Sabtu, 1 Oktober 2011

Bila Harimau Sudah Menaip...

Bila Harimau Sudah Menaip...


Sepusat Sepusing, Mak Sama, Bapak Asing-asing

Posted: 01 Oct 2011 05:49 AM PDT

Taknak cakap banyak. Korang tengok gambar kat bawah. Macam cencorot!



nota kaki: gambar tangan DSAI kena gigit cencorot aku amik dari SINI.

Mulut Pemimpin Malaysia Yang Berbau Yahudi

Posted: 01 Oct 2011 05:42 AM PDT

Jika Tuan Mountdweller menggunakan tajuk " Apa Bezanya Mereka?", saya lebih suka menggunakan tajuk "Mulut Pemimpin Malaysia Yang Berbau Yahudi" (ianya metafora). Aku rasa, Ariel Sharon atau Benjamin Netanyahu pun tak berani nak cakap macam ni jika mereka berada di Malaysia. Subhanallah, Mereka yang di bawah ini cukup berani.

UMNO dan DAP sudah masuk tahap meloyakan. Jika kepala aku yang dipijak, aku masih boleh bersabar. Namun jika hukum Agama aku diinjak, akan aku haramkan diriku menyokong kalian untuk menjadi pemerintah.

Muka-muka dibawah, tidak pernah merasa dukacita dan kesusahan sebagaimana kita. Tidak pernah kecewa apabila minyak masak tiada di rak kedai runcit mahupun di rak Hypermarket. Tidak pernah merasa susah hati apabila gula kehabisan tatkala mahu menjamu tetamu. Mereka hanyut di alam ini dan lemas di dalam kemewahan.

Mereka tidak layak menjadi Khalifah (bagi yang Islam). Mereka cuma layak menjadi Raja Parsi atau Rom. Mereka amat jauh jika mahu disamakan dengan Khalifah Umar. Fuhh...jauh sangat! Macam Planet Pluto dengan Planet Utarid!

Tidakkah mereka pernah mendengar dalam sahih bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Nanti pada hari kiamat akan didatangkan penghuni dunia yang paling banyak merasakan nikmat -yang dia penghuni neraka-, kemudian dia dicelupkan ke dalam neraka sekali celup kemudian Allah berkata kepadanya: Hai anak Adam, apakah engkau pernah merasakan kenikmatan walau sedikit? Apakah engkau pernah melihat kenikmatan walau sedikit? Dia menjawab: Tidak, demi Allah. Dan akan didatangkan penghuni dunia yang paling sengsara -tapi penghuni surga-, kemudian dia dicelupkan sekali celup ke dalam syurga kemudian Allah berkata: Hai anak Adam, apakah engkau pernah melihat kesengsaraan walau sekali? Pernahkah engkau merasakan kesengsaraan walau sedikit. Dia berkata: Tidak pernah, demi Allah."

Semoga Allah masih berlembut dengan negara kita. 


Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - DS Najib Tun Abdul Razak 1993

Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud' -Tun Dr Mahathir Mohamed 1994

Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur - Tun Abdullah Ahmad Badawi 1999

Kalau pencuri kita potong tangan kanan,nanti besok2 dia mencuri tangan kiri pula, potong tangan kiri,besok2 dia mencuri pakai kaki pula, potong kaki pula..dah tak ada apa untuk di gunakan untuk mencuri dia pakai mulut pulak - Dr Mashitah Ibrahim 2008


Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk negara ini - Zahid Hamidi 25 Sept. 2011

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek (kiri) berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya - 23 Sept. 2011

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan - 23 Sept. 2011


"The punishmen

ts for these offences are flogging 100 times for intercour

se between an unmarried couple, stoning to death for adultery, amputation of hand for theft, death for apostasy, flogging 40 times for alcohol consumption, flogging 80 times for false accusation of adultery and death by sword or crucifixion for highway robbery."



Karpal also said the fear among non-Muslims that the implementation of hudud law was a step forward in the creation of an Islamic state was justified -

Karpal Sigh 23 Sept. 2011

Tiada ulasan: