Sabtu, 1 Oktober 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pakar cabar Majlis Peguam, tak mustahil hudud boleh digubal

Posted: 01 Oct 2011 08:11 AM PDT


KUALA LUMPUR— Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari mendakwa Majlis Peguam ketinggalan kerana melihat pelaksanaan hukum hudud dalam kerangka lama dan terus menganggap ia sebagai "retorik politik" semata-mata.

Sebaliknya kata beliau, masih ada ruang untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan dan oleh kerana negara pernah meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung imuniti raja-raja, maka tak mustahil sistem itu boleh digubal dan diperkenalkan.

"Wacana hudud adalah perkembangan sihat yang membuka minda kita, termasuk pengamal undang-undang. Kali ini umpamanya kita cuba melihat pelaksanaan di peringkat negeri; dalam kerangka jenayah syariah. Bukan dalam kerangka undang-undang jenayah konvensional di peringkat nasional.

"Ini merangsang minda; Majlis Peguam masih ketinggalan kerana melihat pelaksanaan itu dalam kerangka lama. Sebab itu, mereka kata ini retorik politik," kata beliau mengulas pendirian Majlis Peguam semalam.

Majlis Peguam menegaskan undang-undang hudud, yang kembali muncul sebagai isu kontroversi awal minggu lalu, tidak boleh dilaksanakan di negara ini buat masa sekarang ekoran kekangan peruntukan perundangan.

Presiden Majlis Peguam Lim Chhe Wee berkata, Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ini tidak menyediakan peruntukan bagi undang-undang hudud dikuatkuasakan oleh mana-mana negeri termasuk Kelantan.

"Majlis Peguam Malaysia menggesa agar kesemua pihak mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan berhenti daripada bercakap mengenai retorik pelaksanaan hukum hudud," kata Lim dalam satu kenyataan petang ini.

Lim berkata retorik mengenai pelaksanaan undang-undang itu, yang menjadi fokus polemik sejak kebelakangan ini, mencetuskan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat.

Malah semalam, Aziz (gambar) berkata, banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Menurut Aziz, beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

Dalam kenyataan hari ini, Aziz juga berkata, adalah sesuatu janggal kerana Majlis Peguam tidak memberikan prinsip federalisme satu pertimbangan dalam kenyataannya berkaitan dengan isu hukum hudud.

"Prinsip (federalisme) adalah penting dalam membebaskan sistem (perundangan)," katanya lagi. Sehubungan itu kata beliau,

"apabila Perlembagaan membisu ataupun ada konflik seperti ini, maka undang-undang akan memberi laluan kepada negeri." "Kedua-dua undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah telah dimasukkan dalam senarai negeri, oleh itu persoalan besar adalah berkaitan dengan Akta Mahkamah Syariah 1965, yang mengehadkan kuasa Mahkamah Syariah," katanya lagi.

Kata Aziz, "sebagaimana saya katakan banyak kali ada negara di dunia yang menguatkuasakan sistem dan undang-undang yang pelbagai." "Dalam kes hudud, adalah sangat jelas bahawa ia hanya untuk Muslim dan Mahkamah Syariah... Majlis Peguam sendiri telah banyak kali mengatakan bahawa ia hanya bagi Muslim," kata beliau lagi.

Oleh itu kata beliau, apa yang diperkatakan sekarang bukan retorik tetapi satu usaha untuk membenarkan masyarakat Muslim hidup di bawah sistem perundangan mereka.

"Bagi bukan Islam, mereka tiada perundangan mereka sendiri seperti Muslim, jadi mereka boleh hidup di bawah undang-undang sivil negara ini," katanya lagi.

Aziz juga berkata, mandat politik akan membolehkan sesuatu yang difikir sebagai mustahil untuk diperkenal dan dilaksanakan menjadi kenyataan dalam jangka panjang.

"Ingat (peristiwa) 1993? Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan imuniti raja-raja difikir mustahil untuk dilaksana. Apatah lagi apabila hendak mengadakan satu mahkamah untuk membicarakan mereka.

"Tetapi perkara yang dianggap sebagai mustahil berlaku meskipun raja-raja ada kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menghalangnya. Mereka melakukan di sebalik sentimen popular," kata Aziz.

Oleh itu kata beliau, jika Kelantan boleh memperlihatkan kali ini ia pastinya akan berlaku memandangkan hudud hanya bagi Muslim dan "sesuatu yang tidak terhalang dengan jelas di bawah Perlembagaan."

Shahrizat: Wanita Umno sudah intai calon layak

Posted: 01 Oct 2011 08:05 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Wanita Umno sudah mengintai calon-calon yang bakal diturunkan pada pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, kata Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini.

"Pergerakan Wanita juga sudah mengintai calon yang memenuhi kriteria dan layak dipilih untuk bertanding sejak tahun lalu," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Warga Emas 2011 peringkat kebangsaan di Sungai Petani, Kedah hari ini.

Shahrizat (gambar) berkata, Wanita Umno akan mengekalkan peruntukan 30 peratus kerusi Parlimen dan Dewan Undang Negeri (DUN) kepada sayap untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13.

Katanya, beliau tidak bercadang menuntut tambahan kerusi yang diberikan dan menganggap kuota itu sudah memadai.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, beliau sudah menemui ciri-ciri calon yang dikehendaki Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

"Tunggulah isyarat Perdana Menteri ... kita akan kemukakan senarai tersebut," katanya.

Akta Kerja: MTUC tetap piket di Parlimen Isnin ini

Posted: 01 Oct 2011 08:03 AM PDT




Salah seorang pemimpin kesatuan gabungan MTUC menyuarkan pandangan pada forum mengenai Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 di Petaling Jaya hari ini. - Foto oleh Choo Choy May
PETALING JAYA, 1 Okt — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tetap dengan pendirian mahu mengadakan piket di Parlimen Isnin ini berhubung kontroversi pindaan undang-undang buruh.

Keputusan itu dibuat hari ini selepas badan induk kesatuan sekerja tersebut dan Kementerian Sumber Manusia gagal dalam mencari titik pertemuan berhubung rasa tidak puas hati mengenai pindaan ke atas Akta Kerja 1955.

Keputusan muktamad dicapai susulan forum empat jam hari ini. Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata pihaknya akan menghimpunkan 1,000 ahlinya untuk mengadakan protes mengenai Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010, yang akan dibawa untuk bacaan kali kedua pada sesi Parlimen yang akan bermula Isnin ini.

"Mereka mahu membentangkan rang undang-undang ini meskipun tidak dibincangkan di NLAC (Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan)," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat pascaforum tengah hari ini.

"Mereka tidak pernah membentangkan pindana ini di NLAC. Sekarang mereka cuba nak bentang di Parlimen. Ini tidak adil. Kami tidak tahu apa-apa, apa yang berlaku," katanya.

Khalid berkata tujuh pegawai kanan MTUC akan tetap menghadiri mesyuarat NLAC pada pukul 10 pagi Isnin ini, yang diaturkan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Mesyuarat NLAC itu, majlis yang dihidupkan semula dua minggu lalu, diaturkan selepas MTUC mengambil keputusan mahu berpiket Ahad lalu.

Katanya, selepas mesyuarat itu pihaknya akan menyertai piket di luar Parlimen, yang dijangka bermula 11 pagi.

Khalid menambah, MTUC bersedia untuk berhadapan dengan kesan daripada tindakan mereka termasuk kemungkinan halangan daripada pasukan polis.

"Kami dari MTUC, mewakili pekerja, demi hak pekerja... biarkan mereka adakan piket. Kami akan tetap hadir di sana (Parlimen)," katanya lagi.

Selasa lalu, Kementerian Sumber Manusia berkata MTUC yang bercadang mengadakan tindakan berpiket tidak wajar membangkitkan bantahan mereka di "saat pembentangan di Parlimen."

"Kementerian ingin menegaskan bahawa sebelum pindaan ini dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan, semua cadangan pindaan ini telah melalui proses konsultasi bersama wakil-wakil pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja.

"Sebanyak 18 kali sejak awal tahun 2010 lagi. Selain itu, draf cadangan pindaan turut telah dipanjangkan untuk pandangan dan maklum balas daripada wakil majikan dan pekerja. Justeru, pindaan ini tidak dibuat secara tergesa-gesa kerana telah melalui proses konsultasi yang komprehensif bersama pihak-pihak yang berkepentingan," kata Kementerian Sumber Manusia.

Sehubungan itu, kata kementerian, adalah diharapkan cadangan pindaan ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak demi memelihara kebajikan pekerja dan menjamin keharmonian perhubungan perusahaan.

Kenyataan itu dikeluarkan mengulas laporan The Malaysian Insider sebelum ini memetik Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata, mereka akan berpiket pada hari pertama sidang Parlimen bulan depan jika Putrajaya meneruskan perbahasan rang undang-undang buruh tanpa perbincangan di majlis melibatkan tiga pihak.

Bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja telah ditangguhkan dua kali sebelum ini. Antara lain Rang Undang-undang Kerja didakwa merugikan kaum pekerja kerana jika diluluskan akan membolehkan sistem kontraktor pekerja, yang pernah digunakan sebelum negara merdeka, diamalkan kembali.

MTUC mendakwa ia akan merugikan pekerja dari segi kebajikan mereka dan menjejaskan masa depan pergerakan kesatuan sekerja di negara ini.

Halim berkata dalam pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam sebelum ini MTUC telah diberi jaminan bahawa rang undang-undang buruh termasuk Rang Undang-undang Kerja tidak akan dibawa ke Parlimen tanpa perbincangan selanjutnya dalam NLAC, yang hanya diaktifkan minggu lalu.

NLAC merupakan majlis dianggotai kerajaan, majikan dan pekerja. Selain peruntukan berkenaan sistem kontraktor sosial, MTUC mahu kerajaan memasukkan cuti bersalin 90 hari dan menaikkan had kerja lebih masa sehingga 130 jam sebulan.

Pekerja gesa batal kerjasama MAS-AirAsia, jika tidak piket awal Dis

Posted: 01 Oct 2011 08:02 AM PDT


KUALA LUMPUR — Lapan kesatuan dan persatuan pekerja memberi kata dua agar kerajaan membatalkan perjanjian kerjasama antara Malaysia Airlines (MAS) dan Kumpulan AirAsia dalam tempoh dua bulan dan jika tidak akan mereka mengadakan piket awal Disember ini.

Pendirian itu diputuskan hari ini atas alasan kerjasama yang dimeterai antara MAS dan AirAsia awal Ogos lalu semakin merugikan hampir 20,000 pekerja syarikat penerbangan kebangsaan.

"Kita beri dua bulan kepada Khazanah membatalkan perjanjian dan kembali kepada kedudukan asal. Jika tidak, kami akan teruskan piket kami, yang kami memutuskan untuk diadakan awal Disember ini," kata Presiden Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (Maseu) Alias Aziz ketika dihubungi.

Kata beliau, kesemua lapan kesatuan dan persatuan memutuskan agar MAS membeli balik saham yang dibeli oleh AirAsia dan memulangkan kesemua saham AirAsia yang dibeli MAS.

Selain Maseu, pendirian hari ini dibuat sebulat suara oleh Persatuan Kakitangan Eksekutif MAS, Persatuan Juruterbang MAS, Jawatankuasa Pekerja Eksekutif MAS Sarawak, Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Penerbangan Sabah, Kesatuan Pekerja-pekerja Penerbangan Sarawak, Persatuan Eksekutif MAS Sabah dan Persatuan Pekerja Pengurusan MAS.

Mereka juga memutuskan untuk meminta Persekutuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Antarabangsa memboikot kedua-dua MAS-AirAsia jika kerjasama diteruskan dan sebuah syarikat penerbangan baru ditubuhkan.

Pemegang saham utama MAS dan AirAsia memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif untuk meneroka peluang sinergi dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan awal Ogos lalu.

Di bawah perjanjian itu, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, mengambil alih 20.5 peratus saham MAS.

Kazanah Nasional Berhad pula memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia tetapi terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

Semua syarikat terbabit juga akan melengkapi bidang perniagaan satu sama lain serta memanfaatkan daya saing teras masing-masing dan mengoptimumkan kecekapan untuk manfaat pengguna.

Alias berkata pihaknya tidak mahu masalah dan nasib yang dialami pekerja-pekerja MAS sejak selepas era Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman iaitu bekas pengarah urusannya berulang lagi.

Malah kata beliau, pihaknya melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penjelasan yang diberi pihak pentadbiran berhubung kerjasama syarikat itu dengan AirAsia.

Menurut beliau, penjelasan yang diberikan oleh Pengarah Urusan MAS Ahmad Jauhari Yahya semalam berhubung pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan AirAsia juga tidak memuaskan.

Sehubungan itu kata Alias, pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu semasa.

"Kami telah menghantar surat kepada Datuk Seri Najib hari ini, meminta pertemuan untuk membincangkan isu kami," kata beliau sambil menambah, Khazanah seharusnya membantu menjaga kepentingan pekerja, bukannya golongan individu tertentu.

Najib juga merupakan Menteri Kewangan.

Pada 13 Ogos lalu, Alias meminta pentadbiran baru ekoran kerjasama MAS-AirAsia agar mempertimbangkan semua isu terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa perubahan penting dalam pentadbiran MAS.

Mereka juga melahirkan rasa lega apabila Najib dalam perjumpaan singkatnya dengan Maseu dua bulan lalu memberi jaminan bahawa tiada pembuangan pekerja termasuk pemberhentian secara sukarela akan dilakukan.

Malah ketika itu, Maseu turut berharap pindah milik saham MAS dan AirAsia mampu memberi perkembangan positif kepada kedua-dua belah pihak.

Sebelum ini pihaknya juga mendakwa kesatuan itu menjangkakan hampir 80 peratus pekerja syarikat itu akan dipindahkan ke syarikat penerbangan baru - Sapphire yang bakal ditubuhkan di bawah kerjasama MAS-AirAsia.

Setiausaha Agung Maseu Abdul Malek Arif memberitahu langkah sedemikian akan menjejaskan keahlian kesatuan dan memberi kesan ke atas keupayaan mewakili tenaga kerja.

Alias berkata pendirian pihaknya juga termasuk keputusan MAS yang akan bersama-sama AirAsia menaja jersi kelab bola sepak Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana Inggeris bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013.

"Kalau AirAsia dan ketuanya nak membeli QPR itu hak mereka, tetapi MAS menaja jersi, kami membantah... kami tidak setuju. Lebih baik wang itu digunakan untuk kebajikan pekerja MAS," kata beliau lagi.

Pemuda MCA tak mahu jawatan kerajaan jika kalah teruk PRU

Posted: 01 Oct 2011 07:56 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Pemuda MCA meluluskan usul tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika prestasi parti itu pada pilihan raya umum ke-13 merosot berbanding tiga tahun yang lalu sebagai tanda menyokong keputusan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Ia antara 17 resolusi diluluskan oleh Pemuda MCA pada perhimpunan agungnya hari ini.

Dr Chua mengumumkan pendirian itu bulan lalu dan menerima reaksi berbelah bahagi dari dalam dan luar parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Perwakilan Pemuda MCA mencapai tiga resolusi melibatkan hal ehwal parti, lima politik, tiga pendidikan, empat berkaitan ekonomi dan dua berhubung hal ehwal sosial.

Selain itu, Pemuda MCA mencadangkan supaya kerajaan menetapkan satu sistem pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telus dan lengkap serta mengambil tindakan tegas terhadap pelajar tajaan agensi itu yang melanggar perjanjian.

Sayap MCA itu juga menggesa parti melatih anggota muda bagi mempercepatkan proses pembaharuan dalam kepimpinan serta memberi peluang kepada lebih ramai pemimpin Pemuda MCA untuk mewakili BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, pergerakan itu mahu MCA mempertimbangkan semula cadangan meluluskan resolusi agar semua Pemuda MCA di setiap bahagian boleh memilih seorang perwakilan ke perhimpunan agung MCA bagi meningkatkan bilangan perwakilan serta suara golongan muda.

Laporan Bernama Online menyebut resolusi itu juga menyokong penuh Gagasan 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Petunjuk Prestasi Utama yang diketengahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di samping menggesa JPA meningkatkan bilangan penjawat awam dari kalangan kaum Cina di peringkat pegawai kanan di setiap jabatan bagi menonjolkan konsep 1 Malaysia.

Pemuda MCA menyokong usaha Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi mempertingkatkan kebebasan media di negara ini, dan berharap kerajaan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Pergerakan itu juga mahu kerajaan lebih telus dan tegas dalam pelaksanaan tender projek pembinaan bagi menghasilkan projek lebih berkualiti dan mengelak projek bermasalah.

Resolusi itu turut mengkritik pakatan pembangkang yang tidak berani membuat pendirian sebulat suara secara terbuka terhadap isu pelaksanaan hukum hudud.

Sayap parti MCA itu turut meminta kerajaan mengadakan latihan vokasional menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar untuk pelajar Cina dan India yang tercicir daripada pendidikan sekolah.

Resolusi itu juga mencadangkan lebih banyak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dibina.

Selain itu, Pemuda MCA mahu melihat prosedur pengupahan pekerja asing dipermudah dan undang-undang dikuatkuasakan dengan tegas bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang selain menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Ia meminta penubuhan lebih banyak skim bantuan keusahawanan dan pakej pinjaman perumahan untuk golongan belia selain memudahkan prosedur permohonan.

Pemuda MCA menggesa kerajaan memandang berat masalah kenaikan harga barang yang dicetuskan peniaga selain bertindak terhadap aktiviti perjudian yang kian berleluasa.

Hudud: MCA, Gerakan terus dicabar keluar BN

Posted: 01 Oct 2011 07:55 AM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: MCA dan Gerakan terus dicabar supaya keluar dari BN sekarang, bagi menunaikan cakapnya untuk berbuat demikian sekiranya Umno melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukuman hudud di negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan BN.

Kedua-dua parti tersebut dicabar supaya membuktikan cabaran yang dibuatnya itu adalah cabaran yang bersungguh-sungguh supaya ia jelas kelihatan tidak hanya mainan politik mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukuman hudud sememangnya telah digunakan di sebuah negeri yang berada di bawah BN sekarang iaitu di Terengganu atas nama Kanun Jenayah Syariah Terengganu.

Menurut beliau, Kanun Jenayah Syariah Terengganu itu telah digubal oleh PAS dan diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika Terengganu berada di bawah pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 lalu, tetapi kini terus digunakan di Terengganu walaupun Terengganu berada di bawah pemerintahan BN.

Katanya, disebabkan perkara itu, MCA dan Gerakan perlu keluar dari BN sekarang bagi melaksanakan cabaran yang telah dibuatnya itu kerana jika tidak, mereka hanya ternyata bercakap kosong.

"Lebih jauh dari itu, jika MCA dan Gerakan tidak melaksanakan apa yang dikatakan oleh para pemimpin tertinggi mereka itu, kedua-dua parti itu jelas hanya menipu orang-orang Cina yang menjadi ahli-ahlinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

MCA dan Gerakan seperti yang dilaporkan media tempatan termasuk akhbar milik Umno sejak beberapa hari lalu mengatakan, pemimpin utama MCA dan Gerakan akan tetap menentang perlaksanaan hudud di negara ini dan sekiranya Umno atau BN melaksanakannya, kedua-dua parti itu akan keluar dari BN.

Menurut Mahfuz, untuk membuktikan cabaran yang dibuat itu bukan mainan politik, MCA dan Gerakan perlu mengemukakan usul supaya Kanun Jenayah Syariah Terengganu yang digunakan di Terengganu sekarang dibatalkan.

Katanya, usul tersebut perlu dikemukakan pada persidangan Dun Terengganu dan perlu disokong oleh majoriti ahli-ahli Dun Terengganu termasuk dari Umno untuk membolehkan ia diluluskan.

"Untuk membolehkan usul itu diluluskan, ia mestilah disokong oleh ahli-ahli Dun Terengganu dari Umno. Tetapi sekiranya ahli-ahli Dun Terengganu dari Umno tidak menyokongnya, usul tersebut tetap tidak boleh diluluskan.

"Disebabkan tidak mendapat sokongan dari Umno, MCA dan Gerakan mestilah keluar dari BN bagi membuktikan cabaran yang dibuatnya itu adalah cabaran yang bersungguh-sungguh, bukan hanya mainan politik," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

26 September lalu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media yang diadakan bersama dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Anthony Loke di Pejabat Agung PAS seperti yang dilaporkan Harakahdaily, turut mencabar MCA dan Gerakan berbuat demikian.

"Jadi kalau MCA dan Gerakan nak keluar dari BN, keluarlah sekarang kerana itulah Kanun Jenayah Syariah yang dilaksanakan oleh BN di Terengganu sekarang," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Realiti yang berlaku di Terengganu, tegas beliau, berbeza dengan Kelantan kerana Terengganu kini diperintah oleh BN setelah merampas tampuk pemerintahan Terengganu dari PAS, manakala Kelantan pula terus diperintah oleh PAS.

Katanya, para pemimpin MCA dan Gerakan tidak seharusnya bercakap kosong dalam hal itu, malah mereka perlu melaksanakan apa yang diperkatakan oleh mereka itu bagi mempertingkatkan imej mereka sendiri.

Felda pinjam RM6b: Siapa arah, ke mana disalur

Posted: 01 Oct 2011 07:53 AM PDT

Hazayani Zakaria


PUTRAJAYA: Setelah laporan polis terhadap Felda berhubung pinjaman RM6 bilion yang dibuat daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak diendahkan, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini memanjangkan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula.

Laporan tersebut menuntut SPRM menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selain tiga lagi "orang kuat" Felda iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab.

Menurut Presiden Anak, Mazlan Aliman, keraguan timbul apabila pinjaman dalam jumlah yang besar itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen malah tiada sebarang penjelasan dibuat oleh Ahmad Maslan meskipun didesak berkali-kali oleh Anak dan banyak pihak lagi.

Beliau berkata, Anak mahu SPRM menyiasat ke mana wang tersebut disalurkan dan siapakah yang mengarahkan pinjaman itu dibuat.

"Apabila ditanya, Ahmad Maslan tidak pernah memberikan penjelasan yang memuaskan hati mengenai pinjaman itu.

"Sebaliknya Tan Sri Isa Samad memberikan jawapan yang boleh ditertawakan apabila menganggap Felda diiktiraf sehingga ada pihak yang sanggup memberikan pinjaman dalam jumlah yang besar," kata beliau kepada pemberita di hadapan pejabat SPRM, dekat sini, petang tadi.

Mazlan turut mempertikai motif pinjaman itu dibuat dalam pada Ahmad Maslan bermati-matian mempertahankan dakwaan Felda stabil dan mempunyai aset RM19 bilion.

"Kalau dah banyak aset, apa perlunya pinjaman dibuat?

"Dan apa terma yang dikenakan KWSP terhadap Felda setelah memebrikan pinjaman itu?" soalnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tegasnya, perkara itu harus dijelaskan kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat khususnya peneroka Felda dan pencarum KWSP.

Jun lalu, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Parlimen mendedahkan sejumlah RM3 bilion daripada pinjaman tersebut dipinjamkan kepada Felda Global Ventures.

Felda Global Ventures mempunyai masalah pelaburan di luar negara menerusi Felda Iffico Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT Etgo Canada, Felda Global Ventures Middle East dan Felda Global Ventures Arabia.

Kerugian terkumpul daripada pelaburan sekitar RM1.7 bilion daripada 1997 hingga 2010 hampir 500 juta.

Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Felda, Suzana Wati Idayu Othman dan Lembaga Pengarah didapati bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negara.

Utusan bersalah fitnah Khalid Samad

Posted: 01 Oct 2011 07:49 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini memutuskan akhbar Utusan Malaysia telah memfitnah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkaitan berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ' Zulkifli bidas Pak Janggut'.

Berita itu antara lain melaporkan 'Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam..'

Di dalam samannya yang menamakan Ketua Pengarang Utusan, penerbit dan pencetak akhbar itu, Khalid menyatakan berita fitnah itu merujuk kepada beliau meskipun nama beliau tidak disebut.

Ini kerana sebelum berita itu diterbitkan, beliau ada menulis surat kepada penduduk Seksyen 23 di mana di dalam surat tersebut Khalid ada menukilkan ayat-ayat Al-Quran bagi menegaskan perlunya umat Islam berlaku adil dalam isu pembinaan kuil di Sekyen 23 Shah Alam.

Hakim bersetuju bahawa artikel tersebut merujuk kepada Khalid dan hakim berkata tuduhan memutar belit ayat al-Quran adalah fitnah yang serius, lebih serius dari menuduh orang Islam sebagai Abu Jahal.

Hakim juga menetapkan 11 Oktober ini untuk mendengar hujah peguam kedua-dua pihak berkaitan isu gantirugi.

Khalid Samad yang juga AJK PAS Pusat diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Khairudin manakala Utusan diwakili peguam Mohan dari Tetuan Shafiee & Mohan.

Maaf: Guan Eng sudah, Umno bila lagi

Posted: 01 Oct 2011 07:46 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: "Umno tunjuk hero lagi, konon membela Raja-Raja Melayu. Mereka cuba ambil kesempatan kononnya merekalah mempertahankan Raja-Raja Melayu.

"Sahlah pemimpin Umno manusia lidah bercabang," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, ketika berada keadaan lemas, apa sahaja mereka akan lakukan.

Menurutnya, jika modal agama boleh dijadikan alat, maka agama akan diperalatkan.

Katanya, jika isu Melayu yang boleh dijadikan modal politik, maka mereka akan menggunakannya.

Sekarang, kata beliau isu kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengatakan negeri Johor tidak selamat sehingga Sultan Johor murka, maka pemimpin Umno cuba tunjuk hero.

"Lim Guan Eng telah memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, persoalannya bila pula Umno memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu?" tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rakyat tidak dengar pula, pemimpin Umno yang mengatakan Sultan Terengganu binatang kerana tidak puas hati apabila Datuk Seri Idris Jusoh tidak dipekenan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.

"Bila pula pemimpin Umno hendak memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu yang mengaibkan Raja-Raja Melayu di persidangan Agung Umno dan rapat umum ketika krisis Pindaaan Perlembagaan Umno 1983 dan 1991?" soalnya.

Katanya lagi, mungkin pemimpin Umno lupa dan PAS cuba memperingatkan kepada mereka bagaimana keceluparan mereka kepada Raja-Raja Melayu.

"Rakyat tidak lupa, mungkin pemimpin Umno buat-buat lupa," katanya.

Umno patut contohi Guan Eng

Mengulas isu yang sama, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memuji tindakan Guan Eng di atas permohonan maaf beliau kepada Sultan Johor serta rakyat jelata negeri itu keseluruhannya.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata, permohonan maaf itu dibuat berikutan kenyataan Guan Eng yang telah disalah lapor oleh media arus perdana kawalan Umno BN sehingga dikatakan telah menyinggung perasaan Tuanku Sultan Johor.

Kata beliau, pihaknya menyifatkan kesediaan Lim Guan Eng untuk memohon maaf secara terbuka telah menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang berjiwa besar dan terbuka untuk menerima teguran dan kritikan walaupun beliaulah yang telah difitnah di dalam kes ini.

"Lim Guan Eng tidak perlu berasa malu di atas permohonan maaf tersebut kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan malahan pihak media arus perdana yang menjadi 'tunggangan' Umno BN yang perlu bertanggungjawab di atas salah laporan merekalah yang telah menyebabkan terguris perasaan Tuanku Sultan Johor," ujarnya.

Katanya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan supaya pimpinan Barisan Nasional yang diketuai oleh Umno mencontohi sikap Lim Guan Eng yang sanggup untuk memohon maaf walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan dengan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan pimpinan Pakatan Rakyat di atas segala kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan oleh mereka selama ini.

60 tahun: PAS matang berhadapan dengan Umno

Posted: 01 Oct 2011 07:45 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Usia 60 tahun PAS seharusnya mematangkannya berhadapan dengan lawan iaitu Umno, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan selamat ulang tahun ke-60 PAS kepada seluruh pendukung dan penyokongnya agar terus thabat dan anjal di dalam menghadapi hari-hari muka yang semakin mencabar daripada pihak musuh yang semakin hilang panduan.

"Semoga dengan itu kita terus mara kehadapan dengan penuh keyakinan tentang janji Allah untuk mendapat kejayaan dan kemenangan, dan penuh kesabaran dalam perjuangan dan dalam rintangan," ujarnya dalam perutusan sempena Sambutan 60 Tahun PAS.

Berikut adalah perutusan penuh beliau.

Bersempena dengan Sambutan 60 tahun PAS, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua para pendukung dan penyokong sejak dahulu hingga sekarang yang terus bersama dengan PAS memperjuangkan Islam agar tertegak di atas tanah air tercinta ini.

PAS adalah mata rantai perjuangan para Nabi dan Rasul bagi mengajak manusia agar kembali kepada Allah dan hukum hakam-Nya.

Prinsip PAS ini tidak pernah berubah walaupun strategi politik berbeza-beza untuk mencapai matlamat tersebut.

Ijtihad dalam politik tidak pernah menidakkan perkara yang thawabit dan tetap dalam PAS.

Strategi dan cabang agama terbuka kepada perubahan dan penyesuaian berdasarkan ijtihad.

Keanjalan inilah yang memungkinkan PAS terus relevan sehingga kini, mampu menyerap dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa.

Tahalluf siasi dengan parti yang mempunyai ideologi yang berbeza sebagai contoh, adalah strategi terbaik masa kini untuk mencapai kemenangan.

Ia tidak mengorbankan prinsip dan thawabit PAS sebagai gerakan Islam untuk melaksanakan Islam secara syumul termasuk hukum hudud.

Ulama telah memainkan peranannya yang sangat besar dalam menempuh badai perjuangan ini.

Ulama telah menjadi nadi kepada PAS dengan kedudukannya yang tinggi dalam organisasi.

Majlis Syura Ulamak menjadi pemandu kepada parti agar tidak menyeleweng daripada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi rujukan tertinggi dalam PAS.

Usia 60 tahun PAS seharusnya mematangkannya berhadapan dengan lawannya iaitu Umno.

Pelbagai rintangan dan mehnah telah dihadapi dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Walaupun ada di kalangan pendokongnya terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan mehnah namun PAS masih mampu bertahan kerana keyakinan kepada janji kemenangan oleh Allah s.w.t.

Pilihan raya yang hampir tiba seharusnya dihadapi dengan penuh strategi dan bijaksana.

Tenaga para ulama dalam berhadapan dengan ujian besar ini adalah sangat dituntut.

Ulamak tidak harus hanya menjadi penonton di luar gelanggang tetapi harus masuk berpencak silat bersama demi untuk melaksanakan tuntutan ilmu yang dipelajari.

Inilah masanya untuk para ulama beramal dengan ilmunya agar menjadi pohon yang menghasilkan buah yang ranum dan sedap dimakan.

Buat akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan selamat ulang tahun ke-60 PAS kepada seluruh pendokong dan penyokongnya. Agar anda terus thabat dan anjal di dalam menghadapi hari-hari muka yang semakin mencabar daripada pihak musuh yang semakin hilang panduan.

Semoga dengan itu kita terus mara kehadapan dengan penuh keyakinan tentang janji Allah untuk mendapat kejayaan dan kemenangan, dan penuh kesabaran dalam perjuangan dan dalam rintangan.

Umno, I know who you are' - Nik Aziz

Posted: 01 Oct 2011 07:40 AM PDT



KEPALA BATAS - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, PAS tidak mahu 'terjerumus dua kali' untuk menjalinkan hubungan politik dengan Umno BN.

Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS sudah serik dengan pengkhianatan Umno sewaktu PAS menyertai kerajaan campuran bersama parti itu pada tahun 1973 yang menyaksikan PAS ditendang keluar pada tahun 1977.

"Kita pernah bersama Umno dulu, saya sendiri sokong PAS bersama Umno sehingga PAS waktu itu pecah empat, kemudian PAS ditendang keluar.

"Sekarang (Umno) ajak kami balik, saya kata I know, who you are," katanya pada sidang media di sini.

Mengimbau sejarah perjuangan PAS lalu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, Umno melakukan jenayah besar kerana mengharamkan lambang bulan dan bintang pada bendera PAS.

Ditanya apa alasan Umno untuk mengharamkan lambang itu, beliau berkata kerana parti nasionalis itu tidak mahu PAS membawa perjuangan agama.

"Ni kena tanya Umno la. Cuma Umno ni tak mahu ugama, bukan stakat hudud, Islam pun dia tak mahu," katanya.

Ditanya lagi adakah pintu hubungan politik dengan Umno ditutup selama-lamanya, beliau berkata PAS bersama Umno jika parti itu menerima Islam dan meninggalkan perjuangan nasionalis.

"(Nak tutup pintu) Selama-lamanya tak boleh lah. Kita berdoa agar Umno berubah dari nasionalis kepada Islam.

"Sekarang, orang bukan Islam pun terima perjuangan Islam PAS sehingga kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS," ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, tidak mustahil PAS akan datang bukan sahaja menjadi Parti Islam Se-Malaysia, malah akan berkembang menjadi Parti Islam Se-Dunia.

"Sikit lagi Parti Islam Se-Dunia sebab Islam bukan untuk orang Islam sahaja tapi untuk semua, rahmatan lil 'alamin," ujarnya.- Harakah Daily

Adun Bentayan mengaku ditawar habuan lompat parti

Posted: 01 Oct 2011 07:39 AM PDT

Habuan itu meliputi wang RM150, 000, 50 ekar tanah, elauan lebih RM5, 000 sebulan serta skuad khas menyelesaikan masalah di Dun berkenaan.



KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bentayan, Johor Gwee Tong Hiang hari ini mengaku ditawarkan habuan lumayan jika lompat keluar daripada parti DAP dan menjadi wakil rakyat bebas.

Habuan itu meliputi ganjaran sejumlah RM150,000, pemberian 50 ekar tanah, elaun tambahan melebihi RM5,000 sebulan serta skuad khas bagi membantu menyelesaikan masalah kawasan Bentayan termasuk isu majlis perbandaran dan agihan tanah.

Semua tawaran ini dijanjikan hanya jika selepas beliau bersetuju untuk keluar DAP dan mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas, serta bertanding menentang DAP dalam pilihan paya umum akan datang (PRU13).

Dalam pendedahannya itu, Gwee berkata beliau dihubungi seorang lelaki pada Selasa lalu yang memperkenalkan diri sebagai Wee Pao Chin daripada Persatuan Berketurunan Wee Bersekutu Johor Bahru menyatakan hasrat ingin membantunya menguruskan Pejabat Pusat Khidmat Bentayan.

Pertemuan kemudiannya berlaku disebuah restoran di Muar pada malam keesokannya antara Gwee serta isteri dengan Wee dan seorang lelaki berbincang mengenai tawaran tersebut.

Gwee mendakwa, Wee juga mahu menghadiahkannya dua buah 'angpau' besar selepas selesai pertemuan makan malam itu namun beliau menolak.

"Beliau kata kepada saya 'jangan risau' dan meyakinkan wang ditawarkan itu semuanya datang daripada kerajaan Persekutuan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini hari ini.

Perbualan telefon

Lelaki itu yang dikenali sebagai Rahim diperkenalkan sebagai pembantu politik di Pejabat Perdana Menteri, manakala Wee mendakwa dirinya bekerja di Felda Plantation, selain membantu Perdana Menteri menyelesaikan krisis politik dan ekonomi masyarakat Cina di Johor.

Wee yang sempat dirakam perbualannya melalui telefon semalam juga berjanji untuk berjumpa Gwee sekali lagi di sini pada hujung minggu ini sebelum dibawa berjumpa Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin depan untuk berbincang lanjut.

Melalui perbualan itu juga, Wee menawarkan Gwee jaminan keselamatan dengan bantuan Cawangan Khas (SB) termasuk menawarkan pengawal keselamatan peribadi untuk 'menjaga' Gwee sekeluarga daripada sebarang ancaman.

Merasakan dirinya masih mempunyai integriti, Gwee kemudiannya melaporkan insiden itu kepada pemimpin tertinggi DAP bagi mendapatkan bantuan nasihat.

Katanya, tawaran itu berkemungkinan datang selepas dirinya digantung selama enam bulan kerana melanggar disiplin parti yang berkuatkuasa 23 September lalu.

"Saya rasa bodoh dan bosan (dengan tawaran itu). Saya masih Adun DAP. Saya hendak beritahu Barisan Nasional (BN) tak semua Adun dan Ahli Parlimen DAP boleh dibeli," katanya yang kelihatan menitiskan air mata.

"Saya sayang parti saya. Parti saya hanya DAP," katanya.

Buat laporan polis dan SPRM

Sementara itu, Setiuasaha Publisiti DAP Tony Pua berkata pihaknya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana wujud unsur penyelewengan untuk memujuk wakil rakyat lompat parti dan isytihar diri sebagai Bebas.

"Kita ada bukti identiti diri individu terbabit, rakaman perbualan yang sempat direkodkan," katanya.

Sehubungan itu, Tony mensedak Najib segera menafikan jika beliau ada kaitan dengan insiden ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit yang mengaku mempunyai kaitan dengan Pejabat Perdana Menteri.

"Kami berbangga dengan Gwee kerana beliau tak macam wakil rakyat lain yang sanggup lompat demi wang," katanya.

Difahamkan,Persatuan Berketurunan Wee Bersekutu Johor Bahru merupakan persatuan bagi ahli-ahli perniagaan termasuk Datuk Dr Wee Ka Siong.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata pihaknya akan bermesyuarat pada minggu depan bagi berbincang dan memutuskan kedudukan Gwee selepas ini.

"Sama ada untuk mengurangkan tempoh penggantungan Gwee atau tidak, pemimpin tertinggi akan memutuskannya selepas mesyuarat pada 7 Oktober depan.

"Penduduk Bentayan sepatutnya berbangga dengan wakil rakyat mereka yang tidak mengkhianati amanah rakyat semata-mata demi wang.

"Kalau tak, sudah tentu beliau akan jadi jutawan dengan 50 ekar tanah itu," katanya berseloroh.

Mat Sabu ke Negeri Sembilan lagi

Posted: 01 Oct 2011 07:34 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Program ceramah perdana anjuran PAS dan PKR Rembau 6 Oktober



PETALING JAYA: Mohamad Sabu yang `diserang orang Perkasa' minggu lalu dijangka kembali ke Negeri Sembilan dalam satu program anjuran yang PAS dan PKR Rembau minggu depan.

Program ceramah perdana isu semasa turut menampilkan pimpinan PAS dan PKR tempatan termasuk Badrul Hisham Shaharim dan bekas pesuruhjaya PAS negeri Dr. Rosli Yaakop.

Ceramah ini bertujuan memberi penerangan isu semasa yang di mana media perdana sedang mengelirukan rakyat, kata Setiuasaha PKR Rembau Norazizi Aziz.

"Kita juga menjemput ahli Umno untuk menghadiri program cemarah Mat Sabu itu, " katanya.

PKR Rembau, katanya memandang serius perkembangan politik ganas yang amat membahayakan ini. Polis digesa bertindak secara profesional, tambahnya.

Norazizi mendakwa Pemuda Umno terbabit dalam serangan ke atas Mat Sabu.

Politik samseng

"Ini ia menunjukkan sikap sebenar mereka dan menambah kebencian orang ramai terhadap mereka.

"Sikap politik samseng ini makin melampau bila Perkasa NS dengan angkuh memberi amaran agar Hj Mohammad Sabu tidak masuk ke bumi N.Sembilan," katanya.

Ceramah Mat Sabu di Ampangan Sabtu mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli Perkasa mara ke pentas ceramah.

Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.

MIC: 'Tiada sekolah Tamil di Kedah akan ditutup'

Posted: 01 Oct 2011 07:32 AM PDT

MALAYSIA KINI



Pengerusi Perhubungan MIC Kedah, S Ananthan meminta masyarakat India di Kedah supaya jangan mudah mempercayai kenyataan palsu sekumpulan pihak yang kini aktif menyebar khabar angin dengan mendakwa beberapa buah sekolah rendah Tamil di negeri ini akan ditutup.

Katanya, ada pula pihak yang kononnya telah menemui Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda di Sungai Petani menyerahkan protes dan memorandum mereka.

"Tiada sebuah pun sekolah Tamil yang telah ditutup malahan yang sedia ada pula kini mendapat peruntukan untuk membina bangunan tambahan yang baru selain beberapa sekolah pula mendapat biaya untuk kerja-kerja penyenggaraan dan baik pulih lagi", katanya kepada Bernama di Kulim hari ini.

Ananthan bersama Penyelaras Barisan Nasonal (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim, Chua Teong Ghee melawat ke tapak pembinaan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Ular di Kulim hari ini.

Beliau berkata sejak 2009 sehingga kini sebanyak 18 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil di Kedah mendapat bantuan kerajaan sebanyak RM31.49 juta untuk pembinaan bangunan baru menggantikan bangunan lama yang tidak sesuai lagi untuk menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat.

Menurut Anathan di daerah Kulim sahaja, tujuh buah sekolah mendapat bangunan baru iaitu SJKT Kulim, SJKT Padang Meha, SJKT Victoria, SJKT Ladang Sungai Ular, SJKT Ladang Wellesly, SJKT Henrietta dan SJKT Paya Besar.

Katanya, kerajaan juga mengeluarkan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk 22 sekolah Tamil di negeri ini untuk kerja-kerja menaik taraf selain daripada pembinaan bangunan baru itu.

"Di samping itu juga kerajaan persekutuan turut mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2.2juta bagi pembelian perabot baru serta peralatan di 13 buah sekolah sama di Kedah.

Sementara itu, pembinaan SJKT Ladang Sungai Ular setinggi tiga tingkat berharga RM2 juta dijangka siap pada April 2012.

"Sekolah ini merupakan yang kedua besar di daerah ini yang mempunyai pelajar seramai 210 orang dan dengan adanya bangunan baru ini ia akan memberi keselesaan kepada pelajar untuk menuntut ilmu," katanya.

Ananthan memberitahu SJKT Paya Besar adalah sebuah sekolah baru yang di bina di kawasan Paya Besar, Lunas dengan kos RM8.61 juta dan kedudukannya berhampiran sebuah sekolah menengah dan sekolah kebangsaan di situ.- Bernama

BERSIH 2.0 sedia turut serta dalam PSC

Posted: 01 Oct 2011 07:30 AM PDT

Nigel Aw


Dengan Parlimen akan bersidang mulai Isnin ini untuk membincangkan penubuhan jawatankuasa khas parlimen bagi reformasi pilihan raya (PSC), BERSIH 2.0 sudah bersedia dan berharap dapat turut sama dalam PSC.

bersih general election demand launch 300911 06Berucap di majlis pelancaran kempen terbarunya bagi
pelaksanaan tuntutannya mengenai reformasi pilihan raya sebelum pilihan raya Umum ke-13, pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata, jika PSC "ikhlas", maka ia harus melibatkan juga BERSIH 2.0.

Katanya, terdapat tanggapan bahawa BERSIH tidak boleh turut serta kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengisytiharkan gabungan itu haram.

Tetapi, katanya, jika PSC itu ikhlas, mereka patut turut berbincang dengan gabungan tersebut.

bersih general election demand launch 300911 04BERSIH, tegas Ambiga, mempunyai segala fakta, angka dan
hujah-hujah dan pihak sudah bersedia untuk bertemu dan
berbincang dengan PSC dan berharap mereka ada peluang untuk berbuat demikian.

Kempen bertajuk 'Laksanakan lapan tuntutan sebelum PRU-13' itu dilancarkan di majlis yang dihadiri oleh kira-kira 300 penyokong di Kuala Lumpur semalam.

Ia dilancarkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak enggan memberi jaminan bahawa syor PSC mengenai reformasi pilihan raya, akan dilaksanakan sebelum pilihan raya akan datang.

MCA diminta siap sedia lancar perang siber

Posted: 01 Oct 2011 07:27 AM PDT

Nigel Aw


Dengan pilihan raya umum semakin hampir, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini meminta sayap Pemuda parti itu melancarkan perang siber 'habis-habisan' terhadap pembangkang.

Berucap di perhimpunan agung Pemuda MCA Kebangsaan pagi ini, Liow mahu MCA lebih agresif untuk menghalang Pakatan Rakyat daripada "menipu rakyat".

mca youth agm 011011 liow tiong lai wee ka siongBagi menghentikan parti pembangkang daripada terus menipu
rakyat, katanya, usaha tersebut mesti dimula sekarang, manakala Pemuda MCA diminta bersedia melancarkan perang siber itu.

Katanya, blog merupakan media publisiti utama dalam pilihan raya umum lalu, manakala Facebook dan Twitter pula dijangka menjadi media utama dalam pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu, katanya, calon-calon MCA tidak boleh mengabaikan perang internet dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Liow berkata pilihan raya umum akan datang akan menentukan "hidup mati" parti tersebut.

Kerusi yang diwakili MCA hanya tinggal separuh - dari 31 kepada 15 - selepas pilihan raya umum lalu - yang menurut Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi akibat memandang rendah kuasa Internet.

Sambil mengakui bahawa ada ahli "telah kehilangan keyakinan" selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum lepas, Liow menggesa ahli-ahli MCA menangani kebimbangan psikologi tersebut.

"Lawan kita tidak sekuat seperti yang anda fikirkan, jika kita bergerak dengan satu hati dan minda, kita tidak perlu takut pada sesiapa," tegasnya.

Cabar DAP

Liow turut mencabar DAP keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS dan PKR jika tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

"Nik Aziz telah berkata jika DAP menentang undang-undang hudud, ia boleh tinggalkan Pakatan Rakyat. Pemimpinnya, Anwar Ibrahim juga menyokong undang-undang hudud di Kelantan. Kenapa pula DAP tidak berani mempertahankan pendiriannya (menentang hudud) dan tinggalkan Pakatan Rakyat?"

Beliau juga memberi amaran kepada DAP supaya tidak membawa masyarakat Cina ke jalan buntu.

"Bak kata pepatah, 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'. Segalanya sudah lambat jika hukum hudud dilaksanakan," katanya.

Turut hadir Ketua Pemuda BN dan juga Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong.

PAS sasar 5 kerusi DUN, 2 parlimen di P Pinang

Posted: 01 Oct 2011 07:26 AM PDT

MALAYSIA KINI


PAS mensasarkan untuk memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata dalam pilihan raya umum lalu, parti itu hanya mampu mencatat kemenangan dalam satu kerusi DUN iaitu di Permatang Pasir.

"Kami akan berusaha untuk merampas balik lima kerusi DUN yang dipertandingkan dan dua kerusi parlimen iaitu Tasek Gelugor dan Kepala Batas," katanya semasa berucap dalam Kongres Sambutan 60 tahun PAS di Kepala Batas hari ini.

Antara yang hadir, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Husam berkata PAS yang menang kerusi Permatang Pasir dalam pilhan raya umum lepas hanya kalah empat kerusi DUN yang lain dengan majoriti undi yang rendah.

Selain itu, beliau berkata dalam usaha untuk mengukuhkan pengaruh parti dalam Parlimen, PAS memerlukan lebih 60 kerusi parlimen di seluruh negara.

"Kita akan berusaha untuk mencapai sasaran kita, iaitu 60 kerusi parlimen dan saya percaya sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai," katanya.

Beliau berkata PAS kalah 15 kerusi parlimen dengan majoriti kurang 5,000 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Bagi peringkat nasional, Husam berkata PAS juga berhasrat untuk memecah pengaruh Umno khususnya dalam undi-undi di kawasan peneroka Felda.

Katanya, PAS yang berpegang teguh kepada prinsip Islam, memerlukan 12 peratus undi di kawasan pengundi Felda.

"Pilihan ra umum yang lalu, PAS mendapat lebih 39 peratus pengundi Felda dan untuk memecah pengaruh Umno, kami memerlukan lagi 12 peratus," katanya.- Bernama

'Pemuda MCA digesa contohi semangat Autobots'

Posted: 01 Oct 2011 07:24 AM PDT

Andrew Ong


Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong menggesa pergerakan itu supaya mengekalkan semangat dan terus berkhidmat kepada rakyat, walaupun ditolak pengundi dalam pilihan raya umum 2008.

mca youth agm 011011 wee ka siongDalam ucapan di mesyuarat agung tahunan Pemuda MCA hari ini, Wee berkata Pemuda MCA harus mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh protaganis Autobots dalam filem blockbuster 'Transformer 3: Dark Side of the Moon'.

"Dalam filem itu, Autobots setia berjuang untuk mempertahan umat manusia, tetapi kerana tindakan Decepticons, hubungan antara manusia dan autobots terjejas dan manusia bertindak balas dengan menghalau autobots dari.

"Walau bagaimanapun, Autobots tidak meninggalkan manusia - bukan Optimus Prime mahupun Bumble Bee. Mereka tinggal dan berjuang hingga ke akhirnya untuk melindungi manusia dan berjaya mengalahkan Decepticons."

"Saya tidak mengatakan bahawa kita ini Transformers, tetapi kita mempunyai semangat yang dimiliki oleh Autobots dalam filem tersebut.

"Kami tidak pernah meninggalkan rakyat tetapi kami terus berjuang untuk rakyat," kata Wee.

Wee berkata Pemuda MCA menyokong sepenuhnya usaha-usaha pembaharuan yang akan diperkenalkan oleh pentadbiran Najib termasuk menambah baik proses pilihan raya, bagi membolehkan kebebasan berhimpun dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau menyifatkan perubahan yang mahu dibuat oleh Pemuda MCA sebagai "rasional" dan "bijaksana", yang menurutnya, tidak seperti parti-parti pembangkang yang menggunakan perubahan sebagai platform untuk mendapat kuasa.

"Kami sudah bersedia untuk menghadapi kritikan yang membina dan ikhlas," katanya sambil menambah, pihaknya menolak semua tuduhan yang dibuat berdasarkan agenda mementingkan diri sendiri.

mca youth agm 011011 girl"Sebagai contoh, jika kita bermain permainan popular 'Angry
birds', kita perlu capai target dan tidak boleh tembak sesuka hati," katanya.

Mengulas lanjut, Wee berkata, BN menjadi sasaran kritikan yang tidak adil yang ada pada masanya melampaui batas dan mengingatkan bahawa sikap seperti itu adalah berbahaya.

Beliau juga mengingatkan rakyat bahawa pembangkang juga bukan sempurna dan jika dibiarkan, masyarakat akan kehilangan semangat apa yang betul dan salah dan negara akan berada dalam bahaya.

K'jaan S'gor cabar MCA debat isu premium tanah

Posted: 01 Oct 2011 07:20 AM PDT

Joseph Sipalan


Kerajaan negeri Selangor hari ini mencabar MCA Selangor berdebat mengenai sistem baru pembaharuan pajakan kediaman yang digunapakai di negeri itu baru-baru ini.

ngo pro selangor government rally 230111 faekahSetiausaha politik kepada menteri besar, Faekah Husin (kiri) berkata ketua jabatan aduan dan perkhidmatan awam MCA Selangor, Theng Book telah secara membuta tuli menuduh kerajaan negeri "menipu" orang ramai berhubung pemilikan penuh rumah tanpa mengetahui apa yang beliau cakapkan.

Sebaliknya, Faekah menuduh Theng cuba untuk bercakap bagi pihak sekelompok masyarakat yang "tertekan" dengan struktur premium baru itu.

Katanya, semakan rambang yang dijalankan mendapati ribuan ekar tanah yang dahulunya diberimilik oleh kerajaan BN kepada individu dan syarikat kroni, belum menjelaskan bayaran premium walaupun sudah menjangkau 10 tahun lamanya.

"Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan pemberimilikan tanah-tanah tersebut kerana kegagalan mereka membayar premium pada masa yang ditetapkan.

"Banyak rayuan yang diterima pejabat menteri besar kerana kebanyakan mereka mahukan kadar premium lama dikenakan. Justeru, Theng adalah jurucakap bagi kelompok "terseksa" ini," kata Faekah dalam satu kenyataan hari ini.


Faekah berkata demikian bagi menjawab dakwaan Theng semalam bahawa kerajaan negeri menafikan penduduk Selangor pemilikan penuh rumah masing-masing melalui RM1,000 skim lanjutan untuk pajakan mereka.

Theng (kanan) menuduh kerajaan negeri mengelirukan orang ramai supaya menerima skim baru itu, yang beliau sifatkan sebagai tidak lebih baik daripada lesen pendudukan sementara (TOL).

Menurut Faekah, kerajaan negeri Selangor bersungguh-sungguh membantu rakyat Selangor untuk memiliki rumah/tanah terutama mereka yang selama ini duduk merempat di negeri sendiri.

"Ini termasuk penduduk yang puluhan tahun memohon geran tanah namun di kesampingkan kerajaan terdahulu. Apabila kita membuat keputusan untuk mengeluarkan geran tanah yang sah, maka terdapat juga golongan kurang mampu membayar premium tanah pada kadar semasa.

"Justeru, kita memberi dua piliihan kepada rakyat yakni sama ada mengikut skim lama yang mana kadar premium mengikut kadar semasa tanah atau skim baru yang hanya perlu membayar RM1,000 untuk memiliki geran," jelasnya.

Menurut Faekah lagi, skim baru itu juga menetapkan jika pemilik tanah/rumah berhasrat menjual tanah tersebut, mereka perlu menjelaskan keseluruhan premium yang dikenakan.

"Ini dikira adil kerana tanah dijual pada nilai semasa dan sudah tentulah pemiliknya mampu untuk membayar premium yang ditetapkan mengikut kadar semasa. Skim ini kita gubal agar rakyat negeri ini hidup bermaruah dengan memiliki geran tanah sejajar dengan semangat Selangorku," tambahnya.

Meskipun demikian, jelasa beliau, jika rakyat melihat skim lama yang ditawarkan adalah lebih baik, mereka boleh memilih kekal dengan skim lama.

"Adakah ini dikatakan penipuan? Bukankah ini sebenarnya polisi untuk kebajikan rakyat? Sebelum Pakatan Rakyat memerintah, kita dapati banyak keputusan berkenaan hal ehwal tanah dibuat sebagai keputusan politik.

"Jika individu itu mempunyai kepentingan politik, maka mudahlah untuk mendapat tanah atau sebarang kelulusan melibatkan tanah, jika tidak jangan memasang angan-angan untuk memiliki tanah di Selangor walaupun mereka sebenarnya layak.

mca anti ong dinner puchong 160508 theng book"Kita yakin rakyat Selangor mahukan kerajaan hari ini berlaku adil dan menjaga hakmilik negeri ini dari terus dikaut para kroni, pelobi dan jurucakap seperti Theng (kanan)," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Theng atau pemimpin BN lain
berdebat mengenai isu ini di Petaling Jaya supaya rakyat metropolitan di sana melihat sendiri wajah sebenar beliau dan seluruh kepemimpinan MCA.

"Rakyat telah jelak dengan sandiwara pemimpin hanya tahu berpaut pada isu untuk menyelamatkan karier politik dan bukannya berjuang untuk rakyat.

"Kita menuntut Theng dan MCA memohon maaf dari kerajaan negeri Selangor dan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Selangor yang telah bekerja keras dan berhempas pulas untuk menghasilkan formula murni ini demi kebaikan rakyat," katanya.

Hadi jamin PAS tak paksa hudud atas bukan Islam

Posted: 01 Oct 2011 07:14 AM PDT

Susan Loone


Sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-60 di Kepala Batas hari ini, PAS menegaskan bahawa ia tidak akan memaksa undang-undang hudud ke atas bukan Islam, dan menyalahkan Umno mencetuskan kontroversi tersebut.

pas muktamar 130610 abdul hadi awangPresiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu tersebut
telah dipolimikkam oleh Umno dan 'media yang dibayarnya'.

Katanya, undang-undang Syariah perlu disokong oleh umat Islam kerana masyarakat telah merosot, dan kadar jenayah telah meningkat.

Bagaimanapun, tambahnya, apabila membangkitkan isu undang-undang Syariah, hanya bahagian hudud sahaja yang disebut dan dibangkitkan.

Berucap kepada kira-kira 3,000 hadirin di Dewan Milenium, Abdul Hadi berkata, bahagian mengenai hudud sengaja ditonjol untuk menyemai rasa takut di kalangan bukan Islam dan membuat umat Islam kelihatan bodoh.

Hadi yang juga ADUN Marang memberi jaminan bahawa sistem keadilan Islam adalah adil.

Tambahnya, hakim mahkamah Syariah yang sebenar lebih menumpukan kepada 'membebaskan' tertuduh, dan berusaha berbuat demikian menurut prinsip Islam.

Undang-undang ini, katanya, adalah undang-undang Allah dan tidak diwujudkan oleh Rasulullah atau mana-mana individu lain.

Bagaimanapun, kata Hadi, setiapkali menyebut hudud, ada pihak yang berkata, ia hudud PAS dan mereka menyembunyikan sifat sebenar hudud.

Abdul Hadi bagaimanapun gembira dengan hubungan berterusan parti itu dengan bukan Islam dan ia telah berjaya memecahkan benteng pemisah antara kedua-dua pihak.

Katanya, parti itu berjaya melakukannya dengan begitu baik sehingga ada bukan Islam yang meminta untuk menyertai PAS.

Selain itu, katanya, parti-parti politik dan NGO bukan Islam juga bersedia untuk bekerjasama dengan parti.

Bagaimanapun, katanya ada pihak-pihak tertentu yang mempersoalkan mengapa PAS bekerjasama dengan orang bukan Islam.

Sambil menegaskan ianya diajar oleh Islam, Hadi berkata, itulah sebabnya parti itu bergabung tenaga dengan BERSIH 2.0 walaupun presidennya, Datuk S Ambiga bukan seorang Islam.

PAS, katanya menerima semua orang, termasuk mereka yang 'digugurkan' oleh Umno.

Menurutnya, inilah sikap keterbukaan parti itu yang membawanya berganding bahu dengan parti-parti pembangkang lain untuk membentuk Pakatan Rakyat.

"Kami telah menerima perbezaan kita," kata Hadi sambil mendakwa media yang dibayar oleh BN masih mahu memecah-belahkan mereka sehingga hari in, "tetapi nampaknya, mereka telah gagal".

Hudud tak menjadi buat BN, Nik Aziz dapat sambutan orang bukan Islam

Posted: 30 Sep 2011 04:58 PM PDT

Maria Begum, Malaysia Chronicle


Dengan selesainya isu hukum hudud, Mursyidul Am PAS sememangnya ada sebab untuk tersenyum lebar. Beliau telah berjaya memujuk rakan pakatannya, DAP.

DAP dan PKR sudah sedia maklum akan aspirasi PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri telah pun membentangkan pelaksanaan hukum hudud di dalam dewan rakyat masing-masing. Namun, apa yang menjadi penghalang adalah kerajaan pimpinan UMNO yang enggan memberikan kebenaran untuk melaksanakannya.

Tetapi, Nik Aziz yang telah berusia 80 tahun, juga memegang jawatan sebagai Menteri Besar bukanlah sembarangan orangnya. Beliau tidak mungkin akan memaksa pelaksanaan hudud di negera ini semata-mata untuk kepentingan sendiri dan cita-cita Islam PAS. Beliau telah pun mula menerangkan kepada rakyat bukan Islam dalam usaha mententeramkan ketakutan mereka terhadap hukum yang membolehkan pesalah dipotong tangan, disebat dan direjam sehingga mati itu.

"Wahai sahabat bukan Islamku, beritahu pada saya, bahagian manakah tentang hukum hudud yang menakutkan anda," tulis Nik Aziz di laman Facebooknya beberapa jam selepas keputusan Pakatan dibuat.

" Saya berharap anda tidak akan takut pada hudud hanya kerana kekeliruan dan kejahilan kerana jika kamu takut akan hudud itu hanya kerana khabar angin sahaja. Saya ingin mengetahui dengan lebih jelas apakah kebimbangan kamu dan untuk mengakhirkan semua ini, saya telah menyediakan beberapa jawapan kepada persoalan kamu untuk meredakan kebimbangan kamu itu."

BN tidak tentu arah

Apabila Pakatan telah membuat keputusan secara terbuka, dimana DAP, PAS dan PKR telah menangani isu kontroversi ini dengan sepakat, UMNO dan BN pula tidak senang duduk.

Perdana Menteri, Najib Razak, yang merupakan presiden UMNO, dilihat tidak berupaya dan tidak berlaku adil kepada orang Islam dan bukan Islam. Minggu lalu, apabila isu ini ditimbulkan oleh bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad, sokongan orang Islam terhadap PAS dan juga Nik Aziz juga telah meningkat.

Walaupun ramai orang Melayu yang menentang hukum hudud kerana percaya bahawa ianya hukum yang sudah tidak relevan pada masa ini, mereka tetap memberi sokongan terhadap PAS kerana sanggup mempertahankan Islam. Mereka melihat Najib yang menolak hudud adalah sebagai caturan politik untuk menjadikan dirinya lebih popular tetapi tidak pernah cuba untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu yang sensitive dan kontroversi itu.

"Kita menegaskan bahawa kita tidak akan diheret kedalam kancah politik sempit yang cuba memecah-belahkan kita. Kita percaya akan kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai situasi ini sendiri," kata ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Ketidakpuasan hati terhadap Najib meningkat dalam UMNO

Semasa BN dengan cepat cuba mengalih perhatian kepada perbalahan Pakatan terhadap isu ini, UMNO sendiri berada dalam keadaan kucar-kacir apabila MCA dan Gerakan menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan hudud.

Cepat mengenepikan pelaksanaan hudud, kenyataan Najib bercanggah pula dengan pandangan timbalannya yang berpendapat UMNO menyokong hudud tetapi belum boleh melaksanakannya buat masa yang terdekat ini. Ralat politik PM ini telah mengundang kemarahan ahli tegar UMNO dan juga umat Islam yang taat.

Sambutan baik oleh bukan Islam, terutamanya kaum Cina tidak diendahkan kerana mereka melihat ini sebagai mainan untuk memancing undi bagi MCA dan Gerakan.

Ketidak ikhlasannya terbukti. Ini sememangnya akan meretakkan lagi hubungan penyokong Najib dan Muhyiddin. Di dalam UMNO, permintaan untuk Najib segera berundur semakin meningkat kerana isu hudud. "Dia tak sedar akan kemahuan orangnya sendiri," Ahli parlimen Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin memberitahu Malaysia Chronicle.

Sokongan tak terhingga di Facebook

Dalam pada itu, kejujuran sentiasa dihargai kerana laman Facebook NikAziz telah mendapat sambutan yang hangat sejak isu ini timbul. Sekarang, beliau sudah mempunyai kira-kira 561, 047 orang pengikut.

Untuk satu kenyataan berkaitan hudud, beliau telah mendapat 4,356 komen. Sekurang-kurangnya 9,146 telah 'like' dan 3,054 pula telah berkongsi kenyataan beliau itu di laman facebook mereka sendiri.

Kenyataan yang paling menarik perhatian adalah seperti berikut:

Oh Utusan Malaysia, akhbar yang mendakwa sebagai jaguh mempertahankan hak orang Melayu dan Islam. Sedarkah anda apa yang sedang anda lakukan. Dimanakah had dalam mempraktikkan politik apabila al-Quran sentiasa diperlekehkan?

Wahai orang Islam…ya Tuhan yang Maha Berkuasa…wahai sahabat Mufti…wahai NGO Melayu/ Islam…wahai sahabat cendekiawan dan ilmuwan muda UMNO…bukankah sudah nyata bahawa ini adalah penghinaan terhadap hukum Islam?

Nik Aziz telah menulis sebagai respon kepada karikatur yang diterbitkan oleh akhbar Utusan milik UMNO.

Dalam kenyataannya selepas itu, Nik Aziz menerangkan bahawa beliau jarang membaca Utusan.

"Pada pendapat saya, surat khabar ini umpama pembesar suara bagi UMNO. Pagi tadi, saya ditunjukkan lakaran kartun yang diterbitkan semalam, menghina hukum hudud. Saya tak nak komen banyak-banyak, apa yang saya cakap sudah cukup, dan boleh difahami oleh sidang editor Utusan Malaysia," kata Nik Aziz.

Kerusi untuk Tee Keat di Selangor; Soi lek dan Tsu Koon melopong

Posted: 30 Sep 2011 04:56 PM PDT



Di tengah-tengah spekulasi bahawa dia akan diminta untuk beralih kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah membuat perhitungan dan sasaran beliau adalah tidak lain daripada penggantinya Chua Soi Lek, yang dilihat menjadi batu penghalang kepada cita-cita politiknya

Persengketaan di antara kedua-dua lelaki ini memang sudah diketahui umum. Hubungan ibarat kucing dan anjing. Pergaduhan pasti berlaku sekiranya kedua-dua lelaki ini berada di dalam bilik yang sama walaupun untuk seminit.

Tee Keat kini merupakan ahli parliamen Pandan, telah dari dahulu lagi sering menggunakan reputasi Soi Lek yang sudah tercemar apabila Soi Lek cuba mengambil hati pemimpin-pemimpin atasan Umno untuk menggantikan beliau.

Pergaduhan paling hangat mereka berlaku dalam tempoh 2009 hingga 2010 apabila pertelingkahan mereka menjadi begitu tidak terkawal, lalu membawa MCA jatuh menjunam kedalam keadaan huru-hara dan sebuah Mesyuarat Agung Khas terpaksa dipanggil untuk menyelesaikan krisis kepimpinan dalam parti tersebut.

Ia berakhir dengan Tee Keat disingkirkan selepas kurang dari 2 tahun menerajui parti tersebut. Tidak hairanlah jika Tee Keat hanya ada kata-kata yang kasar untuk Soi Lek, yang dipercayai telah mendesak agar Tee Keat tidak diletakkan di kawasan Pandan pada pilihan raya umum akan datang yang dijangka akan diadakan pada bulan November.

Untuk membalas dendam terhadap Soi Lek, Tee Keat telah menggali semula keburukkan yang telah terkubur bagi musuhnya itu - skandal seks DVD - dan mempersoalkan jika Soi Lek masih boleh menang dalam mana-mana pilihan raya sama sekali.

"Adakah beliau seorang calon yang boleh menang? Saya tidak fikir rakyat Malaysia boleh menerima beliau. Sudah tentu, beliau mahu bertanding. Beliau telah berkata bahawa lima bahagian mahu dia bertanding dan ramai yang berkata, termasuk dia sendiri bahawa salah laku peribadi atau tidak bermoral tidak boleh dijadikan alasan untuk menafikan hak untuk bertanding, "Malaysian Insider melaporkan kenyataan Tee Keat pada hari Jumaat.

"Tetapi mereka tidak benar-benar menilai kebarangkalian boleh menang. Jika dia bertanding, ini akan menjadi ujian yang benilai untuk pengundi. "

Adakah Umno berani mengambil risiko untuk membenarkan Soi Lek bertanding

Sesungguhnya, gabungan BN yang diketuai oleh Umno pernah dihantui keputusan yang paling teruk dari MCA, parti komponen ke-dua terbesar BN. Dalam pilihan raya DUN Sarawak April lepas, parti cina terbesar SUPP hanya mampu mempertahankan 6 kerusi daripada 19 yang dipertandingkan. Pemberontakan pengundi terhadap SUPP begitu teruk sehinggakan Presiden parti, George Chan telah disingkirkan daripada kawasan yang telah sekian lama beliau pertahankan.

MCA yang memenangi 15 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2008 juga dijangka menghadapi nasib yang serupa. Walaupun Soi Lek tidak berasa begitu yakin, beliau telah merumuskan pelan yang mengancam masyarakat Cina bahawa jika mereka tidak mengundi MCA, pemimpin-pemimpin parti akan diketepikan daripada jawatan kerajaan dan orang cina tidak akan diwakili dan dengan itu terdedah kepada pembulian oleh Umno.

Soi Lek dikutuk kerana ancaman itu. Sebagai tambahan kepada skandal seks beliau, beliau kini dilihat sebagai penipu politik dan banyak pemimpin-pemimpin MCA percaya bahawa dia akan menjadi lebih teruk daripada Tee Keat, yang walaupun bersifat baran dan suka bertengkar; sekurang-kurangnya masih menolak rasuah.

"Ahli-ahli MCA perlu renungkan mengapa terdapat tanda tanya sama ada presiden sendiri akan bertanding," kata Tee Keat. Beliau telah memainkan peranan besar dalam mendedahkan skandal PKFZ, satu lagi sebab mengapa Umno tidak akan membantu beliau untuk mendapatkan Pandan daripada Soi Lek.

DUN Selangor

Sekiranya Umno enggan membariskan Soi Lek, kerana takut kejatuhan George Chan berulang semula, maka, Presiden MCA itu akan mendapati dirinya dalam situasi yang sama seperti Presiden Gerakan Koh Tsu Koon.

Media BN menjadikan Tsu Koon tidak lebih daripada seorang badut, karikatur yang sifat malu-malu dan agak canggung. Akhbar milik Umno pun turut mencabar beliau untuk menamakan kerusi mana yang beliau fikir beliau berpeluang untuk menang.

Walaupun memburukkan Soi Lek, Tee Keat sendiri tidak tidak juga berada dalam keadaan yang baik. Ada juga desas-desus orang Umno sendiri yang ingin menuntut kerusi Pandan beliau.

"Pandan adalah satu tempat yang mustahil bagi Tee Keat. Pertama, Soi Lek tidak mahu dia sama sekali. Oleh itu, beberapa orang-orang kuat UMNO telah mula tawar-menawar terhadap kawasan itu. Apa yang kita akan cuba lakukan adalah untuk meletakkan Tee Keat di kerusi DUN Selangor. Jika beliau menang, beliau akan dilantik untuk majlis eksekutif negeri, " ujar satu sumber Umno kepada Malaysia Chronicle.

Oleh itu, dari menteri kabinet kepada menteri negeri untuk Tee Keat jika dia menang. Mungkin kelihatan tidak begitu memberangsangkan, tetapi masih lebih lumayan berbanding dengan tiada apa-apa langsung yang dijanjikan untuk Soi Lek dan Tsu Koon.


Nurul menyambut baik usaha peneroka FELDA menuntut ganti rugi

Posted: 30 Sep 2011 04:55 PM PDT

Nurul Izzah


Saya menyambut baik usaha para peneroka dari 19 FELDA di Pahang yang semalam telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Temerloh untuk menuntut ganti rugi RM200 juta berhubung penipuan dalam urusan membeli dan memproses sawit dan pemasaran.

Saya amat mengalu-alukan kerjasama para peneroka dari 19 kawasan FELDA ini dalam mencari kebenaran dan keadilan dengan membawa kes tersebut ke mahkamah. Sememangnya untuk menghadapi sebuah organisasi yang begitu besar seperti FELDA memerlukan kesepakatan di kalangan rakyat, semangat yang kental, dan kepercayaan bahawa keadilan akan tertegak jua akhirnya.

Isu konspirasi menurunkan Kadar Perahan Gred (KPG) ini amat serius, kerana ia membawa kesan yang cukup besar kepada ekonomi para peneroka dengan mengurangkan hasil pendapatan mereka dengan begitu mendadak. Dan jika konspirasi ini dibuktikan benar-benar wujud, maka persoalan yang lebih membimbangkan ialah mengapa pihak-pihak tersebut telah dibenarkan berkelakuan sedemikian?

Akhir sekali, saya berharap agar kes tuntutan ini akan dapat dibicara dan diselesaikan dengan sempurna, demi masa depan ekonomi para peneroka FELDA.

*Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar (gambar kiri) selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN.

Hishamuddin Rais: Bawa kes kematian dalam tahanan ke antarabangsa

Posted: 30 Sep 2011 04:51 PM PDT

Ong Vic Kee


Dengan mengambil contoh "kes kapal selam scorpene", aktivis sosial Hishamuddin Rais melontarkan cadangan agar badan bukan kerajaan (NGO) membawa kes kematian dalam tahanan ke antarabangsa, untuk membuat desakan dari luar negeri, dan bukannya berulang-kali membuat laporan di balai polis yang sesungguhnya tidak membuahkan hasil.

Malah, Hishamuddin Rais (gambar kiri menyifatkan usaha "membuat laporan terhadap polis tentang salahlaku polis" sebagai "kerja gila", dan sesiapa yang berbuat demikian berulang-kali semestinya seseorang manusia yang tidak siuman.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk menyindir, bahawa "parang" telah menjadi senjata penjenayah, sungguhpun menyedari polis kita bersenjatakan pistol. "Parang yang sama" digunakan, termasuklah peserta perhimpunan BERSIH 2.0, seolah-olah semua penjenayah menggunakan parang yang sama ketika bertindak - dan ianya hanya berlaku di Malaysia, kata Hishamuddin Rais.

Hishamuddin juga menegur NGO, bahawa kenyataan hanya dikeluarkan apabila mangsa keganasan polis adalah orang tempatan, tetapi berdiam diri apabila buruh asing menjadi mangsa, seolah-olah "buruh asing itu berkelas rendah". Beliau menyelar sikap rakyat Malaysia yang sedemikian, yang untuknya "lebih malang apabila kita mendakwa diri kita sebagai muslim".

Demikianlah kata-kata Hishamuddin Rais dalam forum "Hak Anda dan Kuasa Polis", anjuran bersama SUARAM, Rumah Anak Teater, Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok, Amnesty International Malaysia dan KOMAS, semalam. Forum yang bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor ini menarik kehadiran kira-kira 100 orang, membariskan dua orang lagi panelis, iaitu peguam hak asasi manusia Edmund Bon dan M. Visvanathan, dengan Faisal Mustafa sebagai moderator.

Polis diberi kuasa terlalu besar

Ketika mengulas penyalahgunaan kuasa polis, Edmund Bon (gambar bawah, berdiri) menuding jari kepada peruntukan kuasa yang terlalu besar kepada penguatkuasa.

"Rakyat perlu faham, apabila kita membincangkan politik, pada hakikatnya kita membincang bagaimana untuk mengembalikan sebahagian kuasa kepada golongan minoriti dalam masyarakat, memulangkan kuasa kepada rakyat, dan bukannya memberi kuasa yang begitu besar kepada kehakiman, penguatkuasa dan parlimen. Kita tidak boleh mengelakkan diri daripada isu ini, yang padahalnya isu politik," jelas Edmund Bon.

M. Visvanathan, peguam yang mewakili keluarga mendiang R.Gunasegaran, berkongsi dengan hadirin proses perbicaraan kes kematian R.Gunasegaran. Pada jam 5 petang 16 Julai 2009, R.Gunasegaran yang berumur 31 ditangkap dan ditahan di Balai Polis Sentul atas tuduhan penyalahgunaan dadah. R.Gunasegaran pengsan di lokap pada kira-kira jam 7 petang hari itu, dan didapati mati ketika tiba di hospital.

Pada 25 Oktober 2010, inkues membuat penghakiman "open verdict", dengan dua kemungkinan "mati kerana dadah", atau "mati dipukul". Sehingga hari ini, anggota polis yang dituduh membelasah R.Gunasegaran tidak dikenakan tindakan.

Tiada surat kematian diberikan kepada keluarga R.Gunasegaran sungguhpun sudah dua tahun R.Gunasegaran meninggal dunia. "Dari segi teknikalnya, R.Gunasegaran masih hidup, rekod Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan bahawa beliau masih hidup," kata M. Visvanathan (gambar kanan).

Beliau meneruskan, "Tiada siasatan, boleh dikatakan tiada sebarang tindakan. Hampir setahun (penghakiman dibuat), apa jadi? Tiada apa-apa berlaku. Beliau hanya satu nama dalam sistem. R.Gunasegaran. Bagaimanapun, beliau adalah seorang warga Malaysia, beliau mempunyai haknya."

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.

Bekas ketua PKPM didenda RM6,000

Posted: 30 Sep 2011 04:50 PM PDT

MALAYSIA KINI


Bekas ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) Nor Azami Ahmad Ghazali dan tiga pengarah syarikat hari ini didenda RM6,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini, masing-masing atas tiga pertuduhan mengikut Akta Syarikat 1965.

Hakim Ainul Shahrin Muhamad mendapati Nor Azami, 43, dan tiga lagi pengarah syarikat iaitu isterinya Sarina Mansor, 40, ibunya Saliah Ramli, 63, dan Abdul Rahman Baba, 63, bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Keempat-empat mereka didapati bersalah kerana gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan syarikat, gagal menyerah simpan penyata tahunan dan gagal membentangkan akaun untung rugi syarikat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di di Suite 132G, Tingkat 2, Wisma MISHAH, Jalan Raja Abdullah, di sini, pada 8 Mei 2003.

Sementara itu, syarikat berkenaan iaitu P.K.P.M Services Berhad didenda sejumlah RM7,000 terhadap dua pertuduhan kerana gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan dan gagal menyerahkan penyata tahunan syarikat itu.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa daripada SSM, Steve Chin Yun Cheong manakala kesemua tertuduh diwakili peguam T. Santhirahasan. Bernama

Tiada ulasan: