ANAK SENGAT |
Posted: 17 Oct 2011 07:51 AM PDT umNo terus mengguna NGO untuk memerangkap PAS. umNO sendiri telah dilihat gagal untuk menjuarai Islam apabila Najib secara terang menolak hudud. Sudah pasti umNO malu muka untuk mempertahankan akudah kerana terlalu banyak sejarah umNO mengkhianati agama... Isu terbaru membuat PAS serba salah. Menyokong himpunan itu beerti menghulur tengkok ke dalam jerat umNO...menentang himpunan itu menjadikan PAS setaraf umNO dalam menentang Islam .... Ia dilema terbaru dalam menguji kepintaran lenggok politik pemimpin PAS khususnya di Selangor. Semua tahu bahawa isu akidah bukan hanya di Selangor tetapi juga seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak yang dikuasai umNO. umNO juga barangkali ingin memanjangkan isu itu di Penang namun ia melihat Penang bukan negeri sesuai untuk isu akidah ... jauh sekali isu melayu, setelah Najib "mengistiqamahkan" pendirian menyerahkan jawatan KM Penang kepada "melayu" GERAKAN! umNO sedaya mungkin akan mencipta sebanyak mungkin isu bagi persediaan menghadapi PRU 13. umNO mampu menguasai minda masyarakat khususnya yang beriman dengan TV dan akhbar harian lantaran penguasaan media mereka. ia cabaran untuk pemimpin Pakatan. Sudah tiba masanya pemimpin PR kembali menggerakkan massa dengan mencipta isu. Meletakkan PR di pihak bertahan akan menyebabkan peluru umNO terus menggila . umNo mampu terus menyerang kerana miliki senjata yang kuat . namun jika PR mengambil posisi menyerang , umNo mungkin terpaksa berundur.... terutama jika PR berjaya menggunakan sentimen rakyat khususnya melayu.... |
You are subscribed to email updates from NAAAK SANGATTTT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan