BRIGED MP SEGAMBUT |
- PEMIMPIN PAS TETAP DIBELAKANG HIMPUN
- HASSAN ALI YG TEMPAH STADIUM UNTUK HIMPUN?
- HENTIKAN MEMURTADKAN ORANG ISLAM
- SIAPA PEMUDA PAS YG AKAN BERUCAP DI HIMPUN SHAH ALAM?
- Stadium himpun mula dipenuhi peserta perhimpunan
- Aziz Bari: Timbalan menteri harap UIA tarik balik
- SEDIKIT IKLAN
- SATU LAGI BUKTI HANYA UMNO BOLEH MENTADBIR DAN MEMBELA MELAYU:WAJIB BACA
- AMERIKA BERUNDUR DARI IRAQ!!! MEMALUKAN
- MATINYA GADDAFI AKAN LAHIRKAN DIKTATOR BARU?
- HASSAN ALI NAK HADIR HIMPUN HADIRLAH, NAK JOIN AMPORNO JOINLAH APA KESAH
PEMIMPIN PAS TETAP DIBELAKANG HIMPUN Posted: 22 Oct 2011 08:30 AM PDT Kehadiran beberapa pemimpin PAS di Perhimpunan Sejuta Umat menjadi perhatian wartawan dan pemerhati di Stadium Shah Alam hari ini. Antara pemimpin berkenaan ialah exco hal ehwal agama Islam Selangor, Datuk Hasan Ali dan juga ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad. Kehadiran pemimpin berkenaan menjadi perhatian ekoran keputusan PAS untuk tidak menyertai perhimpunan berkenaan. Hasan langsung tidak memberikan sebarang ucapan dan hanya mengetuai bacaan doa munajat sebelum majlis berkenaan berakhir tepat waktunya pada jam 6 petang. Kamaruzaman pula telah menyampaikan ucapan, tetapi memberitahu Malaysiakini bahawa berbuat beliau berbuat demikian dalam kapasitinya sebagai ketua Front Anti-Murtad (Forkad). Beliau turut membacakan satu sajak nukilan ketua pemuda PAS, Nasrudin Hasan di akhir ucapannya. Nasrudin merupakan penasihat Forkad, katanya terdahulu ketika ditemui Malaysiakini. Seorang lagi pemimpin PAS - bekas timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa - turut dikatakan akan muncul dalam program berkenaan hari ini. Malaysiakini bagaimanapun tidak menyaksikan beliau berada di program berkenaan hari ini. Mengulas kehadiran pemimpin PAS itu, penganjurnya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Hasan tidak bersalah dalam soal kehadiran sebagai seorang individu Islam ke majlis berkenaan. "Saya tidak rasa dia melanggar disiplin parti," katanya ketika ditanya dalam sidang media selepas perhimpunan itu berakhir lewat petang ini. |
HASSAN ALI YG TEMPAH STADIUM UNTUK HIMPUN? Posted: 22 Oct 2011 07:30 AM PDT Dalam satu temuramah dengan TVS, Hasan Ali dilaporkan berkata: Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN "Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya.HAbis tu saya nak tanya Hasan Ali, bukankah tempahan stadium Shah Alam untuk program ini dibuat oleh Hasan Ali? Bukankah Hasan Ali sendiri yang menelefon pihak MBSA untuk menempah bagi pihak HIMPUN? Malahan, Dato' Bandar MBSA sendiri pada mulanya ingat ia adalah program rasmi Kerajaan Negeri kerana yang menelefon itu adalah Hasan Ali. Tulang Besi sanggup bertanggungjawab di atas maklumat ini kerana ia datang dari sumber yang tak mungkin salah. Malahan, saya yakin Hasan Ali sendiri tidak akan berani menafikan maklumat ini. Bagaimana nak berjuang Akidah kalau dari mula lagi sudah berbohong? Tulang Besi |
HENTIKAN MEMURTADKAN ORANG ISLAM Posted: 22 Oct 2011 02:00 AM PDT Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang menyertai Perhimpunan Sejuta Umat. Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan nyanyian lagu-lagi nasyid. Beberapa kain rentang turutn dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat. Selain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?" Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah." "This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini. "Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi. Risalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut. Ia juga mengandungi gambar pastor tersebut dan isterinya serta individu lain dalam DUMC dan Sinar Harapan - NGO yang terbabit dalam kontroversi tersebut. 3pm: Dianggarkan sekitar 5,000 orang telah mengambil tempat di kawasan tempat duduk stadium. 3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Turut kelihatan di kawasan VIP ialah bekas menteri besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim. Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut. 3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan. 3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan. 4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad. "Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam." 4.20pm: Penulis yang pernah buat kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam. "Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam. |
SIAPA PEMUDA PAS YG AKAN BERUCAP DI HIMPUN SHAH ALAM? Posted: 22 Oct 2011 01:26 AM PDT Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang menyertai Perhimpunan Sejuta Umat. Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan nyanyian lagu-lagi nasyid. Beberapa kain rentang turutn dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat. Selain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?" Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah." "This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini. "Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi. 3pm: Dianggarkan hampir 5,000 orang telah mengambil tempat ei kawawan tempat duduk stadium. 3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut. 3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan. 3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan.http://www.malaysiakini.com/news/179376 |
Stadium himpun mula dipenuhi peserta perhimpunan Posted: 22 Oct 2011 12:21 AM PDT Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang meyertai Perhimpunan Sejuta Umat. Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan nyanyian lagu-lagi nasyid. Beberapa kain rentang turutn dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat. Selain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab kristiankan melayu di Selangor?" Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah." |
Aziz Bari: Timbalan menteri harap UIA tarik balik Posted: 21 Oct 2011 08:34 PM PDT Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berharap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Beliau menyatakan demikian dalam SMS yang dihantar kepada Rektor UIA, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin, pagi ini. Ini, katanya kerana Dr Aziz belum disabit kesalahan. Bagaimanapun, beliau berkata itu hanya pandangannya dan menghormati autonomi universiti. Beliau antara lain menyebut telah membaca surat tunjuk sebab universiti kepada Dr Aziz dan mendapati kandungannya tidak sesuai. Baginya, seksyen 15(1) yang digunakan UIA terhadap pakar undang-undang itu adalah tidak menggunakan pertimbangan yang baik, lagipun Dr Aziz tidak dipanggil sebelum surat tunjuk sebab itu dikeluarkan. Beliau yang juga ahli Parlimen Temerloh juga berharap pihak UIA tidak mengambil tindakan terhadap para mahasiswa yang mengadakan demonstrasi membantah penggantungan Dr Aziz selepas solat Jumaat, semalam di pekarangan masjid UIA. |
Posted: 21 Oct 2011 07:25 PM PDT call 017 2749 121 untuk harga patut |
SATU LAGI BUKTI HANYA UMNO BOLEH MENTADBIR DAN MEMBELA MELAYU:WAJIB BACA Posted: 21 Oct 2011 07:20 PM PDT "Berdasarkan perkembangan terkini, Umno memang serius untuk merampas Kelantan daripada PAS. Sejak 1990, PAS menang di Kelantan dan telah melalui ujian empat kali pilihan raya umum (PRU) iaitu 1995, 1999, 2004 dan 2008. Kesemuanya menyaksikan tindakan 'kalut' Umno ingin merampas Kelantan." Petikan itu adalah pemula bicara Wan Nik Wan Yussof lewat artikelnya 'Umno agresif serang Kelantan' yang termuat di tabloid Harakah, edisi Jumaat, 21 Oktober. Penulis adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan merangkap Pengarah Pilihan Raya PAS negeri. Menerusi tulisan itu beliau membekalkan fakta tindakan Umno termasuk menggunakan berbagai taktik kotor sepanjang dua dekad parti itu berusaha menawan semula negeri tersebut. Contoh-contoh terkini seumpama taburan wang ehsan dan pembatalan projek lebuhraya Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu memperkuatkan hakikat kebobrokan Umno yang menguasai kerajaan Pusat. Sememangnya tekad Umno merampas pemerintahan negeri itu daripada PAS amat tinggi. Apatah lagi ia nyaris-nyaris merealisasikan hasrat itu lewat PRU 2004. Kelebihan tiga kerusi dimiliki PAS bertukar menjadi hanya satu kerusi selepas kekalahannya di Pengkalan Pasir seketika kemudian. Perbezaan hanya satu kerusi, bahkan salah satu kerusi dimenangi PAS itu hanya dengan dua undi, menyebabkan kegilaan Umno mengambil alih Kelantan semakin mencanak. Keghairahan itu mendorong ia sampai ke peringkat sanggup melakukan siri 'penderaan' (meminjam istilah Wan Nik) terhadap rakyat Kelantan, kononnya agar mereka serik berkerajaankan PAS dan beralih arah memberi sokongan kepada Umno pula. Usah dihitung kenyataan dan siaran yang memperlekeh perjalanan pemerintahan negeri. Gema-riuh kemiskinan rakyat Kelantan, kehidupan mereka yang didakwa sempit dan melarat beserta kegagalan kerajaan negeri menyediakan peluang kerja menjadi ratib yang bagaikan 'nasi makan air minum' buat segenap lapisan pendukung Umno. Manakala persepsi dan andaian kononnya hanya Barisan Nasional (BN) yang mampu membawa kemajuan dan pembangunan sekali gus membahagiakan kehidupan rakyat negeri itu turut menjadi bahan propaganda berterusan sejak dulu hingga kini. Tidak cukup dengan segenap peringkat Umno di Kelantan, para pemimpin parti itu dari negeri-negeri lain ikut menokok-tambah cerita-cerita memburukkan negeri itu. Manakala para pemimpin Umno Pusat juga pantang ada kesempatan pasti dimanfaatkan semaksima mungkin untuk melontarkan serangan terhadap kerajaan dipimpin PAS itu. Itulah gambaran betapa agresifnya Umno. Sebab itu agak pelik dan menghairankan apabila ditengah-tengah kegilaan itu ada menteri yang berkunjung ke Kelantan beberapa hari lalu menuturkan kenyataan yang boleh difahami sebagai memuji sesuatu mengenai kehidupan rakyat Kelantan. Apatah lagi perkara dipuji, bahkan cuba ditiru itu, ada hubungkait dengan agenda disemarakkan kerajaan PAS negeri. Sebuah harian pada Selasa (18 Oktober) lalu memetik kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berhasrat memperluaskan pengunaan tulisan jawi yang diamalkan di Kelantan ke negeri-negeri lain. "Kementerian juga ingin melihat supaya penggunaan jawi seperti yang lumrah digunakan di Kelantan dapat digunakan di negeri-negeri lain dengan skrip dalam tulisan itu dijadikan tarikan," akhbar itu memetik katanya. Biar pun hasratnya yang khusus hanyalah bagi menjadikan tulisan jawi sebagai medium untuk mencatatkan kisah berkaitan budaya dan penceritaan secara lisan, hakikat penggunaan jawi dalam masyarakat Kelantan yang disebutnya itu mencakupi pelbagai sektor hidup yang jauh lebih luas. Bahkan tidak sukar diakui betapa Kelantan di bawah PAS menjadi negeri paling ke depan dalam usaha mengetengahkan pengguna tulisan yang menjadi warisan bangsa itu dalam urusan seharian, termasuk urusan-urusan rasmi kerajaan. Sebermula pemerintahan PAS pada 1990, difahamkan minit mesyuarat Exco negeri itu telah diubah daripada menggunakan tulisan rumi kepada jawi. Apakah ada negeri-negeri lain, terutama yang diterajui Umno yang turut mengambil langkah serupa? Selain itu papan tanda jalan juga disertakan tulisan jawi bersama-sama tulisan rumi. Langkah itu disusuli peraturan mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda premis perniagaan, papan iklan dan kain pemidang. Bermula pertengahan 2009 lalu pula, Kelantan mara setapak lagi dalam memartabatkan tulisan jawi. Semua urusan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu diarah menggunakan tulisan jawi. Ia termasuklah penyediaan minit mesyuarat kesemua PBT. Tidak syak lagi keprihatinan luar biasa kerajaan negeri di bawah PAS terhadap penggunaan tulisan jawi menjadi pendorong utama menyemarakkan lagi penggunaannya secara lebih meluas dalam masyarakat. Hakikat letak duduk tulisan jawi yang bersebati dengan masyarakat Kelantan itulah yang barangkali menyentuh hati Rais sehingga mendorong beliau mencadangkan agar kelaziman itu diperluaskan pula ke negeri-negeri lain. Diakui atau tidak, cadangan menteri itu sebenarnya suatu pengiktirafan terhadap kelebihan dimiliki Kelantan di bawah PAS berbanding negeri-negeri lain, khususnya yang dikuasai Umno sejak berdekad. Justeru, bagaimana mungkin khalayak pencinta warisan budaya bangsa, khususnya yang tegar memperjuangkan penggunaan tulisan jawi secara serius akan memberikan kepercayaan kepada Umno untuk menggantikan PAS? Apatah lagi keprihatinan PAS itu turut dikaitkan dengan agenda mendaulatkan Islam dalam pemerintahannya. Semua tahu tulisan jawi adalah variasi dan derivasi tulisan Arab yang juga tulisan kitab suci al-Quran. Ia juga dikira bersebati dengan tradisi ilmu Islam, terutama apabila ratusan kitab lama yang masih digunakan secara meluas di pusat-pusat pengajian Islam ditulis menggunakan tulisan itu. Dari perspektif itu, usaha PAS memartabatkan jawi adalah sealiran dengan hasrat menyemarakkan ilmu Islam dalam masyarakat. Justeru, apakah wajar ada penganjur pengajian Islam dan pencinta ilmu agama tidak menyokong langkah kerajaan PAS Kelantan dalam hal ini? Bagaimana mungkin pula mereka akan memilih Umno untuk mengambil alih pemerintahan? Kebetulan pula beberapa hari lalu berlangsung Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. Di dalamnya banyak diserlahkan keprihatinan dan keseriusan kerajaan negeri mendaulatkan Islam dalam kehidupan rakyatnya. Antara perkara agak menarik diperkatakan dan turut mendapat perhatian media arus perdana ialah arahan terbaru kerajaan negeri mengenai kemakmuran surau di pusat-pusat beli-belah. Dewan dimaklumkan bahawa kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) telah mengeluarkan arahan kepada semua pusat beli-belah dan pasar raya supaya menyediakan imam untuk mengetuai solat di surau premis masing-masing. Arahan itu sekali gus menggambarkan keseriusan PAS memastikan rakyat melaksanakan ibadat, khususnya solat dalam keadaan paling baik, yakni secara berjamaah. Di mana komitmen para pemimpin PAS dalam hal ini tidak wajar dipertikaikan lagi. Sebagai pemimpin Islam yang bercakap mahu menegakkan Islam, mereka bukan setakat mendirikan Islam dalam diri mereka sahaja, tetapi turut menjadi pendorong orang dipimpinnya menjadi hamba yang taat kepada suruhan agama. Ia menepati firman Allah di dalam surah al-Hajj ayat 41, yang secara jelas memperincikan sifat pemimpin Islam iaitu apabila mereka diberikan kekuasaan oleh Allah di atas mukabumi, mereka akan mengutamakan urusan mendirikan solat. Kepatuhan itu sekaligus menjadi contoh buat rakyat mengikuti mereka pula. Ertinya, pemimpin Islam perlu sentiasa ke hadapan di dalam mengajak dan menggalakkan rakyat untuk sama-sama menghayati perintah Allah, terutama dalam menyempurnakan solat. Itulah yang terbukti diusahakan kerajaan PAS. Malangnya, hari ini para pemimpin Umno lebih ghairah mengajak rakyat ke pesta hiburan dan majlis suka-ria. Bahkan ada pula pemimpin yang sanggup mengiklankan ke seluruh alam maya mengajak rakyat untuk meluangkan masa bersama-samanya menonton siaran langsung perlawanan bolasepak melibatkan pasukan luar negara yang diminatinya. Astaghfirullah al-Azim! Arahan memastikan surau pusat beli-belah dimakmurkan dengan solat jamaah itu juga bagai menempelak beberapa negeri diperintah Umno. Manakan tidak apabila kerap dilaporkan media bagaimana ada negeri yang hingga kini gagal menyelesaikan masalah kekurangan imam dan bilal di seluruh negeri. Jangan dikatakan untuk memastikan surau persendirian di premis perniagaan sebegitu disediakan imam bertugas, kegagalan dihadapi negeri-negeri diperintah Umno malah melibatkan masjid-masjid mukim dan masjid daerah. Apa yang berlaku di Terengganu adalah contoh yang amat ketara. Kebanyakan masjid di negeri itu memang tidak cukup imam dan bilal. Bahkan ada masjid yang terpaksa menggunakan "khidmat" tv untuk melaungkan azan tatkala masuk waktu solat. Itulah yang dilaporkan berlaku di salah sebuah masjid jamek di Kemaman, awal tahun ini. Beberapa perkara disebutkan di atas hanyalah contoh siri agenda Islamik yang dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan. Sama ada dalam isu tulisan jawi mahu pun arahan memakmurkan surau, hakikat bersebati di sebalik isu-isu tersebut sebenarnya menyerlahkan perbezaan amat ketara antara halatuju dan keprihatinan pemerintahan PAS berhubung hal ehwal Islam berbanding Umno. Sepertimana ditekankan Wan Nik lewat tulisannya tadi, pemerintahan PAS selama 21 tahun di Kelantan boleh dianggap bukti bernyawa bahawa parti itu "adalah satu-satunya parti Islam yang memperjuangkan dasar politik dan pentadbiran Islam serta luhur di atas landasan perjuangan Rasulullah s.a.w." Justeru, jika pun Umno Kelantan tampil dengan Gelombang Merah yang ikut disertai taburan wang ehsan dan berbagai umpan kebendaan lain, semuanya itu insya Allah menjadi kecil dan tidak mampu menandingi nikmat berpayung di bawah pemerintahan Islam di terajui PAS. Selagi rakyat Kelantan berpegang kepada dasar dan fahaman sedemikian, maka pada adat katanya payah lah sikit Umno nak merampas semula negeri itu daripada PAS! |
AMERIKA BERUNDUR DARI IRAQ!!! MEMALUKAN Posted: 21 Oct 2011 06:40 PM PDT – Presiden AS Barack Obama pada hari Jumat (21/10/2011) mengumumkan untuk mengakhiri perang Irak, salah satu perang terpanjang dan rumit sepanjang sejarah AS, juga mengumumkan bahwa seluruh pasukan Amerika akan ditarik dari Irak akhir tahun ini. Pernyataan Obama ini diklaim oleh sejumlah media mengakhiri perdebatan berbulan-bulan mengenai kebijakan AS terhadap Irak setelah 2011. "Saya dapat melaporkan bahwa, seperti yang dijanjikan, sisa pasukan kami di Irak akan pulang pada akhir tahun ini," kata Obama. "Setelah hampir sembilan tahun, perang Amerika di Irak akan berakhir." Obama berbicara setelah konferensi video pribadi dengan Perdana Menteri Irak, Nouri al-Maliki, dan dia menawarkan jaminan bahwa kedua pemimpin sepakat pada keputusan tersebut. Semua pasukan AS yang saat ini berjumlah di bawah 40.000 orang untuk keluar dari Irak sesuai dengan kesepakatan tahun 2008 ketika George W. Bush masih menjabat sebagai presiden. Lebih dari 4.400 pasukan salibis Amerika telah tewas sejak AS dan sekutunya menginvasi Irak pada Maret 2003. Associated Press pertama kali melaporkan pekan lalu bahwa Amerika Serikat tidak akan mempertahankan pasukan di Irak melebihi batas waktu penarikan akhir tahun ini, kecuali untuk beberapa prajurit yang ditugaskan di Kedutaan Besar AS. Dalam beberapa bulan terakhir, Washington telah berdiskusi dengan para pemimpin Irak kemungkinan untuk tetap menempatkan beberapa ribu tentara Amerika yang tersisa untuk melanjutkan pelatihan pasukan keamanan Irak. Sepanjang diskusi, para pemimpin Irak menolak memberikan kekebalan hukum bagi tentara Amerika dari penuntutan di pengadilan Irak, dan Amerika menolak tinggal tanpa jaminan tersebut. (althaf/arrahmah.com) |
MATINYA GADDAFI AKAN LAHIRKAN DIKTATOR BARU? Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT KESAL DENGAN CARA MATINYA GADDAFI... patut ada perbicaraan .. atau anda punya pandangan lain?.. slahkan luahkan |
HASSAN ALI NAK HADIR HIMPUN HADIRLAH, NAK JOIN AMPORNO JOINLAH APA KESAH Posted: 21 Oct 2011 09:53 AM PDT PAS istiqamah untuk membersihkan dan mempertahankan akidah kerana ia adalah dasar perjuangannya sejak 1951. Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, dasar Islam di dalam Perlembagaan PAS fasa 3 tidak pernah diubah walaupun kepimpinannya bertukar, sama ada dalam suasana menang atau kalah. "Malahan penubuhan PAS, apabila sekelompok ulamak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan sikap Umno mengenai isu Natrah pada tahun 1950," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Jelasnya, sejarah perjuangan PAS untuk mempertahankan akidah di negara ini terpaksa membayar harga yang begitu mahal. Katanya, sewaktu PAS mempertahankan akidah umat, Umno bukan sahaja tidak membantu malahan memfitnah PAS sehingga pemimpinnya ditangkap ISA. Beliau berkata, antara jasa PAS kepada umat ialah memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai batas-batas iman dan kufur sehingga masyarakat tidak berani menghina hukum Islam. Di samping itu, ujarnya tidak ada lagi masyarakat yang menghina Islam seperti hukum Islam hanya sesuai di zaman unta, jika laksanakan hukum Islam boleh membawa huru hara. PAS juga, katanya telah menekankan pendidikan akidah kepada ummah di negara ini melalui kuliah-kuliah dan ceramah umum. "PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad. Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis," katanya. Selain itu, ujarnya lagi, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy, Hartina Kamarudin, maka PAS ke depan melawan isu gejala murtad pada ketika itu. "Di manakah Umno dan NGO Umno?" soalnya. Beliau menambah, penyokong PAS mengadakan demo membantah seminar untuk membenarkan orang Islam murtad di Pulau Pinang dan Johor tetapi malangnya seorang menteri Umno mengatakan itu tindakan bodoh. Ini semua, katanya membuktikan bahawa PAS konsisten untuk menyelamatkan akidah ia bukan agenda bermusim. "Kita harap Umno berubah sikap selepas ini terhadap Islam dan hukum Islam. Perlu diingat bahawa murtad bukan sahaja menukar agama, tetapi juga boleh berlaku jika menghina hukum Allah," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan