ALHUSSEYN |
Giliran Pegawai Imigresyen pula jatuh bangunan. Posted: 11 Oct 2011 11:01 PM PDT Terjatuh dan mati! Ini baru cerita benar Ada saksi iaitu isteri mangsa itu sendiri yang maklumkan.Tidak perlu ada 'inquest'. Baca laporannya di sini Orang ramai boleh terima bahawa mangsa telah terjatuh kerana cuba mengelak diri dari ditemui oleh tiga orang yang datang ke rumahnya. Walaupun laporan tersebut tidak menyatakan siapa 3 pelawat tersebut, namun melalui ruang komen pembaca, ada maklumat menyatakan bahawa mereka adalah pegawai polis yang datang untuk menyoal siasat mangsa terhadap satu kes penipuan.Harap ada siasatan lanjut mengenainya. Kes jatuh bangunan dan mati ini mengingatkan kita kepada dua kes kematian lain yang penuh misteri dan kontraversi iaitu kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani.Sama tapi tidak serupa. |
Perjanjian Najib Rosmah yang mesti masuk rekod Posted: 11 Oct 2011 07:08 PM PDT Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan lawatan PM Najib dan rombongannya, termasuk isterinya Rosmah ke Kazakhstan bernilai RM 1,072,213.22. Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam. Dimaklumkan 5 perjanjian telah berjaya ditandatangani antara Malaysia dan Kazakhstan. Tetapi sebenarnya , Menteri itu terlupa nak sebut pasal perjanjian yang ke-6 – perjanjian nak kawinkan anak PM, Nooryana Najwa dan Daniyar Nazarbayev yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev. Tahniah Najib dan Rosmah diatas kejayaan memetraikan perjanjian yang ke-6 itu! |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan