Ahad, 16 Oktober 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


TAKTIK KAMIKAZE DARI PRESIDEN GERAKAN JAGA JAGA

Posted: 16 Oct 2011 08:48 AM PDT

Presiden GERAKAN Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan beliau bersedia mengorbankan dirinya sendiri supaya parti itu dapat menyediakan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum depan.

koh tsu koonKatanya, beliau tidak akan memberitahu apa yang akan dilakukannya buat masa ini kerana beberapa perkara masih perlu disemak dan diselaraskan.

Bagaimanapun, ketika menyampaikan ucapan penggulungannya dalam persidang nasional GERAKAN di Kuala Lumpur hari ini, Koh berkata beliau boleh menjamin akan mengorbankan dirinya untuk parti.

Janji itu ekoran suara-suara cemas, antaranya Ketua Wanita GERAKAN Datuk Tan Lian Hoe yang semalam menggesa Koh tidak bertanding pada pilihan raya umum demi kepentingan parti.

Koh yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak mengesahkan atau menafikan kemungkinannya untuk bertanding lagi

HANYA BN MAMPU BELA NASIB RAKYAT

Posted: 16 Oct 2011 07:17 AM PDT

Seramai 35 bekas anggota PAS cawangan Kampung Baru Lembah Gula, Padang Sanai di Kuala Nerang menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Umno, hari ini.

Bekas anggota PAS itu adalah antara 65 orang yang menyerahkan borang keahlian baru untuk menyertai Umno di Kampung Baru Padang Chendering, Padang Sanai.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Ghazali Ibrahim yang menerima borang keahlian baru itu, berkata bekas anggota PAS itu menyertai Umno kerana mereka sedar hanya BN yang mampu membela nasib rakyat.

Sementara itu, bekas Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Baru Lembah Gula, Mat Jaya Putih, 53, berkata selama 12 tahun bersama PAS, beliau mendapati semua janji-janji yang dibuat parti itu tidak ditunaikan.

"Mereka sering menabur janji tetapi ia adalah janji-janji kosong yang hanya mahu mengaburi mata rakyat. Mereka janji nak selesaikan masalah tanah penduduk tapi sehingga sekarang ia tak pernah selesai malah menjadi semakin rumit," katanya yang dipecat pengerusi MKK tanpa sebab.

Seorang lagi anggota PAS iaitu Setiausaha MKK Kampung Lembah Gula Hamzah Lebai Saad, 62, berkata walaupun masih memegang jawatan setiausaha MKK, beliau tetap menyerahkan borang keahlian Umno kerana tidak tahan dengan pentadbiran PAS yang didakwa tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan.

- Bernama

UMNO PULAU PINANG TAKUT GERAKAN?

Posted: 16 Oct 2011 01:08 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.

NONE"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat," katanya selepas merasmikan persidang nasional parti GERAKAN hari ini.

Najib bagaimanapun menjelaskan, keputusan berkenaan hanya pendirian Umno dan masih perlu dibincangkan dalam BN.

"Tapi ianya tidak akan jadi calon (ketua menteri) Umno," katanya lagi.

Sementara itu, Najib turut ditanya berhubung kenyataan ketua wanita parti itu, Datuk Seri Tan Lian Hoe semalam yang dilaporkan mahu Koh meletakkan jawatan.

Tan menyatakan kebimbangan bahawa kedudukan Koh sebagai teraju utama parti itu akan menjejaskan peluang calon GERAKAN dalam pilihan raya akan datang.

"Apa pun, saya mempunyai hubungan kerja yang baik dengan Tan Sri Koh Tsu Koon dan kita telah berbincang apa yang patut dilakukan dan saya serahkan kepada beliau.

"Saya fikir dia tahu apa perkara yang perlu dilakukan," kata Najib lagi.

'Bersedia untuk keputusan perit'
Dalam ucapannya terdahulu, Najib berkata GERAKAN perlu bersedia untuk membuat keputusan perit dan mengemukakan diri mereka sebagai alternatif yang baik kepada rakyat negeri itu.

"Pelan alternatif untuk Pulau Pinang dan juga barisan pemimpin alternatif untuk Pulau Pinang juga mesti dipersembahkan kepada rakyat.

najib abdul razak"Setiap daripada kita mesti menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan sebahagian daripada masalah.

"Kalau kita buat perkara ini, saya tidak akan putus asa dengan Pulau Pinang," katanya yang turut berjanji untuk berlaku adil kepada pemimpin GERAKAN, Umno MCA, dan MIC di negeri itu dalam soal calon pilihan raya.

Katanya BN perlu membuat ubahsuai itu mengikut realiti serta kekuatan dan kelemahan diri mereka.

"Realiti politik adalah tentang nombor. Bila kita dah tahu ini, kita mesti buat kerja. Bila anda kata cakap serupa bikin, anda perlu turun ke bawah dan dapatkan sokongan... Tambah lagi pengundi.

"Kita nak parti GERAKAN kembali ke zaman kegemilangannya, tapi jangan terperangkap dengan nostalgia.

"Yang lepas itu lepaslah, apa yang berlaku sekarang adalah soal masa depan," katanya lagi.

BONGKAR DEDAH SEMUA PEMBOHONGAN PAKATAN RAKYAT

Posted: 15 Oct 2011 05:30 PM PDT

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn pada Sabtu menggesa pergerakan wanita parti itu supaya mendedahkan dan menyerang balas taktik kotor pembangkang untuk menipu rakyat.
Beliau berkata Wanita Gerakan juga perlu menjelaskan kepada orang ramai bahawa pembangkang tidak mampu menjadi parti alternatif yang boleh memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
"Wanita Gerakan perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh dipercayai dan kita tidak boleh menyerahkan nasib kita ke tangan mereka.
"Mereka (parti pembangkang) bekerjasama semata-mata kerana mereka benci kepada Barisan Nasional (BN), sedangkan anda dapat melihat mereka sentiasa berbeza sependapat tentang banyak isu, termasuk hukum Hudud," kata Chang ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Wanita Gerakan 2011 di Menara PGRM di sini.
Beliau berkata pembangkang sanggup melakukan apa saja untuk menyemai bibit kebencian terhadap BN dalam kalangan rakyat.
Sambil mengajak anggota Wanita Gerakan merenung semula kekalahan paling teruk dalam sejarah parti itu pada pilihan raya umum lepas, Chang menasihati mereka supaya mengambil iktibar daripada kesilapan lampau dan melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu serta kemahiran untuk menangkis propaganda pembangkang.
"Pada pilihan raya 2008, kita jadi mangsa, banyak isu kita tak balas balik kerana menyangka tidak ramai orang menggunakan Internet. Ternyata, kita silap. Kesilapan ini membawa padah besar kepada kita. Sekarang, kita kena balas balik serangan mereka.
"Cara mereka yang tidak bertanggungjawab itu perlu didedahkan dan dilawan. Semoga kali ini, kita tidak lagi menjadi mangsa perbuatan mereka yang tidak beretika," katanya. - BERNAMA

SAUDARA MARA PEMIMPIN PEMBANGKANG DAPAT MYKAD AKAN DIDEDAH

Posted: 15 Oct 2011 10:00 AM PDT

atuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mendedahkan segala-galanya tentang dakwaan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada penduduk asing kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Menurut menteri dalam negeri yang juga ahli parlimen Semberong itu, ada di kalangan saudara mara pemimpin-pemimpin parti pembangkang turut diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.
  
"Ada pemimpin-pemimpin daripada pihak parti pembangkang sendiri yang telah kita (kementerian) luluskan. Itu sahaja telah membuktikan bahawa kita tidak memilih bulu.

"Ini semua akan saya didedahkan pada Jawatankuasa itu," katanya kepada pemberita di Kluang hari ini.
  
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pengeluaran MyKad dengan Struktur Baru dan pengeluaran MyKad Satu Hari di Jabatan Pendaftaran Kluang di Bangunan Persekutuan di sini.
  
Pihak pembangkang sebelum ini menuduh kerajaan dan khususnya Kementerian Dalam Negeri memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
      
Menurutnya, kakitangan kementerian tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan.
  
"Ini semua adalah fakta. Saya tidak tahu siapa yang memohon, lebih-lebih lagi jika pemohon itu adalah cucu cicit, anak saudara (kepada sesiapa) atau apatah lagi mereka ini menyokong kerajaan atau tidak," katanya.
  
Hishammuddin berkata, dakwaan pembangkang baru-baru ini tentang pemberian kewarganegaraan kepada warga Bangladesh juga telah diberikan penjelasan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  
"Apabila Ketua Pengarah JPN (Datin Jariah Mohd Said) menjawab (dakwaan tentang isu warga Bangladesh itu), mereka (pembangkang) senyap," katanya dan menambah, pembangkang sering memperlekeh usaha KDN di atas pertimbangan
politik mereka.
  
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, sejak tujuh tahun lepas hanya 30 warga Bangladesh yang mendapat taraf kerakyatan Malaysia dan daripada bilangan itu hanya tujuh yang boleh mengundi.
  
"Daripada tujuh yang boleh mengundi, hanya empat yang mendaftar untuk menjadi pengundi," kata Hishammuddin.
  
- Bernama

Tiada ulasan: