Isnin, 31 Oktober 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Engkaukah itu, Rosmah?

Posted: 31 Oct 2011 05:44 AM PDT


Kalaulah anak PM Najib pun mampu berbelanja $60,000 (RM 187,498.91), tentulah $150,000 (RM468,747.28) itu tidak jadi soal sangat. Apalah sangat jumlah sebanyak itu kalau dibandingkan dengan Gelang Tangan, Cincin Permata atau koleksi Beg tangan jenama Birkin itu!

Lagak dua beranak dengan hiasan mutiara Australia

Najib memang gemar memanjakan isterinya si Rosmah yang boroi boros. Sebelum ini Rosmah dihebuhkan dengan Gelang Tangan – RM1.65 juta, Koleksi Beg tangan - RM1juta, Cincin Kontraversi - RM24juta , Peruntukan RM111juta untuk Permata dalam Bajet 2010,

Asri: Saya tak kata PAS Taliban, tapi ‘jangan tiru Taliban’

Posted: 31 Oct 2011 04:49 AM PDT

October 31, 2011
KUALA LUMPUR, 31 Okt — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang semalam diselar Pemuda PAS sebagai "keterlaluan" menegaskan beliau tidak pernah mengatakan PAS sebagai Taliban, kecuali menasihatkan parti Islam itu agar "jangan tiru Taliban" dalam pendirian mereka menentang konsert Elton John di Malaysia bukan depan.

"Saya tidak kata PAS Taliban, saya kata jangan tiru Taliban," kata bekas mufti Perlis itu dalam responsnya kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Petang semalam, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar Asri yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert artis, yang dikaitkan dengan amalan gay, di Genting Highlands akhir bulan depan.

Dalam penjelasannya, Asri berkata, tujuan beliau agar PAS dilihat lebih terbuka dan mampu menguruskan Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum.

Katanya, PAS hanya perlu menggesa Jabatan Agama Pahang menghalang Muslim daripada menghadiri konsert itu.

"Jika bukan Muslim yang mahu Elton John seperti mana mereka memilih untuk minum arak dan judi, selagi tempatnya tertutup untuk mereka sahaja, itu adalah hak mereka," kata beliau yang kini merupakan felow di Pusat Pengajian Islam Oxford.

Terdahulu dalam respons menerusi akaun Twitter pula, Asri berkata, beliau tidak kata pendirian Pemuda PAS itu salah dari segi nas, namun ia bukan pendekatan yang terbaik untuk PAS, komponen Pakatan Rakyat, dalam politik.

"Ada pilihan yang lebih baik," kata beliau yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia. Sumber

Laporan Audit: PAS mahu Agong minta Najib letak jawatan

Posted: 31 Oct 2011 01:40 AM PDT

<KUALA LUMPUR, 31 Okt — PAS akan memulakan kempen petisyen meminta Yang di-Pertuan Agong agar menasihatkan Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan susulan pendedahan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menunjukkan beliau telah gagal sebagai seorang perdana menteri dan ketua eksekutif kerajaan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, laporan itu menunjukkan pentadbiran Najib telah gagal untuk menghentikan pembaziran dan rasuah dalam kerajaan.

"Jika yang ini (berlaku) di sektor swasta, ketua pegawai eksekutif sudah pasti telah dipecat," kata beliau dengan menggariskan siri kelemahan dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara.

Laporan itu menyebut hutang kerajaan telah meningkat kepada RM407 bilion atau 51 peratus daripada KDNK dan mengetengahkan senarai kes salah urus termasuk bayaran bonus kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS akan memulakan kempen mengutip tandatangan mulai minggu depan.

"Sebanyak 50,000 hingga 60,000 tandatangan pun sudah cukup untuk menunjukkan kemarahan rakyat. Kita tahu di laman sosial Facebook lebih 100,000 orang telah memprotes projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat," katanya.

Laporan itu hanya diumumkan kepada publik Isnin pada 24 Oktober lalu, lebih dua minggu selepas Bajet 2012 dibentangkan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang menuduh Barisan Nasional (BN) sengaja melewatkan pembentangan laporan itu agar mereka tidak boleh membahaskannnya. sumber

Gempar ! Tsu Koon gentar dengan Lim Guan Eng

Posted: 30 Oct 2011 11:36 PM PDT

Kita semua patut turut bersimpati dan kesian melihatkan betapa bersungguhnya Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini yang menafikan berita bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Nampak benar, dia kecut teloq bila dilaporkan sebagai berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang.

Tsu Koon patut kena potong ayam (cara sumpah masyarakat Tionghua) bagi membuktikan kebenarannya itu. Atau ikut cakap Timbalan Perdana Menteri , Muhyiddin Yasin yang berkata tempohari : "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama,"

Tapi apasal dia takut sangat dengan Lim Guan Eng? Klik sini !

Dr Asri benci PAS atau Taliban?

Posted: 30 Oct 2011 08:36 PM PDT

Hamba Allah

Saya sangat sedih dan kecewa di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin seperti yang disiarkan di dalam laman Malaysiakini mengenai persembahan Elton John. Beliau seperti yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan berikut "PAS jangan tiru Taliban".

Beliau menyatakan bahawa halangan tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya. Beliau juga memberi alasan lokasi di Genting Highland merupakan tempat arak dan judi untuk non-muslim.

Saya rasa terpanggil untuk mengulas kenyataan Dr Asri yang saya rasakan mempunyai pengetahuan agama yang lebih baik dan sentiasa menjadi rujukan masyarakat. Saya tidak pasti, sejak bila pula gelaran meniru Taliban diberikan kepada kumpulan yang menolak sesuatu yang dibenci Islam. Cukup jelas tabiat Gay adalah haram.

Beberapa persoalan yang timbul, adakah kerajaan akan mendengar desakan kumpulan pendesak seperti yang disarankan Dr Asri iaitu tidak membenarkan orang Islam menyertainya? Persoalan ini perlu dijawab secara ikhlas oleh Dr Asri mengikut situasi masa kini. Adakah kerajaan yang ada sekarang mampu berbuat demikian?

Mampukah kita untuk menyekat media dan publisitinya. Mampukah kita menghalang anak-anak kita dari membacanya?

Meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya juga merupakan suatu hujah yang tergantung. Bagaimana? Surat, melalui dewan, memorandum, demontrasi atau menggesa seperti yang dilakukan pemuda PAS. Mana satu yang paling berkesan dan akan dipersetujui kerajaan?

Jika dilihat pengalaman lepas kerajaan sedia ada sekarang pernah menjemput pemain kriket Israel dan baru-baru ini peninju dari negara berkenaan dibenarkan pula melintasi sempadan negara. Elton John adalah satu lambang moral yang memang bersangkutan dengan akidah umat Islam begitu juga Israel yang banyak membuat kerosakan kepada orang Islam. Banyak lagi subjek dan item yang dikategorikan sebagai yang diharamkan Islam masih tidak mampu dibendung oleh kerajaan kini.

Adakah alasan Genting kawasan judi untuk orang bukan Islam boleh diterima. Tidak adakah orang Islam yang ke sana? Sedangkan judi di tanah rendah pun berlambak-lambak. Pergi sahaja ke kedai ekor, siapa pelawat yang paling ramai? Walau diletak tanda amaran judi tidak dibenarkan untuk orang Islam. Dibimbangi orang Islam yang tidak pernah ke Genting akan terus berkunjung ke sana bertitik tolak dari konsert Elton John.

Jika diikutkan falsafah Dr Asri, sesuatu yang bertentangan dengan Islam tidak ada masalah di Negara ini kerana kita akan meminta kerajaan melarang orang Islam melibatkan diri. Berkemungkinan juga Dr Asri melihat dari sudut kepelbagaian kaum. Bagaimana kalau pemintaan kita tidak dipenuhi? TV boleh siar apa sahaja kerana orang Islam di Malaysia bijak menilai yang mana baik dan buruk. Mungkin juga, boleh ditulis pada skrin TV, "Arahan : Orang Islam Dilarang Melihat Sesuatu yang Haram ".

Apa yang diutarakan disini adalah bertujuan bagi percambahan fikiran. Secara peribadi saya rasa sedikit sedih dengan tindakan melabel PAS sebagai meniru Taliban. Mungkin juga cara yang ditonjolkan pemuda PAS tidak disukai beliau, sekurang-kurangnya masih ada suara yang menegah kemungkaran. Apa salahnya Dr Asri menegur secara baik sebagai satu contoh dan teladan, selari pula dengan keilmuannya yang sentiasa menjadi rujukan umum.

Tiada ulasan: