ALHUSSEYN |
Berjaya Walaupun Kosong merata-rata .... Posted: 23 Oct 2011 02:27 AM PDT Bukan main sombong lagi angkuh , Laman Web 'Suara Perkasa' dengan tajuk : Himpun optimis satu juta . Maka berkatalah Setiausaha Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Kamarulzaman Mohamad, "Justeru, GWGF akan menghantar lebih 10,000 orang peserta di kalangan warga Felda dari seluruh negara untuk menyertai perhimpunan itu," jelasnya. Teruskan baca disini Akhbar paling pembohong, Utusan Meloya mengatakan kehadiran 14ribu.Yang lain-lain ada yang kata 10ribu, 7 ribu. Akhbar alternatif menganggarkan cuma 5 ribu orang sahaja - tidak masuk bayang-bayang! Begitu jauh sekali dari sasaran walaupun penghebahan begitu berleluasa dengan akhbar dan tv. Ada permit pula tu! - tanpa provokasi siput babi tetapi masyarakat memulaunya.Mungkinkah sebab tidak ada nasi bungkus percuma atau upah? Laporan ada yang menyebut, Felda telah menyediakan 100 buah bas untuk mengangkut orangramai. Kesian... Ya, aku kesian kat Hasan Ali yang dikatakan telah bersusah payah mendapatkan Stadium yang boleh memuatkan 100 orang untuk perhimpunan tersebut. SSshh... Jangan bagi tau orang, kerana ini adalah rahasia.Habis di sini sahaja tau! Bukan nak cakap besar atau sombong, jika polis tidak ganggu atau menghalang, setakat 10ribu, ceramah Mat Sabu, kat kawasan lapang hujung kampong pun boleh mengatasi bilangan tersebut! Himpun, setelah gagal mencapai sasaran, maka berbelit-belitlah lidah mencari bahasa yang untuk menutup malu.Lalu dijumpanyalah susunan ayat-ayat cinta yang memujuk rasa yang indah mengharukan kalbu : Himpunan Sejuta Umat Berjaya Dengan Penyertaan Lebih Kecil. Kalau berhimpun lebih kecil dikatakan berjaya , kenapa begitu ego menggunakan thema "Himpunan Sejuta Ummat" dan tidak hanya "Himpunan Ummat" sahaja? Baca di sini |
Posted: 22 Oct 2011 05:38 PM PDT Zambry jangan auta mamaklah! Cakap berdegar-degar konon prihatin dan ingin membantu anak-anak kecil yang sedang belajar di tempat-tempat seperti Sekolah Agama Rakyat Al-Falah , Tmn Song Choon. Konon nak bagi RM30 juta err RM30 ribu ; mana dan bila? Setakat cakap-cakap sahaja , belum tentu lagi.Harap-harap dia akan menyerahkan wang tersebut segera memandangkan pihak sekolah amat memerlukannya pada sesi 2012 nanti. Budak-budak agama rakyat tersebut sudah lama terbiar menumpang di Surau Al Falah Taman Song Choon sejah tahun 2000 lalu. Atas insiatif para jemaah dan qariah Tmn Soong Choon tersebutlah, maka berlangsungnya program pendidikan di Taman tersebut. Tiba-tiba , bila nampak projek bangunan sekolah rakyat itu sedang rancak dijalankan, Hamidah Osman tergedek-gedek datang nak meng'hijacked' projek tersebut nak tumpang nama.Dia hendak mengambil kesempatan untuk menonjolkan dirinya demi survival politiknya.Gara-gara inilah yang mengheret SAR Tmn Song Choon menjadi isu percaturan politik Hamidah Osman dengan melemparkan pelbagai tuduhan liar mengheret PAS Tmn Song Choon. Menceroboh Bangunan Laporan blog pengampu Hamidah nampak tidak bersandarkan fakta yang kukuh. Laporannya sampah dan pembohong. Mula-mula dia tulis dengan menyatakan : tujuan Mamak Zambri membuat lawatan ke Taman Song Choon adalah untuk meninjau perlaksanaan pembinaan sekolah agama rakyat Taman Song Choon. belum siap - bukan meninjau! Tetapi , dalam artikel lain, selanjutnya barua tu tulis : majlis perasmian SAR Al Falah, Taman Soong Choon yang disempurnakan oleh Mamak Zambry sempena program turun padang di DUN Sungai Rapat, pagi ini. Hoi Midah! Mana satu betul laporan pengampu kamu itu? Carilah orang yang lebih pandai sikit untuk mempromo kamu!Mungkin Hamidah lebih suka dan mendapat kepuasan melalui cerita berbelit-berlit seperti kegemarannya bermain dengan ular Bukankah ganjil namanya, kalau bangunan belum sermpurna siap lagi, tapi sudah di resmikan? Seolah-olah tidak ada kesempatan masa yang lain untuk melakukannya. Walau bagaimana pun, Zambry dan Hamidah sudah melihat sendiri keadaan bangunan dan persekitarannya.Tentunya mereka menyedarai tentang beberapa keperluan lain yang patut ditangani demi untuk memberi keselesaan anak-anak yang belajar di sekolah tersebut. Tuduhan Memboikot Apabila tiada dari kalangan Jawatankuasa Surau Al-Falah turut sama dalam majlis pencerobohan oleh Hamidah dan Zambry itu, mereka dituduh memboikot. Pada halnya mereka tidak pernah diajak berunding mengenainya dan hanya dimaklumkan 3 hari sebelum majlis menceroboh itu berlangsung.Ironisnya, ianya dibuat pada hari orang bekerja – hari Khamis! Buatlah masa orang ada di rumah seperti hari hujung minggu atau cuti am. Pengerusi surau Al-Falah, Zulkifli Mohd Tafsiron menjelaskan, mereka enggan hadir kerana tidak mahu turut bertanggungjawab jika berlaku-apa-apa yang tidak diingini kerana bangunan tersebut masih lagi dalam urusan pihak kontraktor dan belum diserahkan kepada Jatankuasa Surau. Pengampu blog Hamidah cuba mempolitikan isu tersebut dengan mentohmahkan PAS Tmn Soong Choon apabila tajuk artikelnya berbunyi : PAS Tmn Soong Choon memboikot … alahai , masa bila pula PAS mesti sokong aktiviti Umno yang menjurus mempunahkan negara! |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan