Rabu, 14 September 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Istana Menteri Hal Ehwal Agama?

Posted: 14 Sep 2011 01:55 AM PDT


Saya petik sedikit berita di KD:
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun  oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

"Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu  jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri)," katanya mengulas isu  yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah...

P/s: Selebihnya anda fikirkan sendiri....Mungkin tuan punya mahligai ini ada jawapan untuk menjawab pertanyaan di dunia dan di AKHIRAT!

[Wajib Baca] "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya" - Pak Majid

Posted: 14 Sep 2011 12:04 AM PDT


Saya petik:

[BGM] IPOH: "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor". 
"Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya".
 
Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun.
Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Dr Muhaimin Sulam bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya semalam, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung,
Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM.
Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor.
Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera.
"Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid.
Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Inera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu.
Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM.
"Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya.
Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris.
"Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan.
Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak.
"Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya.
Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura. Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa.
Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris.- BGM

P/s: Terburai lagi tembelang dan temberang UMCO dan konco-konconya!!!


* Saya terima komen, mungkin daripada pemilik artikel (mungkin orang yang ada kaitan dengan artikel) ini yang mengingatkan fasal kredit. Saya lewat meletakkan kredit kerana mencari sumber asal. Namun artikel ini tidak dikreditkan atas nama DCM. Saya ada sertakan frasa "SAYA PETIK". Sudah menjadi polisi DCM meletakkan sumber berita walaupun berita itu diambil dari akhbar luar negara. DCM jarang-jarang terlupa meletakkan sumber artikel. Sila lihat arkib.



Mat Afrika Tunjuk ANU & RAKUS Mencabul Remaja Perempuan Dicekup Orang Awam

Posted: 13 Sep 2011 09:00 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] KAJANG: Seorang pelajar warga Afrika diberkas orang ramai selepas dia mencabul seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berhampiran sebuah pasar raya di Semenyih, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa yang juga jurujual di pasar raya itu keluar seorang diri untuk pergi ke kedai berhampiran untuk membeli barangan sebelum suspek menarik tangan dan membawanya ke tingkat dua pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata sebaik menyedari suspek menarik tangannya dan membawanya ke tempat sunyi, mangsa meronta-ronta dan merayu dilepaskan, namun tidak diendahkan suspek.

Katanya, suspek bertindak lebih agresif apabila menarik mangsa naik ke tingkat tiga kerana khuatir jeritan mangsa didengari orang ramai sebelum suspek membuka seluarnya. "Suspek menunjukkan kemaluannya kepada mangsa selain meraba seluruh tubuh mangsa walaupun dia merayu tidak diperlakukan sedemikian.

"Bimbang diperlakukan lebih kejam, mangsa menjerit meminta tolong dan jeritan itu didengari seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan berkenaan," katanya.

Ab Rashid berkata, pengawal keselamatan berkenaan ke tempat kejadian menyebabkan suspek terkejut dan cuba melarikan diri ke kawasan kedai berhampiran pasar raya berkenaan.

Tindakan pengawal keselamatan mengejar suspek menarik perhatian orang awam di kawasan berkenaan sebelum mereka membantu memberkas suspek.

Beliau berkata, suspek yang kepenatan ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa dan siasatan awal mendapati suspek berusia 23 tahun dan masuk ke Malaysia sebagai pelajar kolej swasta di ibu kota.

Ab Rashid berkata, suspek kini direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.


P/s: Dasar pendidikan terbuka dan terdesak negara menggamit kedatangan mereka ke negara kita secara beramai-ramai. Walhal pihak berkuasa maklum bahawa kedatangan sebilangan warga Afrika ke Malaysia hanya berselindung atas pas pelajar sebelum menyelinap masuk ke dalam masyarakat dan melakukan pelbagai onar. Saya tidak kata semua, tetapi segelintir yang membuat masalah sudah cukup meresahkan penduduk tempatan.

Jangan sampai Malay + Asia (Malaysia) jadi Malay + World (Malayworld). Tambah-tambah apabila kedengaran gosip tentang kemurahan hati sesetangah pihak memberikan kerakyatan kepada warga asing. Jangan sampai negaraku yang tercinta ini meriah dengan pelbagai masalah!

Lelaki Berahi Cium, Raba, & Ajak Warga Emas Kahwin

Posted: 13 Sep 2011 08:18 PM PDT

Foto: Sinar

Saya petik:

[BH] KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang lelaki yang gagal menahan nafsu hingga mencabul kehormatan warga tua berusia 62 tahun pada Mac lalu.

Zulkefli Salleh, 46, dari Kampung Kubang Ikan, Chendering, di sini, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang dibacakan di depan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa dengan niat mencabul kehormatannya di sebuah rumah di Kampung Kubang Ikan pada jam 2 petang, 27 Mac lalu.

Mengikut fakta kes, mangsa yang berada di rumahnya didatangi tertuduh yang masuk melalui pintu dapur yang terbuka dan turut membawa sebilah pisau lalu memegang tangan dan lutut serta mencium mangsa, selain mengajak mangsa berkahwin dengannya.

Difahamkan, tertuduh pernah menyuarakan hasrat berkahwin dan menyimpan perasaan terhadap mangsa.

Mangsa yang ketakutan ketika itu mengikut apa saja dikatakan tertuduh demi menyelamatkan diri, malah tertuduh berada di kawasan rumah mangsa selain memaklumkan akan datang semula pada waktu malam.


P/s: Lain benar selera lelaki ini!



[PANAS] Najib SAHKAN Cukai GST Akan Dilaksanakan Selepas PRU-13

Posted: 13 Sep 2011 07:05 PM PDT



Apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan GST dan kemudian menyatakan cukai itu akan ditangguhkan/dikaji, banyak orang yang mengagak cukai itu akan dilaksanakan selepas PRU. Biasalah, taktik ini bukanlah sesuatu yang baru, malah telah diamalkan sejak berzaman lagi. Walaupun ditangguhkan, namun cukai ini sudah mula dilaksanakan tanpa sedar. Cuba-cubalah melihat resit restoran makanan segera dan bil anda.

Apabila kerajaan mengumumkan bahawa cukai perkhidmatan sebanyak 6% yang dikenakan terhadap kad nilai tambah DITANGGUH, sifir yang sama berlegar-legar di kepala orang ramai. Sudah tentu cukai yang membebankan ini akan dilaksanakan selepas PRU.

Sangkaan dan telahan orang ramai itu BENAR apabila petikan berita The Star di atas dengan jelas menyatakan bahawa GST akan dilaksanakan secara menyeluruh selepas PRU. Tindakan mengumumkan hal ini sebenarnya bukanlah strategi politik yang baik untuk Najib, malah pengumuman ini dibidas oleh segelintir jurblog prokerajaan. Biarpun, banyak yang meramalkan pelaksanaan cukai itu selepas PRU, pengumuman ini walau bagaimanapun menamatkan teka teki tersebut.

Cukuplah!

Najib sudah mengesahkannya, ADAKAH ANDA MASIH MAHU MEMANGKAH BN dalam PRU-13? Jika masih sayang kepada BN, silakan!!!!




 

[Gambar] Plastik dan Air Boleh Menghasilkan API

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Gambar di bawah ini diambil dari Wildwood Survival.  Portal itu mengajarkan cara-cara ikhtiar hidup dalam pelbagai situasi. Salah satu daripadanya cara-cara membuat api dengan menggunakan plastik dan air.

Artikel tentang tip kelansungan hidup ini ditulis oleh Rob Bicevskis.




P/s: Siapa pernah terfikir api boleh dihasilkan dengan menggunakan cara ini!

Tiada ulasan: