Biaqpila |
- Janda Dedah Ketua Bahagian Cabul Di Bilik Hotel
- VIDEO JARINGAN FINAL PIALA MALAYSIA 2011
- NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2011
- Peluru dipos ke rumah Aziz Bari
- Selangor simpan 1b… Mat Said simpan 2 bijik telor sahaja.
- Aktivis Pakatan, Wartawan Di Serang Semasa Tinjauan ' Projek IC'
- 3 BERANAK JATUH FLAT SAMA MASA LAIN-LAIN
Janda Dedah Ketua Bahagian Cabul Di Bilik Hotel Posted: 29 Oct 2011 03:00 PM PDT SEMASA dalam perjalanan memasuki pekan Sungai Golok Rabu lalu saya dihidangkan dengan sebuah Vcd pengakuan oleh seorang janda menerusi perenti Vcd di kereta pacuan empat roda teman berdaftar di Siam. Pengakuan itu dirakam khusus, lokasinya seperti dalam sebuah bilik pejabat. Suara sang interviu janda itu saya dapat cam dengan cerat, dia lelaki dan bekas seorang artis tumpangan yang berlakun dalam sebuah komidi pada tahun 90-an. Kalau diminta untuk membuat kawad cam saya sedia tampil kerana saya kenal benar dengan perantaran itu. Mulanya saya tidak berminat untuk mendengar pengakuan seperti itu. Dari kulit Vcd itu saya sudah dapat mengagak bagaimana isinya. Tetapi kerana kawan yang memandu kereta itu juga mahu mendengarnya, saya tepaksa akur saja. Benar seperti saya jangkakan pengakuan janda itu saya kira melampau dan tidak berakhlak. Pendedahan yang berani tetapi langsung tidak menjaga akhlak diri sebagai perempuan Melayu dan juga orang yang hendak didedahkan itu. Pendedahan itu walaupun berniat baik tetapi kaedahnnya tidak baik. Dalam hal-hal seperti itu biarlah ada etika. Niatnya baik tetapi kaedah atau jalan diambilnya tidak begitu baik dan tercela, ia sia-sia saja. Janda itu mengakui dia dipermainkan oleh seorang ketua sebuah bahagian parti Umno di Kelantan. Dia mendakwa dia diperkosa oleh ketua bahagian Umno itu disebuah bilik hotel di Golok. Sedikit menimbulkan keraguan macam mana dia diperkosa kerana menurutnya temu janji itu dibuat terlebih dahulu, ertinya pertemuan di syurga dunia itu atas kehendaknya juga. Jelas kalau mengikut hukum hudud lelaki dan perempuan itu tidak boleh dihukum dengan hukum hudud kerana ia tidak ada saksi. "Dia ajak saya berjumpa dengannya, mulanya hendak berjumpa di Rantau Panjang, tetapi disebabkan dia bimbang diketahui orang sebab dia orang politik ramai orang kenal, dia mengajak saya ke Golok, "ceritanya. Di Golok, dia menempah sebuah bilik hotel. Sebaik masuk bilik hotel kata janda itu ketua bahagian terus membuka seluar baju dan memaksa dia bersetubuh dengannya. "Saya cuba menolak tetapi apakan daya kudrat saya sebagai perempuan, akhirnya tepaksa mengalah," sambungnya tanpa segan silu. "Berapa lama main (bersetubuh) dengannya?" tanya penginterviu itu. "Sebentar saja tak sampai setengah jam.." jawab si janda sedikit pun tidak menampakkan akan kekeksalan dan bersalah. Janda itu juga mendakwa hasil perhubungan jantina itu menyebabkan dia mengandung dan terpasak menggugurkan kandungan. "Saya telah memberi tahu kepada dia (ketua bahgian itu) mengenai keadaan diri saya, saya ingat dia oang baik dan benar-benar mahu menerima saya sebagai isteri, tetapi tidak...dia minta saya menggurkan kandungan dan memberi RM600 untuk tujuan itu.," jelasnya dengan wajah tenang dan tidak nampak rasa bersalah. Saya difahamkan wang RM600 itu diberi melalui seorang perempuan yang merupakan bekas kepada sebuah pertubuhan Ngo yang terkenal di Kelantan satu masa dulu yang dipimpin oleh seorang ahli Parlimen lompat. Janda itu yang mengaku mempunyai anak tiga, juga mendakwa selain daripada dirinya menjadi mangsa ketua bahagian itu, beberapa wanita lagi turut menjadi mangsa sama termasuk isteri orang dan anak dara. "Banyak lagi yang jadi mangsa dia ini... termasuk seorang isteri orang bersama anaknya sekali. Siang dipikul anak malam dia gendung emak.." katanya. Bagaimana pun menurutnya mereka yang menjadi mangsa takut untuk tampil membuat pendedahan menyebabkan dia mengambil inisitif membuat pengakuan itu bagi menyelematakan orang lain yang mungkin menjadi mangsa ketua bahagian itu. Apa yang saya nukil ini hanya intipati dari pendedahan janda itu. Banyak lagi dakwaan berhubung salah laku dan kerakusan sex ketua bahagian itu yang meloya dan menijikkan dicerita dalam rakaman Vcd yang memakan masa lebih setengah jam itu. Saya yakin Vcd itu kini sudah beredar di kawasan Umno di mana lelaki itu menjadi ketuanya. Pada saya video itu amat memalu dan meloyakan dan ia boleh menjejaskan reputasi ketua bahagian berkenaan. Ketua bahagian itu tercemar dengan pendedahan janda itu dan ianya seharus dibuat laporan kepada polis. Pendedahan dan pengakuan janda itu sama ada benar atau tidak ia perlu disiasat dan penyebarannya disekat kerana ia boleh memberi mudarat kepada pihak-pihak lain. Ketua bahagian yang disebut dalam pendedahan itu patut mengambil tindakan undang-undang ke atas janda berkenaan. Apakah laporan polis sudah dibuat? Keberanian janda itu juga sesuatu yang mengilankan sesiapa yang menontonnya kerana ia dibuat tanpa beretika di mana mukanya tidak ditutup. Menunjukkan keberanian dengan membuat pendedahan maksiat itu secara tidak langsung menyebabkan orang boleh mentafsirkan sifat dan fiil perangai janda itu sendiri. Dalam hal ini mungkin janda itu tidak boleh dipersalahkan sangat kerana dia inginkan keadilan dan pembelaan kerana merasakan dirinya teraniaya, tetapi pengusahanya perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan. Kalaupun pendedahan untuk memalu dan menjatukan kerjaya politik ketua bahagian itu sepatutnya rakaman pendedahan itu dibuat secara beradat dan amalan biasa di mana wajah mangsa ditutupi. Saya tidak mahu persoalan berapa bayaran kepada janda itu dan juga orang yang mengusahkannya, atau siapa terlibat. Tetapi dari Vcd pemdedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno. Membuat pendedahan untuk memalukan seseorang tidak menjadi masalah kepada mereka apa yang penting kepuasan batin kerana berjaya mengaib dan kemudian menjatuhkan lawan. Kerana mempercayai orang yang menjadi tukang interviuw itu adalah orang Umno saya yakin ia adalah kerja Umno juga. Yang dapat disimpulkan dari pendedahan dan penyebaran Vcd itu menunjukan Umno telah main kotor sesama sendiri. Umno meliwat puaknya sendiri. Kalaulah budaya jahiliah ini diteruskan macam mana Umno Kelantan berangan-angan untuk merampas Kelantan. Letihlah Mustapa Mohamed berusaha untuk menumbanhkan Kelantan kalau kerja-kerja dan budaya itu berleluasa. Saya percaya versi pendedahan sebegini kerana tidak berpuas hati sesama sendiri akan banyak lagi dikelaurkan. Nampaknya menjatuhkan kawan dengan menyebarkan video lucah dan pendedahan berani ini menjadi satu trend baru dalam politik negara ini. Mungkin inilah yang diajar atau hasil ilham orang-orng Umno yang mereka cipta video lucah untuk memburukkan tokoh tertentu ia kini telah memakan diri sendiri. Wowww! [wm.kl.9:00 pm 29/10/11] msomelayu KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
VIDEO JARINGAN FINAL PIALA MALAYSIA 2011 Posted: 29 Oct 2011 10:52 AM PDT PASUKAN Negeri Sembilan berjaya menjuarai Piala Malaysia dengan mengatasi Terengganu 2-1. SHAH ALAM: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga selepas mengalahkan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir malam ini. Terengganu memulakan jaringan pada minit ke-59 dengan jaringan oleh Mohd Ashaari Samsudin. Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan akibat kesilapan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, yang gagal menangkap kemas sepakan S Kunalan pada minit ke-81. Lima minit kemudian, Negeri Sembilan berjaya menghasilkan satu lagi gol hasil jaringan Hairuddin Omar pada minit ke-86, memastikan kemenangan untuk Negeri Sembilan. HM Saksikan video jaringan yang terhasil sepanjang 90 minit perlawanan tersebut. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2011 Posted: 29 Oct 2011 07:44 AM PDT |
Peluru dipos ke rumah Aziz Bari Posted: 29 Oct 2011 03:55 AM PDT Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini. Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti". "(Dihantar dengan) pos biasa saja. "Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya. Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi. Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz. Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja". Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009. "Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali. "Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu. Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang". "Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang. Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam. Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari. Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya. MK Published with Blogger-droid v1.7.4 |
Selangor simpan 1b… Mat Said simpan 2 bijik telor sahaja. Posted: 28 Oct 2011 09:00 PM PDT Pada 31 Disember 2010, pelaburan yang dicatatkan oleh Negeri Selangor berjumlah RM668 juta dan wang tunai simpanan Kerajaan Negeri berjumlah RM900 juta. Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah memperlihatkan lonjakan jumlah pelaburan dan wang tunai simpanan Kerajaan Negeri. Pada Suku Tahun Kedua 2011, pelaburan telah mencapai RM557 juta dan wang tunai simpanan Kerajaan Negeri meningkat kepada jumlah RM1.2 bilion. Kalau dilihat perkembangan negeri Pulau Pinang pula dalam menguruskan kewangan. Kumpulan Wang Disatukan Negeri Pulau Pinang telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion. Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta Manakala Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja. Bagaimana pula negeri Terengganu. Negeri tanah airku yang diperintah oleh Datuk Mat Said. Kalau bab berbini, kita orang pas memang tabik spring kat Mat Said ni. Ikut sunnah Nabi..lah katakan… tinggal satu saje tunggu kuota penuh. Tapi bagaimana menguruskan kewangan negeri??? Audit ketika melapurkan bahawa, hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4%. Umno ni memang tak tahu bayar hutang. Buat hutang tau le. Kalau Kerajaan Kedah ditinggal tahik hutang kepada rakyat 2 billion tanpa pernah membayarnya tetapi bermula zaman Ustaz Azizan ni dah start bayar 10j. Orang cakap ulama Pas tak pandai memerintah. Nak urus ekonomi macamana??? Tetapi tengoklah sendiri prestasi negeri-negeri diperintah oleh PR berbanding negeri yang diperintah oleh Umno-BN. Klau kata haprak… berasa hati. Zaman Pas memerintah meskipun sebelum itu Kerajaan Terengganu dah mempunyai limpahan royalti tetapi Terengganu masih berhutang melebihi 700j tanpa berbayar dan apabila Pas memerintah yang ketika itu Tok Guru Hj Hadi sebagai MB mula membayar 37j hutang yang dibuat zaman Umno-BN. Bahkan semasa Pas dijatuhkan, kerajaan masih lagi mempunyai simpanan tunai yang ditinggalkan oleh pimpinan Pas melebihi 400j. Habis bila ia nya diperintah kembali oleh pimpinan Umno-BN kemana hasil ini semua bahkan kini rakyat Terengganu menanggung hutang hampir mencecah 1 billion. Mat Said juga gagal membuat asset serta simpanan wang tunai dua tahun berturut-turut dengan kadar ‘kosong’ bagi tahun 2009 & 2010. Dahlah simpanan tunai kerajaan Negeri Terengganu menyusut pada tahun 2008 ketika beliau mula memerintah dengan kadar 6 juta sahaja daripada 89 juta dizaman Idris Jusoh bagi tahun 2007. Nampaknya rakyat Terengganu ditinggal telur sahaja oleh Datuk Mat Said. Itupun sebab bininya dua sebelum ini… boleh le sebutir sorang dan kita berkeyakinan setelah tambah bini sorang lagi ni… dan kalau beliau diberi kuasa untuk memerintah lagi.. nescaya sebijik ‘0’ lagilah wang tunai kerajaan Terengganu hasil kebijaksanaan Mat Said memerintah Terengganu meskipun mendapat royalti serta bajet negeri yang diluluskan sebanyak 6 billion semenjak 3 tahun beliau memerintah. Yelah sejak makan ubi gadung ni.. Nampak sangatlah ‘kebijaksanaan’ beliau. Dah le buat hutang makin banyak… tak reti nak bayar pulak tu, sumber selain royalti hanya mampu dicari 150j sahaja dan asset tunai hanya kosong berturut-turut. Cakap berdegar-degar meluluskan bajet melebihi Selangor!!! Macam tu nak kekalkan Mat Said lagi ke??? ustsaifulbahri KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Aktivis Pakatan, Wartawan Di Serang Semasa Tinjauan ' Projek IC' Posted: 28 Oct 2011 06:00 PM PDT SEPANG 28 OKT : Sekumpulan aktivis Pakatan Rakyat diserang beberapa lelaki semasa membuat tinjauan terhadap satu operasi yang disyaki percubaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini. Turut diserang krew TvSelangor yang mengikuti tinjaun aktivis tersebut - gerakan 'Jingga 13'. Kumpulan lelaki tersebut menyerang dengan menghentak dan menendang kenderaan aktivis dan wartawan TvSelangor dalam kejadian itu. Namun tiada sesiapa yang tercedera dalam kejadian jam 6.20 petang semalam. Sebelum itu, Pasukan Pemimpin PKR dari cabang Sepang berkata mereka menerima maklumat dari sumber yang dipercayai berhubung operasi itu dan bertindak membuat tinjauan kasar. Ketua Cabang Keadilan Sepang, Borhan Aman Shah ketika ditemui TvSelangor berkata operasi tersebut ada kaitannya dengan pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. "Hari ini ada empat buah bas yang dikenal pasti telah membawa warga Indonesia, saya telah menemu bual pemandu bas dimana beliau telah mengesahkan ada membawa kumpulan warga asing ini dari Greenwood, Gombak. Menurut pemandu bas tersebut, warga asing itu dibawa untuk satu kursus keusahawanan. "Warga asing ini dikatakan dibawa masuk ke resort untuk mengikuti kursus keushawanan, persoalannya sekarang adakah golongan ini datang ke Malaysia untuk berniaga ataupun untuk bekerja, kalau benar mereka mengikuti kursus keushawanan, atas fakta apa mereka mengikutinya," katanya. Borhan berkata sekiranya benar terdapat satu usaha untuk memberi IC kepada warga asing, mereka bukan sahaja menjadi warganegara malah akan layak mengundi pada pilihanraya umum akan datang. "Ini kali kedua, sebelum ini tersebar luas di media dimana enam buah bas memuatkan warga asing masuk ke kawasan ini dan hari ini kita jelas ada empat buah bas. "Saya tidak menuduh, tetapi perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku." Ekoran daripada maklumat tersebut, Pasukan Jingga 13 bergerak ke resort itu bersama-sama krew TVSelangor untuk meninjau lokasi yang dimaksudkan. Setiausaha Gerakan 'Jingga 13', Saifuddin Shafi Muhammad berkata tujuan mereka adalah untuk melihat sendiri sama ada dakwaan yang dimaksudkan itu benar. "Waktu itu hujan renyai-renyai, kami berhenti seketika di dalam kawasan resort untuk membuat pusing 'u' (ekoran jalan terlalu sempit), kemudian kami diserang dan diancam oleh sekumpulan lelaki, saya menganggarkan lebih kurang lima orang lelaki. "Tindakan mereka mengamcam kami dari awal membuatkan kami tidak selesa dan bertindak melarikan diri. "Apa yang sempat kami rakam ialah imej seorang lelaki yang bertindak menyerang kami, saya juga percaya lelaki yang sama ini turut menendang kenderaan wartawan TvSelangor." Akibat kejadian tersebut, Krew TvSelangor yang terlibat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Manakal PKR Cabang Sepang telah membuat laporan di IPD Sepang. tvs KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
3 BERANAK JATUH FLAT SAMA MASA LAIN-LAIN Posted: 28 Oct 2011 03:00 PM PDT Sebuah keluarga yang tinggal di Flat Cempaka, Pinggiran Batu Caves dekat sini terus dirundung malang apabila dalam tempoh lapan tahun, tiga ahli keluarga itu maut, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan tersebut.Dalam kejadian terbaru hari ini, S. Prema, 54, ditemui mati berlumuran darah dalam longkang oleh penduduk setelah dipercayai terjatuh dari tingkat 12 flat berkenaan awal pagi ini. Mayat mangsa yang tinggal di tingkat sembilan flat itu ditemui pukul 5.30 pagi dan segera dimaklumkan kepada anak lelakinya yang hanya dikenali sebagai Siva, 22. Siva memberitahu, dia dimaklumkan mengenai tragedi menimpa ibunya itu semasa berada di tempat kerja pada pukul 6.45 pagi. "Berita itu amat mengejutkan saya kerana baru semalam, kami sekeluarga bergembira meraikan Deepavali dan tiada langsung tanda- tanda ibu saya akan meninggalkan kami buat selama-lamanya. "Yang menghairankan saya ialah cara kematian ibu adalah sama dengan seorang abang dan kakak saya sebelum ini. Ketiga-tiga mereka ditemui mati terjatuh dari flat kediaman kami," katanya ketika ditemui di Hospital Selayang dekat sini hari ini. Menurut Siva, seorang abangnya meninggal dunia akibat cedera parah setelah ditemui terjatuh dari flat tersebut lapan tahun lalu, diikuti seorang lagi kakaknya pada tahun lalu. Katanya, tanpa disangka-sangka, ibu mereka ditimpa nasib sama pada hari ini menyebabkan hanya tinggal dia bersama seorang kakaknya yang masih hidup ketika ini. Siva berkata, dia tidak tahu apa punca mengakibatkan tiga ahli keluarganya menemui ajal dengan cara sama kerana kematian ibunya hari ini disiasat oleh polis sebagai mati mengejut. kl-today KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan