Khamis, 8 September 2011

SharpShooter

SharpShooter


Keluarga Mat Indera: Kami kecewa dengan MB Johor

Posted: 08 Sep 2011 12:48 AM PDT

Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, berkata pihaknya kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman semalam yang mendakwa dia bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Bagaimanapun keluarga itu menegaskan, mereka tidak berputus asa dalam pendirian mereka mahukan kerajaan membersihkan nama Mat Indera.

Baharom Shah Indera
"Saya kecewa dengan apa yang dikatakan (oleh Menteri Besar Johor), tetapi kami tidak akan berundur daripada mendesak kerajaan membersihkan nama abang kami," kata adik Mat Indera, Baharom Shah, kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada forum bertajuk "Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, malam tadi.

"Itu pandangan beliau. Usaha kami, kami akan terus desak, kami mahu nama Mat Indera dibersihkan," kata bekas kakitangan Kementerian Pertahanan ini.

Semalam, Ghani memberitahu pemberita di Johor Baru bahawa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen Ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Wanita Sedar, Angkatan Pemuda Insaf dan PKM telah diharamkan

"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno)," katanya.

Ghani menambah, "bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British."

Pendirian Ghani itu diulangi menerusi rencana khas beliau yang disiarkan dalam Berita Harian hari ini.

Pada satu sidang media tengah hari ini semalam di ibu negara, Baharom berkata, keluarganya mahu kerajaan membersihkan nama Mat Indera agar tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Baharom berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

"Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

"Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula," katanya yang turut berpegang pada kandungan buku "Pengukir Nama Johor", yang prakatanya disampaikan oleh Ghani sendiri.

Justeru kata beliau, "saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya."

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang menggerakkan usaha membantu keluarga Mat Indera pula berkata, Ghani tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan buku tersebut sendiri dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

"Pada pandangan kami, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sendiri, sebaliknya terima kandungan buku itu dan mengadakan satu debat mengenai hasil penemuaan, bukan terus kata Mat Indera sebagai komunis," katanya sambil menambah, pihaknya akan mengambil tindakan susulan untuk membetulkan fakta sejarah membabitkan Mat Indera.

Buku itu diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor.

MB Johor Contoh Terbaik Talibarut British? (Wajib Baca!!)



Perdebatan sejarah kemerdekaan kembali panas dengan pengakuan MB Johor, yang menukar pendiriannya setelah mengatakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang suatu ketika dulu. Apakah tujuan MB Johor menukar pendirian? Apakah MB Johor ini ditekan oleh Umno Johor kerana kerisauan Johor juga bakal tumbang jika sejarah sebenar terungkai ?

baca selanjutnya di sini

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Video penjelasan adik Mat Indera

Posted: 07 Sep 2011 05:55 PM PDT

Tontoni semua 3 video untuk mendapat penjelasan sebenarnya tentang Mat Indera







Sejarah sebenar mengenai Jamilah Abu Bakar, anak kepada seorang anggota polis marin dalam tragedi di Bukit Kepong yang diselamatkan oleh Mat Indera tidak boleh dinafikan lagi oleh sebarang pihak, walaupun kini sedang diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menjelaskan, kenyataan beliau sejak awal isu membabitkan Mat Indera tercetus sekarang menyebut Jamilah yang diselamatkan oleh Mat Indera, bukan keluarganya.

Menurut beliau, namun sesetengah pihak kini sedang berusaha menyelewengkan kenyataannya dengan mengatakan beliau berkata Jamilah dan keluarganya yang telah diselamatkan oleh Mat Indera.

Katanya, kenyataan itu ternyata tidak tepat dan menyeleweng dari fakta sebenar yang disebut oleh beliau sehingga menyebabkan timbulnya kekeliruan berhubung perkara itu.

"Saya mendapati terdapat sedikit kesilapan dalam laporan media perdana hari ini," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Akibat kesilapan laporan itu, menurut beliau, dibimbangi akan diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab terutama Umno untuk mempertikaikan kenyataan beliau dan dari pihak PAS.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kenyataan beliau itu tidak diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu kerana ia berpijak atas fakta sejarah khususnya berhubung perjuangan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tanah air.

"Jasa dan pengorbanan Mat Indera terhadap tanah air amat besar sesuai dengan kedudukannya sebagai pejuang kemerdekaan. Amat tidak patut sejarah mengenainya diselewengkan sehingga dituduh terlibat dengan perjuangan komunis, sedangkan Mat Indera itu sendiri adalah seorang yang kuat berpegang kepada agama, malah guru agama.

"Mat Indera sendiri telah menegaskan perjuangannya adalah untuk membebaskan negara dari penjajahan dan beliau langsung tidak terlibat dengan perjuangan komunis.

"Malah, dalam tragedi di Bukit Kepong itu sendiri, beliau telah menyelamatkan Jamilah. Turut diselamatkan juga termasuklah seorang anggota polis bernama Yusof Rono dari mati dibunuh dalam peristimwa itu dan ramai lagi mangsa-mangsa yang lain," tegasnya.

Dengan jasa-jasa besar yang telah dinyatakan itu sahaja sudah cukup membuktikan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan, bukannya pengkhianat seperti yang dituduh oleh British dan seluruh rakyat negara ini tidak sepatutnya dibiarkan terus terpengaruh dengan penyelewengan fakta mengenainya.

"Kepada ahli sejarah yang menafikan kajian ahli sejarah lain yang mengatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan, saya harap janganlah menolak kajian orang lain jika kita sendiri tidak membuat kajian semula mengenainya," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat, Dewan Pemuda PAS Malaysia berharap agar ahli-ahli sejarah di tanah air mengambil inisiatif mengkaji semula sejarah mengenai perjuangan Mat Indera khususnya.

"Dengan itu barulah mereka boleh mendedahkan kajian masing-masing mengenainya tanpa menafikan kajian yang telah dibuat terlebih dahulu oleh ahli-ahli sejarah lain, sehingga sanggup mengatakan Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan dan bukan orang tempatan, tetapi dikatakan berasal dari seberang.

"Sedangkan ahli keluarga Mat Indera sendiri dan mereka yang mengenali beliau dan keluarganya juga mengakui Mat Indera sememangnya penduduk tempatan atau anak jati negeri Johor dan beliau sememangnya pejuang kemerdekaan," ujar beliau.

Turut hadir pada sidang media itu, adik kepada Mat Indera, Baharom Shah Indera yang juga merupakan seorang bekas tentera, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Johor, Mahadzir Mat Zili dan Exco Dewan Pemuda PAS Johor, Syazli Munir.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: