Sabtu, 24 September 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PERKASA BACUL DAN DAYUS GANGGU CERAMAH MAT SABU

Posted: 24 Sep 2011 10:35 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

PERKASA nampaknya sudah mula bermain kasar. Pertubuhan yang bukan anak jantan ini mula untuk tonjolkan keberanian setelah dikutuk dan dipersendakan akibat kebaculan mereka sewaktu berjanji untuk hadir semasa perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, tetapi mereka ghaib entah ke mana.



Di Seremban, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini, PERKASA mahu menunjukkan jantan mereka dengan menganggu ceramah Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Sambutan Aidilfitri dan ceramah Timbalan Presiden malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam. Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanLebih kurang 100 orang budak-budak PERKASA berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah. Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Kononnya mereka mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Mat Sabu, tetapi ianya dihalang oleh para penyokong PAS. Mengapa di situ memorandum mahu diserahkan? Bukankah itu merupakan satu tindakan provokasi dan mengapa pihak berkuasa gagal bertindak pantas? Bayangkan jika ini berlaku kepada Najib, sudah tentu ada tangkapan awal dibuat.

PERKASA jangan ingat kami di dalam PR takut untuk berdepan dengan mereka. Kalau kami boleh berdepan dengan ratusan atau ribuan FRU dengan berbagai senjata, usahlah PERKASA cuba untuk bermain api dengan PAS atau PR. Kami di dalam PR cuba sedaya upaya untuk mematuhi peraturan dan undang-undang tetapi jika PERKASA hadir untuk memaksa kami melanggar undang-undang, kami juga bersedia untuk melayan kamu.

Beberapa hari yang lepas, ceramah Ketua Umum DS Anwar juga diganggu oleh beberapa pemuda diketuai oleh Lokman Adam. Ceramah juga terganggu dengan `black out' secara tiba-tiba. Ini lah kerja kumpulan bacul dan dayus yang mendapat sokongan dari pemimpin yang bacul dan dayus. Mereka takut untuk berdepan melalui debat, tetapi mahu tunjuk berani dengan cara kotor sebegitu.

Kepada penyokong-penyokong PR terutamanya PAS dan PKR yang seringkali pemimpin mereka diganggu, kita harus belajar dari peristiwa ini. Persiapkan para petugas kita untuk menghadapi segala kemungkinan. Jelas, tumpuan mereka ini hanya kepada DS Anwar dan Mat Sabu. Justeru itu, persediaan mesti ada jika kita menganjurkan ceramah bagi kedua-dua tokoh ini.

Sekiranya berlaku apa-apa terhadap tetamu yang memberi ceramah terutamanya pemimpin utama kita, pihak Penganjur dianggap gagal memastikan keselamatan mereka. Kita tidak harus bergantung sangat kepada pihak Polis kerana kita sudah tahu apa yang akan dibuat oleh Polis jika berlaku sesuatu./wfauzdin.blogspot.com

UMNO MAHU HUDUD, TAPI JANGAN CERITA HUDUD DALAM MASJID

Posted: 24 Sep 2011 07:09 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BILA isu hudud mula dimainkan semula, ertinya Umno sudah kehabisan modal untuk melemahkan Pembangkang. Mereka sendiri tahu sebenarnya bahawa PAS tidak pernah melupakan hukum hudud kerana dasar PAS itu adalah Islam dan dasar Umno pula sekular iaitu Nasionalis.

PAS menyebut tentang Negara Kebajikan bererti PAS sedang berusaha untuk mencapai cita-cita melaksanakan Islam yang Syumul. Umno pula tidak pernah berusaha untuk ke arah itu kerana Umno masih menyimpan pemimpin yang rasuah, masih menyekat hak asasi manusia dari semua sudut samada sudut demokrasi dan perundangan. Umno menyempitkan usaha dakwah dengan peraturan yang tidak masuk akal seperti menyekat mana-mana pihak untuk menyebut . tentang hukum Islam. Pendakwah dilarang bercakap soal politik Islam atau hukum hudud di dalam masjid kerana itu adalah politik pembangkang, itu tafsiran Umno. Di dalam masa yang sama Umno kononnya ingin mendidik masyarakat tentang hukum hudud dahulu sebelum mahu melaksanakannya, tetapi soal hudud jangan dibicarakan. Lojikkah?

PAS terbukti konsisten dengan dasar Islamnya. Tidak pelik jika DAP menentang hukum hudud kerana Umno yang mengaku Islam itu pun tidak pernah bersetuju dan bercadang untuk melaksanakannya. Usahlah KM Melaka, Ali Rustam mahu mencabar PAS untuk bentangkan usul Hukum Hudud di dalam Parlimen kerana sebelum ini tidak kurang dari tiga kali PAS telah bawa usul tersebut, namun Umno lah yang tidak menyokong usul tersebut. Ali Rustam pula harus lihat dirinya dicermin dahulu sebelum mahu bercerita soal hudud kerana dia adalah perasuah politik wang yang masih dikekalkan oleh Umno sebagai KM. Perasuah meminati hududkah?

Saya yakin PAS tidak pernah mengharapkan Karpal Singh menyokong Hudud kerana tidak jatuh wajib buat Karpal menyokong Hudud pun. Yang jatuh wajib menyokong hukum ini adalah Najib atau Muhyiddin dan mereka yang mengaku Islam dan beriman dengan Allah. Apa kaitan dengan Karpal Singh? Jadi, elok kita bahaskan soal hukum Hudud ini sesama kita yang berugama Islam sahaja. Jika DAP sokong, itu suatu bonus buat kita. Kalau DAP, MCA, Gerakan tidak menyokong hukum ini, tidaklah menjadi masalah kerana mereka bukan Islam.

Sebab itulah PAS menyebut tentang Negara Kebajikan sebagai satu pendekatan untuk merealisasikan sebuah Negara Islam yang Syumul. PAS mahu negara ini bebas dari amalan rasuah, dan mahukan negara ini benar-benar memberikan keadilan kepada semua rakyatnya. Ini semua gagal dilakukan oleh Umno. Demokrasi perlu dipulihkan dan sistem kehakiman juga perlu diperbaiki dari unsur ketidakadilan. Ekonomi dan pendidikan juga perlu diperkasakan kerana tiada hudud buat negara yang rakyatnya jahil dan miskin. Bagaimana Hudud mahu dilaksanakan jika pemimpin pun penuh dengan rasuah dan zalim?

Jelas, Umno hanya mahu jual nama Hudud untuk menutup pekung mereka yang semakin banyak terdedah. Apa kata jika Umno pula yang usulkan di dalam Parlimen tentang Hukum Hudud ini setelah PAS melakukannya dahulu? Ada berani Umno? Kirim salam./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: