Bila Harimau Sudah Menaip... |
Hudud: Pandangan Mahathir dan PAS Posted: 02 Oct 2011 02:11 PM PDT Yang pertama, aku firm atas keberangan aku terhadap Zainah Anwar. Sebab yang aku ada cukup kuat. Tak payah aku hurai sebab yang aku nak cerita adalah berkenaan surat Tun Mahathir kepada Kerajaan Kelantan. Niat Kerajaan Kelantan itu bagus cuma mungkin boleh dipertimbangkan dari segi pelaksanaan yang adil. Dari apa yang aku baca, Hudud hanya mahu dikenakan ke atas umat Islam sahaja. Zainah Anwar pun memahaminya begitu dan dengan penuh kejahilan, dia menulis perihal hukum Allah dari sudut pandang Yahudi. Kepala hangguk dia. Jika diamati surat Tun Mahathir kepada kerajaan PAS, ada kebenarannya isi surat tersebut. Bagi aku, masalah pihak UMNO/ BN adalah, memandang isu hukum Hudud dalam pandangan seorang pemain politik dan bukan sebagai umat Islam yang bertanggungjawab. masalah PAS pula, meletakkan faktor keadilan dibelakang. Bagaimana mahu bertanggungjawab? Berbincang dengan lapang dada. Berniat dengan bersungguh-sungguh bahawa hukum Allah ini boleh dihidupkan di bumi Malaysia. Surat Tun Mahathir bertarikh sekitar 1994. Jika mempunyai niat baik, sudah tentu hukum Allah ini sudah terpakai; kalau tidak di seluruh Malaysia Darul Independent setidak-tidaknya di Kelantan. Mungkin Tun Mahathir pun tidak mempunyai niat untuk melaksanakan hukum Allah (Hudud). Wallahua'lam. Di mana kertas kerja PAS berkenaan Hudud? Sila dedahkan pada umum. Yang jahil mungkin boleh mulai faham dan yang kafir mungkin boleh terima. Kalau kertas kerja pun takda, jangan jaja hal ini berlebihan. penulis blog dan yang lain-lain termasuk pemberi komentar perlu berhati-hati, jangan dimurkai Allah hanya kerana mahu menjadi "BALACI POLITIK" merangkap "ANJING POLITIK" yang patuh dan taat pada parti politik anutan masing-masing. Karpal Singh, kau pun kena diam. Jangan berlebih sangat. Hanya kerana kau peguam, jangan sangka umat Islam takut sangat dengan hukuman dunia. Diam jika tidak faham. Video dibawah adalah bagus untuk memulakan pemahaman asas terhadap isu Hudud kerajaan Kelantan dan keengganan Tun Mahathir pada 1994. |
Zainah Boleh Didakwa Di bawah Akta Hasutan Posted: 02 Oct 2011 10:42 AM PDT Bagi aku, musuh Islam nombor wahid adalah orang Islam sendiri. Apatahlagi apabila mengeluarkan komentar menentang hukum Agama Islam sendiri. Dalam konteks ini, aku melaknat Sisters In Islam (sebab ada blog mengatakan bahawa Zainah Anwar ini adalah pengasas SIS). Laknat aku sama seperti aku melaknat Ayah Pin, Kahar Ahmad, Paderi Benjamin dan Hajjah Sitt Al-Wuzara. 4 nama yang aku sebut "boleh" dikategorikan Murtad seandainya belum bertaubat. Orang Murtad WAJIB kita perangi. Full Stop. Dalam satu artikel bertajuk "No Hudud please, we're Malaysians", ada beberapa kenyataan yang aku rasakan terlalu melampau. Melampaunya perkataan itu lebih teruk dari perkataan carutan Namewee. Namewee itu Kafir dan sememangnya dia tidak faham tentang Islam. Malangnya artikel yang aku nyatakan tadi, datangnya dari orang yang bernama macam orang Islam (aku sudah meragui agama mutakhir Zainah Anwar ni). Seperti yang aku tulis di hujung perenggan di atas, penulis artikel itu adalah Zainah Anwar. Namapun sudah membawa erti yang "ehem ehem". Tidak hairanlah jika tulisannya umpama orang jahil tentang agamanya sendiri. Aku tak kenal Zainah Anwar dan aku minta jauh dari mengenali perempuan itu. Korang tafsir penulisan Zainah:
Tahukah kamu wahai Zainah, bahawa ada 2 hukum iaitu Hudud dan Ta'zir. Aku letakkan video Dr. Asri, kau tontonla Zainah. Sementara aku ingin mencadang kepada Ketua Agama Islam untuk ambil tindakan atas tindakan kau kerana penulisan kau ada ciri-ciri hasutan terhadap pembaca untuk bernegatif (atau membenci/ menjauhi)terhadap Islam. Kau telah menyukarkan kerja- kerja pendakwah-pendakwah Islam. Maka apa perlunya engkau dan persatuan engkau di muka bumi Allah ini? Semoga Allah masih berlembut dengan Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Bila Harimau Sudah Menaip... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan