Sabtu, 1 Oktober 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pengakuan Zaki Membuktikan MB Perak sekarang ini adalah MB Haram

Posted: 01 Oct 2011 03:48 AM PDT


Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang membabitkan krisis perlembagaan Perak perlu dianggap tidak sah ekoran pengakuan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi bahawa beliau tidak terbabit dalam pembentukan panel hakim yang mendengarnya, kata DAP Perak.

Pengerusinya, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata pengakuan Zaki yang beliau tidak terbabit dalam pembentukan penal lima hakim panel yang mendengar kes Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, adalah salah di sisi undang-undang.

Memetik kes Majlis Peguam lwn Tan Sri Abdul Hamid Omar [1989] 2 MLJ muka surat 281, beliau berkata Mahkamah Agung pada tahun 1989 memutuskan bahawa pembentukan panel hakim Mahkamah Persekutuan hanya boleh dibuat oleh Ketua Hakim Negara.

"Ekoran keputusan Mahkamah Agung itu - mahkamah tertinggi di negara ini - maka pembentukan panel hakim Mahkamah Persekutuan oleh mana-mana orang lain, adalah tidak dibenarkan.

"Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes krisis Perak adalah tidak sah," kata Ngeh (kanan) kepada Malaysiakini.

Dalam kes pada tahun 1989 itu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa hanya ketua hakim negara sahaja berhak untuk mengada dan membentuk panel hakim Mahkamah Agung untuk mana-mana prosiding. sumber

Perlaksanaan Hudud Bukan Retorik - Aziz Bari

Posted: 30 Sep 2011 09:10 PM PDT


Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Menurut Aziz, beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

Dalam kenyataan hari ini, Aziz juga berkata, adalah sesuatu janggal kerana Majlis Peguam tidak memberikan prinsip federalisme satu pertimbangan dalam kenyataannya berkaitan dengan isu hukum hudud.

"Prinsip (federalisme) adalah penting dalam membebaskan sistem (perundangan)," katanya lagi. Sehubungan itu kata beliau, "apabila Perlembagaan membisu ataupun ada konflik seperti ini, maka undang-undang akan memberi laluan kepada negeri." "Kedua-dua undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah telah dimasukkan dalam senarai negeri, oleh itu persoalan besar adalah berkaitan dengan Akta Mahkamah Syariah 1965, yang mengehadkan kuasa Mahkamah Syariah," katanya lagi.

Kata Aziz, "sebagaimana saya katakan banyak kali ada negara di dunia yang menguatkuasakan sistem dan undang-undang yang pelbagai." "Dalam kes hudud, adalah sangat jelas bahawa ia hanya untuk Muslim dan Mahkamah Syariah... Majlis Peguam sendiri telah banyak kali mengatakan bahawa ia hanya bagi Muslim," kata beliau lagi.

Oleh itu kata beliau, apa yang diperkatakan sekarang bukan retorik tetapi satu usaha untuk membenarkan masyarakat Muslim hidup di bawah sistem perundangan mereka.

"Bagi bukan Islam, mereka tiada perundangan mereka sendiri seperti Muslim, jadi mereka boleh hidup di bawah undang-undang sivil negara ini," katanya lagi.Baca di sini

Tiada ulasan: