Rabu, 26 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Jom Pakat Gelak Kat Perkasa Sambil Kata Poodah..

Posted: 25 Oct 2011 11:31 PM PDT

PERKASA tak undi calon guris perasaan Melayu

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi amaran bahawa anggota pertubuhan itu tidak akan memberi sokongan kepada wakil rakyat tertentu yang dianggap sering membuat kenyataan mengguris perasaan golongan Melayu.

Katanya, PERKASA boleh berbuat demikian dengan mudah melalui kiriman SMS kepada ahlinya yang memberi arahan untuk tidak mengundi calon tertentu.

Ditanya, beliau berkata wakil rakyat yang diperhatikan itu bukan sahaja dari kalangan Pakatan Rakyat.


"Jadi pihak yang mahu sokongan PERKASA itu hendaklah dapat mendekati kita," katanya lagi dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di perhimpunan agung pertubuhan itu di Setiawangsa hari ini.

Ibrahim juga yakin PERKASA akan berjaya menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang apabila keanggotaan pertubuhan itu dijangka mencecah 500,000 orang.

Nurul Izzah: Demi Rakyat, Selamatkan Malaysia

Posted: 25 Oct 2011 09:42 PM PDT




Jual pulau: Pemuda PAS Sabah cabar Musa Aman

Posted: 25 Oct 2011 09:01 PM PDT

KOTA KINABALU, 26 Okt: "Jika benar Musa Aman orang Sabah, maka beliau dicabar memberi penjelasan terbaik buat warga Sabah," itulah cabaran Pemuda PAS Sabah kepada kerajaan negeri khususnya Keyua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam menangani isu berhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual oleh sebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu (gambar) berkata, PAS mengambil pendirian serius berhubung isu berkenaan memandangkan ianya berkait mengenai kedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah pada masa kini dan akan datang.

"Kenapa pulau ini menjadi bahan dagangan, sedangkan ianya khazanah berharga kepada sesebuah negeri?" soalnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, semalam.


Kata Lahirul, PAS memberi tempoh tujuh hari untuk memberi peluang kepada Ketua Menteri itu bagi menjawab semua persoalan dan isu berhubung penjualan pulau tersebut.

"PAS juga akan membawa isu ini kepada kementerian yang bertanggungjawab serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen," ujarnya.

Tambahnya, kempen "Selamatkan Pulau-Pulau Sabah" yang dilancarkan pada 16 Oktober lalu akan diteruskan ke seluruh Malaysia dengan kerjasama bersama Pemuda PAS Malaysia.

"DPPNS menyeru agar masyarakat turut sama beramai-ramai membantah aktiviti penjualan khazanah negara ini dengan menandatangani petisyen secara online di laman http://www.thepetitionsite.com/1/save-sabahs-islands," jelasnya.

Kempen mengumpul tandatangan sedang giat diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruh Sabah yang kini telah digerakkan oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.

Beliau juga mendakwa, isu tanah di Sabah terutama di kawasan pedalaman yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sebagai punca ketirisan kepimpinan kerajaan pimpinan Musa Aman dalam mentadbir Sabah dengan baik.

Sebaliknya, beliau menganggap sekiranya kerajaan Sabah telus dan ikhlas memperjuangkan hak rakyat, maka golongan muda juga seharusnya diberikan hak pemilikan tanah.

Dalam sidang media itu juga, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mohd Zulfikar Abd. Mijan pula menempelak Musa Aman yang jangan hanya pandai memerintah tetapi memekakkan telinga apabila berhadapan isu kedaulatan.

"Jangan tahu perintah saja, tapi orang jual pulau dia buat-buat tidak tahu," sinisnya.

Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan kepimpinan Pemuda PAS Sabah.

Audit - Lemah Dan Memalukan Negara

Posted: 25 Oct 2011 08:20 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Okt ― Pendedahan kelemahan dan pengurusan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kelmarin, adalah satu perkembangan mengaibkan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sungguhpun (Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Razak) mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi," kata Anwar (gambar).

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri, kata beliau dalam satu kenyataan.


Anwar berkata Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala perubahan dan setiap reformasi sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia.

Justeru, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menambah, tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan.

Laporan Ketua Audit Negara meneruskan tradisi dengan mengetengahkan pelbagai kelemahan ― lebihan perbelanjaan, projek gagal dilaksanakan, pengurniaan projek tanpa melalui tender dan ketiadaan penyenggaraan sewajarnya termasuk ke atas Stadium Nasional dan Stadium Putra di Bukit Jalil.

Anwar, bekas menteri kewangan berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40 Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat kelmarin.

Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

Anwar juga berkata kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara pada 8 Julai dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun.

"Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecuali lah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat," katanya.

Di sebalik kelewatan itu kata beliau, hasil penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 kementerian dan jabatan-jabatan persekutuan dan pengurusan tuju syarikat kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti dan projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti dan projek.

"Mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti atau projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin," katanya.

Menurut Anwar, antara projek dan aktiviti tersebut adalah:

― Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4 peratus daripada pencapaian objektifnya.

― Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi. Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri.

― Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan. Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh tiga syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd.

Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326km dan telah meningkat kepada 1,566km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010.

― Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan merangsangkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat.

Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion. Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 kementerian/jabatan/skim untuk melaksanakan 51,560 projek.

Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3 peratus) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4 peratus) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap sembilan program di enam kementerian/jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah.

Aziz Bari: Audit negara salah libatkan kabinet

Posted: 25 Oct 2011 06:54 PM PDT

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, tindakan melibatkan kabinet dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) merupakan kesalahan dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Katanya, Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan menyebut LKAN perlu disediakan oleh ketua audit negara dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

"Perkara ini salah dan saya percaya boleh dibawa ke mahkamah. Dalam perlembagaan, di mana ada kabinet disebut (terlibat)? Lagi pun, kabinet sebahagian daripada player," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.


"Secara logiknya juga, kalau bentang pada kabinet, buat apa perlu ada (jawatan) ketua audit negara."

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada 21 Oktober lalu menjelaskan, sejak 1982, LKAN dimaklumkan kepada kabinet sebelum dibentangkan supaya kerajaan dapat mengetahui isu yang dibangkitkan dan bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan.

Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat baru-baru ini mempersoalkan ketiadaan laporan itu semasa pembentangan Belanjawan 2012, antaranya anggota parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang mahu perdana menteri menjelaskan kelewatan itu.

Amat misteri

Liew yang juga anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP berkata, beliau tidak mempersoalkan amalan itu tetapi menjadi tanggungjawab kabinet memutuskan bila ia patut dibentangkan.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Aziz berkata, walaupun perlembagaan tidak menyatakan tempoh tertentu untuk LKAN dibentangkan di parlimen, tetapi demi menjaga integritinya, Jabatan Audit Negara patut melakukannya segera.

"Jadi, ketua audit negara mesti jelaskan kenapa lambat," katanya sambil menegaskan kedudukan tinggi ketua audit negara yang dilantik Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja itu.

Aziz menjelaskan, proses untuk laporan itu sampai ke Dewan Rakyat tidak memerlukan masa yang lama kerana baginda tidak perlu menyemak apa-apa kerana ia melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Setakat ini, tambahnya, kelewatan itu masih "amat misteri".

Ditanya tentang gesaan Liew kepada perdana menteri, Aziz berkata kenyataan itu mungkin dibuat dalam konteks yang lain.

"Kalau perdana menteri (kena) perjelas, saya kira tidak betul," katanya lagi.

KEMAS Akui Kelalaian Punca Makanan Disimpan Bersebelahan Bahan Kimia

Posted: 25 Oct 2011 06:51 PM PDT

Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia (KEMAS) menjelaskan tindakan tabika KEMAS menyimpan makanan kering dalam bilik air dan bersebelahan dengan bahan kimia berlaku disebabkan faktor "kelalaian individu".

Ketua pengarahnya Datuk Abdul Puhat Mat Nayan berkata, tidak semua tabika KEMAS mempunyai ruang stor kerana ada pusat pengajian awal itu berada di bangunan menumpang serta menyewa dan tidak dilengkapi kemudahan stor.

"Hanya bangunan baru sahaja yang dilengkapi dengan ruang stor penyimpanan.


"Penyimpanan makanan kering bersebelahan dengan bahan kimia seperti cat disebabkan oleh faktor kelalaian individu," kata Abdul Puhat.

Laporan Ketua Audit Negara dalam laporan tahunan 2010 menyatakan, sebuah tadika KEMAS didapati menyimpan bahan kering makanan di bilik air, dan ada yang disimpan dalam laci, bekas tong dan stor barangan yang tidak selamat, sesuai dan diuruskan dengan baik.

Dalam kenyataannya semalam, Abdul Puhat berkata, ibu pejabat KEMAS telah menyediakan peruntukan untuk pembelian rak atau perabot bagi menyimpan bekalan makanan basah kering di tabika kendaliannya.

"Bahan-bahan kimia seperti cat dan sebagainya telah dibuang serta dibersihkan daripada tabika berkenaan dan surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada pegawai yang terlibat supaya tidak berlaku lagi kes yang sedemikian," katanya.

Keluarga Shahrizat Gagal Urus Projek Daging Lembu Yang Menelan RM275 Juta Wang Rakyat

Posted: 25 Oct 2011 05:57 AM PDT


PETALING JAYA 25 OKT : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjawab kegagalan syarikat keluarganya mencapai kuota pembekalan daging lembu ke pasaran tempatan mekipun setelah menelan lebih RM275 juta wang rakyat.

Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) itu diberi geran RM25 juta dan suntikan dana RM250 juta lagi bagi memenuhi 40% dari permintaan domestik, bersamaan 97,414 tan setahun, kata Ketua PKR Zuraida Kamaruddin.

Namun selepas lima tahun berlalu, syarikat yang dimiliki oleh suami dan anak-anak ketua Wanita Umno itu hanya membekalkan 161 tan sahaja setahun.


Zuraida berkata siasatan yang dijalankan oleh Adun Sikamat Aminuddin Harun dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendapati wang rakyat telah dilaburkan secara sia-sia keatas syarikat itu.

"Sehingga kini, komponen-komponen operasi yang lain yang diamanahkan kepada syarikat milik suami dan anak-anak Dato' Seri Shahrizat Jalil masih belum dilaksanakan walaupun mendapat peruntukan besar," tegas Zuraida dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Selain dari aktiviti mengimpot lembu, syarikat tersebut juga dilantik kerajaan untuk :

* membangunkan penternak kecil melalui konsep "penternakan satelit" untuk menggandakan pengeluaran lembu
* Membangunkan makanan lembu berkualiti
* Membangunkan baja dari operasi penternakan lembu

Isu kini timbul dikala Ketua Audit Negara melaporkan pembaziran melampau berlaku di sembilan kementerian dan agensi kerajaan.

Jawatankuasa Kira-Kira Awam dijangka memulakan siasatan keatas National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

"Ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan,"tambah Zuraida.

Beliau berkata projek itu dianugerahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Shahrizat semasa beliau memegang portfolia Menteri
Pertanian dan Agro Industri.

Turut dianugerahkan adalah tanah ladang seluas 5,000 ekar di Gemas,Negeri Sembilan.

"Projek ini dilancarkan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kepada kenaikan harga barang makanan," jelas Zuraida.

"Walau bagaimana pun, sebahagian besar dari peruntukan kepada projek-projek pertanian dan makanan untuk mengurangkan pergantungan import tidak sampai dan diselewengkan sehingga mengakibatkan import makanan mencecah RM30 bilion setahun sehingga akhir 2010," jelasnya lagi - TVS News


Hantu Raya - PKR Memang Bodoh Dan Sengaja Cari Penyakit

Posted: 25 Oct 2011 05:38 AM PDT

Bersihkan parti dari 'hantu raya'

'Hantu raya' atau individu tersebut pernah menjadi perutusan Umno dan bertemu dengan beberapa calon PKR untuk mempengaruhi calon PKR tersebut menarik diri.

REMBAU – Kepimpinan PKR harus bersih dari kehadiran 'hantu raya' yang boleh menggugat kestabilan parti, kata Setiausaha PKR Cabang Rembau, Norazizi Abdul Aziz.

Beliau berkata, ini ialah kerana masih ada 'hantu raya' yang menghuni dalam kepimpinan PKR termasuk dalam PKR Negeri Sembilan.

Menurutnya, 'hantu raya' atau individu tersebut pernah menjadi perutusan Umno dan bertemu dengan beberapa calon PKR untuk mempengaruhi calon PKR tersebut menarik diri dan memberi kemenangan percuma kepada calon Umno ketika Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008".


Norazizi berkata beliau pelik walaupun calon-calon PKR tersebut telah mendedahkan nama pemimpin yang cuba menjadi orang tengah Umno dan isu tersebut di bawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN). Tetapi kepimpinan PKR Negeri Sembilan tidak mengambil sebarang tindakan malah melantik semula individu tersebut dengan jawatan tinggi dalam MPN.

"Dua orang yang telah membuat pengakuan bahawa mereka ditemui individu tersebut ialah calon Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin dan calon Dewan Undangan Negeri Sikamat, Aminuddin Harun," katanya.

Katanya, adalah diyakini individu tersebut berjaya menyusup masuk dan kini mendapat kepercayaan dalam MPN Negeri Sembilan dan sedang mempersiap diri sebagai calon.

"Justeru itu saya telah membentangkan usul ini di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Rembau minggu lepas agar parti harus dibersihkan daripada ancaman individu-individu yang boleh menggugat parti dan usul ini telah diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat tersebut.

"Secara terus terang saya berasa gusar kerana kemungkinan peristiwa di Perak akan berulang jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri dan ianya mungkin dengan kelebihan majoriti tipis sahaja", jelas Norazizi.

Norazizi menambah PKR harus belajar dari sejarah pengkhianatan di Perak yang akhirnya rakyat hilang kepercayaan kepada PKR dan berlaku krisis kepercayaan (crisis of confidence).

Untuk rekod Badrul Hisham kalah kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan perbezaan 5,746 undi manakala Aminuddin pula menumpaskan 'orang kuat' Umno Sikamat, Mohd Yusop Harmain Shah dengan majoriti 499 undi.-fmt

Audit Negara Akui Pengurusan Ekonomi Selangor Terbaik

Posted: 25 Oct 2011 05:18 AM PDT

Penyata Kewangan Kerajaan Selangor Meningkat 20.2 Peratus

SHAH ALAM 25 OKT : Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan keadaan kewangan Kerajaan Negeri Selangor tahun lepas bertambah baik berbanding tahun 2009 di mana ia mencatatkan penambahan sebanyak 20.2 peratus.

Kedudukan kewangan ini disifatkan sebagai memuaskan dengan menyaksikan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta atau 20.2 peratus kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,319.97 juta pada tahun 2009.

Kumpulan Wang Disatukan bermaksud segala hasil dan wang yang diterima oleh negeri dan kumpulkan menjadi satu "kumpulan wang". Hasil ini tidak termasuk dari sumber Zakat, Fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang lain.


Perkara ini termaktub di dalam Perkara 97(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Hasil Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1,571.50 juta menurun sejumlah RM192.36 juta atau 10.9 peratus berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM1,763.86 juta.

Perbelanjaan mengurus yang dilakukan turut menurun sejumlah RM382.56 juta atau 20.9 peratus menjadi RM1,447.26 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun 2009.

Selain itu, laporan audit juga membuktikan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan tunggakan hasil negeri sejumlah RM99.87 juta atau 16.6 peratus kepada RM502.05 juta pada tahun 2010 berbanding RM601.92 juta pada tahun 2009.

Usaha memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan kepada rakyat adalah elemen yang membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Peguam: Polis ambil gambar rumah, maklum selesai siasat Aziz Bari

Posted: 25 Oct 2011 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Polis telah melengkapkan siasatan ke atas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan mengambil gambar rumah beliau di Bandar Baru Selayang dekat sini petang ini.

Peguamnya Dr Zulqarnain Lukman berkata pegawai penyiasat memaklumkan bahawa pihaknya telah melengkapkan siasatan, yang dijalankan di bawah Akta Hasutan sejak awal minggu lalu.

"Polis memberitahu kami bahawa mereka telah melengkapkan siasatan. Mereka meninggalkan rumah (Aziz) sekitar pukul 3 petang," kata beliau hari ini.

Zulqarnain berkata pihak polis datang sekitar pukul 2.30 petang tadi untuk melengkapkan siasatan.


"Mereka ambil gambar di dalam dan di luar rumah. Pegawai penyiasat kelihatan ambil nota walaupun tiada apa yang diambil dari rumah Prof Aziz," katanya.

Semalam pihak polis mengambil gambar pejabatnya di UIA selain komputer riba yang dibekalkan oleh pengurusan universiti.

Zulqarnain berkata beliau difahamkan pihak polis telah pun menyerahkan kertas siasatan kepada ketua Unit Pendakwaan Selangor tetapi telah dikembalikan bagi mendapatkan butiran lanjut.

Kata beliau, pihaknya merasa tidak senang dengan perkembangan terbaru memandangkan pihak polis sudah pun mengambil komputer riba dan gambar pejabat Aziz di UIA semalam.

"Prof (Aziz) berkata keseluruhan proses adalah sesuatu yang memalukan dan membuang duit rakyat memandangkan kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan hanya membawa denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.

"Beliau juga tidak faham mengapa polis datang ke rumah dan ambil gambar dalam dan luar rumah memandangkan ia tiada kaitan dengan kesalahan (yang disiasat)," katanya.

Sehubungan itu kata Zulqarnain, Aziz menjangkakan beliau akan didakwa tidak lama lagi.

Kem Tentera RM214 Juta Tak Siap Tapi Dah Rosak

Posted: 25 Oct 2011 01:17 AM PDT

Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang eslesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Menurut laporan itu, hanya 95.7 peratus berjaya disiapkan meskipun kerajaan telah membenarkan tiga kali lanjutan tarikh akhir untuk projek bernilai RM214.43 juta.

Pasukan audit juga mendapati kerja-kerja dijalankan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Antaranya, kayu yang tidak berkualti digunakan, kecaccatan kerja-kerja konkrit, kerja lepaan simen yang nipis dan bahan-bahan kalis air mula tertanggal.


"Berdasarkan pemerhatian tersebut, pihak Audit telah memberi teguran kepada perunding/kontraktor dan pada bulan Mac 2011, Tim Projek memaklumkan bahawa tindakan telah diambil oleh kontraktor untuk membaiki kerja tersebut.

"Sekiranya kerja yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti yang dibangkitkan tidak diperbaiki, pihak Audit akan mengesyorkan kepada Kementerian supaya nama perunding dan kontraktor ini disenaraihitamkan," petik laporan itu.

Kontraktor berkenaan Konsortium Jendela Hikmat Sdn Bhd (JHSB) juga didapati belum membayar bon pelaksanaan RM10.72 juta, seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kewangan untuk projek-projek yang bernilai melebihi RM200, 000.

JHSB, yang telah dianugerahkan kontrak berkenaan pada Mei 2006, memberi alasan seperti kenaikan kos bahan-bahan pembinaan akibat perkembangan ekonomi yang tidak menentu memberi kesan kepada nilai tanah yang dibangunkannya.

Kos penjara naik tetapi saiz jadi kecil

Di Sarawak pula, pasukan Audit mendapati pemnbinaan penjara baru Kuching, yang bertujuan menggantikan penjara uzur di Jalan Penrissen yang dibina pada tahun 1882, hanya siap kira-kira lapan tahun selepas tarikh permulaan projek itu pada 6 Mei 1997.

"Pelaksanaan projek pembinaan penjara baru Kuching adalah tidak memuaskan kerana projek yang sepatutnya siap dalam tempoh 3 tahun 3 bulan telah mengambil masa 11 tahun 2 bulan.

"Selain daripada kelewatan pelaksanaan projek oleh kedua-dua kontraktor, proses pelantikan kontraktor kedua untuk membaik pulih dan membina semula penjara baru telah mengambil masa 2 tahun 7 bulan," kata laporan itu lagi.

Walaupun membabitkan kos lebih tinggi, namun saiz penjara telah dikurangkan daripada 103 blok ke 65 blok dan hanya mampu menampung 1,366 nbanduan dan kakitangan penjara serta bukannya, 2,665 seperti mengikut perancangan asal.

Laporan itu membidas kelewatan dalam pelantikan kontraktor kedua, sebagai antara punca kenaikan kos.

Proses untuk melantik TSR Bina mengambil masa dua tahun dan tujuh bulan, dan sepanjang tempoh itu struktur bangunan termasuk besi dan kayu yang digunakan mulai karat dan reput.

Tiada ulasan: