DIALOG RAKYAT |
- Lelaki warga nigeria dilatih menipu wanita malaysia
- Menu 1Malaysia jadi lawak jenaka, harga sebenar jauh lebih tinggi
- Fitnah II: Anwar mahu rayuan sepina Najib, Rosmah didengar dulu
- UIA patut pertahan Aziz Bari, bukan gantung
- 1,000 dijangka serta Persidangan ICT, Media Baru
- Umno cemburu kejayaan skim al It’aam di Kelantan
- Umno cemburu kejayaan skim al It’aam di Kelantan
- Liwat isteri: Ulasan Zul Noordin cetus kekecohan
- ‘Bangunan hijau’ jimat tenaga, mesra alam
- Tindakan UIA gantung Aziz Bari tak bertamadun
- 5 lelaki menyamar polis larikan muatan getah beku RM300,000
- Lawatan ‘seks’ Umno utk PRU-13: Dari Penang ke Perak, Guan Eng ke Anwar
- Bila Najib lemah, Parlimen jadi malas
- Abdul Aziz Bari: Majoriti yang sokong saya Melayu
- UIA digesa menarik balik penggantungan Prof Aziz Bari
- Abdul Aziz Bari: Keluhuran perlembagaan bukan untuk diulang-ulang seperti burung kakak tua
- Akademi tawar jadi penganjur debat Bajet 2012
- Pengikut Syiah fail saman terhadap Utusan dan Jais
- Himpun: Selangor tidak terlibat
- 10,000 warga Felda sertai Himpun
- Pemerhati: Calon payung terjun masih relevan
- Mujahid: Ada sesuatu tidak kena dengan HIMPUN
- Mangsa 'belasah' bawa aduan ke Suhakam
- Kes MyKad bertindih diselesai luar mahkamah
Lelaki warga nigeria dilatih menipu wanita malaysia Posted: 20 Oct 2011 06:44 AM PDT KOSMO KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran. Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan. Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu. Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet. "Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu. "Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis," katanya kepada HarianMetro. Victor berkata, ada sebahagian 'pelatih' sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar. "Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah," katanya. Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money. "Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan untuk mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh. "Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan untuk menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi," katanya. Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah 'lulusan' sekolah itu. Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis mendapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan.sumber kosmo | ||
Menu 1Malaysia jadi lawak jenaka, harga sebenar jauh lebih tinggi Posted: 20 Oct 2011 06:11 AM PDT Oleh: Sidiqin Omar KUALA LUMPUR: Menu 1Malaysia yang dipromosi Perdana Menteri Datuk Seri Najib hanya menjadi lawak jenaka kerana rakyat tahu kos sebenar makanan di restoran yang menyediakan menu berkenaan, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. Kata Tian Chua, kerajaan sepatutnya mengambil langkah serius mengatasi inflasi, bukannya dengan gimik menu 1Malaysia yang tidak membawa kesan positif kepada ekonomi. "Untuk mengubah kualiti hidup rakyat, kurangkan publisiti dan jangan membuat propaganda. Harga sebenar menu 1Malaysia ini dah diketahui. Ini perkara lucu yang menjadi lawak jenaka orang ramai," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Media semalam melaporkan Najib dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob makan di sebuah restoran di Jalan Kuching yang menyajikan menu 1Malayisa dengan harga murah. Program yang kononnya bakal diperluaskan kepada kira-kira 1,000 premis di seluruh negara itu juga dikatakan menawarkan makanan pada harga serendah RM2 bagi sarapan dan hidangan tengah hari RM4 bagi memastikan menu mampu dinikmati ramai. Bagaimanapun Tian membawa hidangan serupa yang dimakan Najib dan membandingkan harganya adalah lebih mahal dari yang dilaporkan media selepas tinjauan di restoran yang menyediakan menu berkenaan di Taman Kok Doh, Jalan Kuching. Harga sebenar makanan tengahari tersebut hampir sekali ganda, iaitu RM6 berbanding RM4 dalam pakej menu 1Malaysia, manakala menu sarapan yang berharga RM2 hanya dikurangkan kandungannya berbanding apa yang dipromosikan. "Kemudian kami minta harga seperti yang dibayar Najib kepada pekerja restoran, tapi mereka kata harga itu hanya untuk semalam sahaja," kata Chin, seorang pembantu ahli Parlimen Batu. Difahamkan, restoran-restoran yang terlibat dengan promosi menu sarapan dan makan tengahari 1Malaysia diberikan subsidi. Justeru, Tian mempersoalkan langkah tersebut, kerana subsidi seharusnya diberikan kepada rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah, bukannya kepada restoran terpilih. "Kalau begitu ia tak adil untuk kedai-kedai lain. Kerajaan kata itu menu rakyat yang sebenarnya tidak murah. Apa yang ditentang ialah publisiti murahan. Turunlah ke realiti untuk lihat ekonomi sebenar," kata Tian. | ||
Fitnah II: Anwar mahu rayuan sepina Najib, Rosmah didengar dulu Posted: 20 Oct 2011 06:00 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR 20 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rayuannya terhadap pembatalan sepina oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya didengar sebelum hujah akhir daripada peguam dan pihak pendakwaraya. "Kami telah membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Datuk Mohamad) Zabidin (Mohd Diah) untuk membatalkan sepina yang diberikan kepada Najib dan Rosmah. "Saya juga tidak mahu kes ditangguhkan lagi tetapi Mahkamah Rayuan perlu mendengar rayuan saya terlebih dahulu. Dalam kes-kes lain, rayuan diputuskan dengan cepat," kata Anwar. Ketua pembangkang itu juga mempersoalkan kredibiliti badan kehakiman dan mendakwa kelewatan dalam mendengar rayuan beliau hanya mencerminkan pendakwaan yang tidak adil terhadap dirinya, lapor Malaysiakini. Pada 6 Oktober lalu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menerima permohonan Najib dan Rosmah bagi mengenepikan sepina yang memerintahkan mereka hadir memberi keterangan dalam kes Fitnah II. Keputusan itu mengecewakan peguam kerana menganggap kedua individu itu saksi relevan dalam kes berkenaan. Ini kerana Najib sebelum ini pernah menemui pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan empat hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis dengan memfitnah Anwar meliwatnya pada 28 Jun 2008. Saiful juga pernah bertemu dengan bekas pembantu khas Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar manakala isteri perdana menteri itu turut bertemu dengan sahabat karib Saiful, Mohd Rahimi Osman. Kedua-dua individu juga pernah dirakam kenyataannya oleh pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Pereira, yang menjadikan mereka saksi penting dalam kes berkenaan. Mahkamah pada 18 Oktober lalu menetapkan 23 dan 24 November depan bagi mendengar hujahan akhir kes pembelaan sebelum membuat keputusan itu. Hakim Zabidin menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar keterangan empat saksi penyanggah yang dikemukakan pihak pendakwaan, bagi mencabar keterangan pakar tulang belakang yang merawat Anwar di Munich, Jerman pada 2004. Saksi berkenaan bagaimanapun gagal mencabar keterangan Dr Thomas Hoogland yang sebelum ini memberitahu mahkamah Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan liwat ekoran masalah tulang belakang yang dihadapinya. | ||
UIA patut pertahan Aziz Bari, bukan gantung Posted: 20 Oct 2011 05:59 AM PDT
| ||
1,000 dijangka serta Persidangan ICT, Media Baru Posted: 20 Oct 2011 05:57 AM PDT
| ||
Umno cemburu kejayaan skim al It’aam di Kelantan Posted: 20 Oct 2011 05:56 AM PDT
| ||
Umno cemburu kejayaan skim al It’aam di Kelantan Posted: 20 Oct 2011 05:56 AM PDT
| ||
Liwat isteri: Ulasan Zul Noordin cetus kekecohan Posted: 20 Oct 2011 05:53 AM PDT
| ||
‘Bangunan hijau’ jimat tenaga, mesra alam Posted: 20 Oct 2011 05:52 AM PDT
| ||
Tindakan UIA gantung Aziz Bari tak bertamadun Posted: 20 Oct 2011 05:50 AM PDT
| ||
5 lelaki menyamar polis larikan muatan getah beku RM300,000 Posted: 20 Oct 2011 05:46 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUANTAN - Lima lelaki yang menyamar sebagai anggota polis melarikan sebuah lori memuatkan getah beku bernilai RM300,000 dalam kejadian samun di sebatang jalan di Kawasan Perindustrian Benus, Bentong, semalam. Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian berlaku kira-kira 2.40 pagi ketika lori itu dalam perjalanan dari Kelantan ke Jelebu, Negeri Sembilan. "Lori tersebut diberhentikan di tepi jalan kerana pemandunya mahu membuang air kecil. Tidak lama kemudian sebuah kereta Proton Waja berhenti di depan lori itu sebelum dua lelaki keluar dan mengaku mereka polis serta berpura-pura hendak memeriksa air kencing mangsa," katanya kepada media, di sini hari ini. Salah seorang daripada suspek kemudian meletakkan pisau di leher pemandu lori itu serta memaksanya masuk ke dalam kereta terbabit di mana terdapat tiga lagi lelaki. Dua daripada suspek kemudian ditinggalkan bersama kelindan berusia 30an itu, manakala pemandu lori berusia 41 tahun tersebut dibawa dengan kereta menuju ke Karak, katanya. Suspek bagaimanapun berpatah balik selepas mendapati ada sekatan jalan raya sebelum menuju ke Jalan Lama Gombak-Genting Highlands dan meninggalkan mangsa di KM 16 jalan berkenaan. Noor Asyikin berkata tidak lama kemudian kesemua suspek tiba di tempat mangsa ditinggalkan bersama kelindan lori terbabit sebelum melarikan diri dengan kereta dan lori yang memuatkan 20 tan metrik getah beku berkenaan. "Kedua-dua mangsa yang tidak dicederakan bagaimanapun menahan kereta orang awam yang melalui jalan itu yang menghantar mereka ke Balai Polis Gombak," katanya. Noor Asyikin berkata polis kini menjejaki suspek dan berusaha mengesan lori jenis Nissan bernombor pendaftaran KCJ 8258. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak lori berkenaan diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.- myMetro | ||
Lawatan ‘seks’ Umno utk PRU-13: Dari Penang ke Perak, Guan Eng ke Anwar Posted: 20 Oct 2011 05:41 AM PDT Maria Begum, Malaysia Chronicle Tidak cukup dengan tuduhan ke atas anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berumur 16 tahu itu, UMNO melancarkan satu lagi serangan ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Untuk menarik orang ramai ke ceramahnya, UMNO mengeluarkan satu rakaman seks yang didakwanya menunjukkan Anwar mengadakan seks dengan seorang pelacur dan disiarkan sebelum makan malam bersama 2,000 orang pegawai kerajaan – yang menjadi tulang belakang sokongan terhadap UMNO. Pornografi sangatlah mendalam di dalam tradisi UMNO, sehingga pemimpin seperti Ketua Penerangan Ahmad Maslan tidak terfikir apa-apa dengan penyiaran cebisan-cebisan satu pasangan meraba-raba dan bersiap sedia untuk melakukan hubungan seks di layar besar semasa Pelancaran Program Informasi di Dewan Jubili Perak pada hari Sabtu. "Mereka ini tidak malu," kata Ketua Penerangan PKR Perak Zulkifly Ibrahim kepada Malaysia Chronicle. Polis bertindak ke atas UMNO? Zulkifly telah membuat laporan polis di atas isu itu kerana pihak penganjur telah melanggar undang-undang dengan membuat tayangan lucah secara umum. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang menjangka pihak polis akan mengambil tindakan ke atas UMNO, sebuah parti Perdana Menteri Najib Razak. Juga hadir pada majlis itu adalah Menteri Besar Perak Zambry Kadir, Naib Presiden UMNO Shafie Apdal dan Menteri Kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah. Ahmad Aslan menafikan video itu ditayangkan tetapi mengakui bahawa klip-klip yang pernah ditayangkan di saluran kawalan kerajaan TV1 dan TV3 disiarkan sewaktu makan malam. Beliau tidak menjelaskan kenapa itu dilakukan atau melihat apa-apa yang aneh dengan menayangkan cebisan-cebisan itu di hadapan penonton yang besar. "Ia hanyalah apa yang pernah disiarkan di TV1 dan TV3, dan juga gambar-gambar yang telah disiarkan di Utusan (Malaysia) dan akhbar-akhbar lain. Saya bukannya bodoh untuk melakukan ini," Ahmad dilaporkan berkata. Beliau langsung dihentam kerana kata-kata selorohnya itu. "Dia mungkin tidak bodoh tetapi tidak beretika untuk melakukan lagak seperti itu," MP Bukit Gantang PAS Nizar Jamaluddin berkata pada Malaysia Chronicle. Serangan seks Dalam apa yang dilihat sebagai serangan seks terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang melancarkan kempen terhadap Guan Eng pada hujung minggu, mendakwa anak lelakinya telah mencabul teman sekolahnya dan kerana itu terpaksa dipindahkan ke sekolah lain. Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan menafikan kejadian itu. Beliau juga membidas pemimpin-pemimpi UMNO di atas tindakan mereka yang "tidak bertamadun" dan "kejam" terhadap anaknya. Semua tumpuan ke atas Timbalan Presiden PAS Mat Sabu. Bloger-bloger UMNO dijangka akan mengungkit kembali dakwaan seks telefon dan khalwat terhadapnya tidak lama lagi, sebagai tektik untuk mencemarkan pemimpin-pemimpin utama Pakatan di ambang pilihanraya umum ke-13, yang dijangkan akan berlangsung awal tahun depan. "Kelihatan seperti Najib dan UMNO akan mengadakan lawatan seks ke seluruh negara sebelum PRU-13. Ini adalah persediaa besar yang telah mereka sebutkan dan ini yang mereka tawarkan kepada rakyat Malaysia. Tiada benda yang kukuh untuk masa depan kita, cuma seks dan pornografi," Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. - Malaysia Chronicle | ||
Bila Najib lemah, Parlimen jadi malas Posted: 20 Oct 2011 05:35 AM PDT P Dinesh, Malaysia Chronicle Seperti yang telah diumumkan, Dewan Parlimen tidak akan bersidang pada petang menjelang Perayaan Deepavali iaitu pada 25 Oktober ini. Ini adalah tuntutan Perdana Menteri Najib Razak sendiri, selepas ditekan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran. Kenapa Najib tergesa-gesa bersetuju memenuhi hajat itu – mengambil risiko akan diserang oleh pembaca kaum India kami? Telah menjadi satu kelucuan bilamana para pemimpin BN bersadung kaki antara satu sama lain untuk dilihat mesra dengan masyarakat India di sini. Yang sebenarnya, tidak ada satu pun penjelasan kenapa Parlimen perlu bercuti di hari menjelangnya Deepavali. Tidak ada sesiapa pun yang mendapat cuti di hari ini, dan kenapa mesti Ahli Parlimen mendapat cuti? Sepatutnya, Ahli Parlimen mesti bekerja lebih keras dari orang lain kerana mereka hidup atas dana cukai rakyat jelata. Kulasegaran tidak sepatutnya memohon Parlimen untuk cuti bersidang hanya untuk kepentingannya sendiri. Kalau mahu, dia boleh sahaja mengambil cuti tanpa perlu memaksa Parlimen untuk turut serta. Terima kasih YB Kula kerana sesi soaljawab yang dijadualkan pada hari itu akan hanya dijawab secara lisan dan bukan diperdebatkan. Ada sesiapa yang terfikir soal ini? Tapi mungkin untuk berlaku adil kepada YB Kula, minggu sudah, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat turut mengkritik isu jadual persidangan yang dibuat menjelang hari perayaan sebagai satu kealpaan dari pihak kerajaan ketika membuat aturcara Dewan. Bagaimana pula dengan bank, penjawat perkhidmatan awam, pekerja kilang dan semua warga kerja negara ini? Apakah mereka turut mendapat cuti kerja menjelang Deepavali? Samy muncul mencari cahaya Seorang lagi yang turut masuk gelanggang Deepavali ialah Samy Vellu, bekas Presiden MIC yang sekarang Wakil Khas negara ke India dan benua Asia Selatan. Bagi sesiapa yang masih ingat ketika beliau menjawat jawatan tertinggi, dibayar dan disirami kesenangan, apakah yang telah beliau sumbangkan? Lalu Samy akan tergesa-gesa menyatakan beliau telah berjaya 'mengikat' perjanjian sebuah projek bernilai RM10 bilion dengan Bangladesh. "Kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) selepas lebih enam bulan berunding. Ianya adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan Malaysia," Samy berucap, dipetik Bernama. Jika ini adalah Perjanjian Persefahaman yang dimaksudkan, mana perginya semua kontrak perjanjian, terma dan syarat-syarat rundingan? Perjanjian Persefahaman ialah satu perjanjian ala gentlemen, tidak lebih dari satu keputusan yang mana boleh dibatalkan bila-bila masa sahaja. Malang lagi buat Malaysia yang mempunyai budaya non-homogeneous, mempunyai banyak hari-hari cuti lebih dari mana mana negara lain di dalam dunia. Hari cuti bermakna sehari tanpa sesuatu yang produktif dan di dalam era global dan daya saing yang tinggi, sesebuah negara itu perlu terus bekerja tanpa banyak cuti. Dan kepada Najib, kisah terbaru ini menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin yang lemah, menyerah setiap kali disergah. Sudahlah kita mempunyai dua hari kebangsaan dalam setahun, sekarang kita ada cuti khas, cuti tambahan dan cuti kerja untuk para YB, sambil rakyat tak dapat apa-apa! - Malaysia Chronicle | ||
Abdul Aziz Bari: Majoriti yang sokong saya Melayu Posted: 20 Oct 2011 05:33 AM PDT Di bumi Malaysia yang serba-"BOLEH" ini, pertikaian sejarah boleh diheret ke mahkamah. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akhirnya hanya boleh berbahas dengan pendakwaraya, selepas cabarannya untuk berdebat tidak disahut Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin. Bahagian kedua: Abdul Aziz Bari: Keluhuran perlembagaan bukan untuk diulang-ulang seperti burung kakak tua *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Wawancara ini dijalankan melalui email | ||
UIA digesa menarik balik penggantungan Prof Aziz Bari Posted: 20 Oct 2011 05:30 AM PDT Tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung pakar perlembagaan terkemuka Prof Dr.Abdul Aziz Bari amat mendukacitakan. | ||
Abdul Aziz Bari: Keluhuran perlembagaan bukan untuk diulang-ulang seperti burung kakak tua Posted: 20 Oct 2011 05:26 AM PDT Berita terkini melaporkan bahawa Profesor Abdul Aziz Bari digantung tugasnya sebagai pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), lantas mencungkil persoalan sejauh manakah institusi pengajian tinggi mampu mempertahankan kebebasan akademik atau kebebasan bersuara dalam menara gading? Bahagian pertama: Abdul Aziz Bari: Majoriti yang sokong saya Melayu *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Wawancara di atas dijalankan melalui email. | ||
Akademi tawar jadi penganjur debat Bajet 2012 Posted: 20 Oct 2011 05:21 AM PDT Debat itu merupakan perkembangan sihat bagi membolehkan rakyat menilai belanjawan yang dibentangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. PETALING JAYA: Sebuah akademi penulisan dikenali sebagai 'Akademi Pak Sako' menawarkan menjadi penganjur bagi debat Belanjawan Negara 2012 antara Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Jurucakap Akademi terbabit Hilman Idham berkata, debat itu merupakan perkembangan sihat bagi membolehkan rakyat menilai belanjawan yang dibentangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Menurut Hilman, pihaknya akan menghantar undangan kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang Jumaat ini. "Perdebatan seperti ini akan memberi ruang yang adil kepada rakyat untuk menilai secara rasional dasar-dasar yang digarap demi kepentingan mereka. "Justeru Akademi Pak Sako bersedia untuk menjadi penganjur kepada Debat Belanjawan Negara 2012; di antara Najib dan Anwar," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Ujarnya, jika kedua-dua tokoh itu bersetuju maka debat akan ditetapkan pada hari Khamis, 3 November ini pada jam 9 malam dan bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. "Kami berharap kedua-dua tokoh ini bersedia untuk menerima undangan debat daripada pihak kami. Semoga debat ini berlangsung dengan baik dan berhemah demi manfaat dan kesejahteraan rakyat," katanya. Isnin lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka berhubung soal ekonomi dan Belanjawan 2012 yang dibentang baru-baru ini. Ia berikutan kenyataan Najib mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat dengan menyifatkannya gagal memahami kehendak rakyat. Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, debat itu juga perlu disiarkan secara langsung melalui televisyen ke seluruh negara. | ||
Pengikut Syiah fail saman terhadap Utusan dan Jais Posted: 20 Oct 2011 05:20 AM PDT Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz, dalam saman itu menamakan penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, bekas pengarah Jais Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan Jais sebagai defendan KUALA LUMPUR: Seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lepas, memfailkan saman terhadap sebuah akhbar, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jais atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu. Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz, dalam saman itu menamakan penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, bekas pengarah Jais Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan Jais sebagai defendan. Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi pada 16 Jun lepas. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini. Terdahulu, Hakim Datuk V.T. Singham ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini, membenarkan permohonan Mohd Kamilzuhairi yang diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin bagi meminda tarikh artikel itu diterbitkan daripada 16 Dis, 2010 kepada 17 Dis, 2010. Hakim Singham juga menetapkan 31 Okt ini bagi membuat keputusan terhadap permohonan Muhammad Khusrin dan Jais untuk membatalkan saman itu. Beliau juga menetapkan 20 dan 21 Feb tahun depan bagi perbicaraan kes itu, tertakluk kepada keputusan untuk membatalkan saman itu. Kenyataan fitnah Mohd Kamilzuhairi dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Muhammad Khusrin pada 16 Dis tahun lepas, telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dan kenyataan itu telah diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Dis tahun lepas. Beliau mendakwa kenyataan itu secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut. Markas Syiah Mohd Kamilzuhairi berkata kata-kata dalam kenyataan itu dibuat selepas serbuan JAIS ke atas markas Syiah, di Taman Sri Gombak, Batu Caves pada 15 Disember tahun lepas, yang boleh membawa maksud beliau adalah pengikut ajaran Syiah yang mengkafirkan umat Islam lain dan beliau adalah seorang pengikut ajaran Syiah yang lebih berbahaya daripada ajaran sesat. Beliau mendakwa kenyataan itu diterbitkan bagi mensensasikan berita dan melariskan penjualan akhbar tanpa mengambil berat reputasi, maruah dan harga dirinya. Beliau memohon ganti rugi am, teladan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Utusan Melayu dalam pernyataan pembelaan menafikan artikel itu mengandungi sebarang unsur fitnah manakala Muhammad Khusrin dan Jais dalam pernyataan pembelaan menegaskan kenyataan yang diterbitkan oleh bekas pengarah Jais itu tidak pada bila-bila masa menyebut nama plaintif (Mohd Kamilzuhairi). | ||
Himpun: Selangor tidak terlibat Posted: 20 Oct 2011 05:16 AM PDT Kerajaan negeri tidak melarang mana-mana pegawai kerajaan termasuk Exco menyertai perhimpunan tersebut selagi tidak mencampuri urusan dan masa bekerja. SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Selamatkan Akidah Umat di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. Bagaimanapun, kerajaan negeri katanya, tidak melarang mana-mana pegawai kerajaan termasuk Exco kerajaan negeri menyertai perhimpunan tersebut selagi tidak mencampuri urusan dan masa bekerja. "Perhimpunan itu dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kerajaan negeri tidak campur hal ini. Kalau ada ahli NGO yang terdiri daripada pegawai kerajaan (termasuk Exco), terpulang kepada mereka untuk sertai perhimpunan itu. "Kalau tidak ganggu masa kerja, mereka (pegawai kerajaan dan Exco) boleh lakukan (sertai Himpun)," katanya dipetik laporan sebuah akhbar hari ini. Himpun di Stadium Shah Alam, Sabtu ini dijangka dihadiri 100,000 umat Islam. Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Selangor tidak akan akur kepada tekanan yang dibuat oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk memberi keutamaan kepada pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2. Sebaliknya, kerajaan negeri mengulangi pendirian bahawa rundingan penstrukturan semula industri air Selangor harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum usaha pembinaan loji Langat 2 diteruskan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media. Ujar beliau, "adalah amat tidak bermoral bagi pihak-pihak tertentu untuk membuat kenyataan menakut-nakutkan rakyat kononnya krisis air akan berlaku pada tahun 2014 jika loji Langat 2 tidak dibina dengan segera." Menurutnya, Lemabaga Urus Air Selangor (Luas) telah berulang kali mengatakan bekalan air mentah lebih dari mencukupi di kesemua tujuh empangan Selangor. "Desakan pihak yang berkepentingan agar loji Langat 2 dibina terlebih dahulu hanya akan menguntungkan segelintir mereka yang berkepentingan dan sekaligus merugikan rakyat terbanyak,' jelas Khalid. Syabas gagal sedia air bersih Katanya, jika ada masalah bekalan air, ianya berpunca dari kekurangan bekalan air bersih yang disebabkan oleh kegagalan Syabas untuk menyediakan rezab air bersih yang mencukupi. "Syabas tidak menjalankan penyelenggaraan terhadap loji-loji pembersihan dengan efektif serta gagal mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) kepada tahap yang cukup rendah. "Sebaliknya mereka terus menekan kerajaan negeri untuk membenarkan pembinaan Langat 2 seolah-olah ia dapat menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh kelemahan mereka sendiri," terangnya. Beliau menegaskan bahawa Kerajaan Negeri hanya akan membenarkan Langat 2 dibina selepas Kerajaan Pusat menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air yang merupakan penyelesaian holistik serta menguntungkan rakyat seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006. "Bagi memastikan rakyat memahami hasrat Kerajaan Negeri, kami akan melancarkan fasa ketiga "Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat" yang akan membongkarkan usaha untuk membelakangkan rundingan penstrukturan semula industri air negeri untuk keuntungan pihak yang berkepentingan," katanya. Menurut beliau, kempen fasa ketiga ini akan bermula dalam waktu terdekat dan lebih menyeluruh serta melibatkan semua pimpinan Pakatan Rakyat kerana isu ini melibatkan hak dan kepentingan rakyat. "Bagi memastikan hak rakyat terpelihara, Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan kenaikan tarif air seperti yang dipohon oleh Syabas untuk tahun hadapan. "Kerajaan Negeri melantik juru audit bagi mengaudit operasi Syabas untuk menyemak dan mengesahkan kerja-kerja yang dilaksanakan Syabas seperti penggantian paip dan sebagainya. Kerja audit ke atas Syabas ini akan dilaksanakan oleh dua firma perakaunan antarabangsa iaitu Tetuan Atkins dan Tetuan Halcrow," ujar beliau. | ||
Posted: 20 Oct 2011 05:14 AM PDT Kerajaan BN yang ada sememangnya semakin tenat dimamah sel barah rasuah dan tidak mampu diselamatkan lagi. Bukanlah sesuatu yang asing atau pelik apabila wujud tanggapan sesetengah penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri bahawa kerajaan yang mereka sokong itu telah dijangkiti wabak rasuah yang maha kronik. Bagaimanapun bagi mereka ini, isu rasuah bukanlah suatu penghalang untuk mereka terus memberikan sokongan kepada parti itu di atas kepercayaan tiada parti lain yang mampu menerajui negara ini sebaik BN. Kebanyakan di antara mereka ini berpendapat, amalan penyelewengan secara 'berpada-pada' (asalkan tidak tamak) itu boleh diterima sebagai 'upah penat' lebih-lebih lagi ketika proses melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat. Jesteru itu, pada tanggapan golongan ini, samada baik atau buruk BN, inilah sahaja pilihan yang ada dan untuk mengalihkan sokongan kepada pilihan lain adalah sesuatu yang mustahil. Umumnya, kebanyakan golongan yang dianggap sebagai penyokong tegar BN ini terdiri daripada pengundi senior dan juga pengundi-pengundi di luar bandar. Bagi penyokong Pakatan Rakyat (PR) pula, tentulah tidak berasa sangsi lagi bahawa kerajaan BN yang ada sememangnya semakin tenat dimamah sel barah rasuah dan tidak mampu diselamatkan lagi. Lazimnya, mereka ini dapat memahami dengan baik bahawa isu rasuah ini bukan sekadar berputar sekitar melanggar undang-undang negara, soal moral dan etika si pelaku sahaja, malah lebih jauh lagi ialah malapetaka terhadap ekonomi negara dan rakyat. Bagi mereka, satu-satunya jalan yang ada ialah dengan menukar parti peneraju kerajaan yang sedia ada dalam pilihan raya yang dijangkakan bakal diadakan pada tahun hadapan. Namun begitu, adakah jaminan bahawa satu-satunya pilihan yang ada iaitu PR, bersih dari gejala rasuah seperti yang didakwa sedang berlaku sekarang. Jawapannya tentulah tiada sesiapa yang mampu memberikan jaminan bahawa PR bersih dari gejala rasuah sekiranya mereka berjaya menubuhkan kerajaan, walau Datuk Seri Anwar Ibrahim sekalipun. Golongan kapitalis Golongan kapitalis yang sebelum 2008 begitu dingin dengan pemimpin parti pembangkang, hari ini sudah mula cuba merapati pemimpin-pemimpin PR, lebih-lebih lagi di negeri yang dikuasai PR. Melalui usaha berterusan golongan kapitalis ini, mampukah tembok pertahanan diri bakal pemimpin-pemimpin kerajaan ini bertahan atau turut runtuh sama seperti pemimpin-pemimpin dalam kerajaan sebelumnya? Sama sekali tidak mustahil. Apatah lagi bagi mereka tiada mempunyai daya ketahanan melawan godaan umpama pesakit Aids yang tidak mempunyai ketahanan melawan penyakit, tentulah lagi mudah tergoda. Terutama sekali bagi politikus-politikus yang dahulunya berasal dari sebahagian jaringan sistem korup yang kini kononnya mereka perangi. Meskipun sehingga hari ini masih belum ada mana-mana pemimpin-pemimpin kerajaan di negeri yang diterajui PR didakwa atas tuduhan rasuah, ia masih belum menjamin mereka ini bersih seratus peratus dari penyelewengan. Kecuali kes dua bekas Exco Kerajaan PR Negeri Perak yang terpalit dengan dakwaan rasuah seks tiga tahun lalu yang menyebabkan kerajaan yang dipilih rakyat negeri itu menerusi pilihan raya tumbang begitu sahaja. Namun begitu secara umum kes yang berkait rapat dengan krisis perlembagaan negeri itu akhirnya lebih banyak mempertontonkan permainan kotor BN untuk mengembalikan kuasa mereka di negeri itu. Akhirnya kes tersebut tidak banyak menggugat kepercayaan golongan yang bersedia mengundi PR ini bahawa dengan mewujudkan kerajaan baru dalam penggal akan datang sekurang-kurangnya ia lebih boleh diharapkan untuk memerangi rasuah. Tambah pula, walaupun usia kerajaan negeri PR dikatakan masih mentah namun Laporan Ketua Audit Negara membuktikan kemampuan mereka mengurus kewangan negeri jauh lebih baik berbanding negeri di bawah BN. Anggapan sikap tidak mesra penguatkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap bakal pemimpin kerajaan ini akan berterusan berbanding layanan mesra terhadap BN juga menambah keyakinan mereka untuk memberi undi kepada PR. Lebih memburukkan imej BN apabila adanya pendedahan bahawa kerajaan BN di peringkat pusat yang masih di takuk lama dengan mengamalkan pembaziran dan penyelewengan demi mengekalkan gaya mewah mereka khasnya PM sendiri dan isteri. Maka bagi golongan yang bersedia memberikan undi kepada PR ini, percaya seperti mana negara yang lebih demokratik dan masyarakatnya lebih liberal, mereka juga mempunyai keberanian yang sama untuk menukar kerajaan walaupun cuma sepenggal. Bagi mereka, walaupun mereka akur bahawa tiada jaminan seratus peratus pilihan mereka iaitu PR bebas dari rasuah, namun jauh lebih boleh diharapkan berbanding BN yang ada sekarang. | ||
10,000 warga Felda sertai Himpun Posted: 20 Oct 2011 05:10 AM PDT Abdullah berkata kehadiran warga Felda dalam perhimpunan itu adalah secara sukarela namun pihaknya sedia membantu sekiranya mereka memerlukan kemudahan pengangkutan. PETALING JAYA: Seramai 10,000 warga Felda dari seluruh negara akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang bertujuan untuk mempertahankan akidah umat Islam di Shah Alam, Sabtu ini. Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata seramai 10,000 warga terbabit sudah menyatakan minat untuk menyertai perhimpunan itu, termasuklah mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang. Abdullah berkata kehadiran warga Felda dalam perhimpunan itu adalah secara sukarela namun pihaknya sedia membantu sekiranya mereka memerlukan kemudahan pengangkutan. "GWGF akan mengembling lebih 10,000 orang dari 317 rancangan Felda di seluruh negara. Jika mereka memerlukan perkhidmatan bas Menurut beliau, walaupun GWGF bukanlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam, namun apabila menyentuh soal akidah perkara itu perlu dititik-beratkan kerana majoriti ahli GWGF beragama Islam. "Kita satu NGO yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Mana yang tidak elok kita kritik….namun soal akidah ini kita tidak akan bertolak ansur maka GWGF menyokong dan dipelawa untuk turut serta dalam perhimpunan ini. "Dalam soal agama tidak boleh meletakkan kepentingan politik mengatasi agama. Selaku NGO Melayu dan majoriti ahlinya Islam kita akan terus berjuang soal agama. Kita nafikan pembabitan ahli politik dalam perhimpunan ini," ujar beliau. Beliau menyeru agar umat Islam hadir beramai-ramai bagi menyatakan sokongan dan menasihati mereka agar tidak melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan huru-hara dalam perhimpunan itu nanti. Himpun yang mendapat sokongan lebih 1,000 NGO termasuklah dari Indonesia dan Brunei akan bermula jam 2.00 hingga 6.00 petang pada 22 Oktober ini di Stadium Shah Alam. | ||
Pemerhati: Calon payung terjun masih relevan Posted: 20 Oct 2011 05:08 AM PDT MALAYSIA KINI Penonjolan lebih banyak muka baru selain mengekalkan calon berpengalaman yang masih mampu menang mungkin menjadi elemen penambahbaikan paling relevan dalam formula pengagihan kerusi bagi parti-parti komponen Barisan Nasional yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN baru-baru ini. Secara logiknya, penambahbaikan itu akan menyaksikan perubahan dari segi bilangan kemasukan muka baru sebagai calon yang lebih banyak, selari dengan Program Transformasi Politik yang pelopori Najib, sekaligus memberi petanda kesediaan pimpinan sedia ada untuk mematangkan golongan pelapis. Menurut pensyarah sains politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Shahrudin Badarudin, formula itu bagaimanapun tidak akan lari jauh daripada kaedah pembahagian kerusi yang telah digunapakai sekian lama, kerana itu simbol dan teras kekuatan muafakat antara parti komponen BN. Beliau berkata Najib boleh mengurangkan atau menambah kerusi kepada mana-mana parti atas teras 'mampu menang' itu tetapi tidak akan mengambil risiko mengurangkan atau menambah terlalu banyak kerusi bagi sesuatu parti walaupun ini boleh berlaku jika semua pihak berkompromi. "Dari segi logik muafakat kuasa, dia takkan ambil risiko. Parti-parti komponen akan dapat hampir sama banyak seperti pilihan raya umum yang lepas, tetapi isunya ialah di mana akan berlaku pertukaran kerusi," katanya kepada Bernama hari ini. Shahrudin berkata terdapat kemungkinan besar peratusan bilangan muka baru akan bertambah bagi memastikan mereka bersedia untuk dijadikan sandaran sebagai pelapis untuk menggantikan tokoh-tokoh yang telah lama berkhidmat. Beliau berkata berdasarkan beberapa pilihan raya kecil yang berlaku selepas pilihan raya umum yang lepas, kemungkinan besar calon-calon muka baru ini akan dinilai dari segi umur dan kesihatan, sebagai satu daripada kriteria memilih calon berprestasi tinggi. "Kriteria ini penting supaya tidak mengganggu kelancaran pentadbiran. Kita tak nafikan kematian itu kuasa Allah tetapi adalah penting bagi Najib untuk menilai faktor-faktor ini bagi mengelak pilihan raya kecil," katanya. Mengenai kemungkinan calon payung terjun, Shahrudin berkata, mereka ini kadangkala diperlukan jika kawasan berkenaan panas akibat perbalahan dalaman. "Dari sudut calon payung terjun, akan ada pertelagahan baik dari kalangan parti komponen mahupun di dalam sesuatu parti itu sendiri mengenai siapa yang harus dicalonkan di dalam kawasan parlimen dan dewan undangan negeri, maka akan ada calon berpotensi menang yang 'dipayungterjunkan' dari kawasan luar dan bukan ahli politik," katanya. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata calon payung terjun masih relevan dalam meraih sokongan dan memastikan kemenangan, terutama sekali ketika landskap politik yang kian mencabar. Beliau berkata calon payung terjun dari kalangan berpendidikan tinggi dan berpengalaman mampu memikul tanggungjawab melaksanakan tugas dengan berkesan terutamanya membantu kerajaan melicinkan usaha pembangunan. "Kita perlu calon payung terjun dan ia tidak boleh ditolak sama sekali. Sebagai contoh, semasa saya menjadi perdana menteri, Tun Daim Zainuddin (bekas Menteri Kewangan) diangkat sebagai calon 'bidan terjun' kerana kita sedar dengan kemampuannya," kata Dr Mahathir. Menyokong kenyataan tersebut, anggota pemuda Umno dari Hulu Klang yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi berkata, tidak dinafikan pertelagahan boleh menjadi antara faktor kejatuhan parti. "Maka kita dapat lihat pada pilihan raya kecil, cubaan berani Datuk Seri Najib meletakkan calon yang muda, berpendidikan tinggi serta mempunyai latar belakang yang bersih, sehingga akhirnya membuahkan hasil apabila menerima sokongan padu masyarakat setempat," katanya. Bagi anggota Majlis Kerja Tertinggi Belia 4B Badrul Hisham Badrudin pula, muka baru harus diberi lebih pertimbangan jika diambil kira trend beberapa pilihan raya kecil yang lepas. Beliau berkata, trend itu turut dapat dilihat dalam pakatan pembangkang, sehingga ada antara mereka mampu menjadi ahli Parlimen dalam usia yang cukup muda. "Sewaktu pilihan raya kecil yang lepas, calon-calon muda ini mendapat sokongan rakyat setempat kerana mereka mempunyai kredibiliti dan juga memenuhi kriteria sebagai 'winnable candidate' (calon mampu menang). "Sama ada pembaharuan ini dapat diterima penuh dengan hati terbuka oleh pemimpin atasan tak kira dari mana-mana parti komponen, saranan PM berulangkali mengingatkan bahawa kita harus bersatu dan jangan sabotaj sesiapa saja yang akan dicalonkan," katanya. Badrul Hisham melihat formula yang ditambah baik oleh Najib itu kelak mampu merangsang generasi muda lebih aktif mencurah bakti kepada masyarakat dan dapat menyaksikan hakikat bahawa BN siap sedia membuka peluang lebih besar kepada mereka dalam proses transformasi negara. Bernama | ||
Mujahid: Ada sesuatu tidak kena dengan HIMPUN Posted: 20 Oct 2011 05:07 AM PDT MALAYSIA KINI Ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berpendapat ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Shah Alam pada Sabtu ini. Katanya, walaupun tujuan murni perhimpunan yang bertemakan memelihara aqidah umat Islam itu adalah sesuatu yang wajar namun, beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur. "Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini," katanya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara dipetik oleh Harakahdaily. Dr Mujahid (kanan) menggariskan lima alasan berhubung kekhuatirannya dalam konteks hubungan antara agama di negara ini. Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini. Di samping itu, katanya, perhimpunan itu dibimbangi akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama. "Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan," katanya. Selain itu, tambahnya nama baik Islam mungkin tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain. Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah. "Bukankah, dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain. "Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang BERSIH (2.0) untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil. "Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu," katanya. Himpunan Sejuta Umat pada Sabtu ini selama empat jam dijadualkan bermula pada jam 2 petang dengan tujuan "menyelamatkan akidah umat". Lebih daripada 29 NGO telah mengesahkan penyertaan dalam perhimpunan itu. Antara mereka Gabungan Penasyid Malaysia, Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam, dan Persatuan Ulama Malaysia. Bagaimanapun PAS dan PKR telah mengumumkan keputusan masing-masing untuk tidak menyertainya. "PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata "PKR bimbang penyertaannya dalam HIMPUN kelak akan dipergunakan dan diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada beberapa parti politik arus perdana." | ||
Mangsa 'belasah' bawa aduan ke Suhakam Posted: 20 Oct 2011 05:04 AM PDT Hazlan Zakaria Selepas berbulan berdepan dengan sikap acuh tak acuh oleh Bukit Aman, seorang penyokong Parti Hak Asasi Manusia yang mendakwa dirinya dibelasah oleh 10 anggota polis semasa protes secara aman di Ipoh pada bulan April lalu, membuat laporan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini. "Kami terpaksa membawa isu ini kepada Suhakam kerana pihak polis tidak mengambil serius aduan mengenai salah guna kuasa oleh anggotanya yang bertindak seperti samseng," kata setiausaha PSM Buntong Mohanarani Rasiah, yang antara mereka yang hadir menyerahkan memorandum itu ke ibu pejabat Suhakam di Kuala Lumpur. Hadir bersama adalah P Ramesh, seorang guru swasta yang menyertai bantahan secara aman di hadapan rumah kerajaan di Ipoh oleh kira-kira 20 penduduk dari Kampung DBI, yang mahu menyerahkan memorandum kepada menteri besar Perak pada April lalu. Kekecohan tercetus apabila ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, yang diiringi penunjuk perasaan, berunding dengan setiausaha peribadi menteri besar bagi membenarkan beberapa wakil untuk masuk ke perkarangan pejbat dan bertemu dengan besar menteri. Mereka menunggu isyarat untuk dibenarkan masuk, tetapi secara tiba-tiba seorang pegawai kanan polis, yang berpangkat dengan pangkat timbalan superitenden mengetuai kontinjen kira-kira 40 polis bagi menatau perhimpunan itu dan mengarahkan mereka supaya bersurai. Ramesh mendakwa dirinya menjadi sasaran oleh beberapa anggota polis yang terus memukulnya. Beliau juga menayangkan pita video bagi membuktikan dirinya yang tidak bersenjata tetapi hanya melaungkan beberapa slogan dihampiri oleh polis yang kemudian menendangnya. Akibat kecederaan yang dialaminya itu, Ramesh berkata beliau terlantar di hospital selama dua hari. | ||
Kes MyKad bertindih diselesai luar mahkamah Posted: 20 Oct 2011 05:03 AM PDT MALAYSIA KINI Peguam Yusfarizal Yusoff, yang mewakili Muhammad Daud Salleh, berkata penyelesaian pada 13 Oktober lalu melibatkan pampasan sejumlah wang tunai yang tidak didedahkan. Kerajaan juga akan membantu Muhammad Daud, 42, meminda semua dokumentasi dan pemandu teksi itu akan juga diberikan MyKad baru dengan nombor baru. "Kerajaan telah bersetuju untuk membayar suatu amaun yang tidak boleh didedahkan, mengeluarkan MyKad baru dengan nombor yang berbeza dan untuk memadam semua rekod yang berkaitan dengan nombor lama," katanya ketika dihubungi. Yusfarizal berkata perintah mahkamah juga akan dihantar kepada pihak-pihak yang menuntut pembayaran balik bagi pinjaman dan bayaran denda yang dilakukan oleh penyamarnya, ketika menggunakan MyKad anak guamnya. "Tetapi ini bukan sebahagian daripada penyelesaian itu," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan