Isnin, 10 Oktober 2011

Addin

Addin


Inilah Jalan Paling Berbahaya Di Dunia

Posted: 10 Oct 2011 09:05 AM PDT


MALAGA - Para pencari sensasi mempertaruhkan nyawanya dengan menapaki jalan setapak yang disebut paling berbahaya di dunia yang terletak di Spanyol selatan. Mereka dengan penuh hati-hati menjejaki jalan rusak dan terputus-putus di ketinggian lebih dari 100 meter itu inci demi inci.

Mereka tidak sendirian. Orang-orang yang suka memacu adrenalin telah berbondong-bondong ke Spanyol selatan untuk mengalami jalur El Caminito Del Rey yang telah berumur 110 tahun sebelum jalur itu mulai diperbaiki tahun depan. Sejumlah perusahaan perjalanan kini mulai menawarkan tur tidak resmi setelah sebuah video, yang membuat bulu kuduk berdiri, dari seorang pendaki yang melewati jalur itu beredar di YouTube.

Daily Mail, Minggu (9/10/2011), melaporkan, promosi perusahaan itu menyebutkan, orang tak perlu menjadi pemanjat berpengalaman untuk bisa melitasi di jalur itu. Persyaratannya hanya bahwa peserta harus setidaknya berusia dua belas tahun dan tidak takut ketinggian.


Jalur itu, juga dikenal sebagai Jalan Setapak Raja, dibangun 1905 bagi para pekerja agar dapat berjalanan di antara dua pembangkit listrik tenaga air. Namun jalur itu ditutup tahun 2000 setelah dua pejalan kaki jatuh dan tewas.

Jalan itu mengular di sepanjang tepi tebing tinggi di Gorge El Chorro, tiga puluh mil dari Malaga. Sebagian besar jalan setapak selebar satu meter itu benar-benar hancur dengan besi-besi yang berkarat, berlubang menganga, tanpa pegangan tangan, dan sejumlah bagian yang benar-benar jebol atau terputus.

Sebuah kawat darurat kini dipasang pada permukaan batu sehingga para pejalan kaki dan pendaki dapat berpegangan pada kawat itu ketika melitas. Namun masih banyak yang memilih untuk tidak menggunakan peralatan keselamatan sama sekali.

Perbaikan jalan itu akan segera dimulai. Anggarannya sebesar 8,3 juta euro dan akan memakan waktu tiga tahun. Perbaikan akan membuat jalur itu aman lagi sehingga menarik lebih banyak wisatawan. Perbaikan akan mencakup pembangunan pegangan tangan, pembatas pengaman, pencahayaan dan pusat pengunjung.

Seorang pendaki pada rute pekan lalu mengatakan, "Sayang mereka akan memperbaiki jalan setapak itu. Akan ada banyak perbaikan dan itu akan membuatnya kehilangan sensasinya lagi. Sekarang ini kita gratis pergi ke sana tapi saya yakin, mereka akan membuat kita harus membayar jika mau menggunakannya di masa depan."/kompas



Kisah Ikan Duyung Dari Fiji

Posted: 10 Oct 2011 07:29 AM PDT

Julai 1842, seorang berbangsa Inggris, Dr. J. Griffin, anggota British Lyceum of Natural History, tiba di Kota New York dan membawa seekor ikan duyung yang dikatakan terdampar di Kepulauan Fiji, Pasifik Selatan. Dalam sebuah pertunjukan di American Museum, ikan duyung Fiji itu pun dipertontonkan, susuknya berbeza dari gambaran seorng wanita cantik, tetapi hanya bangkai kering seekor kera berbadan ikan.

Dari penelitian muzium tersebut, ternyata ikan duyung Fiji itu sebenarnya adalah palsu. Ia sebenarnya adalah bangkai kera yang diawet melalui teknik taksidermi (ilmu mengeringkan bangkai binatang). Degann cara dijahit kedua spesies itu disatukan membentuk putri duyung, di mana bahagian atas kera dan di bawah tubuh ikan. Ikan duyung Fiji dibuat sekitar tahun 1810 oleh nelayan Jepun untuk keperluan upacara keagamaan, sekaligus seni tradisional nelayan Jepun./msn

Najib Dakwa Akan Ada Ahli Umno Sabotaj Parti?

Posted: 10 Oct 2011 06:29 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak menganggap diri sebagai calon boleh menang pada pilihan raya umum akan datang dan bertindak mensabotaj parti apabila tidak terpilih. Pengerusi BN itu menegaskan bahawa calon-calon BN yang bakal diketengahkan kelak adalah calon terbaik yang mempunyai ciri-ciri boleh menang, yang dipilih selepas membuat tinjauan sistematik dan semakan terperinci.

"Kalau kita nak pastikan kemenangan, kita mesti tampilkan kriteria calon yang boleh menang dalam pilihan raya umum," katanya pada Majlis Penerangan Perdana BN Peringkat Wilayah Persekutuan yang dihadiri kira-kira 8,000 ahli dan pemimpin BN Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam./kosmo
Addin :
Ini bermakna akan ada ahli Umno sabotaj parti bila tak terpilih.. kita tunggu dan lihat siapa yang akan sabotaj? Itu Najib yang kata..

Be End!! Hang Ingat.. Duit Ni Kepala Bapak Hang Punya Ke??

Posted: 10 Oct 2011 03:29 AM PDT

Permohonan semakan kehakiman ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar untuk mencabar tindakan kerajaan kerana tidak memberi dan menyediakan butiran peruntukan dana tahunan sebanyak RM1 juta kepada bahagian pilihan raya kawasan itu telah ditolak. Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini yang membenarkan rayuan kerajaan persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan semakan kehakiman.

Hakim Datuk Low Hop Bing bersama-sama dengan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Anantham Kasinater sebulat suara membenarkan rayuan itu dan menolak permohonan Jeyakumar. Pada bulan Februari lalu, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aziah Ali memberi kebenaran kepada Jeyakumar untuk memfailkan semakan kehakiman.

Pada 23 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak membenarkan kerajaan untuk menangguhkan prosiding semakan kehakiman. Peguam Datuk Ambiga Sreenevasam yang mewakili Jeyakumar berkata, keputusan itu cukup mengecewakan kerana Jeyakumar berharap keputusan mahkamah akan menentukan ketelusan kerajaan dalam mengagihkan wang rakyat.

Mengulas keputusan mahkamah hari ini, Jeyakumar berkata mahkamah sebagai benteng terakhir untuk rakyat, sepatutnya menyokong keputusan untuk memastikan wang yang diperuntukkan tidak disalahgunakan. "Saya tidak mahu wang untuk diri sendiri tetapi hanya ingin pastikan wang yang diperuntukkan dibelanjakan dengan betul dan tidak disalah-guna.

"Wakil rakyat pembangkang tidak langsung menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan persekutuan dan ini adalah amat mengecewakan. Berikutan keputusan ini, mesej saya kepada rakyat adalah kita tidak boleh bergantung pada mahkamah bagi mendapatkan ketelusan tetapi mengharapkan kuasa rakyat dalam membuat keputusan pada pilihan raya umum akan datang."

Jeyakumar berkata, beliau akan berunding dengan Parti Sosialis Malaysia sama ada untuk meneruskan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Persekutuan yang bakal menelan perbelanjaan yang besar meskipun peguamnya melakukannya secara percuma.

Australia Pula Akan Siasat Kekayaan Taib Mahmud?

Posted: 09 Oct 2011 11:14 PM PDT

Kevin Rudd, bekas Perdana Menteri Australia, yang kini selaku Menteri Luar telah mengeluarkan suatu kenyataan yang positif terhadap gesaan kami yang memohon agar kerajaannya mengambil tindakan menyiasat kekayaan Taib Mahmud dan keluarganya di negara itu. Dalam sepucuk surat yang beliau terima semalam (30 Sept 2011), iaitu sehari setelah Sarawak Report mengeluarkan permohonan mereka, Rudd telah mengesahkan bahawa perkara atau maklumat mengenai kekayaan Taib sekeluarga telah dirujukkan kepada Pejabat Attorney General Australia untuk diberi perhatian.

Suatu siasatan di Australia yang meneladani tindakan di Swiss dan Germany telah dimulakan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah juga mengesahkan mereka telah memulakan siasatan ke atas tindak-tanduk dan perilaku Ketua Menteri itu.

Abdul Taib Mahmud telah menyalah-gunakan kuasa ke atas sebuah negeri yang, suatu ketika dahulu, paling kaya di Malaysia di segi sumber alam semulajadi selama 30 tahun, menguasai kementerian-kementerian yang penting, dan menggunakan semua permit dan lesen untuk kepentingannya sendiri. Kini Yayasan Bruno Manser telah meminta agar semua kerajaan di dunia ini menyiasat dan membekukan aset-aset dan kekayaan Taib dan keluarganya.

Ketegangan Politik

Walau bagaimana pun, masalah yang timbul di Hobart beberapa hari yang lalu, di mana salah sebuah harta Taib telah ditemui. Dua buah kilang papan milik Ta Ann Tasmania yang diawasi oleh Ta Ann Sdn Bhd. Pengerusi Eksekutifnya, Hamed Sepawi adalah sepupu kepada Taib yang juga bertindak selaku pengawal harta dan penasihat perniagaannya.

Para penyokong Ta Ann di Australia telah menangkis tuduhan yang mengatakan syarikat itu telah membawa kerosakan alam sekitar di Sarawak, dan menyatakan dengan yakin bahawa Ta Ann sememangnya tiada kaitan langsung dengan masalah alam sekitar yang mereka kerjakan.

Semalam, Bryan Green, Timbalan Perdana Menteri Tasmania didapati membangkitkan suatu isu di parlimen dengan memperkecilkan kehadiran editor Sarawak Report di Hobart dan Launceton, yang bercakap mengenai Ta Ann yang merosakkan hutan di Sarawak.

Namun Green juga didapati menunjukkan pengetahuannya yang cetek mengenai keadaan terperinci di negeri Sarawak, apabila dia mengatakan gambar seorang lelaki Penan dengan sebuah lori pengangkut kayu balak itu tiada kaitan dengan Sarawak, tetapi di sebuah tempat bernama Shin Yang!

Sarawak Report dapat mengesahkan gambar berkenaan sememangnya diambil di Sarawak dan Shin Yang itu adalah nama sebuah syarikat pembalakan dan bukannya nama sebuah tempat. Kedua-dua Ta Ann dan Shin Yang bertanggungjawab menebang hutan bernilai berbilion-bilion ringgit dan menukar lanskap hutan kepada ladang-ladang kelapa sawit.

Tidak lama dahulu, Hamed Sepawi, iaitu bos syarikat Ta Ann, pernah dipetik sebagai mengatakan bahawa hanya sedikit sahaja kawasan hutan yang tinggal di Sarawak, dan kebanyakannya telah ditebang lebih dari sekali. Maka inilah sebabnya Ta Ann bersungguh-sungguh mengembangkan kegiatan pembalakan ke Tasmania.

Syarikat Ta Ann sendiri yang telah memulakan isu ini dengan membantah iklan yang berkaitan dengan isu ini. Sebagai membidas bantah terhadap Ta Ann, Senator Bob Brown, ketua Parti Green di Australia, yang juga merupakan wakil Tasmania, telah memberitahu para pemberita bahawa gambar yang ditunjukkan itu memberikan gambaran yang tepat mengenai masalah alam sekitar di Sarawak yang disebabkan oleh kegiatan pembalakan berleluasa.

Maklumat mengenai masalah rasuah yang berleluasa di Sarawak, dan hubungan kekeluargaan Hamed dan Taib semakin merisaukan banyak pihak di Australia. Senator berkenaan menyakinkan bahawa suatu notis akan dihantar kepada Ta Ann di Australia dan kegiatannya akan diberi perhatian./sarawak report



MTUC Akan Piket Seluruh Negara

Posted: 09 Oct 2011 09:07 PM PDT

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dijangka meluluskan syor agar diadakan piket di seluruh negara ekoran tindakan kerajaan meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 Khamis lalu. The Malaysian Insider difahamkan jawatankuasa kerja MTUC telah memutuskan untuk membawa syor itu bagi pertimbangan majlis am MTUC yang akan diadakan petang esok.

"Keputusan jawatankuasa kerja (yang bermesyuarat petang Jumaat lalu) ialah mengesyorkan kepada majlis am (MTUC) membuat pertimbangan agar diadakan satu piket di seluruh. "Terpulang kepada majlis am sama ada meluluskan syor ini... hanya satu syor ini yang dibuat untuk pertimbangan majlis am. Majlis am boleh membuat keputusan lain jika perlu dan yang sesuai," kata seorang pemimpin kanan yang menghadiri mesyuarat jawatankausa kerja kelmarin kepada The Malaysian Insider.

Majlis am MTUC jika meluluskan syor itu akan membuat mekanisme dan tarikh ia akan diadakan. MTUC mempunyai bahagian di setiap negeri. Pemimpin itu yang namanya tidak mahu dipetik berkata, jawatankuasa kerja kecewa dengan pendirian kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia yang enggan bertolak ansur, sebaliknya meneruskan bacaan kali kedua pindaan Akta Kerja.

Timbalan Presiden MTUC Jaafar Majid ketika dihubungi pula berkata majlis am sebagai badan tertinggi dalam MTUC akan membuat keputusan dan pendirian akhir dalam isu semasa ini. "Terserah kepada majlis am, anggota majlis am akan memberikan keputusan mereka," kata beliau ketika ditanya tentang opsyen yang bakal diputuskan esok.

Sumber juga memberitahu The Malaysian Insider bahawa jawatankuasa kerja telah menghalusi perkembangan sepanjang minggu lalu termasuk tindakan piket yang diadakan di pekarangan Parlimen pada Isnin lalu. "Begitu juga surat yang diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia (Datuk Dr S Subramaniam) ketika mesyuarat NLAC (Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan) sebelum piket diadakan Isnin lalu," katanya.

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 malam Khamis lalu setelah membahaskannya selama lima jam. Perkembangan itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sebahagian pemimpin MTUC. MTUC telah meminta Kementerian Sumber Manusia agar Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 ditarik balik dan ditangguhkan, serta diadakan perbincangan susulan di peringkat NLAC.

Bagaimanapun kementerian bertegas mahu meneruskan bacaan kali kedua di Parlimen sehingga mengejutkan sebahagian besar kepimpinan MTUC. Kementerian Sumber Manusia berkata pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.

Selain itu, kementerian juga akan mempunyai rekod komprehensif pekerja bagi memudahkan urusan pemantauan. Bagaimanapun MTUC membantah peruntukan tersebut dan mendakwa syor tambahan yang dikemukakan juga tidak dimasukkan dalam pindaan kali ini. Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 akan dibawa ke Dewan Negara selepas ini.

Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada sesi Parlimen 8 Julai 2010, namun ditarik balik pada sesi Parlimen 12 Oktober 2010 bagi mengambil kira pandangan saat akhir daripada pelbagai pihak termasuk MTUC mengenai pentakrifan subkontraktor untuk tenaga kerja kepada kontraktor bagi tenaga kerja di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955.

"Kita dah bincang perkara ini sudah 18 kali, bukan sekali dua dan pandangan mereka diterima, sekarang di saat-saat akhir mereka membuat demikian (piket), tapi niat kita ialah untuk memberi perlindungan kepada pekerja bukan untuk buka ruang 'outsourcing' seperti yang dituduh mereka," jelas Subramaniam di Parlimen Khamis lalu./tmi

Tiada ulasan: