Khamis, 20 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Keluarga: Bagaimana bahan bukti SPRM 'dapat kepada papagomo?'

Posted: 20 Oct 2011 12:40 AM PDT

Keluarga allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad menimbang untuk membuat laporan polis berhubung satu dakwaan yang disiarkan dalam satu blog pro-Umno bahawa allahyarham antara lainnya mempunyai seorang perempuan simpanan.

Blog berkenaan juga mendakwa bahawa allahyarham bukanlah seorang yang bersih, kata seorang anggota keluarga itu, Makhtar Mansor yang menafikan dakwaan tersebut.

Polis perlu menyiasat dakwaan berkenaan, kata Mokhtar, yang turut akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Katanya, beliau akan membuat laporan kepada SPRM kerana dakwaan tersebut turut melibatkan bahan bukti yang diambil daripada siasatan badan itu ke atas kes melibatkan allahyarham.

Bercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Makhtar mendakwa, tulisan dalam blog tersebut turut menyertakan foto yang didakwa sebagai perempuan simpanan berkenaan.

Keluarga allahyarham pergi ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum menggesa perdana menteri menubuhkan suruhanjaya diraja untuk membolehkan siasatan kes kematian bekas pegawai kanan jabatan kastam itu dibuka semula.

Makhtar mendakwa, apa yang menimbulkan persoalan adalah bagaimana gambar berkenaan dapat terlepas ke blog berkenaan.

"Macam mana gambar dalam telefon bimbit arwah dapat kepada (blog) papagomo?," soalnya yang mendakwa, foto berkenaan tersimpan di dalam telefon bimbit allahyarham.

Menurutnya, telefon bimbit itu telah dirampas SPRM ketika siasatan dijalankan ke atas pegawai kastam itu.

Makhtar mendakwa wanita di dalam foto berkenaan juga bukanlah seorang wanita simpanan, seperti didakwa blog berkenaan.

Sebaliknya, dakwa beliau, wanita itu merupakan rakan kepada seorang anak perempuan allahyarham.

"Anak arwah telah pinjam telefon arwah untuk rakam gambar tersebut," katanya Makhtar lagi yang juga seorang bekas majistret.

Katanya lagi, pihak keluarga allahyarham telah mengetahui mengenai dakwaan dalam blog tersebut sejak dua minggu lalu.

"Ini yang buat keluarga rasa begitu sedih," katanya lagi.

Malaysiakini

Dua Facebook Dibina Untuk Nyatakan Sokongan Kepada Prof. Aziz Bari

Posted: 20 Oct 2011 12:29 AM PDT

Tak sampai 3 jam, berita Prof Abdul Aziz Barri digantung tugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disebarkan, dua laman facebook dibina untuk membela ahli akademik itu.

Dua laman berkenaan adalah 10000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan Kami Bersama Menyokong Prof Aziz Bari yang menggamit rakyat Malaysia khususnya anak muda melakukan protes terbuka.

Abdul Aziz bagaikan Hang Jebat kerana berani turun dari menara gading bagi menasihatkan seorang Sultan supaya kembali menghayati konsep "raja berpelembagaan", bukan menjadi 'alat politik' Umno.


Hang Jebat pernah berkata, "Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah".

Mungkin itulah semangat murni yang ditiupkan dalam kedua-dua page Facebook berkenaan.

Sehingga 2.44 petang tadi, 393 rakyat Malaysia sudah menyertai Kami Bersama Menyokong Prof Aziz Bari.

10000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari pula disertai oleh 623.

Dijangka kedua-dua page itu menerima sokongan lebih 1,000 menjelang 12.00 tengah malam ini.

Dilaporkan, Aziz Bari dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti". Beliau diminta memberi surat tunjuk sebab paling lewat 25 Oktober depan.

Sejak tengah hari tadi, dilaporkan, Aziz Bari dihalang dari akses universitinya.

Beliau berkhidmad di universiti itu sejak 22 tahun lalu. Hampir 100 sarjana mendapat PhD melalui seliaan beliau.

Mungkin insiden ini mempunyai unsur pencabulan "autonomi kampus". Maka, dilaporkan Universiti mengelak dari memberi ulasan lanjut kepada media. -END

Prof. Aziz Bari Akhirnya Digantung Dari UIA

Posted: 20 Oct 2011 12:21 AM PDT

Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.

Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.


Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".

Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Protes di masjid esok

Usaha Malaysiakini mendapat reaksi daripada bahagian pentadbiran dan pengurusan UIA setakat ini masih belum berhasil.

Bagaimanapun, Berita Harian hari ini melaporkan sumber dari pejabat rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan surat itu dikeluarkan pihaknya semalam.

Aziz dalam masa yang sama disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.

Wartawan Malaysiakini turut disiasat oleh pihak berkuasa kerana portal itu menyiarkan pandangan kontroversi itu.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Sebelum ini, SKMM dan pihak polis juga telah menyoal beberapa kakitangan Malaysiakini, termasuk wartawan dan editornya berhubung isu yang sama.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin mengajak alumni universiti itu mengadakan protes di Masjid UIA di Gombak selepas solat Jumaat esok bagi menyatakan sokongan kepada Aziz.

Shamsul antara lulusan universiti itu dalam bidang undang-undang.

Tangisan PALSU Rakyat Hulu Kelantan - Penipuan Papa Gomo Dibongkar

Posted: 19 Oct 2011 10:21 PM PDT


YB Adun Gual Ipoh, Cikgu Wan Yusoff menjawab tuduhan yang disebarkan UMNO melalui VCD Produksi mereka yang bertajuk Tangisan Rakyat Hulu Kelantan. Fahami dan dapatkan fakta sebenar isu yang diputar belit oleh pihak UMNO.

Respon ini diberikan ketika YB Wan Yusof, ADUN Gual Ipoh sewaktu membahaskan Belanjawan 2012 dalam Sidang DUN Kelantan 19 Oktober 2011.

Kerabu

Isu Aziz Bari: Gerak gesa Putrajaya hormati kebebasan akademik

Posted: 19 Oct 2011 08:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menggesa pihak berkuasa menghormati kebebasan akademik dan tidak mengenakan tekanan dalam pelbagai cara — terbaru isu tindakan ke atas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari sejak minggu lalu.

Setiausaha Agung Gerak Rosli Mahat berkata, pihaknya terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap Aziz (gambar) yang baru-baru ini mengulas isu berkaitan titah Sultan Selangor ekoran keputusan baginda berkenaan Gereja Methodist Damansara Utama dan pemeriksaan ke atasnya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal Ogos lalu.

Rosli berkata, Aziz merupakan seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.


"Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan pribadi," kara Rosli dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Sebagai seorang ahli akademik, Prof Abdul Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya. Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik.

"Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini," kata Rosli lagi.

Sambil menekankan kebebasan itu diperuntukakn oleh syor Unesco, Rosli berkata, Gerak menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik.

"Semua pihak hendaklah akur terhadap syor tersebut pada bila-bila masa. Keprihatinan pihak-pihak yang berkepentingan dalam perkara ini amat perlu untuk memartabatkan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia," katanya lagi.

Laporan media terbaru menyebut UIA telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Aziz. Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan petang semalam.

Semalam, polis memulakan siasatan ke atas Aziz mengikut Akta Hasutan berikutan laporan Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.

Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama.

Isnin lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyoal siasat Aziz.

Aziz sebelum ini dipetik berkata tindakan Sultan Selangor campur tangan dalam isu pemeriksaan gereja terbabit pada 3 Ogos lalu bukan tindakan lazim.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz sehari kemudian menjelaskan bahawa Akta Hasutan memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Tidak puas hati dengan kenyataan itu, Ezam dan beberapa aktivis pertubuhan bukan kerajaan tampil membuat laporan serentak dengan mendakwa Aziz berlaku biadap dan derhaka kepada institusi raja Melayu.

Sultan Selangor sebelum itu bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di negeri itu.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan hasil siasatan Jais tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Fitnah Ramas Buah Dada - Mat Indon Mari @ Dr Novandri Memalukan Parti Dan Patut Dipecat Dari Umno

Posted: 19 Oct 2011 06:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Pemimpin-pemimpin Umno menegaskan dakwaan gangguan seks ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tiada kaitan dengan parti meskipun perkara itu dilontarkan oleh blog salah seorang ketua bahagian komponen teras Barisan Nasional (BN) tersebut.

Beberapa wakil rakyat yang ditemui melahirkan pendirian menjauhkan diri mereka daripada tindakan itu ketika kemarahan rakyat makin meningkat ekoran dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya anak ketua menteri Pulau Pinang telah mengganggu seorang pelajar perempuan dari kelasnya dan melepaskan diri daripada hukuman menggunakan nama Lim.

Sementara beberapa ahli Parlimen dari BN memberitahu The Malaysian Insider bahawa dakwaan itu hanya satu pandangan peribadi ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri, yang lain pula, sambil enggan nama mereka dipetik mengakui turut marah dengan perbuatan mengaibkan pelajar berusia 16 tahun.


"Polis harus menyiasat dakwaan ini memandangkan ia melibatkan soal rasuah tokoh masyarakat. Tetapi jika tidak benar, maka polis harus mengambil tindakan terhadap pemblog-pemblog terbabit. Parti juga perlu mengambil tindakan ke atas Dr Novandri," kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Umno seperti Datuk Mohamad Aziz berkata, Lim seharusnya menyaman pemblog-pemblog terbabit jika dakwaan mereka tidak benar.

"Umno tidak terlibat, selesaikan dengan pemblog-pemblog terbabit," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata, "ini bukan pendirian parti, Dr Novandri tidak mewakili Umno kerana beliau bukan merupakan pemimpin kanan."

Semalam, Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.

Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar.

"Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali," kata Goh kepada The Malaysian Insider.

"Blog-blog berkata insiden ini berlaku Mei tahun ini. Anak Ketua Menteri tidak menjadi pelajar sekolah ini sejak awal tahun ini," katanya lagi.

Malah katanya, gambar-gambar yang diposkan dalam blog bukan anak Lim dan mangsa yang didakwa juga bukan pelajar SMK Heng Ee.

Pengetua ini menjelaskan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan telah mengadakan siasatan berkenaan dakwaan kelmarin dan mereka berpuas hati dengan penjelasannya.

Malah, dalam satu kenyataan semalam, DAP mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town. Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

The Malaysian Insider

Kenali Dr. Novandri (Dr MIM @ Mat Indon Mari) disini dan disini

Chua Soi Lek Bantah Himpunan Sejuta Umat..

Posted: 19 Oct 2011 06:44 PM PDT

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) agar membatalkan kempen terhadap Kristian yang didakwa mencabar akidah umat Islam demi mengelakkan ketegangan agama.

"Sama ada ia harus diteruskan ataupun sebaliknya, saya fikir polis tahu apa yang hendak dilakukan, tetapi secara peribadi saya merasakan tidak harus ada sebarang perhimpunan (seumpama itu)," kata Dr Chua hari ini.

"Kita harus mengurangkan sebarang bentuk aktiviti agama yang akan menyumbang kepada perasaan sangsi antara pelbagai kaum di negara ini," kata beliau.


Dr Chua berkata setiap orang menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan kepelbagaian dalam pandangan.

"Dan, jika kita tidak boleh menerima yang itu dan selalu mahu mengenakan kepercayaan (kita) ke atas orang lain, akan sentiasa ada ketegangan," katanya.

Hasan Ali Dan Konco-Konconya Sabotaj Pas Dan Akan Sertai Himpunan Sejuta Umat

Posted: 19 Oct 2011 03:49 PM PDT

Himpunan: Penganjur sahkan penyertaan pemimpin PAS

PETALING JAYA: Penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan pada 22 Oktober ini di Stadium Shah Alam mengesahkan bahawa sebahagian pemimpin PAS Selangor akan menyertai perhimpunan itu.

Jurucakap Gabungan Cegah Murtad (GCM) Hamidzun Khairuddin, penganjur perhimpunan tersebut, berkata, mereka adalah pemimpin PAS yang dipinggirkan oleh parti. Ini termasuk NGO-NGO yang ada kaitan dengan PAS telah menyatakan komitmen untuk hadir.

Kenyataan itu bertentangan dengan mesyuarat PAS malam tadi yang membuat keputusan untuk tidak menyertai program tersebut.


Himpunan yang akan bermula jam 2 petang hari Sabtu ini dianjurkan bertujuan untuk mempertahankan akidah dari serangan gejala- gejala yang tidak diingini di samping memperaga penyatuan dan kekuatan umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, Hamidzun menjelaskan pihaknya tidak menjemput parti politik menghadiri program tersebut tetapi mereka boleh datang atas kapasiti peribadi.

Malam tadi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan PAS tidak menyertai perhimpunan itu atas alasan "PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam Himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program."

Kumpulan penyokong Hasan?

Difahamkan kumpulan pemimpin PAS yang akan menghadiri Himpunan tersebut merupakan kumpulan penyokong bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali. Beliau tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan GCM tersebut.

Hamidzun turut mengecam keputusan PAS untuk tidak menghadiri perhimpunan tersebut dengan menyifatkan sebagai 'hipokrit tertinggi'.

Katanya, sehingga ini Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan beberapa NGO Islam lain menyatakan persetujuan untuk hadir. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga akan hadir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum dilapurkan mempertahankan tujuan perhimpunan itu diadakan.

"Untuk pertahankan Islam demi penyatuan umat," kata bekas mejar tentera itu. -FMT

Jangan ugut Aziz Bari, kemuka hujah balas

Posted: 19 Oct 2011 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) ingin menarik perhatian terhadap tohmahan dan tekanan di dalam media terhadap tokoh akademik Profesor Abdul Aziz Bari.

"Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau," kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.


Menurutnya lagi, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi.

Tambahnya, sebagai seorang ahli akademik, Prof Abdul Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya.

Ini, ujarnya adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik.

Beliau menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik.

"Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel," ujarnya lagi.

Dokumen itu, terangnya telah diluluskan oleh perhimpunan agung UNESCO pada 11 November 1997.

Katanya, kebebasan akademik ada termaktub dalam artikel 26 dan 27 Recommendation tersebut.

Antara hak yang dinyatakan dalam Recommendation tersebut ialah: "hak untuk menyumbang kepada perubahan sosial melalui kebebasan menyatakan pendapat mereka terhadap dasar-dasar negara dan dasar-dasar yang memberi kesan kepada pendidikan tinggi. Mereka tidak seharusnya dikenakan apa-apa penalti semata-mata kerana mengguna hak tersebut".

Justeru itu, ujarnya Gerak menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik.

Katanya, semua pihak hendaklah akur terhadap recommendation tersebut pada bila-bila masa.

"Keperihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia," katanya.

Harakahdaily

Jom Berkenalan Dengan Dr. Mat Indon Mari aka Kaki Fitnah Pulau Pinang

Posted: 19 Oct 2011 06:24 AM PDT

Selepas Hudud Enot Bikin Kontrovesi Lagi.. Kali Ini Kek Bogel Pulak..

Posted: 19 Oct 2011 05:52 AM PDT








Ramas Buah Dada - Pengetua Sanggah Fitnah Pencacai Umno

Posted: 19 Oct 2011 02:26 AM PDT

Dakwaan atas anak Guan Eng tidak benar, kata pengetua Heng Ee

KUALA LUMPUR, 19 Okt ─ Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.

Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.

"Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali," kata Goh kepada The Malaysian Insider.



Fitnah yang dilemparkan dari blog Dr MIM ( Mat Indon Mari )



Fitnah dari pencacai Papagomo




Tiada ulasan: