Tukar Tiub |
- HADIAH UNTUK SAEKOR KLING
- PERSATUAN KANG KONG DAN KONG KANG
- KENYATAAN RESMI ANGKATAN MUDA KEADILAN
- APA YANG BERLAKU DI DEWAN CHINA
- SURAT DARI PAK CIK FELDA
Posted: 09 Sep 2011 11:57 AM PDT ADA MACAM MACAM JENIS ada macam macam jenis gila ada gila nak beli cincin ada gila nak jadi melayu ada gila minta tauliah ada gila nak putehkan badan bodek pun ada macam macam ada bodek kerana bangang ada bodek kerana bodoh ada bodek kerana bodek bodoh pun ada macam macam ada bodoh macam telor ada bodoh macam buah kelapa ada bodoh macam macam bangang ada bangang macam zainal kling NOTA: keadaan jalan kelam kabut mula mula mat indera jadi pengganas ini katoi kemudian mat indera jadi komunis ini juga kantoi bila tarikh serangan rumah pasong dibuktikan apa 23 februari 1950 lagi kantoi manoi bila buku kerajaan johore keluar kantoi lagi kemudian polis di ruamh pasong bukan polis british kerana johor dah merdeka ini bukan kantoi ini kes bangang akhirnya umumkan bahawa tanah melayu tidak pernah dijajah kah kah kah kah kah kah ini lagi kantoi gila apa tunku rahman gila apa 31 ogos pada 14 mei rakyat palestin mengingati nakba nakba ialah hari israel ditubuhkan pada 14 mei 1948 3i ogos kini saheh bukan hari merdeka kerana tanah melayu tidak pernah dijajah 31 ogos ialah hari malapetaka HADIAH UNTUK ZAINAL KLING ZAINAL KLING : MALAYA TAK PERNAH TERJAJAH – malaysiakini Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling. "Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya. Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi. SATU LAGI HADIAH UNTUK SAEKOR KLING |
PERSATUAN KANG KONG DAN KONG KANG Posted: 09 Sep 2011 12:20 AM PDT KANG KONG YANG TERBAIK NOTA: tolong jangan hina kang kong sambal kang kong dengan ikan masin masih lagi pembuka selera yang afdal cecah cecah kang kong dengan sotong - terbaik kang kong dalam yong tau fu terbaik awas dan waspada kang kong juga akan hidup segar ditepi longkang yang kotor seperti di sintok dan um kah kah kah MAJLIS PROF: GERAKAN KIRI BUKAN PERJUANGAN MERDEKA - mkini Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini menegaskan bahawa gerakan politik kiri termasuk komunis "tidak merupakan perjuangan kemerdekaan" di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Sebaliknya perjuangan kumpulan itu dianggap sebagai "penderhakaan" kerana didakwa mahu menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan sebuah kerajaan republik. "Pada tahun 1930, Parti Komunis Malaya ditubuhkan di Singapura. Mereka menubuhkan Republik Demokratik Rakyat Malaya yang berkait dengan (fahaman) komunis. "Cita-cita komunis tidak membebaskan Tanah Melayu daripada pentadbiran British yang dipersetujui oleh Raja-raja Melayu. "Nasionalis (Melayu) yang ingin bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan komunis untuk menjadikan negeri republik komunis. "Kita tidak menerima perjuangan mereka kerana mahu merampas kuasa secara tidak sah dan tidak legitimate," kata Profesor Datuk Dr Zainal Kling dalam satu sidang media di Putrajaya pagi ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit..AKHIRNYA KANG KONG TELAH BERSUARA... kah kah kah... kah kah kah...KEPALA BANA APA MAJLIS PROFESOR INI?..... kah kah kah.. kah kah kah... DALAM DUNIA INI TAK PERNAH DENGAR PUN ADA MAJLIS PROFESSOR... kah kkah kah.. kah kah kah...MAJLIS DANSA PERNAH DENGAR.... kah kah kah.. kah kah kah...MAJLIS WALIMATUL URUS PERNAH DENGAR.... kah kah kah... kah kah kah.... PROFESOR DATUK DR ZAINAL KLING INI EEE KE?.... kah kah kah.. kah kah kah...APA BUKU KANG KONG INI DAH TULIS.... kah kah kah... kah kah kah...JOURNAL TERBITAN UNIVERSITI MANA TERBITKAN TULISAN KANG KONG INI?..... kah kah kah.. woit... MUNGKIN DITERBIT KAN OLEH : UNIVERSITIE FOU DE MALAYSIE FOU TOUJOUR NGOK... kah kah kah... woit...NAK TANYA SIKIT... MAJLIS PROFESOR INI SAMA KE DENGAN MAJLIS LENGGANG PERUT..... kah kah kah NOTA : pelik tetapi benar adakah para pembaca sedar adakah para pembaca sedang bertanya kemana perginya braheng ? senyap aje – tak kan keran ku li ada ngo maka braheng tak berani cakap atau baraheng ini juga takubin kah kah kah atau kini ada satu gerakan besar yang sedang disusun untuk tibai mat mongol braheng tak perlu royak banyak nanti orang bukan melayu simpati pada mat mongol |
KENYATAAN RESMI ANGKATAN MUDA KEADILAN Posted: 08 Sep 2011 11:21 PM PDT GST - CUKAI GASAK SAMPAI TERBURAI CUKAI PERKHIDMATAN 6%: GOLONGAN MUDA TERUS DIBEBANKAN Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kesal dengan keputusan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%) ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM yang bakal berkuatkuasa pada 15 September ini. Ini bererti, pengguna yang membeli tambah-nilai prabayar bernilai RM10 selepas ini terpaksa membayar RM10.60, iaitu dengan kos tambahan sebanyak 60 sen. Alasan syarikat telekomunikasi bahawa caj tambahan sebanyak 6% ini merupakan 'cukai perbelanjaan' adalah tidak bertanggungjawab kerana ianya secara langsung telah menambahkan beban pengguna terutamanya golongan muda, pelajar universiti, pekerja kilang dan rakyat berpendapatan rendah. AMK difahamkan bahawa peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) telah merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011. Nilai keuntungan ini meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu dan dijangka akan mencatatkan keuntungan berlipatganda untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2011 kesan dari pelaksanaan 'cukai perbelanjaan' ini. Pelaksanaan cukai ini membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak serius dalam mengurangkan bebanan rakyat dan ini jelas bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan yang kononnya "mendahulukan rakyat". Kerajaan juga kini dilihat hanya bertindak "mendahulukan" syarikat-syarikat korporat dalam banyak hal dan ini terbukti menerusi pembiayaan subsidi dengan jumlah besar kepada syarikat-syarikat penjana kuasa bebas (IPP). Justeru, AMK dengan ini mendesak pihak kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia supaya mengkaji dan membatalkan semula keputusan ini dengan mengambilkira jumlah keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sebelum ini serta bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat |
APA YANG BERLAKU DI DEWAN CHINA Posted: 08 Sep 2011 09:15 PM PDT NOTA: klip ini adalah 15 minit pertama mukadimmah dari tukar tiub tidak jauh bezanya dari apa yang ditulis dan apa yang di suarakan kepada yang diluar kota kuala lumpur atau yang tidak datang malam rabu dulu atau yang tidak dapat masuk kerana dewan penuh silakan: TUKAR TIUB DI DEWAN PERHIMPUAN CHINA satu lagi forum akan diadakan minggu depan di dewan yang lebih besar di dewan yang lebih lumayan dijemput semua datang JEMPUTAN FORUM TERBUKA UNTUK SEMUA FORUM UMUM : PERJUANGAN KEMERDEKAAN MALAYA: PERANAN GOLONGAN KIRI Tarikh/Date: 15 September 2011 (Khamis/Thursday) Masa/Time: 8.00pm—10.30pm Tempat/Venue: Auditorium Dewan Sivik, MBPJ, Petaling Jaya. Penganjur/Organisers: SIRD, Jawatankuasa Kempen Sejarah Malaysia Sebenar (KemSMS), & Free Public Forum Malaysia Ahli Panel/Panelists: 1. DR. KHONG KIM HOONG (author of Merdeka!) 2. DR. MOHAMED SALLEH LAMRY (academic, writer) 3. DR. ROHANA ARIFFIN (academic, Vice President of PRM) 4. EN. HISHAMUDDIN RAIS (social activist) 5. EN. SAID ZAHARI (ex-journalist, writer) Moderator : Dr. Abdul Halim Ali SYNOPSIS Baru-baru ini Peristiwa Bukit Kepong sekali lagi menjadi topik perbahasan yang hangat dalam masyarakat kita. Peristiwa serangan balai polis Bukit Kepong pada Februari 1950 oleh segolongan komunis telah diketahui umum melalui coretan dan catatan dalam Sejarah Malaysia. Dari semasa ke semasa, sebuah filem tentang peristiwa Bukit Kepong ditanyang di rangkaian-rangkaian media awam terutamanya menjelang Hari Kemerdekaan. Sebuah novel yang menceritakan peristiwa itu hasil tulisan Ismail Johari juga dijadikan sebagai bacaan rujukan untuk peperiksaan SPM dalam subjek Bahasa Melayu. Hampir semua bahan sejarah daripada pihak rasmi telah mengetepikan atau mengecam peranan golongan nasionalis radikal dan Parti Komunis Malaya kerana mereka menentang British secara bersenjata terutamanya pada sepuluh tahun sebelum dan selepas merdeka. Tibalah masanya kita berbicara dan berdiskusi mengenai sejarah kita dengan lebih lanjut dan mendalam. Beberapa orang penganalisa politik dan sarjana yang berpandangan dan berpendapat bebas telah dijemput untuk mengupas dan membicarakan isu ini. Mereka akan berkongsi pengetahuan dan hasil kajian mereka dengan semua hadirin. Semoga melalui forum ini masyarakat akan lebih faham dan jelas tentang sumbangan tokoh-tokoh dan golongan-golongan pelbagai aliran dalam memperjuangkan kemerdekaan terutamanya golongan kiri yang selama ini dipinggirkan dan dimomokkan bagi menenggelamkan peranan mereka dan menaikkan nama dan peranan pihak lain. |
Posted: 08 Sep 2011 08:37 PM PDT FRUST MENONGGENG KECEWA GANGGUAN AIR PADA HARI AYA DI FELDA TIDAK BERUBAH SEJAK 30 TAHUN LALU - meloya Saudara Pengarang, KRISIS bekalan air di tanah rancangan Felda di Jengka tiada kesudahan dan bukan satu fenomena baru di kawasan tersebut. Masalah tersebut pasti mendapat liputan media apabila tiba musim perayaan kerana rata-rata kawasan tanah rancangan akan mengalami krisis bekalan air yang serius. Lebih teruk lagi isu berkenaan berlarutan lebih 30 tahun dan Pahang sudah pasti terkena tempias kerana terdapat 115 tanah rancangan dengan purata peneroka seramai 43,123 dan lebih 900,943 generasi baru berada di sini. Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber air, sudah tentu rakyat sepatutnya bertuah kerana mempunyai bekalan air mencukupi untuk keperluan mereka. Mungkin apa yang terjadi di Felda Jengka 7, Maran boleh dijadikan kes rujukan sebagai panduan bagi pihak bertanggungjawab membuat perancangan. Bahkan krisis tersebut semakin menjadi-jadi apabila tiba hari raya dan mimpi hitam itu berulang lagi apabila seramai 11,237 warga peneroka di beberapa tanah rancangan terputus bekalan air pada Aidilfitri yang lalu. Ia amat merumitkan penduduk yang memerlukan air bagi menghadapi persiapan menyambut anak menantu pulang berhari raya. Pihak pembekal iaitu Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang sepatutnya bersedia dalam apa jua kemungkinan bagi memastikan perkhidmatan terbaik untuk pengguna terutamanya pada musim perayaan. Terus terang saya katakan bahawa apa yang saya alami pada hari tersebut adalah serupa dengan keadaan pada 30 tahun lalu apabila perigi dan paya menjadi sumber bekalan air. Rungutan demi rungutan serta kata-kata kasar kedengaran oleh penduduk terhadap JBA Pahang dan pemimpin. Bila tiba hari raya tidak kira Aidilfitri atau Aidiladha, bekalan air pasti terputus dan pihak JBA seakan-akan membisu seribu bahasa. Kami warga FELDA di sini sudah naik muak dengan masalah yang sama yang seakan-akan tiada jalan penyelesaian. Apakah kami harus menunggu kemerdekaan negara yang ke-55 bagi menikmati bekalan air bersih seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Sememangnya kami tidak boleh menunggu lama lagi kerana masa telah lama diberi. Jadi buatlah sesuatu agar kami dapat memerdekakan daripada kesusahan ketiadaan air. MAN JENGKA 7, Bandar Tun Razak. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...PADAN MUKA !..... kah kah kah... kah kah kah... 30 TAHUN TAK SEDAR SEDAR...PADAN MUKA!... kah kah kah.. kah kah kah...30 TAHUN KENA BODOHKAN TAK SEDAR SEDAR...PADAN MUKA !... kah kah kah... woit... TONGGENG BUNTUT KE LANGIT DAN LAUNGKAN HIDUP MELAYU... kah kah kah |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan