Sabtu, 22 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Rektor UIA Penipu Besar

Posted: 21 Oct 2011 11:23 PM PDT

Peguam: Surat UIA amat jelas Aziz Bari digantung, dilarang masuk kampus

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Prof Dr Abdul Aziz Bari menafikan kenyataan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bahawa pensyarah itu tidak pernah ditegah memasuki pusat pengajian tinggi tersebut sehingga siasatan ke atasnya selesai, demikian menurut peguam beliau hari ini.

Sebaliknya Dr Zulqarnain Lukman berkata, kandungan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, bertarikh 19 Oktober lalu, dengan jelas menunjukkan Aziz digantung perkhidmatan beliau berkuasa "serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya dalam tempoh tujuh hari" sebagaimana dikatakan oleh Rektor Prof Dr Zaleha Kamaruddin semalam.

"Berhubung kenyataan yang diberikan oleh Rektor UIA Prof Dr Zaleha Kamaruddin, yang disiarkan oleh akhbar hari ini khususnya oleh Bernama (semalam), saya mendapat arahan anak guam bahawa kenyataan Rektor UIA berkaitan penggantungan perkhidmatan selama tujuh hari dan bahawa beliau bebas masuk ke dalam premis UIA adalah tidak tepat," kata Zulqarnain sambil menambah, beliau diarah membuat penjelasan berhubung perkembangan terbaru ini.


Kenyataan Zaleha itu keluar semalam ketika banyak pihak menggesa UIA menarik balik penggantungan perkhidmatan ke atas Aziz (gambar) sehingga siasatan dijalankan.

Zulqarnain berkata, berdasarkan surat tunjuk sebab dikeluarkan, Aziz digantung perkhidmatan dengan gaji penuh, dengan serta-merta sehingga notis susulan.

Katanya, surat itu juga mengingatkan bahawa ketika tempoh penggantungan, Aziz tidak dibenarkan memasuki premis universiti tanpa kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-undang.

Selain itu kata beliau, surat tersebut juga menyebut bahawa Aziz tidak dibenar mengadakan sebarang transaksi bagi pihak universiti atau menghubungi staf universiti atau sekutu bisnes UIA tanpa kebenaran Dekan Kulliyah Undang-undang.

"Oleh itu, adalah jelas bahawa penggantungan perkhidmatannya adalah berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya tempoh tujuh hari.

"Tempoh tujuh hari yang dinyatakan Rektor UIA itu adalah merujuk kepada tempoh menjawab surat tunjuk sebab, bukan tempoh penggantungan. Tempoh penggantungan tidak ditetapkan, ertinya sepanjang yang mungkin selagi tidak ditamatkan secara rasmi oleh UIA," kata beliau.

Aziz dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab sebelum 4 petang 25 Oktober ini.

Begitu juga bahawa adalah jelas, kata Zulqarnain, pelangganya tidak dibenarkan masuk ke premis universiti atau berhubung dengan mana-mana staf UIA melainkan terdapat kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-undang.

"Jika benar terdapat sebarang perubahan kepada notis yang diberikan kepada anak guam, seharusnya pihak universiti mengeluarkan notis baru membatalkan kandungan notis bertarikh 19/10/2011 ini," kata beliau lagi.

Zulqarnain menambah, anak guamnya juga memohon pengurusan UIA tidak mengeluarkan kenyataan yang berkonflik dan bercanggah satu sama lain yang membingungkan masyarakat awam.

Dalam satu kenyataan semalam, UIA menjelaskan tindakan menggantung tugas Aziz bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mempertikai titah Sultan Selangor.

Zaleha turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan digajinya turut ditahan.

Beliau berkata UIA tetap membayar gaji Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti.

Zaleha berkata Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lalu dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas.

Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa yang ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIAM untuk dibicarakan.

Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.

Komplot pastikan Zambry bukan MB

Posted: 21 Oct 2011 07:31 PM PDT

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar sekalipun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

"Saya mendengar dari sumber dalaman Umno bahawa wujudnya komplot untuk memastikan Zambry tidak menduduki kerusi Menteri Besar.

"Ini kerana ramai di dalam Umno tidak gembira dengan tindakan beliau memberikan tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni pada harga RM375 se ekar," dakwa ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham sambil menambah, beliau sepatutnya mendedahkan siapa yang menerima tanah tersebut.


Ngeh berkata demikian ketika diminta komen berkenaan kenyataan Zambry awal bulan ini bahawa tiada kawasan hitam wujud untuk BN.

Justeru, menurut beliau, Zambry mesti mendedahkan senarai penerima tanah yang bernilai RM1.26 bilion itu namun sehingga kini beliau enggan berbuat demikian.

Ngeh yang juga ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sitiawan berkata kenyataan tiada kawasan hitam untuk BN oleh Zambry hanya merupakan satu sandiwara semata-mata.

"Sebelum PRU 2008 bekas MB Tajol Rozli (Mohd Ghazali) pernah berkata Perak akan mempunyai pembangkang sifar tetapi sebaliknya mereka yang kalah," tambah Ngeh.

Hasan Ali Tak Mahu Hampakan Umno Dan Akan Sertai Himpunan Sejuta Umat Hari Ini

Posted: 21 Oct 2011 05:23 PM PDT

Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung esok di Stadium Shah Alam.

Hassan Ali berkata kehadirannya itu bukan atas kapasiti rasmi atau mewakili PAS namun sebagai individu beragama Islam.

"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."

Hassan Ali berkata demikian dalam program bual bicara fokus berita terbitan TvSelangor di sini hari ini.


Terdahulu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai HIMPUN. Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik di pejabat agung PAS Selasa malam lalu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik.

Menurut penganjur HIMPUN, yang merupakan badan bukan kerjaan (NGO) Islam, perhimpunan tersebut bertujuan menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam.

Hassan dengan tegas mengulangi pendiriannya untuk menyertai HIMPUN sebagai individu.

Menurutnya lagi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut memberi kelepasan kepada mana-mana penjawat kerajaan Selangor yang mahu menyertai perhimpunan atas dasar individu.

"Kita harus bersyukur kerana masih ada dari kalangan kita yang tampil untuk membela, berjuang dan individu ini telah membuka langkah, takkanlah Hassan Ali yang berumur 64 sebagai seorang muslim tidak tergerak untuk hadir."

Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN.

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya.

Tegasnya, HIMPUN bukan bertujuan menimbulkan ketengangan mahupun meniup api kemarahan dikalangan umat Islam dan penganut Kristian. Katanya kesempatan perjumpaan ini adalah untuk menyedarkan serta umat Islam tentang kebejatan isu keruntuhan aqidah.

Hassan Ali berkata masyarakat bukan Islam turut mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. Beliau turut mengalukan dialog antara agama lebih giat diadakan dari kalangan pakar.

"Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukalah untuk menimbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."katanya.

Ahli Parlimen Bebal Dan Jahil Murakkab

Posted: 21 Oct 2011 10:13 AM PDT

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Noordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.

Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.


"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat."

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Noordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.

Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang syariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Noordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan "Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan " Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang ghayru muhsan ( lihat seksyen 13 (2) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan (lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan "li wujudin ma'na al-zina fihi" ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa "selain daripada isterinya" suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan takzir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal "Tasyri' Janaie" terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia "menggunapakai hartanya " mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd (idraul hudud bisyubhah).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman takzir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama (apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas.

"Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian."

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Noordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan takzir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum takzir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik "hudud Umno". Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum

Renungan kepada Zulkifli Noordin: Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita? Ingatlah saudara Zulkifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud. Berhentilah jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu dia jahil).

80 Ribu Rakyat Sertai Solat Dhuha Bersama MB Zambry Kadir

Posted: 21 Oct 2011 06:48 AM PDT

Hanya gambar yang dapat menceritakan kemeriahan majlis tersebut....





Sumber intanhijau


Zulkifli Noordin Yang Jahil Gila Babi

Posted: 21 Oct 2011 05:47 AM PDT

Ulasan Ulamak Pas Ini, Jelaskan "KeJahilan Gila" ZulDin..!!

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.

Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.


Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.

Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

" Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

"Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra'ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

"Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri," tambah beliau lagi.

Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak.

"Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat'ie.

"Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

"Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah," ujar beliau lagi.


TERKINI - Temui Prof. Aziz Bari Malam Ini

Posted: 21 Oct 2011 04:53 AM PDT

malam ini jam 8.30 aziz bari
akan datang untuk bersembang
mesra dengan anak anak muda

di KELAB 50 BAGSAR UTAMA - UBU

semua anak muda di jemput datang
tempat amat amat amat amat terhad!

UCAPAN DARI AZIZ BARI

Salam. Tolong pass mesej ini
pada budak budak muda yang berani tu,
SMMM ke jumpa dimana mana. Atau impromtu
program di Taman Melewar ka?

Saya ada di rumah.

Berasa muda balik pula...

AAB

Sumber - tukar Tiub


Staf UIA Desak Tarik Balik Hukuman Ke Atas Prof. Aziz Bari

Posted: 21 Oct 2011 04:47 AM PDT

Jangan hukum Aziz Bari kerana tekanan pihak ketiga, gesa staf akademik UIA

KUALA LUMPUR, 21 Okt ― Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa (PKAUIA) menyatakan sokongannya kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam menjalankan amanahnya sebagai sarjana sambil mengkritik atas campur tangan pihak luar ke atas sistem pendidikan negara ini, yang sepatutnya bebas dan bersifat profesional.

Kenyataan itu menegaskan, Aziz tidak harus dihukum hanya disebabkan reaksi pihak ketiga dalam isu semasa.

"Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Profesor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia," kata kenyataan persatuan itu dikeluarkan petang ini.


Tegas kenyataan itu, Aziz merupakan seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.

Justeru katanya, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi ruang kepadanya untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat.

"Profesor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara," kata kenyataan itu lagi.

Sebaliknya kenyataan menegaskan, Aziz tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini.

Aziz yang disiasat polis dan SKMM diberi surat tunjuk sebab oleh UIA dan digantung tugas.

Kenyataan itu menambah, sebagai seorang ahli akademik, Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya.

"Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini," katanya lagi.

Kenyataan itu juga menambah, "kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu 'precedence' pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya."

Ia juga menegaskan sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak.

"Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara," katanya sambil menambah, "kebebasan akademik ini telah disaran oleh Unesco."

Ketua Pemuda PKR Diherat Ketika Hendak Sembahyang Jumaat

Posted: 21 Oct 2011 03:36 AM PDT

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini diheret daripada menunaikan solat Jumaat di masjid Universiti Islam Antarabangsa, sebelum perhimpunan membantah penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah bermula.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas kejadian itu, Shamsul Iskandar berkata beliau diangkut dan ditarik ke dalam sebuah Proton Satria hitam dan dibawa keluar dari perkarangan universiti itu.

Beliau yang merupakan bekas pelajar UIA itu berkata kira-kira 15 orang - ada yang berpakaian seragam pengawal keselamatan dan ada juga yang tidak - menahannya sebaik sahaja beliau mengambil wuduk.


"Saya beritahu saya mahu solat dahulu kerana iqamat mula dibacakan, tetapi mereka kata tidak boleh dan malah mereka juga tidak boleh menunaikan solat," katanya.

Shamsul Iskandar berkata mereka enggan bertolak-ansur dan kemudiannya bertindak mengheretnya ke kereta.

Beliau berkata mereka yang tidak berpakaian seragam itu juga tidak menunjukkan sebarang kad pengenalan diri dan bertindak dengan cara yang kasar.

"Apa yang menyedihkan, di UIA yang sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogan UIA 'Taman Ilmu dan Budi', saya ditahan di dalam Masjid dan langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lainnya.

"Penahanan ini jelas membuktikan bahawa pentadbiran UIA begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Dr Aziz ini," katanya.

Menurut Shamsul Iskandar beliau kemudiannya dibawa kira-kira enam kilometer jauh di kawasan sekitar Taman Melewar dan meminta dirinya diturunkan di subuah masjid di sana agar beliau boleh menunaikan solat Jumaat.

Beliau percaya tindakan menahannya bertujuan menghalangnya yang pernah menjadi pemimpin pelajar di UIA daripada mengetuai bantahan di universiti tersebut.


Malaysiakini

Tiada ulasan: