Isnin, 31 Oktober 2011

Biaqpila

Biaqpila


MAHATHIR MUDAH LUPA !!! Ghaddafi di Libya disuruh bicara jangan bunuh, tapi Ibrahim Libya dibunuh tak bicara

Posted: 31 Oct 2011 05:00 AM PDT


Suatu yang "kebetulan". Gaddafi adalah orang Libya manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Mahmud di kenali dengan Ustaz Ibrahim Libya sempena arwah pernah menuntut ilmu di bumi Umar Mokhtar itu.

Keduanya telah meninggal dunia. Assyahid meninggal di bumi kelahirannya Memali kira-kira 26 tahun yang lampau 19 November 1985. Manakala Gaddafi baru sahaja meningga juga dibumi kelahiraannya Sirte 2 minggu yang lalu.

Keduanya dibunuh. Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri manakala Assyahid dibunuh oleh Kerajaan Malaysia yang ketika itu PMnya Dr Mahathir, Menteri KDNnya Musa Hitam dan IGPnya Hanif Omar..

Keduanya dibunuh tanpa melalui proses keadilan yang sewajarnya. Tidak dibicarakan dan dibawa ke mahkamah untuk mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan. Proses "keadilannya" ialah tembak !

Cuma yang bezanya ialah Gaddafi ada rekod kejahatannya iaitu membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Manakala Assyahid Ustaz Ibrahim Libya "dosa"nya hanya mengajar ilmu agama kepada orang kampung dan menentang ISA. Itu sahaja.

Apabila Dr Mahathir menyatakan tidak wajar Gaddafi dibunuh dan beliau patut ditahan dan dibicara terlebih dahulu maka kita tertanya-tanya adakah Dr Mahathir seorang yang "waras" dan berlagak dialah seorang yang memperjuangkan keadilan?

Bagaimana dengan Peristiwa Memali? Sehingga kini, tiada ucapan maaf secara terbuka dari Mahathir, Musa Hitam dan Hanif Omar.

Tanda seseorang itu telah mencapai tahap kembali semula ke "alam bayi" ialah apabila dia "menjilat kembali kahak hijaunya" tanpa disedari! Itulah Mahathir" -Tranungkite

paspb2

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MAS KG BARU ‘DIBELI’ OLEH UMNO?

Posted: 31 Oct 2011 12:00 AM PDT


Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) menentang usaha Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru Ahmad Zambri As'ad Khuzami yang mendakwa mahu membawa rombakan keanggotaan dalam badan tersebut menggunakan kuasa Menteri Besar Selangor dan menegaskan, pihak berkenaan tiada hak veto berbuat demikian.

Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi menegaskan, majlis itu sendiri sudah membuat keputusan untuk melakukan rombakan ketika mesyuarat Ahli Jemaah Kerja pihaknya baru-baru ini sejajar dengan penubuhan Perbadanan Kampung Baru yang diumumkan kerajaan."MAS sendiri sudah membuat keputusan untuk melakukan rombakan ke atas perundangan dalam MAS supaya seiring dengan peredaran dan penggubalan rang undang-undang berkaitan Kampung Baru.

"Keputusan ini dibuat ketika mesyuarat lepas, bukan atas saranan Zambri," kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa kepimpinan tertinggi MAS Kampung Baru akan dirombak dalam masa terdekat atas alasan badan tersebut dilihat tidak lagi berfungsi secara efisien dalam mempertahankan tanah eksklusif masyarakat Melayu di kawasan penempatan itu yang terletak di ibu negara.

Ia dipercayai ada kaitan dengan rang undang-undang perbadanan pembangunan yang kontroversi, yang diluluskan oleh Dewan Rakyat awal bulan ini.

Zambri berkata, badan pentadbir yang sudah 111 tahun wujud akan dirombak atas kuasa yang ada pada Menteri Besar Selangor berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950.

"Rombakan MAS ini akan dilaksanakan dengan kuasa yang ada pada Menteri Besar Selangor sepertimana yang tertakluk di bawah enakmen sedia ada, yang berada di bawah bidang kuasa negeri.

"Menteri Besar berkuasa melantik empat orang ahli manakala baki tujuh lagi merupakan ketua kampung yang akan dipilih berdasarkan suara dan pilihan penduduk kampung masing-masing," jelasnya.

Mengulas lanjut, Shamsuri juga menolak penglibatan Menteri Besar Selangor sebagaimana dikatakan oleh Zambri bahawa beliau akan menggunakan kuasanya untuk merombak keanggotaan dalam MAS.

"MB Selangor ini tidak malu, memang dia ada kuasa, tapi telah sekian lama Kampung baru ini hidup sendiri tanpa bantuan Selangor, hanya menggunakan dana daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sekarang sibuk hendak campur tangan.

"MB boleh cadangkan sahaja, tetapi keputusan dibuat oleh Ahli Jemaah Kerja MAS, kalau kami menolak, dia tidak boleh buat apa-apa, MB tiada kuasa veto," tegasnya.

Jelas beliau, kali terakhir undang-undang dalam MAS dipinda adalah pada 1952 dan tidak pernah dipinda sejak itu dan kini perlu dilakukan perubahan ekoran perkembangan semasa.

"Bila kerajaan umumkan penggubalan rang undang-undang baru, ada beberapa perubahan perlu dibuat kerana terdapat undang-undang yang tidak sesuai digunakan lagi," katanya.

Selain itu, Shamsuri turut menegaskan kekosongan yang wujud dalam jawatankuasa pertubuhan tersebut berlaku ekoran dua orang ahli jawatankuasanya dilucutkan jawatan kerana melanggar undang-undang pertubuhan tersebut.

"Mengikut perundangan parti, mana-mana ahli jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat lebih tiga kali, jawatankuasa berhak melucutkan keahlian mereka.

"Bermula 13 Mei lalu, jawatan mereka telah dilucutkan dan MAS akan melantik ahli jawatankuasa baru untuk menggantikan mereka," katanya lagi.

Mengulas kenyataan Zambri yang mempertikaikan jawatan yang disandangnya berikutan dirinya telah diisytiharkan muflis, Shamsuri menegaskan, dia tidak melakukan jenayah berat yang membolehkannya dikenakan tindakan undang-undang, sebaliknya ia urusan dirinya dan pihak bank.

"Saya tidak terkejut bila soalan seperti itu dikeluarkan Zambri kerana perkara ini sudah banyak kali dibangkitkan, dalam mesyuarat Ahli Jemaah Kerja sahaja sudah dua kali dibincangkan.

"Keputusan mesyuarat tersebut berpihak kepada saya, Ahli Jemaah Kerja telah memutuskan saya masih lagi layak memegang jawatan setiausaha pertubuhan ini, ini merupakan serangan peribadi ke atas saya," kata beliau.

Beliau juga meminta Zambri supaya menjaga dirinya sendiri sebelum mencari kesalahan orang lain.

Setiausaha Kehormat MAS turut mempertikaikan campur tangan PAS dalam isu Kampung Baru dan mendakwa parti itu hanya mahu meraih sokongan penduduk.

Ujarnya, kehadiran PAS di Kampunh Baru hanya cuba menjadi hero segera yang kononnya membela nasib penduduk sedangkan pada hakikat mereka tidak pernah menjaga kebajikan penduduk.

"PAS tidak tahu sejarah Kampung Baru, mereka sekadar mencari populariti politik dengan campur tangan dalam isu ini, MAS sahaja yang benar-benar arif perihal penduduk di sini, setiap rekod penduduk ada dalam simpanan MAS," tegasnya lagi.

kl-today

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

IBU BUANG BAYI KERANA BERAMBUT PERANG

Posted: 30 Oct 2011 09:00 PM PDT


NANNING, China – Seorang ibu meninggalkan anak yang baru dilahirkannya di sebatang jalan di Nanning, wilayah Guangxi China kerana anak perempuannya itu berambut perang, lapor sebuah akhbar semalam.


Bayi malang itu ditemui oleh seorang wanita yang terdengar tangisannya, baru-baru ini.



Dia ditinggalkan bersama sekeping nota, beberapa helai pakaian bayi dan satu sampul surat berisi wang berjumlah 3,900 yuan (RM1,926).


"Saya sedang berjalan ke tempat kerja dan terdengar suara tangisan daripada dalam selimut di tepi jalan. Apabila dibuka, saya lihat seorang bayi sedang menangis," kata wanita tersebut.


Nota yang ditinggalkan itu berbunyi: "Saya berharap orang yang baik hati boleh membantu menghantar bayi ini ke rumah anak-anak yatim. Anakku, aku ibu yang tidak bertanggungjawab. Maafkan aku."


Polis mengesyaki bahawa ibunya membuang anaknya kerana dia berambut perang dan kemungkinan disebabkan oleh jantina bayi itu perempuan atau ibunya tidak mampu untuk membesarkannya.

Keluarga di China hanya dibenarkan mempunyai seorang anak bagi mengurangkan populasinya yang mencecah 1.3 bilion orang. via

asyrafasnawi

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pemuda PAS: Kami bukan Taliban, Dr Asri melampau

Posted: 30 Oct 2011 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert Elton John di Genting Highlands akhir bulan depan.

Sambil menganggap pandangan Asri sebagai "belum mengenali Pemuda PAS", Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.

"Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

"Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini selepas menutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di sini hari ini.

Nasrudin (gambar) mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Asri yang kini bertindak sebagai felo penyelidikan di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) dipetik berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

Beliau turut menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

Baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Pahang membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan John di Arena of Stars, Genting Highlands 22 November ini kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Ketuanya Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.

John, 64, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia.

Dalam kenyataannya Nasrudin juga menegaskan, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan kekerasan dalam dakwah mereka apatah lagi pendekatan ala Taliban.

Sebaliknya lebih kepada pendekatan lunak iaitu turun ke padang mendekati anak muda dengan menyebarkan risalah kesedaran agar menolak sebarang aktiviti yang melalaikan dan maksiat.

"Memang kita bantah itu tujuannya agar orang Islam tidak pergi ke konsert tersebut. Sebab itu saya cadang beliau (Asri) ambil masa turun ke medan sekali dengan Pemuda PAS, jumpa anak muda. Jangan hanya bercakap dari dalam bilik berhawa dingin," katanya.

Nasrudin juga meminta bekas mufti itu membuktikan di mana salah bantahan mereka terhadap konsert penyanyi itu.

Katanya, jika sekalipun pendekatan mereka "dilihat salah" oleh Asri, namun tindakan tersebut dibuat atas perinsip asas mencegah kemungkaran yang diwajibkan oleh Islam.

"Kalau tak setuju dengan pendekatan kita, kita terbuka menerima cadangan pendekatan lain dari beliau (Asri)... pendekatan ini perkara ijtihad.

"Pemuda tegas dengan perinsip mempertahankan Islam... kita bertindak atas dasar mencegah kemungkaran," katanya.

TMI

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: