Selasa, 18 Oktober 2011

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 18/10/11

Posted: 18 Oct 2011 07:46 AM PDT

IKRAR SOKONG BN SYARAT DAPAT IC?

Posted: 18 Oct 2011 04:23 AM PDT


PAS mendakwa 240 warga asing yang dikesan cuba mendaftar menjadi warga negara Malaysia di Astana Dugang  Country Resort dekat Putrajaya pada 12 Oktober lalu telah dipaksa berikrar  mengundi parti kerajaan.Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat  (gambar) berkata, ikrar secara lisan itu dilihat  saksi yang  berada dalam bas yang dipenuhi warga asing terbabit ketika dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Putrajaya.
Suhaizan mendakwa, berdasarkan saksi itu terdapat seorang wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kulai.
"Wanita itu kemudiannya memberi taklimat  tanpa menggunakan mikrofon, namun tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Astana Dugang Country Resort," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS  di sini hari ini.
Beliau berkata, arah perjalanan warga asing ini juga berubah-ubah kerana tujuan asalnya adalah bermesyuarat di Putrajaya, kemudian dipecahkan d ibeberapa lokasi di Johor.
Apabila sampai di Putrajaya bas terbabit berlegar-legar disekitar dan kemudian diarahkan membawa sekumpulan warga asing itu ke Astana Dugang Country Resort.
Sehubungan itu, Suhaizan mahu satu badan siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan selain jaminan saksi yang terlibat bebas tampil untuk memberi keterangan dan bukannya secara paksaan.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN), JPN dan agensi yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan tidak perlu terlibat dalam jawatankuasa bebas ini," kataya.
Himpunan di Parlimen
Beliau berkata Dewan Pemuda PAS (DPP) akan membuat himpunan beramai-ramai di hadapan bangunan Parlimen pada pagi Isnin 24 ini  bagi mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjelaskan isu terbabit.
Suhaizan berkata, beliau dan Timbalan Presiden PAS  Mohamad Sabu  akan menyerahkan memorandum kepada Hishamuddin di Parlimen pada hari berkenaan,
Sementara itu, Suhaizan turut menyelar kenyataan Hishamuddin yang seolah-olah lepas tangan dalam isu ini apabila mhu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).


Katanya, PSC ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihan raya dan bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan JPN.
"Menteri Dalam Negeri juga tak tahu apa tujuan warga asing berkenaan berada di sana sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang tahu.
"Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan tertentu," katanya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Apa muslihat sorok Laporan Ketua Audit Negara?

Posted: 17 Oct 2011 09:00 PM PDT


KUALA LUMPUR 17 Okt: Selepas masuk minggu kedua Belanjawan 2012 dibentangkan pada 7 Oktober lalu, Dewan Rakyat masih belum dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, terdapat usaha untuk menyorokkan kandungan laporan berkenaan supaya ia tidak dibahaskan.

"Bila Dewan mahu menyerahkan? Apakah ini muslihat untuk menyorok dan menangguhkan supaya kandungannya tak dapat dibahaskan?," soal Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
Justeru itu beliau mahu Speaker Dewan Rakyat memberi jaminan bagi memastikan Laporan Ketua Audit Negara diserah dan dibentangkan secepat mungkin.

Ini kerana menurut Peraturan Mesyuarat 20 (1), Dewan Rakyat, Speaker dan ahli mesyuarat mesti dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara, sedangkan perbahasan Belanjawan 2012 telah memasuki minggu kedua.

"Speaker perlu memastikan perjalanan mesyuarat. Laporan Ketua Audit Negara mesti disediakan," tegas beliau.

Sementara itu, Timbalan Speaker II Dewan Rakyat, Tan Sri Ronald Kiandee turut mengakui Dewan Rakyat masih tidak menerima Laporan Ketua Audit Negara untuk dibentangkan meski pun telah dua minggu perbahasan Belanjawan 2012 berlangung.
"Saya pun senasib dengan Yang Berhormat sekalian, masih belum terima Laporan Ketua Audit Negara," katanya.

Hal ehwal Parlimen adalah dibawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang dimaklumkan kini sedang berada di luar negara.
Sementara itu, difahamkan Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentangkan kerana dibimbangi memberi persepsi berbeza terhadap pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai rekod cemerlang.

keadilandaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Hutang Negara RM437.2 bilion

Posted: 17 Oct 2011 06:00 PM PDT



KUALA LUMPUR 17 Okt: Sekurang-kurangnya Kerajaan Persekutuan berhutang RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 30 Jun tahun ini.

Angka yang mengerunkan itu diperoleh daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta Menteri Kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang.

Manakala bakinya RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Menerusi jawapan itu juga, dewan rakyat diberitahu bahawa sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Dalam pada itu hutang luar negara Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada serta Dinar.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pencuri lembu guna BMW

Posted: 17 Oct 2011 03:00 PM PDT


Gambar Hiasan.

Pemilik lembu hendaklah lebih berwaspada dengan ternakan masing-masing menjelang musim perayaan khususnya hari raya qurban yang semakin hampir, kerana kelibat pencuri semakin menjadi-jadi.

Terbaru dalam kejadian di Mahang seekor lembu nyaris dicuri oleh dua pemuda dengan cuba menyumbat ternakan itu ke dalam kereta BMW mereka.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Khor Eng Khim berkata, pemuda berusia dalam lingkungan 30an itu telah menyuntik ubat pelalian pada lembu itu sebelum berusaha menolak masuk ke dalam BMW berwarna hitam.

Bagaimanapun tindakan pantas pemilik lembu itu telah berjaya mengagalkan usaha dua pencuri berkenaan.

penangdaily



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: