Selasa, 25 Oktober 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Nampak ke tak nampak? Siapa tak nampak , dia itu anak di luar nikah!

Posted: 25 Oct 2011 09:05 AM PDT

Perak Today pada entri 10 Oktober lalu telah melaporkan kononnya Sungai Rapat menjadi Dun pertama yang berjaya mencapai matlamat setinggan sifar sebelum tempoh ditetapkan iaitu pada 2012.Tahniah saya ucapkan kalau ianya suatu perkara yang benar.

Tetapi pada hakikatnya, masih terdapat setinggan yang bertaburan di Dun Sungai Rapat ini.Pada suatu kelapangan, saya telah berkeliling disekitar kampung saya dan telah mengambil gambar mengenainya.

Di sini saya ingin menarik perhatian editor@peraktoday.com tentantang masih terdapatnya beberapa setinggan yang bertaburan di DUN Sungai Rapat ini.


Rumah diatas ini didiami oleh satu keluarga India.Terletak betul-betul di belakang Balai Polis Gunung Rapat.Amat jelas boleh dilihat kerana bersebelahan taman kediaman.

Siapa sangka dalam kawasan Majlis Bandaraya begini masih terdapat setinggan? Lihat ini di suatu kedai di persimpangan Ipoh Jaya di Jalan Gunung Rapat , dibelakang sebuah Stesyen Penjana Leterik.Beberapa ketika dulu MBI agak tegas dan menjalani operasinya di sini.Apa sudah jadi hari ini.Tengoklah keadaannya sekarang.Ianya sesak dan menganggu lalu lalang keluar masuk jalan persimpangan hadapan kedai makan ini.


Malah dalam kampung saya sendiri, Kampung Sungai Rokam terdapat juga bangunan setinggan.Boleh dibuktikan melalui gambar berikut.Ada nama jalan sekali mudah dilihat dan dikesan.


Ada beberapa lagi.Itu baru dipersekitaran tempat Kampung Sungai Rokam.Hanya mengambil masa tidak sampai saya merakamkan gambar-gambar tersebut sewaktu routin harian saya hendak ke Pasa Gunung Rapat. Berhampiran Pasar Gunung Rapat pun ada bangunan haram atau setinggan yang dijadikan stor barangan.Lihat gambarnya dibawah.


Setinggan sifar? Nampaknya tidak boleh mendabik dada begitu. Ada banyak lagi jika kita ikhlas dan jujur hendak mengesannya.Jangan jadi pula macam dalam dailog cerita P Ramlee, Nujum Pak Belalang -
Tengok betul-betul...Nampak ke tak nampak?
Siapa tak nampak dia anak di luar nikah!

Jom nonton Pak Belalang hilangkan tension kejap....




Keluarga lembu yang pelik - tidak makan rumput , cuma makan duit!

Posted: 25 Oct 2011 07:28 AM PDT

Siapa Dibelakang National Feedlot Corporation Sdn Bhd

Projek ini telah dianugerahkan terus kepada sebuah syarikat, National Feedlot Corporation Sdn. Bhd (NFC) yang mana yang mana antara tulang belakang disebalik syarikat ini adalah – Gambar dari kiri, anak perempuan Sharizat selaku Pengarah Ekskutif NFC, laki Sharizat selaku Pengerusi Eksekutif NFC, Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, anak lelaki Shahrizat dan juga anak lelaki Shahrizat.

Anak perempuan Shahrizat pada ketika "menerima anugerah" melaksanakan projek melibatkan pelaburan sejumlah RM250 juta ini sahaja berumur 20 tahun dan tidak pernah ada pengalaman di dalam sektor penternakan lembu secara besar-besaran seperti ini. Baca di sini

Selingan malam ini ...

Posted: 25 Oct 2011 04:55 AM PDT

Ketua PAS Cawangan Taman Desa Pelancongan puji sikap MB Perak Dr Zambry


Mej(B) Yaakob begitu gembira berbual bersama Datuk Seri Zambry dan YB Dato Hamida. Betul ker? Ha! ha! ha!Begitulah lapor Blogger Bangang itu....

Menyanggah Fitnah Blogger Pengampu Hamidah Osman

Posted: 24 Oct 2011 11:15 PM PDT

En Azman sedang mengadakan perbincangan
dengan
Jawatan Kuasa SAR AlFalah - Azman tidak ada
kepentingan atau muslihat politik seperti Hamidah

Pembohong besar, Sungai Rapat Online dalam entri terbarunya tidak pula menjawab persoalan yang saya bangkitkan mengenai perasmian bangunan SAR AlFalah oleh Mamak Zambry dan Hamidah Osman yang belum siap lagi ketika itu.

Tetapi barua itu menulis fitnah bahawa kononnya, Pengerusi Surau AlFalah, Zulkifli Mohd Tafsiron telah memaksa Timbalannya, En Khalil meletakkan jawatan disebabkan Timbalan itu berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu lawatan ke Dun Sungai Rapat.

Zulkifli telah menafikan tuduhan liar tersebut kerana individu tersebut masih lagi ada bersama Jawatankuasa surau tersebut. Dia hadir dalam majlis penyerahan kunci dan penyerahan dokumen akuan siap kerja.Dan beliau sendiri yang telah membacakan doa sewaktu majlis penerimaan kunci bangunan sekolah tersebut. Lihat gambar baca doa di bawah sekali - yang baju kuning itulah Khalil yang ditohmahkan oleh barua ini sebagai terpaksa letak jawatan lantaran bersengketa dengan Imam Zulkifli kononnya. Podah! Kau Kantoi lagi!

Encik Khalil mewakili imam Zul untuk
menerima plak dari PM Najib

SRO mencatatkan, "Pada hari lawatan Perdana Menteri yang lalu Timbalan Pengerusi Sekolah agama Rakyat Taman Song Choon telah berjumpa dengan Perdana Menteri untuk mengucapkan terima kasih di atas sumbangan kerajaan sejumlah RM100,000.00 kepada pembinaan sekolah agama Rakyat Taman Song Choon."

Sebenarnya, dua hari sebelum lawatan PM, MAIP telah meminta Imam Zul supaya turut hadir untuk menerimanya, tetapi Imam Zul ada tugas lalu meminta timbalannya, En Khalil untuk menggantikannya.Kenapa pula Imam Zul mahu marahkan Khalil, waima dia menerimanya atas persetujuan Imam Zul sendiri!

Inilah plak yang PM Najib serahkan kepada pihak SAR
AlFalah Kenapa bangunan bangunan lain yang dapat
bantuan kerajaan pusat tidak ada plak sedemikian?

Tetapi menurut Zulkifli, pihak Jawatan Kuasa Surau tidak pernah menempah replika yang menyatakan 'Terima Kasih Perdana Menteri' itu. Besar kemungkinannya, ia ditempah oleh Hamidah sendiri!

Menurut blogger Ajijoi, apa yang berlaku semalam, sang pemberi (Perdana Menteri) telah menyerahkan plak sebagai tanda terima kasih itu kepada sang penerima (SAR). Sepatutnya yang berlaku adalah sebaliknya. Perdana Menterilah yang sepatutnya menerima dan menyimpan plak tersebut, bukannya sekolah agama rakyat. (Klik sini)

Zulkifli menjelaskan wang RM100 ribu itu telah lama diperuntukan oleh Kementerian Pelajaran sejak awal 2006 dulu – ketika Pak Lah jadi PM. Waima Najib dilantik jadi PM pada 3 April 2009! Bayangkanlah, betapa getirnya pihak Jawatan Kuasa Surau terpaksa berhadapan dengan kerenah birokrasi dan mencari derma untuk mencukupkan kos pembinaan yang perlu dibayar.

Blog pembelit dan auta ini menulis lagi :

Sekolah Agama rakyat dibina di atas peruntukkan kerajaan sejumlah RM100,000.00 dan sumbangan daripada bekas pemimpin UMNO sejumlah RM80,000.00. Tidak ada siapa yang menafikannya. Apa masalahnya?

Kos pembinaan sekolah tersebut menelan belanja RM186 ribu. Memang mujur sangat kerana ada seorang hamba Allah bekas Adun Umno , telah bermurah hati, tanpa mengira pegangan politik, telah sanggup menderma dengan wangnya sendiri RM80 ribu tanpa hebuh terlalak-lalak.

Tengoklah betapa gegak gempitanya Zambry dan Hamidah apabila kononnya meluluskan peruntukan wang RM30 ribu dari JAIP - bukan wang dari kocek Zambri atau pun Hamidah!

Dan perlu kita sedari, betapa Jawatankuasa Surau ini boleh bekerjasama dengan orang-orang Umno, apabila terbukti penderma terbesar dan ramai adalah daripada kalangan orang-orang Umno di Taman itu sendiri.Nampak tak?

AJK Surau ini tidak ada sikap permusuhan dengan kalangan orang Umno sekeliling dan inilah sebenarnya yang sangat merisaukan Hamidah hingga sanggup mengheret PM Najib datang ke Tmn Song Choon hanya semata-mata untuk menyampaikan 'plak' tersebut kepada pihak AJK SAR !Saya ulangi lagi, plak itu bukan dari penduduk Taman atau dari AJK SAR AlFalah sebagaimana didakwa.Dan PM Najib yang menyampaikannya kepada Timbalan Pengerusi Surau AlFalah.Bohong punya cakap!

En Azman menyerahkan Surat Akuan
Siap kerja kepada Setiausaha SAR Alfalah

Tetapi kenapa barua ini tidak dedahkan sama, bahawa kontraktor muda yang membuat bangunan tersebut juga dari kalangan orang Umno.Betapa, jawatankuasa surau, termasuk Imam Zul sendiri tidak menghadapi apa-apa masalah dengan kontraktor Umno ini.

Malah kontraktor muda ini turut merungut dan berasa terkilan dengan sikap Zambry dan Hamidah kerana menceroboh dan merasmikan bangunan sekolah rakyat yang belum diserahkan kepada Jawatankuasa Surau.Beliau sendiri tidak hadir dalam majlis tersebut.Beliau enggan terlibat dengan gara-gara permainan politik Hamidah itu.

Azman turut mengaminkan doa yang dipohon oleh
Timbalan Pengerusi Surau AlFalah yang didakwa
oleh Blogger Bengap itu telah meletakkan jawatan

Kepada Blogger Bengap, hentikanlah segala fitnah kamu itu.Blogger Pro Pakatan Rakyat tidak buat kerja memfitnah macam blogger Pro Umno; sebab itu ramai yang macam kamu yang berselindung kerana berasa malu dan takut dikenali orang ramai bila kantoi macam ini!

Bengap punya blogger!

Posted: 24 Oct 2011 06:07 PM PDT

Saya tabik kepada blog Sungai Rapat Online kerana telah membetulkan 'kesalahan bodohnya' seperti paparan di sini .

Dalam entri terbarunya, dia conteng muka saya ! ha! ha! dia pakai 'paint brush' – bengap botol! Dah besar macam ni masih bengap tidak tau pakai photoshop, kesian kau! Kecik-kecik dulu asyik ponteng sekolah! Tak ada standard langsung.Malu aku nak paparkan kat entri aku ini! ha! ha!

Barua ini baru sahaja tahu menulis nama Imam Zul yang sebenar. Sebelum ini, dia tulis : Zulkifli Bin Tapison! Bukan tersilap taip, tapi sebab bengap! Ha! ha! Memang bengap punya blogger!

Pakai baju kuning itu adalah Timbalan Pengerusi Surau AlFalah
(yang di lapor oleh blogger bangang SRO kononnya
dipaksa meletakanj jawatan) sedang memerhatikan
Setiausaha SAR AlFalah menandatangani
dokumen Akuan Siap Kerja

Dalam entri terbarunya pagi ini, dia ambil gambar dari blog ini yang memaparkan Jawatankuasa SAR yang sedang bermesyuarat Sabtu lepas.Turut hadir pada masa itu adalah kontraktor Azman, orang Umno. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Setiausaha SAR Al-Falah, Mustapha.Imam Zul tidak hadir dan tidak ada dalam gambar tersebut! Ha! ha! bengap betul blogger ni! Kantoi lagi!

Alahai, si bengap ni puji pulak Ketua PAS Cawangan Taman Desa Pelancungan. Baguslah!Tak lama lagi tentu dia akan tulis yang merapu lagi sebab dia ni Blogger Bengap!

Tiada ulasan: