Khamis, 15 September 2011

SharpShooter

SharpShooter


KERAJAAN NEGERI AKAN PASTIKAN PREMIS AWAM DAN SWASTA SEDIAKAN RUANG SOLAT LEBIH SELESA

Posted: 14 Sep 2011 09:42 PM PDT

KENYATAAN MEDIA

YB ABDUL MALIK KASSIM, EXCO HAL EHWAL AGAMA

15 SEPTEMBER 2011

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa berusaha memastikan rakyat negeri ini tanpa mengira bangsa, agama mahupun pegangan politik dapat menikmati kehidupan lebih makmur dan selesa.

Ini adalah intipati hasrat kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) sejak mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak lebih 3 tahun lalu.

Selaku Exco Hal Ehwal Agama, selain memastikan semua rakyat mendapat pembelaan yang sewajarnya, perkembangan dan kemajuan masyarakat Islam di negeri ini sentiasa menjadi fokus utama saya.

Buktinya peruntukan berkaitan hal ehwal agama Islam telah meningkat lebih seratus peratus berbanding dengan peruntukan kerajaan terdahulu.

Semasa mengambilalih pentadbiran pada 2008, kerajaan terdahulu hanya memperuntukan sebanyak RM 15.99 juta, namun peruntukan itu telah ditingkatkan sebanyak RM22.22 juta pada tahun 2009. Ia terus meningkat pada tahun 2010 sebanyak RM27.38 juta dan RM 33.33 juta pada tahun 2011.
 
Sehubungan itu, saya akan memastikan umat Islam dapat menjalani ibadat khususnya ibadat solat, dengan lebih selesa dan tenteram.
 
Justeru, saya telah mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) melalui Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau, untuk memantau bagi memastikan semua premis awam, pusat membeli belah dan hotel menyediakan tempat solat lebih selesa dan menepati piawaian keselesaan serta menepati kehendak syarak.
 
Pemantauan ini juga termasuk ruang solat atau surau yang disediakan oleh pihak pemaju di rumah-rumah pangsa.

Usaha mewujudkan ruang solat lebih selesa ini telah dimulakan pada tahun lepas, apabila kerajaan negeri telah mewujudkan sebuah surau awam yang lebih selesa di
Tingkat 4 KOMTAR, yang telah dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Jun 2010.
 
Kini pihak saya juga telah merancang dan mengenal pasti kawasan untuk didirikan sebuah surau awam di Padang Kota Lama, bagi kemudahan pelancong dalam dan luar negeri menunaikan solat.
 
Perkara yang diabaikan selama ini oleh pimpinan kerajaan BN / Umno.
 
DESTINASI PELANCONGAN MUSLIM

Bersama dengan Exco Pembangunan Pelancongan Kebudayaan dengan kerjasama Penang International Halal Hub (Halal Penang) kerajaan negeri merancang menjadikan Pulau Pinang sebagai Destinasi Pelancongan Muslim, melalui beberapa pendekatan dan promosi yang sedang dirangka.

Menggunakan pendekatan secara berhemah, bermuzakarah dan mengutarakan nasihat, kebanyakan masalah dan isu berbangkit dalam diselesaikan secara baik. Lebih-lebih lagi, dengan sikap bertanggungjawab dan toleransi yang cukup tinggi di kalangan pimpinan PR.
  
Sepertimana yang berlaku sebelum ini tentang rungutan dan aduan di kalangan umat Islam berkaitan perayaan Phor Thor (hantu lapar) yang kebetulan berlangsung ketika umat Islam menunaikan ibadah puasa.
 
Melalui perbincangan dengan kerajaan negeri, pihak penganjur telah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan merayakan perayaan tersebut tanpa menggangu keselesaan umat Islam yang sedang beribadat di masjid dan surau. Dengan sikap tolerasi kedua-dua pihak, kedua-dua aktiviti ini dapat diadakan secara harmoni tanpa mengganggu di antara satu sama lain.

Berhubung dengan pesta ria yang diadakan secara terbuka di pantai Queensbay Bay, pada Ramadan lalu, saya akan memastikan perkara tersebut tidak akan berulang.

Saya akan menasihati Pihak Berkuasa Tempatan tidak lagi mengeluarkan kelulusan kepada mana-mana pihak menganjurkan pesta hiburan secara terbuka sepanjang bulan Ramadan sebagai menghormati umat Islam yang menjalani ibadah.

Hakikatnya, meskipun ditohmah pihak tertentu, kononnya Melayu dan Islam di Pulau Pinang dipinggir dan dianaktirikan, saya bersama pimpinan PR Pulau Pinang akan memastikan syiar Islam terus berkembang subur di negeri ini.
 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: