Anak Sungai Derhaka |
- PANAS!! Wartawan lapor berita palsu kerana pingat?
- Program penerangan perdana BN di Universiti Putra Malaysia?
- Himpunan Sejuta Umat gagal capai sasaran
- Rektor UIA mula nak berbohong?
- Hidup Melayu Hidup Islam! Slogan HIMPUN?
- Ambil tindakan terhadap pemimpin UMNO dulu sebelum Aziz Bari
- 200 Orang Demo di Komtar?? Korang kiralah sendiri..
PANAS!! Wartawan lapor berita palsu kerana pingat? Posted: 22 Oct 2011 06:26 AM PDT 20 Oktober lalu, Sinar Harian telah melaporkan bahawa 30 ahli PKR Ranting Bukit Piatu Parlimen Bukit Katil bertindak membubarkan ranting tersebut dan bertindak menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Dalam laporan itu, Bekas Ketua Ranting PKR Bukit Piatu, Md Said Abu berkata mereka sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR yang tidak menjaga kebajikan ahli. Gambar di atas juga menunjukkan bahawa bekas Ketua PAS Cawangan Bukit Piatu, Cikgu Abdul Samad Mamat juga ada bersama-sama dengan Mohd Ali dan Md Said. Ramai yang menghubungi saya meminta penjelasan tentang kedudukan Cikgu Samad, apakah beliau juga turut sama menyertai Umno. Malam tadi Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ramli Dalip telah bertemu sendiri dengan kedua-dua bekas pemimpin Cawangan PAS dan Ranting PKR Piatu. Kedua-dua mereka iaitu Cikgu Samad dan Md Said menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka telah menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Mohd Ali. Ramli berkata dalam pertemudan tersebut, Md Said menyatakan bahawa beliau hanya membubarkan Ranting PKR Bukit Piatu tetapi tidak sama sekali menyertai Umno. "Gambar itu diambil semasa satu majlis yang melibatkan NGO bukannya majlis Umno atau majlis penyerahan borang Umno". "Cikgu Samad juga menafikan beliau menyertai Umno dan beliau masih aktif membantu Penyelia PAS Dun Kuala Linggi". Ramli berkata tindakan media itu menyiarkan berita tersebut adalah berniat jahat dan cuba memburur-burukkan PAS dan PKR khususnya di Bukit Piatu dan Parlimen Bukit Katil. Beliau menggesa media tersebut membuat penafian akan berita tersebut. "Kita menyelidik berita tersebut sebelum menyiarkannya kepada umum, ianya memberikan impak yang besar kepada imej individu yang ditunjukkan dalam gambar tersebut" jelas Ramli - Harakahdaily Laporan dari Sinar Harian yang dimaksudkan diatas.. 30 ahli PKR keluar parti Selama ini kita telah melihat Sinar Harian walaupun kadang-kadang bersifat berat sebelah dalam melapurkan sesuatu berita ianya masih lebih baik dari Utusan Malaysia. Walaupun berat sebalah (kadang-kadang) ianya masih memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk bersuara dalam media milik mereka. Cuma berita tentang 30 Ahli PKR keluar parti itu nampaknya adalah satu laporan palsu.. Adakah kerana bakal dinugerahkan pingat mereka menulis berita palsu, atau kerana menerima pingat mereka terpaksa menulis laporan palsu??
|
Program penerangan perdana BN di Universiti Putra Malaysia? Posted: 22 Oct 2011 05:07 AM PDT Sejak bila pelajar Universiti dibenarkan berpolitik ni? Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui beliau bimbang dengan 'pergolakan' dalaman parti dalam BN, khususnya dalam proses pemilihan calon untuk pilihan raya umum akan datang. "Ya, sejujurnya saya bimbang," katanya ketika ditanya perkara itu oleh pemberita. Bagaimanapun, timbalan pengerusi BN itu berkata, pihaknya sudah mengambil langkah segera untuk menanganinya. "Kita sudah mula manage (uruskan) perkara ini," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucap utama dalam program penerangan perdana BN di Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat Serdang. Katanya, bagi tujuan itu, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan sebahagian parti yang bergabung dalam BN. Tambahnya, walaupun laporan badan penyelidik menunjukkan kedudukan BN baik ketika ini, laporan pelbagai pihak diperlukan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh. Sementara itu, berucap di hadapan lebih 1,500 penyokong dalam program turun padang itu, Muhyiddin mengingatkan anggota BN supaya jangan 'tidur' menjelang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. "Kalau kita tidur pun, tidur-tidur ayam sudahlah. Jangan gaduh sesama sendiri. "Jangan bebankan pimpinan kita dengan masalah di bahagian dan cawangan," nasihat Muhyiddin lagi. 'Kata tidak dikota' Katanya, jika terdapat masalah di peringkat akar umbi, perkara itu mesti diakui dan diselesaikan sekarang sebelum menjejaskan keputusan pilihan raya. Muhyiddin menggesa anggota BN mengambil iktibar daripada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan ada pihak yang berjanji menyokong calon yang dipilih tetapi tidak mengotakannya. muhyiddin in kajang "Ada kata tunggul kayu (kalau dipilih) pun kita akan sokong. Tetapi bila sampai pilihan raya, kata tidak dikota," katanya. Muhyiddin hari ini turun ke pelbagai tempat di seluruh Selangor, antaranya Dengkil, Kuala Langat, Kajang dan dua tempat di Puchong, dalam agenda merampas semula negeri itu dalam program yang dinamakan "Sayangi Selangor, Yakini BN". Acara hari ini dilihat susulan kepada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Oktober lalu di Ijok, Kuang, Rawang dan Gombak Setia. muhyiddin yassin 1malaysia university studentsDalam sidang media di UPM awal petang tadi, Muhyiddin menyifatkan lawatannya mendapat sambutan menggalakkan sehingga orang ramai turun lebih ramai daripada yang dijangkakan. "Harap ini petanda kesedaran rakyat (kembali menyokong BN)," katanya. Hadir sama dalam sesi itu Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Noh Omar. Sementara itu, dalam ucapannya sebelum itu, Noh mengingatkan supaya anggota BN bersatu tidak kira siapa pun calon yang terpilih nanti. "Kalau rakyat mahukan perubahan dan pemimpin berkorban, saya yakin kita akan menang dalam pilihan raya umum akan datang," kata menteri pertanian dan industri asas tani itu. Malaysiakini |
Himpunan Sejuta Umat gagal capai sasaran Posted: 22 Oct 2011 04:42 AM PDT SHAH ALAM: Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran hari ini. Tinjauan Berita Harian Online menganggarkan jumlah kehadiran kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan pihak penganjur. Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini. Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang. Berita Harian Online |
Rektor UIA mula nak berbohong? Posted: 21 Oct 2011 11:58 PM PDT Semalam Rektor UIAM Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin telah berkata "Saya tahu ada beberapa pihak yang melaporkan di dalam akhbar dan laman web bahawa beliau digantung dan tidak menerima gaji, serta dihalang dari memasuki UIAM. Itu semua tidak benar," Zaleha juga berkata Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lalu dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIAM berhubung tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas - sepenuhnya sila baca di (SINI) Dan ini adalah kenyataan dari Peguam Aziz Bari menafikan kenyataan Rektor UIAM dan ianya juga membuktikan Rektor UIAM itu mula berbohong untuk menegakkan benang yang basah.. ******************* Peguam: Surat UIA amat jelas Aziz Bari digantung, dilarang masuk kampus KUALA LUMPUR, 22 Okt — Prof Dr Abdul Aziz Bari menafikan kenyataan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bahawa pensyarah itu tidak pernah ditegah memasuki pusat pengajian tinggi tersebut sehingga siasatan ke atasnya selesai, demikian menurut peguam beliau hari ini. Sebaliknya Dr Zulqarnain Lukman berkata, kandungan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, bertarikh 19 Oktober lalu, dengan jelas menunjukkan Aziz digantung perkhidmatan beliau berkuasa "serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya dalam tempoh tujuh hari" sebagaimana dikatakan oleh Rektor Prof Dr Zaleha Kamaruddin semalam. "Berhubung kenyataan yang diberikan oleh Rektor UIA Prof Dr Zaleha Kamaruddin, yang disiarkan oleh akhbar hari ini khususnya oleh Bernama (semalam), saya mendapat arahan anak guam bahawa kenyataan Rektor UIA berkaitan penggantungan perkhidmatan selama tujuh hari dan bahawa beliau bebas masuk ke dalam premis UIA adalah tidak tepat," kata Zulqarnain sambil menambah, beliau diarah membuat penjelasan berhubung perkembangan terbaru ini. Kenyataan Zaleha itu keluar semalam ketika banyak pihak menggesa UIA menarik balik penggantungan perkhidmatan ke atas Aziz (gambar) sehingga siasatan dijalankan. Zulqarnain berkata, berdasarkan surat tunjuk sebab dikeluarkan, Aziz digantung perkhidmatan dengan gaji penuh, dengan serta-merta sehingga notis susulan. Katanya, surat itu juga mengingatkan bahawa ketika tempoh penggantungan, Aziz tidak dibenarkan memasuki premis universiti tanpa kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-undang. Selain itu kata beliau, surat tersebut juga menyebut bahawa Aziz tidak dibenar mengadakan sebarang transaksi bagi pihak universiti atau menghubungi staf universiti atau sekutu bisnes UIA tanpa kebenaran Dekan Kulliyah Undang-undang. "Oleh itu, adalah jelas bahawa penggantungan perkhidmatannya adalah berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya tempoh tujuh hari. "Tempoh tujuh hari yang dinyatakan Rektor UIA itu adalah merujuk kepada tempoh menjawab surat tunjuk sebab, bukan tempoh penggantungan. Tempoh penggantungan tidak ditetapkan, ertinya sepanjang yang mungkin selagi tidak ditamatkan secara rasmi oleh UIA," kata beliau. Aziz dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab sebelum 4 petang 25 Oktober ini. Begitu juga bahawa adalah jelas, kata Zulqarnain, pelangganya tidak dibenarkan masuk ke premis universiti atau berhubung dengan mana-mana staf UIA melainkan terdapat kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-undang. "Jika benar terdapat sebarang perubahan kepada notis yang diberikan kepada anak guam, seharusnya pihak universiti mengeluarkan notis baru membatalkan kandungan notis bertarikh 19/10/2011 ini," kata beliau lagi. Zulqarnain menambah, anak guamnya juga memohon pengurusan UIA tidak mengeluarkan kenyataan yang berkonflik dan bercanggah satu sama lain yang membingungkan masyarakat awam. Dalam satu kenyataan semalam, UIA menjelaskan tindakan menggantung tugas Aziz bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mempertikai titah Sultan Selangor. Zaleha turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan digajinya turut ditahan. Beliau berkata UIA tetap membayar gaji Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti. Zaleha berkata Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lalu dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas. Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa yang ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIAM untuk dibicarakan. Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu. The Malaysian Insider |
Hidup Melayu Hidup Islam! Slogan HIMPUN? Posted: 21 Oct 2011 11:14 PM PDT Sila teliti slogan-slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur dalam Himpunan Sejuta Umat yang akan diadakan di Shah Alam hari ini didalam imej diatas. Printscreen dari laman web himpun.. kalau korang tengok hari ini dilaman web tersebut di (SINI) ianya telah dipadamkan atau removed. Antara slogan-slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur HIMPUN untuk dipamerkan pada sepanduk, kain rentang atau placard pula adalah : - a. Selamatkan Aqidah Umat b. Jangan Gugat Kedudukan Islam c. Bersatu Selamatkan Aqidah d. Melayu Sepakat Islam Berdaulat e. Hidup Melayu Hidup Islam f. Pertahan Institusi Raja g. Daulat Tuanku Allahuakbar! h. Suara Umat Suara Keramat i. Satu Ummah Satu Aqidah j. Hormati Islam Agama Negara k. Bersama Cegah Murtad l. Hentikan Usaha Pemurtadan Apa relevannya slogan "Melayu Sepakat Melayu Berdaulat" dan "Hidup Melayu Hidup Islam" dengan perhimpunan sejuta umat Islam ini? Menurut Dr Asri, istilah Ketuanan Melayu (Malay Supremacy) jelas cuba mempertahankan UMNO yang semakin lama semakin ditolak oleh orang Melayu sendiri. Dan slogan "Hidup Melayu Hidup Islam" jelas mendahulukan kaum berbanding agama - secocok dengan slogan UMNO "Untuk Bangsa, Agama dan Negara". Menurut ajaran Islam, agama perlu dipertahankan barulah bangsa atau sesuatu kaum. Maka tepatlah keputusan Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahlinya tidak menyertai himpunan tersebut walaupun Exco Agama Selangor, Hassan Ali bakal hadir atas kapasiti individu dan bukan lagi PAS. Sila baca pendapat Dr. Maza dalam isu Ketuanan Melayu di SINI |
Ambil tindakan terhadap pemimpin UMNO dulu sebelum Aziz Bari Posted: 21 Oct 2011 09:41 PM PDT Sekarang Aziz Bari dari UIA pula yang menjadi sasaran. Saya selalu berkata di dalam pimpinan UMNO dan BN bercakap benar adalah satu kesalahan. Berbeza pendapat itu adalah kesalahan. Jika sesiapa yang mengkritik secara berterusan akan ada sahaja helah untuk memberikan tekanan kepada seseorang itu. UMNO dan BN sudah beraja di hati dan bersultan di mata. Aziz Bari tidak mengkritik Sultan tetapi beliau di tuduh berbuat demikian. Mereka berkuasa dan mempengaruhi pentadbiran UIA untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari. Kata-kata Aziz Bari di interpretasikan sebagai menderhaka kepada Sultan. Entah bila UMNO ini sayang pada Raja saya pun tak tahu. Setahu saya UMNOlah yang menderhaka kepada Raja pada 1993 dahulu. UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu dalam krisis perlembagaan itu. Ramai pemimpin UMNO yang membuat kenyataan mengkritik Raja sebagai institusi yang kononnya sudah tiada relevannya lagi. Malahan ada ahli Parlimen bercakap begitu bongkak dengan mencadangkan Raja_Raja Melayu di ikat dan dirotan dan sebagainya. Lebih menyedihkan lagi Almarhum Tuanku Jaafar telah dituduh menyewakan tanah untuk membela babi di Bukit Pelandok. Utusan Malaysia lah yang mengetuai serangan terhadap Raja Melayu semasa itu. Media perdana telah mensensasikan isu Raja-Raja Melayu dan memfitnah Raja Melayu seolah Raja-Raja Melayu itu lebih rendah dari manusia biasa. Apabila saya sebut isu ini ada pula yang mengatakan Dr Mahathir melakukannya semata-mata untuk kebaikan Raja Melayu itu sendiri dan berbagai-bagai alasan yang diberikan oleh penyokong beliau bagi menghalalkan tindakan menghina Raja-Raja Melayu itu. Kenapa sekarang UMNO dan pemimpin-pemimpin yang menghina secara direct semasa itu tidak dihadapkan ke mahkamah sedangkan perlembagaan negara sebelum dipinda semasa itu telah dengan terang menyatakan yang Raja tidak boleh di sentuh samada di dalam atau di luar parlimen. Kenapa Dr Mahathir, dan ramai di antara pemimpin UMNO semasa itu tidak di kemukakan kepada pengadilan sedangkan Aziz Bari yang hanya membawa pandangan akademik itu dengan pantas di perlakukan dengan tidak adil. Aziz Bari adalah seorang tokoh akademik dan beliau mempunyai pengikut dan ramai yang memberikan perhatian terhadap pandangan beliau. Mahasiswa UIA kini sedang memberontak kerana tindakan yang tidak adil terhadap seorang tokoh akademik yang serius yang pandangannya diambil perhatian bukan sahaja oleh Mahasiswa UIA tetapi juga oleh masyarakat ramai yang mengikuti pemikiran beliau. Hari demi hari pihak yang memerintah menunjukan sikap tidak menghargai pandangan terbuka seorang yang serius terhadap keadaan semasa negara. Tindakan terhadap Aziz Bari mendapat tentangan orang ramai kecuali dari mereka yang buntu dan jumud pemikiran. Jika pun Aziz Bari hendak di ambil tindakan, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin politik negara yang terang-terang telah melacorkan institusi Raja pada tahun 1993 dahulu. Pihak yang memegang kuasa perlu ingat mereka yang menyaksikan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 dahulu masih ramai yang hidup dan masih ingat betapa beratnya nesta yang dilemparkan terhadap Raja-Raja Melayu oleh pemimpin UMNO yang diketuai oleh Presiden UMNO semasa itu. Sekarang ini bekas Presiden UMNO itu pula yang mengkritik Aziz Bari dengan mengatakan Aziz Bari bersifat kurang ajar terhadap Raja Melayu. Saya tetap berharap supaya nasib Aziz Bari akan diperjuangkan oleh pelajar-pelajar dan Mahasiswa seluruh negara kerana isu ini bukan setakat melibatkan mahasiswa UIA tetapi juga masyarakat mahasiswa seluruh negara. Saya berharap agar seluruh masyarakat kampus termasuk kakitangan akademik universiti-universiti seluruh negara memberikan desakan supaya tokoh akademik di bela secara optima untuk memastikan tidak ada pihak yang akan di ambil tindakan secara tidak adil di masa-masa yang akan datang semata-mata kerana memberi pandangan yang berbeza. Jika kali ini tindakan di ambil terhadap Aziz Bari, selepas ini tidak ada sebab kakitangan akademik yang lain tidak akan menerima nasib yang sama pada masa yang akan datang. Saya mengikuti hampir semua pandangan Aziz Bari dan saya tidak nampak apa-apa sebab kenapa beliau cuba di sabitkan dengan isu seditious seperti yang di tuduh terhadap beliau. Sila sambung bacaan anda di SINI |
200 Orang Demo di Komtar?? Korang kiralah sendiri.. Posted: 21 Oct 2011 10:16 AM PDT Buletin Utama TV3 tadi menyiarkan berita tentang Demo di Komtar siang tadi, kononnya 200 orang telah turut serta dalam demo itu.. Ini laporan dari UMNO Online.. GEORGE TOWN, 21 Okt – Seramai 200 orang daripada enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menganjurkan perhimpunan secara aman di Komtar di sini bagi membantah dasar-dasar kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Mereka berkumpul di pintu masuk utama Komtar sambil membawa sepanduk serta meniupkan wisel dan membunyikan hon angin selama 15 minit sebelum bersurai. Mereka terdiri anggota Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (Kesan), Persatuan Peniaga Negeri Pulau Pinang dan Badan Bertindak Peniaga India Muslim. Jurucakap kumpulan itu, Mohamad Ridzuad Mohamad Azudin, berkata tujuan perhimpunan itu adalah bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan negeri berhubung pengharaman permainan air di Batu Feringghi dan dasar pengambilan tanah yang dianggap menindas rakyat. Mereka turut membakar risalah terbitan kerajaan negeri bertajuk 30 Dasar Kerajaan Berjiwa Rakyat Hmmm.. betulkah 200 orang?? Korang kiralah sendiri dalam gambar yang aku rembat dari Blog UMNO ni.. kalau tak nampak klik kat gambar tu supaya menjadi lebih besar.. 200 orang??? kah..kah..kah... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan