BRIGED MP SEGAMBUT |
- GADDAFI DIKUBUR SECARA RAHASIA
- Aziz Bari jangkakan lebih buruk selepas ini
- MALANGNYA RAKYAT MALAYSIA KALAU DIBERI SESUATU OLEH KERAJAAN DIANGGAP MERUGIKAN
- AIR BERKUMAN DIHANTAR KESEKOLAH INI DINEGERI UMNO?
- Laporan audit: Hanya peti undi boleh sedarkan BN
- JERUNG UWANG RINGGIT:WAJIB SAKSIKAN
- ADA CUKONG NGAP UWANG: SATU UNTUK KAU SATU TUK AKU?
- JASA BS NAJIB:WAJIB BACA
- TAKUT DEMO NAJIBKE?:Penggantungan Aziz Bari ditarik balik
- Kg Baru: Gelojohnya kerajaan gadai tanah orang Melayu
- Skandal IC amat membahayakan negara
GADDAFI DIKUBUR SECARA RAHASIA Posted: 25 Oct 2011 09:30 AM PDT Dewan Nasional Transisi Libya mengatakan bahwa Muammar Gaddafi telah dimakamkan, begitu juga dengan anaknya Mutassim dan mantan pembantunya. Pemakaman tersebut dilakukan di sebuah lokasi rahasia di gurun pada waktu subuh. Suku Qaddafa meminta agar jenazah Gaddafi dikirimkan kepada mereka dan akan dimakamkan di kampung halamannya di Sirte, namun permintaan tersebut ditolak. "NTC tidak menginginkan kuburan tersebut dijadikan tempat suci, sehingga anggota suku diizinkan untuk mendoakan jenazah sebelum dikuburkan, dan kemudian komandan NTC mengambil jenazah tersebut ke lokasi yang tidak dikenal di padang pasir dan menguburkannya," katanya. Dikatakan pemakaman dilakukan pada pukul 5:00 pagi waktu setempat (03:00 GMT). Hamid juga mengatakan bahwa setelah empat hari dipamerkan di ruang freezer di sebuah mall, jenazah Gaddafi harus segera dipindahkan. Salah satu alasan adalah proses pembusukan yang tidak bisa melambat sebagai akibat dari terus-menerusnya pintu ruangan freezer dibuka sebagai akibat banyaknya masyarakat yang ingin melihat jenazah Gaddafi tersebut. Sementara itu kelompok hak asasi yang berkantor di New York, Human Rights Watch (HRW), memperingatkan adanya sebuah "tren pembunuhan, penjarahan dan pelanggaran lainnya" yang dilakukan oleh mereka yang telah berjuang melawan Gaddafi. HRW mengatakan telah menemukan 53 mayat membusuk, yang tampaknya loyalis Gaddafi, di Sirte, dan bahwa ada indikasi mereka mungkin telah dieksekusi oleh pasukan revolusioner. Mayat ditemukan di halaman hotel Mahari yang telah ditinggalkan, dan beberapa mayat tersebut dalam keadaan tangan terikat. Peter Bouckaert, seorang peneliti untuk HRW, mengatakan hotel itu berada di bawah kendali pejuang NTC dari Misrata sebelum pembunuhan terjadi. Berdasarkan kondisi mayat, kemungkinan para pria telah dibunuh antara 15 Oktober dan 19 Oktober, kata Bouckaert. Dari noda darah di rumput menunjukkan bahwa beberapa diantaranya ditembak dan tewas di tempat mereka ditemukan. "Ini pembantaian terbaru, yang tampaknya merupakan bagian dari tren pembunuhan, penjarahan, dan pelanggaran lainnya yang dilakukan oleh pasukan bersenjata anti-Gaddafi yang menganggap mereka berada di atas hukum," Bouckaert mengatakan dalam sebuah pernyataan. Belum ada komentar atau pernyataan resmi dari pejuang NTC di Misrata. Selain itu, Gene Cretz, duta besar AS untuk Libya, meminta Dewan Transisi Nasional untuk melakukan penyelidikan penuh, demikian kata juru bicara Departemen Luar Negeri. Sebelumnya, NTC telah memerintahkan penyelidikan atas kematian Gaddafi setelah tekanan internasional untuk menyelidikan penyebab kematian mantan penguasa Libya tersbeut. Sebuah komisi penyelidikan telah dibentuk untuk menyelidiki pembunuhan Gaddafi, yang ditangkap oleh para pejuang NTC luar Sirte pada hari Kamis. Gaddafi ditembak dan tak lama kemudian meninggal ketika dalam perjalanan ke Misrata. "Sebagai tanggapan terhadap panggilan internasional, kita harus mulai untuk membentuk sebuah komisi yang bertugas menyelidiki keadaan kematian Muammar Gaddafi dalam bentrokan dalam proses penangkapannya," kata Mustafa Abdel Jalil, kepala NTC, di Bengazi pada hari Senin |
Aziz Bari jangkakan lebih buruk selepas ini Posted: 25 Oct 2011 06:00 AM PDT Walaupun penggantungannya sebagai pensyarah universiti ditarik balik, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menjangkakan insiden yang dihadapinya masih jauh daripada berakhir dan mungkin bertambah buruk. "Mereka (universiti) harapkan saya bekerja macam biasa, tetapi saya kekal sebagai suspek dan polis terus mengganggu saya," katanya kepada Malaysiakini. Menurutnya, walaupun siasatan UIA masih belum membuat sebarang keputusan, penarikan balik penggantungannya hanya bertujuan "menenangkan orang awam". "Apa lagi selepas ini? Tindakan disiplin dariapda UIA?" Atau, tambahnya, sama ada polis akan mencadangkan pendakawaan terhadapnya dibuat berdasarkan Akta Hasutan. Aziz berkata, beliau terpaksa meneruskan kerjanya sebagai pensyarah undang-undang walaupun menghadapi pelbagai ketidaktentuan. Abdul Aziz mencetuskan kontroversi apabila beliau mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu. Pakar perlembagaan negara itu dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam. Berikutan itu, beberapa pemimpin BN dan Umno serta media yang dikuasai mereka membidasnya sehingga pada Khamis lalu UIA bertindak mengantung tugasnya. Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas solat bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan. |
MALANGNYA RAKYAT MALAYSIA KALAU DIBERI SESUATU OLEH KERAJAAN DIANGGAP MERUGIKAN Posted: 25 Oct 2011 05:32 AM PDT Selepas merakamkan keuntungan kecil dua tahun berturut-turut, anak syarikat pelaburan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) mencatatkan kerugian RM122 juta pada tahun 2009. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, punca kerugian itu adalah kerana program air percuma pentadbiran Pakatan Rakyat, yang ditanggung oleh KDEB pada kos sebanyak RM131.47 juta. "Ini merupakan peningkatan dalam perbelanjaan yang tidak seimbang apabila dibandingkan dengan peningkatan dalam pendapatan," kata laporan itu. Di sebalik kerugian itu, KDEB tetap membayar bonus bernilai RM576, 563 kepada 30 kakitangannya. Keputusan itu diluluskan oleh lembaga pengarah syarikat empat-ahliyang terdiri daripada Menteri Besar, presiden syarikat, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri. Lembaga pengarah juga dibidas kerana gagal mematuhi pekeliling Perbendaharaan 1993 yang mensyaratkan lembaga itu untuk memenuhi mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun demi melindungi kewangan syarikat. "Audit itu mendapati bahawa mesyuarat itu tidak berlaku sekerap seperti yang sepatutnya. Dua mesyuarat diadakan pada tahun 2007 dan 2009 manakala tiga mesyuarat pada tahun 2008. "Walau bagaimanapun, lembaga KDEB telah bermesyuarat sebanyak empat kali pada tahun 2010 (yang bukan merupakan sebahagian daripada skop audit)," kata laporan itu. Kesimpulannya, laporan itu berkata bahawa pentadbiran KDEB tidak memuaskan kerana kekurangan mesyuarat lembaga, audit tidak aktif, mekanisme pemeriksaan yang tidak cekap dan pengurusan kewangan yang tidak memuaskan. "KDEB harus mematuhi semua peraturan dan pekeliling yang berkaitan dengan pentadbiran korporat," kata laporan itu. |
AIR BERKUMAN DIHANTAR KESEKOLAH INI DINEGERI UMNO? Posted: 25 Oct 2011 04:49 AM PDT Laporan Ketua Audit Negara 2101 mendapati bahawa bekalan air terawat ke kantin sepuluh sekolah rendah mengandungi tahap bakteria dan logam yang tidak selamat untuk diminum. Penemuan ini berdasarkan ujian air tawar, yang dijalankan pasukan audit ke atas air yang telah dirawat dan air paip ke kantin di 13 buah sekolah. Air yang digunakan di kantin SK Kg Kudong, Segamat; SK Sejagong, Batu Pahat didapati mengandungi kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli yang tinggi. "Pihak KKM memanadang berat pelanggaran paarmeter bakteria dalam air terawat yang dikesan dalam kajian ini kerana kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli dalam air minum boleh menyebabkan wabak penyakit bawaan air seperti kolera, tifoid dan hepatitis A sekiranya air yang tercemar diminum secara terus dan berterusan," petik laporan itu. Air yang dianggap selamat untuk diminum tidak seharusnya mempunyai sebarang Coliform dan E Coli manakala paras 6.5 hingga 9 pada skala pH. Sekolah-sekolah lain yang disenaraikan mempunyai tahap 'terlalu tinggi' bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan, adalah:
|
Laporan audit: Hanya peti undi boleh sedarkan BN Posted: 25 Oct 2011 02:00 AM PDT Meskipun ditegur setiap tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap pekak kepada saranan Ketua Audit Negara (KAN), bahkan budaya penyelewengan, pembaziran, ketirisan dan keborosan semakin subur dalam pengurusan kewangan negara, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Dalam satu kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim menyimpulkan bahawa kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada 'peti undi' apabila Laporan Audit 2010 mendedahkan lagi penyelewengan yang sama seperti tahun-tahun terdahulunya dalam pengurusan projek dan pembelian perkakas agensi kerajaan. Mengikut laporan terbaru, antara teguran yang dibuat KAN, ia kelakuan agensi kerajaan yang sangat jelas melanggari undang-undang. Sebagai contoh, kata Tuan Ibrahim, bangunan tambahan Perpustakaan Negara yang diduduki tanpa sijil CF tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, mereka mesti tahu peraturan dan risiko menduduki sesebuah bangunan tanpa Sijil Boleh Menduduki (CF). "Demikian juga teguran terhadap banyaknya projek kerajaan diberi melalui runding terus dan ianya jelas suatu tindakan untuk memberi projek kepada kroni dan mereka yang tidak layak menerimanya. Antara projek runding terus yang merugikan negara ialah pembelian kuda "sakit" oleh Majlis Sukan Negara. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding," kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Tuan Ibrahim juga membangkitkan keborosan dalam Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Yang paling menjengkelkan, kata beliau ialah pembelian satu binokular oleh JLTM pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940. "Mara (Majlis Amanah Rakyat) juga tidak kurang hebatnya kerana sanggup membeli ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan "katil boleh lipat" pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga Mara," tegur beliau lagi. Selain itu, kata Tuan Ibrahim syarikat-syarikat GLC yang ditegur bertahun-tahun juga terus dilanda kerugian. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta). Pada skop yang lebih besar, kata beliau ialah kenaikan hutang negara sebanyak 12.3% kepada RM407.11 billion pada 2010 daripada RM362.39 billion pada 2009. "Ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% pada 53.1%," kata beliau. Penyelewengan di atas, kata Tuan Ibrahim menunjukkan teguran bahasa audit tidak difahami BN. "Justeru mereka terus menghampakan rakyat tanpa sebarang perubahan dilakukan. Maka, jelas yang boleh mengajar mereka ialah peti undi, dan rakyat tidak seharusnya mensia-siakan peluang di petak undi bagi mengajar dan menghukum kerajaan pekak ini," tambah beliau. Beliau juga memberikan amaran kepada rakyat bahawa kekecewaan itu akan pasti berulang selagi kerajaan yang ada tidak diganti dengan kerajaan baru yang lebih beramanah dan bertanggungjawab |
JERUNG UWANG RINGGIT:WAJIB SAKSIKAN Posted: 25 Oct 2011 12:32 AM PDT Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara. Menurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang. Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu. Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan. "Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik. "Ini mengakinbatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM0.77 juta bagi membekalkan elektrik untuk sebuah rumah sahaja di kampung ini," kata laporan itu. Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang. Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu. |
ADA CUKONG NGAP UWANG: SATU UNTUK KAU SATU TUK AKU? Posted: 24 Oct 2011 10:00 PM PDT Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm. "Lawatan Audit pada bulan Oktober 2010 juga mendapati kualiti kerja pembinaan lebuh raya kurang memuaskan. "Mengikut spesifikasi kontrak, ketebalan minumun turapan DBM yang dibenarkan adalah 95 mm manakala ketebalan turapan DBM mengikut lukisan Approved Detail Design adalah 100 mm," petik laporan itu. Menurutnya laporan itu lagi, ketebalan paling rendah yang dicatatkan adalah 72 mm manakala bacaan tiga lagi ujian yang dijanlankan menunjukkan ketebalan - 81 mm, 89 mm dan 79 mm. "Permukaan jalan didapati beralun dan tidak rata di sepanjang lebuh raya bagi Pakej 1 dan 2. Selain itu, beberapa bahagian permukaan lebuh raya telah rosak, kasar dan berlubang walaupun baru setahun dibuka kepada pengguna." Ia juga mencatatkan bahawa Pakej 3 iaitu pada kilometer 77, tidak siap mengikut masa pada 18 Julai 2008 dan terpaksa dilanjutkan sebanyak tiga kali sehingga 31 Disember, 2010, kerana kontraktor utamanya menghadapi masalah kewangan, kenaikkan harga barangan yang digunakan dan masalah cuaca. Bagi Pakej 3 juga, kontraktor sepatutnya membina 'pelindung sungai' atau river protection bagi menghalang hakisan kerana projek itu merentasi lima batang sungai. "Bagaimanapun, pihak Audit mendapati river protection di tebing jambatan lima sungai tersebut masih belum dibina. Keadaan tebing jambatan yang belum dibina river protection adalah di Sungai Layau dan Sungai Papan. "Reventment Protection perlu dibina bagi mengelakkan hakisan tanah di kawasan yang telah ditentukan di sepanjang lebuh raya. Pihak Audit mendapati syarikat konsesi belum membina reventment protection di kedua-dua arah lebuh raya," kata laporan itu lagi |
Posted: 24 Oct 2011 08:00 PM PDT SINGAPURA, 25 Okt (Bernama) -- Langkah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah keputusan bersejarah kerana ia memerlukan kebijaksanaan dan keberanian politik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Keputusan itu adalah satu kematangan bagi ketelusan dan kebebasan bersuara di mana ia menjadi harapan negara maju," katanya pada majlis makan malam bersama rakyat Malaysia yang menetap di sini Isnin. Beliau berkata keputusan Najib itu membawa kesan yang besar ke arah kemajuan Malaysia. Muhyiddin kini dalam lawatan rasmi dua hari ke republik ini. Mengenai ekonomi, beliau berkata Malaysia perlu mencatat pertumbuhan minimun sebanyak enam peratus setahun sebelum dapat mencapai status negara maju menjelang 2020. "Ini merupakan cabaran yang amat besar dan Singapura turut berdepan situasi sama ekoran keadaan ekonomi yang melanda beberapa negara di Eropah, Amerika dan juga Jepun. "Rakan perdagangan utama kami menghadapi masalah dan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang konsisten, kami telah melakukan beberapa langkah menerusi Belanjawan 2012. "Insya-Allah, kita mampu mencapai sasaran itu walaupun beberapa pakar ekonomi menyatakan ia agak keterlaluan, namun saya yakin dapat mencapainya, jika kita berusaha keras," katanya. Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, menggesa ahli profesional negara yang bekerja di Singapura kembali ke tanah air dan menghulurkan kepakaran mereka kepada pembangunan negara. Muhyiddin dijadual melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan timbalannya, Teo Chee Hean serta mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Pelajaran Singapura Heng Swee Keat,Selasa. Beliau juga dijangka mendengar taklimat Lembaga pelancongan Singapura berhubung bidang yang difokuskan serta pelan jangka panjang/strategi pembangunan sektor perkhidmatan berkaitan pelancongan di republik ini. Muhyiddin akan melawat loji pembakaran di Tuas dan akan diberikan taklimat oleh Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura mengenai pengurusan sisa pepejal. Timbalan Perdana Menteri diiringi isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. -- BERNAMA |
TAKUT DEMO NAJIBKE?:Penggantungan Aziz Bari ditarik balik Posted: 24 Oct 2011 06:00 PM PDT Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta. Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok. Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok. Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab. Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok. Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian. Rampas laptop Dalam surat tunjuk sebab yang diterima minggu lalu, Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti. Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan orang awam. "Saya di pejabat profesor hari ini dan saya lihat poster menyokong anak guam saya di pelbagai tempat di fakulti," katanya kepada Malaysiakini. Polis hari ini membawa Aziz ke pejabatnya untuk mengambil gambar bilik dan merampas laptopnya. "Semua ini dilakukan untuk polis melengkapkan siasatan dan menghantar semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya Selangor," kata Zulkarnain. Katanya, komputer itu milik UIA. Demonstrasi Siasatan terhadapnya bermula sejurus selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya dan Malaysiakini atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah. Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam. Selepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya. Tindakan itu dikritik keras ahli akademik dan mahasiswa yang mendakwa tindakan itu mencabul kebebasan akademik. Insiden itu merangsang demonstasi ratusan mahasiswa Jumaat lalu. Mereka juga merancang mengadakan sebuah lagi demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok. |
Kg Baru: Gelojohnya kerajaan gadai tanah orang Melayu Posted: 24 Oct 2011 05:13 PM PDT Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 (RUU PPKB 2011) baru sahaja diluluskan di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2011 yang lepas. RUU PPKB 2011 ini perlu melalui proses perundangan biasa iaitu perlu dibahaskan di Dewan Negara yang akan bersidang sesudah Dewan Rakyat selesai bersidang pada Disember 2011 nanti. Apabila dibahaskan di Dewan Negara dan jika diluluskan, RUU PPKB 2011 tersebut perlu dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan Baginda. Setelah diperkenankan Ke Bawah Duli Tuanku, maka barulah Kerajaan boleh mewartakan penguatkuasaan RUU PPKB 2011 menjadi Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011. Demikianlah prosedur sesuatu Rang Undang-Undang menjadi Akta yang akan mempunyai kuasa di bawah undang-undang. Selagi tidak diluluskan dan tidak diwartakan, sesuatu Akta tidak mempunyai apa-apa kuasa penguatkuasaan. MALANGnya Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) nampaknya tidak mempedulikan semua prosedur ini lantaran kegelojohan mereka ingin menjarah tanah Kampong Bharu milik orang-orang Melayu yang dijamin oleh Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950 (Malay Agricultural Settlement Enactment 1950). Pada 19 Oktober 2011, KWPKB telah mengadakan suatu perjumpaan tertutup di antara KWPKB dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya mempunyai kepentingan di Kampong Bharu dan juga Lembaga Pentadbir Kampong Bharu (Lembaga MAS) serta Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang terlibat secara langsung dalam pembangunan Kampong Bharu. Perjumpaan tertutup tersebut diadakan di Aras 7 Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pada sidang media selepas perjumpaan tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dengan bangganya memaklumkan bahawa KWPKB akan menubuhkan suatu pasukan interim dengan peruntukkan geran sebanyak RM15 juta bagi memulakan kerja-kerja awal pembangunan Kampong Bharu. Beliau dilaporkan berkata "Justeru tak kan kita nak tunggu selesai baru nak bangunkan kawasan itu". Kegelojohan amat ketara di pihak Menteri yang tidak sabar-sabar hendak masuk ke Kampong Bharu meneroka tanah orang Melayu sedangkan pemilik dan pewaris tanah masih belum mendapat maklumat pembangunan bagaimana akan dilakukan oleh Kerajaan. Malah pemilik dan pewaris juga tiada pengetahuan tentang cadangan ini. Kementerian hanya mengambil pandangan NGO-NGO yang disebutkan terdahulu iaitu PAKAM (Persatuan Anak-Anak Kampong Bharu) dan PPKB (Persatuan Permbangunan Kampong Bharu) yang kedua-duanya tiada sebarang lokus untuk mewakili pemilik dan pewaris tanah. Siapa NGO-NGO ini yang beriya-iya benar hendak membangunkan tanah Kampong Bharu sedangkan selama ini mereka hanya ibarat "hidup segan mati tak mahu"? Mereka hanya muncul apabila cadangan pembangunan ini disebut-sebut oleh Menteri. Ada udang di sebalik batu kah mereka ini? KWPKB, walau pun sedar RUU PPKB 2011 masih belum diluluskan oleh Dewan Negara dan masih belum dipersembahkan kepada Ke Bawah Duli Yang DiPertuan Agong untuk diperkenan malah lebih jauh lagi masih belum diwartakan, begitu gelojoh telah menimbang-nimbang melantik suatu pasukan interim dengan peruntukkan kewangan sebanyak RM15 juta bagi kerja-kerja awal. Sekali lagi jelas begitu gelojohnya mereka. Rang Undang-undang belum pun diluluskan, mereka sudah berkira-kira untuk meneroka tanah orang Kampong Bharu. Peruntukkan geran RM15 juta tersebut juga menimbulkan persoalan. Bagaimana peruntukkan geran tersebut dibuat? Peruntukkan RM15 juta tersebut disalurkan kepada siapa? Pasukan interim yang dimaksudkan belum ditubuhkan tetapi dimaklumkan bahawa sebanyak RM9 juta daripada peruntukkan tersebut telah digunakan. Bagaimana peruntukkan tersebut digunakan? Siapa yang membelanjakan RM9 juta peruntukkan tersebut? Adakah Kementerian atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau NGO-NGO tersebut? Jika peruntukkan RM9 juta telah digunakan sebelum pembentukkan pasukan interim dan pembentukan Perbadanan, maka kenapa perlu disebutkan? Pengumuman penubuhan suatu pasukan interim ini juga dengan jelas menunjukkan bahawa KWPKB telah mendahului Parlimen dan Yang Dipertuan Agong. Bagaimana boleh ditubuhkan dan diwujudkan suatu pasukan bagi menjalankan sesuatu tugasan dengan peruntukkan kewangan sedangkan Akta yang mengawal Perbadanan yang dimaksudkan masih belum diluluskan? Adakah ini cara Kerajaan mentadbir negara? Perundangan masih belum diluluskan dan belum dikuatkuasakan tetapi peruntukkan telah dibuat malah telah pun dibelanjakan? Ini jelas suatu tindakan menghina institusi Parlimen dan institusi Istana malah suatu tindakan yang melanggar perundangan negara. Menteri juga menyatakan bahawa pihak Kementeriannya sedang dalam perbincangan bersama NGO-NGO dan GLC-GLC berkaitan tentang bentuk pembangunan yang akan dilakukan di Kampong Bharu. Sekali lagi jelas menunjukkan bahawa hak pemilik dan pewaris tanah tidak diambilkira malah diketepikan begitu sahaja. Pembangunan Kampong Bharu hanya mengambilkira pandangan NGO dan GLC sedangkan mereka ini tiada apa-apa kepentingan langsung berbanding pemilik dan pewaris tanah. Adakah pemilik dan pewaris tanah dilibatkan di dalam perbincangan pembangunan? SILA AMBIL PERHATIAN bahawa tanah yang hendak dibangunkan itu adalah milik pemilik dan pewaris tanah, bukannya milik NGO atau GLC. Bagaimana jaminan yang diberikan Menteri sebelum ini bahawa hak pemilik dan pewaris tanah diambilkira sedangkan pandangan hanya diambil daripada NGO dan GLC? Sekali lagi nyata dan terang bahawa semua jaminan yang disebutkan sebelum ini hanyalah omong kosong sahaja. Kenapa begitu gopoh dan gelojoh hendak membangunkan tanah Kampong Bharu sehingga pemilik dan pewaris tanah tidak diberikan maklumat terperinci tentang Rang Undang-undang dan bentuk pembangunan yang hendak dilaksanakan? Pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu seharusnya sedar dan membuka mata dengan tindakan gelojoh dan gopoh pihak-pihak ini. Jangan biarkan tanah milik orang Melayu dan harga diri orang Melayu diperkudakan pihak-pihak tertentu yang hanya memikirkan keuntungan mereka semata-mata tanpa memikirkan kelangsungan hidup dan maruah bangsa. Penulis adalah Penasihat Undang-Undang Sekretariat Pembangunan Kampung Baru. |
Skandal IC amat membahayakan negara Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT Skandal kad pengenalan (IC) terutama yang membabitkan kod "71" dan pemberian kad pengenalan biru dengan mudah kepada warga asing perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan kerana ia amat merbahaya keselamatan negara. Sehubungan itu, PAS akan memberikan perhatian serius terhadap perkara itu termasuk membawanya ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan respon segera dari pihak kerajaan. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, antara tindakan segera yang dilakukan termasuk membantu Dewan Pemuda PAS menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz di bangunan Parlimen hari ini. Menurutnya, memorandum yang diserahkan itu bertujuan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat penyelewengan pengeluaran kad pengenalan di negara ini. Katanya, dalam memorandum tersebut, pihak pemuda PAS turut menyuarakan kecurigaannya dengan insiden yang berlaku di Istana Dugang Country Resort di Kajang pada 12 Oktober lalu yang membabitkan 240 orang warga asing yang akan diberikan kad pengenalan biru. "Dalam hal ini, kami amat kesal dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang seolah-oleh lepas tangan dengan kononnya mahu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihanraya dan SPR," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini. Pada hal, menurut beliau, sebagai menteri yang menjaga Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hishamuddin sebenarnya boleh menjawab terus isu tersebut tanpa menunggu untuk dibawa kepada jawatankuasa berkenaan. Katanya, kod "71" adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya. "Walaupun terdapat kecurigaan, tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam Daftar Pemilih Induk (DPI), maka mereka diberi hak mengundi bagi memilih ahli Parlimen di negara kita," katanya. Kini, ujarnya, bilangan mereka amat banyak sehingga jelas menunjukkan masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing yang tidak diketahui asal usulnya. "Perkara ini amat penting bagi negara. Ia bukan perkara kecil, tetapi melibatkan keselamatan negara yang perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Sejajar dengan itu,katanya, pihaknya akan terus membangkitkan perkara itu secara berterusan sama ada membawanya ke persidangan Dewan Rakyat dan menerusi saluran lain bagi menyedarkan pihak kerajaan agar tidak memandang sebelah mata mengenainya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
14 ulasan:
Hi my friend! I want to sаy that this artіcle is аmazing, nіce
ωrittеn anԁ include aρρгoximatеly all signіficant іnfos.
I'd like to see extra posts like this .
my web-site; payday loans
Hello! I've been following your website for a long time now and finally got the courage to go ahead and give you a shout out from New Caney Texas! Just wanted to mention keep up the good work!
My webpage: payday loans uk
What's up, just wanted to say, I loved this article. It was practical. Keep on posting!
my blog; instant loans
I used to bе able to find good information from youг blog aгticles.
My blog :: short term loans
Hellο! This іѕ my 1st cοmment
hегe ѕo I just wаnted to gіvе a quick shout out anԁ sаy I rеally enjοy reading through yοuг articles.
Can you suggeѕt any other blogs/ωebsiteѕ/fοrumѕ thаt deal with the samе tοpics?
Thаnks a ton!
Feel freе to vіsit my weblog: payday
My website - payday
We're a group of volunteers and starting a new scheme in our community. Your website provided us with valuable information to work on. You have done an impressive job and our entire community will be thankful to you.
Have a look at my weblog payday loans
Hi there, I enϳoy reading thrοugh your artiсle post.
I like to wrіte a little commеnt to suppοrt
you.
Look into mу web page: payday loans uk
An impгessiνe ѕhare! I have
јust forωarded thіѕ onto a colleague
who haԁ beеn dоing a littlе homework on thіs.
And hе in fact oгdered me dinner because I found it for him.
.. lоl. So allow me to rеword this.... Thank YОU for the
meаl!! But yeah, thanх fοr spending tіme to talk about thіs
іѕsue hеге on your blοg.
Also visіt mу sіte; payday loans
Hey very nice ωeb site!! Guy .. Beautiful .. Superb .
. I'll bookmark your site and take the feeds additionally? I'm happу to search out numerous
useful infoгmation here within the put up, we'd like work out more strategies in this regard, thanks for sharing. . . . . .
my web site; Instant Payday Loans
Link exchаnge is nothing else but it is just placing the other person's blog link on your page at appropriate place and other person will also do similar in favor of you.
My web site - Same Day Payday Loans
уou're in point of fact a good webmaster. The web site loading speed is amazing. It seems that you'гe doing anу distinctiνe trіck.
In adԁitіon, The сontents aгe masteгpіece.
you haνe ρerfoгmed a fantastіc job
on this subјeсt!
Hеre is mу site: Payday Loans
I juѕt like the helpful infoгmation you ρrovide to your articles.
I'll bookmark your blog and take a look at again right here frequently. I am rather sure I'll leaгn many new stuff pгoper hегe!
Best of luck for the following!
my pаge: New Bingo Sites
If you arе goіng fοr most еxcellent contents liκe mysеlf, simply pay а quick vіsit thіs web site eveгyday beсаuse it
ргovidеs quality сοntеnts, thanks
Loοk аt my blog post :: New Bingo Sites
You aсtually make іt appear so eаѕy with your
prеsentation howevег I in fіnԁing this topic
to bе reаlly one thіng that І
feel I might by no means understаnd. ӏt seems too
complicаteԁ anԁ extremely wide for me.
I'm looking forward on your subsequent publish, I'll аttemρt to get the
grasp of іt!
my web page; payday loans
Catat Ulasan