Rabu, 19 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Aziz Bari terima surat tunjuk sebab dari UIA

Posted: 19 Oct 2011 07:28 AM PDT

Inilah Malaysia yang ditadbir oleh UMNO/BN..

Andaikata tindakan anda bercanggah dengan undang-undang atau perlembagaan tetapi dalam masa yang sama anda mendokong perjuangan UMNO ianya bukanlah satu kesalahan dan tindakan yang diambil terhadap anda mungkin tiada, tetapi ianya adalah sebaliknya jika anda menentang arus mereka..

Dan jika anda berkerja dengan Kerajaan, hampir seluruh jentera kerajaan akan digunakan untuk menekan dan menakut-nakutkan anda walhal Kakitangan Kerajaan yang merupakan jentera Kerajaan itu gajinya dibayar oleh rakyat bukan oleh UMNO/BN..


******************

Aziz Bari terima surat tunjuk sebab dari UIA

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undangnya Profesor Abdul Aziz Bari, yang baru-baru ini mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu.

Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi.

Tidak jelas mengenai kandungan surat itu kerana pakar perlembagaan itu tidak dapat dihubungi.

Malaysiakini juga belum dapat mengesahkan perkara itu dengan pihak universiti kerana ketika berita ini ditulis, waktu pejabat telah berakhir.

Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.

Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama.

Sementara itu, Malaysiakini terus dikunjungi oleh pihak berkuasa berhubung kenyataan Abdul Aziz yang disiarkan oleh portal berita berkenaan.

Malaysiakini terus disiasat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyoal siasat wartawan Malaysiakini pada Isnin lalu, sekali lagi datang dengan dua pegawai yang sama bagi mendapatkan butiran lanjut daripada kakitangan lain.

Editor berita, Wee Yu Meng disoal selama sejam dan diminta mengesahkan bahawa Abdul Aziz mengirimkan emelnya kepada portal berita berkenaan dan sejauh mana ketepatan berita yang disiarkan.

Selain SKMM, Malaysiakini hari ini juga disiasat oleh pihak polis berhubung isu yang sama.

Pegawai penyiasat dari ibu pejabat polis daerah Shah Alam, ASP Effandi Main merakamkan kenyataan daripada Wee selama satu jam setengah.

Beliau disoal sejauh mana dirinya mengenali Abdul Aziz dan berhubung kredibiliti pensyarah kanan undang-undang itu.

Pihak polis juga meminta dibekalkan salinan emel kenyataan yang dibuat oleh Abdul Aziz tetapi Wee berkata salinan yang dimilikinya telah dipadamkan setelah berita itu dimuat-naik.

Abdul Aziz dipercayai disiasat mengikut Akta Hasutan.

Beliau pada 11 Oktober lalu berkata tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim.

Selaras ajaran Islam

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Abdul Aziz sehari kemudian menjelaskan bahawa Akta Hasutan 1948 memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Tidak puas hati dengan kenyataan itu, Ezam dan beberapa aktivis NGO tampil membuat laporan serentak dengan mendakwa Aziz berlaku biadap dan derhaka kepada institusi raja Melayu.

Sultan sebelum itu bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.


Malaysiakini

Tuduhan terhadap anak Guan Eng adalah Fitnah! - Pengetua SMK Heng Ee

Posted: 19 Oct 2011 03:47 AM PDT

Sebelum itu.. yang mengatakan tuduhan yang dilemparkan oleh beberapa orang yang mengaku dirinya Islam,terhadap anak Guan Eng ini adalah tidak benar atau fitnah bukanlah seorang yang berugama Islam harap maklum..

Faham-fahamlah ya...

KUALA LUMPUR, 19 Okt ─ Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.


Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.

"Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali," kata Goh .


******************


Allegations against Guan Eng's son 'completely untrue,' says school principal
By Shazwan Mustafa KamalOctober 19, 2011

KUALA LUMPUR, Oct 19 – The principal of SMK Heng Ee in George Town today moved to put an end to accusations that Lim Guan Eng's son had sexually harassed a female student of the school, calling it "completely untrue."

Goon Boon Poh told The Malaysian Insider that he was "shocked" when he read news reports of the allegation, and that he wanted to put an end to the matter as it could affect the image of the high school.

Pro-Umno bloggers including Bukit Gelugor Umno division chief Dr Novandri Hasan Basri had claimed that the Penang chief minister's son had assaulted a 16-year-old schoolmate and tried to escape punishment by using his father's name.

"The allegations are completely untrue. It is very simple, there's absolutely no truth to it," Goh told The Malaysian Insider today.

"The blogs said the incident occurred in May this year. CM's son has not been a student of my school since the beginning of this year," he added.

Goh said that the pictures posted on the blogs were not of Lim's son, and that pictures of the alleged victim was not even a student of Heng Ee.

The principal said that officers from the state education department had conducted an investigation into the allegations on Monday, and were satisfied with his explanation on the matter.

"If I had kept quiet, the silence would have put me, the school in an embarrassing situation. Very simple if it had happened I would have known about it, wouldn't I?

"No students had complained about any such case and the girl is supposed to be a classmate, so I want to just clarify the matter," said Goh.

The girl whose photograph was used by Umno bloggers to level accusations of sexual harassment against Lim's son has been identified as 21-year-old chess Grandmaster Anya Sun Corke.

Corke, who represents England in chess, has no ties with Penang and has never been a classmate of Lim's son as alleged by Umno blogs, the DAP said in a press conference in Parliament today.

The girl is understood to be currently an undergraduate of Wellesley College in the United States.

Without revealing details of the allegation, the Penang CM (picture) said yesterday he was furious with the "barbaric lies" made about his teenage son by "pro-Umno ferocious beasts," singling out Khairy Jamaluddin and other ruling party leaders for perpetuating the allegations through snide comments on blogs and social media sites.

The Rembau MP had written on micro-blogging site Twitter on Monday, "Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada" in response to another tweet by PapaGomo. [English translation: Maybe he destroyed Kampung Buah Pala because he wants to replace it with Kampung Buah Dada].

The DAP called on Khairy today to "retract his snide remarks and apologise to Lim's son, who is an innocent victim."


The Malaysian Insider

Gambar : Bukti Zul Kulim amat berpengaruh di Kulim.

Posted: 19 Oct 2011 02:31 AM PDT

Sebelum korang tengok gambar ribuan hadir dalam ceramah Zul Kilm diakhir entry.. baca dulu mesej ini..

Mesej dari abangg Mat, Kelang Lama ,Kulim Kedah.

Sebelum hang nak cabar prof Aziz Bari ..Aku cabar hang buat 'rumah terbuka' pada A'idil Adha nanti..Apa macam malaun …. ,lagi pun tak lama dah kita akan sambut hari kemerdekaan seluruh umat islam sedunia.

Aku duk tunggu jugak sejak 2008 kot kot hang nak buat rumah terbukak sempena a'dil fitri yang barakah..Tak Dak Jugak!..Hang dah balun berbelas ribu sebulan ,apa cerita baruah UmporNo oiii? nak buat jamuan Teh 'O' dan dua tiga biji kuih raya tak boleh ka?


Bukan main sedap hang laa ni jadi DJ UMporNO konon hero islam nak menentang puak gereja macam brahim geli…piii laaaah mampoih…Kami dibawah punya susah payah nak bagi PKR menang di Parlimen Kulim/Bandar Baru..tup tup hang senang lenang jual agama masuk kedalam tong taik UMporNO..

Hang kena sedar laa sikit kami orang kampong tak akan HALALkan elaun hang duk makan tiap tiap bulan tu..Penipu melayu dan islam macam hang mana ada maruah..mentekedarah hasil keringat kerja buat orang kampong!


Lihatlah ribuan?? hadir mendengar pidato Zul Kulim..




Sumber gambar : Na'im Nikmat

Blog UMNO guna gambar juara catur serang anak Guan Eng, kata DAP

Posted: 19 Oct 2011 01:25 AM PDT

Buat malu bangsa saja pencacai UMNO ni!!



KUALA LUMPUR, 19 Okt — DAP hari ini mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim Guan Eng, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.


Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.

Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

Pemblog-pemblog pro-Umno termasuk ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) menunjukkan paparan skrin dari blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web www.chessbase.com.

"Papan catur telah dipadamkan. Tanpa ragu-ragu, ia menunjukkan bahawa dakwaan mereka tidak lain tidak bukan hanya satu pembohongan yang kejam," katanya.

"Mereka telah cuba untuk memfitnah anak lelaki Lim Guan Eng dan mengaibkan keluarganya dengan (menyebarkan) berita gangguan seks yang sengaja direka," kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Menurut laman web Wikipedia, Corke memenangi Kejuaraan Kebangsaan Hong Kong pada 2004, 2005, 2006 dan 2008. Dia merupakan juara kebangsaan paling muda.Semalam, Lim berkata keluargannya kesal dengan "pembohongan biadab" dibawa terhadap anak lelakinya oleh "pihak-pihak kejam yang pro-Umno" sambil merujuk kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.

"Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik," kata beliau.

Dalam kenyataan menggunakan nada yang keras, Ketua Menteri Pulau Pinang ini berkata anaknya terganggu dengan dakwaan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno dan tidak hadir di sekolah sejak beberapa hari lalu.

"Saya menggesa pihak-pihak pro-Umno yang kejam jangan mengganggu anak-anak saya yang kecil. Jika anda mahu menghabiskan saya, buat yang terburuk ke atas saya, biarkan anak-anak saya yang kecil," katanya lagi.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP menggesa kepimpinan Umno mengambil tindakan ke atas ahli-ahli partinya yang didapati menyebarkan khabar angin.

Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan susulan ke atas pihak-pihak berkenaan.

"Buat masa sekarang, saya dan isteri saya sedang berusaha untuk memulihkan anak kecil saya dan berdoa agar dia dapat kembali pulih daripada gangguan disebabkan oleh pihak-pihak kejam pro-Umno ini," katanya lagi.

Dalam penjelasannya, Pua juga menggesa Khairy agar menarik balik kenyataan sinisnya dan meminta maaf kepada Lim atas mesej yang dihantar menerusi Twitter.

"Sebagai model teladan kepada generasi muda rakyat Malaysia, dan yang mendakwa sebaagi teladan kepada politik baru, beliau harus memikul tanggungjawab," katanya lagi.

Beliau juga menuntut Umno mengambil tindakan disiplin ke atas ahli-ahlinya yang menyebarkan fitnah.


The Malaysian Insider

Nasi lauk ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom cuma RM4.00?

Posted: 18 Oct 2011 09:52 PM PDT



PERCAYAKAH ANDA?

Nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom yang dimakan Najib di Restoran Ukhwah di Lorong Medan Tuanku cuma berharga RM4.00


Menu Rakyat sedap, berkualiti




NAJIB Tun Razak bersama para pelanggan yang makan tengah hari menunjukkan isyarat 1Malaysia ketika berkunjung ke premis Program Menu Rakyat 1Malaysia di Restoran Ukhwah, Lorong Medan Tuanku, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) dan Yang Dipertua Ukhwah, Datuk Rahim Baba (dua, kanan). - BERNAMA


KUALA LUMPUR 18 Okt. — Datuk Seri Najib Tun Razak memuji makanan yang dijual di restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia sambil menyifatkannya sebagai sedap dan berkualiti.

Perdana Menteri menyatakan sedemikian selepas menikmati nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom di Restoran Ukhwah di Lorong Medan Tuanku di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengiringi Perdana Menteri, berkata, kunjungan Najib ke premis itu adalah untuk menikmati dan menilai sendiri kualiti makanan yang dijual kepada rakyat pada harga RM4 untuk makanan tengah hari dan RM2 untuk sarapan.

"Perdana Menteri datang semata-mata untuk makan. Beliau nak rasa sendiri makanan yang dimakan oleh rakyat," katanya kepada pemberita.

Ismail Sabri berkata kunjungan Najib juga membuktikan bahawa persepsi sesetengah pihak kononnya menu murah di premis atau restoran yang menyertai program anjuran kementerian itu tidak berkuliti, adalah tidak benar.

Katanya, kualiti makanan yang dijual di premis atau restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia adalah sama seperti makanan yang dijual di tempat lain dan kementerian sentiasa turun padang memantau keadaan agar aspek kualiti tidak diambil mudah.

"Saya rasa Perdana Menteri sangat gembira di mana hari ini, beliau dapat merasa sendiri apa yang rakyat rasa dan makan setiap hari dan ini menunjukkan beliau prihatin dengan apa yang dimakan dan dirasa rakyat," kata Ismail Sabri.

Program Menu Rakyat 1Malaysia dilancarkan pada 7 Julai lepas bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan harian rakyat.

Ismail Sabri berkata, program itu menerima sambutan amat menggalakkan dengan sasaran 1,000 kedai menjelang hujung tahun ini dicapai lebih awal kerana setakat ini 1,004 restoran sudah menyertai program itu.

Daripada jumlah itu, Perak mencatatkan jumlah terbanyak iaitu 152 diikuti Selangor (137), Terengganu (123), Kedah (104), Pahang (103), Sarawak (64), Pulau Pinang (61), Johor dan Sabah (52), Kuala Lumpur (46), Kelantan (41), Negeri Sembilan (34), Melaka (18), Perlis (12), Labuan (tiga) dan Putrajaya (dua).

Menurut Ismail Sabri, bagi kemudahan orang ramai, senarai kesemua restoran yang mengambil bahagian dalam program itu akan diiklankan di akhbar esok.

Beliau berkata, kementerian berharap lebih banyak restoran menyertai program itu yang mensyaratkan semua menu harus mempunyai kombinasi diet seimbang seperti nasi, lauk, sayur dan minuman. — BERNAMA

Laporan Audit Negara : Apa yang Najib mahu disembunyikan?

Posted: 18 Oct 2011 09:23 PM PDT


Kegagalan pihak kerajaan memberi penjelasan kenapa Laporan Ketua Audit Negara lewat dibentangkan di Parlimen kini bertukar menjadi skandal besar.


Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa apabila ditanya bilakah laporan tersebut akan dibentangkan di parlimen, seorang pegawai dari pejabat Ketua Audit Negara menjawab secara selamba bahawa laporan itu akan dibentangkan pada 1 Disember, hari terakhir sesi sidang parlimen kali ini.

Apabila seorang wartawan akhirnya berjaya menghubungi Timbalan Ketua Audit, beliau berkata beliau tidak perlu menjawab apa-apa soalan, termasuk bila laporan itu siap atau bila ianya akan dibentangkan di Parlimen. Beliau mencadangkan agar soalan seumpama itu diajukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Dan Nazri, yang bertanggungjawab tentang urusan parlimen, dilaporkan akhbar itu pada 10 Oktober sebagai berkata bahawa beliau tidak pasti bilakah laporan itu akan dibentangkan di Parlimen kerana tugas itu adalah tanggungjawab Kementerian Kewangan.

Nazri selanjutnya dilaporkan dalam internet pada 11 Oktober berkata bahawa beliau menjangka laporan itu akan dikeluarkan dua minggu setelah kabinet menelitinya dalam mesyuarat kabinet pada 14 Oktober.

Ahli Parlimen PKR-Sungai Petani, Johari Abdul memberikan jawapannya. Apabila disoal wartawan di parlimen pada 13 Oktober beliau memberitahu bahawa beliau sendiri telah menelefon pejabat Ketua Audit pada hari sebelumnya.

Beliau diberitahu bahawa laporan itu sudah siap lebih awal berbanding tahun lalu dan para pegawai tersebut merasa bangga kerana telah berjaya melaksanakan tugas itu (menyiapkan laporan itu) dengan lebih baik berbanding tahun lalu.

Malahan, para pegawai tersebut terkejut apabila diberitahu bahawa laporan itu tidak sampai di tangan ahli-ahli parlimen.

Sudah menjadi tradisi bahawa laporan Ketua Audit itu mesti sampai di tangan ahli-ahli parlimen pada tepat waktunya sebagai persediaan menghadapi pembahasan bajet tahunan.

Penangguhan yang sangat lama pada tahun ini (10 hari selepas belanjawan negara dibentangkan pada 7 Oktober), walaupun dikecam hebat oleh ahli-ahli parlimen pembangkang, adalah sesuatu yang luar biasa.

Daripada cakap-cakap mulut Nazri dan para pegawai Ketua Audit, tidak dapat disangsikan lagi bahawa laporan tahunan ini telah disembunyikan di mana-mana di antara pejabat Ketua Audit dan parlimen.

Institusi bebas

Mengganggu tugas Ketua Audit merupakan satu kesalahan di bawah perlembagaan kerana Ketua Audit adalah institusi yang bebas seperti mana tahap kebebasan yang dinikmati oleh pihak kehakiman dan suruhanjaya pilihan raya.

Selain daripada dilantik oleh Yang DiPertuan Agong, keraian dan terma-terma perkhidmatan Ketua Audit ditentukan oleh Parlimen.

Beliau tidak boleh dipecat daripada tugasnya melainkan melalui sebuah tribunal seperti mana yang dinikmati oleh para hakim (Artikel 105 Perlembagaan Persekutuan). Laporan-laporan Ketua Audit terus dikemukakan kepada Agong yang menentukan ianya dibentangkan di parlimen (Artikel 107).

Adalah jelas bahawa peruntukan yang begitu ketat ini di bawah perlembagaan bertujuan untuk memberi kebebasan kepada Ketua Audit untuk memastikan bahawa beliau boleh menjalankan tugas dengan bebas sebagai sebuah badan yang neutral untuk meneliti pengurusan kewangan kerajaan tanpa campurtangan dari Eksekutif.

Saluran komunikasi direka sedemikian rupa supaya ianya melangkaui pihak Eksekutif. Ianya dari Ketua Audit terus kepada Agong dan daripada Agong terus kepada Parlimen. Di sini jelas bahawa pihak Eksekutif tidak mempunyai peranan dalam merencana laporan-laporan Ketua Audit atau pembentangannya di Parlimen.

Makanya situasi ini amat membimbangkan apabila kita diberitahu bahawa laporan itu harus dibahas oleh kabinet dan bergantung kepada Kementerian Kewangan untuk mengeluarkannya.

Dengan pendedahan terbaru bahawa laporan itu hanya akan dikeluarkan pada hari terakhir sesi parlimen kali ini dan keengganan Timbalan Ketua Audit untuk memberi sebarang maklumat bermakna situasinya kini menjadi lebih jelas.

Ketua Audit yang dipuji pada masa lampau kerana menyediakan laporan penilaian yang bebas berhubung pengurusan kewangan kerajaan, telah menjadi mangsa terbaru kepada cengkaman tangan-tangan halus Barisan Nasional (BN) yang mencabul kebebasan hampir semua institusi di negara ini.

Untuk menyelamatkan institusi ini daripada cengkaman dan menjadi agensi yang berada di bawah kawalan BN, Ambrin Buang harus bangkit menyuarakan dengan berani.

Beliau mesti memberitahu rakyat bila dan kepada siapa beliau menyerahkan laporan tahunannya serta sama ada terdapat percubaan pihak Eksekutif untuk meminda isi kandungannya atau melengah-lengahkan pengeluaran laporan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjelaskan apakah tindakan yang diambil oleh Eksekutif berhubung laporan Ketua Audit itu.

Jika beliau gagal berbuat demikian maka ahli-ahli parlimen harus membawa usul untuk mendakwa Perdana Menteri atas sebab pecah amanah di bawah perlembagaan.


Free Malaysia Today

Mat Indon Mali (MiM).. Lu sebar fitnah ka?

Posted: 18 Oct 2011 08:00 PM PDT



Berikutan pendedahan bahawa ada anak seorang VVIP meraba buah dada rakan sekolahnya, beberapa blog pro-Umno dengan membabi buta membuat spekulasi bahawa identiti orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.


Dan amat malang dan lucu sekali, apabila Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian turut percaya dengan berita pembohongan tersebut.Macam mana seorang menteri begitu mudah percaya dengan spekulasi bodoh macam itu? Jelas, dia ni memang tidak patut jadi seorang menteri pun!Elok join Beraim Ali tidor kat Parlimen ajerrr!

Bukan saja Ahmad Maslan yang kurang bujak itu terpengaruh malah Ahli Parlimen Rembau iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut terpedaya.. hmm.. patutlah orang kata berkawan dengan orang bodoh lama-lama kita turut bodoh.. Khairy membuktikannya disini.





Beriya-iya benar blogger pencacai Umno memaparkan gambar budak-budak tersebut seperti diatas yang di mulakan oleh blogger ini di sini dan diikuti oleh yang lain- seperti di sini dan di sini .

Saya tidak pasti sama ada gambar budak lelaki tu benar anak LGE.Rakan-rakan lain tentu boleh tolong sahkan nanti.Tetapi gambar budak perempuan tu adalah dari gambar asalnya seperti dibawah:



Anda boleh tengok sendiri, budak ini tiada kaitan dengan isu tersebut.Klik SINI

Lim Guan Eng telah pun menafikan cerita merepek mereka.Tidak ada bukti yang kukuh seperti mana gerombolan itu nyatakan yang kononnya LGE cuba menutup isu tersebut dengan RM200ribu!




Kita minta Mat Indon Mali (blogger MiM) yang mendakwa dengan berkata, "Jangan risau! Bukti sudah ada dan jangan bimbang kesahihan cerita MiM !" supaya membuktikan kata-katanya itu.

Nampak sangat gerombolan pencacai Umno ini munafiq!

Sumber : Al Husseyn

MiM tauaMat Indon Mali dikatakan pendatang dari Indonesia, Ibu dan bapanya berasal dari Indonesia dan beliau bukan dilahirkan di Malaysia..

Adakah benar MiM itu Mat Indon Mali?? baca sedikit pendedahan oleh seorang sahabatnya yang mengenalinya semasa belajar dulu di SINI

Siasat dari mana sumber kekayaan pemimpin UMNO - Usul dari PKR Permatang Pauh

Posted: 18 Oct 2011 10:51 AM PDT


Pembentangan usul oleh Ketua Penerangan PKR Permatang Pauh pada MATC 16 Oct. 2011

Usulnya...

SIASAT DARI MANA PEMIMPIN – PEMIMPIN UMNO/BN MENDAPAT SUMBER UNTUK MEMBINA KEKAYAAN MEREKA.

Sebagai hamba Allah yang dilahirkan dibumi bertuah ini kita wajar memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah, kerana kita telah dilahirkan di sebuah negara yang mempunyai berbagai hasil bumi yang tidak dapat kita nafikan akan nilainya.


Di samping hasil petroleum dan gas yang berkualiti tinggi Negara kita juga dikurniakan Allah muka bumi yang subur sesuai untuk berbagai aktiviti pertanian yang tidak memungkinkan ada rakyat di Negara ini yang mati kebuluran kerana tidak makan.

Kita juga dikurniakan dengan Negara yang punya keadaan geografi yang strategic dan amat kurang dari bencana alam… syukur kepada Allah..

Namun begitu.. dalam limpahan kemewahan kurniaan Allah, kita masih melihat ada rakyat Negara kita yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..

Dalam limpahan kemewahan ini masih ada rakyat Negara kita yang terpaksa makan siput babi, mengutip pucuk-pucuk kayu, menangkap ikan-ikan darat sebagai sumber makanan dan tinggal dipondok-pondok berlantaikan buluh beratapkan rumbia bagi meneruskan sebuah kehidupan.

Dengan hasil bumi yang tidak ternilai itu secara logiknya Negara kita sewajarnya jauh lebih mewah dari negeri jiran di selatan Semenanjung iaitu Singapura yang tidak mempunyai sebarang hasil bumi.

Biarpun pada awal kemerdekaan Negara kita, pendapatan per kapita Negara adalah kedua tertinggi di Asia selepas Jepun,namun begitu kini pendapatan perkapita kita jauh ketinggalan jika masih mahu dibandingkan dengan Negara matahari terbit itu.

Hakikatnya kini setelah semakin jauh kita meninggalkan hari Negara kita merdeka dari penjajahan British, jiran kita Singapura yang asalnya sebahagian dari kita kini jauh meninggalkan kita, baik dari segi kemajuan mahupun pendapatan perkapita.

Pada tahun 2010 pendapatan per kapita bagi Singapura adalah USD43,324 lebih tinggi dari Negara Jepun yang mencatat pendapatan per kapita USD43,161 dan hanya USD8,519 bagi Negara kita.

Kenapa ini boleh berlaku? Kemana menghilang hasil mahsul Negara kita? Hasil mahsul yang sepetutnya membolehkan pendapatan per kapita kita jauh lebih baik dari Singapura yang keluar dari Malaysia pada tahun 1965?

Itu antara kita dan Negara jiran kita..

Dalam Negara pula kita menyaksikan jurang perbezaan pendapatan antara sesama kita semakin jauh berbeza dimana yang kaya bertambah kaya.. yang miskin papa kedana..

Walaupun setelah 54 tahun negara merdeka serta 48 tahun Malaysia dibentuk, negara ini masih terperangkap dalam keadaan di mana 60 peratus pendapatan isi rumah berada di bawah RM3,000 sebulan.

RM3,000 sebulan adalah satu angka yang diiktiraf sebagai miskin jika mereka tinggal dibandar-bandar oleh Kerajaan Malaysia.

Miskin yang bakal mendedahkan kita kepada pelbagai masaalah yang melibatkan pemakanan, pembelajaran dan juga kesihatan yang bakal menjuruskan kita kepada gejala sosial pula..

Antara yang kelihatan bertambah kaya hanyalah beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang berada dipuncak kuasa dan juga kroni-kroni disekeliling mereka.

Ada antara mereka yang setelah berkuasa mampu membina mahligai seumpama istana yang nilainya jutaan ringgit sedangkan jika dihimpunkan gaji mereka sepanjang berkuasa mustahil untuk mereka memilikinya.

Kereta kereta mewah disusun mereka di garaj seumpama pasu bunga..

Ada pula yang isterinya mampu memiliki cincin bernilai RM24 Juta, Gelang tangan bernilai RM1.65 Juta dan beg tangan pula mencecah ratusan ribu ringgit.. tak mungin dimiliki biarpun jika menabung sedari kecil..

Dengan kuasa ditangan mereka, mereka juga dilihat menguasai berbagai bagai perniagaan samada diatas nama mereka atau nama proksi mereka..

Ada yang dilaporkan menguasai Bank yang mempunyai 150 buah Cawangan di seluruh dunia, 59 diantara Cawangan tersebut berada di Indonesia.

Ada yang menguasai perniagaan dan hartanah diluar Negara baik di Kanada mahupun USA, malah FBI juga dilaporkan menyewa daripadanya..

Ada juga yang dilaporkan mampu membeli kediaman mewah di London dan Australia yang bernilai puluhan juta setelah berkuasa.

Mereka juga telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk menjarah hutan belantara, menarah bukit bukau memunggah keluar hasil Negara, seolah-olah milik Negara ini hak mereka.

Kita juga melihat tanah-tanah milik Negara dianugerahkan kepada sanak saudara dan juga kroni mereka biarpun mereka sedar ianya adalah milik Negara kita.

Malah setelah mereka berkuasa ada antara mereka dilaporkan telah menjual tanah milik Negara kepada kroni mereka dengan harga yang tidak masuk akal, terlalu murah jika dibandingkan dengan nilai pasaran.

Ketika kehidupan rakyat semakin terhimpit dengan kenaikkan harga barang kita melihat ada antara mereka atau isteri mereka masih mewah berbelanja seolah-olah merekalah raja..

Mereka menghabiskan berjuta wang Negara dalam setiap kali perjalanan keluar Negara tanpa memikirkan keperitan hidup rakyat sedangkan dalam masa yang sama, mereka mengingatkan rakyat agar berjimat cermat.

Malah dilaporkan juga mereka menyalahgunakan harta Negara untuk kepentingan peribadi mereka dalam lawatan yang disifatkan sebagai lawatan rasmi.

Apa yang disenaraikan tadi hanyalah sebahagian saja.. bayangkan berapa banyak ketirisan angkara penyelewengan mereka..

Tidakkah ini satu penyalahgunaan kuasa oleh mereka? Bukankah penyalahgunaan kuas itu merupakan satu jenayah?

Oleh itu… dengan ini diusulkan andaikata Pakatan Rakyat berjaya menguasai pentadbiran Negara, tubuhkan satu Suruhanjaya diraja bagi menyiasat dari mana sumber yang diperolehi oleh pemimpin-pemiimpin atau Menteri-menteri dari kerajaan Barisan Nasional untuk membina harta itu.

Bekukan segala harta mereka yang disyaki dan sekat perjalanan mereka keluar Negara sehingga siasatan terhadap mereka selesai.

Jika didapati benar mereka telah menyalahgunakan kuasa untuk membina harta, RAMPAS dan KEMBALIKAN harta kekayaan yang diperoleh secara haram oleh mereka kepada perbendaharaan Negara.

DEMI RAKYAT!! KEMBALIKAN HAK RAKYAT KEPADA RAKYAT!!

Tiada ulasan: