Rabu, 12 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


WASPADA: JPJ Pantau Kereta Pasang Lampu Putih (HID)

Posted: 12 Oct 2011 05:57 AM PDT

KELAB GREENBOC


Dungun: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Terengganu akan mempertingkatkan pemantauan terhadap pemasangan lampu putih (HID) pada kereta yang setakat ini mengesan 30 kes penggunaan lampu itu.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata pihaknya memandang serius penggunaan lampu ini kerana ia tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kenderaan yang menggunakan lampu ini pada kenderaan dan notis akan dikenakan terhadap mereka, jika ingkar notis boleh dikenakan kompaun.

"Kami melihat pemilik yang memasang lampu putih ini mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibat kepada orang lain sedangkan ia boleh menyebabkan silau dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Ops Bersepadu di hadapan Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi di sini malam Selasa. Menurut Abdul Rahman, pihaknya percaya penggunaan lampu ini juga merupakan salah satu faktor kepada punca kemalangan.

Dalam operasi itu sebanyak 137 saman dan notis arah periksa dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.

Operasi yang bermula pukul 3 petang dan berakhir tengah malam itu disertai 130 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). -BERNAMA

Muka Hakim Yang Memplagiat, Hanya Undur Dengar Kes Tapi Tiada Tindakan Ke Atasnya

Posted: 12 Oct 2011 05:51 AM PDT

KELAB GREENBOC

Hakim Abdul Malik undur diri berikutan usul 'plagiat'


Hampir seminggu selepas seorang ahli parlimen mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi merujuk seorang hakim Makamah Rayuan ke tribunal kehakiman kerana didakwa memplagiat satu keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Singapura, beliau hari ini bersemuka dengan hakim itu.

Ia adalah pertemuan yang janggal bagi ahli parlimen itu, Karpal Singh yang juga seorang peguam terpaksa berdepan dengan panel tiga anggota hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak.

Sehubungan itu, Karpal meminta Abdul Malik mengundurkan dirinya daripada membicarakan kes yang diwakilinya berkenaan dakwaan pengedaran dadah.

"Yang Arif, saya mohon Yang Arif Abdul Malik menarik diri daripada mendengar kes ini berikutan tindakan yang saya failkan di bawah Perkara 127 atas dakwaan salah laku kerana memplagiat penghakiman bertulis oleh hakim Singapura."

Hakim Abdul Malik, bagaimanapun berkata beliau telah menerima arahan dari Presiden Mahkamah Rayuan (Datuk Md Raus Sharif) untuk mempengerusikan panel itu.

Timbalan pendakwa raya Kwan Li Sa berkata pihak pendakwaan mempunyai keyakinan dengan panel tersebut.

Namun, Karpal mengingatkan akan timbul persoalan persepsi jika Hakim Abdul Malik memutuskan untuk terus mendengar kes itu.

Berikutan itu, Hakim Abdul Malik memutuskan untuk mengundurkan dirinya.

"Kes tersebut akan didengar pada 14 Nov di hadapan panel lain tanpa diri saya," katanya dengan tenang. -mk

Karpal: 'Copycat judge should resign'

GEORGE TOWN: The DAP today called on the judge Abdul Malik Ishak, who is alleged to have plagarised a judgement , to resign immediately to save Malaysian judiciary from further embarrassment.

If he failed to do so, DAP national chairman Karpal Singh called on Prime Minister Najib to advice the King to establish a Royal Tribunal to investigate and take stern disciplinary action against the judge.

He said Najib can advice His Majesty to form the tribunal under Article 125 of the Federal Constitution, in similar way it was constituted against former Lord President Mohamed Salleh Abas in 1988.

Karpal also called on Rais Yatim to quit from the Cabinet as well for being an irresponsible law minister by adopting a 'no action' stance even though the government knew about the alleged breach of copyright at that time.

He said the case of judiciary plagiarism was an intellectual dishonesty affecting dignity of the whole country.

"The judge should resign because his position as a judge has become untenable due to this judicial scandal.

"It's a source of embarrassment for our judiciary,"
Karpal, a lawyer by profession, told newsmen during his constituency visit here today.

Now Information, Communications and Culture Minister Rais, formerly a lawyer, was ticked off as well for not initiating any affirmative action on the judge

"Rais should resign immediately for being irresponsible. Being a law minister, he just sat on the case,"
said Karpal,

Citing public examination, Bukit Gelugor MP Karpal argued that a student would be ejected out of the examination hall if he was caught copying.

"But here the judge was promoted,"
he chided.

Noting that the alleged judge was currently sitting in the Court of Appeal bench, the veteran politician raised public fear on possible scenario of Abdul Malik adjudicating cases involving death sentences.

Last week, 60 Pakatan Rakyat MPs led by Karpal pushed for a motion to censure Abdul Malik for an offence he committed as a High Court Judge in early 2000.

Abdul Malik allegedly committed the offence while serving as a High Court judge in Johor in early 2000.

The judge was accused of plagiarising a judgment by then Singapore High Court judge GP Selvam and the irony of the matter was that Malik was hearing a case regarding copyright.

On Thursday, Rais admitted that the government knew about the allegedly plagiarising judge and the matter had been handed over to the Chief Justice of Federal Court then to settle it.

Last week Minister in the Prime Minister's Department Nazri Abdul Aziz said the government could not take action against Abdul Malik as it was a matter for the current judiciary to settle.

Karpal called on the current Chief Justice of Arifin Zakaria to publicly explain what action the Chief Justice Office initiate on the issue.

Stressing that it was an important public interest issue, he said the people have every right to know about the standard and quality of the country's judges.

This is first case of its kind in the country. Relevant authorities should have taken a strong and firm affirmative action to deal with it to save the judiciary from international embarrassment.

"The Chief Justice must tell all what happened after alleged plagiarism took place," insisted Karpal.

A law graduate from the University of Singapore – graduating in 1974, Abdul Malik was appointed as a Judicial Commissioner on Oct 1, 1992, and subsequently, as a Judge of the High Court of Malaya on Aug 17, 1994.

He had also served as a magistrate, deputy public prosecutor, state legal adviser, senior Sessions Court judge and advisory board chairman at the Prime Minister's Department.

The Johor-born Abdul Malik was appointed to the Court of Appeal on July 16, 2007. -FMT


Ulasan GB

GB sudah ulas hal ini di SINI. Petikan:

Ini satu jenayah serius. Bagaimana boleh seorang hakim bertindak memplagiat keputusan hakim lain dari negara lain di dalam mengadili kes yang dia sepatutnya melakukan pengadilan secara serius di dalam menegakkan kebenaran dan keadilan?

Lebih memalukan ialah beliau adalah seorang hakim di Mahkamah Rayuan.

Apakah ini standard dan darjat hakim-hakim yang ada di Istana Keadilan negara?

Seorang pelajar pun jika ditangkap memplagiat hasil kerja orang lain, belaiu akan diberikan markah kosong, malah tindakan disiplin diambil menghlangnya menduduki peperiksaan / menyerah tugasan untuk beberapa tahun. Inikan pula seorang "hakim". Binatang punya manusia!

Dahulu pernah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Lingam, seorang hakim bernama Mokhtar Sidin yang bersikap durjana menggunakan sepenuhnya apa yang ditulis oleh peguam VK Lingam dalam penghakiman rasmi hakim berkenaan
.


TERGAMAK !!! Kerana Umno Manusia ini sanggup masukkan fakta salah PKMM sokong Malayan Union

Posted: 12 Oct 2011 05:43 AM PDT

PASPB





Dalam soalan no 40 Kertas Sejarah PMR 2011. Dinyatakan PKMM, API dan AWAS menyokong Malayan Union.

Sebenarnya soalan ini merujuk kepada satu penulisan
yang menggambarkan bahawa PKMM adalah sebuah gerakan yang menyokong Malayan Union. Sebelum menjawab persoalan ini sila baca 2 risalah di bawah dan kesimpulannya.

RISALAH 1


Walaupun Malayan Union ditentang oleh sebahagian besar Melayu tetapi terdapat segelintir orang Melayu yang bersifat radikal dan menganggotai parti-parti haluan kiri dan mengambil pendirian yang menentang arus perdana kesedaran orang Melayu. Tindakan ini dapat dilihat
dengan jelas dalam pergerakan serta perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ). Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1945 di Ipoh, Perak dan dibawah kepimpinan Mokhtaruddin Lasso, ketua rejimen 10 Melayu, Parti Komunis Malaya. Pendirian PKMM terhadap Malayan Union jelas, ia telah bertindak mengalu-alukan dasar itu dan telah dinyatakan dengan tegas dalam Kongres PKMM yang ketiga yang telah diadakan di Ipoh pada 30 November.

Sokongan PKMM terhadap Malayan Union berlandaskan kepada beberapa perkara utama.


Pertama, ia menyokong usaha British dalam menyatukan kesemua negeri Melayu untuk tujuan penyeragaman pentadbiran. Ia dipercayai akan melicinkan pentabdiran serta menyatupadukan kesemua negeri dan mengelakkan perpecahan.


Kedua, PKMM turut menerima dasar kerakyatan jus soli sebagai satu langkah ke arah melahirkan satu identiti kebangsaan yang bersifat ' Malayan'. Ia penting dalam melahirkan satu bangsa yang taat setia kepada Tanah melayu disamping menjamin satu hubungan yang baik antara kaum.


Selain itu, PKMM turut tidak keberatan apabila kuasa sultan Melayu dilucutkan dan mengambil sikap antifuedal yang kuat. PKMM beranggapan golongan raja dan bangsawan ini tidak bekerja untuk rakyat bawahan, sebalik mereka menjadi penghalang kemajuan orang Melayu. Pandangan ini telah disuarakan oleh


Ahmad Boestamam yang menyatakan bahawa:

" Maka dengan jalan Malayan Union dan demokrasi, PKMM berharap dalam masa yang akan datang wakil-wakil rakyat dalam majlis-majlis kerajaan, pangkat dan gelaran dalam negeri tidak akan lagi menjadi pusaka keturunan dan hak bagi satu puak yang amat kecil melainkan akan menjadi pusaka dan hak rakyat jelata. Siapakah yang tidak bersetuju dengan aturan ini."

Rujukan : Ramlah Adam, Gerakan radikalisme di Malaysia ( 1938-1965), Dewan Bahasa Pustaka, Selangor, 2004, hlm. 140, hlm. 145, hlm. 141.


RISALAH 2


Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dipimpin oleh Mokhtarudin Lasso, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Parti
politik ini ditubuhkan di Ipoh, Perak pada 17 Oktober
1945. Mereka ini merupakan pelopor gerakan politik kepartian di Tanah Melayu dan menjadikan negeri Perak markas utama gerakan itu. Negeri Perak menjadi tempat perancangan penubuhan dan operasi gerak kerja mereka.

Dalam kongres pertama yang berlangsung di Ipoh pada 30 November hingga 3 Disember 1945, PKMM telah memutuskan lapan resolusi penting bangsa Melayu
, iaitu:

1. Mempersatukan bangsa Malaya, menanamkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malaya dalam keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya.


2. Bertujuan mencapai hak kemerdekaan berpidato, bergerak, bersidang, berfikir dan menuntut pelajaran.


3. Membangkitkan kedudukan iktisad bangsa Melayu dengan jelas, memajukan perusahaan, perniagaan dan pertanian serta taraf penghidupan bangsa Melayu.


4. Mencapai kebebasan bercucuk tanam. Orang yang hendak bercucuk tanam itu bebas membayar sewa tanah pada bila-bila masa dan di mana juga dan dibebaskan pula menjual hasil usahanya itu di pasar perniagaan.


5. Menghendaki diberi kebebasan penuh kepada orang Melayu mendirikan sekolah kebangsaan mereka, iaitu tempat mereka dapat belajar dengan bahasanya dengan percuma.


6. Menghendakkan kebebasan mencetak buku sendiri, menggalakkan pelajaran secara demokrasi, supaya meninggikan kedudukan bangsa Melayu dalam siasah untuk mendakyahkan rasa kebangsaan kepada

orang Melayu.

7.
PKMM hendak bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang tinggal dalam negeri ini, hidup berbaik-baik dan bekerja untuk perpaduan penduduk Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikan Malaya Merdeka makmur dan berbahagia sebagai satu anggota Republik Indonesia.

8. Menyokong umat Indonesia dalam perjuangan mereka merebut kemerdekaan.



PKMM menggariskan sebuah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan sepenuhnya dan berusaha mengusir penjajah British dari Tanah Melayu.


Matlamat ini termaktub di dalam
Rang Undang-undang 1946 PKMM yang diluluskan pada kongres pertama di Ipoh pada 30 November hingga 3 Disember1945. Dalam Rang Undang-undang itu juga tercatat dengan jelas TUJUAN: Kemerdekaan Bangsa dan Tanah Air.

Setiap kali bertemu dengan para pendukung PKMM, laungan merdeka dilafazkan dengan garang sambil menggenggam lima jari dengan kuat dan diangkat hingga ke dada. Laungan merdeka sambil menggenggam lima jari membawa pengertian berikut:


1. Merdeka berpolitik. Apabila kita merdeka maka apa yang kita mahu ialah politik negara kita bebas mengikut acuan yang kita suka.


2. Merdeka ekonomi. Kita mahu ekonomi negara kita merdeka dari tekanan pihak luar negeri atau penjajah kapitalis.


3. Merdeka beragama. Kita mahu negara kita bebas melaksanakan hukum dan undang-undang Islam sepenuhnya tanpa dikongkong oleh penjajah.


4. Merdeka sosial. Pergaulan hidup tidak terbatas kepada satu-satu kaum sahaja atau kasta yang sangat berbahaya itu.


5. Merdeka kebudayaan. Tiap-tiap bangsa di dalam dunia ini ada kebudayaan masing-masing. Kita mahu bebas memilih kebudayaan yang berfaedah dan tidak bertentangan dengan agama serta bebas pula

membuang kebudayaan yang menyesatkan orang Islam.

Rujukan :

Abdul Majid Salleh, Untukmu Anak Merdeka.
Ahmad Boestamam, Merintis Jalan Ke Punchak, 7–15.
UMNO/SG No. 96/1946 – Rang Undang-undang 1946, Parti Kebangsaan Melayu Malaya.
Abdul Majid Salleh, Memoir Abdul Majid Salleh, dalam PKMM dan KESATUAN Buruh (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004)
Voice of the People, 16 November 1945, 17.

KESIMPULAN


Satu fakta yang
jelas salah di dalam penulisan Dr Ramla Adam ialah menyatakan Kongres PKMM yang ketiga yang telah diadakan di Ipoh pada 30 November (tahun tidak dinyatakan). Hakikatnya kongres PKMM yang ketiga ialah di Singapura pada 1947. Kongres PKMM yang diadakan di Ipoh adalah kongres kali pertama pada tahun 1945. Manakala kongres PKMM kali kedua pada 25-27 Disember 1946 pula diadakan di Kota Melaka.

Penulisan Dr Ramlah Adam kelihatan cuba menggambarkan bahawa gerakan PKMM menyokong gerakan Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946. Beliau mengaitkan beberapa ciri kesamaan pada 8 resolusi PKMM dan Rang Undang-undang PKMM 1946 yang dibuat pada 1945 itu.


Persoalannya, bagaimana resolusi yang dibuat pada 1945, setahun lebih awal daripada penubuhan Malayan Union ini dikatakan sebagai menyokong Malayan Union. Sepatutnya, jika sesebuah gerakan itu menyokong penubuhan Malayan Union, semestinya resolusi yang dibuat itu SELEPAS wujudnya Malayan Union sebagai tanda sokongan tersebut.


Dr Ramlah Adam mendakwa dasar sokongan PKMM yang pertama ke atas Malayan Union ialah kerana menyokong usaha British menggabungkan menyatukan kesemua negeri Melayu untuk tujuan penyeragaman pentadbiran. Sebenarnya PKMM mahukan semua bangsa bergabung untuk menyatukan Malaya dalam keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya.(Lihat resolusi no.1). Bukannya bersetuju semua negeri bersatu di bawah jajahan British.


Kedua dikatakan PKMM bersetuju dengan dasar kerakyatan jus soli sebagai satu langkah ke arah melahirkan satu identiti kebangsaan yang bersifat ' Malayan'. Tetapi sebenarnya PKMM menyarankan terjalinnya hubungan kerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang tinggal dalam negeri ini supaya dapat hidup berbaik-baik dan bekerja untuk perpaduan penduduk Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikan Malaya Merdeka makmur dan berbahagia sebagai satu anggota Republik Indonesia.(Lihat resolusi no.7).


Ketiga, PKMM dikatakan tidak keberatan apabila kuasa sultan Melayu dilucutkan dan bersikap antifuedal yang kuat. PKMM beranggapan golongan raja dan bangsawan ini tidak bekerja untuk rakyat bawahan, sebalik mereka menjadi penghalang kemajuan orang Melayu. Hakikat yang sebenarnya, PKMM menggalakkan setiap orang diberi hak untuk bersuara. Di dalam rencana yang disiarkan dalam
Voice of the People berjudul, Malays and the Malay Nationalist Party, termuat kenyataan berikut:

The Malay Nationalist Party is a National Movement and so every Malay has the right to come forward and with his views and findings for the upliftment of his Nation. This right is also granted by his religion to tell the highest Authority in the State when things are done contrary to the teachings of his religion. The humble Raayat has the right to go to the Ruler, his Sultan, and tell him what is wrong with his Government. This is Democracy. There is that perfect understanding and that perfect unison between the Imam and the Ma'mum! That should be the case of the Malay Sultan and the Raayats. Just as the Imam respects the Ma'mum so the Ma'mum respects the Imam.

(Parti ini adalah satu gerakan kebangsaan dan supaya setiap orangm Melayu mempunyai hak untuk tampil ke hadapan dan menyatakan pandangan dan penemuan untuk meningkatkan taraf Bangsa. Hak ini sendiri telah terjamin di dalam agamanya untuk memberitahu Pihak Berkuasa tertinggi di dalam negeri ini apabila perkara-perkara yang dilakukan bertentangan dengan ajaran agamanya. Rakyat yang merendah diri mempunyai hak untuk bertemu pemerintah, iaitu Sultan, dan menyatakan apakah kesalahan kerajaan. Ini adalah Demokrasi. Terdapat kefahaman yang sempurna dan kesempurna hubungan diantara Imam dan Ma'mum! Dan di dalam kes ini antara Sultan Melayu dan Rakyat. Jika Imam menghormati Ma'mum maka Ma'mum menghormati Imam.)




Bagaimana Dr Ramlah Adam tergamak memesongkan kenyataan menggalakkan kebebasan bersuara yang telus dan adil ini sebagai sebuah usaha yang kononnya untuk melucutkan kuasa Raja-raja Melayu.

Dan lebih penting lagi, resolusi ini dipersetujui dan dikeluarkan oleh PKMM sebelum tertubuhnya Malayan Union. Jadi dimana logiknya PKMM mengeluarkan resolusi ini untuk menyokong Malayan Union. Janganlah kerana ada resolusi yang seakan mirip dengan skim Malayan Union ini, ia dijadikan modal untuk memomokkan kepada pelajar sekolah bahawa kumpulan pejuang kiri ini digambarkan sebagai gerakan penyokong penjajah.


Sedangkan, perjuangan mereka secara jelas menolak, menentang, melawan penjajah dan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tanah ini. Perjuangan golongan kiri ini tidak diajar sebagai pejuang kemerdekaan, malangnya mereka diajar sebagai 'penyokong penjajah'......sehingga masuk di dalam soalan Sejarah PMR 2011!.


Oh, sebelum itu kepada yang tidak mengenali siapa Dr Ramlah Adam ini, beliau merupakan salah seorang Ahli Dewan Tertinggi Perkasa. - PULAK DAH

Isu Lynas: Malaysia jadi ‘tong sampah dunia’ ?

Posted: 12 Oct 2011 05:39 AM PDT

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Pemuda DAP Kebangsaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan Barisan Nasional yang cuba menjadikan Malaysia sebagai 'tong sampah dunia' melalui projek pembangunan nadir bumi oleh Lynas di Kuantan, Pahang.

Timbalan Pengerusi Pemuda DAP Kebangsaan Jenice Lee berkata, kempen yang telah dijalankan bersama penduduk-penduduk sekitar langsung tidak diambil peduli oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar.

"Pimpinan kementerian itu asyik tidur sahaja, malah respon mereka terhadap desakan kami hanya dibalas dengan kata-kata kononnya dengan pembukaan kilang Lynas itu ia akan membuka 400 peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar," katanya kepada Roketkini.

Justeru, beliau berkata, dengan ketidakperihatinan terhadap alam sekitar, kerajaan seolah mahu menjadikan Malaysia sebagai tempat longgokan sampah sahaja.

"Apabila kilang tersebut mula beroperasi, ia akan menghasilkan sisa-sisa yang tidak boleh dikitar semula dan kesan radioaktifnya tidak dapat diukur," katanya.

Jenice yang juga Pembantu Exco Belia dan Sukan Selangor memberi contoh mengenai loji pemprosesan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah telah ditutup pada tahun 1992 berhubung beberapa kematian yang didakwa ada kaitan dengan leukemia dan keguguran.

Menurutnya, punca kematian yang tidak dapat dijelaskan itu melibatkan wanita muda yang sihat yang tinggal di sekitar kawasan loji.

"Malah, dalam pembentangan Bajet 2012 Barisan Nasional baru-baru ini isu pemeliharaan alam sekitar tidak tersenarai sebagai salah satu usaha pembangunan dan isu-isu seperti cyanide atau nadir bumi tidak disebut langsung," katanya.

Jenice yang juga Adun Teratai berkata, walau pun pebagai kempen dan protes telah dijalankan, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri BN langsung tidak mempedulikan tuntutan rakyat Kuantan khususnya.

Beliau berpendapat, jika kerajaan benar bertanggungjawab terhadap rakyat, mereka harus menghentikan pembinaan kilang-kilang yang mengeluarkan produk-produk toksik dan berbahaya.

"Rakyat tidak akan mendapat apa-apa manfaat dari kilang ini, malah rakyat perlu membayar pula kos kesihatan dan pencemaran yang dihasilkan kilang-kilang tersebut," katanya.

Oleh itu, menurutnya, Pemuda DAP bersama kumpulan masyarakat madani dan penduduk tempatan akan memperluaskan lagi kempen itu ke peringkat kebangsaan agar seluruh rakyat Malaysia sedar akan bahayanya ancaman isu-isu radioaktif ini..

Sementara itu, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Teo Nie Ching berkata, kerajaan Najib telah melanggar janji rerformasi kebebasan politik apabila membiarkan pihak polis menyerang perhimpunan aman Himpunan Hijau 109 di Taman Gelora, Kuantan pada Ahad lalu.

Katanya, tidak sampai tiga minggu Najib menjanjikan kebebasan, tindakan keras polis terhadap perhimpunan aman itu yang membantah pembinaan kilang Lyna.

"Pihak penganjur telah mendapat permit polis untuk mengadakan perhimpunan aman itu tetapi polis menarik balik di saat-saat akhir atas alasan ada pihak lain akan mengadakan acara di tempat yang sama," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang kesal kerana janji Najib dan BN gagal menyedarkan polis tentang hak dan tanggungjawab mereka untuk melindungi rakyat dan menjaga keamanan dengan cara yang tertib dan betul. – Roketkini.com

Walau ditohmah, DAP tetap berdiri

Posted: 12 Oct 2011 05:38 AM PDT

Oleh Badruddin Maidin


Parti Tindakan Demokratik (DAP) bukan parti populis murahan yang mahukan kuasa dengan apa cara sekali pun. Rekod perjuangan DAP menunjukkan oportunisme bukan apa yang DAP utamakan.

Kesabaran dalam kepedihan kerana dikutuk, dihina, ditangkap, dipenjarakan adalah asam garam yang membentuk DAP hari ini sejak ditubuhkan 45 tahun yang lalu.

Walau dibenci lawan atau pun kadangkala dicurigai kawan, adalah perkara biasa buat DAP yang sejak penubuhannya secara rasmi pada 18 Mac 1966, komited dengan berjuang untuk mewujudkan bangsa Malaysia atau Malaysian nation.

Perjuangan DAP untuk semua rakyat

Ini kerana perjuangan DAP jelas: Malaysia untuk rakyat Malaysia. Bukan untuk sesuatu kaum tertentu sahaja.

Walau pun menolak politik perkauman, DAP meraikan kepelbagaian kaum, budaya dan agama. Yang Melayu tetap Melayu, yang Cina tetap Cina, yang India tetap India, yang Kadazandusun tetap Kadazandusun, yang Iban tetap Iban; tetapi kesemuanya hidup di tanah air ini sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak dan peluang saksama.

Falsafah DAP bukanlah seperti sesetengah parti yang mana falsafahnya kabur dan tidak jelas kecuali berkaitan perjuangan untuk satu kelompok kaum sahaja.

Politik kaum yang membesar menjadi perkauman adalah hasil dari didikan pemerintah selama 54 tahun yang secara langsung menghasilkan minda rakyat Malaysia yang lebih banyak berfikir menurut garis perkauman.

Amalan pemerintah mengikut garis perkauman ini menyebabkan kemajuan dan pembangunan menjadi tidak sekata dan tempang.

Ekonomi adalah berkaitan perasaan manusia. Perasaan manusia atau rakyat berkait rapat dengan faktor budaya, dan kemasyarakatan serta kepersaudaraan. Persefahaman berdasarkan faktor itulah tunjang utama yang sepatutnya menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi matang dan maju.

Bukan sekadar membaling duit ke muka rakyat Malaysia setiap kali hampir pilihan raya. Itu, kurang sopan namanya.

Asas menuju ke arah Malaysia untuk rakyat Malaysia bergantung kepada kebebasan dan keadilan, kesamarataan, dan perpaduan; semuanya ini tersemat dalam konteks demokrasi moden.

Demokrasi moden bukan sekadar suara majoriti tetapi memerlukan asas-asas kebebasan, keadilan, hak dan peluang saksama serta ciri-ciri menjamin hak setiap individu dan masyarakat.

Kebebasan dan keadilan

Wujudkah kebebasan dan keadilan di Malaysia jika kerajaan sendiri tidak menghormati rakyatnya berhimpun secara aman untuk meluahkan perasaan?

Jawapannya sama sekali tidak. UMNO dan BN jarang sekali menyebut secara spesifik mengenai kebebasan, apa lagi keadilan untuk rakyat.

Sebaliknya, sebagai contoh, dalam pembentangan Bajet 2012, kerajaan BN telah memperuntukkan RM200 juta untuk memodenkan pasukan polis, dengan teknologi moden serta kelengkapan terkini dan cara penyiasatan dan pengumpulan bukti yang saintifik dan canggih.

Memang baik jika pasukan polis benar-benar menjaga keselamatan rakyat daripada diganggu dan diserang oleh penjenayah. Tetapi di Malaysia, umum sedar bahawa kecanggihan polis lebih kerap digunakan untuk menghalang rakyat daripada menyuarakan hak.

'Moden' bagi pendtabiran Najib adalah mungkin peralatan canggih-manggih, berteknologi tinggi. Bukan moden yang bemaksud insan yang berfikiran rasional.

Tiada usaha dari kerajaan untuk merangka kemodenan fikiran rakyat. Yang ada hanya mewujudkan pelbagai 'teknologi moden' sedangkan moden bermula dari dalam diri, bukan dengan melalui kontrak membangunkan bangunan ultra canggih.

Apa guna bangunan canggih jika dalam masa sama, rakyat dihalang dari berfikir di luar kotak? Apa guna undang-undang yang zalim dimansuhkan tetapi digantikan dengan yang mungkin lebih kejam lagi?

DAP selama ini berpegang teguh dengan idea kesamarataan ini di mana peluang saksama kepada rakyat Malaysia dapat diberikan kepada semua mengikut kebolehan dan merit, bukan berdasarkan birokrasi, duit kopi atau hubungan rapat dengan pemerintah.

Peluang saksama bererti setiap rakyat mempunyai hak dan peluang yang ditawarkan, ia tidak bermakna hasilnya mesti sama rata. Tentunya pendapatan atau gaji seorang doktor tidak sama dengan kerani; tetapi kedua-duanya wajib mempunyai peluang untuk mendapatkan pekerjaan masing-masing jika ada kekosong.

Golongan muda

Golongan muda semakin kritikal pemikirannya. Janji-janji lapuk BN dipandang mereka sebagai 'janji orang tua' sahaja. Tembok perkauman walau pun belum pecah sama sekali seperti runtuhnya tembok Berlin yang menandakan kehancuran sistem kuku besi, sedang menuju ke arah yang sama.

Melalui borak-borak santai bersama golongan muda di warung-warung, menunjukkan keyakinan mereka tentang prinsip-prinsip perjuangan yang dibenci oleh UMNO-BN.

Mungkin ada golongan muda yang tidak sedar bahawa apa yang mereka yakin dan sukai itu sebenarnya selaras dengan prinsip DAP. Malah, itulah yang DAP perjuangkan.

Namun, mentaliti perkauman di Malaysia masih belum dipecahkan dominasinya. Masih ada yang berkata, "aku suka perjuangan DAP tetapi aku tidak selesa kerana ada ramai orang Cina dalam DAP." Hanya masa akan menentukan sama ada pandangan serong hasil didikan perkauman sejak lebih setengah abad itu dapat dimansuhkan dari minda rakyat.

DAP yang jelas, jauh dari apa yang dimomokkan oleh lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, selama ini. Apa pun, DAP tidak mendabik dada mengatakan penerimaan rakyat Malaysia dari pelbagai latar terhadap parti ini sebagai kejayaan. DAP tetap underdog, cool.

Perjalanan membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang di dalamnya mempunyai pelbagai rencam kebudayaan, agama, atau pendapat adalah cuma selangkah sahaja. Perjalanan ini memakan masa, seperti mana yang pernah diharung oleh pejuang-pejuang DAP yang lepas, cemuhan dan kritikan diterima sebagai pengajaran untuk membentuk jati diri.

Apabila semua rakyat Malaysia sedar bahawa Malaysia adalah milik kita bersama, disitulah maknanya apa yang diperjuangkan DAP, telah melangkah sedikit lagi kehadapan.

Dan disitulah juga, petanda kemunculan masyarakat baru yang lebih demokratik, adil dan bebas – untuk generasi akan datang juga.

Impiannya sudah lama diharapkan, seperti suara dari sepotong puisi Sasterawan Negara Usman Awang:

Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka.

KEADILAN: Dakwa Ananda Krishnan kerana salahguna kuasa, rasuah

Posted: 12 Oct 2011 05:36 AM PDT

Oleh: Sidiqin Omar



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen KEADILAN hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat jutawan terkemuka, Tan Sri Ananda Krishnan kerana didakwa terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa.

Ananda, pengarah Maxis Communication sebelum ini diketahui umum merupakan proksi dan sahabat baik kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, siasatan itu penting untuk membantu Biro Siasatan Pusat India (CBI) berhubung jenayah yang dikatakan berkaitan pemilikan syarikat telekomunikasi India, Aircel.

"Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM Malaysia 2009 memperuntukkan, bahawa memberi suapan kepada mana-mana orang atau ejen adalah kesalahan.

"Manakala Seksyen 66 Akta memperuntukkan bahawa SPRM dan mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk mendakwa dan menghukum rakyat Malaysia dan penduduk tetap yang melakukan rasuah di negara-negara asing," katanya pada sidang media di lobi parlimen, hari ini.

Laman web ekonomi The Edge semalam melaporkan bekas Menteri Telekomunikasi India, Dayanidhi Maran sedang disiasat pihak berkuasa negara itu kerana rasuah dan salahgunakuasa, berdasarkan laporan The Hindustan Times pada Isnin lalu.

Ia berikutan aduan ahli perniagaan, C Sivasankaran bahawa dia dipaksa keluar dari syarikat Aircel oleh bekas menteri berkenaan dan menjual kepentingannya kepada Kumpulan Maxis dari Malaysia.

Ananda Krishnan dan rakannya, Ralph Marshall didakwa terlibat melakukan konspirasi jenayah itu bersama Dayanidhi dan adiknya Kalanidhi.

Maran telah menghentikan permohonan lesen 2G Aircel apabila ia dimiliki oleh Sivasankaran.

Namun kemudiannya meluluskan permohonan itu selepas kepentingan syarikat itu bertukar tangan apabila Sivasankaran menjualnya kepada Maxis.

CBI telah mendaftarkan kes terhadap Maran dan adiknya, Ralph Marshall, Anandkrishnan dan tiga syarikat di bawah seksyen 120b IPC yang dibaca bersama Seksyen 13 (2) 13 (1) (d) dan juga seksyen 7 dan 12 Akta Pencegahan Rasuah.

Kes tersebut telah didaftarkan pada 9 Oktober di Delhi dan Chennai.

"Pihak berkuasa Malaysia perlu mengambil tindakan. Ini bagi mengekalkan kredibiliti dan reputasi perniagaan Malaysia dan kerajaan Malaysia," tegas William.

Najib bazir RM84 juta untuk tutup skandal Altantuya

Posted: 12 Oct 2011 05:32 AM PDT

Oleh: Nabihah Hamid


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikecam apabila menghabiskan RM83.88 juta wang rakyat, hanya semata-mata untuk menaikkan imej kerajaan di luar negara.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof berkata, Najib terpaksa berbuat demikian akibat imejnya yang buruk di peringkat antarabangsa, termasuk kaitannya dalam skandal Scorpene dan pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

"Imej Najib terjejas, jadi terpaksa melonjakkan imejnya semula dan ia bukan saja dalam negara, malah di luar negara.

"Kita tahu Najib dikatakan terlibat dengan banyak skandal seperti Scorpene, dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya serta kehakiman yang tidak bebas," katanya kepada Keadilandaily.com.

Skandal Scorpene melibatkan komisen 114 juta Euro yang dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, seorang kenalan rapat kepada Najib Razak.

Kes pembunuhan Altantuya- orang tengah dalam transaksi berkenaan- mendapat liputan meluas media antarabangsa apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua pegawai pengiring Najib pada 2006.

Pembelian Scorpene dari syarikat Perancis, DCNS, membabitkan pemberian komisen itu kini failkan di mahkamah tinggi Perancis.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, tindakan kerajaan membayar FBC Media untuk menaikkan imej, juga dilihat tidak bertanggungjawab ketika rakyat menderita dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang keperluan.

"Najib tidak bertanggungjawab kerana menggunakan duit rakyat bagi menutup kesilapan, ketidakcekapan dan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran beliau,"


"Rakyat membanting tulang mengisi perut mereka dengan kos hidup yang tinggi tapi terpaksa menanggung beban kerana wang rakyat digunakan hanya untuk menanggung kos membaikpulih imej Najib," katanya.

Semalam, dalam jawapan bertulis yang dikemukakan perdana menteri di parlimen memberitahu, kontrak selama setahun kepada FBC Media telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada 2010.

Nilai kontrak sejak 2008 itu pula didedahkan sebanyak Euro 19.6 juta atau bersamaan RM83.88 juta yang boleh digunakan untuk tujuan lebih berfaedah kepada rakyat.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, perkara paling penting yang perlu ditimbulkan ialah tindakan kerajaan membayar perunding tersebut tanpa pengetahuan rakyat.

"Banyak lagi (perunding) yang terlibat dengan GTP, ETP dan sebagainya.

"Kita ingin tahu apa tujuannya kita bayar untuk perunding ini?," soalnya lagi yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Kerajaan sebelum ini dilapor melantik FBC- Firma penerbitan TV dan Komunikasi Strategik Britain- untuk menerbitkan program TV berkaitan kerajaan Malaysia yang ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

BBC telah menggantung semua program FBC, syarikat produksi berpusat di London itu, kerana pembayaran yang dibuat kerajaan Malaysia menyalahi undang-undang Britain dan etika media.

Akta Kerja: Menteri Sumber Manusia kecewa MTUC mahu piket 3 Nov

Posted: 12 Oct 2011 05:31 AM PDT


KUALA LUMPUR — Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata pihaknya sedih dengan tindakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang memutuskan untuk mengadakan piket peringkat nasional berhubung isu Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 awal bulan depan.

Kata Subramaniam (gambar), beliau juga amat sedih dengan tindakan MTUC yang memutarbelitkan fakta dan mengelirukan orang ramai.

"Saya amat sedih dengan tindakan MTUC, Akta Kerja digubal atas permintaan kesatuan pekerja yang lain dan hanya MTUC yang menentang sedangkan saya sudah menjelaskan hal yang sebenarnya," kata beliau.

"Akta itu bukan dibuat ikut arahan majikan, sebaliknya berdasarkan tuntutan pekerja sejak beberapa tahun lepas lagi," kata beliau menegaskan tindakan Kementerian Sumber Manusia terhadap pindaan akta tersebut.

Subramaniam berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Tahunan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) hari ini.

Dalam laporan awal pagi tadi, The Malaysian Insider menyebut MTUC sebulat suara memutuskan untuk mengadakan piket di seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah tindakan Putrajaya meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Piket akan diadakan serentak di seluruh negara.

Pendirian tegas ini, susulan piket di kawasan Parlimen pada 3 Oktober lalu, diputuskan oleh mesyuarat majlis am khas petang semalam. Lebih 100 kesatuan gabungan menghadiri mesyuarat semalam.

Kali terakhir MTUC mengadakan piket nasional adalah pada 2007 berkaitan dengan dasar minimum.

"Kami memutuskan untuk mengadakan piket bagi melahirkan pendirian tidak puas hati kami dengan tindakan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia meneruskan bacaan kali kedua rang undang-undang ini meskipun kami telah menghantar surat kepada Menteri Sumber Manusia (Datuk Dr S Subramaniam) agar ia ditangguhkan," kata Presiden MTUC Khalid Atan kepada The Malaysian Insider.

Surat itu dipanjangkan kepada Subramaniam ketika mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) kira-kira sejam sebelum piket 3 Oktober lalu.

Perkembangan semasa dijangka membawa kesan dari segi sokongan pekerja kepada parti pemerintah pada pilihan raya umum ke-13.

Sejurus selepas mesyuarat majlis am berakhir beberapa pemimpin kesatuan gabungan meluahkan perasaan kecewa mereka dengan berkata jika kerajaan tidak mahu mendengar suara piket, para pekerja akan mengambil pendirian semasa pilihan raya — dilihat merujuk kepada pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Sambil menegaskan MTUC telah memberi pandangan yang salah kepada rakyat, Subramaniam berkata kerajaan masih lagi bersedia berbincang dan berunding dengan MTUC agar mempertimbangkan semula berkenaan penganjuran piket di seluruh negara.

Bersih: Mat Sabu sedia jadi saksi siasatan awam Suhakam

Posted: 12 Oct 2011 05:30 AM PDT




KUALA LUMPUR— Mohamad Sabu berkata beliau akan menawarkan diri sebagai seorang saksi dalam siasatan awam kendalian Suhakam, yang bermula hari ini berhubung dakwaan kekasaran pihak berkuasa polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 awal bulan lalu.

Timbalan Presiden PAS itu sebelum ini mendakwa beliau telah dirempuh oleh kenderaan polis ketika sedang membonceng motosikal dan mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan.

Bagaimanpun polis telah menafikan dakwaan beliau itu.

"Ya, sudah pasti saya akan (memberi keterangan)," kata Mohamad (gambar) kepada The Malaysian Insider menerusi SMS ketika ditanya sama ada akan menjadi saksi siasatan awam Suhakami.

Mohamad yang kini berada di luar negara bagaimanapun beliau belum memaklumkan Suhakam mengenai perkara itu.

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau sudah pun memaklumkan Mohamad mengenai siasatan awam yang bermula hari ini.

"Beliau memberitahu bahawa beliau berminat untuk mengambil bahagian," kata Hanipa.

Pegawai imigresen maut jatuh tingkat 12 kondominium

Posted: 12 Oct 2011 05:26 AM PDT

THE MALAYSIA INSIDER

KUALA LUMPUR — Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat sini semalam.

Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya dipetik Bernama Online.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan pegawai penguat kuasa imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lepas.

Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Hudud: Kelantan beri pemimpin Pakatan taklimat di pejabat DAP

Posted: 12 Oct 2011 05:18 AM PDT


KUALA LUMPUR — Di sebalik kontroversi yang berterusan, Kelantan mengambil langkah mencari sokongan dengan memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung hasrat kerajaan negeri pimpinan PAS itu mahu memperkenalkan hukum hudud. Difahamkan pada majlis penerangan itu, yang diadakan di ibu pejabat DAP di sini petang kelmarin, taklimat diberikan oleh tiga Exco Kerajaan Negeri.

Ia susulan mesyuarat khas Pakatan Rakyat dua minggu lalu.

Isu hukum hudud kerajaan negeri Kelantan muncul semula awal bulan lepas ekoran satu pandangan pada seminar syariah nasional di Kota Baru.

The Malaysian Insider difahamkan pertemuan itu diadakan atas permintaan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sendiri dan dihadiri oleh kesemua pemimpin kanannya kecuali Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Exco yang memberi penjelasan pada pertemuan itu ialah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Takiyuddin Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan) dan Dr Mohd Fadzli Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi).

Mohd Amar juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Kelantan membawa hasrat melaksanakan hukum hudud sejak dua dekad lalu.

Perkembangan itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

"Rakaman terima kasih dan penghargaan kepada pimpinan Pakatan Rakyat kerana memahami hasrat rakyat dan kerajaan Kelantan berkaitan kewujudan dan usaha memartabatkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan (1993).

"Tidak dilupakan terima kasih jua kepada Exco Kerajaan Kelantan (Datuk Mohd Amar, Datuk Takiyudin dan Dr Mohd Fadzli) kerana (ketiga-tiga) YB dilaporkan cukup 'pakar' menjelaskan apa yang tersirat mengenai Undang-undang Syariah tersebut ketika perjumpaan pimpinan Pakatan Rakyat pada 10 Oktober lalu (kelmarin) di pejabat DAP, Jalan Pudu," kata Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Seorang pemimpin dari Kelantan yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, kerajaan negeri mengadakan taklimat ekoran permintaan daripada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan inisiatif Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Oleh kerana pihak DAP dan PKR sendiri menunjukkan kesediaan untuk mendengar usaha kami, maka kami juga menggunakan peluang itu dengan baik. Pengerusi DAP Karpal Singh juga hadir pada pertemuan kira-kira dua jam ini," kata beliau lagi.

"Datuk Nik Aziz tidak hadir tetapi beliau gembira dengan laporan yang dikemukakan hasil pertemuan itu, yang dijalankan secara musyawarah," katanya yang enggan namanya didedahkan.

Bagaimanapun beliau juga enggan berkongsi butiran lanjut hasil pertemuan itu termasuk pendirian DAP dan PKR ekoran penjelasan tersebut.

Mengenai tindakan susulan kata beliau, perkara itu belum diputuskan dan "akan dibincangkan oleh kerajaan negeri" selepas ini.

Rombongan PAS diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Pada 28 September lalu, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Anwar memberitahu hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Hadi dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat 28 September lalu memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.

"Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

"Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah," kata mereka.

Beberapa hari sebelum itu, Karpal menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi ini.

Karpal yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.

Pada waktu itu juga Nik Aziz yang mengetuai kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 berkata, beliau lebih rela jika DAP mahu keluar Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Skandal telekom: India minta bantuan Malaysia siasat Ananda Krishnan, Marshall

Posted: 12 Oct 2011 05:16 AM PDT


KUALA LUMPUR – Agensi yang menguruskan tukaran asing India mahu mendapatkan bantuan Malaysia untuk menyoal siasat orang kaya T. Ananda Krishnan dan ketua pegawai kanannya Ralph Marshall berhubung skandal telekomunikasi Maxis-Aircel.

Akhbar dari Mumbai, The Indian Express berkata Enforcement Directorate (ED) negara itu mula meningkatkan siasatan ke atas operator mudah alih Aircel.

ED ditubuhkan untuk menangani ketirisan mata wang asing menerusi aktiviti penyelewengan.

"Pegawai-pegawai ED juga akan mendapatkan bantuan perundangan untuk menyoal Krishnan dan Marshall," kata akhbar itu hari ini.

Awal minggu ini pihak berkuasa India memfailkan kes terhadap Ananda Krishnan (gambar) dan Marshall bersama seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu dan adiknya berhubung tuduhan konspirasi jenayah membabitkan urusan telekomunikasi Maxis dan Aircel.

Bekas menteri itu ialah Dayanidhi Maran dan adiknya bernama Kalanidhi.

Biro Siasatan Pusat telah mengadakan serbuan ke atas premis kedua-dua beradik di New Delhi dan Chennai.

Bekas ketua Aircel C Sivasankaran mendakwa bahawa Dayanidhi Maran ketika menjadi menteri telah bertindak memihak kepada Kumpulan Maxis dalam pengambilalihan syarikat itu dan sebagai ganjaran pelaburan dibuat oleh syarikat itu menerusi rangkaian Astro di Sun TV dimiliki oleh keluarga Maran.

The Indian Express melaporkan bahawa pegawai-pegawai ED telah merampas dokumen-dokumen kewangan dari rumah adik-beradik Maran di New Delhi, Chennai dan Hyderabad.

Selain adik-beradik Maran, Ananda, Marshall dan syarikat-syarikat Malaysia, Biro Siasatan Pusat India juga menamakan syarikat penyiaran televisyen keluarga Maran, Sun TV Network.

Memetik sumber-sumber ED, akhbar itu melaporkan bahawa dokumen-dokumen kewangan Sun TV, Maxis Communications, Aircel dan Astro akan diteliti untuk mengesan aliran wang membabitkan Rs630 juta yang disebut dibayar kepada Sun TV.

Sedia pakar bedah seluruh negara

Posted: 12 Oct 2011 05:15 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Kerajaan BN, khususnya Kementerian Kesihatan, diminta lebih prihatin terhadap masalah kesihatan rakyat dengan menyediakan pakar bedah yang mencukupi di seluruh negara.

Ahli Parlimen Pkok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, sehingga kini negara kita ternyata masih kekurangan pakar-pakar bedah termasuk di hospital-hospital utama di negeri-negeri di seluruh negara.

Menurut beliau, realiti itu antara lain boleh dirujuk di Hospital Besar Alor Star, Kedah yang ternyata amat kekurangan pakar bedah sejak dulu.

Katanya, keadaan itu amat menyusahkan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan daripada pakar bedah sehingga menyebabkan mereka terpaksa mendapatkannya di hospital-hospital di negeri lain.

"Di Kedah katakan, disebabkan tak ada pakar bedah, takkanlah orang ramai mesti menyeberang Jambatan Pulau Pinang sepanjang masa untuk mendapatkan perkhidmatan pakar bedah di Pulau Pinang," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata demikian ketika mencelah ucapan Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kasim sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bacaan kali kedua pada Persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Menurut Mahfuz, kekurangan pakar-pakar bedah itu pasti amat dirasai oleh rakyat, setelah mereka juga dikenakan bayaran setiap kali ke hospital-hospital kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan walaupun sebanyak RM1.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali pula ketika bangun mencelah kesal dengan sikap isteri Duta Besar Malaysia ke Filipina.

Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, menurut beliau, isteri Duta Besar Malaysia ke negara itu telah secara terang-terangan mengutuk salah seorang pejuang yang dihormati di negara itu.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, meskipun Duta Besar Malaysia Ke Filipina sendiri tidak melakukannya, tetapi isterinya yang terlebih sehingga tergamak mengutuk pejuang di Filipina.

"Sikap isteri Duta Besar Malaysia ke Filipina itu jelas menunjukkan beliau lebih berkuasa daripada suaminya sendiri. Di negara kita juga terdapat isteri yang lebih berkuasa daripada suami seperti itu," katanya kesal dengan nada menyindir.

Mahkamah lepaskan pemuda miliki baju T Bersih 2.0

Posted: 12 Oct 2011 05:14 AM PDT

Aslani M

BACHOK: Aktivis masyarakat, Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33 yang ditahan atas dakwaan memiliki t-shirt bertulis perkataan Bersih 2.0 pada Julai lalu hari ini dilepas tanpa dibebas Mahkamah Majistret Bachok.

Majistret Mohd Hafiz Mohd Nor melepaskan tertuduh selepas Timbalan Pendakwa Raya, Wong memaklumkan mendapat arahan Jabatan Peguam Negara supaya tidak meneruskan kes itu.

Ekoran arahan tersebut majistret kemudian melepas tanpa membebas tertuduh. Hadir bersama di mahkamah ahli-ahli keluarga dan pimpinan Pemuda PAS Bachok.

Mohd Amizul Fazly diwakili peguam Firdaus Mohd Yusoff, Mohd Alami Lazim dan Mohd Abd Rashid Yah.

Mohd Amizul yang juga anggota jawatankuasa Pemuda PAS Bachok didakwa mempamer baju T bertulis Bersih 2.0 di sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Pauh, Mahligai, Bachok pada awal Julai lalu.

Beliau kemudian ditahan reman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok dan didakwa di mahkamah pada 5 Julai di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali.

Bagaimanapun beliau tidak mengaku bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM4,000.

Pendakwaan terhadap Mohd Amizul difahamkan merupakan kes pertama membabitkan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Sebelum ini pada 26 September lalu seorang peniaga, Zakaria Che Will, 40, yang didakwa menjual sebanyak baju-T berwarna kuning bertulis Bersih di Jalan Datuk Pati di Kota Bharu pada juga dilepas tanpa dibebaskan.

Perbicaraan kes tersebut diadakan di Mahkamah Majistret Tumpat di hadapan Majistret Mohd Hafiz Mohd Nor.

Zakaria diwakili peguam Hatman Abdullah, Mohd Ab Rashid dan Mohd Murtaza Mokhtar, manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussin.

Pada akhir Jun lalu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussien menyifatkan orang yang memakai baju berkaitan Perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu sebagai haram.

Sehingga akhir Jun lalu 85 individu ditahan atas dakwaan menjalankan aktiviti mempromosi perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

Bajet 2012 tiada peruntukan tangani gejala sosial

Posted: 12 Oct 2011 05:11 AM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam mempersoal Bajet 2012 yang tidak menyediakan peruntukan khas untuk menangani masalah sosial dalam masyarakat.

NGO terbabit antaranya Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudahatus Sakinah, Pertubuhan Darul Islah Malaysia (Perkid Malaysia) dan Rumah Puteri Arafiah merupakan NGO Islam yang aktif dalam kerja-kerja mencegah dan merawat golongan yang terjebak dalam masalah sosial seperti hamil luar nikah, penyalahgunaan dadah dan keganasan rumah tangga.

Menyifatkan kerajaan sebagai tidak serius untuk menangani masalah sosial yang semakin membarah dalam masyarakat, Pengerusi Lembaga Pengarah Induk (LPI) Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Dr Harlina Halizah Siraj berkata, pihaknya amat memerlukan sokongan untuk menangani masalah ini.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Jemaah Islah Malaysia (JIM), dekat sini hari ini beliau berkata usaha meningkatkan prasarana fizikal dan tahap ekonomi rakyat semata-mata tanpa memberikan penekanan kepada aspek pembangunan dalaman yang beramanah, berintegriti dan bertangungjawab dibimbangi akan lebih mendatangkan keburukan kepada negara.

"Amatlah wajar, semua usaha dan sumber yang ada digembleng untuk menangani masalah sosial melalui langkah pencegahan dan rawatan yang berkesan agar dapat dikawal.

"Usaha komprehensif dan intensif ini pastinya memerlukan banyak sokongan dan dokongan khususnya dari pihak berwajib termasuk memperuntukkan sumber kewangan yang mantap dan stabil bagi melaksanakan usaha yang penting ini," katanya yang juga Ketua Wanita JIM.

Namun tegas beliau, apa yang dituntut bukanlah bantuan kewangan semata-mata sebaliknya kerjasama erat di antara kerajaan dengan NGO tanpa banyak karenah birokrasi.

Justeru, mereka menuntut kerajaan meningkatkan usaha pencegahan dan pendidikan masyarakat (amar maaruf) yang meluas serta menyusun strategi rawatan dan pemulihan yang efektif (nahi mungkar) kepada kelompok yang terjebak dengan gejala sosial.

"Kami memohon agar penegasan ini diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan. Jangan biar kami menunggu setahun lagi untuk pembentangan bajet 2013. Itu pun belum tentu suara kami diambil kira," katanya sinis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan bajet 2012 Jumaat lalu tidak menyentuh mengenai peruntukan untuk NGO Islam sebaliknya mengumumkan peruntukan untuk "Anjung Singgah" iaitu pusat khidmat bantuan sosial untuk memberi perlindungan sementara kepada golongan gelandangan.

Kini terdapat 1,400 gelandangan di Kuala Lumpur yang mendaftar dengan Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM).

Kerajaan tolong buka mata

Sementara itu, Presiden Perkid Malaysia, Masridzi Sat menegaskan kerajaan harus membuang sifat ego mereka sebaliknya mengaku mereka tidak mampu melakukan semua perkara dan menyerahkan sebahagiannya kepada NGO yang berpengalaman.

Beliau berkata, bagi Perkid sendiri, amat sukar untuk mendapatkan bantuan kerajaan khususnya JKM dalam usaha memberikan bantuan kepada remaja bermasalah.

"Kerajaan selalu syok sendiri, buat program mengikut citarasa mereka tanpa meminta pandangan kami yang sudah lama terlibat dengan kerja-kerja pencegahan ini. Tapi apa kesannya? Masalah sosial makin berlambak.

"Mereka tak bagi bajet kat kita, tapi berapa kali kami dapat arahan supaya tutup pusat perlindungan. Sudahlah kami kutip bayi terbiar, kami pun terbiar sama," katanya yang menguruskan empat rumah perlindungan remaja bermasalah antaranya di Hulu Langat, Selangor.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah wakil daripada Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan & Iman Malaysia, Kem Modal Insan KEWAJA, Rumah Perlindungan & Pemulihan Wanita Islam Darul Wardah, Pertubuhan Inisiatif, Penyelidikan, Pembangunan & Pemerkasaan Wanita (WIRDA), Rumah Kebajikan Darul Islah, Pusat Tarbiyah Darul 'Atiq dan Keluarga Besar Norlina Alawi.

Apabila pelajar kita jatuh hati dengan negara luar

Posted: 12 Oct 2011 05:10 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana universiti tempatan tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai 400 buah universiti terbaik di dunia dalam kedudukan Times Higher Education (THE) baru-baru ini.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, lebih menyedihkan kerana Malaysia jauh tertinggal berbanding dengan negara Asia seperti Hong Kong, Jepun dan China malah negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

"DPPM berpendapat, kerajaan tidak serius dalam usaha melahirkan universiti tempatan setaraf dengan universiti terbaik dunia yang lain. Sedangkan dalam kehebatan teknologi dan kestabilan ekonomi negara kita, sepatutnya universiti tempatan boleh menandingi kehebatan universiti terbaik setidak-tidaknya dari Asia atau negara jiran yang lain," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, antara kekangan seperti yang diutarakan oleh Menteri Pengajian Tinggi adalah kerana universiti tempatan kurang terlibat dengan penyelidikan berimpak tinggi.

Dalam hal ini, ujarnya DPPM berpendapat kerajaan perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam menyediakan segala keperluan dan infrastruktur bagi mewujudkan penyelidikan tinggi di peringkat universiti.

Beliau menambah, universiti-universiti tempatan perlu digalakkan terlibat kajian secara meluas dan mendalam dan kerajaan beri sokongan kewangan secara berterusan.

Katanya, kerajaan perlu menggalakkan pelajar mahupun universiti tempatan sendiri belajar bagaimana universiti terbaik dunia mendapat pengiktirafan mereka.

Menurutnya, sistem pengajian di samping kualiti yang diterapkan oleh universiti terbaik dunia juga boleh diambil perhatian.

"Selain itu, kerajaan juga perlu meletakkan kualiti akademik yang standard serta sasaran misi jangka panjang agar universiti tempatan kita mampu bersaing dan mendapat tempat antara yang terbaik di dunia," ujarnya lagi.

Tambahnya, DPPM bimbang kesan daripada ini, universiti tempatan tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa, kualiti universiti tempatan tidak diperakui malah mungkin akan dipertikaikan dan pelajar tempatan pula akan memilih universiti luar negara sebagai tempat mereka menimba ilmu.

"Lebih dari itu, pelajar-pelajar ini tidak pulang ke negara kita selepas tamat pengajian kerana 'jatuh hati' dengan negara tempat mereka belajar," katanya.

Justeru, katanya DPPM mengharapkan kualiti pendidikan tinggi di negara ini dijaga dan dipertingkatkan bagi memberi kepercayaan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia juga mampu bersaing dengan universiti lain di dunia.

"Ia juga penting bagi memberi keyakinan kepada pelajar khususnya pelajar dari luar negara agar mereka memilih universiti tempatan kita," katanya.

Takziah buat keluarga allahyarham Ahmad Jais

Posted: 12 Oct 2011 05:06 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PAS merakamkan takziah kepada keluarga penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), semalam.

Pemergian allahyarham, menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, satu kehilangan besar kepada dunia hiburan negara.

"Saya peminat nombor satu lagu-lagu allahyarham. Beliau telah memberi sumbangan besar dalam menghiburkan masyarakat dengan lagu-lagu dendangannya," katanya.

Allahyarham Ahmad Jais, 75, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.20 pagi semalam dipercayai akibat masalah paru-paru.

Jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam semalam.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Selamat Hari Raya' dan 'Budi Setahun Segunung Intan' yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lepas kerana kesukaran bernafas.

"Kita doakan semoga roh allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," ujar Mahfuz lagi.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya, Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.

Persembahan terakhir allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

MCA dicabar debat isu hudud di Kelantan

Posted: 12 Oct 2011 05:05 AM PDT

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU: Kecelaruan masyarakat bukan Islam dalam isu hudud bukannya datang dari ketidak fahaman mereka terhadap hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukuman tersebut tetapi ia adalah berpunca dari hasutan dan penyebaran maklumat salah oleh pihak tertentu kepada masyarakat bukan Islam terutamanya di Kelantan.

Menurut Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan (DHPPK), Lim Guan Seng, perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah 2 di Kelantan hanyalah melibatkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang.

Beliau juga melahirkan rasa kesal di atas tindakan Ketua DHPP Pusat, Hu Pang Chaw yang sering menimbulkan kekeliruan dalam menangani isu terutamanya melibatkan negeri Kelantan.

"Saya berharap beliau memahami dengan mendalam suasana Kelantan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana masyarakat bukan Islam di Kelantan lebih memahami hasrat kerajaan negeri," ujar beliau.

Sementara itu, Penasihat DHPPK Jeff Lee berkata sudah sampai masanya pihak parti MCA diajak berdebat dalam soal perlaksanaan hukuman hudud ini.

Beliau ditemui di sidang media bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Dun Kota Lama semalam. Turut hadir ahli jawatankuasa DHPP Kelantan.

"Kami mencabar MCA yang selama ini sering mempolitikkan isu hudud sedangkan mereka tidak mengetahui perkara sebenar,sepatutnya mereka mengambil usaha datang mengunjungi kerajaan Kelantan seperti mana mereka mendapat penjelasan dalam isu judi dulu," kata beliau.

MCA turut dicabar membawa seberapa ramai ahli maupun masyarakat luar untuk mendapat penjelasan terus dari Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kalau nak harapkan pihak rakan mereka dalam BN seperti umno sudah tentu lah mereka tidak akan mendapat maklumat tepat kerana umno sendiripun menentang perlaksanaan hukuman ini," katanya lagi.

DHPP Kelantan juga mengecam sikap pimpinan MCA yang mempolitikkan isu ini dan menimbulkan rasa takut dalam masyarakat bukan Islam di Kelantan.

Menurut beliau lagi berdasarkan pengalaman masyarakat bukan Islam di Kelantan kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka dalam semua dasar dan aktiviti kerajaan negeri.

Lee juga berkata masyarakat bukan Islam di Kelantan telah menerima penjelasan berkaitan enekmen Kanun Jenayah Syariah 2 sejak ia diluluskan pada tahun 1993 lagi, Cuma ia digembar gemburkan oleh pihak yang dengki dengan keharmonian masyarakat di Kelantan sahaja.

"Saya juga berharap selepas ini tidak akan berbangkit lagi soal terima atau tidak terhadap perlaksanaan hukum hudud kerana ia hanya untuk masyarakat Islam sahaja, mengapa kita perlu takut, adakah kita sering melakukan kesalahan seperti mencuri dan berzina itu, yang saya hairan lagi ialah orang umno yang mengaku Islam sendiri pulak yang menentangnya dan ini adalah semata-mata kepentingan politik sahaja," katanya lagi.

Najib dicabar dedah RM10.1 juta kos lawatan

Posted: 12 Oct 2011 05:01 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PKR mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan butiran terperinci perbelanjaan lawatan beliau ke luar negara yang mencecah RM10.1 juta setakat tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution (gambar) berkata, sebanyak RM9.1 juta dihabiskan untuk kos penyewaan pesawat bagi lawatan Najib dan isterinya ke luar negara, diikuti lawatan ke Kezakhstan yang melebihi RM1 juta.

"Perbelanjaan ini melampau dan kalau betul Najib telus, saya mencabar beliau membentangkan setiap perincian butiran perbelanjaan,"

"Tanggungjawab Najib ialah untuk memberikan semua maklumat dalam persidangan parlimen agar Pakatan Rakyat boleh memeriksa setiap sen yang digunakan," kata Saifuddin, lapor KeadilanDaily.

Menurut Saifuddin, jumlah perbelanjaan lawatan tersebut lebih tinggi berbanding tempoh tiga tahun lalu yang mencecah kos keseluruhan sebanyak RM17 juta.

"Ini adalah bukti nyata Najib terus mengamalkan cara hidup mewah dan tak prihatin terhadap penderitaan rakyat di bawah," katanya.

Ahli Parlimen Machang itu juga turut menggesa agar ciri lawatan berkenaan dikaji semula memandangkan lawatan singkat Najib Ke Kazakhstan misalnya, menelan kos yang tinggi.

"(Ia) perlu kaji semula dan pengurangan boleh dibuat melalui pengurangan anggota (rombongan) yang menyertai lawatan," katanya.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah memberitahu Dewan Rakyat kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang melibatkan jumlah RM9.1.

Semalam, Kementerian Luar Negara pula mendedahkan RM1,072,213.22 dibelanjakan oleh perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam di Kazakhstan.

Pada Jun lalu, Dewan Rakyat diberitahu dari tahun 2008 hingga 2011, sejumlah RM17,118,650.58 digunakan bagi perbelanjaan lawatan rasmi PM bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam jawapan tersebut, Najib dan Rosmah membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

Peneroka diugut tarik balik saman Felda

Posted: 12 Oct 2011 05:00 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Lima peneroka Felda Palong 9, Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis selepas menerima ugutan supaya menarik semula saman mereka terhadap Felda.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Ladang Gedes Jempol, kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Menurut Peguam T Kumar seperti dipetik KeadilanDaily, peneroka tersebut diugut tidak akan menerima bantuan daripada pihak pengurusan Felda, seperti surat sokongan untuk sekolah anak-anak jika tidak menarik balik saman tersebut.

"Dalam masa beberapa minggu, pihak pengurusan datang dari rumah ke rumah bersama dengan ketua cawangan (Umno). Amaran yang diberikan kepada peneroka merupakan ugutan secara tidak langsung dan ini tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada KeadilanDaily.

7 Julai lalu, seramai 113 peneroka memfailkan saman terhadap Felda kerana kecuaian pemberian tender menebang kayu getah.

Mereka menamakan sembilan defendan, antaranya Felda, pengurus Felda Palong 9, Saleh Muhidin, dan ketua kampung, Osman Parman yang juga ketua cawangan Umno.

Dalam kenyataan tuntutan mereka, kumpulan itu berkata pengurus Felda dan anggota JKKR pada satu mesyuarat 16 Mac tahun lalu telah memutuskan projek untuk memproses pokok getah yang ditebang akan dianugerah menerusi tender terbuka dan diberi kepada pembida tertinggi.

Pegawai khas pengarah Felda, Datuk Ramli Ismail, juga hadir pada mesyuarat itu, kata kenyataan tuntutan mereka.

Bagaimanapun, kontraktor dilantik Felda, Syarikat LBJ Global dianugerahkan projek itu pada harga bidaan RM8,205 sehektar atau RM33,000 bagi setiap peneroka iaitu paras harga yang lebih rendah daripada harga siling yang dipersetujui.

Mereka mendakwa Felda telah abai dan cuai menjaga kepentingan plaintif-plaintif yang telah menyebabkan plaintif mengalami kerugian dan kehilangan.

Malah mereka juga mendakwa Felda dan pengurusnya 'membuat representasi dan salah nyata' bahawa harga RM33,000 bagi setiap peneroka adalah harga paling tinggi dan berpatutan mengikut harga pasaran.

Setiap peneroka mempunyai kawasan seluas 10 ekar (empat hektar).

Chong mahu majlis mesyuarat ditangguhkan, bincang tuduhan rasuah Taib

Posted: 12 Oct 2011 04:01 AM PDT



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen pada Rabu menfailkan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18 untuk menangguhkan Majlis Mesyuarat bagi membincangkan penyiasatan kerajaan negara asing atas tuduhan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut Chong, notis itu dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebelum pukul 10 pagi tadi dan keputusannya akan diketahui selepas sesi soal jawab di Parlimen pada Khamis.

"Ini adalah kali pertama seorang Ketua Menteri negeri dari Malaysia menjadi subjek siasatan kerajaan negera lain atas tuduhan rasuah.

"Tindakan itu telah mencemarkan nama baik negara dan menjejaskan sistem pentadbiran kerajaan kita,"katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau mahu Dewan Rakyat mempertimbangkan notis penangguhan tersebut bagi membincangkan penyiasatan itu.

Pada 13 Mei lalu, laporan Asia Sentinel bertajuk 'Swiss Bank Power to Probe Taib Holding menyatakan Presiden Swiss mengarahkan agensinya menyiasat aset Ketua Menteri Sarawak itu di beberapa buah bank negara tersebut.

- mStar

Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung

Posted: 12 Oct 2011 03:57 AM PDT



SEPANG - PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.

Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi.

Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian.

Kepung resort

Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini.

Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan.

Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang.

"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Sumber dalaman

Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya.

Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui.

"Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini.

"Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya.

Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok.- Harakah Daily

Malaysia jatuh satu tangga kepada 78 dalam laporan kebebasan ekonomi

Posted: 12 Oct 2011 03:54 AM PDT


KUALA LUMPUR - Malaysia jatuh satu anak tangga ke kedudukan ke-78 bagi kebebasan ekonomi dalam Laporan Tahunan 2011: Kebebasan Ekonomi Dunia, sejajar dengan penurunan seluruh dunia dan disebabkan terutamanya saiz kerajaan.

Laporan oleh Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) itu dilancarkan di sini, Rabu, di Persidangan Asia Kebebasan Ekonomi 2011.

"Tahun lepas, kita berada di kedudukan ke-77 tetapi tahun ini kita jatuh satu tangga kepada 78. Sebenarnya, kedudukan Malaysia telah turun sejak beberapa tahun dan ini satu aliran yang membimbangkan," kata Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata negara memperoleh skor sifar di bawah kategori kecil "Pelaburan dan Perusahaan Kerajaan".

Ini, katanya, menunjukkan tahap pembabitan kerajaan dalam ekonomi menerusi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sangat membimbangkan.

"Sejak 1995, saiz kerajaan semakin meningkat," katanya.

Laporan tahunan itu dikeluarkan oleh Fraser Institute, kumpulan pemikir dasar awam utama Kanada secara kerjasama dengan institut bebas di 85 negara dan wilayah.

Rakan kongsi di Malaysia ialah IDEAS.

Dari 2006 hingga 2011, Malaysia berada di kedudukan ke-53, ke-60, ke-72, ke- 66, ke-77 dan ke-78. (42 indeks berbeza itu, mengukur kebebasan ekonomi dari skala 0 hingga 10, dengan 0 paling rendah dan 10 terbaik).

Sementara itu, dari 2006-2011, Singapura mengekalkan kedudukan kedua, manakala Indonesia berada di kedudukan ke-8, ke-86, ke-101, ke-93, ke-90 dan ke-84, Thailand berada di kedudukan ke-60, ke-60, ke-56, ke-59, ke-58 dan ke-65 manakala Vietnam pada kedudukan ke-88, ke-97, ke-108, ke-101, ke-105 dan ke-88.

Wan Saiful berkata Malaysia mencatatkan prestasi baik dalam bahagian "Peraturan Kredit, Buruh dan Perniagaan" dan ia bertambah baik dalam bidang ini sejak 1980.

"Ia suatu yang baik yang kerajaan menyedari keperluan untuk merasionalkan pembabitannya dalam ekonomi, dan terdapat rancangan untuk melupuskan pegangannya dalam pelbagai GLC serta meliberalisasikan sektor yang berbeza.

"Ini mustahak dan ia perlu diperbaharui," katanya.

Kaji selidik yang dijalankan bagi Indeks itu menunjukan hubungan jelas antara kebebasan ekonomi, kemakmuran dan pendapatan nasional kasar (GNI).- Bernama

Jui Meng hentam Ka Siong atas isu ‘gadis glamor’ MCA

Posted: 12 Oct 2011 03:49 AM PDT

Melissa Lee, Malaysia Chronicle

Kelihatannya seperti MCA telah menimbulkan satu lagi kekecohan dan hipokrisi yang dikatakan pengkritik akan menghanguskan apa-apa kredibiliti yang tinggal pada parti itu.

Walaupun sewaktu Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA tergesa-gesa untuk meraih simpati umum untuk dirinya di atas isu Beliawani atau Pemuda Wanita MCA, telah digembar-gemburkan yang sememangnya, sekurang-kurangnya 4 daripada sekumpulan gadis-gadis cantik yang menghadiri perjumpaan tahunan Pemuda parti itu adalah model upahan.

Tetapi Kia Siong enggan menyentuh perkembangan terkini, sebaliknya memilih untuk menyalahkan pemimpin-pemimpin Pemuda PKR yang mula mempersoalkan samada gadis-gadis itu benar-benar ahli MCA.

"Secara logiknya, seseorang itu boleh membuat hubungan berikutan komentar beberapa pemimpin Pemuda PKR yang mengkritik MCA," kata Wee yang dipetik oleh The Star. Malahan beliau mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang.

Secara langsung Wee dihentam oleh Naib Presiden PKR Chua Jui Meng, yang berkata dia membuat tuduhan tanpa asas dan tanpa bukti.

"Hanya orang bodoh yang akan tergesa-gesa membuat tuduhan seperti itu, lebih-lebih lagi apabila terdapat asas untuk mengatakan Khai Loon dan Pei Nei betul dalam perkiraan mereka. Kita ada kepercayaan yang kukuh bahawa ahli PKR tidak berpolitik longkang dan kita menjemput Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri untuk menjelaskan isu laporan berita mengenai gadis-gadis yang dikatakan model upahan itu," kata Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

"Soi Lek juga merhutang penjelasan kepada rakyat mengapa Ka Siong dan Pemuda parti itu cuba memberi impresi yang gadis-gadis itu adalah ahli MCA. Seperti kata pepatah, siapa yang makan cili terasa pedas. Mungkin kerana inilah Ka Siong dan Beliawanis huru-hara tanpa memberi apa-apa bukti."

U-turn ke hipokrisi yang mengejut

Sebuah portal berita melaporkan satu hari yang lalu bahawa empat daripada 10 gadis-gadis itu adalah model professional, bukan ahli MCA, memetik daripada seorang pengguna forum bernama 'hdcyng' pada laman web cari.com.my.

Ketua Beliawanis MCA Tee Hooi Ling dan timbalannya Nicole Wong, yang mengepalai serangan ke atas Ketua Pemuda PKR Lee Khai Loon dan ahli DUN Rawang Gan Pei Nei, sering menghentam Pei Nei kerana tidak menghormati kaum jantinanya sendiri, anehnya berdiam diri ketika ditemui untuk kepastian.

Tee menunjukkan Malaysiakini kepada Ketua Pemuda MCA Selangor Kow Cheong Wei, berkata dia berada di luar negara. Kow pula enggan memberi kepastian samada gadis-gadis tersebut adalah ahli MCA, sambil mengatakan media tidak seharusnya hanya focus pada sesetengah peserta AGM itu.

Keseganan Tee dan MCA jauh berbeza dengan nada mereka pada 5 Oktober lepas.

"Itu tidak benar, mereka semua ahli, saya rasa ada yang datang dari bahagian Subang. Saya tidak tahu bagaimana orang boleh mengeluarkan dakwaan sebegitu," Malaysiakini melaporkan kata-kata Tee.

Untuk mengukuhkan hipokrisi Tee, beliau juga berkata adalah "amat jijik" apabila pengguna internet mempersoal keahlian mereka hanya kerana mereka rasa gadis-gadis itu cantik.

Orang berkata apabila kebenaran muncul, adalah menarik untuk kita lihat siapa yang menyalah guna wanita dan mempergunakan mereka sebagai objek seks, dan semua itu untuk mendapatkan keuntungan politik.

"Biar kebenaran timbul dengan sendiri. Tiada guna untuk menutup atau menyorokkan kebenaran kerana Beliawanis juga pada awalnya menghentam PKR kerana berkata gadis cantik tidak boleh masuk politik. Sekarang mereka tidak berani untuk berkata gadis-gadis itu diupah, selain untuk fungsi-fungsi lain, tetapi juga untuk tayangan lelaki-lelaki Pemuda MCA. Sangat macho, adakah itu yang cuba dikatakan oleh Wee? Sertai MCA dan kamu akan dikelilingi gadis-gadis cantik? Apa jenis kempen itu?" kata orang lama PKR Eddie Wong kepada Malaysia Chronicle.

Website bayangan dan menipu orang bodoh

Wee, yang juga merupakan Timbalan Menteri Pendidikan telah menyalahkan ketua-ketua pembangkang di atas laman web bernama Suara Keadilan Malaysia tetapi tiada kaitan langsung dengan PKR atau majalahnya Suara Keadilan. Laman web berita PKR bernama http://www.keadilandaily.com/.

Malahan, laman web ini sering dikunjungi bloger-bloger UMNO untuk menyuarakan propaganda anti-pembangkang mereka. Laman web itu telah menunjukkan gambar beberapa wajah 'ahli Beliawanis' di 'superimpose' ke atas tubuh-tubuh yang bergaya lucah.

"Website bayangan itu biasa. Antara yang paling terkenal ialah freemalaysiakini. Dan di Selangor, UMNO Selangor terang-terangan menerbitkan versi Selangorkini mereka untuk melawan Pakatan Rakyat. Untuk berpura-pura tidak tahu wujudnya benda-benda seperti ini menunjukkan samada Wee tidak mengikut perkembangan atau dia berpura-pura tidak tahu. Tetapi itu bukan alasan. Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, beliau tidak boleh cuba untuk memperdayakan rakyat yang kurang berpengetahuan, beliau patut meningkatkan pengetahuan mereka, bukan cuba menipu mereka yang tidak tahu," kata Eddie.- Malaysia Chronicle

"Wee Ka Siong, jangan fitnah AMK!"

Posted: 12 Oct 2011 03:48 AM PDT

Lee Khai Loon


Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon amat kesal atas tuduhan fitnah yang dibuat oleh Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong tentang blog ciplak Suara Keadilan Malaysia. Kami meminta Wee Ka Siong agar tarik balik tuduhan yang tidak berasas sekali dan memohon maaf secara terbuka dalam masa 24 jam.

Tanpa sebarang bukti yang kukuh, Wee secara tidak rasional telah membuat serangan peribadi terhadap saya. Wee seolah-olah menonjolkan dia sebagai seorang mangsa untuk mengaut simpati orang ramai. Sebenarnya tujuan Wee adalah untuk mengalihkan fokus yang mengkritik Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pemuda MCA yang hipokrit memperguna wajah wanita serta tekanan luar yang mempertikaikan identiti keahlian wanita muda tersebut.

Kebelakangan ini, apabila berdepan dengan tekanan daripada pendapat umum, Wee telah menyatakan "apa salahnya sekiranya wanita muda itu cantik?", "pekerjaan tidak membezakan mulia atau murah" malahan "apa salahnya jika mereka adalah pelacur?" dan sebagainya yang melampau. Kenyataan Wee tidak dapat melindungi kesalahan serta memutar-belitkan fakta yang memalukan wanita muda MCA.

Wee langsung tidak insaf bahawa AGM Pemuda MCA yang memperguna wanita muda sebagai penghias majlis. Lebih dikesali Wee telah memfitnah AMK dan saya menyerang wanita. Ini menunjukkan bahawa Wee seorang yang tidak munasabah malah tiada sensitiviti gender langsung.

Wee (gambar kiri) mesti akur bahawa tekanan yang dihadapi oleh wanita muda MCA adalah diakibatkan oleh Pemuda MCA. Fokus kenyataan AMK bukan ke atas wajah, pekerjaan atau latar belakang wanita muda MCA, malahan membongkarkan bahawa MCA tidak ada iltizam politk untuk melaksanakan kuota 30% wanita sebagai pembuat keputusan. Pemuda MCA hanya menonjolkan wanita muda yang cantik tetapi tidak membenarkan mereka ditemubual oleh media atau menyatakan pendangan mereka. Barulah timbulnya pertanyaan bahawa AGM Pemuda MCA yang mengupah model wanita muda untuk penghias majlis.

Apabila pimpinan Pemuda MCA berdepan dengan media dan tidak berupaya menjelaskan identiti wanita muda tersebut. Sekejap ahli sekejap pemerhati. Ketua Beliawanis Tee Hooi Ling menyatakan bahawa mereka datang dari Bahagian Subang tetapi Wee Ka Siong pula menyatakan mereka adalah dari Bahagian Shah Alam. Disebabkan MCA pernah ada rekod memasukkan sesiapa sahaja sebagai ahli, maka tidak mustahil timbulnya kemusykilan di kalangan orang ramai.

Apabila wartawan memperbetulkan bahawa blog yang dibangkitkan oleh Wee tersebut adalah ciplak, mengapakah Wee masih ingin memburukkan AMK dan saya? Tanpa siasatan, bagaimana Wee boleh menyerang AMK dan saya dengan satu blog yang ciplak? Tambahan pula ramai yang tidak mengetahui kewujudan blog tersebut, hanya Wee seorang yang mengetahui kewujudannya dan terus menuduh. Perkembangan sehingga kini telah menimbulkan pertanyaan samada ia adalah sandiwara untuk memburukkan nama AMK dan saya.

Saya menegaskan bahawa AMK membantah sebarang niat atau usaha menghina wanita muda. Pendirian saya ke atas perkara ini adalah kukuh seperti saya membantah Wee yang memfitnah AMK. Sebenarnya kebanyakan pengguna internet dan pendapat umum tidak bersetuju dengan AGM Pemuda MCA yang memperguna wanita muda untuk menarik perhatian media.

Pemuda MCA perlu memandang serius tentang masalah pokok dan menerima kritikan orang ramai. Jangan memfitnah AMK untuk mengalih fokus kerana ia tidak membayangkan budaya politik yang sihat.

Oleh itu, AMK dan saya meminta Wee Ka Siong tarik balik kenyataan fitnah dengan segera serta memohon maaf secara terbuka dalam masa 24 jam. Sekiranya tidak, AMK dan saya akan mempertimbangkan tindakan mahkamah untuk menuntut keadilan.

*Kenyataan Lee Khai Loon (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia.

Tiada ulasan: