Rabu, 28 September 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Anwar: Mengapa Najib, Rosmah mesti jadi saksi

Posted: 28 Sep 2011 06:18 AM PDT

1. HARI ITU KATA TAK TAKUT ANWAR

2. KEMUDIAN BATAL SAPINA




Anwar berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor diperlukan untuk membantu kes berkenaan.

Ini dikaitkan dengan maklumat yang dibekalkan oleh bekas pembantu Najib, Datuk Khairil Annas Jusoh, ketika diwawancara oleh peguam Anwar semasa proses merakamkan kenyataan daripada saksi-saksi yang berpotensi.

Khairil Annas telah mengesahkan bahawa dia membawa pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertemu dengan Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Saya seterusnya menyatakan bahawa saya telah dinasihatkan oleh peguam-peguam saya, nasihat yang saya percayai adalah tepat dan benar, bahawa Datuk Khairil Annas Jusoh telahpun memaklumkan kepada mereka di dalam temuramah tersebut bahawa beliau telahpun membawa pengadu berhumpa dengan pemohon paad 26 Jun 2008 untuk lebih kurang sejam di kediaman pemohon.

NONE"Oleh yang demikian, saya percaya terdapat banyak lagi perkara yang telahpun dibincangkan antara pemohon dan pengadu tersebut semasa pertemuan tersebut yang saya yakin adalah relevan dan materrial kepada pembelaan saya," katanya dalam afidavit itu.

Menurut Anwar lagi, Najib pada mulanya menafikan bertemu dengan Saiful tetapi kemudian menukar pengakuan dan berkata Saiful telah memohon bantuan bagi mendapatkan biasiswa.

Justeru, peguamnya mahu mendapatkan penjelasan lanjut.

Tambahnya lagi, semasa wawancara pada 12 Ogos lalu, Najib dan Rosmah tidak bekerjasama dalam memberikan kenyataan kepada peguamnya.

Anwar, berkata beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil saksi dan sehubungan itu mengarahkan peguamnya untuk mensepina Najib dan isterinya.

MB: Kerajaan Selangor siasat letupan Empire Gallery

Posted: 28 Sep 2011 06:05 AM PDT



SUBANG JAYA 28 SEPT : Kerajaan Selangor memberi jaminan akan menyiasat kejadian letupan di kompleks beli belah Empire Gallery dengan rapi, dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata siasatan rapi akan dilakukan pakar industri binaan dan juga agensi kerajaan negeri.

"Saya juga berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini, kita perlu beri ruang kepada mereka yang pakar dengan pendapatnya, ini juga adalah langkah dimana kami akan memneri jaminan kepada orang ramai bahawa kawasan awam ini boleh dikunjungi mereka."

"Dibawah bidang kuasa kerajaan negeri, kami menunggu pasukan pakar industri binaan untuk menentukan bahagian mana yang perlu dibuka kepada orang ramai dan bahagian mana yang harus ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan siasatan".

Khalid berkata demikian selepas melawat tapak kejadian di sini dengan diiringi exco kerajaan negeri Dr Xavier Jeyakumar, Ronnie Liu, Teresa Kok dan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh.

Siasatan awal polis mendapati letupan 3.45 pagi yang merosakkan sebahagian besar kompleks beli belah itu berpunca daripada tangki gas di tingkat bawah bangunan itu.

Empat aras letak kereta, dua aras ruang kedai dan restoran, dan juga block A bangunan itu mengalami kerosakkan besar. Blok pangsapuri dan pejabat bersebelahan bangunan itu juga rosak.

Seramai 300 penginap sebuah hotel berhampiran bangunan terpaksa di pindahkan atas sebab keselamatan.

Perkarangan kompleks itu masih ditutup dan berada di bawah kawalan pihak bomba.

Empat pekerja yang cedera di dalam letupan itu berjaya diselamatkan.

Mereka adalah Tan Wern Fang, 24, Chua Chin Hong, 27, Surendran Kris Krishnan, 33 dan Chhring Dawak Sepa, seorang warga Nepal.

Seorang wakil pejabat ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh tampil menyampaikan makanan tengahari kepada petugas yang bertungkus lumus menjalankan operasi menyelamat sejak awal pagi.

Yeoh sendiri tampil melawat tempat kejadian sekitar jam 6.45 pagi.

Penolong pengarah operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harun menjelaskan letupan itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di aras bawah, dia berkata.

"Setakat ini kami masih menjalankan siasatan dan kawalan, kami membawa empat unit forensik, kimia, siasatan dan penyelamat yang kesemuanya 50 anggota," Mohd Sani berkata ketika di temui.

POLIS: Letupan Empire Gallery disebabkan kecuaian, tiada sabotaj

Posted: 28 Sep 2011 06:02 AM PDT



SUBANG JAYA 28 SEPT: Polis menolak kemungkinan unsur sabotaj dan keganasan disebalik tragedi letupan Galeri Empire awal pagi tadi, dan mengatakan tidak menemui sebarang bukit yang menjurus ke arah itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata, hasil siasatan menunjukkan letupan itu disebabkan oleh kebocoran gas yang mungkin telah disebabkan kecuaian mahupun kegagalan teknikal.

"Daripada hasil siasatan yang dijalankan pihak polis, sehingga sekarang kami tidak menemui apa-apa bukti yang membawa perkara ini boleh dikaitkan sebagai sabotaj mahupun kerja-kerja keganasan, kejadian ini kami sifatkan sebagai satu kemalangan akibat daripada kecuaian."

Thaiveegan berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media dihadapan kompleks membeli belah tersebut.

Mengulas lanjut, Thaiveegan menegaskan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat, unit forensik dan Suruhanjaya Tenaga (EC) bagi melakukan siasatan terperinci berhubung untuk mengetahui apa yang menyebabkan kebocoran.

"Bomba juga akan menyiasat bagaimana letupan itu belaku, memang kita sedia maklum ianya berpunca daripada kebocoran gas, tetapi apakan yang menyebabkan ianya berlaku, adakah daripada percikan api? ini semua dibawah penyiasatan kami."

ANAK: Kerana kepentingan politik buat FELDA cagar tanah 360 ribu hekta

Posted: 28 Sep 2011 05:59 AM PDT

GOMBAK 28 SEPT: Lembaga Pengarah Felda didakwa membuat keputusan mencagarkan keseluruhan tanah Felda Plantation seluas 360 ribu hektar tanpa kehadiran pengarah besarnya, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.

Cagaran tersebut dibuat kepada Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun tanpa dimaklumkan kepada Zulkifli yang ketika itu pergi menunaikan umrah pada 25 Ogos lalu.

Malah difahamkan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad turut dilantik menerajui Koperasi Peneroka Felda (KPF) atas alasan penstrukturan semula FGVH di mana jawatan tersebut kini dipegang Zulkifli sendiri.

Bercakap pada sidang media sebentar tadi, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yakin keputusan tersebut dipengaruhi oleh pemimpin politik berkepentingan.

Katanya Timbalan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan sebelum berdolak-dalik atas cadangan yang dikemukakan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Felda Plantation dan diberikan tanah tersebut kepada generasi kedua dan ketiga.

Jelas beliau setelah perkara ini terbongkar maka wujud tanggapan bahawa Felda mempunyai agenda tersendiri dan berselindung di sebalik alasan untuk menolak cadangan tersebut.

"Keputusan ini difahamkan ditentang oleh Datuk Zulkifli sendiri kerana Isa Samad direstui Ahmad Maslan untuk campur tangan.

"Felda akan sibuk dengan pelaburan dan tidak akan memberi tumpuan kepada peneroka," kata Mazlan. Mazlan turut mempersoalkan sekiranya perlantikan Isa melalui jalan "belakang" membolehkan ekuiti KPF bernilai RM399 juta iaitu 51 peratus dalam Felda Holdings akan dibawa masuk ke dalam Felda Global Ventures.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendedahkan di parlimen bersabit kepincangan pelaburan melibatkan Felda Global Ventures di mana kerugian terkumpul dari tahun 1997 hingga 2010 dicatatkan hampir RM500 juta.

Pelaburan dibuat menerusi Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Techologies US, TRT Etgo Canada, Felda GLobal Ventures Middle East dan Felda GLobal Ventures Arabia.

Sehubungan dengan itu beliau menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang keputusan yang akan memberi implikasi buruk terhadap liabiliti terbesar negara termasuk nasib peneroka.

"Kebimbangan saya adalah apabila pelaburan besar di luar negara boleh lenyap seperti apa yang berlaku kepada Bank Bumiputera, Perwaja Steel dan PKFZ.

"Ramai pihak (peneroka) mendesak supaya Perdana Menteri buat kenyataan terbuka... Maklumbalas yang kita perolehi adalah negatif daripada kakitangan kumpulan Felda," tambahnya lagi.

Tiada ulasan: