Selasa, 18 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Buku Kisah Najib Tak Laku..

Posted: 18 Oct 2011 08:46 AM PDT



Korang ingat tak lagi buku mengenai Najib yang bertajuk 'Najib Razak : Prime Minister of Malaysia' yang diterbitkan pada 15 June 2009 dan ditulis oleh Chamil Wariya?


Dari synopsis buku tersebut yang kelihatan hanyalah ayat-ayat mengampu Najib sahaja, antaranya Najib dikatakan beliau telah mengikuti jejak langkah Ayanhnya Tun Razak sebagai seorang Ahli Politik yang berjaya, malah melebihi pencapaian Ayahnya Tun Razak'..



Buku tersebut dikhabarkan oleh seorang sahabat kini dijual di MPH dengan potongan harga 50% dari harga asalnya iaitu RM19.90..

Bagaimanapun biarpun telah diberikan potongan hingga 50% buku tersebut masih gagal menarik pembeli.. atau dalam lain ayat TAK LAKU.



Kesian kat Najib.. tak ramai rakyat Malaysia yang nak tahu pasal dirinya biarpun dah berpuluh juta ringgit dihabiskan untuk membina imej..

Kenapa 3 Juta Ahli UMNO itu tidak berminat memilikinya agaknya?

Kadar pertumbuhan hutang negara memberangsangkan.. Tahniah BN!

Posted: 18 Oct 2011 07:25 AM PDT

Sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).

Senario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh "berkecai" melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.


Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalahlebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.

"Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka," petik laporannya itu.

Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.

Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

"Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang - RM1, 000000000000," petik laporan itu.

Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun.

"Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi, "kata laporan itu lagi.


Malaysiakini

Bila Pemuda UMNO tak ada Projek.. depa jadi Samseng la pulak.. (Video Inside)

Posted: 18 Oct 2011 04:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga ahli perniagaan mendakwa pekerja mereka diugut, diancam dan dipukul oleh sekumpulan ahli Pemuda Umno kerana enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan pemuda berkenaan.

Ahli perniagaan berkenaan mendakwa membeli membeli sebuah unit bangunan di tingkat bawah sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini, Jun lalu.


Mereka mendakwa pekerjanya mula diganggu kumpulan lelaki terbabit Jumaat lalu.

Selain pekerjanya yang cedera didakwa dipukul, cermin lori milik ahli perniagaan itu juga dipecahkan.

Wartawan serta ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang dibawa ke tempat kejadian secara tiba-tiba didatangi seorang Pemuda Umno yang menafikan tindakan itu sambil menyifatkan ia tuduhan palsu.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Zulkeflie Mat mengaku beliau adalah ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa dan juga wakil Hal Ehwal Penjaja di Chow Kit.

Nafi bawa konco

Turut kelihatan seorang lelaki yang memakai baju merah dikenali sebagai Jaamat Jantan yang merupakan Ketua Umno cawangan Masjid Pakistan dan juga penjaga kawasan.

Zulkeflie menafikan bahawa beliau membawa konco-konco untuk membuat kacau serta meminta wang perlindungan seperti yang didakwa ahli perniagaan tersebut.

"Saya berjumpa dengan salah seorang rakan kongsi peniaga terbabit. Saya bertindak kerana menerima aduan daripada penjaja lain. Mereka buat ubahsuai adakah mengikut saluran yang betul? Mereka boleh tuduh..tapi saya tegaskan saya menjaga hal-ehwal penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi-tepi jalan ini," katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam sidang media sebelum itu, salah seorang rakan kongsi yang dikenali sebagai Lee Kok Leong, 43, mendapat tahu bahawa seorang pekerjanya warga Bangladesh dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Tidak cukup dipukul, para pekerja mereka diugut agar pihak majikan mereka segera menghentikan kerja pengubahsuaian di bangunan itu.

Menurut Lee, beliau didatangi oleh dua lelaki, iaitu Zulkeflie dan seorang lelaki hanya dikenali sebagai AD.

Minta bayaran RM800

"Mereka datang bertemu kami dengan wajah yang garang dan meminta bayaran sebanyak RM800," katanya.

Katanya ekoran tindakan kumpulan itu tiga laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat lalu dan semalam.

Seorang lagi rakan kongsi Cheng Chin Heng, 36, kesal dengan polis yang enggan menyiasat walaupun laporan polis sudah dibuat.
"Sehingga sekarang saya mendapati penama dikenali sebagai AD dan Zulkeflie masih berada di kawasan kedai kami. Meraka melarang

saya dan pekerja balik ke sana jika tidak kami akan dipukul. Mereka juga membawa masuk barang-barang mereka seolah-olah ia tempat mereka.

"Ekoran saya enggan membayar wang perlindungan kepada dua penama itu, dan saya diberitahu mereka dari Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, mereka kata tempat itu dijaga oleh Umno," katanya yang turut ditemani peguam.

Menurut Cheng satu laporan polis akan dibuat hari ini kerana semua peralatan untuk pengubahsuaian turut hilang.

Seorang lagi rakan kongsi mereka adalah wanita tetapi namanya enggan didedahkan.

Mana ada tayang video seks kata Ahmad Maslan... Hanya..

Posted: 18 Oct 2011 03:41 AM PDT

Laporan Polis dah dibuat.. jadi nafikanlah di Balai Polis atau Mahkamah bukannya dalam Media..

Apa dia ingat sebagai pemimpin UMNO dengan menafikan dalam media pihak Polis tak perlu menyiasat?

Dari Malaysiakini

Ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan bahawa parti itu dan BN menayangkan pita video seks seorang lelaki yang menyerupai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu taklimat kepada kakitangan awam dan pemimpin masyarakat di Perak Sabtu lalu.


Ahmad, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata hari ini tiada video seks yang ditayangkan pada majlis itu.

"Mana ada tayang video seks... Hanya yang (ditayangkan) ada dalam TV1 dan TV3 yang keluar sebelum ini.

"Macam gambar-gambar yang dah masuk dalam Utusan dan lain-lain akhbar... tak kan lah bodoh sangat saya ini (untuk menayangkan video seks itu)," katanya dalam jawapan sms ringkas kepada Malaysiakini.

Majlis Penerangan Perdana anjuran kerajaan negeri Perak di dewan Jubli Perak Kuala Kangsar pada Sabtu lalu dihadiri oleh lebih daripada 2,000 kakitangan awam, pemimpin masyarakat, ahli-ahli badan-badan bukan kerajaan dan orang ramai.

Akhbar Sinar Harian hari ini (baca SINI) melaporkan bahawa Pakatan Rakyat membuat laporan polis semalam berhubung dakwaan klip video seks yang dikatakan mirip Anwar ditayangkan semasa majlis itu.

Diiketuai oleh ketua penerangan PKR Perak Zulkifly Ibrahim, Pakatan mempersoalkan tayangan klip berkenaan kerana perkara itu masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.

Tak bermoral

"Kami kecewa kerana video itu terdapat unsur seks dan tidak bermoral tetapi ditayangankan kepada umum.

"Tayangan ini juga menyalahi perundangan negara kerana melibatkan aspek moral keterlaluan dan menunjukkan penganjur juga tidak bertamadun," Zulkifly dipetik Sinar Harian hari ini.

Beliau juga mendakwa majlis itu anjuran menteri persekutuan, timbalan menteri, exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan yang sama, timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir berkata Umno dan BN dilihat kian terdesak dengan menggunakan program rasmi kerajaan untuk menayangkan video lucah.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas Umno kerana menggunakan majlis dan premis kerajaan untuk menayangkan video lucah itu.

"PAS menyifatkan Umno dan pemimpinnya adalah parti yang tidak bermaruah, tidak bertamadun apabila sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka," katanya.

Bagi Misbahul, Umno sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa.

"Rakyat perlu menolak parti dan pemimpin Umno yang tidak ada harga diri pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Ini adalah satu percubaan untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dan kita mahu pihak polis untuk mengambil tindakan dan menyiasat perkara itu (kerana) Umno menggunakan acara dan premis-premis milik kerajaan untuk menunjukkan video itu," katanya.


Malaysiakini

250,000 Islam Murtad? Kenyataan Harussani didakwa tak lojik.

Posted: 18 Oct 2011 01:52 AM PDT

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, pernah berkata banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negara ini, namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan.

"Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.


"Hakikatnya banyak (murtad), bukan sekadar masuk Kristian tapi Hindu pun ramai, saya tahu banyak usaha dibuat bukan Islam untuk pengaruhi Islam, malah ada mengakui poketnya sentiasa ada RM30,000 hingga RM50,000 bagi mempengaruhi umat Islam memasuki agama mereka," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Siri Bicara Agung Panggung Dakwah - sepenuhnya sila baca di (SINI)

Kata Mufti Perlis Dr.Juanda Jaya pula jumlah besar yang selalu diuar-uarkan tidak masuk akal meskipun beliau tidak menolak kemungkinan ada kes murtad berlaku di kalangan masyarakat Islam.

"Tidak logik apabila orang tulis di Internet kononnya lebih 250,000 orang Islam di negara ini sudah murtad.

"Kalau ada, buktikan dan jangan beremosi. Setiap negeri ada enakmen yang mengawal dakyah agama lain daripada disebar kepada orang Islam, kenapa mereka ini tidak didakwa?" kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Hmmm… Apa Harussani buat ni??



******************


Mufti Perlis: Tak logik orang dakwa lebih 250,000 Muslim sudah murtad

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertikai dakwaan bahawa kes murtad di negara ini semakin parah dan ramai yang sudah keluar Islam, sebagaimana ditimbulkan oleh sesetengah pihak.

Juanda berkata jumlah besar yang selalu diuar-uarkan tidak masuk akal meskipun beliau tidak menolak kemungkinan ada kes murtad berlaku di kalangan masyarakat Islam.

Jelas beliau (gambar), isu murtad tidak sepatutnya dihebohkan kerana ia menggugat sensitiviti umat Islam selain mencemarkan imej agama seolah-olah ia lemah dan tidak mampu menjaga penganutnya sendiri.

"Tidak logik apabila orang tulis di Internet kononnya lebih 250,000 orang Islam di negara ini sudah murtad.

"Kalau ada, buktikan dan jangan beremosi. Setiap negeri ada enakmen yang mengawal dakyah agama lain daripada disebar kepada orang Islam, kenapa mereka ini tidak didakwa?" kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Pandangan itu diketengahkan ketika beberapa pihak menggesa agar kerajaan menggubal undang-undang khusus bagi mencegah kes murtad.

Pagi tadi, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa Himpunan Sejuta Umat (Himpun), yang akan diadakan Sabtu ini, yang antara lain bermatlamat mahu menyatukan umat Islam bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad, akan mengeluarkan deklarasi menggesa kerajaan menggubal satu undang-undang khusus bagi mencegah kes-kes murtad di kalangan Muslim.

Gesaan ke arah itu merupakan salah satu kandungan dalam deklarasi yang akan diputuskan di akhir perhimpunan, kata Setiausaha Sekretariat Himpun Aminuddin Yahaya kepada The Malaysian Insider.

Kandungan deklarasi mirip pandangan dikemukakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria minggu lalu. Beliau mencadangkan agar pihak berkuasa agama supaya segera mewujudkan akta bagi menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Harussani, ini kerana golongan yang cuba menyesatkan orang Islam tidak pernah berhenti berbuat demikian sejak dari dahulu lagi.

Harussani, yang dijangka akan turut berucap pada perhimpunan, akta murtad perlu diwujudkan segera kerana gejala itu seperti virus terhadap bangsa Melayu Islam.

Meskipun belum ada angka rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai kes murtad, pada tahun 2008 Harussani dilaporkan berkata terdapat 260,000 orang Melayu sudah dikristiankan di negara ini dan bilangan itu dikhuatiri bertambah saban tahun.

Dalam satu kenyataan semalam, Islamic Renaissance Front (IRF) berkata tiada perangkaan tepat mengenai kes murtad dan bimbang Himpunan Sejuta Umat akan memberi gambaran salah dan buruk tentang Islam.

The Malaysian Insider

Zul Nordin tak ada kena mengena dengan Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN).

Posted: 17 Oct 2011 11:53 PM PDT



Hairan juga aku bila memikirkan kenapa Pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) mengeluarkan kenyataan mengatakan antara yang tidak terlibat dalam kepimpinan HIMPUN adalah Zul Nordin.


Dan jika Zul Nordin mengeluarkan kenyataan dalam perhimpunan itu kenyataannya tidak mewakili HIMPUN..

Tapi.. mungkin mereka sedar bahawa Zul Nordin itu seorang hipokrit.. paling jelas bila beliau menyertai rombongan Najib ke Turkey suatu masa dulu..

Dalam lawatan Najib dan Rosmah telah bertafakur di Taman Makam Pahlawan Anitkabir, Turki . Dalam Upacara penghormatan pula Najib telah meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk (musuh Islam).. lihat gambar di SINI

Zul Nordin yang kononnya seorang pejuang Islam telah merelakan Najib melanggar keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang telah membuat keputusan dalam persidangannya pada 7 Oktober 1987 mengatakan meletakkan kalungan bunga pada Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Adakah Najib tidak tertakluk kepada keputusan Majlis Fatwa itu wahai Zul Nordin?


*******************


Kenyataan Media
18hb Oktober 2011

HIMPUN TIDAK AKAN DIBENARKAN DIPOLITIKKAN

Saya selaku Pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) ingin menjelaskanbahawa YB Zulkifli Nordin , Senator Ezam dan YB Ibrahim Ali tidak terlibat dalam kepimpinan HIMPUN . Mereka juga tidak telibat dengan ucapan tokoh pada hari perhimpunan .

Jika mereka mengeluar sebarang kenyataan berkait dengan perhimpunan , itu tidak mewakili HIMPUN.

Saya tidak akan membenarkan inisiatif ini dicemari dengan niat terselindung oleh mana-mana pihak dan akan membuat pendirian tegas .

Isu ini adalah isu menyelamatkan aqidah Islam dan bukan isu politik untuk menyerang mana-mana pihak.

Perhimpunan akan memberi penekanan untuk memupuk kefahaman dan kesatuan antara umat Islam, meningkatkan sensitiviti rakyat pelbagai kaum mengenai Aqidah Islam dan kesucian agama Islam, menegaskan keperluan semua pihak supaya menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan serta memperkukuhkan hidup harmoni antara pelbagai kaum dan anutan agama.

Mana-mana pihak yang cuba menyimpang dan mencemar niat HIMPUN akan saya buat pendirian tegas.

Saya ingin menegaskan bahawa HIMPUN tidak akan terlibat untuk menyerang mana-mana pihak selain menegaskan pihak umat Islam perlu bersatu mempertahankan aqidah Islam.

Saya menyatakan pendirian bahawa tumpuan HIMPUN pada asasnya hanya untuk fokus kepada soal Aqidah umat Islam dan kesatuan umat Islam untuk mengukuhkan penghayatan aqidah serta mempertahankan pegangan umat Islam dari sebarang usaha untuk menggugat aqidah tauhid yang menjadi prinsip pokok dalam pegangan umat Islam.

Sementara ada insiden yang dipertikaikan semada berlaku usaha memurtadkan orang Islam atau tidak , adalah suatu isu yang perlu diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa . Pihak berkuasa perlu konsisten menangani pelbagai usaha dan tindakan yang melanggar undang-undang Islam.

Saya menegaskan bahawa umat Islam perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap ujudnya serangan pihak tertentu terhadap aqidah umat Islam melalui pelbagai cara termasuk cara menerapkan aliran pemikiran dan fahaman yang ditolak oleh Islam.

Saya juga menegaskan bahawa aliran pemikiran sekularisme dan perkauman assobiyyah sememangnya boleh membawa kepada gugatan aqidah dan oleh itu usaha untuk memeranginya juga harus dilakukan .

Saya juga ingin mengingatkan usaha gerakan evangelis ditingkat global , serantau dan nasional untuk mendekati umat Islam dan berusaha agar mereka berpindah agama tidak boleh dinafikan.

Golongan evangelis yang mendapat dokongan dana dari luar mempunyai agenda mengembangkan agama kristian diseluruh dunia dan rantau ini adalah antara rantau yang diberi perhatian khusus.

Lantaran itu pihak kepimpinan agama Kristian di Malaysia perlu membuat pendirian terhadap agenda ini kerana mereka harus menerima hakikat bahawa ia tidak boleh dibenarkan di negara ini berdasarkan peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga dalam Enakmen undang-undang Syariah diperingkat negeri.
Gerakerja mengembangkan agama Kristian kepada orang Islam dengan apa cara sekalipun perlu dihentikan.

Pihak kepimpinan Kristian di negara ini mesti menyatakan pendirian mereka dengan berterus terang bahawa dalam konteks Malaysia dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang diterima sebagai kerangka tatahidup bernegara di Malaysia , agenda ini tidak boleh diterima dan perlu ditolak dengan tegas .

Sementara itu harus diperakui memang ujud kelemahan penghayatan Islam dikalangan umat Islam bukan sahaja dikalangan masyarakat awam, malah juga dikalangan golongan berpendidikan tinggi .

Ini diakibatkan antara lain oleh kelemahan polisi serta sikap liberal yang diambil oleh pihak berkuasa dan kepimpinan negara yang maseh enggan melaksanakan Islam yang menyeluruh .

Namun dalam masa yang sama saya juga tidak boleh memperkecilkan berlaku banyak insiden murtad secara terancang.

Lantaran itu saya memberi penegasan bahawa penyatuan suara , tindakan dan azam untuk meningkatkan kempen dikalangan masyarakat Islam untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh semada dalam aspek sosio-budaya ekonomi , pendidikan , polisi pembangunan , undang-undang , mahupun siyasah , hendaklah seiring dengan memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran Islam .

Saya mengambil sikap bahawa usaha dan niat pokok HIMPUN untuk menyatukan umat Islam demi mempertahankan Aqidah Islam tidak akan dibenarkan di 'hiject" oleh golongan yang berkepentingan politik dan beragenda melaga-laga antara kaum dan penganut agama mahupun antara parti politik.

Kepincangan yang berlaku akibat kecuaian pihak yang berwewenang yang memberi ruang kepada gejala murtad berputik dan berkembang di negara ini hendaklah diperbetulkan segera.

Saya ingin mengesa supaya semua pihak semada dikalangan NGO yang menyertai HIMPUN mahpun individu dan institusi Raja-raja Melayu mengambil sikap yang konsisten dalam menangani gejala murtad.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi Bersama HIMPUN

Ahmad Maslan, Dulu Penoreh Getah.. Kini Promoter Video Lucah?

Posted: 17 Oct 2011 09:33 PM PDT



KUALA KANGSAR : Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar,Perak 17 Oktober lalu berhubung satu aduan mengenai tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang Ketua Penerangan Umno,Datuk Ahmad Maslan yang didapati telah menayangkan satu rakaman video seks kepada umum.


Majlis Penerangan Perdana anjuran Kerajaan Negeri Perak itu yang diadakan pada hari Sabtu,15 Oktober 2011 antara jam 9.30 pagi hingga 1 tengahari itu turut dihadiri kira-kira 2,000 orang daripada kakitangan kerajaan,pertubuhan NGO serta orang ramai dan pemimpin kerajaan Pusat dan Negeri antaranya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir,Setiusaha Kerajaan Negeri,Datuk Abdul Rahman Bin Hashim serta beberapa Exco Negeri antaranya Datuk Mah Hang Soon.

Megikut beberapa saksi kejadian,semasa Majlis Penerangan Perdana itu,Ahmad Maslan ada membuat satu ucapan sambil menayangkan video seks yang dikatakan mirip Ahli Parlimen Permatang Pauh,yang juga Ketua Pembangkang,Dato Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga telah menuduh serta meyakinkan kepada tetamu yang hadir bahawa pelaku tersebut adalah Dato Seri Anwar.Tayangan tersebut juga di buat berulang ulang kali sehinggakan ada beberapa wanita yang hadir keluar dari dewan kerana rasa malu melihat tayangan video itu.

Berikutan kejadian tersebut pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Penerangan PKR Perak,Ustaz Zulkifli Ibrahim telah bergegas membuat satu laporan polis dan berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan adil serta telus dan segera mendakwa beliau.

Menurutnya lagi,tayangan video seks tidak wajar ditontonkan kerana ianya menyalahi perundangan negara dan boleh disiasat mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.




Ketua Penerangan PKR Perak,Ustaz Zulkifli Ibrahim(tengah) bersama pimpinan Pakatan Rakyat antaranya Pengerusi DAP Kuala Kangsar,Wong Shing Kong(kiri) serta beberapa Anggota Jawatankuasa PAS Kuala Kangsar menunjukan salinan repot yang telah dibuat.


Sumber berita dari PKR Cabang Tambun

Cabar Aziz Bari bertanding di Kulim: Zul Noordin tak sedar diri..

Posted: 17 Oct 2011 08:14 PM PDT

"Saya cabar Aziz bertanding pilihan raya di Kulim Bandar Baharu atau di mana-mana kawasan yang dia suka jika benar dia mahu menjadi ahli politik. Dia mesti berani meletak jawatan sebagai ahli akademik dan bertanding atas nama parti apa sekali pun.

"Saya tiada halangan dan bersedia menanti Aziz bertanding pada pilihan raya akan datang. Dia akan tahu untung nasibnya dan boleh balik ke kampungnya di Sabak Bernam," kata Zul Nordin dipetik Berita Harian.

Itu adalah kenyataan seorang Ahli Parlimen yang menang di kawasan Kulim atas tiket PKR pada PRU12 lalu, malangnya beliau telah dipecat dari PKR kerana tidak faham apa maknanya Pakatan..


Masih tak sedar diri lagi siZul Nordin ni.. masa depan sendiripun dah gelap di Kulim tu masih berani nak cabar orang menentang dia di Kulim..

Biarpun dia menang dengan majoriti 5,583 undi masa pru 2008 dulu.. Beliau patut sedar kemenangannyadi Kulim dulu bukan kerana popularitinya di kawasan itu, tapi kerana beliau bertanding atas tiket PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.

Beliau juga patut sedar jentera dari PAS yang banyak membantu kemenangannya itu.. Jika beliau bertanding kali ini siapa akan membantunya pula? apakah jentera dari UMNO akan membantu?

Takkanlah UMNO Kulim sebegitu bodoh untuk menerima manusia yang tak ada prinsip untuk dijadikan calon sebagai Ahli Parlimen mereka..

Mana mungkin Abdul Aziz Sheikh Fadzir dari UMNO/BN yang kalah dengan memperolehi 16,672 undi masa PRU12 dulu akan memberi laluan..

Apa Zul Kulim ingat Najib nak terima dia bertanding atas tiket UMNO kot? Kalau setakat nak bertanding atas tiket Bebas.. aku rasa tak payahlah.. buang duit saja..

Mungkin dia tak sedar lagi yang diri dia sendiri dah ditolak oleh pengundi-pengundi dia dulu, sebab itu dia merasakan dirinya masih kuat di Kulim..


Zul Noordin cabar Aziz Bari bertanding dalam PRU

Kontroversi berhubung kenyataan pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mengenai titah Sultan Selangor menunjukkan tiada tanda-tanda akan berakhir dengan terbaru ahli parlimen Kulim Bandar Bharu Datuk Zulkfili Noordin pula mencabar supaya perdebatan diadakan.

Akhbar-akhbar berbahasa Melayu Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Zuulklifi berkata bersedia untuk berdebat profesor undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa itu.

Bagaiamanapun, bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, semalam, Zulkifli (kanan), berkata beliau hanya sedia berbuat demikian jika Abdul Aziz terlebih dahulu memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor kerana mengeluarkan kenyataan bersifat biadab dan kurang ajar.

"Saya sedia sahut cabaran dia untuk berdebat di mana sahaja dia hendak. Cuma satu sahaja yang perlu beliau lakukan, minta maaf dengan Sultan Selangor dahulu sebab majoriti berpendapat kenyataan beliau mempertikai titah tuanku sebagai kurang ajar dan biadab," katanya dipetik Utusan.

Selain berpendirian bahawa kenyataan Abdul Aziz itu bukan sahaja kurang ajar dan biadab, Zulklifi berkata ia juga bercanggah dengan kedudukan profesionnya sebagai seorang pensyarah.

Letak jawatan

"Justeru dia perlu letak jawatan," katanya dipetik akhbar milik Umno itu.

Sementara itu, akhbar Berita Harian pula memetik Zulkifli membuat cabaran supaya pakar perlembagaan itu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya cabar Aziz bertanding pilihan raya di Kulim Bandar Baharu atau di mana-mana kawasan yang dia suka jika benar dia mahu menjadi ahli politik. Dia mesti berani meletak jawatan sebagai ahli akademik dan bertanding atas nama parti apa sekali pun.

"Saya tiada halangan dan bersedia menanti Aziz bertanding pada pilihan raya akan datang. Dia akan tahu untung nasibnya dan boleh balik ke kampungnya di Sabak Bernam," katanya dipetik Berita Harian.

Ini bukan kali pertama pemimpin Umno dan media miliknya membidas profesor itu dan menuntut supaya beliau mengundurkan diri.

Cabaran supaya Abdul Aziz meletak jawatan sebagai pensyarah undang-undang UIA turut disuarakan Senator Mohd Ezam Noor apabila bekas ketua Pemuda PKR itu menyifatkan Aziz tidak neutral.

Mohd Ezam berkata, bukti dimilikinya juga menunjukkan Andul Aziz banyak menerima habuan parti pembangkang khususnya dalam pembayaran royalti membabitkan beberapa buku tulisannya terbitan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ada kaitan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Aziz sudah membuktikan dirinya tidak neutral sebagai ahli akademik dan condong menyokong parti pembangkang dengan menggunakan kedudukannya. Dia memang banyak mendapat keuntungan daripada Anwar dan sebab itu, kenyataan politiknya sentiasa menyebelahi parti pembangkang.

"Saya juga cabar Aziz mendedahkan jumlah royalti diterimanya baru-baru ini menerusi buku tulisannya kerana jumlahnya amat lumayan," katanya dipetik Berita Harian.


Malaysiakini

Bayi terbuang tidur ditemani kucing.

Posted: 17 Oct 2011 06:23 PM PDT

PARIT PANJANG – Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan atas kerusi di hadapan rumah seorang penoreh getah di Kampung Charuk Bakap, semalam. Ketika ditemui, bayi malang berkenaan hanya ditemani seekor kucing.

Penoreh getah, Maimunah Bidin, 55, berkata, dia mendengar tangisan bayi kira-kira jam 12 tengah malam namun tidak mempedulikannya kerana menyangka ia adalah tangisan bayi jirannya yang berusia lapan bulan.

"Kira-kira jam 3 pagi, sekali lagi tangisan bayi itu didengari namun saya tidak memeriksa keadaan di luar rumah kerana bekalan elektrik terputus.


"Bagaimanapun, sewaktu anak saya bersiap-siap untuk ke sekolah, bunyi tangisan bayi masih lagi kedengaran menyebabkan saya terus mengambil lampu suluh dan keluar mencari sebelum terlihat kaki bayi terjulur keluar dari kain pelikat yang membaluti badannya," katanya kepada Sinar Harian.

Maimunah yang lebih dikenali sebagai Mak Tam berkata, ketika dia menemui bayi berkenaan, kucing kesayangannya kelihatan tidur di sebuah lagi kerusi, seolah-olah menemani bayi yang tidak berdosa itu.

Kira-kira jam 7.50 pagi semalam, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Panjang membawa bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim.


- SH Sungai Petan

Sampai bila Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang gagal?

Posted: 17 Oct 2011 09:31 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak menyindir Belanjawan Pakatan Rakyat sebagai bajet yang 'menjanjikan bulan dan bintang' yang bunyinya sama seperti ejekan budak-budak sekolah yang masih berhingus.

Mungkin, ia bukanlah sesuatu terjangkau oleh fikiran mereka di pihak Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat bukan sekadar menjanjikan urus tadbir ekonomi yang baik malah menawarkan pentadbiran yang berintegriti dan telus seperti mana terbukti di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.


Bukti-bukti kejujuran Pakatan

Sebagai contoh, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tidak berasaskan perkauman dan politik kronisme berjaya mencatatkan lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2008 mellaui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT).

Kejayaan ini yang disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara juga mendapat pujian Tranparency International di Malaysia kerana berjaya memerangi rasuah.

Pentadbiran yang bersih itu telah menghasilkan "dividen anti-rasuah" yang dikumpulkan bagi mengadakan program untuk membantu warga emas, orang kurang upaya dan banyak lagi yang mana kebanyakan penerimanya adalah kalangan orang Melayu dan umat Islam negeri.

Kerajaan Pakatan Selangor pula mengadakan banyak program membantu warga emas dan golongan miskin serta menghidupkan kembali projek perumahan rakyat yang terbengkalai sewaktu pemerintahan BN dahulu.

Yang terbaru, statistik Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) mengenai pelaburan di Malaysia bagi separuh penggal tahun ini menunjukkan Selangor sebagai negeri paling banyak mempunyai projek yang diluluskan.

Sebanyak 158 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor dan ini merupakan 31 peratus daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia, menurut Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok.

Kerajaan negeri Pakatan Kedah yang juga bebas rasuah telah berjaya mengamalkannya melalui cara kepimpinan melalui teladan di mana pimpinan negeri tidak menggunakan jet kerajaan, tidak tinggal di hotel mewah, malah membuat potongan gaji dan elaun yang dapat menjimatkan pentadbiran daripada pembaziran.

Begitu juga kerajaan negeri Pakatan Kelantan yang telah sekian lama diterima oleh anak negeri kerana cara hidup sederhana dan anti-rasuah yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu.

Ini bererti Pakatan Rakyat mampu mentadbir negeri dengan baik, telus dan serius menangani masalah rakyat.

Memang benar Pakatan menawarkan pemberian tunai dan pelbagai program kebajikan kepada rakyat sebagaimana yang ditiru oleh BN tetapi ada satu perbezaan besar yang tidak ditawarkan oleh BN – pentadbiran yang adil, bersih, telus dan anti-rasuah.

Melihat Bajet BN 2012, ternyata bajet yang dibentangkan oleh Najib baru-baru ini bukan sekadar bajet pilihan raya tetapi memperlihatkan ketandusan idea pentadbiran BN, malah sebahagian daripadanya dicedok dari idea Belanjawan Pakatan Rakyat sendiri.

BN gagal angkat martabat insan

BN terdesak sehingga terpaksa mengulangi berapa banyak subsidi yang telah diberikan kerajaan kepada rakyat sedangkan perkara ini telah pun kita ketahui.

Malah, lebih memalukan apabila BN yang sebelum ini bermati-matian mengatakan subsidi akan menjadikan negara bankrap terpaksa menelan ludah sendiri apabila terpaksa mengekalkannya.

Sudah tentu ia bukan kerana BN sayangkan rakyat tetapi semata-mata mahu memancing undi dalam pilihan raya umum akan datang. Jika tidak, mengapa perlu lidah bercabang? Bukanlah Pakatan Rakyat lebih konsisten dalam membuat tawaran ikhlas kepada rakyat?

Rakyat berhak mendapat subsidi yang lebih banyak dari sekarang memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber ekonomi. Jika kerajaan BN kesempitan wang, ia adalah berpunca daripada pentadbirannya yang penuh dengan ketirisan, kebocoran dan tidak telus.

Ini menunjukkan bahawa BN gagal menangani masalah ekonomi dengan baik apatah lagi bergelut dengan pelbagai isu ketirisan wang negara yang parah.

Kalangan rakyat yang tinggal di bandar terutamanya telah lama dihimpit masalah ekonomi yang kian mendesak.

Apa yang Najib lakukan untuk membela nasib golongan ini? Menurunkan cukai, mengurankan harga petrol? Jauh sama sekali.

Malah, diskaun tambang LRT dan monorel yang amat diperlukan oleh pelajar, pekerja awam serta kakitangan swasta tidak dipedulikan; sebaliknya mahu diberikan kepada warga emas yang amat jarang menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu.

Apakah pengecualian yuran sekolah yang sememangnya hanya beberapa ringgit itu sudah cukup untuk memperbaiki status ekonomi rakyat?

Apakah pemberian bonus untuk kakitangan awam sahaja mampu menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat terbanyak? Sedangkan jumlah pekerja yang ramai adalah dari sector swasta. Jadi di mana pelaksanaan gaji minima untuk mereka?

Mengapa pula Akta Pekerjaan mahu dipinda untuk member lebih kuasa kepada majikan? Siapa sebenarnya yang dibela oleh kerajaan BN?

Najib dan BN bukan sahaja gagal menangani masalah ekonomi rakyat malah gagal mengangkat martabat insan untuk mendapat keadilan dan kesaksamaan yang sewajarnya.

Apakah kita sebagai rakyat wajar mendapat layanan sebegini dari sebuah kerajaan yang telah diberikan amanah? Dan sampai bilakah kita harus membiarkan negara ini ditadbir oleh orang-orang yang gagal?


Roketkini.com

Tiada ulasan: