Kelab Greenboc |
- Umno Guna Taktik Hitler Paksa Rakyat Terima Propaganda Mereka
- Pemandu Sani Expres Didenda Dan Dipenjara
- Penghargaan Untuk Mat Sabu: Balu Polis Bakal Nikmati Tunggakan Gaji & Pencen
- Memang SAH SPR Itu Pengkhianat & Penipu Rakyat!
- Muslimat Mampu "Telanjangkan" Khairy ...
- Mashitah Arah Pondan Bernama Natasya Itu Ditahan
- Seperti Najib, Populariti Obama Juga Merudum, Diramalkan Turun Takhta
- Kenyataan Bercanggah, Siapa Yang Berdusta, Najib Atau Ketua Hakim?
- Keluarga Mat Indera Telah Bersuara: Tuntut Kerajaan Bersihkan Nama Mat Indera [Video]
- Dr.Asri Kecam JAIS Dakwa Khalid Samad Sampaikan Tazkirah Ramadhan
Umno Guna Taktik Hitler Paksa Rakyat Terima Propaganda Mereka Posted: 08 Sep 2011 01:54 AM PDT Petaling Jaya: "Sesuatu fitnah, jika diulang berkali-kali dengan lantang, akan dipercayai rakyat jelata," kata Menteri Propaganda Hitler Joseph Goebbels, yang terkenal dengan prinsip "The Big Lie". Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa media arus perdana Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 menggunakan taktik Joseph Goebbels ini untuk memperdayakan rakyat. "Umno kini benar-benar lemas. Orang lemas akan gunakan apa juga cara untuk menyelamatkan diri walaupun kadang-kadang mereka tidak sedar yang mereka lakukan itu akan lebih cepat mematikan diri sendiri," katanya dalam blog beliau semalam. Beliau yang dikenali sebagai CheguBard berkata walaupun mereka gagal dalam propaganda palsu ini mereka tetap meneruskan penipuan umpama mencuri di siang hari. "Contoh pertama, bayangkan pada hari raya pertama mereka sanggup membuat propaganda yang 100% tidak ada asas kebenaran malah untuk membodohkan pembaca yang majoritinya Melayu," terang beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau. Menurutnya, Utusan mencabarnya untuk membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan isu cincin berlian RM24.45 juta yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. "Jelas niat jahat Utusan untuk menggambarkan seolah-olah pendedahan itu palsu. Mustahil Utusan tidak tahu laporan SPRM sudah pun dibuat pada 13 Julai lalu kerana wartawan Utusan juga hadir dalam sidang media depan SPRM Pulau Pinang. Kedua katanya, dalam isu konon jemaah Surau Al Musyrikin berang kerana bantah pusat tuisyen galak murtad. Pertama sekali adakah sesiapa yang 'sudi' namakan surau sebagai Musyrikin (kafir – menyekutukan Allah). "Setelah siasatan dibuat oleh beberapa pihak ternyata surau tersebut tidak wujud. Namun TV3 tak peduli dan meneruskan penipuan yang sama berulang kali. "Malah ditampilkan seorang 'Datuk' sebagai pengerusi jemaah al-Musyrikin. Inilah dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu iaitu meneruskan propaganda ke arah membodohkan orang Melayu," ujar beliau. -FMT |
Pemandu Sani Expres Didenda Dan Dipenjara Posted: 08 Sep 2011 12:07 AM PDT Akibat memandu melulu sehingga mengorbankan 10 nyawa penumpang dua tahun lalu, pemandu bas Sani Expres, Mohd. Kamil Mohd. Rashid (gambar kecil), 38, terpaksa menerima hakikat apabila dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Trafik di sini semalam. Mendengar keputusan itu, Mohd. Kamil, kelihatan sugul dan meletakkan tangan di kepala seolah-olah tidak menjangka hukuman itu. Dia dari Taman Setia Jaya, Yan, Kedah turut digantung lesen memandu kelas E miliknya selama tiga tahun berkuat kuasa serta-merta dan jika gagal membayar denda bakal dipenjara enam bulan lagi. Tertuduh tidak membayar denda itu. Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah memutuskan hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang berlangsung sejak 29 Disember 2009. Mengikut pertuduhan, Mohd. Kamil yang diwakili peguam bela, S. Arumugam dan Khairun Niza Husnin didakwa memandu bas bernombor pendaftaran WSX 5010 secara melulu pukul 1 pagi, 26 Disember 2009 di Kilometer 272.7 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini. Dalam kejadian itu, 10 penumpang maut manakala dua cedera dengan seorang daripadanya parah. Ada antara penumpang yang terkorban putus kepala dan beberapa anggota badan lain. Dia didakwa menyebabkan kematian pasangan suami isteri, Shaharin Mohd. Nor, 61, dan Supiah Adam, 46; Mohd. Shukri Mohd. Ali, 22; Mohd. Bilal Osman, 22; dan Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21; bersama adiknya, Sharifah Hasanah, 15; Musa @ Ismail Abdullah, 64; Noor Jismi Noordin, 25; Ng Kah Kit, 14; dan kakaknya, Ng Poh Ngoh, 23. Dalam penghakimannya, Mohamed Ruhizat berkata, mahkamah mendapati tertuduh dalam keadaan tidak sedar semasa kejadian kerana menurut keterangan saksi, tertuduh tidak mendengar apa-apa jeritan dari atas, bawah dan luar bas. -kosmo IMBASAN |
Penghargaan Untuk Mat Sabu: Balu Polis Bakal Nikmati Tunggakan Gaji & Pencen Posted: 07 Sep 2011 11:04 PM PDT Keberanian Mohamad Sabu buka mata kerajaan KOTA BHARU, 7 Sept: Ketika Umno dan juaknya menghina Mohamad Sabu kerana menjulang pejuang kemerdekaan, di satu sudut lain pula tiba-tiba keluarga anggota polis yang terbabit peristiwa Bukit Kepong baru dijengok kerajaan. Tanpa usaha dan keberanian Timbalan Presiden PAS sudah tentu keluarga atau waris anggota polis yang terbabit dengan tragedi itu tersisih sehingga sekarang. Bagi peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che Yusof Umno membohongi rakyat kononnya hanya usaha merekalah kemerdekaan negara dicapai. "Umno tidak lebih seperti si penyumbat gol yang telah menghasilkan bola yang digelecek darah-darah pejuang lain sebelum kewujudan parti Umno. "Bukit Kepung hanyalah salah satu gendang pembohongan British bagi mengaburi rakyat. Kini masanya untuk kita memalu gendang meletakkan Islam pada tempatnya di bumi tumpah darah kita," katanya di sini. Usaha Mat Sabu menjulang pejuang sebenar kemerdekaan seperti Mat Indera ditolak mentah-mentah pemimpin Umno, malah memperalat badan-badan bukan kerajaan berhimpun membantah pemimpin PAS terbabit. Sedangkan di sebaliknya usaha dirintis Timbalan Presiden PAS, tiba-tiba Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tampil menemui balu anggota polis yang tidak menerima sebarang pencen sejak kematian suami pada 1962. Antaranya Syed Omar Syed Yassin yang berkhidmat selepas tragedi Bukit Kepong. Malah JPA meminta mana-mana balu anggota polis yang pernah bertugas di Bukit Kepong tampil membuat aduan. Mohamad Faizal yang juga Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Kelantan berkata, pendokong kebenaran perlu memberi kefahaman kepada rakyat, British memusnahkan Islam di Tanah Melayu. "Manakala Umno pewaris yang dianggap baik oleh penjajah bagi memastikan Islam terus terpinggir di bumi Malaysia. "Ini kerana pemimpin Umno tidak pernah kenal keperitan perjuangan seperti ditempuhi Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Dol Said. Sedangkan merekalah pejuang sebenar," ujarnya. Menurutnya juga sekarang sejarah Bukit Kepong hangat dibicarakan semula bagi memberi kefahaman lebih jelas penjajah memusnahkan sama sekali sistem hidup masyarakat orang Melayu. Kata beliau sistem masyarakat yang dahulunya berteraskan Islam dengan dinaungi Raja-Raja Melayu kini telah berubah sama sekali. "Orang Tanah Melayu langsung tidak sedar mereka telah hilang identiti. Sistem Islam yang sekian lama bertapak pudar selepas kedatangan penjajah. "Penjajah hanya pergi setelah berjaya melahirkan pewaris yang dapat melaksanakan aspirasi mereka di Tanah Melayu. Terciptanya Malayan Union untuk melahirkan pewaris British. "Malayan Union digagaskan pada 1946 menjadi ibu kepada lahirnya pertubuhan yang dikenali sebagai Umno," tambah beliau. -HD
Ulasan GB Seperti Mat Indera penyelamat bukan pengganas seperti didakwa UMNO, Mat Sabu juga demikian. Kes di atas adalah bukti nyata Mat Sabu "wira rakyat" - memperjuangkan hak untuk mereka yang tersisih. Walau dihina sekalipun oleh seklian juak-kuak UMNO yang memutarbelitkan fakta sejarah, namun kebenaran kini terdedah nyata. Mat Sabu yang diuji Tuhan di era pasca-pemilihan dan Muktamar PAS yang telah menobatkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu tampil sebagai "hero" membela mereka yang sekian lama teraniaya oleh pihak kerajaan UMNO BN. Kisah nenek ini menjadi bukti "kejayaan" Mat Sabu di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Balu Polis Bukit Kepong Tunggu Pencen Sampai Ke Tua |
Memang SAH SPR Itu Pengkhianat & Penipu Rakyat! Posted: 07 Sep 2011 08:30 PM PDT Pengundi pos suami isteri 'sama jantina' KUALA LUMPUR, 6 SEPT – DAP hari ini telah menemui lagi 21 bukti tambahan pengundi pos, dengan satu kes suami isteri 'sama jantina', pesara tentera yang masih menjadi pengundi pos dan 19 pasangan suami isteri yang mendaftar sebagai pasangan tenteranya. Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata, DAP telah menemui sepasang suami isteri tentera berjantina sama di Briged Kem Rasah dengan nama pasangan yang hampir sama. 'Pasangan sama jenis' itu bernama Yuniza Bte Nodin dengan kad pengenalan 750504-05-5498 dan Yuzina Bte Nodin dengan kad pengenalan tentera T6096236. Kedua mereka ini berkongsi lokaliti yang sama iaitu 130/22/07/401 – 1 Briged Kem Rasah. "Adakah tentera Malaysia membenarkan perkahwinan sama jenis? Bagaimana ini boleh terjadi? Mampukah SPR menjelaskan kesilapan sebegini? Adakah akan seperti dahulu bahawa kesilapan SPR cuma 0.0001 peratus sahaja?" kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dalam siding akhbar di sini hari ini. Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, 19 pasangan tentera di Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Rasah pula, setiap rumah pasangan itu diwakili oleh seorang sahaja. Ini kerana, menurutnya, salah seorang dari pasangan yang berkhidmat sebagai tentera, dan pasangannya yang tidak bekerja sebagai tentera, menggunakan MyKad pasangan yang bekerja sebagai tentera. "Nombor MyKad ini bukan milik suami atau isteri anggota tentera. Jadi salah seorang suami atau isteri itu masih boleh didaftarkan di kawasan lain dan boleh pula mengundi dua kali. Ia tidak kira siapa. Isunya sekarang ialah undi tambahan sudah boleh dibuat. "Ada wanita dengan nombor kad pengenalan lelaki, dan sebaliknya. Dan perlu diingat, kesemua ini adalah pendaftar baru. Ini cuma dalam satu kem sahaja, bukan di seluruh Malaysia lagi," katanya menambah bahawa kes yang sama turut berlaku di kawasan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Justeru, Loke memberi contoh, N M Ezwanee bin Mat Isa bernombor kad pengenalan 830902-55-290 yang nombor belakangnya iaitu '0′ mewakili perempuan. "Sementara itu Norlianiza Binti Abu, dengan kad pengenalan tentera T5005217 lahir pada hari yang sama iaitu 2 September 1983, sama dengan kad pengenalan Ezwanee pula," katanya. Beliau turut mendedahkan lagi tentang seorang bekas tentera, Kalidass a/l Maniam yang pernah bekhidmat di Rejimen ke-2 Artileri Kem Mahkota, Johor yang masih aktif dalam senarai pengundi di situ sedangkan beliau sudah bersara dan berdaftar sebagai pengundi biasa di Parlimen Sungai Siput. Menurut Loke, Kalidass sekarang menggunakan MyKad 571226-08-5211 dan menetap di Sungai Siput Utara, Perak dan sudah tidak menggunakan kad pengenalan tentera beliau yang bernombor T3006437 itu lagi. "Ini tidak adil, SPR seharusnya menukar perubahan dan persaraan Kalidass secara automatik," kata Loke. Ketika dihubungi Roketkini, Kalidass yang telah menyertai DAP menjelaskan bahawa beliau bersara pada 2 Disember 2010. "Selepas bertukar kad tentera dengan kad pengenalan baru melalui Mindef, saya pun mendaftar sebagai pengundi. Tidak berapa lama kemudian, tergerak hati untuk menyemak nombor tentera saya yang dahulu," katanya. Justeru Kalidass terus memaklumkan perkara ini di ibu pejabat ADUN Jalong supaya penyelewengan pengundi pos ini dapat diketengahkan lagi. – Roketkini SPR: Mungkin silap penolong pendaftar Ulasan GB Begitu mudah untuk Timbalan pengerusi SPR berlepas tangan dengan mengkambing hitamkan pihak lain. Seperkara yang terdedah dari kenyataan Timbalan pengerusi SPR itu ialah pegawai tentera yang dilantik sebagai penolong pendaftar. Ini me unjukkan bahawa seperti ada konspirasi pihak tentera dengan SPR. Maka tidak hairanlah mengenai pendedahan pegawa-pegawai tentera sebelum ini yang terpaksa memangkah kertas undi bagi pihak orang lain. Bersih 3.0 - Tunggu apa lagi? |
Muslimat Mampu "Telanjangkan" Khairy ... Posted: 07 Sep 2011 06:23 PM PDT Muslimat PAS Akan Ajar Khairy Adab Dengan Orang Tua Sekalung ucapan tahniah buat Dewan Muslimat PAS Pusat. Sehingga artikel ini ditulis saya tidak melihat mana-mana sayap PAS membuat kenyataan terhadap tuduhan "biadap" khairy keatas Timbalan Presiden PAS. Dewan Muslimat PAS memang peka dalam semua isu. Muslimat PAS lebih terkehadapan dalam menangani isu. Saya cukup setuju dengan cabaran dari Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat Saudari Aiman Athirah, yang sanggup memikul dan mengambil tanggungjawab untuk berdebat dengan Khairy. Sesuai dengan kelulusannya, Ijazah Sains Politik. Athirah akan mengajar Khairy bagaimana adab berpolitik dengan orang dewasa. Adab Melayu, "bila orang tua bercakap budak-budak jangan masuk campur"..Khairy tidak faham adab Melayu walaupun namanya Melayu. Baca disini statement dari Athirah Bagi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat YB Ustazah Zailah, beliau memberi kepercayaan penuh kepada Athirah kerana Athirah mampu mengajar Khairy adab berpolitik. Fakta kita berhujah dengan fakta. Khairy perlu sedar dia tidak layak untuk berdebat dengan Haji Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Khairy tidak perlu mencari publisiti murahan untuk kekal sebagai calon PRU 13 nanti. Yang layak berdebat dengan Hj Mat Sabu ialah Muhyidin Yasin. Saya yakin sifat keibuan muslimat mampu "menelanjangi" Khairy adab-adab berpolitik dalam Islam. Jika Khairy rasa dia anak jantan sila sahut cabaran Muslimat PAS Pusat. -anakmuallaf
|
Mashitah Arah Pondan Bernama Natasya Itu Ditahan Posted: 07 Sep 2011 04:39 PM PDT Jabatan Agama Islam Negeri Perlis digesa bertindak segera menahan Natasya, 28, lelaki berperwatakan wanita, sekali gus menghukumnya mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, hanya jabatan itu yang terletak di bawah pemerintahan negeri mempunyai kuasa berbuat demikian, malah bertanggungjawab membendung masalah sosial kalangan umat Islam. "Kita tak boleh membiarkan perkara begini. Dia sudahlah berperwatakan wanita, mengaku dirinya perempuan, ada pula lelaki yang kata sanggup ikut ke mana saja walaupun diri sakit akibat disimbah asid. "Hubungan sejenis begini bukan suatu yang dibenarkan dalam Islam...haram, bukan budaya kita pun untuk diikut. Kalau tidak bertindak kita membiarkan perkara ini berlaku dengan lebih teruk lagi. "Jadi saya minta Jabatan Agama Islam Negeri, mengambil tindakan yang tegas kerana jika tidak kita akan dilihat seperti mengiktiraf mereka (dan hubungan songsang yang terjalin)," katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar mengenai mangsa simbahan asid, Mohd Hafizuddin Johari, 20, yang tetap berkeras untuk hidup bersama Natasya meskipun banyak halangan terpaksa ditempuh termasuk dia kini di bawa pergi ahli keluarganya. Mohd Hafizuddin sebelum itu mendakwa menerima pelbagai ugutan daripada pihak tertentu kerana tidak berpuas hati dengan hubungan mereka sehingga dia menanggung sengsara akibat disimbah asid oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal di hadapan rumah sewa, di Taman Seri Bakau, Kangar. Dr Mashitah berkata, tidak mahu isu berkenaan dipandang ringan sebaliknya, mahu semua pihak khususnya penguat kuasa agama di peringkat negeri mengambil iktibar atas kes Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang memohon menukar namanya kepada Aleesya Farhana. -hm Kisah sebelum ini Kerana Cemburukan Seorang Pondan Bernama Natasya, Lelaki Disimbah Asid |
Seperti Najib, Populariti Obama Juga Merudum, Diramalkan Turun Takhta Posted: 07 Sep 2011 03:45 PM PDT Wwashington - Sokongan rakyat terhadap Presiden Amerika Serikat (AS) Barack Obama merosot sebanyak 50 peratus. Ini merupakan kemerosotan yang paling rendah selama kepemimpinan Obama. Kesimpulan itu merupakan hasil kajian dari Wall Street Journal, yang baru diterbitkan. Sementara, 44 peratus responden lainnya masih menyokong Presiden Obama. Kajian yang dilakukan oleh Washington Post juga menunjukkan hal yang serupa, setengah responden menunjukkan kekecewaannya terhadap Obama. Wall Street Journal juga menampilkan seorang calon terkemuka dari Partai Republik AS yang dijangka dapat menggantikan Obama. "Obama tidak lagi menjadi pilihan popular yang akan memenangi pemilihan umum akan datang," ujar seorang pendokong Partai Demokrat yang melakukan kajian Peter D. Hart, seperti dipetik Daily Beast, Rabu (7/9/2011). Kajian sebelumnya yang dilakukan Gallup pada 15 Ogos juga menunjukkan penurunan sokongan terhadap Obama sebesar 40 peratus. Ramai warga yang mengkritik petadbiran Obama dalam hal ekonomi. Masyarakat AS juga menyatakan, ekonomi AS di era kepemimpinan Obama tidak berganjak malah bertambah buruk. Presiden berkulit hitam ini sebelumnya mendapatkan suaranya dari para pemuda, warga kulit hitam dan latin di AS, Obama dahulu juga dapat menarik sokongan dari anggota Partai Republik yang kecewa terhadap kepemimpinan George W Bush. -petikan okezone Ulasan GB Kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center terhadap kepimpinan Najib hampir serupa dengan hasil kajian ASWJ terhadap Obama. Baca di sini: Semakin Sahih: Najib PM Terakhir Dari UMNO BN Populariti Najib Memang Telah Merudum. Merdeka Centre Pertahan Kajiannya Populariti Najib Lebih Menjunam Tahun Depan – Fuziah [Ulasan GB] Kalau malas nak membaca, tonton ini: |
Kenyataan Bercanggah, Siapa Yang Berdusta, Najib Atau Ketua Hakim? Posted: 07 Sep 2011 08:59 AM PDT Najib: Saya dijemput Ketua Hakim lawat Istana Keadilan Datuk Seri Najib Razak menegaskan pentadbirannya komited untuk mempertahankan kebebasan kehakiman sambil menjelaskan, beliau hanya bersetuju untuk melawat Istana Keadilan hari ini selepas diberi jaminan isu campur tangan oleh eksekutif tidak timbul sama sekali. Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, "saya terpaksa berfikir dengan mendalam" sama ada perlu mengadakan lawatan kerja ke Istana Keadilan hari ini kerana bimbang tentang persepsi negatif yang mungkin timbul. "Saya hanya bersetuju untuk lawat selepas ketua hakim menjemput saya< dan memberi jaminan kepada saya bahawa tiada masalah," kata Najib. Najib berkata, pentadbirannya komited kepada kebebasan kehakiman yang sangat penting sebagai ramuan penting dalam mana-mana usaha membina negara yang berjaya. "Hubungan tidak semestinya baik, ia harus dilihat baik," kata beliau petang ini. -TMI Ketua hakim pertahan pertemuan hakim - PM Ulasan GB Istana Keadilan masih mengikut telunjuk eksekutif. Itulah persepsi rakyat. Bagaimanakah hakim-hakim boleh bertindak dengan adil dan saksama jika mereka kini sedang tidak dapat membebaskan diri dari rasa "terhutang budi" kepada Perdana Menteri dengan menjemputnya untuk bersama-sama di dalam satu pertemuan di Istana Keadilan? Muslihat apa yang ada disebaliknya? Malah rakyat berpendapat lawatan Najib dilihat cuba untuk memanipulasi institusi kehakiman. Hakim-hakim hendak dijadikan pak angguk-pak angguk kepada kehendak PM? Kedatangan Najib ke Istana Keadilan dilihat untuk "membeli" minda para hakim supaya mudah untuk diperlembukan. Sementelah lagi kita lihat di atas bahawa terdapat percanggahan teramat nyata dmana Najib menyatakan beliau dijemput Oleh Ketua Hakim Negara untuk melawat istana Keadilan sementara kenyataan Ketua Hakim pula adalah bertentangan iaitu beliau menyatakan "perdana menteri memaklumkan kepada kami hendak melawat mahkamah, hanya minggu lepas". Salah seorangnya adalah PENDUSTA. Istana Keadilan tidak wajar dicemari dengan campurtangan eksekutif. Ia adalah tempat rakyat mengharapkan pengadilan yang adil, bersih dan telus. Tetapi dengan senario yang ada, ia telah pun tercemar. Institusi kehakiman bukan hanya perlu berlaku adil tetapi ia juga perlu dilihat berlaku adil dan berkecuali kerana ia menjadi benteng terakhir rakyat dalam mendapatkan keadilan menerusi sistem perundangan yang dijamin oleh Perlembagaan. |
Keluarga Mat Indera Telah Bersuara: Tuntut Kerajaan Bersihkan Nama Mat Indera [Video] Posted: 07 Sep 2011 06:59 AM PDT Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan. Baharom Shah Indera (tengah) bersama Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (kanan) menunjukkan buku Pengukir Nama Johor pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan. "Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar. "Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula," kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat pada sidang media hari ini. Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PAS di sini, katanya, "saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya." Sidang media turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil. Isu Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong menjadi kontroversi selepas disentuh oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu ceramah bulan lalu. Beliau mengatakan bahawa peranannya dilupakan dan dilabel sebagai pengkhianat negara. Baharom yang berusia enam tahun ketika tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh keluarga mereka, Mat Indera datang lewat ke lokasi kejadian semasa kejadian dan bukannya terlibat dalam serangan sejak awal lagi. Katanya, Mat Indera datang ke lokasi kejadian bukan untuk bertempur, sebaliknya "datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat." "Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah Yusof Rono, anggota polis dan Jamilah Abu Bakar, anak anggota Marin di Bukit Kepong. Saya difahamkan terdapat ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera," katanya. Ketika ditanya berapa ramai diselamatkan, "yang diselamatkan itulah yang diselamatkan... ramai." Baharom berkata, Yusof sendiri ada mengaku kepadanya yang Allahyarham telah diselamatkan oleh Mat Indera. "Saya sendiri jumpa dia di rumahnya di Bukit Kepong kira-kira 10 tahun lalu sebelum Yusof meninggal dunia... dia ada memberitahu saya diselamatkan oleh Mat Indera," kata Baharom yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan tentera selama 10 tahun dan mengadakan bengkel sendiri selepas bersara pada 1980-an. Baharom menambah, abangnya sangat komited dengan agama dan mengajar agama sama ada di dalam hutan atau di luar hutan semasa terlibat dalam gerakan kemerdekaan negara. "Beliau sering mengadakan perjumpaan dalam keluarga dan mendidik keluarga untuk komited dengan ajaran agama Islam. "Beliau selalu menafikan, beliau bukan seorang yang berfahaman komunis. Beliau berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajahan British," katanya lagi. Kata Baharom, "sekarang negara sudah merdeka, kalau bukan kita yang membersihkan nama Mat Indera, siapa lagi yang boleh membersihkan nama beliau." "Saya berharap pihak kerajaan atau mana-mana pihak berkaitan akan mengambil usaha segera... lakukan sekarang, isytihar beliau bukan pengkhianat," katanya ketika ditanya siapa yang wajar dan dalam berapa lama isu ini perlu diselesaikan. "Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, saya berharap kerajaan akan melakukan dengan segera," kata beliau yang turut berpegang pada buku terbitan kerajaan negeri Johor yang berjudul "Pengukir Nama Johor". Dalam bab mengenai Mat Indera, penulisnya berkata, "pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negaera, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan." Mat Indera merupakan salah satu daripada 12 adik-beradik, dengan dua ibu. Mat Indera merupakan anak kedua ibu pertama manakala Baharom merupakan anak ketiga sebelah ibu kedua. Baharom berkata, beliau pernah menulis dua tiga artikel mengenai keperluan membersihkan nama abangnya di Utusan Malaysia pada 1978 atau 1979. "Jadi ini harapan keluarga saya sekarang," katanya dan menegaskan, pihaknya berpegang pada pendirian itu kerana "pegangan agamanya (Mat Indera) kuat dan seorang yang tegas dan tegar melawan British." "Saya serah kepada siapa yang hendak buat kajian, bersihkan nama dia," tambah beliau. Suhaizan juga berkata Mat Indera bukan seorang yang berideologikan komunis. "Kalau dia seorang berideologikan komunis, sudah pasti dia tidak beragama," katanya sambil menambah, "kemungkinan Mat Indera mempergunakan PKM untuk kemerdekaan negara." "Tetapi pada pandangan kami, dia tidak berideologikan komunis, dia hanya ahli PKMM dan API (Angkatan Pemuda Insaf," katanya. Mengenai laporan media bahawa Jamilah menafikan keluarganya diselamatkan oleh Mat Indera, Suhaizan berkata, "apa yang saya kata (dipetik Sinar Harian) adalah Mat Indera menyelamatkan Jamilah, bukannya menyelamatkan keluarga Jamilah." Jamilah dipetik berkata jika Mat Indera menghalang pihak komunis membunuh keluarganya ketika itu pasti ibu dan adik lelakinya tidak akan terkorban dalam serangan tersebut. Kata Suhaizan, Naib Yang Dipertua PAS Pulai Zaba Ibrahim telah bertemu dengan Jamilah pada Ahad lalu, dan turut mengakui bahawa Mat Indera yang menyelamatkannya. Ibu Jamilah dan adik lelakinya merupakan antara yang turut terbunuh dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950. Suhaizan juga berkata pihaknya akan menubuhkan sebuah sekretariat untuk mengkumpulkan maklumat dan bahan yang berkaitan. "Dengan sekretariat itu, mana-mana keluarga yang hendak menuntut ganti rugi daripada British atas kecuaiannya sehingga ramai kakitangan polis dan anggota keluarga mereka terbunuh, akan dibantu dan diuruskan," katanya.
|
Dr.Asri Kecam JAIS Dakwa Khalid Samad Sampaikan Tazkirah Ramadhan Posted: 07 Sep 2011 04:20 AM PDT Dr Asri kecam tindakan Jais KUALA LUMPUR, 7 Sept: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar) menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri. Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad.. kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama." Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais. Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah. Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan. Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini. "..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut. "Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri.. jangan hairan jika ramai orang murtad.. kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook. Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan. Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama. "Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau. Tazkirah: Jais dakwa Khalid Samad, tauliah Dr Rani dibatal Ulasan GB PAS perlu siasat hal ini. Mengapa Exco Agama yang bernama Hassan Ali boleh membiarkan JAIS bertindak sesuka hati di dalam negeri berkenaan sedangkan JAIS adalah agensi dibawah seliaannya atau apakah ia sebahagian daripada rencana Hassan Ali sendiri berdendam terhadap Ahli Parlimen Shah Alam dan Pesuruhjaya PAS Selangor tersebut? Itu setidak-tidaknya persepsi yang lahir pada kebanyakan ahli. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan