Rabu, 19 Oktober 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


menjadi NEGARA KRISTIAN?

Posted: 19 Oct 2011 09:00 AM PDT

Ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi menuntut kerajaan supaya menggantung permit penerbitan Utusan Malaysia yang didakwa menerbitkan berita palsu berhubung dakwaan rancangan penubuhan negara Kristian.

Jelasnya, laporan akhbar milik Umno itu perlu dikenakan tindakan tersebut kerana siasatan polis sendiri menunjukkan tiada bukti kukuh berhubung dakwaan berkenaan.

Beutusan malaysia, malaysia negara kristianliau membuat penjelasan itu berdasarkan satu jawapan bertulis
oleh menteri dalam negeri di Dewan Rakyat bertarikh 3 Oktober, berhubung siasatan yang dijalan ke atas dakwaan tersebut.

"Hasil siasatan mendapati bahawa tiada bukti kukuh yang boleh menyokong keterangan untuk menyabitkan kesalahan kepada mana-mana individu dalam kes ini," jawapan tersebut dipetik.

Jawapan berkenaan adalah untuk menjawab soalan yang dikemukakan ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin.

Dalam jawapan berkenaan, menteri dalam negeri juga menyatakan bahawa jabatan peguam negara telah memutuskan "tiada tindakan lanjut" dijalankan untuk kes berkenaan.

Oleh sebab itu, kata Ooi, Utusan perlu dikenakan tindakan kerana "membuat laporan tidak berasas yang cuma mencetuskan keadaan tegang dan ingin memperlagakan antara agama di Malaysia."

Ooi menjelaskan, kes berkenaan tercetus apabila Utusan menyiarkan dakwaan daripada tulisan seorang penulis blog, Big Dog.

"(Jadi) saya minta menteri dalam negeri menggunakan kuasanya untuk menggantung lesen cetak Utusan Malaysia," katanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

BERSIH gagal tarik korporat

Posted: 19 Oct 2011 07:18 AM PDT

Pada 9 Julai 2011, kota raya Kuala Lumpur dikawal rapi oleh anggota polis akibat demonstrasi besar-besaran anjuran BERSIH 2.0. Jalan-jalan untuk masuk ke kota Kuala Lumpur ditutup dan sekatan dilakukan di seluruh pintu masuk ke ibu negara.

Kawalan rapi anggota keselamatan bertujuan untuk menghalang rakyat daripada berhimpun tidak mampu menahan gelombang kuning yang menuntut agar perjalanan pilihan raya di Malaysia direformasikan.

Gerakan rakyat philipine people power revolutionuntuk menuntut pilihan raya bebas dan adil ini bukanlah satu perkara yang pelik. Ia berlaku di merata dunia. Bermula di Asia Tenggara, Amerika Latin, Afrika dan kini sedang hangat berlangsung di Timur Tengah.

Pilihan raya bebas dan adil juga bukanlah boleh diperolehi dengan jalan mudah tanpa perjuangan. Ada yang terkorban kerana memperjuangkannya.

Malahan bersungai-sungai air mata telah mengalir bagi meratapi yang terkorban kerana memperjuangkan pilihan raya bebas dan adil.
Revolusi Kuasa Rakyat Filipina
Dua puluh lima tahun lalu, di negara jiran kita Filipina berlakunya peristiwa bersejarah yang menyaksikan Presiden Ferdinand Marcos digulingkan dari kekuasaan.

Revolusi tersebut lebih dikenali dengan panggilan People Power Revolution ataupun revolusi kuasa rakyat.
Apabila berbicara mengenai revolusi Filipina yang berlaku di lebuhraya Epifanio de los Santos Avenue (EDSA), tidak sah jika tidak menyebut peranan besar yang dimainkan oleh Pergerakan Rakyat untuk Pilihan Raya Bebas (Namfrel).

Ini berikutan kejayaan Namfrel menyedarkan rakyat Filipina untuk bersama-sama terlibat secara aktif bagi memantau perjalanan pilihan raya presiden pada tahun 1986.

philipine people power revolutionDalam pilihan raya yang terakhir yang disertai oleh Ferdinand Marcos itu, Namfrel berjaya mengerah 500,000 rakyat untuk menjadi sukarelawan rasmi mereka di seluruh Filipina.

Menurut setiausaha agung pertama Namfrel, Mars Quesada, dianggarkan hampir dua juta lagi rakyat Filipina membantu 500,000 sukarelawan Namfrel selepas mereka selesai melaksanakan tanggungjawab membuang undi.

Sukarelawan-sukarelawan Namfrel bertugas di hampir keseluruhan tempat pembuangan undi di seluruh Filipina bagi memastikan perjalanan pilihan raya pada hari mengundi berjalan secara bebas dan adil.

Selain daripada itu mereka mengawal peti-peti undi daripada dicuri atau dirampas oleh samseng upahan Marcos sebelum dihantar ke pusat penjumlahan undi.

Sukarelawan Namfrel turut melaksanakan Operation Quick Count (OQC) ataupun operasi kiraan pantas untuk mengimbangi proses penjumlahan undi yang dilaksanakan oleh suruhanjaya pilihan raya di Filipina (Comelec)

Marcos tumbang kerana rakyat Filipina lebih mempercayai operasi kiraan pantas yang dilaksanakan oleh Namfrel berbanding dengan proses penjumlahan undi yang dilaksanakan oleh COMELEC.

COMELEC mengumumkan Marcos sebagai pemenang dalam pilihan raya presiden tersebut manakala hasil operasi kiraan pantas yang dilaksanakan oleh Namfrel menunjukkan bahawa Cory Aquino adalah presiden baru Filipina.

Peranan ahli perniagaan
Apa yang menarik tentang Namfrel adalah organisasi ini bertulangbelakangkan kelompok ahli perniagaan.

Kebiasaannya, jarang sekali warga korporat untuk terlibat dengan organisasi seperti ini, akan tetapi lain ceritanya dengan Namfrel.

Namfrel mempunyai polisi yang menyebabkan organisasi ini mendapat kepercayaan orang ramai di Filipina. Polisi tersebut adalah tidak menerima sebarang bantuan dana asing.
philipine people power revolutionSemua dana yang diterima Namfrel adalah datang dari sektor korporat di Filipina ataupun sumbangan daripada orang ramai.
Diantara pengasas Namfrel adalah Jose Concepcion Jr, seorang ahli perniagaan kaya yang juga pemilik syarikat RFM Corporation - syarikat besar yang menjalankan perniagaan dalam industri makanan dan minuman.

Bagi menjayakan Namfrel disamping menghabiskan masa dan tenaga untuk membangunkan organisasi yang diasaskan dengan berberapa orang lagi, Jose Concepcion menyedekahkan ruang di bangunan milik RFM Corporation di Mandaluyong, Manila untuk dijadikan sebagai pejabat kepada Namfrel.
Selain itu, pekerja-pekerja RFM Corporation juga dipinjamkan bagi membantu Namfrel bagi memastikan pemantauan pilihan raya di seluruh negara berjaya dilaksanakan.

Terdapat banyak lagi syarikat-syarikat besar yang bernaung di bawah Makati Business Club (MBC) turut menyumbang kepada Namfrel sama ada dalam bentuk tunai ataupun perkhidmatan dengan niat agar pilihan raya bebas dan adil dapat dilaksanakan di Filipina.

Mars Quesada yang sempat penulis jumpa ketika menjalankan kajian di Filipina memberitahu tentang sumbangan sektor korporat bagi meminjamkan berberapa buah pesawat dan berbelas biji helikopter bagi mempermudahkan pergerakan sukarelawan Namfrel terutamanya untuk ke kawasan pendalaman dan berbukit-bukau.
Begitulah seba sedikit peranan ahli perniagaan dan sektor korporat dalam menjayakan pemantauan pilihan raya yang dilaksanakan oleh Namfrel di Filipina pada tahun 1986.

Cabaran di Malaysia pada hari ini bagaimana untuk melibatkan sektor korporat bagi membantu perjuangan memartabatkan pilihan raya bebas dan adil.
Ini kerana pilihan raya bebas dan adil serta politik yang stabil baik untuk dunia perniagaan. Cabarannya terbesar pula bagaimana untuk menyakinkan mereka untuk bersama?

Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-2010 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia

KETIDAK BIJAKSANAAN PEMUDA PAS NAMPAK SANGAT

Posted: 18 Oct 2011 07:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Sementara PAS Pusat hanya akan mengadakan mesyuarat khas malam ini membincangkan penyertaan dalam Himpunan Sejuta Umat (Himpun), sayap pemuda itu menyokong perhimpunan tersebut yang bermatlamat mahu menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad.
Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan (gambar) berkata, pihaknya akan memberi sokongan sebagaimana diperlihatkan ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, kepimpinan pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam ini dan keputusan itu akan menentukan sama ada mereka akan menyertai Himpunan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini.
"Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil pendekatan serupa sewaktu menyokong gabungan lebih 60 buah NGO Bersih 2.0 yang berjuang menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihan raya negara kita. Pemuda PAS bersama dengan himpunan dan denyut nadi puluhan ribu rakyat pada 9 Julai yang lalu.
"Insya-Allah, saya dan rakan-rakan Dewan Pemuda PAS mengambil sikap yang sama terhadap Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober kelak," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Nasrudin menambah, "semoga himpunan tersebut berjaya mencapai matlamat dan menepati objektif yang digariskan bersama berkat dan rahmat Allah."
"Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua NGO Islam yang terlibat.
"Kami Pemuda PAS senantiasa bersama anda semua dalam meneruskan cita-cita perjuangan Islam dan mempertahankan akidahnya di bumi bertuah ini," katanya lagi.
Menurut Nasrudin, Himpun hasil gabungan besar yang mencecah 1,000 NGO Muslim adalah julung kali dianjurkan di negara ini, bakal menyatukan pelbagai lapisan umat Islam.
Semalam, PAS Selangor berkata akan hanya menyokong Himpunan Sejuta Umat jika penganjurannya bertujuan memantapkan akidah umat Islam dan bukannya menimbulkan ketegangan agama di negara ini.
Dr Rani, yang juga Adun Meru berkata, PAS berharap penganjuran himpunan itu tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.
"Sebarang usaha untuk melaga-lagakan antara penganut-peganut pelbagai agama dengan tidak terdapat sebarang bukti kesalahan yang diputuskan di mahkmah perlu dijauhi.
"Tindakan seperti ini hanya bertujuan untuk menutup masalah yang menimpa umat Islam, di mana akidah mereka dicemari oleh fahaman sekularisme dan sebagainya dan sebaliknya meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain," kata beliau dipetik laporan media.

TINDAKAN BIJAK PAS PUSAT

Posted: 18 Oct 2011 06:08 PM PDT

PAS memutuskan tidak akan menyertai Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN yang tujuannya bagi menyelamatkan akidah umat Islam di ibu negara pada Sabtu ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam.

hadi awang and mustafa ali pas pc"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri).

Penganjur acara itu pada Selasa memberi jaminan HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.

Secara khusus, pengerusi bersama himpunan itu Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi - Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Hadi berkata, PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama.

NONE"Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya lagi.

Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

"Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah," kata Hadi.

Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai".

Ia sebagaimana  Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya.

BUKTI YG SAHIH BAHAWA SIDIA BUSUK

Posted: 18 Oct 2011 09:00 AM PDT

Seorang pemimpin bahagian Gerakan di Kedah mengambil keputusan meninggalkan parti itu kerana tidak gembira dengan pucuk pimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Setiausaha penganjur Gerakan Kedah dan Ketua Bahagian Padang Serai, Tang Hiang Lye berkata beliau membuat keputusan itu kerana percaya Koh tidak berupaya membawa sebarang pembaharuan kepada parti dan kerajaan.

"Saya bukan oportunis tetapi sekadar marah. Saya tidak fikir akan berlaku sebarang perubahan dalam parti," katanya apabila dihubungi.

Tang menjelaskan beliau tidak berniat untuk melukakan Gerakan tetapi hanya merasakan tidak perlu untuk beliau berada lebih lama dalam parti itu ekoran beberapa gesaan dan cadangan untuk parti berubah tidak diendahkan.

gerakan ndc 161011 koh tsu koon tan lian hoe"Sekiranya Dr Koh sanggup meletak jawatan dalam tempoh dua bulan lagi dan menyerahkannya kepada orang yang boleh melakukan perubahan, maka saya akan mempertimbangkan untuk menyertai semula Gerakan.

"Namun saya tidak fikir, beliau (Koh) akan berbuat demikian," katanya.

Pengerusi Gerakan Kedah, Dr Cheah Soon Hai mengesahkan Tang telah keluar parti walaupun pelbagai usaha telah dibuat untuk memujuknya.

Beliau berkata Jawatankuasa Kerja Gerakan Negeri Kedah akan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan Gerakan negeri mengambil alih bahagian Padang Serai.

- Bernama

Tiada ulasan: