DIALOG RAKYAT |
- Pemimpin Gerakan keluar parti, kecewa dengan Koh
- Tiada sidang Parlimen sehari sebelum Deepavali
- 'Negara Kristian': MP gesa gantung permit Utusan
- DAP: Blog guna gambar palsu fitnah anak Lim
- Menteri: Perhimpunan Sejuta Umat bukan tunjuk perasaan
- Umno sedia terima hudud daripada tolak rasuah!
- Haramkan Filem KLIP 3GP?
- Himpun Tidak Hingin Kepada Ezam, Zulkefli dan Ibrahim
- PAS Bidas Tindakan SKMM Siasat Aziz Bari
- Laut Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran
- WASPADA: Wanita Digigit Monyet Ketika Berjogging Di Tanjung Ketapang
- Akta Hasutan: Aziz Bari dipanggil polis
- Cukup Wee Ka Siong, jangan cuba tutup perbuatan keji kamu
- Apa yang boleh Tsu Koon ‘korbankan’?
- Dari Kelab Penyokong PAS ke Dewan Himpunan Penyokong PAS (2004-2011)
- Politik seks: Hormati hak kanak-kanak
- PAS tak akan sertai HIMPUN
- CABARAN DEBAT DARI PROF AZIZ BARI, APA JAWAPAN `LOYAR KONGKANG' ?
- Penubuhan Majlis Perundingan Media Belum Dimuktamad
- NGO Perlu Cari Sumber Kewangan Alternatif: Rosmah
- MCA Selangor Persoal Tawaran Premium Tanah
Pemimpin Gerakan keluar parti, kecewa dengan Koh Posted: 18 Oct 2011 11:31 PM PDT MALAYSIA KINI Seorang pemimpin bahagian Gerakan di Kedah mengambil keputusan meninggalkan parti itu kerana tidak gembira dengan pucuk pimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon. Setiausaha penganjur Gerakan Kedah dan Ketua Bahagian Padang Serai, Tang Hiang Lye berkata beliau membuat keputusan itu kerana percaya Koh tidak berupaya membawa sebarang pembaharuan kepada parti dan kerajaan. "Saya bukan oportunis tetapi sekadar marah. Saya tidak fikir akan berlaku sebarang perubahan dalam parti," katanya apabila dihubungi. Tang menjelaskan beliau tidak berniat untuk melukakan Gerakan tetapi hanya merasakan tidak perlu untuk beliau berada lebih lama dalam parti itu ekoran beberapa gesaan dan cadangan untuk parti berubah tidak diendahkan. "Sekiranya Dr Koh sanggup meletak jawatan dalam tempoh dua bulan lagi dan menyerahkannya kepada orang yang boleh melakukan perubahan, maka saya akan mempertimbangkan untuk menyertai semula Gerakan. "Namun saya tidak fikir, beliau (Koh) akan berbuat demikian," katanya. Pengerusi Gerakan Kedah, Dr Cheah Soon Hai mengesahkan Tang telah keluar parti walaupun pelbagai usaha telah dibuat untuk memujuknya. Beliau berkata Jawatankuasa Kerja Gerakan Negeri Kedah akan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan Gerakan negeri mengambil alih bahagian Padang Serai.- Bernama | ||
Tiada sidang Parlimen sehari sebelum Deepavali Posted: 18 Oct 2011 11:27 PM PDT MALAYSIA KINI Dewan Rakyat tidak akan bersidang pada 25 Oktober - sehari menjelang Deepavali - dan akan cuti umum pada hari berikutnya. "Semua pertanyaan lisan pada hari berkenaan akan dijawab secara bertulis. "Takwim ini telah pun dimaklumkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat," katanya sebelum memulakan sesi soal jawab lisan hari ini. Penganut agama Hindu mengadakan upacara sembahyang sehari sebelum perayaan Deepavali, dan juga untuk membuat persediaan mengadakan 'rumah terbuka' bagi sambutan Pesta Cahaya itu. Ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran sebelum ini memohon Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz agar sidang Parlimen tidak diadakan pada 25 Oktober sempena Hari Deepavali keesokannya | ||
'Negara Kristian': MP gesa gantung permit Utusan Posted: 18 Oct 2011 11:26 PM PDT Salhan K Ahmad Ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi menuntut kerajaan supaya menggantung permit penerbitan Utusan Malaysia yang didakwa menerbitkan berita palsu berhubung dakwaan rancangan penubuhan negara Kristian. Jelasnya, laporan akhbar milik Umno itu perlu dikenakan tindakan tersebut kerana siasatan polis sendiri menunjukkan tiada bukti kukuh berhubung dakwaan berkenaan. Beliau membuat penjelasan itu berdasarkan satu jawapan bertulis oleh menteri dalam negeri di Dewan Rakyat bertarikh 3 Oktober, berhubung siasatan yang dijalan ke atas dakwaan tersebut. "Hasil siasatan mendapati bahawa tiada bukti kukuh yang boleh menyokong keterangan untuk menyabitkan kesalahan kepada mana-mana individu dalam kes ini," jawapan tersebut dipetik. Jawapan berkenaan adalah untuk menjawab soalan yang dikemukakan ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin. Dalam jawapan berkenaan, menteri dalam negeri juga menyatakan bahawa jabatan peguam negara telah memutuskan "tiada tindakan lanjut" dijalankan untuk kes berkenaan. Oleh sebab itu, kata Ooi, Utusan perlu dikenakan tindakan kerana "membuat laporan tidak berasas yang cuma mencetuskan keadaan tegang dan ingin memperlagakan antara agama di Malaysia." Ooi menjelaskan, kes berkenaan tercetus apabila Utusan menyiarkan dakwaan daripada tulisan seorang penulis blog, Big Dog. "(Jadi) saya minta menteri dalam negeri menggunakan kuasanya untuk menggantung lesen cetak Utusan Malaysia," katanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini. | ||
DAP: Blog guna gambar palsu fitnah anak Lim Posted: 18 Oct 2011 11:22 PM PDT S Pathmawathy Penulis blog yang dikaitkan dengan Umno dikatakan menggunakan gambar palsu bagi memfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang hanya berusia 16 tahun meramas buah dada teman sekolahnya.Menurut setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain. Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim, kata Pua. "(Beliau) sekarang pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat. Semua ini membuktikan bahawa dakwaan oleh cybertrooper Umno adalah pembohongan," katanya. | ||
Menteri: Perhimpunan Sejuta Umat bukan tunjuk perasaan Posted: 18 Oct 2011 11:15 PM PDT Salhan K Ahmad Menteri hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenepikan kekhuatiran PAS bahawa Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan mengundang polemik antara agama. Katanya, penganjur itu sendiri telah diberikan kebenaran untuk mengadakan HIMPUN di Stadium Shah Alam, menunjukkan bahawa perhimpunan itu akan terkawal. | ||
Umno sedia terima hudud daripada tolak rasuah! Posted: 18 Oct 2011 11:13 PM PDT Oleh Ahmad Lutfi Othman (detikdaily) Siapa dapat menolak hakikat bahawa Umno-BN meraih kuasa dan kemudiannya mempertahankan takhta melalui proses "pembelian undi", dasar "patron-client (politik penaung-dinaung)" dan "rasuah" yang sudah berakar-umbi sejak zaman berzaman serta sukar untuk dicerai-tanggalkan lagi. | ||
Posted: 18 Oct 2011 10:59 PM PDT SABAH DAILY Semakin hari semakin jijik untuk melihat dan menonton filem yang dikeluarkan oleh penerbit dan syarikat perfileman di Malaysia. Hanya kerana melihat kepada faktor keuntungan daripada hasil kutipan jualan tiket dan jualan filem maka soal agama dan adat sudah tidak lagi menjadi pertimbangan utama. | ||
Himpun Tidak Hingin Kepada Ezam, Zulkefli dan Ibrahim Posted: 18 Oct 2011 10:58 PM PDT MSO Pengerusi bersama Himpun - Perhimpunan Sejuta Umat: Untuk menyelamatkan akidah Mohd Azmi Abdul Hamid (foto) hari ini dengan tegas menyatakan tiga manusia, Ezam Mohd Noor, Inche Ibrahim Ali dan Zulkefli Nordin alias Zulkifli 9/10 tidak ada kena mengena dengan perhimpunan yang akan diadakan pada 22 Oktober depan. Katanya tiga orang ini bukan pengucap utama di dalam majlis berekanaan. Justeru katanya dakwaan atau pun kenyataan mereka bertiga berhubung himpunan itu tidak diiktiraf atau tidak ada kena mengena dengan sekretariat Himpun. Tegas Azmi lagi himpunan yang bakal menghimpun 100,000 umat Islam itu bebas dari agenda politik mana-mana ideologi. Tegasnya mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasikan majlis itu dengan unsur politik tidak dibenarkan. Azmi dipetik membuat kenyataan itu ekoran Zulkefli 9/10 yang juga Ahli Parlimen Bandar Baru - Kulim ada mennguar-guarkan beliau akan menjadi salah seorang pemidato utama pada majlis itu. Kata wakil rakyat 9/10 itu beliau akan membangkit beberapa isu kontroversi mengenai kejadian murtad sebelum ini pada majlis berkenaan. Bagaimana 'senator boy' Ezam Mohamad Nor dan wakil rayat yang menang atas tikit Pas Inchek Ibrahim Ali tidak membuat apa-apa kenyataan berhubung penyertaan mereka. Bagaimana pun pertubuhan Perkasa(m), ikut bergabung dalam Himpun yang melibatkan lebih 60 buah badan bukan kerajaan itu. Penegasan Azmi itu menjelaskan ketiga makhuluk Allah ini tidak diingini untuk ikut sama membela akidah umat Islam dalam himpun itu. Kenyaataan dan penegasan Azmi itu menunjukkan bahawa himpunan 22 Oktober itu benar-benar bebas dari ideologi politik. Dengan kenyataan Azmi itu boleh difahamkan kehadiran ketiga makhluk Allah itu boleh menimbulkan sesuatu yang tidak diingini dan ini tidak pelek kerana mereka sering bercakap terkeluar dari topik dan konteks sebenarnya. Adalah diharap Himpun dapat memastikan ketiga makhluk ini yang boleh menjadi liabiliti kepada himpunan itu tidak akan hadir ataupun berada di pentas sederet dengan para pemidato lain. Adalah dikhuatiri kalau mereka lolos ke dalam majlis berkenaan menyebabkan sambutan atau semangat umat Islam untuk berhimpun bagi menyatakan kekuatan dan persepakatan akan terjejas | ||
PAS Bidas Tindakan SKMM Siasat Aziz Bari Posted: 18 Oct 2011 10:56 PM PDT KELAB GREENBOC .Datuk Seri Rais Yatim diharap tidak menggunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai polis peribadinya semata-mata untuk membuktikan beliau masih lagi relevan, demikian tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di dalam satu kenyataannya hari ini. Ketika menyatakan harapan tersebut kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu, Salahuddin berkata, rakyat tidak ingin melihat mana-mana kementerian atau institusi kerajaan digunakan untuk membodek Perdana Menteri atau membuktikan kononnya seseorang itu masih lagi relevan. Mengulas tindakan SKMM menyiasat pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, dipercayai ekoran reaksi pensayarah itu terhadap tindakan Sultan Selangor baru-baru ini, Salahuddin berharap tindakan itu dihentikan serta merta. "Tindakan itu dilihat umum sebagai penyalahgunaan kuasa yang sangat ketara dan pencabulan kebebasan bersuara yang memalukan negara. "Ia mesti dihentikan serta merta kerana ia bukan sahaja pencabulan kebebasan bersuara malah pencabulan serta penghinaan terhadap kebebasan akademik," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Dr Abdul Aziz, kata Salahuddin, bercakap berdasarkan ilmu dan kelayakan akademiknya dan tindakan SKMM menyiasatnya tanpa menyatakan kepada umum kesalahan beliau di sisi undang-undang adalah tindakan yang dilihat rakyat sebagai menjijikkan. Beliau juga mempersoalkan adalah SKMM mahu mewujudkan 'profesor kangkung' yang bercakap melalui TV dan media tanpa mengikut fakta sebenar semata-mata mengampu pemerintah. Sebelum itu, walaupun mendakwa kenyataan Dr Abdul Aziz kurang ajar, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau tidak tahu adakah pensyarah itu melanggar undang-undang atau tidak. "Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," Bernama memetik Dr Mahathir berkata. Setakat ini, kata Salahuddin, tidak ada mana-mana pihak berwibawa yang secara jelas dan terus terang menyatakan Dr Abdul Aziz melanggar mana-mana peruntukan undang-undang kerana kenyataannya itu. "Yang ada hanyalah histeria dan gelagat tidak tentu arah dan melucukan dari mereka yang hendak membodek atau mereka yang sudah jenuh dilihat umum sebagai gila-gila," kata beliau. Dr Abdul Aziz sebelum itu menyifatkan tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukanlah suatu tindakan yang lazim. Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam. Dakwaan hina Sultan: SKMM siasat prof, Mkini Ulasan GB Itu, blog-blog pencacai UMNO yang menyiarkan gambar dan video porno yang jelas bertentangan undang-undang, kenapa tiada siasatan dan tiada tindakan dari SKMM? | ||
Laut Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran Posted: 18 Oct 2011 10:50 PM PDT KELAB GREENBOC Lumut: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar. Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam. Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan. Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM. Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM. Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu. Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut. Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit. Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan. "Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang," katanya. Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu. -hm Ulasan GB Al-Quran itu adalah "kalamullah". Justeru itu Allah sendiri yang menjaganya. Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-Zikra (Al-Qur'an), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. -Al-Hijr:9 Itulah diantara tanda-tanda kebesaran Allah dan membuktikan Al-Quran itu adalah mukjizat yang besar. Abu Al-Quran menjadikan laut bergelora tiba-tiba menjadi tenang, bagaimana jika Al-Quran itu sendiri agaknya? Tetapi manusia leka dan lalai, meninggalkan Al-Quran dan ajaran yang terkandung di dalamnya. Lebih dasyat, ada pula yang hendak menipu Allah, RasulNya dan orang beriman, cuba menjadi wira ajaran Al-Quran sedangkan mereka sebenarnya penentang utama ajaran dan hukum Allah dan RasulNya. | ||
WASPADA: Wanita Digigit Monyet Ketika Berjogging Di Tanjung Ketapang Posted: 18 Oct 2011 10:49 PM PDT KELAB GREENBOC Muar: Kejadian seorang wanita cedera digigit monyet ketika berjoging bersebelahan padang golf dekat Tanjung Ketapang di sini petang Jumaat lalu, menimbulkan kebimbangan mengenai jumlah hidupan liar terbabit yang semakin bertambah di kawasan rekreasi itu. Malah, lebih menggerunkan apabila kejadian itu kes ketiga dalam tempoh beberapa hari, membabitkan pengunjung kawasan rekreasi itu digigit monyet. Walaupun ketiga-tiga mangsa tidak cedera serius sehingga dimasukkan ke hospital, namun kejadian itu boleh menjejaskan keselamatan pengunjung terutama orang ramai yang beriadah dan kanak-kanak. Tinjauan di sekitar kawasan hutan bakau Tanjung Ketapang mendapati jumlah monyet di kawasan rekreasi itu semakin banyak walaupun pihak berkuasa pernah memerangkap dan memindahkan haiwan itu ke Hutan Simpan Maokil akhir 2009 lalu. Populasi yang semakin bertambah dengan tindakan orang ramai memberi makanan kepada hidupan liar itu juga mungkin menyebabkan monyet tidak takut dengan kehadiran manusia sehingga bertindak menyerang. Kehadiran kumpulan monyet liar di kawasan rekreasi itu dikatakan menjadi antara tarikan pengunjung, malah haiwan itu juga dikatakan jinak dan banyak bergantung kepada orang ramai untuk menghulurkan makanan terutama roti serta makanan ringan. Sebelum ini, ada sesetengah pihak yang kurang bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa memindahkan monyet itu dengan alasan ia menjadi tarikan orang ramai yang mahu melihat gelagat monyet dengan lebih dekat, namun tindakan memindahkannya dirasakan perlu berikutan jumlahnya yang banyak menyebabkannya tidak terkawal apabila kekurangan bekalan makanan. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Jumaat lalu, Chua Chin Wee, 44, berjoging di Jalan Sultanah, bersebelahan padang golf apabila secara tiba-tiba seekor monyet menggigit kaki kanannya. Saya memukul monyet itu berulang kali dengan telefon bimbit tetapi ia seolah-olah tidak menghiraukannya. Hanya selepas menyedari kehadiran orang ramai yang mahu menolong saya, barulah monyet itu melepaskan kaki saya sebelum melarikan diri," katanya. Kesan kecederaan itu menyebabkan Chua terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Jalan Arab sebelum dimaklumkan petugas klinik berkenaan ada seorang lagi mangsa kes digigit monyet di Tanjung Ketapang turut mendapatkan rawatan di klinik sama akibat kecederaan di kaki. Selepas itu, seorang kanak-kanak berusia kira-kira empat tahun turut cedera di kaki akibat digigit monyet di tempat meletak kenderaan kawasan berkenaan kira-kira jam 7 pagi. -Bh | ||
Akta Hasutan: Aziz Bari dipanggil polis Posted: 18 Oct 2011 05:14 PM PDT
| ||
Cukup Wee Ka Siong, jangan cuba tutup perbuatan keji kamu Posted: 18 Oct 2011 05:13 PM PDT Stan Lee, Malaysia Chronicle Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Khai Loon telah mencabar Ketua Pemuda MCA untuk berdebat, mendakwa Timbalan Menteri Pendidikan itu untuk cuba mengalih perhatian daripada kenyataan yang beliau telah cuba menggunakan gadis-gadis "cantik" untuk meraih ahli baru dalam sayapnya yang sedang mengecut itu. Cocoknya, debat itu aka bertajuk "Apakah cara sihat untuk menggalakkan anak-anak muda menyertai politik?". "Saya bersedia berdebat dengan Wee Ka Siong untuk mengalih kembali focus kapada isu sebenar di belakang penglibatan wanita-wanita muda dalam Pemuda MCA. Pemuda MCA hanya membenarkan wanita-wanita muda itu diambil gambar tetapi tidak membenarkan mereka menyuarakan pendapat mereka di AGM itu," kata Khai Loon dalam kenyataannya kepada media. "Lebih teruk lagi, Pemuda MCA juga membantah permintaan Wanita MCA untuk mendapat 30% quota wanita dalam pembikinan dasar. Siapa yang tidak menghormati wanita sekarang?" Mengeksploitasi gadis-gadis MCA dengan segera menghentam Khai Loon dan Adun Rawang Gan Pei Nei selepas kedua-dua itu menuduh Ka Siong dan kumpulannya menjadikan gadis-gadis itu sebagai 'penghias majlis' dan mengeksploit mereka semasa perhimpunan agung Pemuda MCA baru-baru ini. Beliawanis, sayap Pemuda Wanita, juga campur tangan, menyerang Pei Nei kerana tidak membela golongan wanita. Apabila didedahkan bahawa 4 daripada 10 gadis-gadis cantik itu merupakan model professional dan bukanlah ahli MCA atau Beliawanis, Ka Siong muncul menuduh Khai Loon dan Pei Nei memperbesarkan hal remeh. Walaupun mereka model, merek masih boleh berminat dengan politik, kata Ka Siong, enggan menjelaskan kenapa Beliawanis mengeluarkan kenyataan palsu dan bertegas menyatakan gadis-gadis itu adalah ahli parti. Ka Siong juga menuduh Khai Loon dan PKR menjadi dalang laman web Suara Keadilan Rakyat, blog "palsu" yang menggunakan nama akhbar PKR Suara Keadilan yang sebenarnya tiada kaitan dengan parti tersebut. Kebanyakan penulisan yang ada pada blog itu berunsur anti-PKR. "Wee mengaitkan Pemuda PKR dengan blog palsu tanpa apa-apa bukti," kata Khai Loon. "Pemuda MCA dan Beliawanis telah berkomplot dengan Wee untuk merai simpati dan mengalih focus utama perbincangan politik." Tidak membenarkan media menemubual gadis-gadis itu Tambahan pula, sekiranya Wee berkata benar, mengapa beliau menghalang pihak media daripada menemubual gadis-gadis itu, soal Khai Loon. Beliau mendedahkan lagi bahawa Pemuda MCA enggan membenarkan mana-mana media untuk bertemu dan berbual dengan gadis-gadis itu untuk mendapatkan kisah sebenar. Sememangnya, keraguan mengenai keahlian gadis-gadis itu telah menimbulkan tanda Tanya terhadap Wee dan Pemuda MCA. Adakah mereka mengambil langkah-langkah seksis untuk memberi aura 'macho' kepada mereka sendiri untuk menutup kegagalan mereka menuntut perubahan politik dalam MCA? Khai Loon juga mempersoal kenyataan Wee yang menyatakan adalah tanggungjawab Pemuda PKR untuk membuat laporan polis terhadap blog 'palsu' itu. "Logik Wee tidak masuk akal, pengkritik harus bertanggungjawab. Wee berkata Pemuda PKR harus bertanggungjawab dan membuat laporan ke atas blog palsu itu kepada pihak berkuasa. Adakah Wee juga bersetuju bahawa seorang yang tidak menangkap pencuri juga adalah pencuri? Tidakkah semua orang adalah pencuri jika benar pemikiran Wee itu?" cabar Khai Loon. Sehingga kini, Ka Siong menutup sebelah mata terhadap cabaran debat itu, dan kebarangkalian untuk beliau tidak menyahut cabaran itu adalah tinggi.- Malaysia Chronicle | ||
Apa yang boleh Tsu Koon ‘korbankan’? Posted: 18 Oct 2011 05:08 PM PDT Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle Pertaruhan agak tinggi bagi Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe apabila beliau berkeputusan untuk membuat pendirian bertentangan dengan Presiden parti itu, Koh Tsu Koon. Beliau lemah, katanya, dan menyeru Koh Tsu Koon untuk meletakkan jawatannya. 24 jam kemudian beliau menarik balik kata-katanya, mengisytiharkan 'kesetiaannya' kepada Koh, dan berjanji untuk mematuhi segala keputusan yang dibuatnya. Kebanyakan penduduk Pulau Pinang boleh memberitahu Tan bahawa Koh memang lemah. Ken=banyakan penduduk Pulau Pinang telah menyuarakan pandangan mereka pada Mac 2008 bahawa mereka tidak mahu Koh lagi. Politik parti Sememangnya, penarikan semula kata-kata Tan yang memalukan itu merupakan simptom politik parti di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional. Dalam kes ini, menurut sumber-sumber parti, kebanyakan kelompok Tan setuju bahawa Koh adalah pemimpin yang lemah, berbolak-balik dan suram. Sudah pasti kepimpinan Koh tidak akan membantu Gerakan pada Pilihanraya Umum. Tetapi, mereka tidak mahu Tan menjadi wira dengan menjadi individu yang menyingkir Koh. Jadi, beliau ditinggal sendirian tanpa bantuan dan dipaksa untuk mebuat kenyataan yang sangat hipokrit dengan menarik balik kata-katanya hari ni. Mana mungkin beliau bertukar fikiran secara begitu drastic dalam tempoh satu malam sahaja. Pengunduran bermaruah Satu lagi sumber mendakwa satu perjanjian telah dilakukan di mana Koh tidak akan bertanding dalam pilihanraya tetapi Tan Lian Hoe harus menarik balik kata-katanya untuk menjaga 'perpaduan parti' dan memberi laluan untuk Koh berundur dengan 'maruah'. Kelihatan Koh memberi kesahihan dengan menawarkan untuk 'mengorbankan' dirinya untuk parti. Tidak jelas apa sebenarnya yang dikorbankan oleh beliau, melihat kepada beliau telah hidup dengan hasil titik peluh rakyat Pulau Pinang selama berdekad-dekad; dan tanpa apa-apa kesan pun. Bukanlah ianya akan membawa banyak perbezaan untuk Gerakan, satu parti yang menunggu kepupusannya pada Pilihanraya Umum akan datang. Sebab kenapa Gerakan, dan beberapa lagi parti komponen BN, seperti MIC dan SUPP, akan disingkarkan adalah kerana parti-parti ini tidak mencerminkan kehendak rakyat. Silap besar lagi Ada beberapa orang yang masih mengambil berat terhadap Gerakan dan mahu Koh keluar; tetapi politik parti mencegahnya. Rakyat India mahu Samy Velu berundur pada tahun 2008 tetapi politik parti MIC mengekalkan kuasanya dan MIC menanggung akibat daripada itu. MIC masih belum pulih daripada pukulan yang mereka tanggung pada tahun 2008. Dan Samy Velu masih memegang kuasa dalam MIC, beroperasi dari belakang tabir. Jadi BN tetap melakukan kesilapan, terpotong daripada aspirasi rakyat, di mana mereka melihat coretan di dinding, tidak mampu berbuat apa-apa kerana politik parti dan peribadi. Kepada mereka yang sudah bosan membaca tentang entity-entiti yang tidak relevan sepert Gerakan, mereka boleh bertenang dengan hakikat yang mereka tidak perlu untuk berbuat begitu lagi selepas pilihanraya akan datang.- Malaysia Chronicle | ||
Dari Kelab Penyokong PAS ke Dewan Himpunan Penyokong PAS (2004-2011) Posted: 18 Oct 2011 04:57 PM PDT LATAR BELAKANG Pertandingan itu menerima banyak peserta dari seluruh dunia kerana diiklankan dalam internet. Jawatankuasa memilih akhirnya bersetuju dengan lambang dan logo PAS FOR ALL. Logo PAS For All berjaya menarik minat jawatankuasa kerana simboliknya melambangkan peranan PAS dalam negara ini berlatarbelakangkan bendera jalur gemilang dan simbol dunia bulat adalah satu realiti bahawa PAS adalah sebahagian dari kesejagatan ini. Manakala tulisan PAS for All dalam ketiga-tiga bahasa Malaysia, Cina, dan Tamil melambangkan kesatuan pelbagai kaum di negara ini. Konvensyen kedua ialah pada bulan Mei tahun 2009 diadakan di Kompleks Pejabat Tanah Kelang dengan tema "Stay United, Brave the Challenges" telah dirasmikan dengan gilang gemilang oleh Mursyidul Am PAS. Hampir 1,000 perwakilan hadir dan resolusi telah disepakati oleh semua perwakilan, antaranya adalah menstrukturkan Semula Kepimpinan KPP, Mengemaskan Data Keahlian dan Memperkukuhkan KPP untuk dipertingkatkan peranannya dalam PAS. Resolusi Konvensyen telah diadaptasikan dengan bantuan seluruh LPN negeri sehingalah hari ini usaha-usaha tersebut terus dijalankan bagi membuka ruang kepada proses penyerapan KPP menjadi entiti sebuah Dewan dalam parti. Walaupun hari ini menandakan kelahiran sebuah lagi sayap parti yang akan berperanan dengan penuh kesetiaan kepada parti namun cabarannya amatlah besar tetapi dengan perpaduan dan bimbingan seluruh organisasi PAS DHPP akan terus menyumbang untuk menyuburkan perjuangan PAS dan membuahkan hasil yang lumayan. Jalan DHPP masih berliku, hanya Tuhan sahaja yang tahu sejauh mana ia mampu terus bersama PAS. *Mujahid Yusof Rawa (gambar kanan) ialah Pengerusi Perpaduan Nasional PAS merangkap ahli parlimen Parit Buntar. | ||
Politik seks: Hormati hak kanak-kanak Posted: 18 Oct 2011 04:51 PM PDT Edwin Michael Percaya atau tidak, kita termasuk kanak-kanak seusia 16 tahun sudah diheret jauh ke dalam gelanggang politik binatang yang terlalu kejam dan terlampau kotor. Politik Malaysia tidak pernah lekang daripada perkataan 'seks' yang saya percaya, satu-satunya negara di dunia ini yang memiliki pentas politik berkonsepkan seks dan adegan ranjang. Dan kita seolah-olah seronok dibuai-buai dengan keghairahan melihat semua ini tanpa sedikit pun perasaan malu dan hina sedangkan kita gah sebagai negara Islam dan negara yang mendaulatkan raja serta sultan. Saya tidak tahu berapa ramai di luar sana terusik jiwa melihat kerakusan politikus pemerintah yang menjadikan anak Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai sasaran politik mereka yang teramat sukar untuk diterima akal pemikiran waras. Mengapa pentas politik begitu jijik hinggakan kehidupan seorang kanak-kanak dijadikan taruhan politik pemerintah. Adakah kerana status quo dan hegemoni yang mereka miliki membuatkan mereka bertindak sedemikian? Ironisnya, kita yang sedekahkan mereka status quo dan kekuasaan itu dan pada masa yang sama kita juga sengaja biarkan mereka memperlakukan apa jua pada mangsa mereka tanpa sedikit pun perasaan kemanusiaan. Hak kanak-kanak Kanak-kanak bukan sahaja merupakan penyambung generasi tetapi juga bertindak menjadi suatu asset yang penting dalam memastikan nadi pembangunan sosioekonomi negara membangun secara mapan pada masa hadapan. Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001. Atas dasar itu, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. CRC memberikan tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada beberapa aspek seperti kelangsungan hidup (survival), perlindungan (protection), perkembangan (development) dan penyertaan (participation). Malah, kepentingan kepada golongan kanak-kanak ini juga dengan jelasnya dapat dilihat dalam pernyataan Wawasan 2020 di mana institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan dalam usaha negara mencapai status negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan penyayang. Sayangnya, sebagai sebuah negara pihak (state party) kepada CRC, golongan politikus yang mempunyai hubungan langsung dengan pemerintah gagal menunjukkan rasa prihatin dan komited terhadap tanggungjawab bersama untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak dilindungi dengan sewajarnya. Mengheret seorang kanak-kanak yang hanya berusia belasan tahun dan kemudian menjadikannya sebagai bahan gurauan di kalangan para politikus pemerintah sememangnya membuktikan betapa rendahnya moral dan etika profesionalisme golongan ini. Saya sukar memahami bagaimana selama ini kita biarkan golongan-golongan ini merajai segenap ruang politik negara! Membisu seribu bahasa Kenapa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hanya membuta dan membisu sedangkan dengan jelas ini isu ini jatuh di bawah skop kementerian berkenaan lebih-lebih lagi ini melibatkan hak seorang kanak-kanak yang tidak berupaya untuk bertindak mempertahankan diri daripada penderaan emosi yang diakibatkan oleh politikus-politikus pemerintah ini. Jika menteri berkenaan hanya bertindak melihat isu ini daripada sudut politik sahaja maka kita sebagai rakyat juga harus bersama membuta dan membisukan diri dan kemudiannya meraikan hari kanak-kanak dengan penuh kepura-puraan seolah-olah kanak-kanak di negara ini bebas daripada cengkaman permainan politik kotor. Masyarakat harus memahami bahawa memberikan ruang kepada para politikus dengan menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran politik kotor adalah sesuatu yang amat merbahaya kerana tindakan mereka bukan sahaja akan memberikan impak kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan tetapi juga kemungkinan untuk kanak-kanak berkenaan mengalami tekanan dari segi psikologi juga adalah tinggi. Gelanggang politik di Malaysia adalah untuk mereka yang dewasa. Biarkan kanak-kanak dengan dunia mereka sendiri. Saya bukan menulis ini atas prinsip sebagai penyokong pihak pembangkang tetapi atas dasar bahawa kanak-kanak juga mempunyai hak untuk dihormati dan dilindungi daripada sebarang perbuataan tidak bertamadun dan tidak bermanusiawi oleh sesiapa pun termasuk mereka yang memiliki kuasa! - MALAYSIA KINI Penulis adalah pensyarah di Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak. ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini. | ||
Posted: 18 Oct 2011 04:43 PM PDT Jimadie Shah Othman PAS memutuskan tidak akan menyertai Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN yang tujuannya bagi menyelamatkan akidah umat Islam di ibu negara pada Sabtu ini. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam. "PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri). Penganjur acara itu pada Selasa memberi jaminan HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan. Secara khusus, pengerusi bersama himpunan itu Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi - Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali. Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Hadi berkata, PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. "Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya lagi. Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya. "Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi. Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai". Ia sebagaimana Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya. | ||
CABARAN DEBAT DARI PROF AZIZ BARI, APA JAWAPAN `LOYAR KONGKANG' ? Posted: 18 Oct 2011 04:38 PM PDT MEMANG sudah saya jangka awal lagi, Zul Kulim tidak akan berani menyahut cabaran debat dari Prof Dr Aziz Bari berkaitan kononnya Pakar Perlembagaan ini menghina raja-raja. Sepertimana juga Zul Kulim orang yang `tidak laku' di dalam PAS, kemudian `ditendang' pula oleh PKR ini tidak berani menyahut cabaran debat yang pernah dibuat YB Khalid Samad, MP Shah Alam berkaitan isu Kalimah Allah dahulu. Apabila Prof Dr Aziz Bari mencabar Zul Kulim, MP Kulim Bandar Baru yang menunggu masa untuk di`tong sampah'kan oleh pengundi-pengundi di kawasannya itu untuk berdebat, maka seperti biasa lidah Zul Kulim `firaun besar' ini berputar seperti biawak. Katanya, beliau bersedia untuk berdebat dengan syarat Prof Dr Aziz Bari terlebih dahulu memohon maaf kepada Sultan Selangor. Ini tulisan Zul Kulim yang bacul dan penakut ini, " Aziz Bari mencabar teman untuk berdebat dalam isu berkaitan titah Tuanku Sultan Selangor menyentuh mengenai siasatan JAIS terhadap kegiatan dakyah oleh gereja DUMC. Teman langsung takde masalah nak berdebat dengan pensyarah kangkong ni yop, bagitau aja dimana, no problemo. Cuma sebelum berdebat, Aziz Bari wajib mintak maaf dengan Tuanku dahulu kerana kebiadapan dan sikap kurang ajar dia mempertikai titah Tuanku. Tu saja. Sebab? Sebab teman tak berminat nak berdebat dengan orang yang derhaka kepada Tuanku Sultan Selangor. Lepas aja Aziz Bari mintak maaf dengan Tuanku, anytime yop..anytime insyallah (zul4kulim.blog) Betapa punya bengap loyar ini saya pun tidak tahu. Sebab apa Prof Dr Aziz Bari mahu memohon maaf kepada Sultan Selangor? Jika Prof Dr Aziz Bari memohon maaf kepada Sultan Selangor ini memberi erti bahawa beliau mengakui bahawa sememangnya beliau menghina Sultan. Jika demikian, apa gunanya berdebat dengan Zul Kulim kerana isunya sekarang Prof Dr Aziz Bari mempertahankan pendiriannya bahawa beliau tidak menghina Sultan Selangor, manakala Zul Kulim menuduh Prof Dr Aziz Bari menghina Sultan. Justeru itu, Prof Dr Aziz Bari mencabar Zul Kulim berdebat. Yang si Zul Kulim ini pening lalat meletakkan syarat tidak masuk akal itu buat apa? Ada juga Peguam yang tidak cerdik rupanya di dalam negara ini. Seperti contoh, dua kumpulan akan berdebat atas tajuk `Adakah Zul Kulim seekor lembu atau manusia?". Sebelum debat, syarat diletakkan agar satu kumpulan mesti mengakui bahawa `Zul Kulim adalah lembu". Maka, bodoh benarlah jika debat diadakan juga. Sehubungan itu, jelas pada kita bahawa sememang sahih dan nyata Zul Kulim tidak berani berdebat dengan Prof Dr Aziz Bari, sebab itulah beliau meletakkan syarat yang pasti akan ditertawakan orang. Benarlah seperti yang ramai kata, MP Bebas yang tidak di`redhai' majoriti pengundi-pengundi di Kulim Bandar Baru itu hanya berani menyalak di depan TV sahaja. Memang lojik jika ada yang berkata beliau dahulu memang layak menjadi `tukang bawa fail' sahaja ke mahkamah. Itu pun ada hati mahu gelar Prof Dr Aziz Bari sebagai `Prof Kangkung' sedangkan dia `Loyar Kongkang Celah Kelangkang '. /wfauzdin.blogspot.com | ||
Penubuhan Majlis Perundingan Media Belum Dimuktamad Posted: 18 Oct 2011 04:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Status cadangan penubuhan Majlis Perundingan Media (MPM)negara masih belum diputuskan berikutan kerajaan dan beberapa organisasi media belum mencapai persetujuan terutamanya berhubung keanggotaannya. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, terdapat beberapa wakil media membantah penglibatan kerajaan dalam penubuhan MPM. "Mereka hanya bersetuju sekiranya MPM dianggotai oleh pihak media sahaja," katanya semasa sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang ingin mengetahui mengenai sama ada kerajaan akan membubarkan cadangan penubuhan MPM selepas mendapat bantahan daripada pengamal media. Namun menurut D'Cruz, kerajaan bersedia dan terbuka untuk bekerjasama dengan pihak media bagi merealisasikan penubuhan MPM. "Bagaimanapun hingga kini tiada cadangan daripada pihak media untuk gerakkan penubuhan MPM," katanya. April lalu kerajaan mengumumkan cadangan untuk menubuhkan MPM bagi membolehkan semua perkara berkaitan dibincangkan secara harmoni antara kerajaan dengan media. | ||
NGO Perlu Cari Sumber Kewangan Alternatif: Rosmah Posted: 18 Oct 2011 04:25 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) perlu berusaha menjana sumber kewangan sendiri dan tidak hanya bergantung kepada sumbangan atau bantuan kerajaan atau badan korporat, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Selasa. Rosmah berkata sektor korporat sememangnya digalakkan untuk terus menghulur bantuan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial. "Namun, saya meminta NGO berusaha memastikan kemandirian yang mampan pertubuhan masing-masing. "Usah diharap kepada bantuan semata-mata tetapi carilah jalan lain untuk menjana ekonomi pertubuhan masing-masing," katanya ketika melancarkan Yayasan Wanita Malaysia (YWM) di sini. Dalam pada itu, beliau menegaskan NGO menjadi pelengkap kepada kepada usaha kerajaan menjaga kebajikan rakyat kerana ia mampu mengisi ruang yang tidak dapat dicapai oleh kerajaan. Rosmah yang juga penaung YWM mahu badan itu menekankan program di bidang pendidikan bagi membentuk kelompok wanita yang berkeyakinan tinggi untuk memimpin wanita Malaysia lain. "Sekiranya ingin menempa kejayaan gemilang, YWM harus mencari dan mengisi kekosongan dan menjelajahi bidang yang belum pernah diterokai sebelum ini," kata Rosmah. Sementara itu, Pengerusi YWM Datuk Faridah Abu Hassan berkata pihaknya berhasrat mewujudkan sebuah universiti khas bagi wanita seperti beberapa negara Asia lain. "Ia masih dalam proses perbincangan. Ia merupakan rancangan masa depan YWM bagi membantu kaum wanita dan akan diusulkan kepada pihak terbabit," katanya ketika ditemui pemberita. Ditubuhkan pada November 2010, YWM mempunyai misi untuk memperkasakan wanita melalui pendidikan serta kebajikan ke arah kesejahteraan sosial dan ekonomi berlandaskan Gagasan 1Malaysia. -BERNAMA | ||
MCA Selangor Persoal Tawaran Premium Tanah Posted: 18 Oct 2011 04:22 PM PDT MSTAR ONLINE SHAH ALAM: Tindakan kerajaan Selangor menawar bayaran premium tanah RM1,000 untuk mendapat tanah kerajaan atau pajakan 99 tahun yang mereka duduki mempunyai muslihat yang terselindung, dakwa Biro Pengaduan Awam MCA Selangor. Ketuanya Datuk Theng Book mendakwa setelah diteliti, tawaran itu mempunyai syarat terselindung yang tidak dinyatakan dengan jelas, iaitu tanah yang diberikan geran itu tidak boleh dipindah milik melalui proses jual beli atau untuk tujuan pajakan. Syarat itu membebankan kerana sekiranya pemilik tanah mahu hak milik sepenuhnya, mereka perlu membuat bayaran penuh premium tanah mengikut harga semasa, katanya kepada pemberita di sini Selasa. Beliau sebelum itu menyerahkan memorandum kepada wakil Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di pejabat Menteri Besar di sini bagi menyatakan kesediaannya berdebat mengenai isu premium tanah di negeri itu. Theng berkata perkara itu jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak ikhlas untuk membantu rakyat di mana sepatutnya mereka boleh memberikan potongan untuk bayaran premium tanah terbabit atau bayaran RM1,000 yang ditawarkan itu adalah untuk hak milik beserta geran tanah sepenuhnya, bukannya bersyarat. Beliau berkata MCA telah menerima beberapa aduan berhubung isu premium pembayaran tanah di negeri itu yang tidak dinyatakan secara jelas kepada rakyat serta menimbulkan beberapa kekeliruan pada syarat-syarat tertentu yang didakwa mempunyai agenda terselindung. "Kami merujuk kepada Garis Panduan Premium Tanah yang berkuatkuasa pada 1 Jun lepas melalui pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 6/2011," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan