Rabu, 28 September 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Gaji RM1500 Untuk Anda Kerja Sebagai Apa Saja Di Selangor

Posted: 28 Sep 2011 06:27 PM PDT

Skim gaji minima RM1,500 yang bakal diperkenalkan kerajaan negeri Selangor pada 2012 mendapat restu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Timbalan Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, ketelusan sesebuah kerajaan dapat diukur melalui penetapan gaji minima seperti ini yang diiktiraf kesatuan itu sebagai langkah proaktif kerajaan negeri bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat. "Kami merasakan itu adalah pemangkin bagi kerajaan persekutuan dan amnya kerajaan negeri (Selangor) sendiri kerana ketelusan yang dilaksanakan berlaku kerana (percambahan) ekonomi," kata beliau dalam wawancara Fokus Berita bersama Tv Selangor.

Abdul Halim berpendirian perlaksanaan gaji minima harus dititikberatkan mana-mana pemerintah dan diselaraskan secepat mungkin untuk penambahbaikan status masyarakat yang berada di bawah paras kemiskinan. (Link)

.............

Gaji minima Rm1500.Ok ke? At least satu permulaan dah.Nak tunggu UMNO...kita kena tunggu orang-orang macam ni bersara dulu.

Sebelum ni aku rasa gaji minima kita RM700.Macam mana diorang implementkan? Entah. Tunggu la 2012. Tengok macam mana, sama ada sektor swasta nak ikut sekali ke tidak atau hanya tertakluk kepada sektor awam.

Kadang-kadang,kalau kau dengar gaji orang yang kerja, seolah-olah tak berbaloi. Aku jumpa staff gomen,umur dah 40 an..gred baru 17. Aku rasa 17 total gaji masuk elaun ada la dalam RM1300 camtu.Aku ada kenal seseorang..gaji dia Rm400 tapi dia kerja kawasan kampung la,dalam ladang.Gila..tak balik modal pegi balik kerja. Tak kisah la duduk kampung ke angkasa ke..RM400 kau beli barangan anak  2 orang sebulan dah habis.

Aku sendiri pernah interview dengan satu syarikat animasi bertaraf "MSC Status Company" (this is the biggest bullshit in the world) yang nak bagi aku gaji RM850. Alasan dia? Staff dia ramai...

Kalau kat Selangor dah dilaksanakan gaji minima ni..apa kata selepas ni kerajaan Selangor laksanakan peraturan overtime itu optional pada pekerja dan overtime WAJIB dibayar,takde alasan2 langsung.

Apa-apa pun, kebajikan pekerja haruslah dititikberatkan di Malaysia. Dalam bab pekerja vs majikan..selalunya pekerja selalu mengharungi arus deras yang takkan mampu dia redah. Yang mampu tolong pekerja? Akta pekerja yang protect rights pekerja...dan memastikan pekerja kerja dan dibayar.

Berapa orang pernah kerja secara free kat sini? Dulu aku tiap2 hari kerja free. Masa aku kerja "MSC Status Company" la....bullshit.

Kembalikan middle class people.Dan kembalikan hak bekerja orang local yang dah diambik orang luar. RM1500 untuk jadi tukang sapu di Selangor adalah satu prospek kerjaya yang agak menarik.

Wujudkan senario itu.

Tiada ulasan: