SharpShooter |
"Gula-gula" Mat Sembab tak laku d Selangor Posted: 24 Sep 2011 03:18 AM PDT KEADILAN Negeri Selangor melahirkan rasa terkejut diatas ucapan politik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diucapnya semalam, 23hb september di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang. Rasa terkejut ini bukannya disebabkan Muhyiddin berpolitik di sekolah! Politik di sekolah oleh Muhyiddin dan UMNO BN adalah seperti 'bau kentut dan tahi' - keduanya membusukkan persekitaran! Rasa terkejut ini adalah disebabkan UMNO seolah-olah diberi lesen bebas untuk berpolitik di sekolah oleh menteri yang menjaga hal ehwal sekolah yang beliau juga penjaganya. Ini sudah di kira salah guna kuasa! Bukan sahaja di sekolah rendah, menengah, pusat pengajian tinggi bahkan masjid. Ia berlaku sehinggakan 'Ustaz' P. Kamalanathan memasuki masjid untuk berpolitik tidak pula dihujani dengan pelbagai laporan polis, kata nista malah digalakkan lagi dengan diserikan oleh kehadiran penyokong setia UMNO dari pihak yang menjaga agama islam sendiri. Terkejutnya KEADILAN Selangor lebih menjurus kepada ucapan politik Muhyiddin yang mendakwa bahawa rakyat Selangor kini 'terseksa' kehidupan dan mereka kununnya tidak sabar mengundi semula UMNO dan BN serta kembali mengemudi lombong emas nombor satu di Malaysia ini. Manis sungguh 'gula basi' yang keluar dari mulut Muhyiddin kali ini. Pimpinan bawahan UMNO sendiri rasa loya dibuatnya! Hakikatnya, walau dihidangkan oleh politik lucah UMNO, penghinaan terhadap tuhan golongan beragama Hindu (dipijak-pijak oleh penyokong UMNO yang kemudiannya dibela pula oleh Menteri Dalam Negeri Hishamuddin), menimbulkan keresahan dan kerisauan rakyat dengan menipu rakyat menyatakan sumber air Selangor semakin susut (walhal melimpah!), rakyat Selangor sebenar-benarnya bukan 'terseksa' namun sangat 'selesa' dengan cara pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dalam keadaan UMNO memeras dan merompak kekayaan negeri dengan mengadakan 'lawatan teknikal' ke Disneyland dan seluruh dunia yang sebenarnya cuti peribadi, dengan skandal berbilion ringgit PKFZ yang ditipu oleh bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik, dicampur pula dengan rompakan jutaan ringgit wang rakyat Selangor oleh isteri mantan Menteri Besar, rakyat Selangor kini SEBENARNYA lega, puas hati dan amat bersyukur diatas pemergian UMNO dan BN daripada pentadbiran negeri, mungkin untuk selama-lamanya. Persoalannya ialah mengapa harus rakyat seronok di atas penindasan kaum, rompakan wang dan titik peluh rakyat, di samping pentadbiran ekonomi seolah-olah diuruskan oleh mereka yang buta ekonomi? KEADILAN Selangor menegaskan, rakyat berseronok atas penjimatan kos air yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor hari ini (bukan pembangkang seperti kata Muhyiddin - kenyataan sebagai pembangkang di Selangor pun UMNO enggan terima). Rakyat bawahan dan golongan marhaen merasakan seronok dapat mengambil peluang bersama-sama berkongsi program inisiatif kerajaan negeri seperti TAWAS, SKIM MESRA USIA EMAS, SPIES, HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI, bantuan kepada orang asli dan berbelas lagi program yang lebih mementingkan rakyat daripada kroni, isteri dan ketua-ketua UMNO cawangan. Walau dihalang dan difitnah setiap hari, namun pentadbiran negeri berjalan lancar. Pelaburan luar semakin giat memasuki negeri dan terbukti bahawa negeri Selangor tidak pernah mencatatkan pertumbuhan sebegini drastik dibawah pentadbiran UMNO dan BN. Bahkan simpanan tunai lebih dari RM1billion hari ini. Nyata, bahawa negeri Selangor tidak hancur sepertimana yang diramal oleh tok-tok bomoh UMNO, malah berkembang pesat. Mungkin juga Muhyiddin memberikan arahan kepada watak kartun murahan seperti Zulkefli Nordin, Lokman Adam dan kuncu-kuncu mereka untuk menjanakan imej yang buruk dengan pembiayaan yang tidak sedikit, namun usaha mereka gagal walaupun Pak Timbalan Perdana Menteri diberitahu semuanya berjaya dilakukan. Memanda Perdana Menteri telah menyatakan bahawa 'jangan syok sendiri' apabila menyukat kadar sokongan terhadap UMNO dan BN di Selangor, namun seperti biasa Muhyiddin tidak membaca berita-berita terkini dan memilih untuk mempercayai khayalan yang dibisikkan dan dongengan yang disajikan oleh kartun yang telah luput tempoh sah-lakunya. Dikhuatiri bahawa bukan sahaja para inteligensia UMNO hancur dan tidak boleh digunapakai namun akan menyaksikan peningkatan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di Selangor. KEADILAN Selangor ingin menginggatkan Muhyiddin, semut mati kerana gula! Jangan pula Muhyiddin mati terkejut dengan 'bisikan gula palsu' yang di beri kepada beliau oleh juak juak yang semakin kehilangan arah tuju. Hakikatnya yang mesti di terima Muhyiddin adalah; yang amat benar 'terseksa' kini adalah kepimpinan kanan UMNO BN yang tidak lagi dapat 'songlap' duit rakyat dan berbelanja mewah! Rakyat Selangor tidak mudah digulakan oleh orang seperti Muhyiddin! Shuhaimi Haji Shafiei |
KETUA POLIS APCO..BUANG UNIFORM..MASUK BERTANDING SECARA ANAK JANTAN Posted: 23 Sep 2011 06:28 AM PDT Seniman Agong negara, Allahyarham P.Ramlee pernah sindir polis dalam filem Ahmad Albab....kata P.Ramlee..." polis kena jaga keamanan bukan bikin rusuhan..sekali ana baling ini batu baru enta tau..." memang tajam sindiran P.Ramlee.. Hari ini ketuat polis apco 1 Malaysia 1 Israel bercakap perkara yang tak sepatutnya dia bercakap...kalau hang dah sokong sangat umporno tu...buanglah uniform...masuk gelanggang politik...lawanlah cara anak jantan...jangan salah guna kuasa...jadilah pro... bro.... IGP: BN boleh kalah PRU jika gagal urus isu ISA September 23, 2011 KUALA LUMPUR, 23 Sept ─ Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan raya umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik. Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu. Menurut Ismail (gambar), isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi. Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu. Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka. "Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menagih simpati dan sokongan pengundi," kata beliau. Justeru katanya, "jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang." Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk "Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju" dalam buku berjudul "1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020". Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan ISA dan menggantikan dengan dua undang-undang baru. Ismail berkata, tindakan pantas dan 'pre-emptive' yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dalam menangkap elemen-elemen utama dalam kumpulan-kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), Al-Qaeda dan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 2001 merupakan faktor utama Malaysia terus selamat daripada sudut ancaman kumpulan militan di rantau ini. Dalam tulisannya, Ismail juga menarik perhatian bahawa senario politik yang disaksikan pada Mac 2008 dijangka berlaturan pada masa-masa akan datang. "Dalam pilihan raya umum ke-12, negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti pembangkang. Di peringkat Parlimen pula, BN gagal memperoleh dua pertiga majoriti. "Ini menyebabkan keadaan politik di peringkat negeri tidak menentu dan rapuh. Keadaan ini dijangka berlarutan pada masa-masa akan datang," kata Ismail. Tambah beliau, pemerintah di peringkat negeri hanya memperoleh majoriti mudah seperti yang dapat dilihat di negeri Perak. Perikatan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 tetapi tumbang awal 2009 apabila tiga wakil rakyatnya bertindak keluar parti masing-masing. Dalam perutusan khas Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Kata Perdana Menteri, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Najib menjelaskan, undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri. Dalam ucapan sulung selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 Najib telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Malah, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan