Khamis, 13 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PPSMI: Beri kami peluang suarakan pendirian, kata NGO

Posted: 13 Oct 2011 04:12 AM PDT


KUALA LUMPUR — Pertubuhan bukan kerajaan Page meneruskan gesaan mereka dengan meminta kerajaan agar memberi peluang kepada ibu bapa suara dalam dasar kontroversi — pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Justeru ia juga mahu kerajaan mempertimbangkan peluang kepada ibu bapa dalam menentukan pendidikan anak mereka.

"Kami hanya menyuarakan pandangan dan aspirasi ibu bapa," kata Pengerusi Page Datin Azimah Rahim pada sidang media bersama di sini hari ini.

"Kami ada menemu bual ibu bapa dari pelbagai negeri dan ramai yang sokong berkenaan (pendirian kami dalam isu)PPSMI. Kami berharap Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan rayuan kami," katanya.

Azimah berkata Akta Pelajaran 1996 memperuntukkan bahawa ibu bapa ada hak dalam menentukan pendidikan anak masing-masing.

"Jika kerajaan tidak merasakan perkara ini (satu keperluan), maka buang sahaja akta ini," kata beliau.

Menurut beliau, setakat ini Page telah menghantar tujuh memorandum kepada kerajaan.

Jelas beliau, tiga dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran manakala selebihnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi tiada respons daripada kedua-dua pihak berkaitan.

"Kami sudah menghantar tujuh memorandum kepada mereka yang bekenaan, tetapi sehingga sekarang masih lagi belum mendapat maklum balas dari mereka," jelasnya.

"Antara langkah terakhir yang kami akan laksanakan adalah cuba untuk berunding sendiri dengan Perdana Menteri, kita akan cuba," katanya lagi.

Azimah turut menjelaskan tentangan hebat kumpulan sasterawan terhadap pelaksanaan PPSMI merupakan satu salah faham.

"Ini hanya salah faham... bukan nak tukar bahasa kebangsaan, tapi untuk memberi peluang anak-anak kita belajar menggunakan lingua franca bidang sains dan matematik pada masa kini yang dilihat lebih relevan,"tegasnya.

"Mahkamah juga sudah menjelaskan PPSMI tidak melanggar Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan," tegasnya lagi.

Azimah juga menuntut ibu bapa memainkan peranan bermula sesi persekolahan tahun depan berikutan pelajar tingkatan satu yang mendaftar pada tahun depan tidak diberi pilihan untuk mengikuti dasar PPSMI, tetapi pelajar tingkatan empat akan diberikan pilihan.

Namun ia hanya akan terlaksana sekiranya terdapat permohonan daripada ibu bapa kepada pengetua sekolah.

"Ibu bapa harus membuat permohonan kepada pengetua sekiranya mahukan PPSMI, tak perlu hanya tunggu kami bergerak, ini hak mereka, mohon dengan pengetua sekolah," tegasnya.

PPSMI yang dimulakan pada 2003 kini sudah dimansuhkan dan kerajaan akan menggunakan dasar baru mulai tahun depan.

Pencari suaka: Tiada sokongan, PM Australia gugur pelan kerjasama Malaysia

Posted: 13 Oct 2011 04:08 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

CANBERRA – Sebagaimana telah dijangkakan sebelum ini, kerajaan Australia telah menggugurkan urusan pertukaran suaka dengan Malaysia hari ini – kira-kira tiga bulan selepas perjanjian berkenaan dimeterai.

Sehubungan itu, Canberra berkata pihaknya akan memproses urusan permohonan pencari suaka di bumi Australia sendiri – keputusan yang diambil ekoran kegagalan mendapatkan sokongan ahli-ahli Parlimen.

Perdana Menteri Julia Gillard (picture) terpaksa melupakan pelan kerjasama dengan Malaysia sebab beliau tidak mempunyai sokongan yang secukupnya untuk meminda undang-undang migrasi yang membolehkan pertukaran pencari suaka, lapor Reuters petang ini.

Langkah itu terpaksa diambil ekoran satu keputusan mahkamah akhir Ogos lalu.

Jika Gillard meneruskan usaha mendapatkan sokongan menerusi pengundian, undang-undang itu sudah pasti akan muncul sebagai akta kerajaan yang pertama dalam 80 tahun ditolak oleh Dewan Perwakilan, sekali gus akan mengakibatkan kerajaan minoriti beliau berhadapan dengan dakwaan tidak boleh menguasai Parlimen.

"Kita tidak berada dalam kedudukan untuk melaksanakan kerjasama dengan Malaysia," kata Gillard kepada pemberita tetapi berkata kerajaannya terus menyokongan pelan itu.

"Nampaknya perundangan ini tidak akan diluluskan di Parlimen," kata beliau.

Ini kegagalan kedua Gillard memperoleh kelulusan mengadakan pusat pemprosesan pencari suaka di luar tanah Australia.

Tahun ini, Gillard mengumumkan bahawa Timor Leste akan menghos sebuah pusat tetapi gagal mendapatkan sokongan kerajaan negara baru itu ke atas rancangan itu.

PAS mahu polis siasat samseng bermotor

Posted: 13 Oct 2011 04:07 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PAS hari ini menggesa pihak polis bertindak tegas terhadap sekumpulan belia bermotor yang didakwa sering mencetuskan provokasi dan kekacauan di beberapa program PAS di negeri itu.

Terbaru, kumpulan itu didakwa melakukan provokasi di dua ceramah umum Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 7 dan 10 Oktober yang lalu di Segamat.

Provokasi tersebut telah mencetuskan kekecohan sehingga seorang anggota Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS cedera di muka.

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat berkata, selain ceramah itu, kumpulan samseng bermotor itu juga sebelum ini pernah mengganggu petugas PAS sewaktu sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N 05 Tenang.

"Walaupun kelakuan ala-ala 'samseng jalanan' ini sudah berlaku berulang-ulang kali, namun tiada sebarang siasatan dan tindakan yang serius dilihat telah dijalankan oleh pihak berkuasa bagi menghentikan aktiviti tidak bermoral kumpulan ini," katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau berkata demikian sewaktu menyerahkan memorandum berhubung perkara itu kepada Ketua Polis Daerah Segamat.

Menurutnya lagi, kesan daripada gangguan berterusan itu telah mengganggu kelancaran program penerangan yang dianjurkan PAS termasuk gangguan bunyi motorsikal kumpulan mereka.

Provokasi oleh kumpulan ini juga ujarnya jika tidak dibendung boleh membangkitkan emosi dan kemarahan peserta program sehingga menyebabkan berlakunya perkara yang tdak diingini seperti jerit-menjerit, laung-laungan caci-maki, tindakan seperti membaling batu dan objek-objek yang boleh mencederakan dan sebagainya.

"Malah provokasi yang dilakukan juga mengundang pergaduhan sehingga melibatkan kecederaan," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau mendesak Ketua Polis Daerah Segamat, Johor agar menjalankan operasi siasatan terperinci berkaitan aktiviti dan gerakan tidak bermoral kumpulan belia bermotor ini termasuklah individu yang terlibat, master mind dibelakang kumpulan ini dan pihak yang memberi jaminan keselamatan kepada mereka.

Beliau juga mahu pihak polis segera mengambil tindakan yang tegas ke atas kumpulan belia bermotor ini bagi mencegah kejadian yang lebih buruk berlaku pada masa akan datang.

DHPP Kelantan jelajah Malaysia jelaskan hudud

Posted: 13 Oct 2011 04:06 AM PDT

Rizal Tahir


KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (ll) kepada masyarakat bukan Islam.

Penasihat DHPP Kelantan, Jeffry Lee Weng Chun berkata, program penerangan itu dijangka turut disertai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, program penerangan dianggap perlu memandangkan hukum hudud sengaja dimanipulasikan pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

"Program penerangan itu akan bermula November ini. Tenaga penceramahnya beberapa orang peguam bukan Islam yang akan bercakap berkaitan perundangan Islam.

"Kami merasa terpanggil mengambil tanggungjawab ini bagi memberi penerangan lebih jelas kepada bukan Islam terutamanya mereka yang sudah berusia," katanya kepada media di sini hari ini.

Menurutnya media bukan medan sesuai memberikan penjelasan berkaitan hudud memandangkan ruangan agak terbatas, lagi pun media arus perdana lebih gemar menyiar aspek negetif.

Jeffri yang juga seorang usahawan berkata, masyarakat bukan Islam di Kelantan sudah diberi penerangan sejak 21 tahun lalu mengenai perundangan Islam, sebelum enakmen hudud diluluskan.

Kata beliau, rata-rata masyarakat bukan Islam terutamanya golongan muda faham kerana penerangan mengenai hudud diadakan sepanjang masa.

"Bagi mereka yang tinggal di luar Kelantan mungkin ada sedikit masalah memandangkan tidak banyak penerangan mengenai hudud dibuat. Lagi pun kekeliruan sengaja ditimbulkan media massa," ujarnya.

Hudud: PAS panggil Pang Chow

Posted: 13 Oct 2011 03:58 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Ekoran beberapa kenyataan media yang dilihat tidak selari dengan dasar parti, PAS hari ini bertindak untuk mendapatkan penjelasan sebenar daripada pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow atas dasar mengeratkan muafakat dan sangka baik dalam parti.

Dalam satu kenyataan hari, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Jawatankuasa PAS Pusat akan memanggil Hu dalam masa terdekat untuk memberi maklumat sebenar berhubung beberapa kenyataan terbuka beliau di media yang dilaporkan tidak selari dengan dasar parti.

"Sebagai sebuah parti politik yang besar, kita memahami terdapat kadang-kala berlaku salah lapor dalam media berhubung beberapa kenyataan pimpinan. Oleh kerana itu, jalan terbaik ialah mendapat penjelasan langsung dari yang terlibat," kata beliau.

Kebelakangan ini, kenyataan Hu yang mempertikaikan keinginan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud telah dimainkan secara hangat di media arus perdana. Awal minggu ini, akhbar Sinar Harian hari telah menyiarkan di muka depannya laporan kenyataan Hu yang kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan.

Hu bagaimanapun telah menafikan sekeras-kerasnya ugutan tersebut dan berkata beliau sebagai "salah seorang pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian."

Tuan Ibrahim berkata PAS tidak menafikan sebagai parti yang besar, parti Islam tersebut juga dilanda pelbagai isu dalaman.

"Atas dasar itu, PAS sudahpun mempunyai pelbagai saluran parti untuk mendapatkan maklumbalas dan penjelasan tentang sesuatu isu dalaman.

Diharapkan ahli-ahli PAS dan DHPP boleh menggunakan saluran ini untuk mendapatkan penjelasan kepada isu-isu yang bersifat dalaman, yakni jabatan penerangan akan cuba menyelesaikannya secepat mungkin," kata beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan semua ahli PAS and DHPP untuk bersangka baiklah sesama sendiri untuk membawa kemajuan dalam parti.

"Ruang demokrasi dalam PAS adalah besar, namun apabila ia melibatkan isu dalaman, disarankan agar semua ahli selesaikan secara demokrasi di dalam parti. Jangan jadikan isu dalaman menjadi isu luaran yang seringkali diambil kesempatan oleh musuh untuk menyerang parti. Jangan sesekali bagi media perdana, terutamanya yang dikuasai musuh, peluang untuk 'mengadakan yang tiada dan memperbesarkan yang kecil' lebih-lebih lagi dalam keadaan PRU13 semakin mendekat," nasihat beliau.

Beliau juga menyeru agar seluruh jentera parti menumpukan usaha mempertahankan kemenangan yang telah dicapai serta meningkatkan usaha bagi mencapai kemenangan menyeluruh dalam PRU13 nanti. Tuan Ibrahim juga menasihatkan kesemua ahli PAS and DHPP bahawa kemuncut-kemuncut dalam perjuangan seharusnya tidak menjadi dan dijadikan alasan untuk mengganggu fokus dan tumpuan kerja.

"Dalam situasi parti sedang membuat persiapan akhir bagi memperkemaskan jentera pilihanraya umum, sewajarnya semua ahli PAS dan DHPP perlu mengeratkan kerjasama dan muafakat untuk menghadapi musuh. Senjata perlu dihalakan kepada musuh," nasihat beliau lagi.

Bagi IC: Najib semakin terdesak menang PRU

Posted: 13 Oct 2011 03:54 AM PDT

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Pemberian Kad Pengenalan (MyKad) segera kepada warga asing bagi tujuan mengundi Umno-BN, merupakan tindakan terdesak Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Tindakan itu katanya, menunjukkan perdana menteri sendiri tidak yakin untuk menang pilihan raya umum akan datang, kecuali mengamalkan taktik kotor.

Beliau berkata demikian mengulas kehadiran lebih 200 warga asing dari Johor yang dikesan di sebuah resort di Putrajaya, semalam.

Mereka yang terdiri daripada warganegara Indonesia, Bangladesh dan Kemboja, dibawa menaiki enam buah bas, dipercayai untuk diberikan kad pengenalan bagi mengundi kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Persoalan paling besar dalam isu ini ialah kalau benarpun mereka berstatus penduduk tetap dan layak mendapat warganegara, megapa perlu memberi Mykad di resort?

"Ini menunjukkan sistem terancang pentadbiran Najib untuk terus menjadikan warga asing sebagai pengundi Umno-BN untuk menang PRU," kata Yusmadi.

Beliau menegaskan pendedahan Pemuda Pas itu juga mengesahkan pendedahan Jabatan Perdana Menteri Bangladesh sebelum ini, bahawa rakyatnya memperoleh MyKad mudah di Malaysia, dengan syarat mengundi Umno-BN.

"Kita harus ingat, sehingga kini tiada penafian secara rasmi dan secara langsung dari PM Bangladesh sendiri mengenai kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini," tegasnya.

Beliau turut meminta pimpinan dan jentera parti di setiap negeri memantau keadaan itu dan melapor serta mendedahkannya kepada media.

Sementara itu, Pas pula menuntut penjelasan segera daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung kehadiran warga asing berkenaan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub di parlimen hari ini berkata, KDN harus memberikan penjelasan kerana pihaknya mengesyaki ia bertujuan membolehkan warga asing berkenaan menjadi pengundi pada PRU 13.

Dr Koh tentukan jawatan presiden Gerakan selepas PRU13

Posted: 13 Oct 2011 03:53 AM PDT



KUALA LUMPUR - Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata janji beliau untuk memegang jawatan itu untuk dua penggal sahaja adalah bergantung kepada prestasi parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya soal kepentingan diri tidak dalam pemikirannya sama sekali malah hanya mengutamakan kepentingan rakyat dan tumpuan persediaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Seperti saya katakan dahulu, maksimum dua penggal...tetapi ia bergantung kepada keputusan pilihan raya umum," katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini, Khamis.

Gerakan telah menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti yang sepatutnya diadakan tahun ini kepada tahun depan bagi memberi tumpuan kepada persediaan parti itu menghadapi PRU.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU ke-13 atau hanya memimpin parti itu, Dr Koh berkata beliau telah membuat keputusan tetapi hanya akan memaklumkannya apabila tiba masanya.

"Saya tidak fikir keputusan saya itu harus menjadi kebimbangan utama. Sudah tentu, saya tidak akan membuat pengumuman sehari sebelum hari pencalonan," katanya.

Katanya beliau mempunyai beberapa pilihan dan akan menilai keadaan sebelum membuat keputusan paling baik demi rakyat dan parti.

Mengenai calon parti untuk PRU ke-13, katanya, senarai calon belum dimuktamadkan kerana memerlukan lebih banyak pertimbangan dan perbincangan dalam kalangan pemimpin parti itu.

"Calon pilihan bukan sahaja dapat pengiktirafan oleh parti malah paling penting calon berkenaan dapat diterima oleh rakyat," tegasnya.

Berhubung kemungkinan Gerakan bertukar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu dengan komponen parti Barisan Nasional (BN) yang lain pada PRU, Dr Koh berkata sudah ada perbandingan nota dengan beberapa Menteri Besar bagi mendapatkan maklum balas bersama.

Dr Koh juga menyentuh hubungannya dengan bekas presiden Tun Dr Lim Keng Yaik susulan kritikan keras dan di luar jangkaan oleh ahli veteran itu terhadap kepimpinannya Oktober tahun lalu.

Dr Lim, yang menyerahkan kepimpinan parti itu kepada Dr Koh pada April 2007, pernah berkata beliau kecewa dengan kepimpinan penggantinya itu yang gagal mengambil tindakan proaktif menyelesaikan banyak isu melibatkan parti itu.

Dr Lim melepaskan jawatan sebagai penasihat parti tetapi kekal sebagai pengerusi Majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan.

"Hubungan saya dengan Tun (Dr Lim) masih bagus. Saya menghormatinya. Kemarahannya sudah tentu ada sedikit kesan tetapi saya menerimanya dengan tenang. Beliau sudah memahami selepas saya menjelaskan kepadanya," katanya.

"Saya tidak simpan dalam hati. Kami tidak benarkan isu itu merosakkan hubungan kami. Dia adalah sebagai abang kepada saya," kata Dr Koh.

Ditanya sama ada Gerakan akan mengambil pendirian sama seperti MCA yang tidak akan terima jawatan dalam kerajaan jika keputusan parti itu merosot pada PRU ke-13, Dr Koh menjelaskan parti itu tidak dapat memutuskan sekiranya gagal pada PRU.

Katanya mereka hanya menang dua kerusi Parlimen iaitu Simpang Renggam di Johor dan Gerik di Perak pada PRU ke-12 pada 2008 berbanding 10 kerusi Parlimen pada Mac 2004.

"Sekiranya pencapaian itu terus merosot maka tidak ada apa-apa yang tinggal lagi untuk kami membuat keputusan," katanya.

Justeru itu, dalam keadaan semasa parti itu tidak menarik perhatian berbanding sebelum ini dan mereka kini perlu melipatgandakan usaha dan bukan hanya bercakap kosong sahaja.- mStar

820,156 pemilih baru pada 2010

Posted: 13 Oct 2011 03:48 AM PDT



KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat diberitahu seramai 820,156 orang mendaftar sebagai pemilih baru bagi tahun 2010 berbanding 276,621 pada tahun 2009.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata, jumlah permohonan pendaftaran baru ini berbeza dari tahun ke tahun kerana ia bergantung kepada kesedaran warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.

Selain itu katanya, ia juga berkait dengan sentimen keadaan politik semasa.

"Berdasarkan trend, jumlah permohonan adalah rendah dalam tempoh selepas berakhirnya pilihan raya umum dan akan berlakunya peningkatan yang ketara dalam jumlah permohonan apabila masyarakat umum menjangkakan tarikh pilihan raya sudah semakin hampir," katanya yang juga ahli Parlimen Padang Rengas.

Menjawab soalan Chin Tong mengenai bilangan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yabg ditugaskan di seluruh negara untuk memproses pendaftaran pemilih baru, beliau memberitahu SPR mempunyai 132 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat secara tetap.

Di samping itu, sehingga Ogos 2011, SPR melantik seramai 10,865 Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang terdiri daripada 2,845 wakil parti politik, 3,992 wakil jabatan, 779 wakil pertubuhan dan 2s9 wakil universiti.

Ianya untuk membantu SPR menerima permohonan pendaftaran baru dan pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.

"Pelantikan ini adalah bagi tempoh tertentu dan penamatan boleh dilakukan pada pada bila-bila masa bergantung pada syarat-syarat yang ditetapkan SPR," katanya.

Sementara itu, peruntukan yang ditetapkan untuk tujuan pendaftaran pemilih berjumlah RM500,000.

Manakala tempoh bagi satu-satu permohonan yang diterima oleh SPR sama ada untuk mendaftar sebagai pemilih baru atau pun memohon pertukaran alamat pusat mengundi, ia diproses dan diperakui mengikut tempoh suku tahun yang lazimnya mengambil tempoh masa antara tiga hingga lima bulan seperti berikut:

Suku Tahun Pertama (pendaftaran yang diterima dalam bulan Januari hingga Mac), pengesahannya dijangkakan dalam bulan Mei.

Suku tahun Kedua (pendaftran yang dietrima dalam bulan April hingga Jun), pengesahannya dijangkakan dalam bulan Ogos.

Suku Tahun Ketiga (pendaftaran yang diterima dalam bulan Julai hingga September), pengesahannya dijangkakan dalam bulan November.

Suku Tahun Keempat (pendaftaran yang diterima dalam bulan Oktober hingga Disember), pengesahannya dijangkakan dalam bulan Februari tahun yang berikutnya.- Harakah Daily

4 hari bahas Bajet tanpa Laporan Audit

Posted: 13 Oct 2011 03:44 AM PDT


KUALA LUMPUR - Wakil Pakatan Rakyat bercadang untuk membawa usul mengenai kegagalan kerajaan menyerahkan Laporan Audit Negara kepada Ahli Parlimen, Isnin ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sudah empat hari mereka membahaskan belanjawan tanpa merujuk Laporan Audit Negara.

"Kita cadang untuk bawa usul mengenai perkara ini kerana hari ini sudah masuk hari keempat berbahas, tapi laporan masih tiada," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga mempersoal ketiadaan laporan tersebut sedangkan sesetengah negeri termasuk Kelantan sudah menerima laporan audit negeri masing-masing.

Katanya, Jawatan Kira-Kira Negara (PAC) bertanggungajawab ke atas perkara itu, tidak seharusnya menunggu ianya dituntut.

"Kalau di luar negara, PAC dipengerusikan wakil pembangkang jadi senang untuk menggesa kerajaan tapi di Malaysia PAC diketuai wakil kerajaan, sebab itu lambat bertindak," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar meminta Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid menjelaskan perkara tersebut.

"Kita minta Azmi Khalid jelaskan perkara ini kerana ini sangat memalukan dah masuk hari keempat, masih belum ada laporan audit," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pula berkata Jabatan Audit Negara sendiri terkejut apabila beliau memaklumkan ahli Parlimen belum menerima laporan tersebut.

"Pegawai jabatan itu terkejut dan menyatakan Ketua Pengarah sendiri berpuas hati kerana laporan berkenaan kerana ia siap lebih awal (berbanding tahun) lalu dan lengkap.

"Ini yang kita hairan. Di manakah sangkutnya laporan itu? Adakah di Parlimen atau berada di tangan menteri tertentu?" soalnya.- Harakah Daily

Suhaizan Kaiat: Lima soalan untuk KDN

Posted: 13 Oct 2011 03:38 AM PDT

Suhaizan Kaiat


Rakyat Malaysia telah dimaklumkan oleh Parlimen Malaysia bahawa terdapat 27,293 warga asing telah diterima menjadi warganegara sejak tahun 2008 hingga 2011. Suatu jumlah yang sangat besar bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dalam keadaan rakyat negara ini berada dalam kesempitan hidup mereka terpaksa bersaing dengan warga asing yang seolah-olah menjadi anak emas kerajaan kerana begitu mudah menjadi warga negara ini. Pemuda PAS tetap curiga terhadap pemberian hak warganegara ini. Kami mengesaki bahawa tujuan pemberian hak warganegara ini ada kaitan dengan terdesaknya Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa selepas pilihanraya umum ke-13.

Pemuda PAS melalui Lujnah Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi telah membuat intipan satu operasi pemberian kad pengenalan kepada warga asing bermula petang Selasa 11 Oktober 2011. Operasi ini melibatkan tujuh buah bas yang penuh dengan warga asing dari negeri Johor menuju ke Putrajaya. Mereka memulakan perjalanan pada jam 10 malam daripada beberapa lokasi di Johor Baharu. Pada jam 1 tengah malam kumpulan ini telah berhenti di hentian Rehat &Rawat (R&R) Pagoh. Daripada maklumat warga asing ini tujuan mereka ke Putrajaya adalah untuk mendapatkan kad pengenalan bagi mengesahkan mereka menjadi warganegara.

Selepas berehat mereka terus bergerak ke Masjid Putrajaya. Mereka sampai di sana sekitar jam 6 pagi. Solat di Masjid Putrajaya. Selepas solat seolah-olah ada kawalan daripada anggota polis tidak beruniform (preman) yang mengawal pergerakan mereka. Beberapa buah bas telah diarah masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan dipandu oleh seorang Dato yang tidak dikenali.

Saya telah keluarkan maklumat operasi ini dalam laman Facebook sekitar jam 7 pagi. Secara tiba-tiba arahan dibuat kepada pemandu-pemandu bas agar membawa penumpangnya ke lokasi yang tidak diketahui. Perjanjian dengan pemandu bas hanyalah ke Putrajaya tetapi di saat-saat akhir telah ditukar ke lokasi lain. Akhirnya mereka sampai di Istana Dugang Country Resort sekitar jam 8 pagi. Semua warga asing telah diturunkan di kawasan tersebut.

Berdasarkan kepada operasi ini, Pemuda PAS mahu pihak Kementerian Dalam Negeri khususnya Hishammuddin Hussin menjelaskan perkara-perkara berikut :

1. Kenapa pemberian kad pengenalan ini dibuat secara berkelompok? Apakah istimewanya mereka sehingga kerajaan menawarkan warganegara secara berkelompok?
2. Kenapa proses pemberian kad pengenalan dibuat di sebuah resort tidak di pejabat kerajaan? Murah sangatkah nilai kewarganegaraan kita?
3. Kenapa proses pemberian kad pengenalan dimudahkan? Kenapa mereka tidak melalui proses yang ketat seperti ujian bertulis untuk menilai kesetiaan mereka kepada negara?
4. Kenapa ada kawalan ketat daripada pihak polis semasa warga asing ini berada di Masjid Putrajaya dan Istana Dugang Country Resort? Apakah istimewanya warga asing ini sehingga mereka diberi layanan istimewa sedemikian rupa?
5. Kenapa terdapat arahan yang sentiasa berubah-ubah terhadap distinasi yang hendak dituju? Bukankah ini tanda-tanda adanya manipulasi dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing?

*Kenyataan media oleh Suhaizan bin Kaiat (gambar kiri) selaku Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia.

Dr Khir: Masih ada kawasan hitam BN di Selangor

Posted: 13 Oct 2011 03:34 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Bagaimanapun, Adun Sungai Panjang itu tidak mahu menamakan kerusi-kerusi yang hitam kepada BN itu.



PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo berkata, BN mungkin sukar untuk merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, masih ada kawasan hitam kepada BN di Selangor.

"Masih ada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hitam yang bermakna sukar untuk dimenangi BN.

"Walaupun BN telah melakukan pelbagai usaha BN untuk merampas semula Selangor tetapi rakyat di kawasan hitam itu belum menampakkan tanda-tanda akan menukar kerajaan," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Adun Sungai Panjang itu tidak mahu menamakan kerusi-kerusi yang hitam kepada BN itu.

BN pimpinan Dr Mohd Khir menyerahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam pilihan raya umum tersebut, Pakatan Rakyat menang 36 daripada 56 kerusi DUN dan 17 kerusi Parlimen.

Kerusi bandar

PKR pula menang 24 kerusi iaitu 15 DUN dan sembilan Parlimen, jumlah yang tidak pernah dijangkakan manakala DAP menang di 13 kerusi DUN dan empat Parlimen. PAS memperoleh lapan DUN dan empat Parlimen.

Umno hanya memperoleh 18 kerusi DUN dan empat Parlimen, sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sama sekali dan MCA menyumbangkan dua kerusi DUN dan satu Parlimen manakala semua calon MIC dan Gerakan di Selangor tewas.

Pilihan raya umum ke 13 dijangka diadakan awal tahun depan, Bagaimanapun, tempoh Parlimen berakhir ialah bulan Mac 2013.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukur Idrus berkata, kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat lebih dari 3, 000 undi dalam pilihan raya umum lalu merupakan kawasan hitam bagi BN.

Katanya, kebanyakan kerusi berkenaan merupakan kerusi bandar.

Bagaimanapun, Syukur yakin BN akan merampas semula Selangor berdasarkan sokongan rakyat kepada parti itu sejak kebelakangan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Pengerusi BN Selangor yang mengambil alih dari Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada tahun 2009.

PM dinasihat tunggu hingga tempoh parlimen akhir

Posted: 13 Oct 2011 03:31 AM PDT



Aidila Razak

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk hanya membubarkan Dewan Rakyat pada penghujung tempoh parlimen sekarang yang hanya akan berakhir pada Mac 2013.

NONEBercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur, mantan perdana menteri itu berkata tindakan melenggahkan pilihan raya umum ke-13 akan datang, akan memberi tekanan kepada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat untuk membubarkan dewan undangan negeri serentak dengan pembubaran parlimen.

"Terdapat masalah bagi kerajaan... bagaimana jika empat negeri (di bawah Pakatan) itu tidak mahu mengadakan pilihan raya pada masa yang sama?

"Bagi mengelakkan pembangkang mendapat advantage, kita patut adakan pilihan raya di penghujung tempoh sekrang supaya mereka tidak mempunyai pilihan tetapi mengadakan pilihan raya negeri serentak," kata Mahathir.

Beliau mengulangi gesaan yang sama yang dibuatnya di Putrajaya, semalam.

Najib mesti mengadakan pilihan raya umum sebelum tempoh parlimen sekarang berakhir pada hujung March 2013. Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Rakyat diminta tak ke LHDN bagi pohon bantuan RM500

Posted: 13 Oct 2011 03:26 AM PDT


MALAYSIA KINI
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meminta orang ramai yang layak mendapat bantuan rakyat sebanyak RM500 bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, tidak mengunjungi kaunter perkhidmatan LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran.

"Rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan ini tidak perlu mengunjungi kaunter LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran itu sehinggalah semua urusan pelaksanaan siap dilakukan," kata LHDN dalam satu kenyataan hari ini.

Pendaftaran secara percuma bagi pemohon yang layak, hanya boleh dilakukan setelah borang dan sistem berkaitan siap disediakan, katanya.

LHDN berkata, bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan perkhidmatan elektronik di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit.

Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar, katanya.

NONEPenyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional.

Pemberian bantuan itu seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, berkuat kuasa pada Januari 2012.- Bernama

Ketua Wanita MCA negeri dakwa dilabel 'pelacur'

Posted: 13 Oct 2011 03:25 AM PDT



Susan Loone

Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang kesal tindakan sebuah blog laman web Wordpress yang memfitnah pemimpin dan ahli-ahli wanita sayap Pemuda parti sebagai pelacur.

Tujuh orang ahli yang digelar sebagai 'gadis glamour MCA' itu mencuri tumpuan apabila media menyiarkan gambar mereka di dada akhbar semasa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda di Kuala Lumpur minggu lalu.

tan cheng liang penang pc 040808 01Hari ini, ketua wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang mendakwa laman web yang dikendalikan oleh organ media PKR, Suara Keadilan memaparkan gambar-gambar wanita bogel dalam kedudukan yang menghairahkan dan melabelkan dirinya sebagai "pelacur Chulia Street".

Tan, bekas ADUN Jawi membuat laporan polis di Nibong Tebal semalam, selepas dia dimaklumkan mengenai laman web yang katanya telah mencemarkan nama dan maruahnya itu.

Tan berkata beliau membuat laporan itu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang anggota MCA Bukit Bendera Tan Khai Beng yang dimintanya melayari www.suarakeadilan.wordpress.com.

Dalam laman ini, katanya, beliau mendapati namanya dalam satu catatan blog yang menyifatkan beliau sebagai "Pelacur Jalan Chulia".

"Apabila saya membaca itu, saya berasa marah kerana laman web ini telah mencemarkan maruah dan imej dan menghina saya," katanya kepada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Persiapan SPR hadapi pilihan raya semakin rancak

Posted: 13 Oct 2011 03:22 AM PDT



Aidila Razak

Sekolah-sekolah tertentu di seluruh negara yang dipilih sebagai tempat mengundi telah secara rasmi dimaklumkan oleh pegawai pengurus bahagian pilihan raya masing-masing bagi membuat persiapan menjelang pilihan raya umum akan datang.

azlanSurat pekeliling juga telah dihantar pada awal bulan ini bagi menjemput guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain untuk mendaftarkan diri mereka sebagai ketua pusat mengundi dan kerani pengundian.

"Dimaklumkan bahawa, saya telah dilantik oleh Suruhajaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai Pegawai Pengurus bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja sebelum tamat tempoh tamat Dewan Rakyat ke-12.

"Untuk makluman, sekolah tuan/puan telah dipilih oleh SPR sebagai sebuah pusat mengundi bagi PRU 13 akan datang," petik surat itu.

Menurut beberpa guru yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, tarikh akhir bagi sekolah-sekolah untuk menyediakan senarai mereka yang berminat untuk bertugas pada hari mengundi adalah hari ini.

NONEAdalah juga difahamkan bahawa beberapa buah sekolah telah mengadakan mesyuarat minggu ini untuk mengisi jawatan petugas pilihan raya yang akan dibayar elaun yang dikatakan sehingga RM500 setiap orang.

Guru-guru berkenaan juga berkata bahawa mereka yang mengandung dan dijadualkan bersalin sekitar akhir tahun tidak layak memohon jawatan petugas pilihan raya itu.

Dihubungi Malaysiakini, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria mengesahkan bahawa latihan untuk kerani pengundian bermula hari ini.

"Latihan bermula di negeri Selangor hari ini dan akan diikuti dengan negeri-negeri lain," katanya.

Menurut beliau, tempoh latihan bergantung kepada kawasan-kawasan di mana mereka akan ditempatkan.

NONE"Latihan akan melibatkan tayangan video dan mengadakan pilihan raya olok-olok," katanya.

Menurut Kamaruddin kebanyakan sukarelawan pernah bertindak sebagai kerani mengundi dalam beberapa pilihan raya sebelum ini dan oleh itu sebahagian besar mereka sudah mempunyai pengalaman.

"Kami akan mengemas kini beberapa prosedur yang baru," katanya lagi.

SPR akui 40,000 nama di daftar pengundi 'meragukan'

Posted: 13 Oct 2011 03:15 AM PDT


MALAYSIA KINI

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.

spr putrajaya penanti by election abdul aziz yusof 270409 02Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.

"Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.

"Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus di Shah Alam hari ini.

Abdul Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya.

azlanMengenai persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, beliau berkata proses itu akan dibuat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ini kerana SPR memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk berbuat demikian, katanya.

Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, Abdul Aziz berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu terutama negeri-negeri yang mempunyai bilangan kerusi negeri yang angkanya genap.

"Kita hendak menukarkan DUN yang mempunyai jumlah kerusi genap kepada ganjil bagi mengelak kemungkinan berlakunya situasi kemenangan 50-50," katanya.

Abdul Aziz berkata mengikut ramalan SPR, PRU ke-13 akan menjadi lebih mencabar berdasarkan kepada senario politik semasa.

"Parti kerajaan memerintah akan berusaha sedaya upaya pertahan kuasa mereka dan parti pembangkang pula akan berusaha sedaya upaya ambil alih pucuk pimpinan negeri ataupun negara. Dalam dua pertembungan ini, kita ramalkan PRU ke-13 akan jalan rancak dan sengit," katanya.

NONEMengenai taklimat hari ini, Abdul Aziz berkata ia bertujuan memberi penerangan awal kepada pegawai pengurus dan penolong mereka tentang tugasan dan tanggungjawab mereka sewaktu menghadapi pilihan raya ke-13 nanti.

Taklimat hari ini, yang pertama seumpamanya adalah bagi negeri Selangor. Ia akan diperluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata taklimat itu adalah hanya untuk melatih petugas SPR agar sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan tidak semestinya bermakna "PRU ke-13 terlalu hampir".

Katanya SPR memerlukan sekurang-kurangnya 160,000 petugas untuk pilihan raya umum ke-13 nanti berbanding 150,000 pada pilihan raya umum lalu.- Bernama

Dakwaan Umno akan miliki M'kini tak benar

Posted: 13 Oct 2011 03:05 AM PDT



MALAYSIA KINI
Laporan yang mendakwa bahawa Malaysiakini sedang mengadakan perbincangan bagi pertukaran saham dengan media yang kepentingan Umno adalah tidak benar, kata ketua pegawai eksekutif portal berita itu, Premesh Chandran.

NONE"Tidak ada kebenaran dalam dakwaan bahawa Malaysiakini akan dijual kepada syarikat berkepentingan Umno," kata Premesh.

Menurut beliau, Malaysiakini telah beroperasi sejak tahun 1999 sebagai sebuah organisasi media yang bebas dan akan kekal sebegitu.

Khabar angin bertiup kencang apabila portal The Malaysian Insider mendakwa Malaysiakini akan membekalkan berita kepada akhbar Malay Mail sebagai pertukaran untuk ekuiti dalam tabloid berkenaan.

Berikutan itu, satu lagi portal online Malaysia Chronicle membuat andaian bahawa perjanjian pertukaran saham mungkin berlaku dan beberapa personaliti media yang rapat dengan Umno akan menguasai sidang pengarang Malaysiakini.

NONE"Kami telah meminta Malaysia Chronicle untuk menarik balik cerita mereka dengan segera," kata Premesh, sambil menambah bahawa portal berita itu tidak menghubungi Malaysiakini untuk pengesahan berita berkenaan.

Ketika berita ini ditulis, kedua-dua Malaysia Chronicle dan The Malaysian Insider telah mengemaskini laporan masing-masing berhubung penafian yang dibuat oleh Premesh.

Sepanjang lebih 12 tahun penubuhannya, Malaysiakini sering-kali dikaitkan dengan kepentingan politik dan perniagaan pihak tertentu yang tidak mempunyai sebarang asas.

Kepentingan majoriti Malaysiakini masih terletak di tangan kedua-dua pengasasnya, Steven Gan dan Premesh.

NONEPemegang saham kedua terbesar pula adalah sebuah pelabur media antarabangsa - Media Development Loan Fund atau Tabung Pinjaman Pembangunan Media - yang membeli hampir 30 peratus saham dalam Malaysiakini pada 2002.

Baki saham syarikat itu pula diagihkan kepada kakitangannya sejak beberapa tahun yang lalu, sebagai pengiktirafan sumbangan mereka kepada organisasi tersebut.

Jais mohon waran tangkap Bob Lokman

Posted: 12 Oct 2011 10:36 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman seandainya enggan hadir memberi keterangan kepada agensi itu.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata, selebriti yang nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya.

"Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian.

"Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap," katanya dipetik Berita Harian dan Harian Metro hari ini.

Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Isnin lalu.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut "mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan." Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor."

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Bob Lokman (gambar tengah) merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search.

Sebelum ini, Bob Lokman juga menolak untuk pergi ke pejabat Jais bagi memberi kenyataan terhadap insiden tersebut, sebaliknya pihak agensi itu sendiri harus jemput dia di rumah kerana mereka ada kuasa.

"Mereka ada kuasa, datanglah jemput saya di rumah," katanya yang mempertahankan tidak melanggar peraturan agensi tersebut.

Filem seram: Persatuan Penerbit mahu jumpa Mahathir

Posted: 12 Oct 2011 10:35 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bercadang untuk bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan konflik filem seram dikatakan mengundang kepercayaan karut dan tidak membina masyarakat.

Presidennya, Datuk Paduka Shuhaimi Baba berkata itu adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut berlaku.

Sebelum ini, Dr Mahathir (gambar) berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.

Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

"Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.

"Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya," kata Dr Mahathir.

"Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai 'peripheral vision'.

"Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria," kata beliau.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.

Shuhaimi menjelaskan filem genre memberi nafas baru terhadap momentum filem Malaysia sehingga mendapat pengiktirafan anugerah baik kepada pengarah, penerbitan dan pelakon terbaik di persada festival antarabangsa serta meningkatkan jumlah penerbitan.

"Kami sudah berbincang dengan semua ahli PFM dan inilah jalan terbaik iaitu bertemu Tun dan memberi penjelasan mengenai isu ini. Kami menerima pandangan Tun sebagai satu teguran membina untuk kami.

"Surat itu akan kami serahkan secepat mungkin dan berharap ada respons positif daripada pihak Tun. Hasrat kami hanya mahu menjernihkan keadaan dan menjelaskan dengan terperinci mengenai filem tempatan terutamanya filem seram," kata beliau dipetik Sinar Harian.

"Mungkin dengan cara ini, ia sekali gus dapat mengurangkan tanggapan negatif terhadap filem bercorak seram khususnya kepada masyarakat," katanya pada majlis Diskusi Kreativiti Perlu Ruang Bukan Sekatan di Finas.

Menurutnya, sebagai pembikin filem sudah pasti PFM mahu memberikan yang terbaik kepada penonton. Sentiasa menerima pandangan mengenai sesetengah filem yang wujud pengisian agak keterlaluan, PFM bersifat terbuka dan bersedia menerima pandangan sesiapa sahaja untuk menambah baikkan sesuatu filem.

"Apa terjadi sekarang ini adalah hanya kerana perkara kecil cuba diperbesarkan oleh pihak tertentu. saya percaya, setiap filem dihasilkan mengikut sosiobudaya dan mengikut landasan benar.

"Kami tidak mahu perkara ini berpanjangan. Perjumpaan dengan Tun nanti adalah sebagai menjawab dan menjelaskan persepsi mengenai filem seram," katanya.

Menerusi diskusi tersebut, PFM berharap filem seram tidak akan disekat.

Naib Presiden PFM, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, setiap filem seram dihasilkan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.

"Sebagai pengkarya sudah pasti kami tidak meminggirkan soal sensitiviti agama dan paling penting mengikuti setiap garis panduan ditetapkan Lembaga Penapisan filem (LPF).

"Setiap filem akan diserahkan kepada LPF untuk dinilai. Jika karya itu ada yang tidak kena, pihak LPF akan memotongnya.

"Jika dilihat pada rekod, tahun ini 42 filem menunggu tayangan sehingga penghujung tahun. Daripada jumlah itu, 18 filem seram," katanya.

Diskusi tersebut turut melibatkan setiausaha kehormat, Norman Abdul Halim dan bendahari Panchacharam P Nalliah.

Bulan lalu, penggiat dan pengarah filem hantu dan seram menafikan karya mereka menjadi punca kepada suburnya amalan kepercayaan tahyul di kalangan penonton atau merosakkan akidah mereka, selain percaya ia mempunyai banyak nilai positif seperti kekeluargaan dan agama.

Ada antara mereka berpendapat filem sedemikian lebih bercorak hiburan, mendapat permintaan tinggi dan diselitkan dengan unsur komedi, bukan untuk meracuni minda masyarakat.

Ahmad Idham turut dilapor mempertikaikan cadangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mahu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu lambakan filem itu kerana ia disifatkan sebagai tidak adil, sekali gus berniat untuk membunuh kerjaya mereka.

Sebaliknya beliau meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menemui pemain-pemain utama industri filem bagi membincangkan pengisian yang sepatutnya, sekali gus mengawal lambakan filem genre sebegitu.

Bersih: Perkasa dakwa Suhakam tidak adil panggil inkuiri

Posted: 12 Oct 2011 10:34 PM PDT




KUALA LUMPUR — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa Suhakam berlaku tidak adil dengan mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan wujud pelanggaran hak asasi dan kekasaran pihak berkuasa ke atas peserta-peserta perhimpunan Bersih 2.0 awal Julai lalu.

Ahli Parlimen itu berkata sebelum Suhakam membuat siasatan awam berkenaan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, suruhanjaya tersebut hendaklah menjelaskan apakah menjadi hak asasi manusia bagi mana-mana individu atau mana-mana kumpulan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Melayani aduan kumpulan haram yang tidak berdaftar dengan RoS seperti Bersih 2.0, Suhakam dengan sendirinya memberi pengiktirafan (ke atas) kumpulan haram yang lain.

"Ini bertentangan dengan undang-undang negara kita, Malaysia. Hak asasi tidak boleh mengatasi undang-undang negara," kata beliau (gambar) dalam satu kenyataan SMS hari ini.

Katanya, jika hak asasi mengatasi undang-undang, maka apa perlu "kita ada undang-undang dan Parlimen yang membuat undang-undang."

"Saya berharap Suhakam yang mempunyai peranan memartabatkan hak asasi juga memahami perkara yang saya bangkit ini dan individu serta rakyat yang tidak suka kepada huru-hara jalanan juga ada hak asasi.

"Hak asasi bukan milik puak Bersih saja. Bagaimana hak rakyat yang benci dengan tindakan Bersih. Mana hak asasi mereka," kata pemimpin pertubuhan pembela hak orang Melayu ini yang sebelum membantah tindakan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunannya.

Suhakam mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunanan kekerasan melampau ketika perhimpunan Bersih 2.0 bermula Selasa lalu.

Ia akan disambung bulan depan.

Siasatan awam itu dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Menurut Suhakam, terma rujukan untuk siasatan awam ialah menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak sebelum dan semasa perhimpunan dan jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, untuk menentukan bagaimana pelanggaran terjadi, apakah arahan pentadbiran dan prosedur, atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut; dan individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut.

Selain itu siasatan awam juga akan mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di ibu negara pada awal Julai lalu menuntut pembaharuan pilihan raya.

Perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran polis dan pihak penganjur dan juga peserta perhimpunan mendakwa mereka dikasari polis.

Beberapa hari sebelum perhimpunan 9 Julai, RoS telah mengumumkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Ahli KPF, peneroka lapor polis terhadap Isa Samad

Posted: 12 Oct 2011 10:27 PM PDT

Khairil Abdul Rahim


TEMERLOH: Sebanyak 10 laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis di sini semalam oleh ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan wakil peneroka terhadap Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

Laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan dakwaan bahawa Isa telah menyalahgunakan kuasa serta 'merampas' jawatan Pengerusi Permodalan Felda Berhad daripada pemegang jawatannya Datuk Dzulkifli Wahab, secara tidak sah semasa Dzulkifli berada di tanah suci Mekah menunaikan Umrah.

Mereka ditemani peguam Suhaimi Said yang juga Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat.

Menurut Suhaimi, semasa ketiadaan Datuk Dzulkifli Wahab yang juga Pengarah Besar Felda, Isa telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 25 Ogos 2011 dan berbekalkan surat daripada Perdana Menteri, Isa telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF.

"Ini bertentangan dengan Undang-Undang di bawah Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) Akta 502, dan telah menyalahgunakan kuasa kerana mengangkat dirinya sendiri sebagai Pengerusi baru kepada KPF, mengambil alih jawatan yang disandang oleh Datuk Dzulkifli Wahab semasa beliau menunaikan Umrah di Mekah.

"KPF telah ditubuhkan pada 1hb Julai 1980 dibawah Ordinan Koperasi 1948 bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda.

"Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni Felda untuk memberi peluang secara adil kepada warga Felda untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat Felda melalui KPF, juga merupakan suatu wawasan dan prihatin Felda untuk kemajuan warga Felda," tambahnya.

Menurut Suhaimi, Isa Samad tidak layak memegang jawatan selaku Pengerusi KPF kerana beliau tidak layak menjadi ahli kepada KPF yang membuka keahliannya hanya kepada Peneroka Felda, anak peneroka atau kakitangan tetap Felda.

Tambahnya, kedudukan Isa hanyalah bertaraf kontrak justeru pelantikan beliau sebagai Pengerusi KPF adalah bertentangan dengan undang-undang koperasi dan menyalahgunakan kuasa dengan membuat perlantikan ke atas dirinya sendiri.

"KPF merupakan salah sebuah daripada 10 koperasi cemerlang yang menjadi contoh koperasi yang berjaya memberikan dividen yang tinggi atas kadar 15% setahun dan ini membuktikan bahawa KPF telah dikelolakan dan diselenggarakan dengan baik oleh Datuk Dzulkifli dan Ahli Lembaga Pengarahnya.

"Pengambilalihan jawatan Pengerusi dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang koperasi ini adalah pengkhianatan kepada KPF dan laporan dibuat supaya Isa disiasat kerana melanggar undang-undang dan menyalahgunakan kuasa," ujarnya.

Tambah Suhaimi, laporan yang sama telah dibuat serentak di balai-balai polis utama di negeri-negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak.

PR diberi MyKad: PAS tuntut penjelasan KDN

Posted: 12 Oct 2011 10:24 PM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan segera daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung kewujudan lebih 200 warga asing dari Johor di sebuah resort berhampiran Putrajaya, semalam.

Pemuda PAS dengan bantuan pasukan risikannya berjaya mengesan kehadiran mereka yang terdiri daripada warga Indonesia, Kemboja dan Bangladesh, dibawa menaiki enam buah bas.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di lobi Parlimen hari ini berkata, KDN harus memberikan penjelasan mengenai perkara itu kerana pihaknya mengesyaki kehadiran mereka ada kaitan dengan operasi pemberian MyKad kepada warga asing bagi membolehkan mereka menjadi pengundi pada pilihan raya umum ke-13.

"Kita desak beberapa kementerian bertanggungjawab khususnya KDN memberikan penjelasan konkrit berhubung apa yang berlaku semalam.

"Ini kerana dalam masa beberapa bulan ini, PAS telah membawa isu pendaftaran warga asing yang dimasukkan dalam daftar pemilih ini.

"Ini isu penting, bukan andaian atau rekaan tapi telah dibuktikan dengan pendedahan sebelum ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sehubungan itu, Salahuddin berkata, wakil Pakatan Rakyat yang terlibat dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2012 di Dewan Rakyat hari ini akan membangkitkan perkara tersebut.

"Wakil PR akan membangkitkan perkara ini agar KDN memberikan penjelasan segera," katanya sambil menunjukkan gambar warga asing yang sempat diambil semalam.

Maklumat bercanggah

Sementara itu, Timbalan Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Adram Musa pada sidang media sama berkata, maklumat warga asing yang bercanggah di antara satu sama lain itu semakin menambahkan rasa curiga mereka.

"Saya sebagai salah seorang saksi semalam masuk ke dalam resort dan bertanya kepada mereka sendiri.

"Bila ditanya apa mereka buat di situ, ada yang jawab datang kursus keusahawanan dan ada yang terus-terang jawab mereka datang untuk ambil MyKad. Pihak pengusaha resort pula kata tempat itu sudah ditempah awal pagi. Ini sangat menimbulkan kecurigaan," katanya.

Menurutnya juga, terdapat juga pegawai kesihatan mengiringi mereka.

Adram juga berkata, perkara tersebut turut berlaku di Paya Jaras, Selangor dan pihaknya sedang mengumpulkan maklumat terperinci.

Kira-kira jam 7 pagi semalam, pihak perisikan Pemuda PAS menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya.

Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sana.

Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan.

Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang.

Ekoran itu, mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

PRU13: Orang kanan Najib dijangka kuasai NSTP

Posted: 12 Oct 2011 10:21 PM PDT



KUALA LUMPUR - Penyusun strategi media Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Hamid dijangka akan mengetuai New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mulai Isnin ini dalam usaha Umno menyusun semula unit-unit media miliknya menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan, lapor The Malaysian Insider.

Pengumuman penting mengenai urusan itu dijangka diumumkan hari ini susulan satu mesyuarat diadakan semalam.

Difahamkan itu akan disusuli dengan perubahan dalam pasukan editorial menjelang akhir bulan ini.

"Saya jangka akan ada pengumuman penting hari ini, lembaga pengarah akan membuat hari ini... itu yang saya dengar setakat malam ini," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

NSTP antara lain mengeluarkan New Straits Times, New Sunday Times, Berita Harian, Berita Minggu dan Harian Metro serta Metro Ahad.- Harakah Daily

Universiti Malaysia gagal akibat campur tangan kerajaan hasilkan robot

Posted: 12 Oct 2011 10:18 PM PDT

Maclean Patrick, Malaysia Chronicle


Terdapat satu masalah dengan sistem pendudukan (ranking system) iaitu soal kriteria. Apakah kriteria yang digunakan? Dan adakah kriteria itu sama di semua pihak. Inilah yang harus dilihat dalam cara universiti-universiti diukur.

The Times Higher Education World University telah menyenaraikan 400 universiti global terkemuka dan yang tidak ada dalam senarai itu adalah universiti-universiti dari Malaysia. Ini adalah sesuatu yang mengejutkan kerana beberapa bulan yang lepas, senarai QS 200 World University Rankings 2011/12 menunjukkan Universiti Malaya terdapat dalam senarai 200 teratas, pada kedudukan 167.

Kedua-dua sistem pendudukan itumeletakkan satu sistem pemarkahan yang menitik beratkan elemen-elemen yang berbeza. Dan bagaimana elemen-elemen ini diivaluasi boleh diperdebatkan. Ianya adalah sangat subjektif dan sistem ivaluasi yang berlainan akan memberi markah yang berlainan buat universiti.

Tetapi ada yang sentiasa tersenarai pada 10 kedudukan atas

Jadi untuk memahami mengapa universiti di Malaysia tidak tersenarai, kita harus tahu mengapa sesetengah universiti global sentiasa tersenarai walau siapa yang mengivaluasi sekali pun. Patut dilihat adalah Harvard, Cambridge, MIT, Oxford, Princeton dan Yale yang tersenarai dalam 10 teratas dalam hampir semua senarai.

Semua universiti-universiti di atas tidak mendapat campur tangan daripada kerajaan mereka dan bebas untuk menentukan halatuju mereka dalam pendidikan. Malahan, boleh dikatakan institusi-institusi di atas lah yang menentukan pergerakan pendidikan tertieri global. Mereka boleh dikatakan sebagai pemegang saham dalam 'pasaran saham' pendidikan global.

Ini adalah penting. Untuk mana-mana universiti di Malaysia meningkatkan nilai mereka dalam 'pasaran saham' pendidikan, mestilah dahulu dipastikan halatuju dan nilainya. Untuk melakukan perkara ini dengan efektif, pendidikan tinggi di Malaysia haruslah bebas daripada Eksekutif dan kerajaan.

Campur tangan kerajaan membebankan

Seperti sedia ada, campur tangan kerajaan dalam pendidikan tinggi Malaysia menyebabkan universiti-universiti umum kita tersekat oleh acuan yang sama. Acuan yang direka oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan oleh itu, universiti-universiti tempatan tertakluk kepada undang-undang mereka. Dan undang-undang itu mungkin bercanggah dengan asas pendidikan.

Kerana itulah, Akta Universiti dan Kolej 1971 harus dimansuhkan dan universiti-universiti di Malaysia akan kembali ke kedudukan asal mereka – di mana minda boleh bersoal, berselidik dan menjana idea-idea baru.

Tetapi, ini adalah sukar apabila kita mempunyai kerajaan yang tegas mengatur dan mencatur minda anak-anak muda. Para graduan selesai dengan pemikiran politik yang disuap. Graduan ditakdirkan untuk menolak pemikiran kritikal dan patuh kepada status quo. Dan ini membunuh apa-apa pemikiran kreatif dan inovatif.

Tidak ada idea inovatif yang berjaya dengan mematuhi status quo, sebaliknya daya kreatif dan inovatif sentiasa dilahirkan dengan mencabar status quo. Tetapi sedih untuk dikatakan, ini adalh sesuatu yang dibenci oleh kerajaan sekarang ini dan mereka tidak mahu untuk mengubahnya. Maka, dengan halangan-halangan seperti ini, universiti-universiti tempatan berada pada keadaan yang tidak dilakukan mereka. Dan dalam keadaan patuh inilah badan-badan global mengivaluasi mereka. Tidak hairanlah universiti-universiti tempatan gagal dalam ivaluasi-ivaluasi tersebut.

Tiada pendidikan langsung

Universiti-universiti di Malaysia mungkin berjaya dalam beberapa senarai tetapi gagal dalam snarai yang lain. Penghujungya, universiti-universiti di Malaysia tidak dapat berpegang pada kedudukan mereka kerana asas di mana universiti itu berpijak sangat rapuh dan tidak konsisten. Asas-asas itu sering berubah dan merupakan hamba kepada kemahuan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Menyebabkan orang bertanya, adakah kita benar-benar berlabur dalam pendidikan negara?

Adakah kita melihat ke hadapan sebagai sebuah negara dan melihat imbuhan kembali daripada pelaburan ke dalam pendidikan anak-anak muda?

Atau adakah cukup untuk kita termasuk dalam kdudukan bawah sesetengah senarai, dan lupa bahawa pendidikan anak-anak muda tidak berlaku langsung.- Malaysia Chronicle

Belum selesai buat Guan Eng: UMNO Johor mahukan darah

Posted: 12 Oct 2011 10:15 PM PDT

Melissa Lee, Malaysia Chronicle


Kisah UMNO Johor vs Lim Guan Eng masih belum selesai, jika mengikut kehendak NGO UMNO.

Naib Pengerusi Gerakan Aktivis Pengguna Johor (Penaja), Mohd Kassim Yusoff, berkata permohonan maaf Guan Eng tidak mencukupi.

Menurutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu harus mengambil tanggungjawab terhadap tindakannya dan tidak menyalahkan pihak lain termasuklah pihak media kerana memutarbelitkan kenyataannya, di mana Guan Eng didakwa berkata Johor tidak 'selamat'.

"Guan Eng ada meminta maaf melaui sebuah portal. Kami berharap beliau akan memohon maaf secara terbuka termasuklah mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membuktikan keikhlasannya," lapor Utusan tentang kenyataan Mohd Kassim.

"Sikap berdiam diri Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjadi ukuran untuk rakyat menilai kebolehannya memimpin dan menjadi contoh untuk semua."

Sementara itu, NGO UMNO yang lain memberi amaran bahawa pemandu-pemandu teksi Johor sudah merasa impak akibat kata-kata Guan Eng. Raja Mohn Nor Mohamed, pengerusi Gabungan Persatuan Teksi Berdafta (Gapet) berkata pemandu-pemandu sering dihujani pertanyaan daripada pelancong luar negara, dan ada yang mengakui mereka takut untuk memasuki negeri itu.

"Saya amat berdukacita dengan kenyataan tersebut kerana pekerjaan pemandu teksi terjejas," kata Raja Mohd Nor.

Minta maaf tidak cukup, jangan masuk Johor

Guan Eng didakwa memberi kenyataan buruk mengenai Johor pada sesi makan tengah hari bersama Correspondents Club di Singapura bulan lalu. Transkrip kenyataannya, disiarkan di internet, memetik beliau berkata: "Kamu tidak perlu risau tentang keselamatan jika kamu datang ke Pulau Pinang. Di Johor, kalau kamu orang Singapura, kamu mungkin akan diculik."

Beliau langsung dituduh untuk mengalih perhatian pelabur dari Johor ke Pulau Pinang, dan Sultan Johor juga berkata baginda terasa "sedih". Guan Eng terus meminta maaf kepada Sultan Johor dan rakyatnya.

"Sebagai menghormati Sultan Johor, saya ingin meminta maaf kepada Sultan Johor dan rakyatnya, penduduk Johor. Saya tidak berniat untuk merendahkan Johor daripada negeri-negeri lain," kata Lim pada sidang media penghujung bulan lalu.

Pakatan dijangka menang lebih banyak kerusi di Johor pada PRU-13

Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang golongan-golongan yang berkepentingan politik untuk memainkan isu ini. Bukan sahaja NGO UMNO memberi amaran kepada Guan Eng untuk tidak masuk ke dalam negeri itu, komponen BN yang lain seperti MCA dan Gerakan juga turut serta.

Johor adalah kubu kuat BN dan tempat lahirnya UMNO, yang telah meimpin negara sejak merdeka pada tahun 1957.

Kempen-kempen terkini oleh Pakatan, yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, telah menarik sokongan rakyat. Walaupun BN dijangka masih akan menang di Johor, tetapi banyak kawasan akan diambil oleh Pakatan terutamanya di kawasan-kawasan Cina dan campuran.- Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: