Rabu, 14 September 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


JEMPUTAN UNTUK MALAM INI - DEWAN SIVIK PETALING JAYA

Posted: 14 Sep 2011 11:38 AM PDT




COOLES DUDE EAST OF SUEZ








FORUM UMUM / Public Forum
PERJUANGAN KEMERDEKAAN MALAYA:
PERANAN GOLONGAN KIRI


PERANAN ORANG KIRI DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN

TARIKH/Date : 15 September 2011 (Khamis/Thursday)
MASA/Time : 8.00 pm—10.30 pm
TEMPAT/Venue : Auditorium Dewan Sivik, MBPJ, Petaling Jaya.
PENGANJUR/Organisers : SIRD, Jawatankuasa Kempen Sejarah Malaysia Sebenar (Kem SMS),
& Free Public Forum Malaysia

AHLI PANEL/Panelists :

1. DR. KHONG KIM HOONG (author of Merdeka!)
2. DR. MOHAMED SALLEH LAMRY (academic, writer)
3. DR. ROHANA ARIFFIN (academic, Vice President of PRM)
4. EN. HISHAMUDDIN RAIS (social activist)
5. EN. SAID ZAHARI (ex-journalist, writer)

SINOPSIS/Synopsis
Baru-baru ini Peristiwa Bukit Kepong sekali lagi menjadi topik perbahasan yang hangat dalam masyarakat kita.
Tibalah masanya kita berbicara dan berdiskusi mengenai sejarah kita dengan lebih lanjut dan mendalam.
Semoga melalui forum ini masyarakat akan lebih faham dan jelas tentang sumbangan tokoh-tokoh dan
golongan-golongan pelbagai aliran dalam memperjuangkan kemerdekaan terutamanya golongan kiri.

KANG KONG



NOTA:

jangan lupa sesudah forum
ada pesta mencabut kang kong!

SILA TANYA CIK SITI PUAN ROSMAH

Posted: 14 Sep 2011 11:20 AM PDT




MAT MONGOL TAK BERANI







nota:
mustahil mat mongol
akan menjawab
kah kah kah








TIDAK DIJAJAH: BILA NAJIB MAHU BUAT PENDIRIAN
- harakahdaily

"Bila lagi Najib mahu membuat pendirian rasmi bahawa negara kita tidak pernah dijajah sebagaimana kenyataan Prof Dr Zainal Kling, kemudian disokong pula oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir," tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, selaku Perdana Menteri, beliau mesti menyatakan pendirian rasmi kerajaan dan pendirian Umno di dalam hal itu.

Beliau menambah, satu jawapan yang segera perlu dibuat untuk meredakan keresahan rakyat di negara ini.

Katanya, tidak boleh mendiamkan diri dengan tidak membuat apa-apa pendirian, kerana ia sudah menjadi polemik di dalam masyarakat sejak kenyataan ini dikeluarkan, lebih-lebih lagi guru sejarah yang sedang mengajar anak murid mereka yang sedang menghadapi peperiksaan UPSR.

" Najib mesti ada keberanian untuk menyatakan pendirian rasmi, jika beliau bersetuju dengan Profesor Umno ini maka kena batal sambutan kemerdekaan negara kali ke 54 jika tidak akan diketawakan oleh orang," ujarnya.

Tambahnya, semua soalan Sejarah mengenai kemerdekaan yang sudah dibuat perlu dibatalkan.

Katanya lagi, semua tesis yang ditulis oleh sarjana yang berkaitan dengan kemerdekaan hendaklah dikeluarkan daripada semua perpustakaan yang disimpan di universiti negara ini.

"Anugerah bapa kemerdekaan kepada al-Marhum Tunku Abdul Rahman hendaklah ditarik balik.

"Nama Dataran Merdeka hendaklah ditukar segera. Segala ucapan Tun Dr Mahathir sepanjang beli

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TAK KAN TAK TAHU TENTANG MAT MONGOL INI.... kah kah kah...

kah kah kah... BILA MAT MONGOL NAK JAWAB?.... kah kahkah...

kah kah kah... JANGAN TANYA MAT MONGOL... kah kah kah...

kah kah kah...TANYA LAAA CIK SITI PUAN ROSMAH...kah kah kah...

kah kah kah...KALAU ANAK BADAK BERI KEBENARAN...BARULAH MAT MONGOL BOLEH JAWAB...kah kah kah

PRU13 - PAKATAN RAKYAT AKAN DITIPU

Posted: 14 Sep 2011 11:06 AM PDT





MACAM INI SAMPAI KIAMAT AKAN KALAH






nota:
100 tahun bukan bermakna
rakyat sabah sehat dan gagah
ini hanya nama untuk pengundi
hantu dari indon dan filipina








HAMPIR 4,000 PENGUNDI BERUSIA LEBIH 100 TAHUN DI SABAH – keadilan daily


SABAH: KEADILAN Sabah mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi tarikh akhir mengenai pengesahan status pengundi melebihi 100 tahun di negeri itu.

Ini kerana kata Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Dr Roland Chia Ming Shen, wujud pertambahan pengundi berkenaan di negeri itu yang mencecah hampir 4,000 pengundi.
"Sebagai contoh, pengundi melebihi 100 tahun semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi tahun lalu hanya 156 orang.

"Namun, penemuan KEADILAN yang terbaru mendapati jumlahnya melonjak 170 pengundi," katanya dalam satu kenyataan.

Pada PRK Batu Sapi 2010, KEADILAN tewas dalam saingan tiga penjuru berdepan BN dan Parti Maju Sabah (SAPP) dengan majoriti 6,359.

Menurut Roland, peningkatan pengundi melebihi 100 tahun itu dibimbangi merupakan 'pengundi hantu' yang kerap menjadi 'simpanan tetap BN' dalam pilihan raya.

Selain itu, katanya terdapat tujuh lagi Parlimen yang memiliki pengundi melebihi 100 tahun iaitu Parlimen Sandakan seramai 198 orang, Tuaran (203), Semporna (221), Silam (224), Kota Kinabalu (231), Kudat (246) dan Tawau (264).

"Manakala 18 Parlimen lain turut memiliki pengundi melebihi 100 tahun berjumlah 2,124 orang," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...PATUTKAH GDEROMBOLAN MENANG DI SABAH.... kah kah kah...

kah kah kah...ADA PENGUNDI PILIPINA....kah kah kah...

kah kah kah...ADA PENGUNDI INDON...kah kah kah...

kah kah kah...YANG INI PENGUNDI HANTU....kah kah kah...


NOTA:
kalau macam ini
sampai hari kiamat
pakatan rakyat tidak akan menang

MINTA MAAF - SATU KESILAPAN BESAR

Posted: 13 Sep 2011 11:09 PM PDT



CIK SITi PUAN ROSMAH



nota:
sedang kyusuk dan terdudoq
waduk melikok likok
tandan umalok yang sikok
kok kok kok



CIK SITI PUAN ROSMAH

Kita baru sahaja berhari raya. Masa saya kecik-kecik dulu raya – kami kanak-kanak menganggp hari raya ini satu bulan. Dari lojik kanak-kanak kalau kita berpuasa sebulan maka berhari raya pun wajib satu bulan juga. Jadi, minggu ini saya harapkan kita semua masih lagi berhari raya. Lalu, dihari baik bulan baik ini biarlah saya meminta maaf dari para pembaca sekelian.

Saya meminta maaf ini bukan kerana saya buang tabiat. Atau saya dapat seru untuk memulakan perjalanan ke Mekah. Juga bukan kerana saya ternampak Hantu Kopek ketika main mercun pada malam raya dahulu. Saya minta maaf ini kerana saya telah membuat satu kesilapan yang amat besar. Memang besar kesilapan saya ini.

Ceritanya bagini : selama satu bulan – dibulan puasa – saya selalu mengidam hendak berbuka puasa dengan Rosmah berendam ...oopsss maaf dengan badak berendam sambil minum air tuak. Idaman saya ini gagal. Kerana kegagalan ini maka munculah kesedaran kepada saya bahawa selama ini saya telah silap kerana sebenarnya badak berendam...opps maaf ... sebenarnya Cik Siti Puan Rosmah Mansor bukan musuh. Kesilapan besar saya ialah menganggap Rosmah sebagai musuh. Ini silap yang betul betul silap.

Saya sedar - habis sahaja para pembaca membaca ayat diatas maka pastilah ramai yang akan menuduh bahawa saya telah belot. Atau saya telah dibeli. Atau saya telah bertaubat. Wahai pembaca yang budiman. Sabar dahulu biar saya terangkan kenapa saya tidak lagi menganggap Rosmah Mansor sebagai musuh.

Kesahnya bermula sebelum bulan puasa lagi. Saya mula mendengar cerita dari Haji Desas bin Lebai Desus. Dari hari ke minggu dari minggu ke bulan - cerita ini semakin kuat saya dengar. Mula-mulanya saya hanya terbaca dari laman dan blog yang terkenal sebagai laman fitnah dan tohmah. Tetapi bila saya lakukan kaji selidik maka saya dapati cerita dari Haji Desus ini bukan lagi desas desus tetapi telah menjadi fakta.

Mula-mula dahulu saya mendengar bahawa Munyiddin Yassin amat marah kepada Cik Siti Puan Rosmah kerana beberapa kali Rosmah Mansor telah mengambil tempat dan kedudukan resmi Muhyiddin dalam hal pembelajaran. Rosmah seakan-akan telah menjadi Menteri Pelajaran. Telinga saya sendiri telah mendengar dari tim Muhyiddin tentang bagaimana Muhyiddin menyinga marah terhadap Cik Siti Puan Rosmah.

Kemudian muncul pula berita tentang Cik Siti Pun Rosmah kita ini pergi ke Kazakhtan untuk meminang. Memang pelik - bak kata orang Melayu ini macam perigi mencari timba. Atau lebih tepat lagi macam lesong mencari antan. Ini bukan kerana anak perempuan Rosmah ini memiliki mulut seluas lubang lesong atau bakal menantu Rosmah ini memiliki anu sebesar antan. Ini tanda kehebatan pepatah Melayu – tepat lagi erotik

Semua kesah-kesah ini cuba memburukkan Rosmah Mansor. Tak cukup dengan kesah lubang mencari antan tetiba timbul pula kesah besan Rosmah ini rupa-rupanya ada kaitan dengan Marlon Brando oopps...salah... bukan dengan Godfather Itali tetapi dengan mafia Russia. Tidak diketahui bagaimana berita ini terbocor dalam akhbar Kompas – harian terbesar di Indonesia. Nampaknya kempen membenci Cik Siti Puan Rosmah ini telah menular ke seberang.

Kesah ini rupa-rupa tidak berhenti disini sahaja. Tup tup terbarai pula berita Cik Siti kita ini telah membeli sebentuk cincin berlian dari New York. Untuk saya berita cincin ini tak masuk akal. Cuba para pembaca renung dan fikirkan - munusabah kah Cik Puan kita yang berat badannya 143 kilo 75 gram ini mahu menambah setengah kilo lagi berat cincin ditangan? Mustahil.

Dengan melihat semua ini, saya mengambil rumusan bahawa telah wujud satu perancangan yang licik lagi rapi untuk memburuk-burukkan Rosmah Mansor. Telah ada ajenda yang tersusun untuk memastikan Rosmah kita ini tidak tidur lena. Semua berita dan kesah-kesah ini adalah gangguan yang menjadikan Rosmahr tidak nyenyak tidur. Apabila Cik Siti Puan Rosmah kurang tidur maka berat badannya akan menurun. Inilah strateji jahat puak puak ini. Apabila Rosmah kehilangan berat badan pastilah rakyat jelata satu Malaysia tidak dapat mengenal mukanya lagi. Anak-anak yatim piatu yang selalu berteduh dibawah dagu Rosmah akan mencari kopek yang baru untuk berteduh.

Kemudian - dua minggu sebelum berhari raya saya terbaca berita yang amat menakutkan. Berita ini melaporkan tentang bekas balaci Mahathir telah mula mengumpulkan satu pasokan politikus pencen untuk meminta Najib berundur. Kumpulan yang memanggil diri mereka Penawar Kaseh ini telah menerangkan bahawa salah satu dari kesilapan Najib Razak ialah Najib tidak ada keupayan untuk mengawal tingkah laku Rosmah Mansor.

Apabila saya kumpulkan semua berita dan kesah kesah ini maka barulah saya sedar bahawa Cik Siti Puan Rosmah ini bukan seorang musuh. Cik Siti Puan Rosmah ini adalah sahabat baik kita yang perlu kita sokong. Para pembaca yang budiman kita tidak harus terikut-ikut dengan politik semasa. Jangan sesekali terpengaruh dengan jalur pemikiran yang menuduh Cik Siti Puan Rosmah kita ini seorang Mak Janda yang menggunakan khidmat bomoh kerana gila kuasa. Kesah kesah Nasi Kang Kang yang mula tersebar luas dikalangan Mak Cik Felda itu adalah fitnah semata-mata. Saya sendri tahu bahawa Cik Siti Puan Rosmah tidak meminati Nasi Kang Kang. Cik Siti kita ini adakah peminat setia Nasi Dagang dan Nasi Kerabu.

Haji Desas bin Lebai Desus selalu bercerita tentang Rosmah Mansor ini adalah seorang Mak Janda Ligat sebelum berkahwin dengan Najib. Ini juga berita palsu. Ini berita fitnah yang cuba melukakan hati Cik Situ Puan Rosmah. Adalah fakta sejarah yang tidak boleh diubah-ubah bahawa ketika berkahwin dengan Najib dahulu Rosmah Mansor ini masih seorang anak dara. Istilah anak dara disini bermakna - 300 lelaki yang terawal itu tidak akan diambil kira.

Setelah para pembaca membaca dan faham apa yang saya tuliskan diatas – kini saya ingin membawa para pembaca sekelian ke satu babak dalam sejarah Eropah. Babak ini berlaku dalam kancah politik Revolusi Peranchis. Pada zaman ini ditakdirkan ada seorang perempuan bernama Marie Antoinette yang telah menjadi pemaisuri kepada Raja Louis Ke14. Marie Antoinette ini juga mengakui dirinya sebagai First Lady of France. Perempuan ini juga amat suka memiliki intan berlian dan selalu mengadakan 'soiree' dengan para artist. Ketika ini Sharukh Khan dan Bollywood belum wujud maka artis yang dijemput datang dari Sepanyol dan Austria.

Sebelum Revolusi Peranchis berjaya pada tahun 1789 banyak kesah dan cerita Marie Antoinette telah tersebar. Marie Antoinette dikatakan seorang perempuan yang gila mengumpul harta, gila intan berlian, gila beg kulit dan suka memakai bomoh. Cerita ini tersebar luas untuk warga kota Peranchis mendengar. Warga Paris pada ketika ini amat meluat dengan tingkah laku Marie Antoinete. Tetapi ketika ini belum ada blog dan laman fb maka warga kota Paris hanya menunggu masa untuk memancung kapala betina ini.

Mungkin ada pembaca kurang faham kesah Marie Antoinette kerana berlaku ratusan tahun dahulu. Maka biar saya buka kesah baru yang dekat dengan kita.. Malah perempuan yang hendak saya kesahkan ini masih hidup lagi. Nama perempuan ini ialah Imelda. Cik Puan Imelda adalah bekas ratu cantik dan juga seorang pelacur. Dengan menggunakan khidmat bomoh Puan Imelda telah dapat berkahwin dengan Marcos yang kemudian menjadi Presiden Filipina.

Puan Imelda ini juga telah menggelarkan dirinya FLOP – first lady of the Philipines. Puan Imelda amat suka pergi berkonferensi dimerata dunia. Pekara paling disukai oleh Cik Siti Puan Imelda ialah melihat mukanya keluar di kaca tv tiap tiap malam. Malah Cik Siti Puan Imelda ini akan menalipon ketua pengarang semua akhbar untuk memastikan ada laporan berita tentang diri dalam akhbar setiap hari.

Rakyat Fililipa amat menyampah dan meluat melihat kerenah Ilmeda Marcos ini. Bertahun tahun rakyat Filipina mememdam rasa. Mereka menyusun. Mereka mengumpul kekuatan. Imej Imelda Marcos telah menjadi ikon yang mengumpulkan kemarahan rakyat Filipina. Kemarahan ini meluap-luap. Akhirnya rakyat Filipina seperti rakyat di Peranchis 300 tahun dahulu telah turun ke jalan raya. Kalau di Paris kepala Marie Antoinete telah dipenggal, di Manila Cik Siti Paun Imelda sempat lari dengan suaminya Ferdinand Marcos ke Hawaii.

Justeru, saya meminta para pembaca yang budiman jangan sesekali menganggap Cik Siti Puan Rosmah sebagai musuh. Rosmah Mansor sebenarnya sedang membantu kita untuk menaikkan rasa kebencian rakyat. Dengan adanya Rosmah Mansor dikaca tv tiap-tiap malam orang ramai semakin meluat. Kerana itu gerakan anti Rosmah ini sebenarnya ialah gerakan untuk menyelamat United Malay National Organisation.

Ramai pemimpin United Malay National Organisation melihat Rosmah sebagai biawak hidup yang sedang dipikul oleh United Malay National Organisation. Mengikut kumpulan anti Rosmah ini jika Rosmah dapat dinyahkan maka keyakian rakyat terhadap United Malay National Organisation akan kembali. Yang dibenci orang ramai bukan United Malay national Organisation tetapi Rosmah Mansor.

Dengan ini saya berdoa agar Cik Siti Puan Rosmah akan lebih lama duduk di Putrajaya. Kalau tahun ini Yang Di Pertuan Agong sendiri telah tidak menyampaikan ucapan Hari Raya – hanya Rosmah seorang yang berucap – ini adalah tanda yang baik. Malah Hari Raya Haji nanti hendaknya bukan sahaja Rosmah berucap malah kalu boleh membaca khutubah.

Kita jangan sesekali bersetuju untuk menghumbankan Rosmah. Spesie Rosmah ini hanya datang ke Tanah Melayu seribu tahun sekali. Kita jangan tergopoh gapah. Pada hemat saya masa dan ketikanya belum ranum. Kita tunggu ke tahap kebencian orang ramai terhadap Rosmah Mansor masak ranum seperti kebencian terhadap Mahathir. Bila ini terjadi maka amat senang untuk kita menghumbankan Rosmah Mansor walau pun berat badannya 400 kilo.(TT)

p/s:

Imelda suka mengumpul kasut kulit
Rosmah suka mengumpul beg kulit


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar
mingguan ini sila pukul talipon

03-22-72-40-45

KENAPA MAT EZAM SUKA KENA BUANG KE JAKARTA

Posted: 13 Sep 2011 09:54 PM PDT




DIMANA DIA KOTAK ITU?






nota:

sila teka
kenapa senatak ini
suka dibuang ke indionesia?
kah kah kah




BUKIT KEPONG : MAT SABU FAIL SAMAN HARI INI, EZAM GESAR DIUSIR NEGARA
- minsider


Ezam Mohd Nor menyertai pemimpin-pemimpin Umno menggesa agar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dikenakan tindakan tegas - kali ini digesa agar diusir keluar dan dilucutkan kerakyatan ekoran kenyataan berkenaan tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu akan memfailkan kes saman ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan Mohamad akan memfailkan kes saman beliau.
Sebelum ini kerajaan berkata Mohamad tidak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebab tindakannya tidak mengancam keselamatan negara

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...KESIALH PADA MAT SABU....kah kah kah...

kah kah kah...MANA DIA NAK PERGI KALAU KJENA HALAU....kah kah kah...

kah kah kah...KALAU DIA PERGI IRAN..DIA PULANG NANTI SEORANG AYAHTOLLAH....kah kah kah...

kah kah kah...LAGI BAHAYA...kah kah kah

kah kah kah....KALAU DIA KENA BUANG KE PARIS... LAGI BAHAYA...kah kah kah...

kah kah kah....DIA AKAN JADI INTELEKTUAL GURU DUNIA KE TIGA....kah kah kah

kah kah kah.... KALAU DIA DI BUANG KE LONDON.... kah kah kah...

kah kah kah...DIA AKAN BUAT RESEARCH ... BUKTIKAN NAJIB RAZAK TAK ADA IJAZAH... kah kah kah..

kah kah kah.... DAN BUAT RESEAFRCH.... BAHAWA ZIANAK KLIHG INI BUKAN ANAK KLING...kah kah kah

NOTA
mat ezam suka kena buang ke jakarta
kah kah kah
tahu kenapa?
kah kah kah
sila tanya lokman adam
kah kah kah



Tiada ulasan: