BRIGED MP SEGAMBUT |
- LEMBU DAN MENTERI SAMA SAHAJA?
- BIL ELEKTRIK RUMAH BAKAL MELAMBUNG SEMUA
- UMNO DAN KOMUNIS
- HISYAMUDDIN AKAN HALANG MUHYIDDIN GANTIKAN NAJIB JADI PM?
- Lim Guan Eng rasis SATU LAGI PROJEK UMNO?
- AKU YAKIN PERKASA BODOH DAN BEBAL
- BODOH PUNYA KARPAL
- RAKYAT WAJAR TUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA
- UMNO MAIN KAUM MCA MAIN AGAMA? NI CILAKALA JADINYA?
- Pelabur takut undang-undang Islam
LEMBU DAN MENTERI SAMA SAHAJA? Posted: 31 Oct 2011 09:27 AM PDT Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diberikan kepada anggota keluarga seorang menteri kabinet. Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Namun, Noh (kanan) menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan. "Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu. Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad. "Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya. Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd. "Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu. Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan. Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain. Tegasnya, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan. Bagaimanapun, kerajaan masih belum membayar sejumlah RM6.48 juta daripada jumlah geran sebanyak RM13 juta. Laporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan. NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan |
BIL ELEKTRIK RUMAH BAKAL MELAMBUNG SEMUA Posted: 31 Oct 2011 08:30 AM PDT Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa rakyat bersiap-sedia menghadapi kemungkinan kenaikan tarif elektrik berikutan kerugian besar Tenaga Nasional Bhd (TNB). "TNB mengalami kerugian sebesar RM453.9 juta. Ketika mengalami keuntungan pun TNB nakkkan tarif elektrik, apa jaminan ia tidak naikkan selepas rugi besar seperti itu?" katanya. Mahfuz mennggesa Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh mendedahkan sebab sebenar kerugian besar TNB. "Bila rugi, seperti biasa, sudah menjadi hobi para peneraju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutamanya untuk menyalahkan faktor luaran seperti kenaikan kos bahan mentah dan sebagainya. "Che Khalib juga mengaitkan kerugian dengan kekurangan bekalan gas dan dengan beraninya meletakkan cabaran kepada Petronas untuk memulihkan sepenuhnya bekalan gas semula jadi supaya TNB tidak perlu lagi menggunakan bahan api ganti yang mahal. "Sedangkan, sepatutnya CEO TNB itu memilih sikap pro-rakyat serta mendedahkan sebab sebenar kerugian besar TNB," kata beliau. TNB mencatatkan kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat tahun kewangan semasa. Mahfuz mempersoalkan jika kekurangan bekalan gas semula jadi yang menjadi punca kerugian TNB sehingga terpaksa menggunakan bahan api ganti yang mahal, mengapa pula syarikat-syarikat pembekal tenaga bebas (IPP) mencipta keuntungan? "Adakah TNB tidak menikmati subsidi gas yang mencukupi dari Petronas seperti yang dinikmati IPP? Adakah hanya IPP menikmati subsidi gas yang mencukupi dan tidak perlu menggunakan bahan api ganti yang mahal? "Atau adakah kerana TNB menjadi sapi perahan IPP? Rakyat tahu bahawa TNB dipaksa membeli tenaga dari IPP walaupun tidak digunakan," kata Mahfuz. Ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak mengharapkan Che Khalib mempunyai keberanian seperti bekas CEO TNB, Tan Sri Ani Arope yang meletak jawatan kerana tidak berpuas hati terhadap perjanjian berat sebelah antara IPP dan TNB. "Sudah tentu kita tidak mengharap Che Khalib mempunyai keberanian seperti Ani, tetapi sekurang-kurangnya beliau hendaklah lebih telus dalam menjelaskan sebab sebenar kerugian TNB "Che Khalib hendaklah berterus-terang kerana TNB mungkin rugi lebih besar lagi jika tariff elektrik tidak dinaikkan pertengahan tahun lalu dengan kenaikan purata 7.12 peratus," kata beliau. Rakyat, kata Mahfuz, bukan sahaja tidak berpuas hati terhadap subsidi sehingga RM17 bilion kepada IPP dan perjanjian tidak waras yang memaksa TNB membeli tenaga dari IPP walaupun tidak digunakan, malah semakin marah apabila baru-baru ini tersiar khabar penambahan IPP kepada Tanjung Bin Power dan urusniaga yang begitu bermurah hati kepada anak syarikat Malakoff Berhad itu. "Bukan itu sahaja, sejak September lalu lagi saya diberitahu tentang perundingan untuk membolehkan IPP meningkatkan kapasiti pengeluarannya malah ada dakwaan bahawa surat kelulusan telah diberikan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran," kata beliau. Mahfuz mempersoalkan kewajaran penambahan IPP dan rundingan meningkatkan kapasiti pengeluaran sedangkan TNB dan akhirnya rakyat sentiasa dibuli supaya membayar kepada IPP walaupun tenaga yang mereka bekalkan tidak digunakan. "Walaupun dibekalkan dengan tenaga yang tidak digunakan, TNB kena bayar. IPP tidak menjana tenaga pun TNB kena bayar, sampai bila rakyat yang menjadi pelanggan TNB hendak menanggung biawak hidup seperti ini?" beliau mempersoalkan. Beliau berharap semakin ramai rakyat menyedari satu-satunya penyelesaian kepada masalah dan bebanan itu ialah dengan memastikan berakhirnya pemerintan Umno Barisan Nasional (BN). |
Posted: 31 Oct 2011 07:30 AM PDT Ahli parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan Umno yang membuat perjanjian persefahaman dengan kerajaan komunis China tetapi membangkitkan sentimen untuk mengaitkan pembangkang dengan komunisme. Mahfuz berkata, Umno bertindak "hipokrit" dengan bertindak demikian walhal parti itu membuat hubungan dengan Parti Komunis China yang didakwa banyak menyokong Parti Komunis Malaya sebelum ini. "Sesiapa yang cuba angkat perjuangan komunis dianggap pengkhianat sedangkan dalam masa sama Umno jalinkan hubungan dengan komunis China. "Banyak pemimpin Parti Komunis Malaya ini telahpun berhijrah ke China dan dapat perlindungan di China. Jadi apa perlu Umno adakan hubungan tersebut? "Inilah hipokrasi politik umno dalam isu Mat Indera yang kaitkan (pembangkang) dengan komunis, sedangkan perbincangan kami adalah untuk memperbetulkan sejarah," kata Mhafuz lagi dalam sidang media di parlimen hari ini. Beliau mengulas perkara itu kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan timbalan menteri luar negeri di Dewan Rakyat sebelum itu. Dalam soalannya, Mahfuz bertanya sama ada kerajaan maklum bahawa memorandum persefahaman yang ditandangani Umno pada Ogos lalu itu dibuat dengan parti komunis "yang bekal senjata kepada Parti Komunis Malaya dan mungkin juga bunuh polis Bukit Kepong?" Dalam jawapannya, timbalan menteri dalam negeri, Datuk Richard Riot sekadar berkata China kini berbeza kerana mengamalkan dasar pintu terbuka. "Dulu (tafsiran negara) komunis adalah ideologi guna pintu tertutup, tapi sekarang komunis pun dah buka negara mereka," katanya lagi. Maka, tidak timbul masalah untuk membuat hubungan dengan negara berkenaan, kata ahli parlimen Serian itu lagi. |
HISYAMUDDIN AKAN HALANG MUHYIDDIN GANTIKAN NAJIB JADI PM? Posted: 31 Oct 2011 03:28 AM PDT JIKA hendak diberikan gambaran permasalahan dalam Umno hari ini, ianya tidak ubah macam rancangan animasi televisyen kartun CatDog. Ia hanya ada satu badan, tetapi ada dua kepala. Satu kepala cat (kucing) satu lagi kepala dog (anjing). Dua-dua kepala ini punyai perangai, citarasa, pendekatan dan minat yang berbeza, sehingga sering bercanggah antara satu sama lain. Tetapi tiada pilihan kerana terpaksa berkongsi badan yang sama. Badan yang dikongsi dan hendak dibawa adalah Umno, yang hayatnya sudah hampir sampai ke penghujung. cara mana hendak bawa Umno, pendekatan mana yang paling sesuai untuk menyelamatkan Umno daripada kepupusan. Perbezaan ini semakin ketara dari hari ke sehari. Ianya umpama 'api dalam sekam' cuba dikambus media talibarut Umno-Barisan Nasional, namun ia tetap membara. Pertelagahan senyap di antara Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semakin ketara dirasai dalam Umno, dirasai oleh pemimpin-pemimpin Umno di peringkat negeri dan sudah menjalar sehingga ke akar umbi Masalah dan percanggahan wujud dalam banyak aspek. Terutama sekali dasar 1Malaysia dan pelbagai tindakan Najib mengetepikan hak Melayu dan kuota bumiputera, tidak disenangi Muhyiddin dan juak-juaknya kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Malah media berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, yang khabarnya dikuasai kumpulan Muhyiddin, juga enggan memberi ruang kepada Najib, jika kenyataan PM itu dilihat merugikan orang-orang Melayu. Antara masalah yang besar dihadapi Muhyiddin dan Umno adalah datangnya dari isteri PM sendiri. Dominasi Datin Seri Rosmah Mansor dalam banyak perkara, yang libatkan parti, kerajaan, projek dan media, amat-amat tidak disenangi mereka. Ketidaksenangan ini disampaikan seorang kenalan lama bergelar Dato', dalam satu temu janji dengan saya di Bangsar Village baru-baru ini. Tujuan pertemuan diadakan untuk beliau nyatakan pendapatnya tentang masa depan Melayu, yang katanya hanya akan dapat diselamatkan hanya jika PAS dan Umno boleh bekerjasama dalam hal-hal tertentu. Saya hanya mendengar sahaja, kerana memang bukan bidang kuasa saya untuk bersetuju atau menolak pandangannya. Saya sekadar mahu meneropong dari sudut hati orang Umno, apa yang sebenarnya berlaku dewasa ini. Sambil-sambil beliau berusaha meninjau peluang untuk melunakkan hubungan PAS-Umno, saya bertanya kepadanya tentang perubahan kepimpinan dan kepincangan yang terus berlaku dalam Umno. Kata saya,"Dato' apa agaknya obstacle yang menghalang Umno untuk kelihatan solid dalam menghadapi PRU akan datang?" "Rosmah," jawabnya ringkas, sambil menghirup cappucino. "Mengapa Rosmah?" tanya saya sebelum sempat beliau meletakkan cawan kembali ke atas meja. "Kita pun tak tahu mengapa Najib begitu menurut kata Rosmah. Semua urusan 'stuck' kalau ada campur tangan Rosmah. Sehingga pelantikan politik, termasuk GLC pun Rosmah campur tangan," dakwanya. "Ooo lebih kurang Rosmah ni macam Khairy (Khairy Jamaluddin) masa zaman Abdullah lah ya," ujar saya kepadanya. Dato' hanya mengangguk, mengiyakan telahan saya. Banyak ceritanya yang tidak boleh ditulis di sini. Off record katanya. Pada saya, dakwaan terhadap Rosmah barangkali betul, barangkali tidak. Masalah Najib dan Rosmah adalah masalah Umno. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menghadap apa yang ada. Masalah sebenarnya adalah masalah perebutan kuasa dan power broker serta juak-juak yang berpihak kepada Najib dengan puak penyokong Muhyiddin. Keadaan menjadi semakin panas apabila masalah ini meleret-leret, sehingga kepada perihal pemilihan dan penentuan calon Umno untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Habis semua hendak jadi calon. Daripada Ketua Bahagian yang sudah lapuk, sehinggalah budak-budak hingusan dalam Umno, berebut-rebut hendak jadi calon. Mereka melobi Najib dan Muhyiddin. Semuanya kata mereka adalah winning candidate. Habis hiruk pikuk Umno di peringkat bahagian. Masalah ini diakui oleh Muhyiddin. Kenyataan beliau baru-baru ini merujuk kepada masalah dalaman Umno yang tidak boleh selesai sehingga kini. Oleh sebab itu MT Umno terpaksa menangguhkan pemilihan dalam Perhimpunan Agung Umno, untuk tempoh 18 bulan bermula Mac 2011. Penangguhan terpaksa dibuat kerana, pemilihan parti menyebabkan Umno dalam keadaan berisiko tinggi. Umno terpaksa gamble kerana pemilihan akan berlaku di segenap peringkat, meliputi cawangan, bahagian dan kebangsaaan akan memberi natijah yang negatif kepada masa depan mereka. Oleh itu maka pemilihan Umno ditangguhkan, untuk memberi laluan terlebih kepada PRU terlebih dahulu. Oleh itu, jika diteliti dan dibandingkan tempoh kerajaan BN akan berakhir pada Mac 2013 dengan tempoh penangguhan pemilihan Umno akan tamat pada September 2012, maka tidak dapat tidak PRU mesti diadakan enam bulan lebih awal dari pemilihan Umno. Maka dijangkakan, tarikh terbaik untuk Najib mengadakan PRU ke-13 adalah di antara Disember 2011 hingga Mac 2012. Itu andaian Najib. Namun Najib tidak akan selamat jika Umno-BN tewas atau hanya menang dengan majoriti yang lebih kecil daripada PRU 2008. Jika BN tewas, habis cerita. Sama ada Najib atau Muhyiddin, sama-sama akan dimasukkan dalam muzium bersekali dengan Umno-BN Jika BN menang tipis bagaimana? Sekarang pun dalam Umno, terdapat golongan yang mendesak Najib berundur dan memberi laluan kepada Muhyiddin. Alasan mereka mudah. Najib terlalu lemah dan tidak mampu mengemudi BN berhadapan dengan Pakatan Rakyat. Ada kelompok veteran Umno yang berpendapat, jika Najib terus menjadi PM, masa depan Umno akan terus kelam. Malah ada antara kalangan Umno yang melabel Najib sebagai PM flip-flop, sama atau lebih teruk daripada Abdullah Ahmad Badawi. Oleh kerana itu, jika BN menang tipis, Najib bakal mengalami nasib yang sama dengan Abdullah. Justeru bagaimana Najib hendak mengelakkan daripada Muhyiddin naik menggantikan beliau. "Saya yakin Hisham (Dato' Seri Hishammuddin Hussein) tidak akan benarkan Muhyiddin menggantikan Najib," kata seorang penganalisis Umno. "Bagaimana nak sekat Muhyiddin? Jika hendak halang, kena ada orang lawan dia jawatan Timbalan Presiden," kata saya. "Tak perlu. Itu lambat lagi. Kalau saudara hendak tahu, sekarang ini budak-budak Hisham sudah buat kerja di Pagoh (kawasan Parlimen Muhyiddin), nak jatuhkan dia," dakwanya. Cara mana hendak jatuhkan Muhyiddin tidak dihuraikan lanjut. Barangkali itu hanyalah andaian beliau. Tetapi beliau mengatakan wujud banyak kemasukan pengundi baru di Pagoh, yang akan memberi kesan kepada masa depan Muhyiddin. Pada saya itu hanya fikiran simplistik. Bukan mudah hendak mengalahkan Muhyiddin. Pagoh ini kawasan hulu. Pedalaman dan masih mundur. Orang-orang yang miskin dan mundur, sentiasa menjadi aset Umno. Tambahan lagi orang Johor. Biarlah PRU nanti menentukan. Tetapi mesej yang hendak disampaikan di sini, bau wujudnya, unsur pertelagahan dan sabotaj di antara puak Najib dengan Muhyiddin semakin kuat. Mereka boleh cuba menafikan kewujudan masalah ini. Kita tunggu dan lihat sahaja. Bagi kita sama ada Najib atau Muhyiddin tidak menjadi soal. Asalkan mereka mewakili Umno-BN, mereka harus ditewaskan pada PRU ke-13! |
Lim Guan Eng rasis SATU LAGI PROJEK UMNO? Posted: 31 Oct 2011 01:40 AM PDT Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut 'litar perlumbaan' dibina bagi kegunaan mereka. Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis. Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan 'LGE rasis' - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'. Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi "Kami mahu litar lumba". Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri. Adalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Jalan Street Light. Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar. Sebahagian bangunan Komtar sebelum ini telah dicemari dengan grafitti tulisan "Guan Eng tipu Melayu" tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan mat rempit itu yang bertanggungjawab. Ketua Polis Daerah Georgetown Gan Kon Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka. "Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan. Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis. |
AKU YAKIN PERKASA BODOH DAN BEBAL Posted: 30 Oct 2011 08:54 PM PDT PAS mempersoal adakah benar kononya Umno mahu memperjuangkan Islam sedangkan parti itu hanya diam membisu ketika MCA sedang berpesta menghina Islam. AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, kenyataan menghina Islam terbaru dari Presiden MCA, kononnya hukum Islam menjejaskan ekonomi dan membawa kemunduran, seperti "direstui" Umno dan NGO yang pro mereka. "Di mana suara Umno ketika MCA biadab dengan Islam? Di manakah NGO Pro-Umno ketika pemimpin MCA menghina Islam degan penuh emosi? Kenapa mereka menikus? "Apakah MCA berani menghina Islam kerana diberi lesen oleh Umno? Kenapa Umno tidak memberi amaran kepada MCA?," soalnya bertubi-tubi melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Beliau mengulas kenyataan terbaru Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mendakwa jika hukum Islam dilaksanakan, ekonomi negara akan terjejas dan akan membawa kemunduran kepada negara. Menurutnya, adalah tidak mustahil tindakan 'tutup mulut' oleh Umno itu kerana ada kepentingan politik tertentu disebaliknya walaupun sanggup melihat sahaja Islam dihina. "Apakah kerana takut kehilangan pengaruh dan meraih undi, maka Umno membisu, asalkan matlamat politik mereka tercapai walaupun Islam dihina. "Cuba bayangkan jika kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin DAP atau pemimpin PKR, maka sudah tentu akan diadakan demontrasi di KOMTAR Pulau Pinang oleh tukang juak-juak mereka," ujar bekas ketua penerangan PAS itu lagi. Kenyataan menghina Islam oleh presiden parti komponen BN itu menurut Idris, bukan pertama kali malah ketika pilihanraya kecil Tenang beliau menghina Islam apabila menghina calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki. Beliau turut mempersoal dimanakah suara NGO Umno yang berkobar-kobar untuk mempertahankan Islam ketika program HIMPUN di Shah Alam 22 Oktober lalu. Katanya, amat malang jika kita marah kepada orang lain menghina Islam tetapi pada masa yang sama 'memberi lesen' pula kepada MCA berbuat demikian. "Setakat hari ini kita belum dengar lagi suara Perkasa, YB Zulkifli Nordin, Dr Rhidwan Tee, Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan kuncu-kuncu mereka. "Amat malang kepada kita jika kita ada orang yang mempunyai otak asabiah yang membuta tuli seperti ini. "Kita akan dengar lagi selepas ini kenyataan yang lebih dahsyat kepada Islam, jika pemimpin MCA melihat sokongan orang bukan Islam masih tidak lari daripada menyokong Pakatan Rakyat menjelang PRU 13," katanya. |
Posted: 30 Oct 2011 07:49 PM PDT Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud . Karpal, seorang peguam yang berpenfgalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan. Katanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah. Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya. "Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam. "Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya. "Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang," kata Karpal lagi. |
RAKYAT WAJAR TUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA Posted: 30 Oct 2011 06:30 PM PDT PAS mengalu-alukan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain.Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Man berkata, dalam masa yang sama Dr Mahathir perlu juga menasihat agensi-agensi korporat yang kaya di negara ini agar turut mengeluarkan zakat. "Bayangkan tahun lalu saja keuntungan Petronas mencecah RM80 bilion. Ini bermakna jika syarikat tersebut membayar zakat nilainya hampir RM2 bilion dan banyak boleh dimanfaatkan untuk pembangunan umat Islam negara ini. "Sebab itulah Profesor Ungku Aziz pernah berkata, jika Pertronas menunaikan zakat perniagaannya, pelajar miskin boleh ditanggung daripada pra-sekolah hingga ke universiti," ujarnya. Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar semalam yang memetik Dr Mahathir mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam yang kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain kerana lapan asnaf yang layak menerima zakat sudah tidak wujud di kebanyakan negara kaya, selain kutipan juga melebihi keperluan mereka yang ada. Beliau juga percaya jika sebuah tabung diwujudkan bagi mengumpul sumbangan zakat daripada negara kaya, akan ada wang yang mencukupi bagi membina infrastruktur membolehkan negara miskin membangun dan menghasilkan peluang kerja menerusi pelaburan dalam industri berasaskan buruh. Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian dalam ucaptama Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam di Langkawi, kelmarin. Menurut Tuan Ibrahim, banyak lagi syarikat korporat selain daripada Tabung Haji yang tidak menunaikan zakat dan mungkin disebabkan tidak mendapat pelepasan cukai perniagaan oleh kerajaan. "Selain daripada Petronas banyak lagi gergasi korporat seperti Felda dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang jika membayar zakat wang tersebut boleh digunakan bagi meningkatkan sosial dan kebajikan rakyat. "Cuma kerajaan kena laksanakan satu kaedah kepada syarikat korporat ini yang membayar zakat dikecualikan daripada cukai," tambahnya. Mengenai pertanyaan Dr Mahathir bolehkah wang zakat digunakan untuk pembangunan infrastruktur, Tuan Ibrahim berpendapat ia dibolehkan melalui asnaf fi sabilillah kerana takrifnya yang luas. Namun begitu beliau berharap jawapan sebenar boleh didapatkan daripada hujah-hujah ulamak melalui kajian dan penelitian. |
UMNO MAIN KAUM MCA MAIN AGAMA? NI CILAKALA JADINYA? Posted: 30 Oct 2011 05:00 PM PDT PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar kecil) yang cuba mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama dalam kenyataannya memburukkan undang-undang Islam, terutamanya hudud. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, Chua akhir-akhir ini telah banyak mencerobah dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama. Lebih malang kini, kata Tuan Ibrahim ialah sikap Umno yang menjadi tulang belakang BN yang diam membisu terhadap beberapa kritikan melampau parti-parti dalam komponen BN terhadap ajaran Islam. "Sikap lepas tangan Perdana Menteri dan para pemimpin Umno menggambarkan Umno hanya berminat menjaja isu agama sebagai modal politik daripada menjamin sikap hak beragama dilaksanakan," kata beliau. PAS, katanya menyangkal keras kenyataan Chua bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang dan menakutkan masyarakat bukan Islam. Tambahnya, sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat. "Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam. "Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama," terang Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga menyelar kejahilan Chua dengan memberikan contoh kemajuan negara Iran yang turut melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbirannya. "Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu. "Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya. Menurut Tuan Ibrahim, apa yang mendukacitakan dalam kenyataan Chua ialah kebimbangan beliau kepada pelaksanaan hukum Islam yang hanya akan dikenakan kepada umat Islam sahaja; yang bertujuan menyelamatkan masyarakat dan negara dari kejahatan penjenayah samada terhadap harta atau nyawa dan keselamatan masyarakat. "Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, beliau kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam," kata beliau. Tuan Ibrahim juga menambah tindakan bacul Chua hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA. "Sebab sebahagian rakyat sudah tidak terkejut kerana umum mengetahui ia datang daripada seseorang yang mempunyai latar belakang yang tidak melayakkan seseorang menjadi pemimpin berwibawa," terang beliau |
Pelabur takut undang-undang Islam Posted: 30 Oct 2011 10:31 AM PDT Dakwaan kononnya perlaksanaan undang-undang Islam menakutkan pelabur adalah pembohongan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu. "Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam dilaporkan mendakwa perlaksanaan undang-undang hudud akan menyebabkan negara ini mundur serta menakutkan pelabur asing dan pelancong. "Sekarang zaman maklumat di hujung jari, Dr Chua jangan menghina dirinya sendiri dan menyerlahkan kepada umum bahawa beliau tidak tahu apa-apa. "Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, berjuta-juta pelancong membanjiri Iran dan dalam tahun 2010 sahaja, 400 hotel dan 200 hotel apartment dibina untuk menampung keperluan pelancong ke negara itu," katanya. Dari segi kemajuan pula, kata Mohamad, lebih baik Dr Chua tutup mulut. "Ketika Malaysia tidak habis-habis didedahkan membeli senjata dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal dari pihak luar, penganalisis Barat percaya Iran mampu menghasilkan bom nuklear dalam masa dua tahun kalau ia mahu. "Negara mundur tidak mungkin boleh membuat senjata malah tak habis-habis membeli senjata dari orang lain dengan harga yang belipat kali ganda lebih mahal. "Mungkin kena tipu atau pemimpin yang menipu rakyat melalui pembelian mahal berlipat kali ganda itu kerana memang menjadi perangai pemimpin negara mundur suka menipu rakyat," kata beliau. Mohamad menyifatkan kenyataan Dr Chua itu membuktikan pemikiran beliau serendah pemikiran ketua cawangan Umno. "Dr Chua mungkin hendak menghina undang-undang Islam dengan kenyataannya itu. "Hakikatnya, beliau menghina dirinya sendiri dengan menelanjangkan kemunduran fikirannya dan undang-undang Islam tidak terjejas dengan kenyataannya itu," kata beliau. Mohamad mengingatkan, undang-undang Islam tidak hina atau menjadi tidak bertamadun dengan penghinaan orang-orang yang menghinanya. "Undang-undang Islam berdiri dengan kekuatannya sendiri. "Penghinaan si penghina tidak menjadikan ia hina dan ia tidak juga hebat hanya kerana pujian orang. Ia hebat kerana kehebatannya sendiri," tegas beliau. Mohamad juga yakin, provokasi dan penghinaan berterusan akan mendorong majoriti umat Islam negara ini menggunakan hak demokrasi mereka untuk memilih perlaksanaan undang-undang Islam. "Saya yakin sangat, semakin dihina dan dicerca, semakin ramai umat Islam negara ini yang berazam mahu menggunakan hak demokrasi mereka sebagai majoriti untuk memastikan perlaksanaan undang-undang Islam," kata beliau. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan