Sabtu, 1 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gambar Istana Negara yang baru...

Posted: 01 Oct 2011 05:37 AM PDT



Ini adalah sedikit gambar-gambar Istana Negara yang baru untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.

Wajar untuk dikongsi bersama kerana ianya dibina dengan menggunakan duit rakyat Malaysia yang dikutip melalui berbagai-bagai cukai antaranya ialah Cukai Perkhidmatan, Cukai Tanah, Cukai Pintu, Cukai Jalan dan juga Cukai Pendapatan.


Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur, dikatakan telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun antara faktor peningkatan kos ini ialah peningkatan harga barangan mentah terutamanya keluli.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini (2010) kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan Istana Negara yang baru itu telah diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka.

Ini kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.















































Lagi gambar sila lihat di SINI

Wakil Najib tawar ADUN DAP RM150,000 dan 12 Hektar Tanah?

Posted: 01 Oct 2011 01:40 AM PDT



Lagi langkah terdesak Barisan Nasional.. kali ini di Johor pula..

Seorang Adun DAP yang digantung keahlian mendedahkan beliau ditawarkan RM150,000 dan tanah seluas 50 ekar (12 hektar) jika keluar parti itu dan bertanding sebagai calon Bebas mesra Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.


Tawaran itu dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, demikian menurut wakil rakyat penggal pertama kerusi Bentayan, Gwee Tong Hiang.

Gwee berkata beliau telah menolak tawaran tersebut.

Menurut Gwee, lelaki itu yang dikenali sebagai Wee Pao Chin telah mengaturkan satu pertemuan dengan Najib di Putrajaya Isnin ini, dan sepatutnya disusuli dengan satu sidang media oleh Pengerusi BN itu.

Katanya, wang sebanyak RM150,000 akan disediakan oleh Putrajaya dan akan dibayar menerusi persatuan suku dianggotai bagi mengelak dikesan.

Gwee juga berkata, beliau ada dijanjikan dana tambahan lebih RM5,000 setiap bulan dan akan disediakan satu pejabat dan staf untuk menjaga kawasannya.

"Syaratnya ialah 'anda mesti bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum akan datang untuk melawan calon DAP," kata wakil rakyat berusia 44 tahun ini pada sidang media di sini hari ini.

Kerusi Bentayan terletak di bahagian Parlimen Bakri dan merupakan kubu kuat MCA sehingga 2008. Gwee telah menewaskan calon MCA Lee Chin Yong pada Mac 208 dengan majoriti 2,798 undi.

Ketika ditanya mengapa BN mahukan beliau sebagai calon di kerusi pada pilihan raya umum akan datang, Gwee berkata, beliau diberitahu bahawa "pengurusan tertinggi telah 'kau-tim' (dengan hukuman digantung keahlian). MCA tidak akan meletakkan calon di Bentayan." Gwee berkata beliau telah merakamkan perbualan itu semalam, yang berlangsung dalam Mandarin dan salinan transkrip turut diedarkan untuk menyokong dakwaannya.

Gwee, ahli DAP sejak 1990 berkata, beliau kecewa dengan tindakan menggantungnya selama enam bulan berhubung dakwaan salah guna kuasa tetapi tidak akan menerima tawaran BN.

"Saya masih orang DAP. Tawaran BN kepada saya tidak wajar. Itu sebab saya membuat pendedahan ini, untuk memberitahu BN bahawa bukan setiap Adun atau Ahli Parlimen DAP boleh dibeli. Saya mencintai DAP. DAP adalah parti saya," katanya lagi.


The Malaysian Insider

Guru dedahkan UMNO guna Kementerian Pelajaran untuk 'Cuci Otak' guru..

Posted: 30 Sep 2011 08:56 PM PDT

Regim Umno Barisan Nasional (BN) terbukti memperkudakan Kementerian Pendidikan apabila mengadakan program sesi 'mencuci otak' guru dengan memfitnah dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat, menggunakan wang rakyat.

Hal ini terbongkar apabila seorang guru mendedahkan hal itu kepada Keadilan Daily beserta bukti bergambar.


Mengikut guru berkenaan, mereka diarah guru besar ke sebuah hotel di Kuantan, Pahang walaupun mereka sedang sibuk dengan kursus KSSR Tahun 2 dan penandaan kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mengikut gambar yang diemel, sesi 'cuci otak' dilakukan atas nama Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia: Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang.

Mengikut buku program, sesi yang berlangsung opada 28 September lalu, dijalankan Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi.

Kata guru berkenaan, guru besar datang awal sebab ada sesi cuci otak yang dijalankan Senator Mohamad Ezam Mohd Nor pada malam sebelumnya.

"Memang Kementerian Pendidikan ditunggang sepenuhnya oleh balaci (Datuk Seri) Najib (Razak). Sampai hati pergunakan duit rakyat panggil untuk sesi mengukuhkan kuasa," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=21096

Hudud : Najib cuba nak perbodohkan rakyat?

Posted: 30 Sep 2011 05:12 PM PDT

Kata Najib, Kerajaan kini mahu melihat kesungguhan PAS melaksanakan hukum hudud di negeri yang ditadbir oleh mereka kerana walaupun nampak tegas, hakikatnya ia masih belum dilaksanakan.

Perdana Menteri juga berkata niat melaksanakan hudud itu sudah lama dicanang oleh PAS di negeri di bawah pemerintahan mereka tetapi tiada sebarang perubahan.

Malah, minggu lalu Najib juga menegaskan pusat tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan.


"Kita nak tengok serius atau tidak serius mereka ini, sebab cerita hudud ini bukan cerita baru daripada dulu lagi mereka dah sebut perkara ini tetapi tak menjadi langsung," kata Najib petang ini.

Itu kenyataan Najib petang semalam yang jelas untuk cuba membelit Mak Cik dan Pak Cik di Felda dan warga emas di pendalaman..

Dalam kenyataan itu Najib telah menegaskan bahawa pusat tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan.

Jika Pusat tidak membenarkan perlaksanaan Hudud oleh Kelantan itu bagaimana agaknya Kelantan hendak melaksanakan Hudud?

Menurut Bar Council, hudud, yang pada asanya undang-undang keseksaan, terletak di bawah bidang kuasa Parlimen persekutuan.

Undang-undang Keseksaan terletak di bawah bidang kuasa persekutuan dan bukannya negeri, dan oleh itu undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana negeri.


Baca kenyataan dari Bar Council dibawah..

Majlis Peguam: K'tan tidak ada kuasa laksana hudud

Undang-undang Keseksaan terletak di bawah bidang kuasa persekutuan dan bukannya negeri, dan oleh itu undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana negeri, kata Majlis Peguam.

"Undang-undang, seperti yang ada, tidak membenarkan pelaksanaan hudud oleh negeri-negeri," kata presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataannya itu merujuk kepada laporan bahawa negeri Kelantan telah mendapat mandat rakyat untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II (1993).

NONELim (kanan) menjelaskan bahawa undang-undang yang digubal oleh negeri "tidak boleh termasuk perkara-perkara dalam kuasa perundangan kerajaan persekutuan".

Negeri, katanya, hanya boleh menggubal undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan oleh penganut agama Islam, dan hukuman bagi kesalahan tersebut.

Kesalahan tersebut, katanya, tidak termasuk yang telahpun diperuntukkan di bawah undang-undang persekutuan dan tidak boleh ada sebarang replikasi dengan undang-undang persekutuan, dengan hukuman yang berbeza bagi umat Islam.

"Di samping itu, undang-undang ini, jika digubal, ia sendiri mesti selaras dengan kebebasan asasi yang dijamin kepada semua rakyat, termasuk orang Islam, di bawah Bahagian II perlembagaan persekutuan," kata Lim.

Menurut Lim, hudud, yang pada asanya undang-undang keseksaan, terletak di bawah bidang kuasa Parlimen persekutuan.

Lim memetik kes Che Omar Bin Che Soh lawan Pendakwaraya [1988] di mana Mahkamah Agung ketika itu, telah memutuskan bahawa undang-undang Malaysia tidak perlu mengakuri prinsip-prinsip Islam, dan dengan itu "mengesahkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular".

islam religion muslim 1Dengan mengambil prinsip tersebut, tambahnya, jika hudud dibawa masuk ke dalam sistem keadilan jenayah, maka ia akan menyebabkan pengimportan undang-undang keseksaan Islam ke dalam undang-undang yang sekular, yang mana salah di sisi undang-undang."

Pelaksanaannya, tegas Lim, akan menyebabkan undang-undang yang berbeza untuk orang Islam dan bukan Islam dan bertentangan dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukan kesamarataan untuk semua rakyat.

Seseorang Islam juga, katanya, akan terdedah kepada dua pendakwaan atau sabitan berasingan: satu di bawah hudud dan satu di bawah kanun keseksaan, bertentangan dengan larangan terhadap perbicaraan berulang dalam Perkara 7 (2) perlembagaan persekutuan.


Malaysiakini

Tiada ulasan: