Ahad, 16 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Adakah Ini Menteri yang dianugerahkan Projek Mega Bernilai RM250 Juta itu?

Posted: 16 Oct 2011 07:30 AM PDT



Isu yang dibangkitkan dalam artikel kali ini adalah masalah legasi. Contohnya, kalau disemak semula pengagihan Tabung Makanan di bawah RMK9 yang berjumlah RM2 billion. Persoalannya sekarang, kenapa kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM250 juta kepada satu syarikat milik anak dan suami menteri seperti yang disebut dibawah ini?


Kalaulah RM250 juta ini diagihkan dengan lebih telus kepada 1,000 orang usahawan contohnya kesan gandaan kepada ekonomi setempat, peluang pekerjaan dan limpahan kesejahteraan yang lebih meluas kepada rakyat terbanyak. Akhirnya, ramai rakyat yang mendapat "manfaatnya". Bukannya tertumpu di tangan mereka yang sudah kaya dan berkedudukan. Mana yang lebih baik?

Ada sebuah projek mega yang melibatkan sebuah syarikat yang berkepentingan telah dibangkitkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara program yang diumumkan perdana menteri dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, tetapi tidak membawa sebarang hasil.

"Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet perdana menteri," katanya. Anwar berkata, soalan itu sudah dibangkitkannya sejak tahun lepas tetapi tidak pernah dijawab oleh perdana menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab.

Sedangkan, tambahnya, jumlah peruntukan itu sama dengan potongan subsidi gula yang ditanggung rakyat - Malaysiakini

Yang pastinya menteri tersebut adalah menteri wanita. Jadi siapakah menteri wanita yang telah dibangkitkan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini? Kalau dalam senaraian kabinet Malaysia nak senaraikan menteri-menteri wanita yang ada tidaklah susah mana pun.

Menteri wanita dalam kabinet Malaysia sekarang ini pun tidak ramai. Antaranya ialah :

-Datuk Seri Sharizat Jalil (Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
-Datin Paduka Chew Mei Fun (Timb.Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat)
-Datuk Maznah Mazlan (Timbalan Menteri Sumber Manusia)
-Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan)
-Datuk Rohani Abdul Karim (Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Industri)
-Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)
-Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Pendedahan seterusnya sila baca di SINI

DAP Perak tidak bimbang isu hudud..

Posted: 16 Oct 2011 12:03 AM PDT

PETALING JAYA: Isu hudud yang menjadi kontroversi di media sekarang tidak menjadi faktor penentu dan membimbangkan DAP Perak untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Ketua DAP Perak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan Ngeh Koo Ham ketika dihubungi yakin pengundi Melayu lebih cenderung menyokong DAP yang sanggup berbincang dengan PAS meskipun berbeza pendirian.


"DAP sanggup mendengar penjelasan PAS cuma DAP berbeza pendirian atas dasar keadilan," terang beliau yang juga ahli parlimen Beruas.

Kata beliau, pendirian Barisan Nasional (BN) tentang isu hudud ini pula sangat berbeza menyebabkan orang Melayu Perak merasa kurang senang dan akan menolak mereka dalam PRU 13 nanti.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan manakala MCA mengugut akan keluar dari BN," jelas Ngeh.

Isu hudud hangat diperkatakan sejak bulan lepas apabila Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merangkap Menteri Besar Kelantan mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan apabila ia dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat pada penghujung bulan lepas memutuskan bahawa hudud tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapatkan konsensus dari parti komponen Pakatan Rakyat – PKR, DAP dan PAS.

Pembahagian kerusi selesai

Dalam perkembangan berkaitan, Ngeh mengakui bahawa pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di Perak untuk PRU 13 telah pun selesai.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan butiran mengenai pembahagian kerusi itu.

"Ini adalah sebahagian daripada strategi kami di Pakatan Rakyat. Politik adalah seperti permainan catur dan kami tidak mahu beri kelebihan kepada BN," jelas beliau.

Ngeh turut mendakwa bahawa Pakatan Rakyat tidak akan mendedahkan strategi mereka kerana sudah ada usaha merosakkan nama baik Adun Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga bekas menteri besar.

Ketika ditanya berkenaan calon Melayu untuk DAP, Ngeh berkata Pakatan Rakyat Perak telah membuktikan bahawa politik mereka melangkaui batas kaum.

"Dalam Pakatan Rakyat, calon Cina akan bantu Melayu dan India dan begitulah sebaliknya. Kita akan lebih bersatu. Perbezaan di dalam pelaksanaan dasar umpamanya akan berdasarkan keperluan," kata Ngeh.

Ngeh turut ditanya berkenaan trend pengundi terhadap DAP khususnya dan Pakatan Rakyat secara amnya.

"Pengundi bandar dan mereka yang membaca berita alternatif lebih cenderung menyokong DAP dan Pakatan Rakyat manakala penduduk luar bandar yang hanya mendapat berita media arus perdana dan mendapatkan segala yang dipinta cenderung mengundi BN.

"Masalahnya mereka tidak faham bahawa apa yang mereka perolehi itu datang dengan kos rasuah yang tinggi," kata Ngeh.


Free Malaysia Today

Najib sahkan UMNO Pulau Pinang hanya kuda tunggangan Gerakan.

Posted: 15 Oct 2011 11:32 PM PDT

"UMNO tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain," kata Najib.

Kenyataan Najib itu membuktikan bahawa UMNO Pulau Pinang sekali lagi bersedia menjadi kuda tunggangan kepada Gerakan dan MCA di Pulau Pinang jika mereka boleh menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.


Oleh itu mana-mana pemimpin dari UMNO Pulau Pinang yang kini sedang bermimpi untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.. teruskanlah bermimpi!!

********************

Najib: Umno tidak akan tuntut teraju negeri jika BN rampas balik Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Datuk Seri Najib Razak memberi Gerakan jaminan bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pualu Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

"Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain," kata Perdana Menteri ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi BN berkata Gerakan mesti bekerja keras untuk mendapatkan negeri itu daripada DAP dan bersedia untuk membuat pengubahsuaian kepada sistem peruntukan kerusi demi perikatan yang lebih kukuh.

"Setiap daripada kita mesti menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan menjadi sebahagian daripada masalah," kata beliau.

Najib yang juga Presiden Umno berkata beliau telah membincangkan perkara ini dengan Umno Pulau Pinang dan kepimpinan parti negeri itu telah bersetuju bahawa ia tidak akan menuntut kepimpinan kerusi ketua menteri.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata, BN kini meneliti butiran perubahan-perubahan dalam soal peruntukan kerusi, tetapi menekankan bahawa ia akan membabitkan penambahbaikan di sana sini dan bukannya perubahan secara menyeluruh sistem.

"Kami merupakan sebuah keluarga yang besar, jadi akan lebih kompleks apabila hendak membuat keputusan berkaitan sesebuah kawasan," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kepimpinan negeri akan kekal dengan Gerakan, Najib memberitahu, BN masih membincangkan perkara tersebut, tetapi mengulangi Umno akan menuntut kedudukan itu.

Pemimpin Gerakan mengetuai Pulau Pinang selama 39 tahun tetapi negeri itu jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Perkembangan itu membawa kepada gesaan daripada pemimpin-pemimpin Umno pada September tahun lalu agar Gerakan menyerahkan kerusi-kerusi yang ia kalah kepada Umno atas alasan parti teras BN itu mempunyai peluang lebih baik untuk menang.


The Malaysian Insider

Pelaksanaan Cukai Keuntungan Hartanah: Langkah bodoh pentadbiran Najib?

Posted: 15 Oct 2011 07:26 PM PDT

Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) mendakwa perdana menteri telah bertindak dengan "tidak bijak" dalam soal pelaksanaan cukai keuntungan hartanah (RPGT) memandangkan kadar baru yang diumumkan menerusi Bajet 2012 itu hanya akan menyebabkan harga hartanah terus naik.

Setiausaha Agung HBA Chang Kim Loong berkata, ini kerana kadar yang telah dikaji semula itu hanya mempunyai impak kecil ke atas spekulator jangka pendek yang mengharapkan keuntungan, sebaliknya akan mengakibatkan kenaikan dalam pelaburan hartanah bersifat spekulatif.


Katanya, Persatuan Pemaju-pemaju Hartanah (Redha) menyambut baik kenaikan RPGT daripada lima kepada 10 peratus bagi rumah-rumah yang dijual dalam tempoh dua tahun selepas dibeli, tetapi menegaskan pendekatan baru ini tidak bermakna ke atas spekulator jangka pendek yang mahu mendapatkan keuntungan.

Chang memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah betul dalam memastikan setiap rakyat boleh memiliki rumah, tetapi kelihatan beliau juga mendengar input daripada kumpulan-kumpulan perniagaan yang mempunyai kepentinagn dan agenda sendiri.

Dalam satu kenyataan kepada media semalam, kata Chang, adalah sesuatu yang malang apabila perdana menteri tidak diberi nasihat yang betul mengenai situasi yang sebenar.

"Justeru kata beliau, rakyat pula boleh menjangkakan kenaikan dalam pelaburan hartanah spekulatif, yang akhirnya akan menaikkan lagi harga.

Chang berkata hartanah biasanya tidak dibenar untuk dijual ketika masih dibina, yang mengambil masa antara dua hingga tiga tahun, dan oleh itu, menaikkan RPGT daripada lima kepada 10 peratus adalah sesuatu yang tidak bermakna.

Katanya, jika pentadbiran Najib mahu mengawal spekulasi, kadar yang diumumkannya perlu dikaji semula.

Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kadar tetap RPGT yang rendah iaitu lima peratus didapati tidak begitu berkesan untuk membendung aktiviti spekulasi dalam pasaran hartanah yang mana jika tidak dikawal akan memberi tekanan kepada harga hartanah.

"Situasi ini dalam jangka masa panjang akan menjejaskan kemampuan golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.

"Bagi menangani masalah ini, kerajaan mencadangkan kadar RPGT dikaji semula," kata Najib'.

Bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga dua tahun, kadar RPGT adalah 10 peratus manakala hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun, kadar lima peratus dikekalkan.

"Bagi hartanah yang dilupuskan selepas lima tahun pula, RPGT tidak dikenakan. Saya yakin, kadar RPGT yang masih rendah ini tidak menjejaskan pemilik hartanah tulin dan sekali gus dapat mengawal aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah," katanya.

Semalam, Najib melancarkan eksesais pengundian pertama Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Kompleks Kejiranan, Precinct 11, Putrajaya.

Sejumlah 560 unit rumah mampu milik telah mencatatkan lebihan langganan 13 kali dengan lebih 7,000 permohonan diterima, yang mana 84 peratus ialah pembeli rumah kali pertama.

*******************

Ulasan oleh Jalan Pulang

Memang sah Bajet 2012 Najib Altantuya penuh dengan unsur-unsur penipuan kah kah kah...

Sudahlah Dewan Rakyat bersidang dalam keadaan laporan Ketua Audit Negara disorokkan walhal dah lama siap kata ketuanya Ambrin Buang, sekarang satu lagi tembelang Najib Altantuya dikantoikan kah kah kah...

Kunun nak kawal spekulasi harga rumah, tapi sebenarnya menipu rakyat yang nakkan rumah dan bukannya yang jual beli rumah nak buat untung kah kah kah...

Sebab tu kadar pinjaman rumah yang dibenarkan naik dari RM220 ribu jadi RM400 ribu kah kah kah...

Maknanya jika kadar faedah (bunga) sekitar 4.75 peratus pun dengan BLR sekarang 6.3 peratus, untuk beli rumah yang harganya RM400 ribu, pembeli kena bayar sampai RM2,086 sebulan sampai 30 tahun kah kah kah...

Syarat bank pulak, kalau pendapatan kurang 1/3 dari bayaran bulanan, bank tak boleh bagi pembeli beli rumah kah kah kah...

Sudahlah kena bayar deposit 10 peratus, mana nak cekau kah kah kah...

Jadi macam mana nak beli rumah kalau gaji pun setakat RM3,000 kah kah kah...

Siapa yang ada duit boleh la buat pembelian spekulatif yang memang sengaja buat untung naikkan harga masa rumah tengah buat dalam 2-3 tahun kah kah kah...

Maknanya tak ada pembeli golongan sederhana dan rendah yang mampu beli rumah sebab Najib Altantuya buat dasar macam tu kah kah kah...

Nampak tak Najib Altantuya menipu 1Malaysia kah kah kah...

Kalau tak paham jugak cuba tanya orang jual rumah berapa harga rumah sekarang, gila ke tak kah kah kah...

Jalan Pulang

Tiada ulasan: