Anak Sungai Derhaka |
- Gambar UNIK Najib.. TG Nik Aziz pun tak boleh buat macam ni beb...
- Siapa ADUN BN yang dah lari ke London ni?
- Najib akui penyokong BN kebanyakkannya buta IT..
- Belanjawan 2012: Menghitung hari sebelum PRU13
Gambar UNIK Najib.. TG Nik Aziz pun tak boleh buat macam ni beb... Posted: 09 Oct 2011 03:14 AM PDT Perkara pertama yang timbul dalam kepala aku bila tengok gambar Najib tu ialah.., apa sebenarnya orang tua tu nak tunjuk dengan ambik wudhuk di kolah masjid? Nak ambik wudhuk tu lain ceritalah.., tapi kenapa perlu Najib sengaja bagi orang ambil gambar dia dan jadikan ia sebagai satu modal politik? Untuk pengetahuan korang, gambar ni di sebarkan oleh Bernama dan beberapa blog penyokong UMNO tegar, kononnya Najib ni memang zuhud dan berjiwa besar sebab sanggup ambik wudhuk di kolah Masjid tersebut. Tapi.., maaf cakaplah yee.. Aku berpendapat, Najib tu 2x5 je dengan Ahmad Maslan.. Kalau dulu penyokong Pakatan kata Ahmad Maslan gila publisiti bila bergambar sambil menoreh getah di PRK Manek Urai.., macam tu lah juga Najib yang nak cari glamour dengan ambik wudhuk di kolah masjid. So.., kalau macam ni punya gayanya.., memang sesuai lah Najib tu di gelar hipokrit .. Semuanya nak dipolitikkkan sampaikan ambik wudhuk pun boleh di jadikan bahan pameran... Hebat betul Najib.. macam sesumpah perangainya.. berubah-ubah ikut tempat.. ha..ha..ha.. Kat atas ialah gambar TG Nik Aziz sedang mengambil wudhuk yang dipertikaikan keikhlasannya oleh blog-blog pro UMNO.. Kat bawah gambar masa Najib dirakam di dalam majlis Jambatan Persahabatan yang menghubungkan Bukit Bunga yang terletak di Malaysia dan Ban Buketa di selatan Thailand – artikel berkaitan sila baca di SINI Artikel dan tajuk diatas adalah hasil karya sebuah blog pro UMNO sekawasan Parlimen dengan aku.. aku copy dan modified supaya sesuai dengan ideologi aku.. he..he.. |
Siapa ADUN BN yang dah lari ke London ni? Posted: 09 Oct 2011 02:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hari ini memberitahu ahli penyokong BN hari ini bahawa pilihan raya umum ke 13 sangat dekat. Berucap di majlis penerangan perdana BN Wilayah Persekutuan di PWTC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata "gendang pilihan raya sudah dipalu dan gemanya semakin dirasai" "Anda sendiri boleh mendengarnya." Beliau yakin BN akan menang sekali lagi berdasarkan kelebihan dan kekuatan yang ada. Bagaimanapun, beliau mengingat komponen mengadakan persiapan di tahap terbaik kerana BN memasuki pilihan raya mahu menang dan bukan mahu kalah. "BN ada kekuatan sekali lagi untuk menang kerana kita berkhidmat untuk rakyat," katanya memberitahu 8, 000 ahli dan penyokong BN. . Pengerusi BN itu juga menegaskan BN bukan parti kelas rendah yang hanya disokong oleh petani dan nelayan. Menurut Najib beliau mahu BN turut disokong oleh orang bandar terutama di Kuala Lumpur. Jangan sabotaj "Kuala Lumpur penting walaupun Kuala Lumpur bukan lagi deposit tetap (BN)," tambahnya. Pengerusi BN itu mengingatkan semua komponen BN menyelesaikan masalah masing-masing selain tidak menimbulkan masalah baru. Beliau juga tidak mahu orang parti sendiri membuat sabotaj sebagaimana yang berlaku dalam pilihan raya kecil sebelum ini. Menurutnya, ada seorang setiausaha bahagian Umno membuat sabotaj dalam pilihan raya kecil kerana tidak terpilih sebagai calon. "Bayangkan rumah Setiausaha Umno bahagian ja, 10 malam sudah gelap, buat pura-pura tidur. Dia tutup pintu rumah," katanya. Najib memberitahu seorang wakil rakyat BN Sarawak selama tiga penggal telah lari ke London kerana merajuk tidak terpilih menjadi calon. Free Malaysia Today |
Najib akui penyokong BN kebanyakkannya buta IT.. Posted: 08 Oct 2011 11:44 PM PDT Kata Najib pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini "Kita masuk pilihan raya kita nak menang, apatah lagi di Wilayah Persekutuan... kita tak mahu BN jadi parti luar bandar, orang bandar tak sokong BN. "Saya tidak mahu BN parti yang disokong petani, nelayan... kita nak BN disokong semua golongan termasuk di kota raya Kuala Lumpur," Apa yang tersirat dalam kenyataannya itu ialah UMNO dan BN hari masih kekal berkuasa kerana disokong oleh para Petani dan juga Nelayan. Sebab utamanya ialah golongan tersebut kebanyakkannya tidak tahu atau tidak mampu untuk mendapatkan berita alternatif dari media baru melalui internet. Jadi apa yang disiarkan oleh Media tunggangan UMNO samada oleh TV3 mahupun RTM tidak lupa juga Utusan itulah berita yang dipercayai mereka.. Oleh itu mereka masih kekal menyokong UMNO/BN kerana mereka hanya mengetahui dan mempercayai propaganda yang memperbodohkan mereka yang sering disiarkan oleh Media yang ditunggangi oleh UMNO itu. Manakala segelintir lagi penyokong UMNO yang boleh atau mampu melayari internet.. mereka tidak buta IT tapi 'Buta Perut'!! kah..kah..kah.. Bukan saja 'Buta Perut' malah 'Buta Hati' juga kerana gagal melihat apa yang jelas segala penyelewengan yang telah dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN.. Najib: BN jangan hanya jadi parti luar Bandar KUALA LUMPUR, 9 Okt ─ Dalam mesej mahu menawan semula kerusi-kerusi tewas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Najib Razak mahu Barisan Nasional (BN) menjadi parti diterima setiap lapisan masyarakat, bukan hanya disokong pengundi luar bandar. "Kita masuk pilihan raya kita nak menang, apatah lagi di Wilayah Persekutuan... kita tak mahu BN jadi parti luar bandar, orang bandar tak sokong BN. "Saya tidak mahu BN parti yang disokong petani, nelayan... kita nak BN disokong semua golongan termasuk di kota raya Kuala Lumpur," kata Perdana Menteri pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Pada pilihan raya umum 2008 BN hanya menang di satu kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang memperuntukan 11 kerusi. Malah ia juga kalah banyak kerusi Parlimen di kawasan bandar di Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN menegaskan "musim telah tiba, gendang pilihan raya sudah dipalu dan kita semua dapat merasainya." "Dengan ini bererti bahawa kesediaan kita bertambah lebih mantap kerana kita ibarat nak turun di medan perang, maka kita tentu nak menang bukan nak kalah. "Untuk menang kita perlu buat persiapan untuk tentukan tahap kesediaan kita, tahap siap sedia kita. Kita mesti buat persiapan menyeluruh dari segi anggota dan yang paling penting kita jangan cipta masalah... jangan buat masalah," kata Najib. Tegas Najib, meskipun BN mempunyai kekuatan luar biasa berbanding Pakatan Rakyat, namun masalah yang ditimbulkan dalam kepimpinan parti boleh menyebabkan parti pemerintah itu tewas. Jelas beliau, semua anggota dalam BN perlu ketepikan masalah dalaman parti dan memberikan tumpuan untuk membantu memenangi pilihan raya umum ke-13. "Ini adalah asas, kekuatan adalah anggota-anggota kita... cuba bayangkan dalam setiap Parlimen di kalangan penyokong kita di setiap peti-peti undi anggota BN, berapa ramai merupakan penyokong kita? "Kita ada kekuatan luar biasa tapi kalau kita terus ada masalah dalaman, misalnya kalau kita nak letak calon pasti menang, ini formula terbaik, sebab kalau nak menang kita mesti letak kriteria calon yang boleh menang tapi kalau kita dah tentukan, janganlah ada pula orang yang tidak setuju dan ia nanti akan beri kesan kepada kita," katanya. Justeru Najib menasihatkan supaya semua masalah dan perbalahan dalam parti diketepikan demi masa depan BN dan juga negara. "Ramai yang kata kita boleh menang, ramai orang cakap atas kertas kita boleh menang, tapi itu atas kertas... kalau nak menang buat cara nak menang, jangan berbalah sesama sendiri, jangan ada puak-puak, jangan sabotaj parti sendiri dan jangan tarik tali antara parti komponen BN," katanya. The Malaysian Insider |
Belanjawan 2012: Menghitung hari sebelum PRU13 Posted: 08 Oct 2011 10:29 AM PDT Sebagaimana yang dijangka, Belanjawan 2012 dengan peruntukan RM232.8 bilion disediakan untuk menyiap-sediakan kerajaan Barisan Nasional menjelang PRU ke-13. Dengan tema "Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara", Belanjawan 2012 menawarkan pemberian tunai secara "one-off", atau sekali sahaja, yang berjumlah RM2.789 bilion. Antaranya, Pemberian secara "one-off" RM 500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53% daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada pemberian yang melibatkan peruntukan sejumlah RM1.8 bilion ini. Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Kira-kira 5.3 juta pelajar dijangka dimanfaatkan daripada peruntukan sejumlah RM530 juta ini. Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM260 juta. Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM3,000 kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang, membawa kepada jumlah RM186 juta. Bayaran khas RM3,000 kepada 4,300 orang kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), membawa kepada jumlah RM12.9 juta. Golongan kakitangan kerajaan dan pesara Tidak cukup dengan itu, kerajaan terus menyasarkan beberapa golongan, misalnya pesara Kerajaan. "Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM 500 ringgit kepada pesara Kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 bagi penjawat awam dan bantuan RM1,000 bagi pesara Kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618,000 pesara Kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak RM4 bilion." Tidak berhenti di situ, Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). SBPA ini mempunyai elemen-elemen termasuk "menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang." Kenaikan gaji antara 7% hingga 13% dijanjikan kepada penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA. Malah dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta. Jelas, kerajaan Najib mengambil kesempatan untuk menyiku pembangkang, ketika mengumumkan sumbangan RM3,000 secara "one-off" kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka. "Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang mengenang budi. Kita tidak akan membiarkan wirawan dan wirawati tanpa pembelaan yang sewajarnya. Kita tidak sekali-kali seperti setengah pihak yang menafi dan memperlekehkan jasa bakti mereka. Sesungguhnya, keringat dan air mata mereka serta keluarga yang membasahi bumi bertuah ini akan terus malar dan segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia." Penduduk bandar dan pendalaman Najib turut menyasarkan golongan penduduk bandar, dengan menambah baik Skim Rumah Pertamaku bagi golongan berpendapatan kurang daripada RM 3,000 ringgit. "Kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000. Penambahbaikan ini boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012." Di kawasan luar bandar, RM29.8 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Malah, RM200 juta diperuntukkan bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. RM90 juta diperuntukkan untuk penyediaan kemudahan asas termasuk memperluaskan projek bekalan air terawat serta program penjanaan pendapatan orang asli, sementara RM20 juta diperuntukkan bagi pemindahan penduduk kawasan Sungai Ruil, Cameron Highlands yang ditimpa tanah runtuh, ke kawasan perumahan baru. Seperti biasa, FELDA yang diibaratkan sebagai "kubu UMNO" tidak dilupa dalam Belanjawan 2012, lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana semakin banyak kes saman oleh peneroka FELDA yang diheret ke mahkamah. Najib, secara terang-terang menjanjikan bahawa "setiap peneroka akan menerima 'durian runtuh' yang mana jumlahnya akan diumumkan nanti", sebelum penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings atau FGVH sebagai sebuah syarikat berstatus konglomerat global sebelum pertengahan tahun 2012. Apa yang menarik, golongan "pemilik teksi" telah mendapat perhatian daripada kerajaan, dengan menawarkan beberapa bantuan yang dijangka bernilai kira-kira RM7,560 untuk setiap pemilik teksi bajet persendirian. Malah, kerajaan memanjangkan pemberian bantuan kepada pemilik teksi bajet ini kepada pemilik kereta sewa persendirian. Meniru Belanjawan Pakatan Rakyat? Sepanjang pembentangan Najib yang merangkap jawatan Menteri Kewangan, beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat menuduh dalam twitter bahawa belanjawan ini meniru "Bajet Alternatif" Pakatan Rakyat, yang dibentangkan oleh Ketua Parlimen Anwar Ibrahim pada 4 Oktober 2011. Golongan pendidik, pemandu teksi yang disentuh dalam Belanjawan 2012, sebelum ini ditawarkan layanan dan pemberian lesen oleh Pakatan Rakyat. Berbalik kepada Belanjawan 2012, tidak keterlaluan seandainya ia disifatkan sebagai belanjawan BN untuk berdepan dengan persaingan Pakatan Rakyat. Sesungguhnya, "gula" ditaburkan sewenang-wenangnya, atas nama "keperihatinan terhadap rakyat" (meskipun langkah yang sama oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Pakatan Rakyat sebelum ini, iaitu pemberian RM100 kepada warga emas, disifatkan sebagai "populis"), persoalannya, apakah masalah pokok boleh diselesaikan hanya dengan menabur peruntukan? Misalnya, dalam Fokus Keduanya, Mengungguli Modal Insan Mencerna Kreativiti dan Mencetus Inovasi, RM100 juta diperuntukkan untuk mengatur beberapa inisiatif strategik, sempena tahun 2012 yang diumumkan sebagai Tahun Gerakan Inovasi Nasional. Kerajaan mungkin menganggap, dengan membiayai program tertentu, maka generasi yang kreatif dan inovatif bakal dilahirkan. Namun, peruntukan berbilion-bilion sepanjang tahun ini dalam pendidikan tinggi tidak meletakkan walaupun sebuah universiti tempatan sebagai 400 universiti terbaik di dunia, sebagaimana yang disenarai majalah Times Higher Education (THE), baru-baru ini. Ia bermakna "inovasi" memerlukan "suasana" untuk bercambah. Dalam suasana politik rakyat boleh ditangkap hanya kerana memakai pakaian "kuning", dan siswa ditutup mulut kerana mengadakan sidang media, ditambah pula budaya dalam kampus yang mencengkam kebebasan, "peruntukan" tidak membawa kita ke matlamat yang disasarkan. Sebagai pemerintah, kerajaan Najib dengan segala kuasa yang ada semestinya mampu menawarkan sesuatu yang lebih baik berbanding pembangkang, dari segi sumber, kewangan dan kebendaan. Malah Najib menyindir pembangkang yang kononnya "menjanjikan bulan dan bintang" sebermulanya. Penaburan "gula" sesungguhnya menyukarkan kedudukan Pakatan Rakyat di kawasan "miskin-informasi". Di sini kita menghitung hari-hari terakhir sebelum PRU ke-13. Merdeka Review |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan