SharpShooter |
- Keluarga tuntut kerajaan bersihkan nama Mat Indera dan Pakatan Rakyat jangan lupa isu tuntutan "BERSIH"
- Ooi Pak Menteri anak yatim...kami bukan komunis..bahlul..
- Jom ke forum "Mat Indera - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan? "
- Pakatan sulit untuk menjatuhkan MB Selangor
Posted: 07 Sep 2011 01:16 AM PDT Adik Muhammad Indera, Baharom Shah Indera menuntut kerajaan supaya membersihkan nama abangnya yang dituduh sebagai pengganas komunis. (Baharom (duduk tengah) bergambar kenangan dengan rombongan Mohamad Sabu dan PAS Johor) Kenyataan tersebut kemudian diputarbelitkan pimpinan Umporno dan media arus perdana yang menuduh Mat Sabu dan pimpinan Pakatan Rakyat menyokong perjuangan komunis. Mat Sabu lantas menegaskan perjuangan Mat Indera turut diiktiraf oleh kerajaan Johor melalui buku "Pengukir Nama Johor" yang diterbitkan pada 1994 dan turut disertakan dengan prakata Menteri Besar Johor. Sharpshooter - Sebenarnya umporno telah berjaya alihkan isu besar yang sedang dibincangkan iaitu isu tuntutan BERSIH kepada isu Mat Indera.Umporno sudah panik dengan pendedahan demi pendedahan tentang penipuan dan pendaftaran warga asing sebagai pengundi. Mereka berjaya alihkan isu yang mereka hadapi dengan menyerang pula Mat sabu isu Mat Indera. Sebab itu, pimpinan Pakatan Rakyat jangan terlalu hayal dan menari dengan rentak sumbang umporno dalam isu Mat Indera, isu tuntutan "BERSIH" wajib diteruskan... Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Ooi Pak Menteri anak yatim...kami bukan komunis..bahlul.. Posted: 07 Sep 2011 12:35 AM PDT Kerajaan sentiasa meneliti perkembangan sentimen komunis di Internet, kata pak menteri anak yatim. Katanya, ketika ini, kebanyakannya digunapakai lebih kepada kepentingan perjuangan politik pembangkang. Ditanya sebab kerajaan membenarkan kisah perjuangan komunis disebarkan secara meluas di Internet, pak menteri berkata: "Negara kita bebas bersuara, tetapi jangan sampai pecah-belahkan masyarakat kerana kita ada undang-undang." pak menteri berkata demikian ketika diminta mengulas sidang akhbar PAS di Kuala Lumpur semalam yang menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung isu berkenaan, iaitu iaitu mereka menolak komunis. Penjelasan itu dibuat berikutan bantahan masyakarat, terutama bekas pejuang dan tentera, yang secara lantang mengutuk timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu kerana mendakwa kemerdekaan negara ini diperjuangkan oleh komunis. Beliau mendakwa sokongan rakyat yang semakin rebah terhadap PAS ekoran kelancangan Mohamad Sabu, menyebabkan parti itu terpaksa mengalah dalam isu perjuangan kemerdekaan negara ini, yang menurut menteri berkenaan, sebenarnya dilakukan Umno. Pak menteri anak yatim juga berkata sesiapa sahaja di Malaysia, yang membayangkan sokongan terhadap komunis, tidak akan berjaya. "Rakyat masih ingat gara-gara komunis di zaman darurat dahulu, ribuan telah maut, ada yang patah kaki, dan ada yang hilang upaya," Beliau berkata keganasan komunis menimbulkan kesan yang amat buruk kepada negara, dan sesiapapun tidak sepatutnya cuba membangkitkan isu perjuangan mereka. Sharpshooter - Adakah sesiapa sahaja yang menentang british dan umporno akan dilebel sebagai komunis? Rakyat tidak pernah lupa sejarah pembunuhan Melayu beramai-ramai isu Memali dan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya oleh umporno. Itulah sikap umporno yang begitu mudah melebelkan rakyat yang menentang mereka dengan gelaran komunis. Alahai pak menteri anak yatim... jangan gertak dan ugut rakyat...rakyat akan terus bangkit melawan...Kuasa rakyat kuasa keramat...Kuasa Allah melebihi kuasa kamu...lawan tetap lawan...lawan sampai menang.. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Jom ke forum "Mat Indera - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan? " Posted: 06 Sep 2011 11:06 PM PDT Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu akan tampil dalam sebuah forum forum bagi membincangkan isu kontroversi berkaitan individu yang dilabel sebagai pengganas Komunis, Muhammah Indera dan peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950. Turut sama menjadi ahli panel pada forum tersebut adalah Pakar Undang- undang, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan blogger sensasi, Hishamuddin Rais. Forum tersebut dijadualkan akan berlangsung pada hari ini tepat jam 8.15 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Forum bertajuk 'Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan ?' dianjurkan oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Free Publis Forum Malaysia (FPF). FPF adalah NGO yang aktif bergerak di sekitar ibu kota bertujuan menyediakan pentas-pentas forum, diskusi, wacana dan sebagainya bagi membincangkan isu- isu semasa yang berlaku dalam negara. "Tajuk Forum: MAT INDERA - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan? Ahli Panel: 1. Tn. Hj. Mohamad Sabu (Timb. Presiden PAS) 2. Prof. Dr. Aziz Bari (UIAM) 3. Sdr Hishamuddin Rais (blogger / kolumnis Tukar Tiub)" "Tarikh: 7 September 2011 - Rabu (hari ini) Masa: 8.15-10.30mlm Tempat: KL Selangor Chinese Assembly Hall (tingkat 3) - berhadapan stesen monorail Maharajalela" Sebarkan.... Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Pakatan sulit untuk menjatuhkan MB Selangor Posted: 06 Sep 2011 10:56 PM PDT Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Langkah itu didakwa diusahakan ekoran kes serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran kononnya ada usaha memurtadkan umat Islam. Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkata, pertemuan membabitkan beberapa NGO Islam bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa serta wakil dari Pejabat Peguam Negara. "Mereka membincangkan memorandum untuk dihantar kepada Sultan Selangor, menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan Menteri Besar. Adalah diharapkan tiada Exco dari Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta," kata beliau dalam entro blognya semalam di bawah tajuk "Coret Minggu Pertama Syawal". Kata Khalid, sebelum era Mac 2008, semuan pihak termasuk Jais dan Mais mengambil sikap berdiam diri dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN). "Tetapi di zaman Menteri Besar yang berkebajikan (pimpinan Khalid Ibrahim), bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak Menteri Besar. "Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, "mengapa dulu diam, sekarang nak bising?" Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh," katanya. Dalam entrinya juga, Khalid berkata, Umno terus mengheret pihak istana untuk kepentingan politik parti komponen BN itu. Katanya, ketika zaman BN memerintah Selangor, jarang sekali kedengaran berita Sultan Selangor kecuali berhubung program adat istiadat tetapi sekarang kerap diketengahkan. "Itulah perangai Umporno. Bila Umporno sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan. "Yang paling saya khuatir ialah tercemarnya imej pihak Istana dan DYMM Sultan Selangor sekiranya terus diheret sedemikian rupa oleh juak-juak Umporno-BN," katanya sambil menambah, institusi yang above politics' atau 'mengatasi pertimbangan politik' ini akan tercemar dalam kelicikan politik Umporno yang hanya ingin terus berkuasa walau apa sekalipun berlaku. "Sanggup mengorbankan rakyat dan negara asalkan mereka kembali memerintah Selangor. Itulah dasar (bekas pemimpin Libya) Muammar Gaddafi, dan itulah yang mencerminkan dasar Umporno sekarang!" kata Khalid lagi. Mengenai isu tindakan Jais ke atas gereja tersebut, Khalid berkata, beliau sangat kecewa apabila mendengar Jais memohon sebulan lagi untuk menyediakan laporan. "Ini akan pasti memberikan gambaran negatif terhadap profesionalisme Jais yang bertindak dengan begitu cepat 'memeriksa' sebuah Gereja tetapi begitu lambat dalam mengeluarkan laporan mengenainya. "Saya difahamkan bahawa pihak DUMC telah bertemu dengan rombongan PAS dan secara umumnya menyatakan mereka tidak ada kena-mengena dengan majlis malam tersebut," katanya ia adalah majlis NGO yang memohon jasa baik mereka untuk membenarkan mereka menggunakan dewan milik gereja dan itu sahaja. "Laporan 'memurtadkan orang Islam' diterima dari pihak yang tidak dikenali dan pihak Jais bertindak tanpa siasatan yang lebih terperinci. Pihak yang tidak dikenali' yang melaporkannya mungkin berniat jahat dari awal?" katanya lagi. Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor berkata laporan lengkap daripada Jais akan diterima selepas beliau pulang ke tanah air dari lawatan kerja ke Jerman pada 16 September ini. "Kami masih lagi menunggu laporan lengkap Jais itu dan saya tidak sabar untuk mengetahuinya, Sekembalinya dari Jerman kita jangka akan menerima laporan tersebut," katanya dipetik Sinar Harian hari ini. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan