"Apabila Singapura tak lagi bersama Malaysia, akhbar Straits Time yang berpengkalan di Singapura meneruskan operasinya di sana tetapi di Malaysia tak boleh guna nama yang sama maka akhbar di Malaysia menamakan akhbarnya the New Straits Time" kata Pak Raja.
"Apabila sesuatu jenama itu diharamkan kita tak boleh menggunakan nama yang sama untuk produk baru kita. Apabila Datuk Harun Hashim haramkan Umno, Umno tahun 1988 ditulis dengan perkataan "Umno (Baru)" ..ada perkataan 'baru' dalam kurungan." sambung Pak Raja lagi, "tetapi kemudiannya Setiusaha Agung Umno ketika itu membuang perkataan itu dan menjadi semula 'Umno' seolah-olah ia hidup lagi walhal ia telah diHARAMkan. Mungkin mereka memang suka yang haram ni..."
"Akronim Umno itu jika mahu digunakan juga ia tak boleh lagi bermaksud United Malay National Organisation kerana pertubuhan itu diharamkan dah. Jika mereka mahu juga guna Umno mereka kena tukar maksud."
"Nak pakai nama apa pulak Pak Raja?"
"United Malay Notorious Organisation..itu boleh."
Kah Kah kah!
"Kau tau kenapa Umno tak mahu tukar ke PEKEMBAR? Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu?"
"tak tahu.."
"Sebab perkataan KEBANGSAAN MELAYU tu akan menelanjangkan Umno yang di dalamnya penuh Melayu celup. Ada Arab, mamak, Siam di dalamnya. Mengekalkan nama Inggeris akan mengaburkan semua tu maklumlah ahli Umno bukan cerdik sangat. Mereka takut perkataan Kebangsaan atau National tu.."
"ya tak ye jugak ye..."
"Kau tengok MIC, mereka gunakan C= Congress dan MCA = A untuk Association, mereka tak guna National...dan kau tak jumpa muka cina dalam MIC atau muka melayu dalam MCA tapi dalam Umno bersepaaaaahhhh muka ala-ala itu. "
Betul jugak? tak caya tanya Madey, Azeez, Jeanne, Albar, Alhabshee, Naina....
(foto di atas adalah Rumah Pak Raja)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan