Ahad, 2 Oktober 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Ketidakhadiran Karpal timbulkan persoalan

Posted: 01 Oct 2011 08:49 PM PDT

Dewan Milenium di Kepala Batas seolah-olah berpesta malam semalam apabila ribuan orang membanjirinya bagi menyambut majlis ulang tahun ke-60 PAS.

Pas 60th anniversary at kepala batas, penangJumlah hadirin terus bertamabah dan ketika Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan amanatnya, diianggarkan tidaak kurang 10,000 yang hadir.

Bangunan tiga tingkat tempat majlis ini diadakan sesak, ratusan lagi duduk di atas lantai beralaskan tikar dengan membawa anak-anak termasuk yang masih bayi bersama.

Ucapan Nik Aziz banyak berkisar tentang agama tetapi diselitkan juga dengan anekdot, lawak jenaka dan kias yang terus memikat pendengar sambil disambut gelak ketawa, walaupun mesejnya serius.

Turut hadir pada majlis yang berlangsung hampir tiga jam itu adalah kepimpinan tertinggi PAS termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pas 60th anniversary at kepala batas, penangLim terpaksa mengundurkan dirinya dari majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 1,500 penyokong DAP yang bertujuan memgumpulkan dana oleh DAP Bukit di Tanjung Tokong, dan bergegas sisebalik kesesakan lalu lintas di pulau itu untuk tiba di Kepala Batas pada kira-kira jam 11 malam bagi menyaksikan majlis penutup sekutunya PAS.

Walau bagaimanapun, paling ketara yang tidak hadir pada malam itu adalah pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh.

Diminta menjelaskan ketidakhadiran Karpal, timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu berkata beliau tidak tahu sebab sebenar.

NONEKatanya, tidak mungkin bahawa Karpal tidak dijemput kerana gambarnya juga tertera di kain rentang yang mempromosikan acara itu di seluruh bandar.

"Ini mungkin salah faham, mungkin pejabatnya tidak mendapat surat jemputan, ataupun mungkin dia tidak sihat ... lagipun dia terpaksa gunakan kerusi roda," kata pemimpin PAS itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Apabila diasak wartawan, sekiranya ketidak-hadiran Karpal ada kaitan dengan kontroversi baru-baru ini berhubung desakan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, Mat Sabu berkata "Tidak... tidak".

Ketika ditemui, ahli jawatankuasa PAS pusat Mujahid Yusof Rawa juga berkata beliau tidak mengetahui sebab-sebab Karpal tidak hadir pada majlis PAS itu.

Malah, Lim berkata beliau akan berhubung dengan hari ini, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mengapa Karpal tidak hadir.

"Saya akan menelefon dia, saya akan telefon dia ... Jika saya ada kerja yang perlu dilakukan, saya juga tidak dapat hadir," katanya kepada pemberita yang terus menyerbunya untuk mendapatkan jawapan selepas ceramah itu berakhir.

ADUN DAP dakwa ditawar RM150,000 lompat parti

Posted: 01 Oct 2011 09:41 AM PDT

ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebasd.

Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.
Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.

Gwee mendedahkan trankrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi.

Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.

Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.
Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.

dap pc 011011 01"Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami
berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ...

"Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat air mata.


[Baca berita penuh]

Tiada ulasan: