DIALOG RAKYAT |
- Cubaan sabotaj Konvensyen KEADILAN Wilayah Persekutuan
- Blogger sembunyi wajah ketika dirakam gambar
- Gimik 300 sertai Umno di Tanah Merah dibongkar
- Isu Raja: Siapa lebih berkaliber? Dr. M atau Prof Aziz?
- Bersihkan parti dari ‘hantu raya’
- Berita Minggu mohon maaf kepada Kalimullah
- LDP mahu Umno patuhi konsep perkongsian kuasa
- MIC mahu tukar kerusi parlimennya di Selangor
- PAS harap PKR, DAP selesai segera agih kerusi di Kedah
- Nik Aziz: Rakyat pelik, siapa hina raja Melayu?
- Aziz Bari hantar notis pada Dr M, Utusan, Zul Nordin
- Beg Rosmah: MP soal mengapa Nazri senyap
- Dr M, Utusan dan Zul Nordin berdepan saman
- Pakatan gesa Muhyiddin minta maaf beri ‘watikah’ serang anak Lim
- SU Agung BN: Najib mahukan calon dan kerusi boleh menang
- Pengumuman bajet 2012; Ahmad Said 'pening kepala'
- Bari; Tindakan UIA umpama 'Barbarian'
- RM5 juta mudah kita dapatkan kalau kita ada cincin,"sindir Pak Samad
- PAS semarakkan kemarahan rakyat kepada Umno/BN
- Prestasi Selangor Lebih Baik Daripada Pusat
- Selangor Pergiat Usaha Bantu Belia
- Selangor Cadang Tubuh Skim Insurans Bantu Pekerja Yang Kehilangan Kerja
- Pembangkang Amal 'Dwipiawaian' Dalam Isu Aziz Bari
- Bajet 2012 Bukan Sekadar Hulur Bantuan - Najib
- Saifuddin: UIA tak guna budi bicara, harap batal gantung tugas Aziz Bari
Cubaan sabotaj Konvensyen KEADILAN Wilayah Persekutuan Posted: 23 Oct 2011 03:59 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Konvensyen KEADILAN Wilayah Persekutuan yang berlangsung hari ini dicemari cubaan sabotaj pihak tidak bertanggungjawab yang menabur paku di jalan raya berhampiran tempat konvensyen berlangsung. Perkara itu disedari Ketua AMK Lembah Pantai, Mohd Izhar yang membuat tinjauan terakhir sebelum konvensyen berlangsung kira-kira jam 2.30 petang tadi. Paku-paku itu dikutip dari aspal jalan di simpang masuk ke Kelab Sultan Sulaiman , Kampung Bharu, tempat konvensyen berlangsung. Semua paku yang dikutip itu sebanyak dua genggaman tangan. Konvensyen KEADILAN Wilayah Persekutuan hari ini dijangka berlangsung dari jam 2 hingga jam 6 petang dengan tema 'Demi Rakyat, Selamatkan Malaysia'. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Inrahim dan Menteri Besar Selangor adalah antara pimpinan yang dijangka menyampaikan amanat mereka kepada perwakilan dari cabang-cabang KEADILAN Wilayah Persekutuaan. | ||
Blogger sembunyi wajah ketika dirakam gambar Posted: 23 Oct 2011 03:50 AM PDT
| ||
Gimik 300 sertai Umno di Tanah Merah dibongkar Posted: 23 Oct 2011 03:44 AM PDT
| ||
Isu Raja: Siapa lebih berkaliber? Dr. M atau Prof Aziz? Posted: 23 Oct 2011 03:42 AM PDT Maclean Patrick, Malaysia Chronicle Jangan sesekali mudah percaya UMNO bila mereka mula bercakap soal institusi Raja di Malaysia. Begitu juga, jangan kita terpedaya dengan Mahathir Mohamad bila dia membuka mulut tentang isu Raja. Mantan Perdana Menteri itu menempelak Prof Aziz Bari sebagai 'kurang ajar' atau kasar bila pensyarah undang-undang itu menyatakan buah fikirannya yang institusi Raja tidak boleh lari dari kritikan. Mahathir bercakap seolah-olah terlupa akan sejarah diri sendiri yang pernah mengherdik, menghina Institutsi Raja sewaktu memerintah. Keputusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung Aziz Bari kononnya sebagai tindakan wajar telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional mempunyai pandangan yang sangat rendah terhadap ahli akademik Malaysia. Mereka fikir ahli akedemik ialah golongan yang boleh mereka pergunakan untuk kepentingan dasar-dasar dan permainan politik mereka sahaja. Menurut BN dan UMNO, seseorang ahli akademik itu hanya pencari makan dan melakukan apa yang diperintahkan. BN dan UMNO tidak rasa bersalah bila memaksa pengurusan universiti mengikut telunjuk mereka. Penghijrahan cerdik pandai ke luar negara bukan isu kesetiaan Memaksa bercakap mengikut telunjuk Sang Penguasa bukanlah tugas ahli akademik. Ahli akdemik dilatih untuk merumus sesuatu perkara secara objektif dan rasional. Seseorang itu boleh bersetuju atau tidak dengan pendapat ahli akademik. Dan ini turut diperakukan di dalam konteks demokrasi dimana ahli politik parti memerintah di Malaysia tidak mempraktikkan langsung perihal demokrasi ini. Tentu sahaja UMNO tidak akan melanggan corak pemikiran seperti ini. Sebaliknya, UMNO memilih untuk mencengkam erat kukunya terhadap apa sahaja bentuk pemikiran bebas di negara ini. Bagaimana mungkin Malaysia menjadi negara yang disegani jika kelompok seperti UMNO dan BN menghalang para cerdik pandai dari hak untuk berfikir. Bukan satu kemustahilan lagi yang ramai cerdik pandai Malaysia memilih untuk berbakti di luar lebih dari di tanah air sendiri. Ini juga bukan persoalan kesetiaan seperti yang sering diwar-warkan oleh UMNO kepada sesiapa sahaja yang memberikan pendapat berbeza dari parti politik itu. Malah peluang bercakap secara bebas itu sering disekat – justeru membantutkan perkembangan minda dan masa depan negara. Meludah ke langit Bila Mahathir bercakap yang kita perlu menghormati Raja-Raja, ia seperti meludah ke langit. Tahun 1983 di bawah pentadbiran Mahathir Mohamad, dia telah mempersoalkan institusi Raja beberapa kali. Dia tampil mengemukakan pindaan perlembagaan yang menghadkan kuasa Agong terhadap Dewan Parlimen. Majlis Raja-Raja terpaksa menyatakan keputusannya dalam tempoh 15 hari ianya digubal dan yang paling penting pindaan itu turut menyerahkan kuasa untuk mengelar Darurat daripada Agong kepada Perdana Menteri. Tetapi Mahathir mempunyai bala tenteranya terdiri dari pihak media yang kemudiannya turun ke jalan-jalan melakukan rapat-himpun bagi menunjukkan yang rakyat turut menyokong.Yang peliknya, rapat-himpun jalanan ini tidak pula dianggap salah berbanding perhimpunan BERSIH pada 9 Julai yang menuntut agar pilihanraya seterusnya bersih dan adil. Tidak juga himpun-rapat itu diisytihar ancaman kepada keselamatan negara atau merugikan ekonomi negara. Raja enggan tunduk paksaan Mahathir dan Raja juga didukung kuat oleh para Sultan, ahli politik UMNO konservatif, segelintir orang Malayu tetapi ramai orang Cina. Tetapi Mahathir mempunyai bala tenteranya terdiri dari pihak media yang kemudiannya turun ke jalan-jalan melakukan rapat-himpun bagi menunjukkan yang rakyat turut menyokong.Yang peliknya, rapat-himpun jalanan ini tidak pula dianggap salah berbanding perhimpunan BERSIH pada 9 Julai yang menuntut agar pilihanraya seterusnya bersih dan adil. Tidak juga himpun-rapat itu diisytihar ancaman kepada keselamatan negara atau merugikan ekonomi negara. Selepas lima bulan lamanya, kedua-dua belah pihak berjaya mencapai kesepakatan yang kuasa menggelar Darurat masih di bawah Raja namun sekiranya rang undang-undang itu tidak dipersetujui oleh Raja, kuasa itu perlu dikembalikan kepada Parlimen yang boleh menggelar Darurat tanpa pengesahan Raja. Mahathir raja tanpa mahkota Di dalam dekad kedua memerintah, Mahathir sekali lagi mencari pasal dengan institusi Raja-Raja. Tahun 1992 menyaksikan putera Sultan Iskandar, pemain hoki kebangsaan telah digantung bermain selama lima tahun kerana mencederakan lawan. Sultan Iskandar bertindak menarik balik semua pasukan hoki negeri Johor dari pertandingan kebangsaan itu. Keputusannya itu mendapat kritikan dari jurulatih tempatan dan kerana murka, Sultan iskandar memerintahkan jurulatih itu untuk mengahdapnya di istana sebelum dia dibelasah teruk. Secara bersama, Parlimen menghukum Sultan Iskandar, dan Mahathir mengambil kesempatan untuk mengubah hak perlindungan Perlembagaan kepada Sultan dari tindakan saman sivil dan jenayah. Pihak media sekali lagi menyokong Mahathir dan mula menyiarkan dakwaan salahlaku kerabat Raja di Malaysia. Dengan menyiarkan contoh-contoh kehidupan mewah Raja, Mahathir bertekad untuk memotong habuan kewangan kepada institutsi Raja-Raja. Dengan pihak media dan kerajaan terus menyerang mereka, para Sultan akhirnya akur dengan cadangan kerajaan. Kuasa untuk tidak mempersetujui rang undang-undang terus dibatasi dengan peindaan Perlembagaan yang diluluskan pada tahun 1994. Secara tidak langsung, Mahathir ditabalkan "raja tanpa mahkota" di negara ini. UIA, pusat pengajian yang tidak boleh berfikir? UMNO di bawah pemerintahan Mahathir secara berkesan membolot kuasa ke atas institutsi Raja-Raja, semakin kuat cengkamannya terhadap kuasa Raja. Inilah cara UMNO menghormati Raja-Raja di Malaysia. Kita bukan bercakap pasal seorang Sultan sahaja tetapi juga Raja dan institusi itu telah diperkudakan oleh UMNO. Berbanding dengan komen Aziz Bari tentang keputusan Sultan Selangor, kita boleh melihat secara jelas pilih kasih yang digunakan di negara ini bila bercakap soal keadilan. UIA seharusnya malu kerana tunduk tekanan dan kuasa politik. Sekiranya UMNO boleh menyatakan perbuatan ketua bahagian Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hasan Basri yang menyerang anak lelaki Lim Guan Eng di dalam blognya sebagai 'pendapat peribadi', bagaimana UIA tidak boleh menyatakan itu adalah pandangan peribadi Aziz Bari sebagai seorang ahli akademik? Bukankah ini menunjukkan yang UIA, sebagai sebuah institusi ilmu, melanggan tanggapan yang semua boleh belajar dan menyoal kerana jawapan persoalan itu membolehkan ilmu itu terus berkembang? - Malaysia Chronicle | ||
Bersihkan parti dari ‘hantu raya’ Posted: 23 Oct 2011 03:40 AM PDT 'Hantu raya' atau individu tersebut pernah menjadi perutusan Umno dan bertemu dengan beberapa calon PKR untuk mempengaruhi calon PKR tersebut menarik diri. REMBAU – Kepimpinan PKR harus bersih dari kehadiran 'hantu raya' yang boleh menggugat kestabilan parti, kata Setiausaha PKR Cabang Rembau, Norazizi Abdul Aziz. Beliau berkata, ini ialah kerana masih ada 'hantu raya' yang menghuni dalam kepimpinan PKR termasuk dalam PKR Negeri Sembilan. Menurutnya, 'hantu raya' atau individu tersebut pernah menjadi perutusan Umno dan bertemu dengan beberapa calon PKR untuk mempengaruhi calon PKR tersebut menarik diri dan memberi kemenangan percuma kepada calon Umno ketika Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008". Norazizi berkata beliau pelik walaupun calon-calon PKR tersebut telah mendedahkan nama pemimpin yang cuba menjadi orang tengah Umno dan isu tersebut di bawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN). Tetapi kepimpinan PKR Negeri Sembilan tidak mengambil sebarang tindakan malah melantik semula individu tersebut dengan jawatan tinggi dalam MPN. "Dua orang yang telah membuat pengakuan bahawa mereka ditemui individu tersebut ialah calon Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin dan calon Dewan Undangan Negeri Sikamat, Aminuddin Harun," katanya. Katanya, adalah diyakini individu tersebut berjaya menyusup masuk dan kini mendapat kepercayaan dalam MPN Negeri Sembilan dan sedang mempersiap diri sebagai calon. "Justeru itu saya telah membentangkan usul ini di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Rembau minggu lepas agar parti harus dibersihkan daripada ancaman individu-individu yang boleh menggugat parti dan usul ini telah diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat tersebut. "Secara terus terang saya berasa gusar kerana kemungkinan peristiwa di Perak akan berulang jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri dan ianya mungkin dengan kelebihan majoriti tipis sahaja", jelas Norazizi. Norazizi menambah PKR harus belajar dari sejarah pengkhianatan di Perak yang akhirnya rakyat hilang kepercayaan kepada PKR dan berlaku krisis kepercayaan (crisis of confidence). Untuk rekod Badrul Hisham kalah kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan perbezaan 5,746 undi manakala Aminuddin pula menumpaskan 'orang kuat' Umno Sikamat, Mohd Yusop Harmain Shah dengan majoriti 499 undi. | ||
Berita Minggu mohon maaf kepada Kalimullah Posted: 23 Oct 2011 03:39 AM PDT MALAYSIA KINI Ahkbar berkaitan Umno, Berita Minggu hari ini membuat permohonan maaf kepada Pengerusi ECM Libra Financial Group Berhad, Datuk Seri Kalimullah Hassan.Permohonan maaf itu adalah berhubung penyiaran artikel pada 2 Oktober lalu mengenai dakwaan majlis makan malam individu-individu tertentu, termasuk Kalimullah (kiri) dan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan ahli politik Singapura. "Akhbar ini mengakui laporan berkenaan yang memetik Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ruslan Kassim, adalah tidak berasas dan Berita Minggu sebagai media bertanggungjawab, sepatutnya melakukan usaha mengesahkan laporan itu sebelum menyiarkan artikel itu," petik akhbar itu. Menurut Berita Minggu, Kalimullah yang menerima permohonan berkenaan dalam reaksinya berkata, laporan yang mendakwa beliau berkemungkinan terbabit menganjurkan 'makan malam dengan beberapa pemimpin kanan Parti Tindakan Rakyat (PAP)' dan 'membocorkan rahsia' adalah satu fitnah serta mempersoalkan kesetiaannya sebagai rakyat Malaysia. "Tiada apa yang salah atau menyalahi undang-undang mengenai perbuatan makan malam dengan pemimpin PAP atau mana-mana ahli politik lain. Sepanjang tempoh kerjaya saya sebagai wartawan dan ahli perniagaan, saya sudah bertemu dan makan malam bersama dengan pemimpin kanan kerajaan pelbagai negara seperti mana rakyat Malaysia lainnya. Saya juga masih berkawan dengan ramai kenalan dan kekal berhubung sehingga kini. "Untuk membuat sebarang kesimpulan bagi motif pertemuan ini, selain perniagaan dan persahabatan peribadi adalah hasil minda tidak aktif dan kecil yang bertujuan mempersoalkan profesionalisme dan kesetiaan saya sebagai rakyat Malaysia dan satu cubaan untuk memburukkan dan mencemarkan nama baik serta reputasi saya. "Saya berasa kesal kerana Berita Minggu yang pernah di bawah saya selaku Ketua Pengarang Kumpulan dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarahnya sehingga 2008, boleh menyiarkan laporan itu dengan hanya bersandar kenyataan tidak berasas itu. "Paling kurang pun, mereka sepatutnya memeriksa fakta berkenaan dan menghubungi saya sebelum menyiarkan artikel itu sejajar amalan kewartawanan yang beretika," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan akhbar itu. | ||
LDP mahu Umno patuhi konsep perkongsian kuasa Posted: 23 Oct 2011 03:35 AM PDT MALAYSIA KINI Parti Demokratik Liberal (LDP) meminta semua parti komponen BN di Sabah, khususnya Umno memelihara dan mematuhi konsep perkongsian kuasa yang dipersetujui selama ini. Tidak dicalonkan Keputusan Musa Calon mampu menang | ||
MIC mahu tukar kerusi parlimennya di Selangor Posted: 23 Oct 2011 03:33 AM PDT MALAYSIA KINI MIC, yang hanya memenangi tiga daripada sembilan kerusi parlimen yang ditandinginya pada pilihan raya umum 2008, berhasrat membuat pertukaran satu daripada kerusi yang diperuntukkan kepadanya di Selangor dengan kerusi di Kedah atau Pulau Pinang. Perbuatan sabotaj Palanivel berkata beliau gembira kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri cuba menyelesaikan isu berkenaan, termasuk menyediakan dana RM100 juta melalui Belanjawan 2012 untuk usahawan India di bawah program Amanah Ikhtiar Malaysia. "Kaum India memerhati setiap langkah saya dan MIC. Kami tak boleh berjanji berlebih-lebihan, sedangkan tak mampu menunaikannya... Saya perlu berhati-hati dengan janji yang dibuat," kata bekas wartawan itu. Beliau berkata beberapa isu yang disuarakan MIC telah diselesaikan kerajaan, termasuk berkaitan penambahan 1,000 tempat dalam program matrikulasi dan peruntukan RM8 juta untuk menubuhkan Koperasi Suria bagi membantu peruncit berketurunan India. Bagaimanapun, kata beliau usaha untuk membawa kaum itu ke dalam arus utama masyarakat Malaysia tidak wajar diserahkan kepada kerajaan dan MIC semata-mata kerana ahli perniagaan dan profesional India juga perlu memainkan peranan mereka dalam hal itu. "Sebagai contoh, kuil juga boleh memperuntukkan satu perlima daripada jumlah yang disumbangkan kepadanya untuk membantu ibu tunggal dan golongan miskin," kata beliau.- Bernama | ||
PAS harap PKR, DAP selesai segera agih kerusi di Kedah Posted: 23 Oct 2011 03:30 AM PDT MALAYSIA KINI PAS Kedah berharap PKR dan DAP menyelesaikan segera masalah pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi perebutan antara kedua-dua parti sebelum pilihan raya umum ke-13 diumumkan. Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (bersongkok) berkata walaupun masalah itu hanya membabitkan satu atau dua kerusi, PAS berharap ia diselesaikan dengan segera dan secara baik. "Biasalah semua orang (parti) hadapi masalah (pembahagian kerusi). DAP lebih fokus kepada kerusi yang disandang oleh PKR. Terpulang kepada mereka untuk berunding. Kita (PAS) sebagai penyelaras jawatankuasa mengharapkan ia diselesaikan dengan baik. "Kalau DAP boleh yakinkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita akan pertimbangkan meletak calon mereka di kerusi yang diminta," kata Azizan yang juga Menteri Besar Kedah kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat negeri di Seri Mentaloon di Alor Setar, hari ini. Mengenai pemilihan calon, Azizan berkata PAS tidak meletakkan syarat sama ada calon tersebut muda atau tua asalkan mereka memiliki kriteria untuk menang sudah memadai. "PAS tak ada kuota calon muda atau tua cuma kita melihat persekitaran dan kehendak rakyat di kawasan berkenaan untuk pilih calon yang sesuai dengan kehendak rakyat. "Kalau calon muda umur 21 tahun boleh menang, kita bagi dia jadi calon, tak kisah tua atau muda kerana dalam peperangan mereka kena berperang. Matlamat kita hanya untuk menang," katanya. Antara penilaian PAS ialah calon hendaklah memiliki tahap kesihatan dan moral yang baik serta tidak kontroversi, kata Azizan dan menambah Pakatan dalam keadaan selesa untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. Bernama | ||
Nik Aziz: Rakyat pelik, siapa hina raja Melayu? Posted: 23 Oct 2011 03:24 AM PDT MALAYSIA KINI Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat berkata rakyat menjadi pelik melihat tindakan sesetengah pihak menghina raja-raja Melayu dibiarkan tanpa sebarang tindakan, tetapi sebaliknya ahli akademik yang menyuarakan pandangan akademik mereka disekat. Mereka membidas tindakan UIA itu kerana berpendapat ia salah dari segi moral dan intelektual. | ||
Aziz Bari hantar notis pada Dr M, Utusan, Zul Nordin Posted: 23 Oct 2011 03:22 AM PDT Hafiz Yatim Peguam yang mewakili profesor undang-undang dan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari akan menghantar notis tuntutan kepada tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu ini. Dua entiti lain itu adalah Utusan Malaysia dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin. Notis itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka. "Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya kepada Malaysiakini. Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar. "Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir dipetik akhbar milik Umno itu. Pakar perlembagaan itu kemudiannya menempelak Dr Mahathir dan mempersoalkan siapa yang sebenarnya tidak bermoral terhadap raja-raja. "Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993," kata Abdul Aziz. Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberpa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor. Hanipa berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporan Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis. | ||
Beg Rosmah: MP soal mengapa Nazri senyap Posted: 23 Oct 2011 03:01 AM PDT MALAYSIA KINI Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, tindakan Nazri yang membisu itu menimbulkan pelbagai soalan. Dalam soalannya, Teo menyoal sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta berlian dan juga beberapa beg tangan yang mahal. "Bagaimanapun, Nazri mengelak menjawab soalan yang berkaitan dengan beg tangan Birkin. "Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?" kata Teo yang juga adalah penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP, dalam satu kenyataan akhbar. Sebelum ini, Nazri telah menafikan isteri Datuk Seri Najib Razak memiliki cincin RM24 juta yang menjadi kontroversi itu. Menurut ahli parlimen Serdang itu, Rosmah telah dikesan "berulang kali membawa beg tangan Birkin" di khalayak awam. "Berdasarkan gambar-gambar yang dibekalkan oleh 'netizens', bilangan beg tangan Birkin yang dibawa oleh beliau dalam majlis-majlis rasmi serta apabila bercuti, bukan sahaja berjumlah satu atau dua beg, tetapi terdapat sekurang-kurangnya 11 warna yang berlainan!" Menurut Teo, beg tangan yang dinamakan sempena pelakon-penyanyi Britain yang terkenal Jane Birkin itu dihasilkan oleh Hermes sejak tahun 1984 dan ia adalah lambang barangan mewah yang eksklusif dan hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu yang kaya raya secara luar biasa. Bagi beg edisi terhad itu, kata beliau, harga sebuah beg boleh mencecah daripada US$ 9,000 (RM28,000) hingga US$150,000 (RM472,000). | ||
Dr M, Utusan dan Zul Nordin berdepan saman Posted: 22 Oct 2011 10:49 PM PDT
| ||
Pakatan gesa Muhyiddin minta maaf beri ‘watikah’ serang anak Lim Posted: 22 Oct 2011 10:47 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita. Semalam, Muhyiddin meminta Lim, Ketua Menteri Pulau Pinang, membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi. "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama," katanya. Mengulas perkembangan itu hari ini, Naib Presiden PKR N Surendran (gambar) mahu Muhyiddin dengan segera memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan sedemikian. "Kami menggesa Umno-BN menghentikan politik memfitnah dan pembunuhan karakter," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Surendran, yang juga seorang peguam berkata, beliau terkejut kerana Muhyiddin sebagai pemimpin tertinggi negara sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan pelajar perempuan yang dikaitkan, Anya Sun Corke, yang didakwa menjadi mangsa sendiri telah menafikan perkara tersebut dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga Lim, anak dan keluarganya. "Dalam bertindak sedemikian, Anya Corke yang muda telah menunjukkan sikap lebih matang dan sopan berbanding timbalan perdana menteri negara kita," kata Surendran dalam satu kenyataan. Dalam pada itu, DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegur timbalannya kerana memberi sokongan bulat-bulat kepada pemblog-pemblog pro-Umno untuk mengaibkan dan memusnahkan kehidupan anak Lim. "Kami terkejut dan marah dengan (kenyataan) Timbalan Perdana Menteri yang dilaporkan berkata bahawa jika Ketua Menteri Pulau Pinang merasakan adalah penting untuk membetulkan maklumat, maka beliau seharusnya datang dengan kenyataan sangat keras. Penafian sahaja tidak mencukupi'," kata Pua. Dalam kenyataannya, Pua berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno seharusnya memeriksa maklumatnya kerana Lim bukan sahaja telah mengeluarkan kenyataan tegas pada minggu lalu, malah "kami telah membuktikan bahawa keseluruhan kes ini adalah rekaan semata-mata." Selain itu kata beliau, mangsa yang didakwa terlibat dalam kes, yang berusia 21 tahun, sendiri telah menafikan perkara tersebut. "Mangsa yang didakwa juga telah mengeluarkan kenyataan kepada kesemua media, mengatakan bahawa dia tidak pernah datang ke Malaysia sepanjang tujuh tahun lalu," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini. Perkara itu turut dinafikan oleh pengetua SMK Heng Ee, sekolah yang anak lelaki Lim belajar sehingga akhir tahun lalu. Meskipun Lim tidak perlu membuktikan apa-apa, kata Pua, Muhyiddin memilih untuk memberi 'watikah' kepada khabar-khabar angin dan memberi sokongan kepada "mutlak" kepada pemblog-pemblog Umno. Katanya lagi, daripada melahirkan pendirian untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan khabar angin, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memilih untuk mempertahankan pihak terbabit. "Beban pembuktian terletak pada pihak yang menuduh dan bukannya pada pihak yang difitnah dengan tidak adil," kata beliau. Pua juga berkata demi menjaga imej kerajaan, Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri sewajarnya mengambil tindakan menghentikan tindakan-tindakan tidak waras dengan memberi teguran kepada timbalan beliau dan juga kesemua ahli partinya yang mengaibkan pelajar berusia 16 tahun. "Jika tidak akan terbukti kepada rakyat Malaysia bahawa Umno sudah bankrap secara moral dalam usahanya mahu kekal berkuasa dalam apa jua cara pun termasuk menyerang kanak-kanak tidak berdosa," kata beliau. | ||
SU Agung BN: Najib mahukan calon dan kerusi boleh menang Posted: 22 Oct 2011 10:33 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung Umno berkata calon-calon yang akan diturunkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 "memang boleh menang dan memberi impak" dengan menekankan bahawa ketuanya Datuk Seri Najib Razak mahukan calon dan kerusi yang boleh menang. Sehubungan itu kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar), BN sanggup meletakkan mereka yang sudah berusia jika pihak terbabit boleh membawa kemenangan. Sejak awal tahun ini Najib selaku Pengerusi BN menekankan bahawa perikatan itu akan meletakkan calon-calon yang boleh menang pada pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Mesej itu ditekankan berulang kali termasuk pada perhimpunan parti-parti komponen BN sejak kebelakangan ini. Di sebalik mesej itu, beberapa pemimpin Umno pula menggesa komponen BN menyerahkan kerusi yang mereka kalah pada Mac 2008 kepada parti itu untuk bertanding. Pilihan raya umum ke-13 merupakan pilihan raya umum pertama bagi Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno. BN dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum lalu. Ia hanya memperoleh 140 daripada 222 kerusi dipertandingkan. "Calon yang akan diketengahkan kali ini memang boleh menang dan memberi impak. "Ini tidak bermakna calon sekarang tidak berwibawa atau tak boleh menang. Kadangkala walaupun sudah berusia, rakyat masih sukakan calon itu dan kita boleh kekalkan calon seperti itu," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN. Dalam temu bual dengan Berita Minggu, Tengku Adnan mengakui ramai yang gelisah termasuk wakil parti komponen dengan strategi akan meletakkan calon boleh menang. "Sebenarnya bukan parti yang risau tetapi individu itu yang resah," katanya. Kata beliau, sebagai Yang Berhomat mereka yang terbabit perlu faham kapasiti sebagai wakil rakyat sama ada rakyat suka atau tidak. "Kita sendiri boleh nilai diri," katanya lagi sambil menambah, "kalau sayangkan parti, buatlah sesuatu yang boleh memenangkan parti dengan memberi laluan kepada orang lain." Katanya, "ia adalah konsep yang kita amalkan dan akhirnya pengagihan yang kita buat membuahkan hasil baik." Tengku Adnan berkata, kepimpinan BN akan mendengar kehendak komponen perikatan itu dan mereka akan rasional. Sehubungan itu, kata beliau, perkongsian kuasa diamalkan BN akan diteruskan, tetapi disebabkan masa sudah berubah, ia melihat semula keperluan. "Dulu, letak songkok pun boleh menang sekarang berbeza. "Selain parti, rakyat juga menilai calon. Sebab itu, Presiden (Najib) mahukan calon dan kerusi boleh menang. "Kalau kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri itu boleh menang, kita juga mahukan calon boleh menang dan berwibawa di situ," kata beliau. Katanya, rakyat mahu wakil yang memperjuangkan nasib mereka. Oleh itu tegas beliau, "saya yakin daripada apa yang kita lihat, semuanya menjadi semakin realistik kerana pemimpin parti komponen sedar dan tahu kekuatan serta kelemahan masing-masing. "Mungkin jika mereka letak calon A, BN akan kalah, jadi mereka boleh bincang tarik balik calon itu dan ganti orang lain yang lebih layak tanpa mengira parti asalkan dalam BN dan diterima rakyat. "Perkara itu sudah dipersetujui semua parti komponen," katanya. | ||
Pengumuman bajet 2012; Ahmad Said 'pening kepala' Posted: 22 Oct 2011 10:30 PM PDT DUNGUN - Menteri Besar Terengganu mengakui, beliau 'pening kepala' ekoran pengumuman bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak. Menurutnya, pengumuman pembayaran bonus kakitangan kerajaan menyebabkan kerajaan negeri terpaksa mencari kewangan sebanyak RM18 juta. "Nak bayar bonus, kita pening kepala, nak raya baru ni PM isytihar bayar RM500 bonus, saya pening kepala dah, sebab (nak bayar bonus) RM500, kita (kena belanja) sekarang RM18 juta (kepada) kakitangan awam dan badan berkanun, "baru ni (bajet 2012 PM) isytihar pula, RM500 (setiap kakitangan) RM18 juta pula (kena belanja),"ujarnya pada Majlis Pengagihan e-Book Kepada Pelajar Tahun 4 Dun Rantau Abang bertempat di Sekolah Menengah Pulau Serai, Ahad 16 Oktober, dekat sini. Katanya, peruntukan untuk membayar bonus kakitangan sebanyak RM18 juta tersebut tidak diperuntukkan dalam bajet menyebabkan kerajaan 'menggelepar' mencari kewangan. Ahmad Said turut mengeluh, tindakan Najib 'yang sedap' mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan juga menyebabkan kesusahan kepada Menteri-menteri Besar di negeri-negeri. "PM sedap sangat sebt, isytihar bayar bonus bayar apa, kita kena kejar nak pitih di mana,"katanya. Dalam pada itu, seorang bapa kepada pelajar mengadu, beliau menganggap kerajaan tidak ikhlas dalam pemberian komputer riba 'E-Book' kepada murid-murid sekolah. Beliau yang enggan dikenali berkata, kerajaan sering mengungkit apa-apa pemberian, termasuk pemberian E-Book kepada rakyat, kononnya ia satu daripada program 'Merakyatkan Pembangunan' negeri Terengganu. "rakyat tidak pernah mengungkit, berapa banyak kena bayar perkhidmatan dan pelbagai cukai kepada kerajaan, kerajaan Terengganu belanja kerana hasil minyak, itu memang hak rakyat,"katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri yang juga ADUN Rantau Abang, Dato' Zaaba Mohd Adib telah menggunakan Majlis Pengagihan e-Book tersebut sebagai medan berkempen politik pilihanraya. Beliau meminta hadirin terus memberikan sokongan dengan menjanjikan pembangunan hospital, Maktab Rendah Sains Mara dan peruntukan sebanyak RM10juta bagi membuang pasir dan 'beting' di muara sungai. | ||
Bari; Tindakan UIA umpama 'Barbarian' Posted: 22 Oct 2011 10:29 PM PDT Saya rakamkan ucapan takziah kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari, yang telah dikenakan tindakan separa Barbaric oleh UIA, bagi pihak kerajaan Umno-BN. | ||
RM5 juta mudah kita dapatkan kalau kita ada cincin,"sindir Pak Samad Posted: 22 Oct 2011 10:23 PM PDT Skuad BOKUALA TERENGGANU - Datuk A.Samad Said (Pak Samad) datang dua hari lebih awal sebelum program Sayembara Deklamasi Puisi yang dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur. Walaupun mempunyai tujuan yang serupa, untuk membaca puisi, namun kedatangan Sasterawan Negara tersohor itu, tidak ada kena mengena dengan program sempena Bulan Bahasa Peringkat Negeri Terengganu tersebut. Pak Samad 'diterbangkan' dari Kuala Lumpur ke sini pada Jumaat 21 Oktober atas jemputan PAS, bagi menyerikan Majlis Makan Malam Dana Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13). Sebaik selesai menyampaikan 'ucap hormat' kepada pemimpin PAS dan para hadirin, Pak Samad mengulas ucapan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abd Wahid Endut, PAS perlukan dana sebanyak RM5 juta, bagi menghadapi PRU-13. "Puisi yang saya bacakan mungkin tidak dapat mengisi dana RM5 juta yang diperlukan, "jumlah yang sebesar itu, saya fikir, mudah kita dapatkan kalau kita ada cincin, cincin yang hilang itu,"kata Pak Samad menyindir, merujuk kepada isu cincin berharga USD24juta yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri. Menurut Pak Samad, itulah 'gambaran aneh' yang berlaku dimana PAS Terengganu perlukan RM5 juta sedangkan sebentuk cincin sahaja berharga 'berkali-kali' lebih mahal dari apa yang PAS perlukan. Katanya, beliau selalu memikirkan tentang ketidakseimbangan yang berlaku dalam politik masakini Beliau meluahkan rasanya yang 'terkesan' dengan soal wang royalti yang menjadi wang ehsan. "Saya sangat agak terkesan juga bila berfikir tentang wang ehsan dengan (wang) royalti, "saya fikir minyak ini hasil bumi dan minyak itu tumbuh dinegeri-negeri tertentu yang mesti dihormati, sebab itu anugerah (Allah),"jelasnya. Namun, menurutnya, perhormatan itu tidak berlaku di negara ini. Pak Samad mendeklamasi tiga buah puisi yang sarat dengan mesej berkaitan dasar dolak dalih kerajaan dalam perlaksanaan PPSMI dan reformasi dalam perjuangan rakyat | ||
PAS semarakkan kemarahan rakyat kepada Umno/BN Posted: 22 Oct 2011 10:15 PM PDT KUALA TERENGGANU - Tawaran Menifesto Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) PAS Terengganu yang bertema 'Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan' menyebabkan rakyat setempat semakin marah dan 'meluat' melihat papan tanda besar (billboard) Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di bandar Chukai, disini. Lima tawaran 'awal' PAS Terengganu diumumkan Pesuruhjayanya Haji Mohd AbdulWahid Endut termasuk komitmen PAS untuk menghapuskan cukai pintu rumah kediaman, sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRU13 akan datang. | ||
Prestasi Selangor Lebih Baik Daripada Pusat Posted: 22 Oct 2011 10:14 PM PDT SELANGOR KINI KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai kelayakan untuk mendapat kenaikan elaun disebabkan prestasi yang ditunjukkan mereka dan negeri amat baik sekali. Khalid menjelaskan demikian pada sesi perbahasan belanjawan 2012 di Dewan Rakyat apabila ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mempertikaikan tindakan Pakatan Rakyat (PR) menolak kenaikan yang dicadangkan oleh kerajaan pada pembentangan Bajet tetapi menerima cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor lapor Harakah Daily. "Kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tahun 2009 hingga 2011 telah menghasilkan bajet yang seimbang, hutang negeri tidak meningkat kerana tiada pinjaman dilakukan. "Hasil negeri meningkat jika dibandingkan dengan pemerintahan di bawah BN yang mana rakyat sekarang dapat merasa hasil kekayaan negeri sejak dari awal dilahirkan sehinggalah mereka meninggal dunia, selain menikmati air percuma," jelas Khalid yang juga AJK PAS Pusat. Tambahnya lagi, merujuk kepada prestasi baik dan keseimbangan antara hasil negeri dan rakyat, maka secara jelas setiap Adun di Selangor memang layak mendapat kenaikan elaun jika dibandingkan dengan prestasi yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN terutamanya perbelanjaan defisit selama 14 tahun berturut-turut. "Ahli Parlimen tidak layak mendapat kenaikan elaun jika kita melihat prestasi dan amalan pentadbiran BN berbelanja sehingga membuatkan hutang negara meningkat sehingga 53 peratus dari Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK). "Bagaimanakah kita hendak bersetujuan agar kenaikan elaun ini diluluskan, kemerosotan ini bukannya disebabkan oleh dari ahli parlimen PR tetapi disebabkan oleh mereka di dalam BN yang selalu mengamalkan bodek dan kroni," katanya lagi. Beliau juga memberitahu prestasi buruk merupakan halangan untuk melayakkan setiap Ahli Parlimen mendapatkan kenaikan dan ini pasti boleh diubah apabila PR mengambil alih pantadbiran di Putrajaya nanti. Tindakan menuduh pendirian PR tidak bersependapat dengan apa yang dilakukan di Selangor, Khalid memberitahu kenaikan bergantung kepada hasil dan prestasi negara, malah jika dibandingkan dengan Negeri Selangor dari sudut pentadbiran jauh lebih baik dari apa yang kerajaan BN lakukan di negara ini. "Kita melihat bagaimana kerajaan negeri menambah pendapatan negeri yang diperolehi dari hasil dan sumber asli, mengambil kembali hutang dari mereka yang telah berhutang serta menghapuskan budaya kroni. "Sedangkan kerajaan pusat hanya tahu menambah hutang negara dan menurut kajian yang dilakukan oleh badan bebas mengatakan jika amalah defisit ini dilakukan oleh BN, maka pada tahun 2020 hutang negara akan meningkat RM1 trilion dan ia akan membawa negara ke arah kebankrapan," sambungnya lagi. Beliau juga menyentuh janji kerajaan yang dinyatakan semasa belanjawan tersebut yang mahu menaikkan taraf Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah satu yang baik tetapi dalam pada masa yang sama kerajaan perlu melihat kedudukan Hospital Shah Alam yang telah terbengkalai sejak sekian lama. | ||
Selangor Pergiat Usaha Bantu Belia Posted: 22 Oct 2011 10:13 PM PDT SELANGOR KINI SHAH ALAM – Usaha membendung aktiviti dan gejala sosial tidak sihat di kalangan belia semakin dipergiatkan kerajaan Selangor menerusi pelbagai peluang dan tawaran pembelajaran khusus buat remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Insitusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/IPTS). Peluang itu bukanlah tertumpu kepada bidang akademik mahupun ilmiah semata-mata, sebalikya ia lebih memfokuskan kepada skil atau kemahiran asas, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut Abdul Khalid, fokus kerajaan negeri kini adalah untuk membentuk pembangunan belia supaya ia sejajar dengan pembangunan negeri Selangor yang sedang berkembang pesat. Ini kerana jelasnya, kebanyakan belia yang berjaya memasuki IPTA atau IPTS hanyalah kira-kira 30 peratus sahaja, manakala selebihnya tidak berjaya menerima sebarang tawaran. Oleh demikian katanya, pelbagai usaha perlu diketengahkan bagi membantu golongan belia yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ini ke peringkat lebih tinggi. "Kerajan Selangor telahpun membuat sebuah program kecil dengan membangunkan sekolah atau institusi kemahiran yang boleh membantu golongan belia mengasah bakat atau kemahiran, contohnya Kolej Inpens. Selain itu, semasa membuat lawatan ke Jerman, saya telah berbicang untuk memberi peruntukan kepada pelajar yang tidak menerima peluang melanjutkan pelajaran ke IPT atau IPTS untuk mengikuti kursus dari segi kemahiran di syarikat Jerman di Malaysia supaya mereka dilatih dan mendapat sijil kemahiran," katanya. Tambah Abdul Khalid, melalui cara itu persaingan bagi mendapatkan pekerjaan dengan pekerja asing dapat dikurangkan atau dielakkan. Majlis itu dihadiri kira-kira 30 wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sempena Luncheon Talk di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini. Majlis Luncheon ini adalah lanjutan daripada pertemuan Menteri Besar bersama MTUC Selangor yang hadir menyerahkan memorandum berkaitan penubuhan Majlis Buruh Selangor. Ia bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu dan cabaran yang dikemukakan MTUC sebelum memorandum tersebut dimuktamadkan. Sementara itu, bagi graduan lepasan IPTA atau IPTS, Abdul Khalid menjelaskan kerajaan Selangor turut menganjurkan pelbagai program dan aktiviti yang boleh membantu mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian. "Saya telah melancarkan satu program yang dikendalikan oleh Kumpulan Perangsang dengan menjemput graduan universiti untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan memberi latihan antaranya cara bercakap dan cara memperkenalkan pendapat kerana ia mempengaruhi pilihan pekerjaan selain berupaya membina jati dan keyakinan diri," ujarnya. Untuk tujuan itu katanya, lebih RM1 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi membantu dan memberi maklumat serta kemahiran kepada graduan yang belum mendapat pekerjaan. Bagaimanapun tegas beliau, usaha ini perlu dipergiatkan oleh segenap lapisan masyarakat bagi memastikan ia dapat berjalan lancar. | ||
Selangor Cadang Tubuh Skim Insurans Bantu Pekerja Yang Kehilangan Kerja Posted: 22 Oct 2011 10:06 PM PDT SELANGOR KINI SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil inisiatif mengadakan rundingan dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bagi mewujudkan skim insurans untuk melindungi pekerja yang diberhentikan. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata skim seperti ini mampu mengurangkan beban yang ditanggung mereka yang kehilangan kerja sekiranya berlaku kegawatan ekonomi pada masa hadapan. "Skim ini bukan berbentuk pampasan sepenuhnya tetapi cukup untuk membantu mereka yang kehilangan kerja berdepan dengan hari-hari yang sukar. Saya berharap dapat mengadakan perbincangan dengan MEF mengenai perkara ini," katanya ketika pada majlis makan tengahari bersama pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Bangunan SSAAS di Shah Alam, hari ini. Menjawab soalan salah seorang tetamu, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri Selangor memandang serius kebajikan pekerja dan tidak berkompromi jika pekerja terbabit tidak dilayan secara adil oleh majikan. "Oleh kerana itu kita menubuhkan dengan segera pasukan khas bagi menbantu pekerja di negeri ini yang hilang pekerjaan ketika ekonomi gawat pada 2008," katanya yang merujuk kepada pasukan khas yang dianggotai wakil agensi kerajaan, anak-anak syarikat kerajaan negeri, MEF, MTUC, Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) dan Agensi Pembangunan Industri Malaysia. "Walaupun ekonomi semakin baik dan pemberhentian pekerja bukan lagi menjadi isu, pasukan khas ini akan digerakkan semula jika keadaan memerlukan," katanya. Makan tengahari ini dihadiri lebih 60 ahli MTUC termasuk Presiden MTUC cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Gopal Krishnam, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja Industri Peralatan Pengangkutan dan industri bersekutu, Syed Shahir Syed Mohamud serta wakil MEF. | ||
Pembangkang Amal 'Dwipiawaian' Dalam Isu Aziz Bari Posted: 22 Oct 2011 10:03 PM PDT MSTAR ONLINE JOHOR BARU: Parti pembangkang diminta supaya tidak mengamalkan "dwipiawaian" dalam isu penggantungan tugas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari, dengan melempar pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan. Sebaliknya kata Presiden Persatuan Alumni Sekolah Datuk Jaafar (SDJ), Datuk Syed Hussien (Hussien) Al-Habshee, pihak pengurusan UIAM dan rektornya perlu diberi peluang untuk menyelesaikan isu penggantungan tugas Abdul Aziz. "Apabila kerajaan negeri Selangor memecat tiga kakitangan Universiti Selangor diikuti peletakan jawatan Naib Canselornya, kita tidak nampak sebarang usaha daripada parti pembangkang untuk mempertahankan nasib mereka. Mengapa hanya kini mereka mahu berlagak sebagai hero," katanya kepada Bernama pada Ahad. Beliau yang juga bekas duta besar negara ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mempersoal tindakan pembangkang yang mendakwa penggantungan tugas Abdul Aziz itu menunjukkan ketiadaan kebebasan akademik di negara ini. Syed Hussien berkata, kenapa ketika ketiga-tiga kakitangan Unisel itu dipecat oleh kerajaan negeri Selangor, tidak pula kedengaran laungan daripada pihak pembangkang tentang ketiadaan kebebasan akademik di negara ini. "Pihak pembangkang sememangnya pandai mengambil peluang daripada sesuatu isu, itulah sikap mereka," kata beliau. Abdul Aziz digantung tugas selama tujuh hari mulai Rabu lepas, berhubung tindakan mempertikai titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas. Syed Hussien menasihatkan Abdul Aziz supaya menumpukan kepada tugasnya sebagai pensyarah undang-undang perlembagaan dengan menerbitkan lebih banyak artikel dan kajian dalam jurnal perundangan antarabangsa. "Beliau tidak perlulah menyibukkan diri dengan menyertai muktamar Pas atau persidangan parti-parti pembangkang untuk menyuarakan pandangannya, sebaliknya menumpukan kepada usaha sebagai ahli akademik," katanya. Beliau berkata sebagai ahli akademik, Abdul Aziz, perlu menumpukan kepada tugasannya sebagai pensyarah dan menyerahkan urusan politik negara ini kepada anggota politik. BERNAMA | ||
Bajet 2012 Bukan Sekadar Hulur Bantuan - Najib Posted: 22 Oct 2011 10:01 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Belanjawan 2012 bukan hanya sekadar untuk menghulur bantuan seperti apa yang telah diperkatakan oleh sesetengah pihak, tetapi ia bertujuan untuk mengurangkan tahap pinjaman kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata sasaran belanjawan itu adalah untuk membantu kumpulan-kumpulan yang paling memerlukan, termasuk keluarga yang berpendapatan rendah, pelajar sekolah dan pelajar tingkatan enam serta mahasiswa universiti, selain kawasan luar bandar yang berhak menerima hasil dari kekukuhan ekonomi negara. "Pada dasarnya, belanjawan ini adalah untuk masa hadapan Malaysia, saya telah mengumumkan peluang-peluang baru untuk pelaburan asing, pembaharuan yang besar bagi perkhidmatan awam dan perkongsian baru dengan sektor swasta dalam membangunkan infrastruktur kita," katanya dalam entri terbaru blognya www.1malaysia.com.my yang bertajuk 'Perbualan Sarapan Pagi Ahad' di sini. Pada 9 Oktober lepas, Najib bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuannya telah bersarapan pagi di Restoran Village Park di Uptown Damansara Utama. Tujuannya ke sana bukan untuk tarikan media, tetapi beliau mahu mencuba tempat-tempat sajian popular di Lembah Klang dan menggunakan kesempatan itu untuk mendengar pandangan orang ramai. "Mereka yang telah saya temui sewaktu sarapan pagi Ahad itu ternyata amat senang dengan rancangan belanjawan saya. Tetapi mereka juga mahu yakin akan perlaksanaannya," katanya. Najib berkata beliau telah menjelaskan kepada pejabatnya, kementerian dan jabatan bahawa pelaksanaan adalah kunci kepada kejayaan dan keharmonian untuk rakyat. "Namun begitu, ikrar saya kepada mereka yang telah saya temui pada Ahad itu, dan kepada anda semua adalah walau apapun rintangan yang datang mengganggu, saya akan tetap fokus untuk melaksanakan transformasi yang amat diperlukan oleh Malaysia," katanya. Beliau berkata ketika bertemu rakyat dalam keadaan yang tidak formal, beliau mendapati bahawa pandangan dan permasalahan yang disuarakan rakyat selalunya berbeza dengan isu yang dibangkitkan di Parlimen. "Di Parlimen, penekanan kepada 'point scoring' sering mengetengahkan isu-isu remeh yang sebenarnya tidak membawa manfaat kepada rakyat sama ada di bandar atau di kampung-kampung. "Saya dapati rakyat jelas mengenai perkara yang penting bagi mereka. Mereka bimbang mengenai kesan ketidaktentuan ekonomi global ke atas kos kehidupan. "Mereka bekerja keras untuk memberikan yang terbaik untuk kehidupan anak-anak mereka dan mereka ingin tahu apa lagi yang mereka boleh lakukan untuk membantu anak-anak mereka menempuhi dunia yang pantas berubah ini," katanya. Najib berkata sayangnya, isu daripada perspektif sebegitu tidak menjadi tumpuan di Parlimen, sekiranya ahli politik berbuat demikian, mungkin mereka akan lebih dihormati. "Mungkin sesetengah ahli politik hanya mahir beroperasi dengan memporak-perandakan negara dan memfokuskan kepada apa-apa isu remeh yang boleh menaikkan nama mereka. "Itu hak mereka, dalam demokrasi, ahli politik berhak 'membuka kedai' mereka untuk para pengundi membuat pilihan. Walau apapun, saya harap Belanjawan 2012 ini dapat menjelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan mendengar luahan mereka mengenai isu-isu yang penting," katanya. BERNAMA | ||
Saifuddin: UIA tak guna budi bicara, harap batal gantung tugas Aziz Bari Posted: 22 Oct 2011 04:57 PM PDT Selain digantung tugas beliau juga dilarang masuk kampus tanpa kebenaran bertulis pengurusan dan tidak dibenar berhubung dengan staf universiti atau sekutu bisnes UIA. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau berharap pengurusan UIA akan menarik balik penggantungan dikenakan ke atas Aziz sejak Rabu lalu. "UIA patut guna budi bicara, boleh beri surat tunjuk sebab tanpa penggantungan," kata beliau dalam kenyataan ketika dihubungi. Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau menghormati autonomi universiti dan "saya setelah membaca surat tunjuk sebab dan laporan bertulis, saya kekal dengan kenyataan-kenyataan saya sebelum ini." Khamis lalu, Saifuddin berkata beliau sedih dan terganggu dengan perkembangan di UIA. Katanya, kandungan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan ke atas Aziz juga tidak sesuai. "Menggunakan Seksyen 15(1), tidak menggunakan budi bicara yang baik. "Memudaratkan? Tolonglah, kita universiti. Akibat gantung adalah memudaratkan," katanya. Saifuddin mengakui isu yang melibatkan adalah urusan dalaman universiti tetapi bertanya apakah ia bukan sebahagian daripada masyarakat dan "ini zaman media baru." Kata beliau, Aziz belum disabit kesalahan dan berharap penggantungan akan ditarik balik. Saifuddin juga berharap pengurusan UIA tidak akan mengambil tindakan terhadap mahsiswa yang mengadakan demonstrasi semalam membantah tindakan ke atas Aziz. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan