Jumaat, 7 Oktober 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Benarkah dalam PAS ada musang berbulu ayam?

Posted: 06 Oct 2011 10:14 PM PDT

PAS telah menyambut ulangtahun ke-60 sejak 30 September sehingga majlis penutupnya pada malam 1 Oktober 2011,di Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang dengan jayanya.

Pada malam terakhir itu , seluruh kawasan persekitaran Dewan Milenium penuh sesak dengan pelbagai kenderaan.


Tetapi ada orang yang perasan beberapa individu kerap tidak menghadirkan diri dalam program PAS Pusat.Ada yang bertanya , dalam program sebesar ini, mengapa di atas pentas utama, AJK PAS Pusat tidak penuh walaupun dewan penuh sesak dengan ahli dan penyokong yang dilaporkan lebih 20 ribu lebih hadir pada malam tersebut.

Dan amat malang sekali ada juga maklumat yang menyatakan pada waktu yang sama ada kalangan pemimpin PAS yang sembang santai dengan pemimpin Umno di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur. Benarkah begitu adanya? Sila baca di sini

Perasan tak anda, siapakah dari kalangan AJK PAS Pusat yang ponteng pada malam tersebut? Agaknya apalah alasan mereka ….

Tiada ulasan: