Ahad, 23 Oktober 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Lihat gambar cara Bayi digugurkan ..jijik sekali

Posted: 23 Oct 2011 08:17 AM PDT




Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama
Samuel Alexander Armas.
Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner.
Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama "spina bifida", dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum
dilahirkan ke dunia ini.

Marco Simoncelli Penunggang Honda Mati Dalam Kemalangan Di Litar Sepang

Posted: 23 Oct 2011 06:30 AM PDT


TERKINI: Sepang - Penunggang Honda, Marco Simoncelli(gambar kecil)dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.

Ia adalah kecelakaan besar menimpa MotoGP Malaysia di litar Sepang petang ini. Pada lap kedua penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terjatuh dan kepalanya dilanggar oleh dua pelumba lain Colin Edwards serta Valentino Rossi. Penunggang Honda itu dilaporkan meninggal dunia.

Aziz Bari 'WARNING' Mahathir, Utusan dan YB Katak

Posted: 23 Oct 2011 04:50 AM PDT


NONEProfessor Aziz Bari terus menunjukkan belangnya dengan memberi amaran kepada tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dua entiti lain itu adalah Utusan Malaysia dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin.

Notis itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

Saya menyokong ketegasan Aziz Bari dalam hal ini bagi menggambarkan keseriusan beliau bahawa semua tuduhan yang dilemparkan kepada beliau adalah fitnah semata-mata.

Lebih manis lagi Aziz Bari jelas mendapat sokongan padu dari pelajar-pelajar UIAM dan kakitangan UIAM sendiri. Cuma pentadbir UIAM kaki bodek dan Umno sahaja yang bermusuh dengan Aziz Bari.

Tiada ulasan: