Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MPN : Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British

Posted: 09 Sep 2011 03:06 AM PDT

Biaq betoi Majlis Proff ni..ka hangpa majlis professor kangkong...dulu masa laungkan merdeka seua kata bebas dari penjajah Inggeris..la ni pulak hangpa kata tak pernah di jajah...Macamana la pulak sekarang baru nak kata tida di jajah cuma penaung..habis di sapunya bijih dan getah...jadi semua proffesor ni sedar ka tidak masa bercakap.jangan la jadi proff mengampu pulak......




PUTRAJAYA 9 SEPT: Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini menyatakan pendirian bahawa Tanah Melayu tidak pernah menjadi tanah jajahan British.

Sebaliknya British hanya berperanan sebagai penaung dengan mengiktiraf Institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu (DURBAR) sebagai pemerintah yang sah menurut Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya, Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Kita ingin menyatakan dengan tegas bahawa fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah. Itu fakta sejarah yang mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak.

"(Istilah) dilindungi dan dikoloni tidak sama. Hanya tiga negeri di Tanah Melayu yang merupakan tanah jajahan iaitu Singapura Melaka dan Pulau Pinang," ujar beliau.

Justeru anggota polis dan pegawai Melayu yang berkhidmat pada ketika itu dibayar gaji daripada hasil Persekutuan Tanah Melayu dan bukan British, jelasnya lagi.

Beliau bagaimanapun mengakui pada peringkat awal ada pejuang haluan kiri Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan daripada British, namun Parti Komunis Malaya (PKM) dikatakan bercita-cita mahu menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu.

"Nasionalis Melayu yang pada awalnya ingin memerintah di Tanah Melayu bersubahat dengan pejuang komunis untuk menjadikan negeri ini sebagai republik komunis," ujar Zainal.

MPN mengambil inisiatif memberi penjelasan ekoran isu yang dibangkitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang didakwa mengangkat Ketua Rejimen ke-10 PKM, Ahmad Indera sebagai pejuang kemerdekaan sebenar dalam ceramahnya di Tasik Gelugor 21 Ogos lalu.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu diserang bertalu-talu oleh media dan institusi pro Umno-Barisan Nasional (BN) termasuk bekas anggota polis dan tentera sehingga ada yang mencadangkan agar kerakyatan beliau dilucutkan kerana didakwa sebagai pengkhianat negara.

Malah keluarga beliau turut diancam keselamatan apabila ada pihak yang mengugut untuk menyimbah asid kepada isteri dan anak perempuannya.

Turut memberi kenyataan semalam Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang menyifatkan Mat Indera secara sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan PKM bertujuan menghasut orang awam untuk bersama parti itu menentang British melalui bentuk keganasan.

Walhal Abdul Ghani sebelum ini mengiktiraf penerbitan buku 'Pengukir Nama Johor' yang dikatakan sebagai "bahan kajian di atas prinsip-prinsip kebenaran akademik" pada tahun 2004.

Mat Sabu tetap mempertahankan diri dengan mendakwa beliau difitnah oleh akhbar Utusan Malaysia 27 Ogos lalu dalam laporan muka hadapan bertajuk "Mat Sabu hina pejuang, anggap pengganas komunis hero sebenar tragedi Bukit Kepong".

Beliau bertegas menyatakan dirinya tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan komunis seperti yang dilaporkan akhbar itu dan kemudian akan menyaman Utusan Malaysia.

Zainal seterusnya mempertahankan kedudukan parti Umno Perikatan (BN) yang bertindak sebagai kerajaan sah pada ketika itu yang secara kebetulan memenangi Pilihan Raya Umum 1955.

"Kebetulan parti Umno (perikatan) dan kemudian menjadi parti Barisan Nasional telah menang sejak 1955 sehingga sekarang. Itu kebetulan sejarah. Maka kerana itu mereka telah membentuk kerajaan yang sah," tambahnya.

Swasta IWK : Najib Ulangi Mahathirisme, Kata Dr Dzul

Posted: 09 Sep 2011 02:54 AM PDT




SHAH ALAM 9 SEPT : Langkah kerajaan mahu menswastakan syarikat pembetungan Indah Water Konsortium (IWk) kepada sebuah syarikat pelaburan strategik 1MDB dengan membabitkan Puncak Niaga, merupakan satu tindakan kurang bijak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mengulangi kegagalan regim Mahathir Mohamad kira-kira 10 tahun lalu.

Langkah itu menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Ini kerja kurang bijak. Kerja Najib yang mengulangi kerja "bodoh" regim Mahathir. Najib mengulangi Mahathirisme.

" Penswastaan begini dengan diberikan langsung, tidak dibuka tender, tidak dicari oang yang layak, tidak ditentukan kepakarannya, kebolehan kewangannya. Apa yang merseka lakukan ialah untuk beri kepada kroni kerana dalam waktu terdekat ini akan berlakunya pilihan raya,"kata Dr Dzul.

Portal The Malaysian Insider semalam memetik sumber-sumber dari Kementerian Kewangan memberitahu bahawa IWK bakal diambil alih oleh 1MDB dengan membabitkan Puncak Niaga.

Difahamkan juga, ia telah diberikan lampu hijau oleh Najib.

"Penswastaan dan berakhir dengan kegagalan... Dalam penswastaan yang kita saksikan (pada) zaman Mahathir, ia berakhir dengan cerita-cerita duka yang membebankan wang rakyat untuk syarikat-syarikat ini di bail-out. Hari ini setelah Najib membentangkan model ekonomi baru, ETP, EPP, NKRA, NKEA, berakhir dengan begini jugak, cara dan modes operandi urus tadbir sektor-sektor utiliti ini kembali kepada swasta. Esok bila gagal, ambil balik dan selamatkan balik. Jadi sampai bila kita harus macam ini?

" Sampai bila rakyat dan dana rakyat akan diperguna cara begini,"soalnya ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Kira-kira 11 tahun lalu, kerajaan terpaksa menyelamatkan syarikat itu selepas syarikat terdahulu berhadapan dengan masalah kewangan.

Menurut Dr Dzul lagi, projek yang diberikan kepada 1MDB dan Puncak Niaga secara terus juga menggambarkan ketidaktelusan pihak yang terbabit dalam pemberian projek ini.

"Kenapa diberi kepada Puncak Niaga , pihak paling tak layak nak uruskan tentang pembetungan dan sebagainya. Sebab terbukti mereka gagal di Selangor ini dalam industri air Selangor, dalam Syabas . Jadi kalaulah Najib bercakap tentang merit daya saing, mengapa terus-terusan beri kepada 1MDB dan Puncak Niaga,"soalnya lagi.

Bagaimanapun menurut Dr Dzul, beliau memahami helah kerajaan di sebalik pemberian projek ini.

"Sebab inilah syarikat-syarikat yang didakwa memberikan dana politik kepada Umno-Barisan Nasional.

" Ini bukan saya cakap.. ini tokoh-tokoh akademik dalam buku-buku mereka mengenai ekonomi politik. Saya tak perlu mengungkap sendiri, saya tak perlu buat dakwaan kerana mereka telah banyak buat dakwaan tentang perhubungan sumbang antara orang bisnes dan elit politik tertinggi negara," tegas Dr Dzul.

Malah ujar Dr Dzul, sehingga kini tiada sebarang pembaharuan dari sudut ekonomi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Dengan kata lain, apa yang baru di Malaysia ni, apa yang dikatakan dengan nafas baru , ekonomi baru , model ekonomi baru. Apa yang baru? Tidak ada apa yang berubaha. Apa yang baru? Tiada. Dalam bahasa ekonomi di kata "doing more of the same thing".Mengulangi kembali cara lama,"tambah beliau lagi.

IWK kini merupakan syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Sejak itu, IWK telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Majlis Perbandaran Johor Baru.

Di bawah cadangan itu, konsortium 1MDB akan memperoleh IWK dengan bayaran RM1 dan mengambil alih kesemua hutangnya termasuk pinjaman lebih RM1.5 bilion yang ia perlu selesaikan kepada Kementerian Kewangan.

Konsortium itu mahukan konsesi selama 60 tahun.

Ia juga mempunyai rancangan untuk mengaitkan caj-caj pembetungan dengan bil air.

Rancangan itu boleh mencetuskan kontroversi pusingan baru ekoran kurangnya ketelusan berkaitan perundingan itu, dengan pengguna bimbang mengenai perjanjian membabitkan IWK.

Sejak dari hari pertama, IWK berhadapan dengan masalah menyakinkan rakyat yang skeptikal untuk membayar bil berasingan, yang sebelum itu diselesaikan bersama
bil air.

Pada 2000, pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad membayar hampir RM200 juta untuk memiliknegarakan IWK demi menjaga kepentingan awam dan mengelakkan gangguan perkhidmatan.

Langkah itu diambil untuk menangani masalah hutang syarikat tersebut ketika itu dianggarkan RM700 juta.

Malah, rancangan baru kerajaan pentadbiran Najib ini dilihat kemungkinan mencetuskan kritikan yang sama sebab membabitkan 1MDB dan Puncak Niaga, sebuah syarikat yang berhubung kait secara politik dengan Putrajaya.

PAS Mahu Siaran Langsung Untuk Debat Mat Indera

Posted: 09 Sep 2011 02:48 AM PDT





SHAH ALAM 9 SEPT : Susulan gesaan beberapa pihak agar debat antara Timbalan Presidennya Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu Mat Indera dan pejuang kemerdekaan diadakan, PAS hari ini mahu ia dibuat di stadium serta disiarkan secara langsung di televisyen.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berkata, "demi keadilan" kepada semua, debat itu dicadangkan disiarkan di RTM atau televisyen swasta dan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam.

"Bagaimanapun pihak PAS bersetuju sekiranya pihak YAB Tan Sri Muhyiddin mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai dan boleh dihadiri oleh sebahagian rakyat di negara ini," katanya.

PAS sebelum ini mengutarakan cadangan itu selepas Mohamad diserang hebat bermula 27 Ogos apabila dilaporkan berkata Mat Indera dan penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukannya "polis British".

Muhyiddin setakat ini belum menyatakan sama ada beliau bersetuju atau menolak cabaran itu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mengulangi keperluan debat itu menjadi kenyataan kerana ia penting merungkai polemik hangat dan menjawab semua persoalan berbangkit.

"Debat ini diharap dapat membuka minda rakyat secara terbuka untuk rakyat menilai sendiri ketepatan hujah yang dikemukakan nanti, dan diharap isu ini tidak menjadi polemik yang berpanjangan," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, PAS juga bersedia menerima mana-mana NGO, persatuan akademik atau institusi pengajian tinggi yang bersedia bekerjasama menjayakan cadangan itu.

"Pihak PAS mohon pertimbangan wajar daripada pihak Tan Sri Muhyiddin agar menyahut cabaran dan cadangan ini demi kebaikan kepada semua pihak," tambahnya lagi.

Swasta IWK : Najib Ulangi Mahathirisme, Kata Dr Dzul

Posted: 09 Sep 2011 02:45 AM PDT



SHAH ALAM 9 SEPT : Langkah kerajaan mahu menswastakan syarikat pembetungan Indah Water Konsortium (IWk) kepada sebuah syarikat pelaburan strategik 1MDB dengan membabitkan Puncak Niaga, merupakan satu tindakan kurang bijak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mengulangi kegagalan regim Mahathir Mohamad kira-kira 10 tahun lalu.

Langkah itu menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Ini kerja kurang bijak. Kerja Najib yang mengulangi kerja "bodoh" regim Mahathir. Najib mengulangi Mahathirisme.

" Penswastaan begini dengan diberikan langsung, tidak dibuka tender, tidak dicari oang yang layak, tidak ditentukan kepakarannya, kebolehan kewangannya. Apa yang merseka lakukan ialah untuk beri kepada kroni kerana dalam waktu terdekat ini akan berlakunya pilihan raya,"kata Dr Dzul.

Portal The Malaysian Insider semalam memetik sumber-sumber dari Kementerian Kewangan memberitahu bahawa IWK bakal diambil alih oleh 1MDB dengan membabitkan Puncak Niaga.

Difahamkan juga, ia telah diberikan lampu hijau oleh Najib.

"Penswastaan dan berakhir dengan kegagalan... Dalam penswastaan yang kita saksikan (pada) zaman Mahathir, ia berakhir dengan cerita-cerita duka yang membebankan wang rakyat untuk syarikat-syarikat ini di bail-out. Hari ini setelah Najib membentangkan model ekonomi baru, ETP, EPP, NKRA, NKEA, berakhir dengan begini jugak, cara dan modes operandi urus tadbir sektor-sektor utiliti ini kembali kepada swasta. Esok bila gagal, ambil balik dan selamatkan balik. Jadi sampai bila kita harus macam ini?

" Sampai bila rakyat dan dana rakyat akan diperguna cara begini,"soalnya ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Kira-kira 11 tahun lalu, kerajaan terpaksa menyelamatkan syarikat itu selepas syarikat terdahulu berhadapan dengan masalah kewangan.

Menurut Dr Dzul lagi, projek yang diberikan kepada 1MDB dan Puncak Niaga secara terus juga menggambarkan ketidaktelusan pihak yang terbabit dalam pemberian projek ini.

"Kenapa diberi kepada Puncak Niaga , pihak paling tak layak nak uruskan tentang pembetungan dan sebagainya. Sebab terbukti mereka gagal di Selangor ini dalam industri air Selangor, dalam Syabas . Jadi kalaulah Najib bercakap tentang merit daya saing, mengapa terus-terusan beri kepada 1MDB dan Puncak Niaga,"soalnya lagi.

Bagaimanapun menurut Dr Dzul, beliau memahami helah kerajaan di sebalik pemberian projek ini.

"Sebab inilah syarikat-syarikat yang didakwa memberikan dana politik kepada Umno-Barisan Nasional.

" Ini bukan saya cakap.. ini tokoh-tokoh akademik dalam buku-buku mereka mengenai ekonomi politik. Saya tak perlu mengungkap sendiri, saya tak perlu buat dakwaan kerana mereka telah banyak buat dakwaan tentang perhubungan sumbang antara orang bisnes dan elit politik tertinggi negara," tegas Dr Dzul.

Malah ujar Dr Dzul, sehingga kini tiada sebarang pembaharuan dari sudut ekonomi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Dengan kata lain, apa yang baru di Malaysia ni, apa yang dikatakan dengan nafas baru , ekonomi baru , model ekonomi baru. Apa yang baru? Tidak ada apa yang berubaha. Apa yang baru? Tiada. Dalam bahasa ekonomi di kata "doing more of the same thing".Mengulangi kembali cara lama,"tambah beliau lagi.

IWK kini merupakan syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Sejak itu, IWK telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Majlis Perbandaran Johor Baru.

Di bawah cadangan itu, konsortium 1MDB akan memperoleh IWK dengan bayaran RM1 dan mengambil alih kesemua hutangnya termasuk pinjaman lebih RM1.5 bilion yang ia perlu selesaikan kepada Kementerian Kewangan.

Konsortium itu mahukan konsesi selama 60 tahun.

Ia juga mempunyai rancangan untuk mengaitkan caj-caj pembetungan dengan bil air.

Rancangan itu boleh mencetuskan kontroversi pusingan baru ekoran kurangnya ketelusan berkaitan perundingan itu, dengan pengguna bimbang mengenai perjanjian membabitkan IWK.

Sejak dari hari pertama, IWK berhadapan dengan masalah menyakinkan rakyat yang skeptikal untuk membayar bil berasingan, yang sebelum itu diselesaikan bersama
bil air.

Pada 2000, pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad membayar hampir RM200 juta untuk memiliknegarakan IWK demi menjaga kepentingan awam dan mengelakkan gangguan perkhidmatan.

Langkah itu diambil untuk menangani masalah hutang syarikat tersebut ketika itu dianggarkan RM700 juta.

Malah, rancangan baru kerajaan pentadbiran Najib ini dilihat kemungkinan mencetuskan kritikan yang sama sebab membabitkan 1MDB dan Puncak Niaga, sebuah syarikat yang berhubung kait secara politik dengan Putrajaya.

'Pengampu Rosmah Sahkan Pembelian Berlian RM24 Juta'

Posted: 09 Sep 2011 02:42 AM PDT



KUALA LUMPUR 9 SEPT : Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbohong apabila menafikan pembelian cincin bernilai RM24.4 juta yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang dipetik Keadilan Daily berkata, 'pengampu-pengampu' Rosmah sendiri mengesahkan pembelian cincin berkenaan.

Badrul merujuk kenyataan Anuar Shaari, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa cincin itu kepunyaan bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayez yang dipesan masuk dari New York, Amerika Syarikat.

"Kini rakyat tertanya-tanya sama ada cincin itu kepunyaan Rosmah, mahu diberikan kepada Rosmah dan pergi ke mana selepas dibawa keluar dari KLIA.

"Pengampu-pengampu Rosmah menyebabkan Rosmah lebih terperangkap," kata Badrul atau lebih dikenali dengan Chegu Bard.

Menjawab dakwaan Anuar Shaari, Chegu Bard berkata, serbuan SPRM ke bahagian kargo KLIA mengesahkan dokumen yang mengiringi kemasukan cincin itu ke Malaysia adalah sah.

"Apa yang saya dapat, dokumen itu sahih. Dalam kotak tertera nama Datin Seri Rosmah Mansor," kata beliau.

SAMM sebelum ini mendedahkan pembelian berlian dikenali sebagai "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" yang diterbangkan melalui KLIA dan bebas daripada cukai import.

Selain itu, NGO itu turut mendakwa mempunyai salinan cetakan dokumen dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berkenaan.

Rosmah pada 29 Julai lalu menafikan pembelian berlian berkenaan selepas dua minggu isu itu didedahkan dan menyifatkannya sebagai satu fitnah, sementara penulis blog pro-Umno mula menyebarkan berita cincin itu dibawa keluar dari KLIA ke Singapura.

Airoceanic Express Sdn Bhd – yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut sebelum ini juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Lanjutan dari itu, pada 18 September ini SAMM akan melancarkan kempen risalah mendedahkan rentetan skandal itu yang masih belum didedahkan kepada umum, kata Chegu Bard.

Ia akan dilancarkan di Pekan, Pahang jika masih tiada sebarang hasil siasatan yang memuaskan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), tambahnya lagi.

Menurutnya, Pekan dipilih sebagai lokasi pelancaran kempen itu kerana ia merupakan kawasan Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Orang Pekan harus beri penilaian yang tepat tentang seorang Ahli Parlimen yang mereka undi yang akhirnya menjahanamkan negara melalui isterinya," kata Chegu Bard.

Kad Prabayar : SAMM Desak Putrajaya Batal Caj Enam Peratus

Posted: 09 Sep 2011 02:40 AM PDT



SHAH ALAM 9 SEPT : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)membantah keras tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Pengarah Seketeriat SAMM, Zulkifli Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, keputusan mengenakan caj itu tidak munasabah dan mahu pentadbiran Najib membatalkan pendekatan tersebut.

"SAMM amat memandang serius dalam isu caj yang akan dikenakan ini, menunjukkan kerajaan tidak peka terhadap pengguna prabayar yang begitu ramai penggunanya.

"Kerajaan juga harus sedar, para pengguna prabayar ini bukanlah mereka daripada golongan yang mampu," katanya.

Menurut Zulkifli, kebanyakan pengguna prabayar terdiri daripada golongan pekerja kilang, buruh kasar, pelajar, golongan sederhana serta mereka yang berpendapatan rendah.

"Mewajibkan caj enam peratus ini menunjukkan kerajaan hanya menjaga golongan korporat serta syarikat telekomunikasi yang sudah pastinya bebanan itu diletakkan kepada pengguna walaupun syarikat-syarikat ini menunjukkan keuntungan setiap tahun.

"Mengenakan caj enam peratus ini juga menunjukkan kerajaan tunduk kepada syarikat gergasi telekomunikasi seperti mana kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan kepada Astro yang menaikkan caj kepada pengguna tanpa melalui proses untuk mendapatkan kebenaran kerajaan seperti dakwaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia," katanya lagi.

Malah Zulkifli turut mendakwa, kerajaan seolah-olah dilihat tunduk kepada kehendak syarikat-syarikat gergasi ini dengan tujuan mereka dapat melipat gandakan keuntungan dengan tidak memikirkan masalah yang akan dihadapi oleh para pengguna.

Bahkan katanya, kerajaan cuba memperbodohkan rakyat dengan menaikkan cukai-cukai perkhidmatan tanpa disedari oleh rakyat seperti penangguhan yang diuar-uarkan oleh kerajaan seketika dulu untuk mengenakan GST kepada rakyat.

Justeru, SAMM menyeru rakyat Malaysia agar membuka mata terhadap bentuk-bentuk kezaliman serta bebanan kepada rakyat terutamanya golongan anak muda yang sedang membina kerjaya masa depan, dengan kenaikan harga barangan serta caj perkhidmatan yang dihadapi kini.

Tambahnya, jika kerajaan peka terhadap masalah yang dibebani rakyat sekarang ini, SAMM mendesak supaya dihapuskan caj enam peratus terhadap pengguna khidmat prabayar seperti yang diumumkan.

"SAMM amat yakin jika kerajaan masih meneruskan dasar untuk membebankan rakyat ini, SAMM meminta rakyat agar menolak kerajaan pusat yang sedia ada kepada kerajaan baru yang lebih mesra rakyat dalam aspek kebajikan khususnya dalam perihal cukai," katanya. 

Semalam, Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama berkata, caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT