa persetujuan mereka. "Tetapi tempoh itu sudah berakhir dan kini rakyat lebih memahami tentang hak-hak mereka; dan agama Islam itu sendiri adalah mengenai kebebasan dan membuat pilihan bukannya mengenai kekerasan dan paksaan," katanya. Menurut Abdul Aziz, contoh yang baik mengenai konsep Islam yang menerima tentangan hebat tetapi hari ini diterima meluas di negara ini adalah sistem perbankan Islam. | ||
Rashid: Kajian penggunaan dakwat kekal 'lawak besar' Posted: 27 Oct 2011 07:01 AM PDT Aidila Razak Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya 2008 berkata beliau masih tetap menyokong penggunaan dakwat berkenaan. Malah, katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya. "Saya juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan," dedahnya dalam dalam satu temu bual menerusi e-mel dengan Malaysiakini minggu lalu. Menurut Abdul Rashid, belia menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti pilihan raya. Justeru, kata beliau, dakwaan SPR hari ini yang mengaku sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar". Mungkin enggan mencari musuh-musuh terutama sebagai seorang pesara, Abdul Rashid memilih untuk tidak membuat kecaman terus dalam jawapannya kepada Malaysiakini, terutamanya mengenai topik pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini. Katanya, sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagi "tidak bertamadun dan bodoh". Tindakan itu, menurut beliau sedikit sebanyak menyumbang kepada bantahan yang merebak ke jalanan pada Julai lalu. Abdul Rashid, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai isu-isu yang lebih kontroversi, seperti kenaikan secara mendadak bilangan pengundi, khususnya di Sabah. | ||
'Dr M punca Kabinet campur tangan dalam laporan audit' Posted: 27 Oct 2011 06:55 AM PDT MALAYSIA KINI Pakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong. Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri. "Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini. Menurut beliau, pada masa yang sama, negara mempunyai seorang eksekutif yang tidak memperdulikan kuasa badan yang lain dan monarki yang tidak pasti peranannya. Kenyataan Abdul Aziz itu dibuat bagi mengulas kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang tertangguh dua minggu. Laporan itu biasanya dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bajet 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu. Kelewatan itu dikatakan kerana jemaah menteri mahu meneliti laporan berkenaan sebelum ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebimbangan bahawa laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding Bajet 2012. Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat. | ||
Mukjizat FB, kuda dan Shahrizat ... Posted: 27 Oct 2011 06:51 AM PDT Ahmad Lutfi Othman Hujung minggu lalu, saya menghadiri dua program khusus mengenai media, di hadapan aktivis PAS yang kelihatan ghairah menanti tarikh pilihan raya umum ke-13. Pada 22 Oktober, Persidangan ICT dan Media Baru 20011, di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, dan esoknya kursus kewartawanan, di Ipoh, Perak. Membedah fenomena dunia siber -- dan kompleksiti media baru dengan segala perubahan yang begitu pantas -- tentunya bukan tugas mudah, apatah lagi dilakukan di hadapan mereka yang mahir ICT. Sebenarnya saya tertinggal jauh di belakang berbanding penguasaan dan kepakaran peserta persidangan terhadap teknologi media baru. Di zaman internet "mendefinisikan" pergolakan politik antarabangsa, sehingga Facebook, twitter dan youtube dilihat mampu menjatuhkan sesebuah kerajaan dan menggulingkan regim, seperti ditunjukkan di Timur Tengah, saya cuba membawa perspektif agak berbeda, sambil mempersoalkan beberapa "tanggapan dan kepercayan" terhadap mukjizat kuasa siber.Dalam konteks siasah tempatan, "padang permainan" kini hampir sama rata; tiada lagi monopoli maklumat sepertimana situasi 20 tahun lalu. Meskipun media konvensional, seperti akhbar, radio dan televisyen, masih dikongkong elit penguasa dengan pelbagai peraturan ketat, namun majoriti rakyat mempunyai pilihan dan akses terhadap media baru, yang menawarkan berita dan laporan lebih seimbang. Faktor-faktor lain yang juga membantu kesedaran berpolitik, antaranya adalah kualiti pendidikan, meluasnya kelas menengah, pertumbuhan urbanisasi, peningkatan tahap ekonomi, celik IT, dan pengaruh globalisasi. Namun, sewaktu masih ramai yang teruja, misalnya dengan pengaruh kejayaan revolusi rakyat 18 hari di Dataran Tahrir, Kaherah, yang difaktorkan oleh pencetusnya, Khalid Said dan Wael Ghonim, melalui sumbangan besar media sosial, kita wajar menekuni semasaknya gelagat dan kerencaman politik lokal. Malaysia harus ada formula tersendiri dan tidak terikut-ikut dengan realiti dunia luar, tanpa memperkecilkan suntikan semangat dan motivasi di atas kejayaan mereka. Khalid Said adalah anak muda Mesir, 28 tahun, dibunuh kejam Amin Daulah (unit khas polis paling ditakuti di Mesir) apabila mendedahkan komplot jahat polis bersama pengedar dadah, yang dimuat-turun dalam youtube. (Perhatikan pengaruh luar biasa video bergerak melalui youtube). Kepalanya dikatakan dihentak ke dinding dan tangga sehingga mati; mayatnya dicampak ke tepi jalan tetapi polis mendakwa beliau mati disebabkan terlebih mengambil dadah. Wael Ghonim, eksekutif muda Google, membuka akaun Facebook, 'Kulluna Khalid Said' atau 'We are All Khalid Said', memaparkan gambar ngeri Khalid, yang kemudiannya menaikkan rasa amarah amat sangat rakyat terhadap Presiden Hosni Mubarak. Di peringkat awal siapa pun tidak menjangkakan jaringan laman sosial mampu mencetuskan revolusi rakyat secara aman yang bersejarah itu. (Gambar: Ahmad Lutfi Othman bersama Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Nuri Endut, Pengarang Berita dan Wartawan Harakah Perak, dan turut sama, aktivis PAS, selepas kursus kewartawanan, di Pejabat Perhubungan PAS Negeri, Ipoh)
Tarikh 25 Januari diingati sebagai "Hari Melahirkan Marah". Wael ditangkap. Penahanannya tidak meredakan malah mencetuskan kebangkitan lebih hebat. Ramai nyawa terkorban. Rasa takut yang menyelubungi rakyat Mesir selama lebih 3 dekad hilang. Melalui youtube kita saksikan mereka berani mengasak kereta perisai tentera. Laluan internet disekat, tetapi anehnya ia makin mendorong lebih ramai membanjiri Tahrir. Ya, daripada bersembang dalam FB dan merayau di alam maya, tekad mereka lebih serius untuk berkubu di lapangan, berdada langsung menuntut perubahan. Akhirnya Hosni tinggal keseorangan, "perkakas tradisinya" seperti tentera dan media "berpaling tadah. Beliau terpaksa berundur juga. Realiti Mesir waktu itu diasak enam isu besar: Kadar kemiskinan tinggi, merebaknya rasuah, pengangguran tidak terkawal, inflasi melonjak, gaji rendah, Hosni mungkin bertanding presiden lagi atau memberi jalan kepada anaknya, manakala suara rakyat langsung tidak dilayan. Secara kasar, isu sama turut melanda negara kita, tetapi perinciannya agak berbeda. Malaysia nampak ke hadapan daripada segi kebebasan bersuara, agihan kekayaan dan partisipasi politik. Sistem demokrasi dan perjalanan pilihan raya kita lebih maju dan tersusun. Penyelewengannya agak "sofistikated" dan tidak begitu menjolok mata seperti Mesir. Dalam kedua-dua majlis, di Taman Melewar dan Ipoh, saya menekankan agar aktivis arif memahami kerencaman persekitaran dan budaya-sensitiviti lingkungan. Selain menguasai perkembangan ICT dan aplikasi media baru sepenuhnya, aspek modal insan mesti diperkukuhkan ke peringkat kecemerlangan. Meskipun internet seolah-olah dianggap semacam "agama baru" di abad ke-21 ini, tidak semudah itu pengaruhnya melempah, seperti yang kita hajatkan. Saya tertarik dengan soalan seorang peserta, yang membangkitkan keberkesanan media baru dalam kempen pilihan raya negeri Sarawak. Bagi saya, internet hanya satu alat atau medium berkesan untuk kita berhubung langsung dengan pengundi. Banyak lagi aspek lain wajar ditekuni. Dalam konteks Sarawak, apakah rakyatnya dapat akses dengan media baru secara berkesan dan menyeluruh? Saya perhatikan, banyak pendedahan berfakta mengenai salahlaku dan penyelewengan Ketua Menteri, Taib Mahmud, bertaraf mega disiarkan beberapa laman, tetapi para pengunjungnya tidaklah begitu ramai. Malah, dengan hambatan keluasan negeri, kemudahan perhubungan, tahap celik IT, dan politik ugut BN terutama di kawasan luar bandar, Sarawak memerlukan lebih banyak masa untuk melakukan perubahan. Dalam pada itu, asas penulisan dan kewartawanan perlu dihadam sebaiknya oleh aktivis dunia siber. Begitu juga selok-belok penggunaan bahasa yang baik dan indah, dengan etika terjaga. Memang internet telah menghapuskan segala hirarki dalam penerbitan media tradisi. Tulisan tidak perlu diedit dan disemak lagi. Dengan sekali klik atau tweet, kita dapat berkongsi sehingga jutaan orang. (Tapi ia tidak seindah disangka, hal jaringan ini perlu dianalisis lebih rapi). Saya mengingatkan, tanpa kredibiliti, media (termasuk internet) akan hilang bisa dan pengaruhnya. Sedangkan, pembinaan dan pemantapan pengaruh merupakan perkara asas terpenting dalam proses reformasi. Jika akhbar pro-Umno, seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, semakin tipis pengaruhnya disebabkan hilang wibawa, maka laman-laman sosial turut terdedah kepada gugatan serupa. Facebook atau blog tidak akan membawa impak positif jika ia hanya sarat dengan gosip dan khabar angin. Justeru, program melahirkan lebih ramai penulis berwibawa harus digiatkan, termasuk di kalangan blogger dan 'facebooker'. Bahan yang terhidang dalam laman sosial mestilah berkualiti, baik dari segi hujah, idea, pendekatan mahupun susunan bahasa, serta dapat dipertanggungjawabkan dan mampu mempengaruhi khalayak. Biarpun lebih terdedah kepada generasi muda, mutu kandungan usah diremehkan. Apa pun, tentulah pendekatan dan persembahan dalam laman sosial tidak perlu terikat dengan bentuk penulisan kewartawanan. Pastinya ia lebih padat tetapi santai, ringkas dan bersahaja, mudah difahami, selari dengan jiwa anak muda tetapi harus ada elemen "menggemparkan" sehingga ramai audien mahu berkongsi dan membuat pautan. Sejumlah 12 juta pemegang akaun Facebook di Malaysia memang merupakan sasaran berpotensi, yang jika digerakkan dengan bijaksana, mampu membentuk gelombang dan menarik turun BN daripada Putrajaya. Tapi harus diingat, generasi yang bermaklumat tidak semudah itu dapat dipengaruhi. Mereka semakin bijak menilai dan menganalisis, serta menuntut pembuktian. Ya, jangan sama sekali perkecilkan minda anak muda ... Saya kira, Facebook juga bergantung dengan capaian youtube dan ruang itu belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh aktivis Pakatan. Tidak banyak klip video mengenai senario sosio-politik-ekonomi, apatah lagi yang benar-benar kreatif, telah dihasilkan. Sedangkan "bahan-bahan mentahnya" mudah didapati di mana-mana. Klik sahaja enjin carian seperti Yahoo atau Google, segalanya di hadapan mata. Misalnya mengenai pembentangan bajet Najib Razak dan belanjawan alternatif Pakatan. Begitu banyak fakta dan pendedahan menarik dikemukakan Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan yang lain, susulan daripada Buku Jingga, yang boleh dipakejkan dalam yotube. Tawaran Pakatan juga dapat diolah dalam bentuk animasi mudah. Seorang rakan FB saya telah menunjukkan klip-klip video kempen parti-parti politik di Britain, yang dirakam untuk tayangan dalam masa hanya 60 saat. Malah ia mendedahkan fakta menarik, merujuk insiden-insiden tertentu yang berlaku dalam masa satu minit, misalnya jumlah kecurian atau pelepasan gas karbon disoksida di England. Mungkin ia boleh dijadikan rujukan sebagai persiapan kempen pilihan raya umum akan datang. Jika pilihan raya 1999 menyaksikan ledakan laman-laman web reformasi, dan pilihan raya 2008 disendat dengan kemunculan blog dan youtube, tidak syak lagi perang PRU13 akan riuh-rendah dengan pertarungan "sengit tetapi santai" di laman-laman sosial. Cadangan agar aktivis lebih didedahkan dengan aspek-aspek teknikal dan meneroka pengkhususan, seperti kaedah menaikkan ranking blog, wajar diberi perhatian segera. Mungkin bengkel-bengkel lebih kecil perlu diusahakan. Lagi pula, keajaiban dunia siber, khususnya berkaitan jaringan laman sosial, masih banyak misterinya. Kita belum benar-benar mengoptimumkan aplikasinya. Apa pun, sewaktu kita begitu obses dengan media baru, usah lupa medium tradisi, yang sepatutnya menjadi pelengkap di antara satu sama lain. Internet bukannya alternatif tetapi lebih dilihat sebagai satu lagi medium untuk memperkukuhkan prasarana sedia ada. Janganlah diremehkan pengedaran risalah, pembikinan VCD, penerbitan buletin dan usaha menyebarluaskan Harakah itu sendiri. II. Saya belum sempat meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2010. Meneruskan tradisi daripada tahun-tahun sebelum ini, pendedahan tentang pelbagai kelemahan, kepincangan dan penyelewengan bukan lagi satu kejutan. Tiga tahun lalu, kita digemparkan (sekadar contoh kecil) dengan harga set screwdriver RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 seater RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50). Selain itu, pihak Audit juga tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan berjumlah RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) kepada kontraktor yang terlibat dalam pembinaan 6 kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia, bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan! Tahun ini, ia berulang lagi. RM56,350 dibelanjakan bagi sepasang teropong visi malam, iaitu 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940. Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 dibeli pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus). Harga 23 kuda yang dibeli Majlis Sukan Negara berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Lebih teruk, hanya lima kuda didapati layak dan dapat bertanding pada pertandingan World Endurance Championship. Kita juga masih belum mendapat jawapan Shahrizat Jalil, seorang menteri kanan dan ketua wanita Umno, di atas kegagalan Pusat Feedlot Kebangsaan yang dimiliki dan dikendalikan National Feedlot Corporation Sdn Bhd, kepunyaan suami dan anak-anak Shahrizat. Sasaran projek bernilai RM250 juta di atas tanah anugerah seluas 5,000 ekar itu bagi memenuhi 40 peratus permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan. Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran adalah 1,500 ekor sehari sedangkan jumlah lembu yang kini disembelih hanya 20 ekor sehari. Bukan setakat Shahrizat, malah Muhyiddin Yassin sebagai bekas Menteri Pertanian dan Agro Industri yang terlibat menganugerahkan projek ini kepada rakan menteri beliau perlu memberi respons segera. Benarlah rumusan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man: "Kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan Audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada peti undi." Ya, masakan saban tahun kita belum jelak lagi dengan paparan Laporan Ketua Audit yang hampir sama. Itu belum dikira rasuah atau salahguna kuasa elit pemerintah bersama suku-sakat mereka, yang tidak dapat dihidu SPRM ... | ||
Tok Guru & nasi bungkus RM2.50 Posted: 27 Oct 2011 06:41 AM PDT Oleh Mohd Rashidi Hassan "ANTA dah makan," tegur Tok Guru kepada saya tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili. Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan. Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus. Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Tok Guru Nik Aziz menjamu selera di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi, Setiausaha Politik, Wan Nik Wan Yussof, Pengerusi Lujnah ICT PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya dan Pensyarah Unisel, Profesor Dr Azmudden Ibrahim. Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan. Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai. Begitu pun, akhlak Tok Guru tetap terpelihara. Beliau mencarik-carikan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam. Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit, untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis. Berbeza dengan kita. Kalau kita yang makan, kita akan ambil seketul-seketul ayam dan koyakkan dengan gigi sahaja. Biasa kalau kuah gulai tu, kita akan tuang sampai banjir dalam pinggan. Sambil-sambil mereka makan, penulis memerhatikan tingkah laku mereka. Para VIP PAS, khususnya Tok Guru, tidak pernah merungut, walaupun pada pengamatan penulis, nilai sebungkus nasi dan air untuk hidangan VIP, tidak sampai RM2.50. Itulah juga hidangan yang disajikan kepada seluruh peserta hidangan. Sama sekali tiada beza. Pada penulis soal harga tidak menjadi persoalan. Bukan soal mahal atau murahnya sesuatu hidangan. Tok Guru tidak pernah melarang sesiapa pun untuk menjamu selera dengan hidangan yang lazat-lazat. Asalkan mereka mampu dan tidak membazir. Tok Guru juga tidak pernah menolak jika dijemput menjamu selera hidangan yang mahal dan mewah. Tok Guru biasa menghadiri majlis bersama Raja-Raja dan VVIP terkemuka. Moralnya, sama ada makan cara mewah atau makan cara marhain, adalah sesuatu yang lumrah, yang tidak perlu ditunjuk-tunjukkan. Tetapi Tok Guru tetap Tok Guru. Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya. Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia. Bukan macam Perdana Menteri 1Malaysia kita. Pada penulis, elok juga ditegur Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kalau dah sifatnya bangsawan, hidup sentiasa dalam kantung emas, usah nak berlakon seolah-olah berasal dari gubuk yang buruk. Kalau asal kehidupannya sejak dilahirkan dah standard, kehidupan sedia mewah, tiada salahnya. Teruskan sajalah, tidak perlu hendak dibuat-buat. Lebih baik Najib jadi dirinya sendiri. Usah jadi macam artis yang boleh melakonkan apa sahaja watak. Berlakon jadi tok guru membaca tazkirah pun boleh, berlakon jadi kasanova sambil meneguk 'air kencing syaitan' di kelab malam pun boleh. Pengampu-pengampu Najib pun satu hal. Tak usahlah nak malukan PM kita, kononnya PM berjiwa rakyat, sanggup makan nasi sepinggan RM4.00, kononnya Restoran 1Malaysia, begitu hebat menawarkan hidangan yang murah untuk rakyat. Dalam sekelip mata rakyat dapat membuktikan, harga makanan yang dimakan Najib, seperti yang dihebohkan tok-tok dalang media pencacai bukannya RM4.00 tapi RM6.00 sepinggan. Minggu lepas, semasa lawatannya ke Restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur yang dikatakan menawarkan Menu Rakyat, Najib menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging goreng, tauge, dan poppadom. Diriuhkan 1Malaysia bahawa harga sepinggan hidangan Najib itu RM4.00, malah ada media pengampu cuba hendak murahkan lagi dengan harga RM3.50. Tembelang dan pembohongan Umno-BN terbongkar, dibuktikan apabila staf Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihantar ke Restoran Ukhwah, mengambil lauk yang sama dengan Najib, dicaj dengan harga RM6.00. Apabila didedahkan dalam media, Menteri Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob terkial-kial mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia, selepas promosinya untuk menaik dan mengampu Najib, jadi backfire kepada Umno-BN. "Ketika itu ada beberapa lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kicap dan daging, jadi PM hendak rasa kualiti lauk tersebut. "Secara asasnya menu nasi putih, sejenis lauk dan segelas air memang RM4.00, malah ada yang lebih murah. Apabila kita ambil lebih daripada apa yang ditawarkan dalam menu, maka kita perlulah bayar lebih," kata beliau memberi alasan. Namun, Ismail tidak mampu menjawab mengapa Najib hanya membayar RM4.00 untuk hidangan berkenaan. Kalau dah tau harganya memang bukan RM4.00, buat apa Ismail Sabri nak biarkan media pengampu membohongi rakyat? Ataupun Ismail Sabri memang kaki kelentong, sehingga memalukan bosnya sendiri. Itulah hebat Umno-BN ini, punya lah nak menunjukkan pemimpin yang berjiwa rakyat, sampai menggunakan cara yang paling bodoh dan memalukan. Nanti orang akan balas balik pada Najib, nanti rakyat akan kata, buat apa hendak menunjuk-nunjuk makan nasi RM4.00 sepinggan, sedangkan perbelanjaan mewah PM, isteri dan keluarga menelan belanja berjutajuta ringgit? Macam mana Najib hendak jawab, pengubahsuaian rumah mewah Seri Perdana yang menelan kos berpuluh juta wang rakyat, dibandingkan ubahsuai rumah Tok Guru hanyalah beratap zink dan berdinding separuh kayu? Apa Najib hendak beri alasan, jika rakyat mempersoalkan harga beg-beg tangan Rosmah, pelbagai fesyen, pelbagai jenama mewah, sehingga menelan belanja jutaan ringgit? Apakah tidak dinamakan mewah, berbelanja jutaan ringgit untuk majlis pertunangan anak di Kazakhztan? Duduk di hotel mewah di Dubai dengan harga mencecah RM100 ribu satu malam? Bercuti dengan menggunakan perbelanjaan kerajaan di Perth? Jika anda memang jenis hidup mewah dan membazir, usahlah berlakon kononnya susah macam rakyat kebanyakan, kononnya menjiwai perasaan dan kehidupan rakyat miskin. Sedar dirilah, usahlah Najib berlakon hendak jadi tawaduk macam Tok Guru. Usah jadi bahan gelak ketawa rakyat. Rakyat pun dah muak dengan lakonan tidak menjadi ini. To Najib, please be yourself. | ||
Posted: 27 Oct 2011 06:28 AM PDT Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali memohon tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 9 Dis ditukarkan ke tarikh lain kerana pihak pendakwaan perlu menghadiri satu persidangan pada tarikh berkenaan. Pada 21 Sept lalu, Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Butterworth dan minta dibicara terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu. Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka. Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 23 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya. Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfitnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan membuat tohmahan dalam ucapan kepada orang ramai pada masa, tarikh dan tempat yang sama. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya. Pertuduhan dibuat setelah aduan dibuat oleh daripada tiga orang ahli keluarga anggota polis yang terkorban dalam serang pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusoff.- Bernama | ||
Menteri: Selain bumbung, JKR juga diminta kaji struktur Stadium Nasional Posted: 26 Oct 2011 04:38 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan juga telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) agar mengkaji semula struktur binaan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, yang dilaporkan telah melebihi tempoh jaminan, sama ada masih selamat digunakan selain isu bumbung. Laporan Ketua Audit Negara 2010 mahu bumbung stadium itu yang siap dibina pada 1998 diselenggara dengan segera demi keselesaan dan keselamatan pengguna. "Kementerian Belia dan Sukan akan meminta JKR melakukan kajian semula bagi mengetahui tahap keselamatan stadium terbabit sebelum berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menyebut bahawa bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil (gambar) daripada jenis membrane dari Jerman itu mempunyai tempoh jaminan selama 10 tahun, namun semakan audit mendapati ia masih diguna sehingga kini dengan sebahagian besar bumbung telah terkoyak dan skru kabelnya longgar serta berkarat. Laporan Audit itu turut menyatakan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pada Disember lalu untuk membaiki bumbung stadium itu. Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapasiti 90,000 penonton merupakan venue sukan utama negara dan bertaraf antarabangsa antaranya seperti Sukan Komanwel (1998), Sukan SEA (2001), perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia (2010), perlawanan akhir Piala Malaysia dan pernah dikunjungi pasukan ternama EPL seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Chelsea. Ahmad Shabery berkata kementeriannya menyerahkan tanggungjawab membaiki bumbung Stadium Nasional kepada JKR demi keselamatan pengguna. Dipetik Bernama Online, kata beliau, tanggungjawab itu diserahkan kepada JKR kerana kementeriannya tidak mempunyai kepakaran dalam hal tersebut. "Kita tidak boleh membaiki sebahagian sahaja daripada bumbung yang bocor kerana ia perlu diganti semua bahagian yang mana kos boleh mencecah RM40 juta," katanya. Mengenai pembelian 23 ekor kuda bernilai RM5.6 juta oleh Institut Sukan Negara (ISN) tanpa kelulusan Kementerian Kewangan seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Ahmad Shabery berkata pembelian tersebut tidak mengikut tatacara kerja yang betul. Katanya pembelian secara terus itu berlaku kerana ISN berdepan dengan masalah kesuntukan masa mencari kuda yang berpotensi untuk menyertai Kejohanan Kuda Lasak Dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (WEC) pada 2008 dan Pertandingan Ekuestrian Kebangsaan dan Sukan Asia di Guangzhou, China pada 2010. "Pada masa itu ISN tidak mempunyai kepakaran dalam hal berkaitan kuda namun jika wujud unsur terbuka ataupun penyalahgunaan kuasa, maka saya akan pastikan perkara ini disiasat," katanya. Semakan Audit Negara 2010 mendapati kesemua kuda yang dibeli oleh ISN telah dibuat melalui rundingan terus tanpa mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan terlebih dahulu. Mengikut laporan tersebut, perolehan kuda juga dibuat tanpa disertakan dengan surat tawaran ataupun perjanjian yang menggariskan tanggungjawab pembekal. | ||
Laporan Audit: Anwar dakwa kelemahan pengurusan kerajaan BN aibkan Negara Posted: 26 Oct 2011 04:36 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR― Pendedahan kelemahan dan pengurusan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kelmarin, adalah satu perkembangan mengaibkan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Sungguhpun (Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Razak) mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi," kata Anwar (gambar). Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri, kata beliau dalam satu kenyataan. Anwar berkata Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala perubahan dan setiap reformasi sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia. Justeru, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menambah, tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan. Laporan Ketua Audit Negara meneruskan tradisi dengan mengetengahkan pelbagai kelemahan ― lebihan perbelanjaan, projek gagal dilaksanakan, pengurniaan projek tanpa melalui tender dan ketiadaan penyenggaraan sewajarnya termasuk ke atas Stadium Nasional dan Stadium Putra di Bukit Jalil. Anwar, bekas menteri kewangan berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40 Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat kelmarin. Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu. Anwar juga berkata kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara pada 8 Julai dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun. "Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecuali lah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat," katanya. Di sebalik kelewatan itu kata beliau, hasil penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 kementerian dan jabatan-jabatan persekutuan dan pengurusan tuju syarikat kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti dan projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti dan projek. "Mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti atau projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin," katanya. Menurut Anwar, antara projek dan aktiviti tersebut adalah: ― Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4 peratus daripada pencapaian objektifnya. ― Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi. Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri. ― Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan. Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh tiga syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd. Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326km dan telah meningkat kepada 1,566km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010. ― Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan. Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan merangsangkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat. Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion. Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 kementerian/jabatan/skim untuk melaksanakan 51,560 projek. Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3 peratus) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4 peratus) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap sembilan program di enam kementerian/jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah. | ||
Guna stadium jika mahu juara kebebasan akademik, Hisham saran SMM Posted: 26 Oct 2011 04:33 PM PDT Seolah-oleh merujuk kepada perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, beliau berkata, kumpulan hak asasi penuntut itu bebas untuk melahirkan rintihan mereka selagi tidak membahayakan publik atau menyebabkan ekonomi tempatan rugi berjuta ringgit. "Jika anda mahukan sebuah stadium, dalam apa jua cara, anda boleh berteriak sepanjang malam," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini malam tadi. "Itu yang dilakukan oleh Himpun dan ia tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas, tidak mengakibatkan kerugian berjuta ringgit dan tidak ada kemungkinan tindakan balas sama ada agama ataupun perkauman," katanya. Bagaimanapun beliau mempersoalkan agenda SMM dengan merujuk kepada anggota kumpulan itu yang masih menunggu di luar dewan selepas menyerahkan memorandum kepadanya ketika pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri di kampus UIA di sini. Perhimpunan Bersih di ibu negara awal Julai lalu disertai hampir 50,000 di sebalik sekatan dan tindakan keras pihak berkuasa. Bersih 2.0 mahu menggunakan Stadium Merdeka tetapi pihak berkuasa, pada saat-saat akhir, sanggup memberikan Stadium Shah Alam tetapi ditolak penganjur. Himpun atau Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam Sabtu hanya disertai sekitar 5,000 meskipun penganjur menyasarkan 100,000 hadirin khusus untuk membincangkan isu murtad. Hishammuddin menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi, yang membatalkan kehadirannya, yang menurut SMM dibuat saat-saat akhir selepas ia mengumumkan akan mengadakan protes kedua selepas kali pertama Jumaat lalu. Laporan media menunjukkan Najib berada di Riyadh semalam untuk memberi penghormatan terakhir kepada Putera Mahkota Arab Saudi yang mangkat. "Tidak salah dalam melahirkan kritikan konstruktif tetapi selepas menerima memorandum, dengan hati terbuka, sesetengah mereka masih menunggu pada pukul 11.30 malam, menimbulkan persoalan mengenai motif sebenar mereka," kata Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno lagi. SMM telah mengadakan protes ketika kunjungan beliau malam tadi dengan disertai hanya sekitar 40 pelajar berbanding 700 orang Jumaat lalu. Kumpulan itu mengadakan protes ekoran tindakan UIA menjalankan siasatan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Dr Abdul Aziz Bari berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor. UIA menggantung tugas Aziz sejak Rabu lalu tetapi ia ditarik balik kelmarin dan siasatan masih dijalankan. Aziz juga disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Malam tadi, SMM berkata Bersih 2.0, yang melahirkan sokongannya kepada gerakan anti-Lynas awal bulan ini telah bersetuju untuk menyertai perhimpunan kebebasan akademik bulan depan. | ||
Pertemuan menteri, MTUC kelmarin gagal elak piket nasional 3 Nov Posted: 26 Oct 2011 04:32 PM PDT KUALA LUMPUR― Pertemuan antara Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam kelmarin gagal mengelak piket peringkat nasional badan induk kesatuan sekerja itu pada 3 November ini. Kedua-dua pihak terbabit tidak menggunakan pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu untuk menghindar pertikaian berkaitan dengan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011). Kementerian Sumber Manusia juga dikatakan tidak meminta MTUC agar menggugurkan rancangan berpiket kali kedua bulan depan. Presiden MTUC Khalid Atan berkata, Dr Subramaniam juga tidak menimbulkan sebarang pertanyaan mengenai piket mereka ― yang kedua ― yang akan diadakan di seluruh negara secara serentak awal bulan depan. Pertemuan kelmarin turut disertai lima pemimpin MTUC lain. MTUC memutuskan piket nasional pada mesyuarat majlis am pada 10 Oktober lalu. Piket pertama berkaitaan rang undang-undang itu telah diadakan pada 3 Oktober lalu di kawasan bangunan Parlimen. "Kami telah menjangkakan menteri dan kementerian akan membangkitkan soal piket, akan bertanya tentang piket tetapi tiada apa-apa dari pihak Kementerian Sumber Manusia. "Jadi, oleh kerana menteri sendiri tidak bertanya atau mengatakan apa-apa mengenai piket 3 November, nampaknya tidak mengambil berat, maka MTUC tidak memberi apa-apa penjelasan kepada beliau dan kementerian pada pertemuan semalam (kelmarin)," kata Khalid kepada The Malaysian Insider. Justeru tegas, MTUC akan meneruskan piket kebangsaan 3 November bagi memberi penjelasan kepada orang ramai khususnya kaum pekerja mengenai kesan pindaan Akta Kerja 1955. Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011), yang diluluskan minggu pertama sidang Dewan Rakyat, akan dibawa ke Dewan Negara selepas ini. MTUC juga meletakkan harapan pada anggota Dewan Negara untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang itu. Piket 3 Oktober lalu diadakan bagi mendesak Kementerian Sumber Manusia menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011) di Parlimen tetapi desakan dan rayuan MTUC tidak dilayan pihak kerajaan. MTUC mendakwa ia tidak membantah keseluruhan pindaan Rang Undang-undang Kerja sebaliknya hanya beberapa peruntukan baru termasuk sistem kontraktor bagi tenaga kerja. Khalid berkata pertemuan kelmarin memang memfokus soal peruntukan sistem kontraktor tenaga kerja, dengan Menteri Sumber Manusia menekankan akan menggunakan Seksyen 2 Akta Kerja yang memberi kuasa kepada menteri. "Menteri berkata beliau akan menggunakan kuasa di bawah Seksyen 2 untuk mengawal kesan dan implikasi sistem kontraktor tenaga kerja. Tetapi kami menegaskan peruntukan baru ini tidak wajar dimasukkan ke dalam Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011)," kata Khalid lagi. MTUC menegaskan peruntukan itu akan menyediakan ruang kepada majikan untuk menggaji pekerja-pekerja menerusi ejen atau pihak ketiga yang dikenali sebagai sistem kontraktor. Khalid berkata, MTUC berpendapat menerusi sistem ini pekerja tidak akan mempunyai majikan tetap dan dengan mudah terdedah kepada penganiayaan. Khalid juga berkata pihaknya telah menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu. "Kami berharap dapat bertemu dengan Datuk Seri Najib dalam waktu terdekat," katanya. Mengulas lanjut mengenai piket 3 November ini, Khalid menegaskan MTUC tidak akan mendapatkan bantuan parti-parti politik. "MTUC tidak berpihak kepada mana-mana parti politik," katanya. Ahad lalu, PKR dan PAS membuat kenyataan akan menyokong usaha MTUC bulan depan. Khalid berkata, anggota gabungan dalam MTUC berkeupaya untuk mengendalikan kempen mereka sendiri tanpa melibatkan sokongan parti-parti politik. "Tindakan MTUC ini semata-mata hanyalah kempen yang sah untuk menjadikan penggubal undang-undang dan orang ramai menyedari akibat buruk terhadap pekerja sekiranya pindaan itu diterima pakai," kata Khalid dalam kenyataan berasingan. | ||
Suami isteri rentung, dua anak cedera parah pagi Deepavali Posted: 26 Oct 2011 04:25 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SEREMBAN ― Hasrat sebuah keluarga untuk meraikan Deepavali di rumah seorang daripada anggota keluarga mereka di Alor Gajah, Melaka tidak kesampaian apabila pasangan suami isteri itu maut manakala dua anak mereka cedera parah dalam kemalangan di Batu 10, Jalan Seremban-Tampin pagi ini. P. Mugunthan, 42, dan isterinya, K. Sothi, 36, rentung dalam kereta Honda Civic mereka yang terbakar selepas terbabit dalam nahas jalan raya dengan dua lagi kenderaan pada kira-kira 8.56 pagi, lapor Bernama Online. "Kedua-dua anak lelaki mereka yang berusia 13 dan 10 tahun berjaya diselamatkan oleh orang ramai," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Zamrus Zainal kepada pemberita di tempat kejadian. Dua lagi lelaki yang memandu kereta Proton Iswara dan Toyota Camry yang terbabit dalam kemalangan itu juga terselamat, katanya. Mayat pasangan suami isteri itu dihantar ke Hospital Seremban untuk bedah siasat dan kedua-dua anak lelaki mereka turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan, kata Zamrus. | ||
Murtad: Ke mana arah sasarannya Posted: 26 Oct 2011 04:24 PM PDT
| ||
TLDM: Najib, Zahid perlu beri penjelasan Posted: 26 Oct 2011 04:22 PM PDT
| ||
Aziz Bari umpama 'guru perlembagaan' Posted: 26 Oct 2011 04:18 PM PDT
| ||
9 Julai: Bukan sebab takut, kata Ibrahim Ali Posted: 26 Oct 2011 04:04 PM PDT Salhan K Ahmad Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik. Katanya, beliau tidak seharusnya mendedahkan kesemua perkara tersebut dalam situasi "perang" pada waktu itu. "Ada yangboleh beritahu ada yag tidak boleh beritahu. Takkan saya nak cerita semua. Strategi perang takkan saya nak cerita semua," katanya dalam ucapan penggulungannya di persidangan agung PERKASA. Beliau berkata demikian dalam ucapannya petang inik apabila isu berkenaan dibangkitkan oleh seorang perwakilan. "Kita buat laporan polis sebagai senjata perang saraf. Kalau (BERSIH) nak buat (perhimpunan), kita buat (perhimpunan juga). "Sebab itu mereka tak dapat permit, kita pun tak ada permit," katanya mengulas isu yang dibangkitkan perwakilan Wilayah Persekutuan itu. Tambahnya, beliau bagaimanapun memutuskan supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan setelah melihat satu titah daripada Istana berhubung perhimpunan 9 Julai. "Bukan kita takut. Orang yang kata saya takut, dia jel sehari pun tak masuk lagi. "(Perhimpunan) boleh timbul kucar-kacir, huru-hara. Kita tengok apa yang berlaku di London. Dalam pada itu, Ibrahim turut menyatakan kekesalannya kerana Perhimpunan Sejuta Umat pada Sabut lalu turut gagal meraih jumlah peserta yang disasarkan. "Kata sejuta umat, tapi sampai jam 4 petang tak sampai 10,000 orang. Malunya kita," katanya lagi. | ||
PERWAKILAN PERKASA `TERKENTUT' DAN `TERKINCIT' ? Posted: 26 Oct 2011 04:02 PM PDT TERLEBIH dahulu saya mahu ucapkan tahniah kepada Zul Kulim kerana sekarang dipilih untuk berada dalam Saf hadapan PERKASA dan amat sesuai benar sokongan kuat kemasukan beliau datangnya dari Zahid Md Arip. Jika bukan PERKASA, siapa lagi mahu terima Zul Kulim? Saya mahu ulas sedikit jawapan Presiden PERKASA, Berahim Ali apabila ditanya oleh anggotanya sendiri mengapa PERKASA tidak hadir berhimpun sewaktu Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu. Semua maklum, menjelang Himpunan BERSIH 2.0, selain dari Guru Silat Lincah, Omar Din termasuk Ali Rustam dan juga PERKASA, hampir setiap malam di kaca TV mereka muncul sebagai pendekar memberi amaran kepada BERSIH agar jangan berhimpun. Langkah mayat mereka dahulu, kononnya. Berpuluh ribu anggota bawahan masing-masing akan menjadi benteng menghalang peserta perhimpunan BERSIH, begitulah lebih kurang dua tiga ekor pendekar itu bercakap. Apabila tiba masanya, seekor umat pun tidak muncul. Ada yang berkata terdapat juga ahli-ahli PERKASA yang bersedia untuk hadir, tetapi melepak di restoren mamak. Geng Silat bawah Omar Din dan Ali Rustam dikhabarkan hadir tetapi masing-masing menggunakan `ilmu ghaib' di celah ketiak bini masing-masing. Sebab itulah, wajar juga perwakilan PERKASA mahu tahu kenapa PERKASA tidak menjadi `Perkasa' pada hari tersebut? Maka, Presiden PERKASA pun memberi alasan yang boleh buat semua perwakilan PERKASA terkentut menahan ketawa. Beliau menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik. Baca di sini. `Strategik'nya mengikut beliau adalah Perhimpunan BERSIH akhirnya tidak diberi permit oleh pihak Polis, kononnya disebabkan PERKASA juga mahu berhimpun. Kita mahu beritahu Berahim alkataki, selama ini pun perhimpunan yang dianjurkan oleh Pembangkang atau NGO yang pro Pembangkang tidak juga mendapat permit walaupun PERKASA tidak camportangan. Jadi, usahlah PERKASA perasan bahawa kerana PERKASA maka BERSIH tidak mendapat permit. Soalnya sekarang, perhimpunan itu berjaya atau tidak? Jawapannya, BERSIH berjaya menghimpunkan rakyat di luar jangkaan, dan yang tidak berjaya sebenarnya adalah PERKASA dan beberapa puak sekutu dengannya. Jawapan bodoh dari Berahim alkataki itu sudah cukup untuk memperbodohkan semua perwakilan di dalam PERKASA. Kononnya kata Berahim, laporan Polis yang dibuat oleh PERKASA terhadap BERSIH itu merupakan `perang saraf'. Sekali lagi perwakilan PERKASA mungkin terkentut. Akibat perang saraf PERKASA, akhirnya yang lemah `urat saraf' adalah PERKASA sendiri. PERKASA dilihat lebih `pondan' dari `Patriot' walaupun Patriot di bawah KJ hadir juga bersama beberapa Mat Bangla, tetapi berani jugalah hadir ke perhimpunan tersebut. Selepas beberapa kali perwakilan PERKASA terkentut dengan jawapan `cover line' oleh Berahim, kali ini perwakilan terus `terkincit' apabila Berahim alkataki mengaku merasa malu apabila Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) gagal samasekali. Katanya, "Kata sejuta umat, tapi sampai jam 4 petang, tak sampai 10, 000 orang, malunya kita". Begitulah keluhan Berahim di depan perwakilan PERKASA yang mungkin membuatkan ramai yang berebut-rebut ke tandas akibat `terkincit' mendengar ulasan MP Pasir Mas yang bakal hilang deposit ini. Berahim alkataki silap di dalam jumlah tersebut. Bukan tidak sampai 10, 000 orang hadir sebelum 4 petang tetapi tidak sampai 8,000 pun hadir pada waktu tersebut. Itu pun kita sudah kasi `advance', ada yang kata lebih kurang 5,000 sahaja yang hadir. Itu pun telah diberi permit, jika tiada permit mungkin ramailah agaknya. Sebelum saya tutup kalam ini, sekali lagi tahniah buat Zul Kulim yang akhirnya ditakdirkan Allah berada bersama insan yang setaraf dan `standard' dengan beliau. Simpati juga kepada Ruslan Kassim yang lebih `senior' di dalam PERKASA tetapi masih menjadi Setiausaha. Tidak mengapa, apa jua jawatan di dalam PERKASA tidak memberi perbezaan kerana `katak tetap katak'./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan