Blog-list Malaysia |
- Inilah Sebab Mengapa Tarif Elektrik Naik Macam Celaka
- Aziz Bari - Kekal Sebagai Suspek Dan Polis Terus Menganggu
- Mufti Besar Libya: Gaddafi telah Kafir dan Haram Disolatkan
- Najib Tak Berani Ke UIA
- Sikap Double Standard Kerajaan Umno
- SPR: Maklumat 40,000 pengundi ‘diragui’ dipamer mulai Khamis
- TERKINI - Penggantungan Aziz Bari ditarik balik
- Jangan Jadikan Najib Hero Di UIA
- Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan selepas 17 hari
- Laporan Audit Negara - Berjuta Duit Rakyat Diseleweng
- Fitnah Ramas Buah Dada - Dr. Novandri Akan Disaman Oleh Ibu Mangsa
- Demonstari sambut Najib di UIA esok
Inilah Sebab Mengapa Tarif Elektrik Naik Macam Celaka Posted: 24 Oct 2011 11:50 PM PDT RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara. Menurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang. Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu. Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan. "Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik. "Ini mengakinbatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM0.77 juta bagi membekalkan elektrik untuk sebuah rumah sahaja di kampung ini," kata laporan itu. Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang. Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu. |
Aziz Bari - Kekal Sebagai Suspek Dan Polis Terus Menganggu Posted: 24 Oct 2011 10:05 PM PDT Walaupun penggantungannya sebagai pensyarah universiti ditarik balik, Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menjangkakan insiden yang dihadapinya masih jauh dari penamat, dan mungkin bertambah buruk. "Mereka (universiti) harapkan saya bekerja macam biasa, tetapi saya kekal sebagai suspek dan polis terus mengganggu saya," katanya kepada Malaysiakini. Katanya, ketika siasatan UIA masih belum membuat sebarang kesimpulan, penarikan balik penggantungannya hanya bertujuan "menenangkan orang awam". "Apa lagi selepas ini? Tindakan disiplin dariapda UIA?" Atau, tambahnya, sama ada polis akan mencadangkan pendakawaan terhadapnya dibuat berdasarkan Akta Hasutan. Aziz berkata, beliau terpaksa meneruskan kerjanya sebagai pensyarah undang-undang walaupun menghadapi pelbagai ketidaktentuan. |
Mufti Besar Libya: Gaddafi telah Kafir dan Haram Disolatkan Posted: 24 Oct 2011 09:47 PM PDT HHRS 2.0 - Tokoh-tokoh agama saling berbeza pendapat berkenaan jasad bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, dengan beberapa di antara mereka mengutuk apa yang mereka sebut gangguan terhadap mayatnya, sementara yang lain telah menyatakan dia seorang kafir, dan kerananya tidak berhak untuk dikuburkan secara Islam. Syaikh Mahmud Asyur dari Akademi Penyelidikan Islam Al-Azhar di Mesir, berkata: "Islam melarang menyalahgunakan mayat setiap manusia. Dalam Islam, orang harus menghormati martabat mayat." Sementara itu, Imam Alkomos Abdul Maih mengatakan, "Mayat pada dasarnya suci. Sebuah keterangan sederhana tentang apa yang terjadi terhadap mayat Gaddafi, adalah bahawa hal itu bertentangan dengan semua norma dan standard hak asasi manusia." Pada hari Sabtu lalu, di Misrata, rakyat datang berduyung-duyung untuk hari kedua melawat sebuah pusat membeli-belah untuk melihat jasad bekas pemimpin Libya. Aksi menonton mayat ini dipandang oleh beberapa ulama sebagai bertentangan dengan undang-undang Islam, di mana jasad perlu dikuburkan secepat mungkin. Namun, Mufti besar Libya, Syaikh Sadiq al-Ghariany, mengatakan bahawa Gaddafi adalah seorang kafir, dan solat jenazah untuknya di masjid atau oleh Syaikh masyarakat Muslim, dan ulama menyalahi undang-undang Islam. Ghariany berkata pada hari Ahad (23/10) dalam sebuah fatwa - dan disiarkan oleh media Libya, bahawa Gaddafi selama hidupnya menentang syariah Islam dan banyak kata-kata dan perbuatannya selama berkuasa menunjukkan bahawa ia bukanlah seorang Muslim. Pendapat yang berlaku dalam syariah Islam adalah bahawa seorang Muslim tidak boleh melawan undang-undang yang ada di dalam Al-Quran atau Sunnah dan hal itu semuanya itu dilanggar oleh Gaddafi. Ghariany meneruskan dengan mengatakan, "Ada alasan yang sah untuk tidak mensolatkan dia, yang hal tersebut menjadi contoh bagi para pemimpin yang lain." Dia menambah bahawa Gaddafi mungkin boleh ditanam di perkuburan Muslim, namun dimandikan dan disolatkan hanya oleh keluarga dan kerabat. Ghariany berkata bekas penguasa diktator tersebut harus dikubur dalam sebuah makam tidak bertanda untuk mengelakkan terjadinya perpecahan di antara rakyat Libya dan agar makamnya tidak menjadi tempat yang disucikan. Keretaburuk12 |
Posted: 24 Oct 2011 08:58 PM PDT Walaupun penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari ditarik balik semalam, kumpulan mahasiswa tetap mahu meneruskan perhimpunan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dekat ibu negara malam ini. Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu juga akan berlangsung tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak akan hadir ke program yang dijadualkan di universiti itu malam ini. "Kami bersetuju meneruskan bantahan terhadap isu itu kerana SMM cuba mengangkat isu kebebasan akademik dan bukan hanya kes Aziz Bari semata-mata," kata Penyelaras Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) Khalid Mohd Ismath. Katanya, mereka insaf bahawa banyak lagi kes dalam bidang pengetahuan di mana kebebasan menyampaikan maklumat akademik ditahan. KAMI antara kumpulan bergabung dalam SMM. Peguam Aziz semalam memberitahu, UIA menarik balik penggantungan itu berkuatkuasa serta merta dan dipercayai ekoran tekanan pelbagai pihak. Najib dijadual hadir ke pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri antara institusi pengajian tinggi di UIA. Bagaimanapun, jadual terkini yang dikeluarkan agensi berita nasional Bernama menyatakan, teks ucapannya akan dibacakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, bantahan itu bertujuan menggesa UIA menghentikan siasatan terhadap Aziz susulan penarikan balik penggantungan itu. |
Sikap Double Standard Kerajaan Umno Posted: 24 Oct 2011 05:39 PM PDT Nazri: Tiada tindakan kerana tiada laporan polis Jabatan Peguam Negara belum mengambil sebarang tindakan terhadap tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja kematian Teoh Beng Hock kerana tidak ada laporan polis dibuat berhubung perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. NONE"Sepanjang pengetahuan jabatan ini, belum ada apa-apa laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung penemuan pihak suruhanjaya itu dan tiada kertas siasatan dibuka untuk siasatan lanjut. "Oleh itu, tidak timbul isu Peguam Negara takut untuk mengambil tindakan kepada pegawai SPRM tersebut," kata beliau semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan jabatan itu pada sidang Dewan Rakyat semalam. Nazri berkata berikutan laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya Diraja, SPRM menubuhkan satu pasukan siasatan khas untuk menzahirkan fakta dalam laporan berkenaan berkaitan tiga pegawai SPRM itu. "Selanjutnya, satu laporan tatatertib akan disediakan sekiranya wujud kesalahan dan pelanggaran peraturan dan prosedur dalam proses siasatan," katanya. Nazri berkata laporan mengenai siasatan dalaman terhadap ketiga-tiga pegawai dibentangkan kepada jawatankuasa aduan yang dibentuk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. "Jawatankuasa aduan telah minta siasatan lanjut diadakan sebelum laporan dikemukakan ke jawatankuasa tatatertib bagi membolehkan tindakan diambil terhadap tiga pegawai tersebut yang dinamakan dalam laporan. "Satu siasatan terperinci akan dilakukan oleh polis berdasarkan oleh laporan jawatankuasa tatatertib dan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara. "Jika ada kes jenayah, kertas siasatan akan dibuka untuk mendakwa mereka yang terlibat di bawah kanun keseksaan, atau undang-undang yang sesuai, selaras budi bicara Peguam Negara mengikut Akta 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat pertuduhan jenayah atau pendakwaan," katanya. - Bernama |
SPR: Maklumat 40,000 pengundi ‘diragui’ dipamer mulai Khamis Posted: 24 Oct 2011 05:35 PM PDT KUALA LUMPUR, 25 Okt ― Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya selama seminggu mulai Khamis ini. Ia akan dipamerkan bersama daftar pemilih suku ketiga tahun ini di sekitar 1,000 tempat pameran yang diwartkan dan juga menerusi laman web SPR. Difahamkan kebanyakan nama itu melibatkan kawasan luar bandar. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, pemilih-pemilih yang terdapat dalam senarai itu boleh menghubungi suruhanjaya itu untuk mengesahkan kedudukan masing-masing. "Pengesahan ini boleh dilakukan dalam tempoh satu minggu sepanjang pameran diadakan," kata Wan Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider. Kata beliau, jika tiada pengesahan daripada mana-mana pihak selepas pameran berakhir, nama-nama yang diragui akan dikeluarkan daripada daftar pemilih induk. Wan Ahmad berkata, selama ini pihaknya tidak dapat mengeluarkan nama-nama yang diragui itu sebab maklumat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan butiran terbabit adalah sahih. Bagaimanapun beberapa pihak khususnya parti-parti pembangkang mendakwa daftar pemilih terdiri daripada maklumat yang meragukan. Wan Ahmad menambah selama ini pihaknya tidak dapat mengeluarkan nama-nama yang diragui itu sebab "kami kena berlaku adil." "JPN sudah mengatakan bahawa butiran itu sah, jadi kita mengikut undang-undang, sebenarnya pengesahan sudah mencukupi. "Dan, SPR tidak boleh dengan sewenang-wenangnya boleh mengeluarkan nama-nama yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumat pemilih terbabit," kata Wan Ahmad lagi. Ketika ditanya sama ada pemilih terbabit boleh menghubungi SPR selepas tempoh berkenaan, Wan Ahmad berkata, "ya, boleh. Tetapi mereka kena menyediakan dokumen sokongan untuk tujuan tersebut." Baru-baru ini Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan. "Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya. "Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya. Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya. |
TERKINI - Penggantungan Aziz Bari ditarik balik Posted: 24 Oct 2011 07:33 AM PDT Universiti Islam Antarabagnsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta. Menurut peguamm Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok. Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok. Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab. Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok. Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian. |
Jangan Jadikan Najib Hero Di UIA Posted: 24 Oct 2011 06:14 AM PDT ESOK khabarnya Najib Razak mungkin tanpa disertai isterinya Rosmah Mansor akan mengadakan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Kunjungan itu adalah pertama kali Najib sebagai PM. Sekumpulan pelajar bercadang untuk mengadakan tunjuk perasaan sempena kunjungan Najib itu. Pelajar akan memprotes penggantungan Aziz Bari oleh UIA minggu lalu. Satu memorandum mendesak PM campur tangan juga akan diserahkan. Tentu Najib seronok mendengar rancangan mahasiswa itu. Itulah yang beliau nanti sempena kunjungan ke UIA itu; mahu mendengar protes terhadap penggantungan Aziz Bari. Kalau tidak ada protes maka tidak bermakna tidak ada gimiklah kunjungan Najib ke UIA. Ia akan menjadikan kunjungan itu biasa saja. Sekurang-kurangnya bila ada tunjuk perasaan Najib boleh berintraksi dengan mahasiswa. Peluang itu akan digunakan untuk mendekati mahasiswa. UIA selama ini dikenal pasti sebagai lubuk pembangkang. Dalam pilihan raya kampus, parti mahasiswa yang pro kepada kerajaan tidak pernah menang. Saya cukup yakin Najib akan campur tangan berhubung penggantungan Aziz itu. Di akhir lawatan itu beliau akan membuat kenyataan akhabr agar Aziz dibebaskan ataupun Aziz tidak dikenalkan apa-apa tindakan. Najib mahu mahasiswa UIA dan mahasiswa lain melihat akan keterbukaan beliau dalam berdepan dengan komuniti akademik. Mungkin penggantungan ke atas Aziz Bari itu sudah dirancang awal-awal dan sebagai gimik sempena kunjungan Najib. Ia dibuat untuk membolehkan Najib berjasa dan peka ke atas kehendak mahasiswa dengan menasihatkan pihak UIA supaya bebaskan Aziz. Bila ini berlaku maka mahasiswa akan berpendapat Najib seorang PM yang prihatin dan dengar kata. Maka Najib dilihat sebagai hero dalam kes Aziz Bari ini. Kenapa saya kata begitu. Kalau UIA hendak ambil tindakan kepada Aziz dan kalau Aziz benar salah dan bercakap dan boleh menjejaskan wibawa universiti itu, sudah lama Aziz bercakap yang dilihat keras kepada kerjaan. Tetapi kenapa tidak dikenakan apa-apa tindakan dan dibiarkan saja. Sebab itu saya kata penggantungan itu satu strategi. Lantaran itu saya cukup yakin sempena kunjungan Najib tanpa isterinya esok beliau akan bercakap dan campur tangan berhubung kes Aziz. Beliau akan membela Aziz Bari dan membela kebebasan akademik. Nampaklah nanti betapa pihak pentadbiran UIA bagaimana mereka membuat plan untuk menampakan Najib hebat di mata mahasiswa. Justeru elok kalau rancangan nak berdemo dan menyerahkan memorandum kepada Najib itu tidak dilakukan. Biarlah Najib berkunjung dengan keadaan tenang dan tidak ada keriuahan yang membolehkan Najib bercakap dan campur tangan. Sesungguhnya demo itu yang dimahui oleh Najib. Jangan memberi kredit percuma kepada Najib sempena lawatan itu. [wm.kl.8:2 pm 24/10/11]- mso |
Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan selepas 17 hari Posted: 24 Oct 2011 06:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara akhirnya dikeluarkan hari ini, selepas 17 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di parlimen. Kebiasaannya, ia diberikan kepada ahli parlimen ketika pengumuman belanjawan sepertimana terkandung dalam Peraturan Mesyuarat 20 (1), di mana Dewan Rakyat, Speaker dan ahli mesyuarat mesti dibekalkan dengan laporan itu ketika Belanjawan berlangsung. Kelewatan ini, menimbulkan kecaman ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat, yang menyifatkan ia sebagai usaha untuk tidak membahaskan dan menyorokkan maklumat kandungan laporan audit berkenaan. Sebelum ini, Belanjawan 2012 juga dibentang tanpa meneliti laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara sepertimana kebiasaan. Minggu lalu, Pakatan Rakyat buat pertama kalinya menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji kandungan laporan berkenaan dan punca kelewatan yang sangat ketara. Jawatankuasa itu akan turut mengkaji dan membandingkan Laporan Ketua Audit Negara dengan laporan lain termasuk laporan Bank Negara Malaysia (BNM) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). |
Laporan Audit Negara - Berjuta Duit Rakyat Diseleweng Posted: 24 Oct 2011 04:33 AM PDT Harga binocular zoom 29 kali lebih tinggi Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang 'binocular marine' atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010. NONEJabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827. Ia juga didapati 'terlebih bayar' RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing. Barangan lain termasuk: Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus) Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus) "Semakan Audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya. Bagaimanapun pihak JTLM mempunyai anggaran harga jabatan yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya. "Analisis Audit mendapati perbezaan harga yang ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggara harga pasaran," petik laporan itu. MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi |
Fitnah Ramas Buah Dada - Dr. Novandri Akan Disaman Oleh Ibu Mangsa Posted: 24 Oct 2011 04:20 AM PDT Ibu kepada gadis muda yang gambarnya digunakan oleh blog puak-puak umporno yang menfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada teman sekelasnya berkata beliau akan menimbangkan semua pilihan dalam melindungi kepentingan anak perempuannya. Ini, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap puak-puak yang menyebarkan khabar angin ke atas anak gadisnya Anya Ann Corke, yang berusia 21 tahun, kata ibunya, Mei Sun. "Sebagai ibu bapa Anya, saya akan semak pilihan yang ada untuk melindunginya daripada gangguan seumpama ini," katanya yang dipetik dalam akhbar South China Morning Post hari ini. Anya, yang satu ketika dulu adalah juara catur satu Hong Kong kini menuntut di Amerika Syarikat. Beliau didakwa oleh penulis blog pro-Umno telah dicabul oleh anak remaja Lim dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee. Ketua Menteri itu juga didakwa telah membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa Anya untuk menutup skandal berkenaan. Anya, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan. Bagi Lim, celaan itu bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya yang sekaligus cubaan meranapkan kehidupan anak remajanya yang dianggap "cukup keji dari segi moral dan tidak bertamadun". Anya, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu dan juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang yang disebutkan dalam blog berkenaan. "Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun,"katanya. SiasahKini |
Demonstari sambut Najib di UIA esok Posted: 24 Oct 2011 04:14 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Okt : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan demonstrasi sambil menyerahkan memorandom kepada Perdana Menteri sewaktu lawatannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), malam esok. Ini berikutan ketidakpuasan hati mereka terhadap penggantungan pensyarah undang-undang UIAM, Profesor Dr Abdul Aziz Bari baru-baru ini. Pengerusinya Ahmad Syukri Abdul Razak berkata, sikap Datuk seri Najib Razak yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam menyokong prinsip kebebasan akademik, akan membawa padah kepada beliau pada pilihanraya umum akan datang. "Kita nak respon PM sendiri samada melihat isu besar atau kecil dan menggesa beliau campurtangan supaya penggantungan Aziz Bari ditarik balik. "SMM juga memohon perhatian serius dari beliau, dan mahasiswa ingin mengetahui pandangan beliau adakah penggantungan ini wajar kerana Aziz Bari digantung tanpa siasatan," katanya ketika sidang media di parlimen hari ini. Pada masa sama, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya turut menyelar tindakan UIAM dan menegaskan tidak mustahil perkara yang sama berlaku di Universiti mereka. "Kami bertegas dalam hal ini kerana tidak mustahil (penggantungan pensyarah) boleh berlaku di kampus lain," katanya. Terdahulu SMM bersama berapa wakil pertubuhan pelajar menghantar memorandum yang sama kepada wakil Pegawai Khas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Turut hadir ialah wakil pertubuhan yang menganggotai SMM, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Pro-Mahasiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipendent (KAMI). Pada 21 Oktober lalu, ribuan mahasiswa berdemonstrasi di masjid UIA selepas solat Jumaat membantah penggantungan Aziz Bari. Ekoran dari itu, SMM akan meneruskan kempen-kempen kebebasan akademik dan memberi penerangan kepada rakyat bagi menekankan kepentingan tersebut dalam sistem pendidikan negara. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22088 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan